Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label biro. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biro. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 11, 2009

Suara Murai Di JPM tidak senada dengan irama BTN

Samada kita sedar ataupun tidak ketika isu Biro Tata Negara masih lagi hangat diperdebatkan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telahpun melakukan satu kesilapan.


YB Datuk Nazri sepatutnya tidak terus masuk ke tengah gelanggang sebab dia bukan pengadil perlawanan yang boleh menentukan sebarang keputusan tetapi seharusnya dia hanya patut berdiri ditepi gelanggang dan bertindak sebagai penjaga garisan.


Tambah parah lagi apabila tindakan yang beliau buat dilihat secara perlahan-lahan semakin condong ke arah yang tidak sepatutnya. Suara Nazri lebih jelas nyaring kedengaran dalam kebingitan tepuk sorak para penyokong pihak Pakatan Pembangkang. Apabila ditegur, beliau terus melenting. Tak kiralah siapa yang menegur.


YABhg. Tun Dr. Mahathir telah begitu banyak berjasa kepada negara kita, Malaysia. Diperingkat antarabangsa beliau telah diiktiraf sebagai mewakili suara pemimpin negara-negara membangun kerana kelantangan, keberanian, ketegasan serta kebijaksanaan beliau memimpin Malaysia sehingga berjaya menjadikan negara ini muncul sebagai negara paling cepat mencapai kemajuan jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lainnya.


Banyak penghargaan serta pengiktirafan oleh masyarakat luar negara terhadap Tun Dr Mahathir dari dulu sehingga kini. Di akhir siri lawatan dua hari beliau ke Timor Leste yang bermula Rabu lepas, Tun Dr Mahathir telah dianugerah dengan pingat tertinggi negara tersebut iaitu "Order of Timor Leste" oleh Presidennya, Ramos Horta. Sebagai rakyat Malaysia kita berhak untuk berbangga dengan semua itu.


Tetapi sayangnya apabila berada didalam negara sendiri, masih terdapat pihak yang seolah-olah tidak mahu mengakui akan hakikat tersebut walaupun mungkin kepada Tun Dr Mahathir sendiri beliau tidak mengharapkan sangat sebarang penghargaan daripada rakyat Malaysia terhadap dirinya tetapi cukuplah sekadar bagi beliau agar jangan digelar sebagai seorang yang mengamalkan sifat perkauman.

Untuk menjadi seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap perkara yang perlu atau yang dibawah bidang kuasa Perdana Menteri iaitu sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, orang itu hendaklah bijak menggunakan hujung lidahnya ketika menuturkan setiap patah perkataan supaya apabila kata-kata yang terkeluar dari bibir ianya tidak menyinggung hati dan perasaan orang lain sebagaimana yang telah Datuk Nazri lakukan terhadap Tun Dr Mahathir.

Kepada rakyat yang sentiasa menyanjungi dan mengkagumi ketokohan Tun Dr Mahathir sebagai seorang bekas pemimpin negara yang sukar dicari ganti, pasti akan sangat kecewa dengan tuduhan yang tidak berasas daripada Datuk Nazri yang telah menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin yang menamalkan sifat perkauman.

Berbalik kepada soal Biro Tata Negara, salah satu perkara yang menjadi teras utama didalam kursus tersebut selain daripada memupuk semangat patriotisme terhadap negara ialah 'nilai-nilai murni' kepada setiap rakyat Malaysia. Namun adakah terdapat nilai tersebut dalam diri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu apabila beliau mengambil sikap tidak menghormati pandangan pemimpin yang terdahulu dengan menuduh pula Tun Dr Mahathir sebagai ketinggalan zaman.

Beginikah gaya seorang menteri yang layak untuk dipertanggungjawabkan bagi membicarakan soal Biro Tata Negara ?

...selepas BTN, apa lagi perkara seterusnya yang DAP, PKR dan PAS mahu agar Nazri buat rombakan ? Yang sudah mula dijadikan sebagai isu sekarang oleh DAP melalui YB Nga Kor Ming ialah perbezaan peruntukkan daripada Kerajaan Pusat untuk membina rumah Ibadat seperti Masjid, Kuil, Tua Pek Kong dan Gereja di Malaysia... ...adakah Pakatan Pembangkang sudah mengarahkan agar Datuk Nazri bersedia untuk membuat sesuatu ?

Rabu, Disember 09, 2009

Kini PAS Kelantan pula haramkan BTN...

Seakan-akan tepat juga apa yang pernah saya rasakan apabila langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Pakatan di negeri Selangor menerusi Menteri Besarnya dari PKR yang mengharamkan semua kakitangan kerajaan dibawah pentadbiran mereka dari mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara(BTN) turut diikuti oleh kerajaan Pulau Pinang yang Ketua Menterinya adalah Setiausaha Agung DAP.

Dan langkah tersebut tidak hanya setakat disitu saja apabila negeri Kelantan melalui Menteri Besarnya yang juga Mursyidul Am PAS juga telah mengambil tindakan yang serupa dengan turut mengharamkan kursus BTN di Kelantan. Malah MB Nik Aziz terus mendesak agar BTN segera dirombak dan diselaraskan semula supaya ianya sesuai dengan ajaran agama Islam. Menurut Nik Aziz, kursus yang ditawarkan dalam BTN bercanggah sama sekali dengan ajaran juga tuntutan agama Islam dan maka sebab itulah Nik Aziz mahu BTN kalau boleh dirombak dengan sebeberapa segera...huhhhhh!!!

Jadi jika begitu, yang doa-doa yang diucapkan oleh Nik Aziz selama yang bertujuan untuk menjahanamkan orang lain dengan berbagai-bagai sumpah-seranah hanya kerana tuntutan "royalty minyak" itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam ke ? Nanti apa lagi sunnah Nabi yang akan dikatakan Nik Aziz berkaitan dengan tindakan beliau mengharamkan BTN itu ? ...pasti 100% dia akan kata bahawa dia ikut tindakan Nabi dan yang paling melucukan apabila sering untuk menyamakan setiap tindakan beliau sama dengan Nabi SAW...hmmmmm

Isu BTN ini semakin melarat apabila Menteri Di JPM YB Datuk Seri Mohd Nazri bin Tan Sri Aziz dengan begitu terbijaksana-terbijaksini telah mengumumkan yang BTN akan dirombak semula agar ianya bersesuaian dengan keadaan semasa tetapi mungkin YB Datuk Nazri mahu ianya sesuai mengikut kemahuan serta selera Lim Kit Siang, Karpal Singh serta semua konco-konco mereka dalam DAP, PKR dan PAS.

Pengumuman Datuk Nazri itu bagaimanapun telah tidak dipersetujui oleh YABhg Tun Dr Mahathir yang menyatakan bahawa BTN tidak perlu dirombak ataupun dikaji semula. Datuk Nazri yang tidak senang dengan pandangan Tun Dr Mahathir itu terus hilang punca, lalu terus menuduh Tun Dr Mahathir sebagai 'rasis' ertinya perkaumanlah lebih kurangnya. Tergamak Datuk Nazri menuduh Negarawan Ulung negara kita sebagai rasis semata-mata Datuk Nazri mahu menjaga hati atau boleh juga dikatakan sebagai untuk mengambil hati Lim Kit Siang, Anwar, Nik Aziz serta mereka-mereka yang sama rasisnya dalam Pakatan Pembangkang.

Lanjutan dari tuduhan rasis oleh Datuk Nazri terhadap Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu telah mengsyorkan supaya Datuk Nazri meletakkan semua jawatan beliau dalam UMNO kerana menurut Tun Dr Mahathir oleh kerana Datuk Nazri anti-perkauman dan tidak sesuai untuk dia berada didalam UMNO kerana UMNO adalah sebuah parti yang hanya terbuka keahliannya kepada kaum Melayu saja dan tidak sama seperti PKR, DAP dan akhir nanti mungkin PAS for ALL, iaitu mungkin Yahudi pun boleh jadi ahlinya.

Bisa, bisa, bisa...bagai tertusuk duri sembilu.

Jumaat, November 27, 2009

Datuk Dr. Hassan Ali bekas Timb. Ketua Pengarah Biro Tata Negara

Hari Ini Dalam Sejarah : Selain YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah terlibat secara langsung didalam segala bentuk aktiviti serta program dibawah Biro Tata Negara(BTN), YB Datuk Dr. Hassan Ali yang juga merupakan salah seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor adalah merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Biro Tata Negara yang kini telah "diharamkan" oleh Kerajaan Negeri Selangor atas alasan ianya mempunyai unsur-unsur perkauman yang ditakuti kononnya kelak akan memecahbelahkan perpaduan rakyat di negara ini.

hmmmm....takkanlah YB Datuk Dr. Hassan Ali tidak tahu akan perkara ini. Anwar pun juga. Ketika YB Datuk Dr. Hassan menjadi Timbalan Ketua Pengarah Biro itu dulu berapa banyak kali kah dia berjaya memecahbelahkan perpaduan dikalangan rakyat berbagai kaum dalam Malaysia ini ? Dan Anwar juga berapa ramai kah sudah rakyat yang telah dipecahbelahkan oleh beliau ketika berada sebagai apa-apa saja didalam Organisasi BTN itu dulu?

Ini Exco Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Selangor, YB Dr. Halimah Ali ikut sedap rasa saja menuduh yang BTN sebagai seperti itu... saya rasalah, beliau itu juga dulu berjaya sehingga menjadikan beliau sebagai seorang yang seperti beliau sendiri sekarang ini juga mungkin kerana sebenarnya BTN bukanlah sebagaimana yang beliau dakwa...

Makanya, jika benar tuduhan Dr. Halimah itu bahawa kursus BTN adalah antara usaha BN untuk melakukan proses doktrinasi, pasti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Perak(11 bulan) tidak akan jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang dan tidak mungkin juga Tan Sri Robert Kwok akan muncul sebagai orang paling kaya di Malaysia, Tan Sri T. Ananda Krishnan kedua terkaya dan diikuti (3)Tan Sri Lee Shin Cheng, (4)Tan Sri Guek Leng Chan

...dan barulah nampak yang kelima terkaya di Malaysia seorang yang beragama Islam, Melayu/Arab iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan selepas beliau ditangga keenam mereka lagilah... Tan Sri Teh Hong Piow, (7)Tan Sri Lim Kok Thay, (8)Tan Sri Tiong Hew King, (9)Tan Sri Vincent Tan dan yang kesepuluh barulah jumpa sekali lagi Melayu iaitu, Tan Sri Azman Hashim. Yang kesebelas dan seterusnya entahlah tetapi saya fikir memang kaum Lim Kit Siang sama Ronnie Liu jugalah...

...dan itulah hakikat sebenar yang tidak boleh diputar belit dan fakta itu jugalah antara perkara yang telah membuktikan bahawa DEB, Konsep Ketuanan Melayu, Malaysia Negara Islam, istilah Bumiputera dan Bukan Bumiputera dan yang lain-lain lagi tidak pernah bertujuan untuk menindas kepentingan serta hak kaum bukan bumiputera di negara ini.

Oleh kerana itu, tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan menghalang semua kakitangan kerajaan yang berkaitan dengan Kerajaan dibawah pentadbiran Pakatan Pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS dari mengikuti sebarang kursus yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara itu adalah sebagai satu tindakan berpunca dari perasaan syak wasangka yang keterlaluan terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Arkib Blog