Syabas dan setinggi-tinggi ucapan tahniah!!! buat pasukan bolasepak Malaysia kerana telah berjaya menundukkan pasukan Vietnam 1 - 0, lantas menamatkan kemarau 20 tahun Malaysia memburu gelaran sebagai juara di Sukan Sea dalam sukan bolasepak serta telah berjaya menambah pingat emas untuk kontinjen negara di Sukan Sea Viantine, Laos.
...juga tahniah kepada pasukan polis anti-rusuhan Denmark kerana telah bertindak tegas dan berani dalam mengawal keselamatan pada persidangan iklim Copenhagen. Mereka tidak 'teragak-agak' bertindak keatas para perusuh dan juga para penunjuk perasaan yang cuba untuk mengganggu perjalanan persidangan tersebut. Semoga tindakan tanpa selalu memberi 'amaran keras' oleh pihak berkuasa Denmark dapat dicontohi oleh pihak-pihak berwajib di negara lain termasuklah di Malaysia.
Tak lupa juga kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Sabah, YB Datuk Bung Mokhtar Radin kerana telah berjaya memiliki kereta MPV baru ALZA hehehe... semoga berbahagia selalu. Cuma satu harapan, bila ada yang baru maka yang lama dilupa jangan... dan jika ada kesempatan selalulah saksikan babak-babak menarik dalam filem "Madu Tiga" arahan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee.
6 ulasan:
Bro, setuju dengan komen tuan.... dan yang paling istimewa buat Bung Mokhtar..... selamat berbahagia....
Ya terima kasih Yanggambi,
ada keistimewaan yang tersendiri dari empat peristiwa itu yang boleh kita nilai dan pelajari sebenarnya...
contohnya disebalik kisah penikahan Datuk Bung Mokhtar itu, ada peristiwa yang rakyat Malaysia tidak boleh lupakan apabila menyebut mengenainya...63><66.
SLM MAAL HIJRIAH BRO DAN TAHNIAH KPD SEME PEMENANG DI TAHUN BARU INI HEHEHE
salam Jeffery, ya,ya..hehehe
terutama kepada YB Kinabatangan yang telah ada keta baru, MPV pulak tu bukan sekadar kereta... bawa pelan-pelan dijalanraya ;-)
Salam Maal Hijrah…. Hijrahkanlah Diri Ini ….
http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/
Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini
Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari
Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa
Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini
Salam ziarah kat blog entry ko… kami sedang baca entry older post ko tu… best gak bila baca…. Salam ikatan persahabatan… thanks kongsi cerita ngan aku… salam sebuah persahabatan tanda ingatan dari kami…. Harap ade respond dari kamu… thanks againt
Salam Maal Hijiriah 1431H dan terima kasih sdra Afzainizam atas ziarah ke blog anak merdeka,
harap negara kita aman selalu dan rakyat Malaysia selesa menjalani apa-apa jua kegiatan seperti buka perniagaan dan berbagai-bagai lagi..
Catat Ulasan