Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Disember 06, 2009

DAP mula laksanakan Hukum Hudud. PAS bila pula?

Gambar juga yang mampu mencerita segalanya. Gambar yang membuktikan segala tingkahlaku samada bersopan ataupun biadap.

Inilah agaknya hukuman Hudud ala DAP yang akan dikenakan keatas pesalah yang dituduh bersalah jika hanya tidak menyokong mereka.

Gambar orang-orang yang kononnya dituduh sebagai "pengkhianat rakyat" akan dipijak-pijak gambar mereka.




Dan jika Pakatan Pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan baru di Malaysia, mungkin DAP akan memperaktikkan hukuman yang hanya memijak gambar orang-orang kepada batang tubuh orang sebenarnya sebagaimana yang anda lihat pada gambar sebelah.

Dan juga mungkin inilah sebabnya PAS semakin sayang kepada DAP kerana bukan saja menolak penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara Islam tetapi telah mendahului PAS dalam melaksanakan Hukum Hudud iaitu akan menghukum mereka yang tidak sealiran ideologi mereka dengan hukuman seumpama itu.






Gambar disebelah ini pula berkenaan dengan hukuman potong tangan. Orang yang didapati telah bersalah mencuri besar kemungkinan akan dikenakan dengan hukuman itu.

Mungkin ini antara Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia sebab negara ini didiami oleh masyarakatnya yang terdiri dari berbagai kaum, budaya dan agama.
Manakala gambar disebelah mengenai hukuman direjam dengan batu sampai pengsan ke atau sehingga mati, itu kurang pasti juga saya namun hukuman jenis itu juga sebahagian daripada hukum hudud.

Wanita atau lelaki yang telah didapati bersalah kerana kesalahan berzina akan menerima hukuman seberat itu.

Seperti hukuman potong tangan serta juga hukuman direjam dengan batu, kedua-duanya amat sukar untuk dilaksanakan dalam negara kita memandangkan Malaysia dihuni oleh berbagai-bagai kaum yang tentunya akan menyaksikan seandainya hukuman itu dilaksanakan juga, bermakna tiada keadilan yang kaum Melayu dapat.

Hukuman Hudud yang diperjuangkan oleh PAS hanya akan dipakai terhadap orang Islam saja tetapi tidak kepada kaum-kaum lain. Jadi disitulah saya nampak akan ada wujudnya ketidakadilan apabila kita berjaya melihat walaupun telah melakukan kesalahan yang sama hanya orang Islam saja yang akan diambil tindakan manaka yang bukan beragama Islam akan terlepas.

Mungkin itu agaknya sebab kenapa PAS sehingga ke saat ini gagal untuk melaksana Hukum Hudud di Kelantan namun DAP sudah mula mengorak langkah pertama ke arah itu.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..SANGGUP KE PAK AJIS NAK BALING BATU KAT ORG BKN ISLAM YG DI TANGKAP BERKHALWAT?

Menghukum pasangan bukan Islam dalam kes khalwat orang Islam melanggar hak-hak asas dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Majlis Peguam hari ini.

Mengulas cadangan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Jabatan Undang-undang Syariah Malaysia semalam, majlis itu berkata langkah itu "salah dari segi prinsip, dan mencabuli jaminan kebebasan beragama seperti Perkara 11 dalam perlembagaan."

"Sangat tidak adil mengguna pakai undang-undang agama dengan cara ini terhadap individu yang tidak menganut agama berkenaan," kata presidennya Ambiga Sreenevasan.

"Cadangan itu sama sekali tidak boleh diterima"

Cadangan dua badan ini - sebahagian draf resolusi seminar semakan undang-undang syariah yang tamat semalam - akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Seorang pembentang di seminar itu, hakim mahkamah rayuan syariah Datuk Mohd Asri Abdullah berkata orang bukan Islam mungkin boleh dihukum di mahkamah sivil agar "lebih adil".

"Orang Islam akan dihukum di mahkamah syariah... tetapi kami tidak ada kuasa menghukum bukan Islam," beliau dipetik sebagai berkata.

Menurut laporan The Star hari ini, cadangan tersebut termasuklah meningkatkan denda dan hukuman - sehingga empat kali ganda - bagi kes-kes khalwat, pelacuran, minum arak dan berjudi.

Majlis Peguam juga menyatakan ia turut "terganggu" dengan hasil seminar itu yang ingin memperkenalkan pusat pemulihan bagi pesalah-pesalah jenayah syariah, seperti pelacuran dan lelaki pondan.

Sementara itu MCA juga membantah cadangan tersebut.

"Menurut perlembagaan, undang-undang Islam tidak terpakai kepada orang bukan Islam," kata naib setiausaha parti itu, Datuk Yew Teong Lock.

"Cadangan itu tidak realistik." - malaysiakini


SBB TU RAMAI ORG BKN ISLAM SANGGUP BUKAK KELAB SOKONG PAS SBB NAK DPT SYAFAAT DGN PAK AJIS KEHKEHKEH

hilbert berkata...

haaa itu lah dia bro Jeffery, tak akan mungkin Tok Guru sanggup melontar atau membaling batu kat YB Eli hehehe...malah dimanja dia lagi adalah..

dabuldahi berkata...

maaf. saja nak memberi pendapat.

Belajar bagi habis pasal hudud sebelum membuat apa-apa ulasan tentang hudud. jangan senang-senang membangkang hudud kalau ilmu pasal hudud sikit.

saudara bercakap tentang hudud, saudara tahu apa hudud? lebih baik diam dari bercakap-pasal hudud. nanti jatuh akidah.

ISLAM AGAMA ADIL.

Unknown berkata...

nampak sangat ang ni tak faham pasal hukuman hudud . hudud ni hukum Allah , bukan hukum manusia . lain kali belajar agama dengan para ulama' . jgn hentam orang yang tak bersalah. dah jelas pemimpin negara tolak hudud. apakah ang nak ikot pemimpin yang jelas munafik ! bodoh.

Arkib Blog