Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label amaran demi amaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amaran demi amaran. Papar semua catatan

Selasa, September 06, 2011

TS Ghani, DS Nazri & DS Hisham, ke-3-3 mereka sama saja !!!

Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail
Kelemahan dia suka mengumpul serta menyimpan segala kertas siasatan yang diserahkan oleh pihak Polis kepadanya sampai bertimbun dalam kamarnya tanpa berani mengambil tindakan susulan terhadap kes-kes yang melibatkan puak-puak Pakatan Haram...


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
YB Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Abdul Aziz
Kelemahan yang ada pada dia ialah terlalu setia, tak sanggup menegur boss dan kalau ada orang lain yang tegur boss dia maka akan dikritik si menteri ini contohnya walaupun satu ketika dulu individu berkenaan pernah menjadi boss kepada beliau, sifat mudah lupa diri, setia tak bertempat menyebabkan menteri ini seolah-olah leka dengan kedudukannya sehingga terlupa akan tanggungjawab sebenar.


Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
Kelemahan beliau semua orang dah sedia maklum...suka bermain dengan amaran..sikit, sikit amaran... sampai isu tempoh tarikh tamat program 6P sistem bometrik juga sempat lagi beliau main amaran, tangguh dah berapa kali dah untuk ditamatkan tapi lepas tu entah...
 Blogger Yuseri Yusoff atau Double YY ada isu menarik untuk kita renungi bersama. Tulisan beliau adalah mengenai peranan ketiga-tiga individu iaitu Tan Sri Ghani Patail, Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Seri Hisham yang punya tanggungjawab masing-masing dalam menentukan keadaan dalam negara agar terus stabil, makmur dan harmoni.

Namun sayang sekali apabila ketiga-tiga mereka ini yang telah diamanahkan oleh rakyat dan kerajaan untuk memikul tanggungjawab berkenaan ternyata telah gagal untuk menggalas tugas yang diberi bila tidak mampu untuk melaksanakannya dengan berkesan sebagaimana yang diharapkan oleh ramai pihak.

Telah terlalu banyak sudah isu-isu yang sensitif berbangkit dalam lingkungan masyarakat negara ini sejak sekian lama tidak mampu ditangani dengan baik oleh ketiga-tiga mereka ini walaupun berbagai desakan oleh banyak pihak terhadap mereka untuk bertindak disuarakan namun semuanya tidak dihiraukan.

Laporan Polis dah bertimbun-timbun dibuat terhadap isu-isu semasa tetapi KDN asyik dengan irama lamanya "amaran" dan begitu juga dalam hal kertas siasatan yang sudah lengkap juga sudah berlori-lori dihantar oleh pihak Polis kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri serta kepada Pejabat Peguam Negara tetapi mana dia tindakan susulan oleh keduanya? Tiadakan...

Dalam isu perhimpunan BERSIH 2.0 misalnya, apa yang ketiga-tiga mereka ini sudah lakukan terhadap Ambiga Sreenevasan, Mat Syabun, A. Samad Said, Marina Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Tian Chua...apa tindakan yang telah dikenakan? Isu terbaru, Mat Syabun Komunis, apa yang termampu ketiga-tiga mereka ini akan buat nanti?... hanya mampu berdiam diri???

Rabu, Disember 09, 2009

Isu Ketuanan Melayu: Dimana KDN ?

Isu ketuanan Melayu tidak habis-habis dibangkit oleh masyarakat bukan Bumiputera di Semenanjung Malaysia. Walaupun isu itu bukanlah satu perkara yang terlalu mengancam keselamatan atau keharmonian bagi penduduk-penduduk di Sarawak dan juga di Sabah namun kami sebagai kaum Bumiputera tetap memandang apa yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pemimpin dalam dalam parti DAP itu tetap ada kena mengena dengan hak serta kepentingan kaum Bumiputera secara keseluruhannya.


Di Sarawak terutama sekali dimana kaum Bumiputeranya khusus yang bukan berketurunan Melayu sudah lama menerima hakikat bahawa ketuanan sesuatu kaum mesti ada di Malaysia dan maka itulah ianya harus diberikan kepada bangsa Melayu kerana disamping jumlah mereka sebagai kaum yang terbesar di negara ini mereka juga adalah penduduk asal di Malaysia. Jadi tiada sebab untuk kaum bukan Bumiputera yang jelas asal-usul mereka darimana untuk mempersoalkan segalanya.


Berbalik kepada tajuk artikel ini, saya merasa sangat hairan kenapa dalam hal yang begitu sensitif, pihak yang sepatutnya cepat bertindak hanya berdiam diri saja tanpa berbuat apa-apa. Jika dinilai dari nama kementerian itu saja kita sudah tahu apa fungsinya, apa peranannya serta yang pasti ialah menteri yang menerajui kementerian tersebut haruslah seorang yang berani, tegas dan tidak selalu mengeluarkan amaran demi amaran tanpa sebarang tindakan diambil tetapi lebih malang sekali apabila perkara yang sama selalu saja berulang...huh!!! "pi mai pi mai tang tu"


Dalam usaha terbaru oleh Anggota Parlimen Ipoh Barat YB M. Kulasegaran yang cuba untuk terus meniupkan api kebencian dikalangan masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini serta untuk menghidupkan semula sentimen perkauman di Malaysia, mengapa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri tidak bertindak ? Apakah harus dibiarkan saja pemimpin politik seperti beliau itu untuk merosakkan perpaduan kaum dikalangan rakyat dalam negara kita ?


Golongan yang wajar untuk mempertahankan keharmonian kaum di negara kita seperti YB-YB tanpa mengira latar belakang fahaman politik mereka, seandainya mereka jelas untuk mewujudkan suasana ketidaktentuan dalam Malaysia maka mereka itulah yang seharusnya diambil tindakan dengan kadar sebeberapa segera dan bukannya 12 orang masyarakat Melayu yang didakwa atas perkara memijak kepala lembu di hadapan Pejabat SUK Selangor.


Cuba kita fikir dengan teliti dan renung betul-betul, manakah yang lebih mendatangkan kemudaratan kepada hubungan kaum di negara kita, adakah demonstrasi memijak kepala lembu yang hanya dilakukan oleh rakyat biasa atau cubaan oleh seorang wakil rakyat yang bertaraf Parlimen yang mana dalam kawasan pilihanraya beliau rakyatnya terdiri daripada berbagai-bagai kaum, adat, budaya dan agama ?


Jadi kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri(KDN), janganlah "teragak-agak" jika mahu bertindak demi keselamatan dan keharmonian kaum dalam negara kita dan juga janganlah selalu hanya memberi "amaran keras" kepada pihak-pihak yang serigkali membuat hal dalam Malaysia ini sehinggakan "amaran keras" yang hanya dipendam dan disimpan akan menjadi semakin "lembut dan lembik" pula.


Oleh itu, sekiranya benar amaran itu keras maka lontarkan saja terus kepada yang dituju dan jangan teragak-agak, dan contohilah semangat yang ada pada wartawan Iraq iaitu Muntazer El-Zehdi yang terus melontarkan kasut beliau ke arah George W. Bush, beliau tidak teragak-agak dalam membuat tindakan. Beliau "berani kerana benar."

Arkib Blog