Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Disember 24, 2009

Selamat Hari Krismas...

THE 3rd JOYFUL MYSTERY - THE BIRTH OF JESUS (Luke 2, 1-20)
Contemplate with joy and gratitude the Saviour born at midnight in a stable, under conditions of great poverty. The angels announce the news to poor and simple shepherds who come at once to worship Him. Angles above the cave sing the praises of God, and the three Magi arrive later on. Lets us rejoice in Jesus our Saviour, and give Him joy by receiving Him often in Holy Communion.

Kepada semua penganut Kristian di Malaysia, selamat menyambut Hari Krismas serta selamat menyambut Tahun Baru 2010 Masehi.

Sempena dengan perayaan ini, kita sebagai masyarakat Kristian di Malaysia ini yang telah menjadi sebahagian daripada rakyat di negara ini hendaklah sama-sama dengan masyarakat lain memelihara perpaduan antara kaum yang sedia ada, keharmonian beragama dalam masyarakat yang berbilang kaum, menjaga nama baik negara kita, menyumbang yang terbaik serta terus berbakti kepada Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia walaupun kita berbeza kepercayaan dengan masyarakat lain di negara ini, namun kita tetap punya kewajipan terhadap negara ini. Kita bertuah sebenarnya apabila kita berada dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian penduduknya baik dari segi bangsa mahupun agama dan budaya tetapi kita semua dapat hidup dalam keadaan rukun dan damai.

Sejenak kita merenung kepada keadaan yang sering berlaku di sesetengah negara Eropah seperti di Ireland Utara, mereka satu bangsa, satu agama cuma mazhab saja yang berlainan. Hanya disebabkan mazhab yang berbeza, rakyat di Ireland Utara sentiasa hidup didalam keadaan yang paling tidak tenteram apabila pihak-pihak yang bertelagah sama-sama berkeras mahu menegakkan kepercayaan masing-masing.

Begitu juga yang selalu berlaku dilain-lain negara yang tertentu, walaupun kadangkala rakyat mereka memang datang dari bangsa dan agama yang sama namun kita boleh lihat bagaimana mereka sukar untuk hidup aman sebagai satu bangsa dalam satu negara.

Oleh itu, sebagai umat Kristian di Malaysia ini adalah wajar untuk kita tahu bagaimana cara bagi menghargai apa yang telah kita nikmati hasil dari semua itu. Janganlah menjadikan kita sebagai golongan pendesak kepada kerajaan walaupun perkara yang kita bawa itu kurang jelas samada ianya benar hak kita ataupun sebaliknya.

5 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Hillbert, selamat menyambut hari Natal bersama keluarga...... semoga Natal tahun ini tuan dan keluarga lebih sukses.....

hilbert berkata...

Terima Kasih Yanggambi...

...harapan juga agar dengan adanya perayaan sebegini akan menambah erat lagi perpaduan dikalangan masyarakat Malaysia yang datang dari berbagai-bagai kaum dan agama...

AIDCNews berkata...

hilbert kami di aidcclub ingin mengucapkan selamat menyambut krismas semoga krismas tahun ini lebeh meriah dari tahun sebelumnya.
1 malaysia

-dari rakan2 di AIDC CLUB

qlatekito berkata...

selamat hari krismas dan tahun baru...semoga jalinan hubungan ini kekak selamanya

hilbert berkata...

Terima kasih warga AIDC CLUB atas ucapan Xmas, selamat tahun baru juga kepada anda semua...semoga kedatangan tahun baru 2010 nanti akan membawa banyak lagi makna kepada perjuangan seluruh blogger pro-kerajaan ;-)

Faizal, terima kasih atas ucapan selamat hari Krismas dan tahun baru...mudah-mudahan negara kita akan terus aman sentosa dan kita sebagai rakyatnya akan sentiasa merasa dalam keadaan yang selamat... selamat baru 2010.

Arkib Blog