Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Disember 11, 2009

Suara Murai Di JPM tidak senada dengan irama BTN

Samada kita sedar ataupun tidak ketika isu Biro Tata Negara masih lagi hangat diperdebatkan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telahpun melakukan satu kesilapan.


YB Datuk Nazri sepatutnya tidak terus masuk ke tengah gelanggang sebab dia bukan pengadil perlawanan yang boleh menentukan sebarang keputusan tetapi seharusnya dia hanya patut berdiri ditepi gelanggang dan bertindak sebagai penjaga garisan.


Tambah parah lagi apabila tindakan yang beliau buat dilihat secara perlahan-lahan semakin condong ke arah yang tidak sepatutnya. Suara Nazri lebih jelas nyaring kedengaran dalam kebingitan tepuk sorak para penyokong pihak Pakatan Pembangkang. Apabila ditegur, beliau terus melenting. Tak kiralah siapa yang menegur.


YABhg. Tun Dr. Mahathir telah begitu banyak berjasa kepada negara kita, Malaysia. Diperingkat antarabangsa beliau telah diiktiraf sebagai mewakili suara pemimpin negara-negara membangun kerana kelantangan, keberanian, ketegasan serta kebijaksanaan beliau memimpin Malaysia sehingga berjaya menjadikan negara ini muncul sebagai negara paling cepat mencapai kemajuan jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lainnya.


Banyak penghargaan serta pengiktirafan oleh masyarakat luar negara terhadap Tun Dr Mahathir dari dulu sehingga kini. Di akhir siri lawatan dua hari beliau ke Timor Leste yang bermula Rabu lepas, Tun Dr Mahathir telah dianugerah dengan pingat tertinggi negara tersebut iaitu "Order of Timor Leste" oleh Presidennya, Ramos Horta. Sebagai rakyat Malaysia kita berhak untuk berbangga dengan semua itu.


Tetapi sayangnya apabila berada didalam negara sendiri, masih terdapat pihak yang seolah-olah tidak mahu mengakui akan hakikat tersebut walaupun mungkin kepada Tun Dr Mahathir sendiri beliau tidak mengharapkan sangat sebarang penghargaan daripada rakyat Malaysia terhadap dirinya tetapi cukuplah sekadar bagi beliau agar jangan digelar sebagai seorang yang mengamalkan sifat perkauman.

Untuk menjadi seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap perkara yang perlu atau yang dibawah bidang kuasa Perdana Menteri iaitu sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, orang itu hendaklah bijak menggunakan hujung lidahnya ketika menuturkan setiap patah perkataan supaya apabila kata-kata yang terkeluar dari bibir ianya tidak menyinggung hati dan perasaan orang lain sebagaimana yang telah Datuk Nazri lakukan terhadap Tun Dr Mahathir.

Kepada rakyat yang sentiasa menyanjungi dan mengkagumi ketokohan Tun Dr Mahathir sebagai seorang bekas pemimpin negara yang sukar dicari ganti, pasti akan sangat kecewa dengan tuduhan yang tidak berasas daripada Datuk Nazri yang telah menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin yang menamalkan sifat perkauman.

Berbalik kepada soal Biro Tata Negara, salah satu perkara yang menjadi teras utama didalam kursus tersebut selain daripada memupuk semangat patriotisme terhadap negara ialah 'nilai-nilai murni' kepada setiap rakyat Malaysia. Namun adakah terdapat nilai tersebut dalam diri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu apabila beliau mengambil sikap tidak menghormati pandangan pemimpin yang terdahulu dengan menuduh pula Tun Dr Mahathir sebagai ketinggalan zaman.

Beginikah gaya seorang menteri yang layak untuk dipertanggungjawabkan bagi membicarakan soal Biro Tata Negara ?

...selepas BTN, apa lagi perkara seterusnya yang DAP, PKR dan PAS mahu agar Nazri buat rombakan ? Yang sudah mula dijadikan sebagai isu sekarang oleh DAP melalui YB Nga Kor Ming ialah perbezaan peruntukkan daripada Kerajaan Pusat untuk membina rumah Ibadat seperti Masjid, Kuil, Tua Pek Kong dan Gereja di Malaysia... ...adakah Pakatan Pembangkang sudah mengarahkan agar Datuk Nazri bersedia untuk membuat sesuatu ?

Tiada ulasan:

Arkib Blog