Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Februari 13, 2012

Hari Kasih Berbunga: DAP dan PAS saling mengata sesama sendiri !!!

Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat berpendapat orang Islam boleh menyambut Hari Kekasih atau Valentine's Day satu perayaan yang sinonim dengan orang-orang Kristian tetapi dalam pada itu Datuk Nik Aziz mahu supaya nama perayaan itu ditukar daripada Hari Kekasih kepada Hari Suami Isteri dan tarikh perayaan kekal pada 14 February setiap tahun.

Pada dasarnya, walaupun mulanya Menteri Besar Kelantan itu macam tidak setuju perayaan tersebut diraikan oleh orang-orang Islam dan kesimpulannya beliau seakan-akan menerima perayaan berkenaan sebagai boleh disambut oleh umat Islam cuma mahu namanya saja diubah bagi menyesuaikan dengan Islam, itu agaknya maksud beliau lebih kurang.

Begitu juga dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nashruddin Hassan Tantawi, beliau juga seirama dan senada dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat. Tetapi Ustaz Nashruddin telah menetapkan beberapa syarat kepada umat Islam sebelum bercadang mahu menyertai perayaan Valentine's Day itu misalnya mesti membawa seorang yang muhrim ketika meraikan perayaan itu dan tidak boleh duduk berdua-duaan di tempat yang sunyi atau gelap.

Namun lain pula dengan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Aziz apabila bertegas dengan pendirian beliau tidak bersetuju dengan umat Islam yang masih berkeras mahu turut serta dalam perayaan 14 February itu nanti. Tidak seperti ayahnya Datuk Nik Aziz serta Ustaz Nashruddin Hassan, Nik Abduh tetap berpendapat bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram untuk disambut oleh pasangan-pasangan Islam sehingga memaksa beliau berani memintas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan YB Karpal Singh yang menuduh PAS melanggar hak asasi manusia berhubung isu Valentine's Day itu.

Karpal Singh mahu Datuk Nik Aziz khususnya PAS secara keseluruhannya agar menghormati prinsip serta hak-hak asasi orang lain yang mahu merayakan perayaan Hari Kekasih itu tetapi desakan Karpal Singh itu segera disanggah oleh anak Menteri Besar Kelantan itu yang mahu Ahli Parlimen Bukit Gelugor belajar menghormati agama serta kepercayaan orang lain dan tidak seharusnya bertindak memaksa agar pihak lain tunduk ataupun akur dengan kehendak DAP semata-mata.

Arkib Blog