Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Disember 16, 2009

Tragedi 14.12.09 ~ 63>Bajet 2010<66 : dimana 74 ?

Pada hari Isnin iaitu malam Selasa 14 haribulan Disember 2009, sekali lagi Kerajaan Barisan Nasional hampir kecundang apabila pada sessi pengundian Bajet 2010n yang telah dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib hanya mendapat kelebihan 3 undi saja menjadikan jumlah kesemuanya 66 berbanding dengan undi yang diperolehi oleh Pakatan Pembangkang iaitu 63 undi, hanya kurang 3 undi.

Jika dulu iaitu semasa pentadbiran Perdana Menteri ke-5 YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, peristiwa serupa juga pernah berlaku yang menyebabkan Pak Lah sendiri yang ketika itu masih berada diruang legar Parlimen bergegas masuk semula ke dalam Dewan Persidangan dan segera diikuti oleh beberapa lagi Ahli Parlimen BN yang ketika itu masih lagi leka berada ruang-ruang tertentu luar bilik mesyuarat apabila hampir kesemua Ahli Parlimen Pembangkang sudah lama duduk didalam Dewan, yang sudah bersedia untuk NGAP!!! BN saja lagi ketika itu.

Itu dulu dan sepatutnya kejadian itu telah menjadi peringatan dan pengajaran kepada kesemua Anggota Parlimen Barisan Nasional agar sentiasa berjaga, minum kopi selalu agar tidak mengantuk, tidak lalai, tidak menguap dan yang penting tidak tertidur. Tetapi sungguh malang apabila Kerajaan Barisan Nasional sekali lagi hampir berjaya ditumbangkan oleh puak-puak Pakatan Pembangkang apabila 74 orang daripada 140 orang wakil rakyatnya tidak hadir didalam Dewan ketika itu.

Dimana Ahli-ahli Parlimen BN yang seramai 74 orang itu ? Kemana mereka semua itu pergi ? Apakah mereka tidak dimaklumkan terlebih awal mengenai perkara itu ? Sekiranya mereka sudah diberitahu awal tentang pengundian Bajet 2010 pada sebelah malamnya, namun sengaja tidak mahu hadir, maka bermakna mereka semua sudah mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada mereka.

Adakah YAB Datuk Seri Mohd Najib juga turut berpuashati dengan KPI Ahli-ahli Parlimen seperti itu sebagaimana beliau berpuashati dengan KPI para jemaah Menteri Kabinet sebagaimana yang telah dinilaikan oleh Menteri Di JPM YR Tan Sri Koh Tsu Koon ? Betul ke tidak Tsu Koon buat penilaian sedangkan KPI beliau sendiri sudah jelas teruk. Kalah di Pulau Pinang. Nasib baik Datuk Seri Najib segera letak Datuk Seri Idris Jala duduk sebelah Tsu Koon... kalau tak hmmmm hancur,hancur,hancurrrrrr...

Oleh itu wujudlah satu lagi jawatankuasa khas untuk menilai KPI Ahli-ahli Parlimen ini. Jangan lantik dikalangan mereka sendiri, tetapi lantik dari kalangan ADUN-ADUN BN yang berada didalam kawasan Parlimen BN masing-masing. Bagi satu buku nota kepada setiap ADUN-ADUN BN, suruh mereka catat tentang semua pergerakkan Ahli-ahli Parlimen BN, samada mereka ada melawat ke kawasan ke, pergi ke Dewan Parlimen ke atau apa-apa sajalah yang berkaitan dengan kepentingan rakyat...

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Bro, setuju sangat dengan pendapat tuan..... tidakkah MP-MP BN tidak mengadakan program luar semasa sidang Dewan ?.........

hilbert berkata...

Yanggambi,

sepatutnya MP-MP BN kita lebih berjaga dalam perkara ini.

harap YAB Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin tegas mengenalpasti MP-MP yang ponteng pada malam itu.

Arkib Blog