Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431 kepada seluruh umat Islam di Malaysia, Indonesia dan di Negara Brunei Darusallam. Semoga dengan kehadiran tahun baru Hijrah kali ini akan mampu membawa banyak perubahan dalam amalan hidup seharian daripada nilai yang kurang baik kepada yang lebih baik.
Syabas dan setinggi-tinggi ucapan tahniah!!! buat pasukan bolasepak Malaysia kerana telah berjaya menundukkan pasukan Vietnam 1 - 0, lantas menamatkan kemarau 20 tahun Malaysia memburu gelaran sebagai juara di Sukan Sea dalam sukan bolasepak serta telah berjaya menambah pingat emas untuk kontinjen negara di Sukan Sea Viantine, Laos.
...juga tahniah kepada pasukan polis anti-rusuhan Denmark kerana telah bertindak tegas dan berani dalam mengawal keselamatan pada persidangan iklim Copenhagen. Mereka tidak 'teragak-agak' bertindak keatas para perusuh dan juga para penunjuk perasaan yang cuba untuk mengganggu perjalanan persidangan tersebut. Semoga tindakan tanpa selalu memberi 'amaran keras' oleh pihak berkuasa Denmark dapat dicontohi oleh pihak-pihak berwajib di negara lain termasuklah di Malaysia.
Tak lupa juga kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Sabah, YB Datuk Bung Mokhtar Radin kerana telah berjaya memiliki kereta MPV baru ALZA hehehe... semoga berbahagia selalu. Cuma satu harapan, bila ada yang baru maka yang lama dilupa jangan... dan jika ada kesempatan selalulah saksikan babak-babak menarik dalam filem "Madu Tiga" arahan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee.