Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Februari 08, 2011

"ADUN BN Sarawak berbohong kpd PM" tuduhan Daud Rahman tidak wajar !

Tuduhan yang telah dilemparkan oleh ADUN Barisan Nasional kawasan Tupong yang juga Menteri Di Pejabat Ketua Menteri bahagian Hal Ehwal Islam iaitu YB Datuk Daud Abdul Rahman terhadap beberapa rakan ADUN BN lain sebagai telah berbohong kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib adalah sangat tidak wajar sama sekali.

Sebagai seorang ADUN yang mempunyai kedudukan didalam kabinet kerajaan negeri sepatutnya Datuk Daud Rahman lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan apatah lagi yang membabitkan rakan-rakan seperjuangan dalam Barisan Nasional.

Saya tidak nampak apa faedahnya dari tuduhan yang telah dibuat oleh Datuk Daud itu akan dapat membantu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap BN malah besar kemungkinan ianya pasti akan menambah lagi ketidakpercayaan rakyat Sarawak khususnya di kawasan separa bandar dan juga di bandar-bandar besar terutamanya apabila isu ini nanti akan dijadikan sebagai modal kempen politik oleh pihak pembangkang.

Kedudukan Datuk Daud sebagai seorang menteri dalam kabinet Sarawak memberi kelebihan kepada beliau untuk memperbetulkan sesuatu kesilapan atau kekurangan di pihak BN sekiranya ada dan bukannya menyebarkan sebarang maklumat yang sepatutnya dikongsi bersama dengan rakan-rakan lain dalam BN sehingga boleh merugikan pihak Barisan Nasional itu sendiri apabila perkara sedemikian sudah didedahkan kepada umum.

Yang lebih menyakitkan hati ialah apabila Datuk Daud tidak menyebut siapa yang beliau maksudkan, mana satu ADUN BN Sarawak yang telah berbohong kepada Perdana Menteri? Sebagai rakyat Sarawak saya sangat malu bila ada dikalangan wakil rakyat Sarawak dikatakan sebagai pembohong lebih-lebih lagi apabila tuduhan bukannya datang dari pihak pembangkang tetapi dibuat oleh rakan sekelambu dari dalam parti BN sendiri.

Apakah motif sebenar Datuk Daud sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan seperti itu? Bagi saya apa gunanya Perdana Menteri yang telah menemui mereka pada Ahad lalu secara berkumpulan dan tidak serentak dengan mereka yang seramai 62 orang jika apa yang dibincangkan oleh rakan-rakan yang lain dengan Perdana Menteri pada hari berkenaan dengan sesuka hati saja dihebahkan kepada pihak luar.

Kalau iyapun sekinya Datuk Daud masih mahu dicalonkan semula sebagai Wakil Rakyat pada pilihnraya negeri akan datang maka janganlah rakan yang lain dalam BN pula hendak dijadikan sebagai mangsa alas untuk berpijak tetapi alangkah baiknya sekiralah kalau ada yang tak kena berlaku dalam lingkungan sesama rakan dalam BN, bawa berbincang secara keluarga besar atau biarkan saja Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang buat penilaian dan tak perlu untuk Datuk Daud menyerang rakan lain dalam BN secara terbuka begitu.

Kini, tanpa Datuk Daud sendiri sedari ekoran kenyataan beliau itu, maruah Barisan Nasional Sarawak sudah tercalar dengan teruk sekali. Mana tidaknya, belum pernah berlaku dalam sejarah politik Barisan Nasional Sarawak ada wakil rakyatnya sanggup berbohong kepada seseorang Perdana Menteri sebagaimana yang telah didakwa oleh Datuk Daud. Inilah kali pertama. Bagi pihak lain, mereka pasti berpendapat kalau dah sanggup berbohong kepada Perdana Menteri apatah lagi kepada rakyat bawahan yang diwakili. Seluruh rakyat Sarawak telah mendapat malu !

Isnin, Februari 07, 2011

Anwar sifatkan Malaysia umpama Mesir, Taib Mahmud serupa Hosni Mubarak dan dia sama seperti Elton John !

Ketika di Kuching Sarawak, Ketua Diktator PKR Anwar Ibrahim dengan nada sinis telah menyifatkan Malaysia saling tak ubah sama seperti negara Mesir yang kini sedang bergolak tetapi katanya lagi walaupun tak seburuk Mesir tetapi halatuju Malaysia yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak lebih ke arah jalan yang sama seperti yang telah diamalkan oleh kerajaan Mesir sebelum ini.

Mengenai Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pula, Anwar ketika berceramah dihadapan dua tiga kilogram penyokong PKR di Taman Sukma Kuching turut menggelarkan pemimpin veteran Sarawak itu dengan Presiden Hosni Mubarak. Kata Anwar sama, kalau Hosni Mubarak sudah 32 tahun menjadi Presiden Mesir maka Pehin Sri Taib pula semakin hampir mencecah 30 tahun.

Memang benar, Anwar betul dalam hujahnya, tetapi Anwar Ibrahim silap apabila hanya melihat kepada tempoh masa Hosni dan Taib berkuasa kerana Anwar tidak pernah membangkit akan sistem pemerintahan yang digunakan oleh Mubarak gunapakai selama beliau berkuasa sehingga beliau boleh bertahan selama tiga dekad sebagai Presiden Mesir.

Dan begitu juga, Anwar langsung tidak pernah cuba untuk menyentuh berkenaan sistem pemerintahan yang bagaimana digunakan oleh Pehin Sri Taib Mahmud sehingga menyebabkan khidmat beliau sebagai Ketua Menteri masih terus diperlukan oleh sebilangan besar rakyat Sarawak sehingga sekarang walaupun usianya kini telah menjangkau ke 75 tahun.

Mengenai Malaysia yang Anwar samakan dengan Mesir, beliau telah lupa banyak perkara antaranya ialah kalau di Mesir, mana-mana pembangkang yang dilihat boleh mengancam kepada kedaulatan Mesir maka pihak berkenaan akan diusir keluar dari Mesir dan perlu menjalani kehidupan sebagai pemimpin dalam buangan di negara lain tetapi sangat berbeza dengan Malaysia yang hanya membiarkan mana-mana pemimpin pembangkang untuk menghina, mencerca dan memburukkan nama baik tak kira didalam mahupun diluar negara dan kerajaan Malaysia tidak pernah mengambil tindakan terhadap para pengkhianat negara dan bangsa sebagaimana yang pernah Anwar sendiri lakukan beberapa ketika dulu.

Yang peliknya pada malam itu ialah PKR yang digembar-gemburkan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan keadilan, kebebasan bersuara serta sebagai sebuah parti penegak kepada sistem demokrasi untuk negara ini, namun tiada seorangpun daripada puluhan penyokong PKR yang hadir pada malam berkenaan yang berani berdiri untuk bertanya beberapa soalan kepada Anwar seperti apabila beliau mendakwa yang Malaysia lebih kurang seperti Mesir dan Taib Mahmud sama seperti Hosni Mubarak, jadi orang ramai yang hadir pada sessi ceramah politik malam itu boleh meminta Anwar memberikan alasan kenapa dia berpandangan sedemikian.

Hadirin yang mendengar ceramah Anwar pada malam itu termasuklah Baruk Bian, Dominique Ng, Ahmab Nazib Johari dan beberapa orang lagi mereka yang tertipu dan tak sedar-sedar lagi di Sarawak dengan mulut yang terngaga-nganga mendengar celoteh Anwar hanya mampu menyahut ucapan Anwar dengan kata "Oh Yes Sir !, Oh Yes Sir !, Oh Yes Sir !...oooooooooooo ya!!!...ooooo..yaaaa....oh yessssssssss!!!

Sabtu, Februari 05, 2011

Ketua AMK Sarawak turut dijangkiti penyakit Anwar, gila debat!

Ahmad Nazib Johari, satu nama yang agak baru dalam percaturan politik tanahair khususnya di Malaysia namun di Sarawak nama Ahmad Nazib Johari sudah dikenali oleh sesetengah diantara rakyat Bumi Kenyalang ini dan tidak kurang juga sesetengah daripada rakyat di negeri ini yang langsung tidak mengenali Ahmad Nazib. Tak pe, saya akan bantu promosikan beliau dan saya harap selepas ini beliau akan keluar PKR dan sokong BN pulak :-)

Beliau adalah Ketua Pemuda Parti KeADILan Rakyat(AMK) Sarawak iaitu pengikut Anwar Ibrahim, pendokong dasar perjuangan Pakatan Pembangkang atau lebih tepat lagi adalah penentang kepada dasar politik pembangunan BN Sarawak yang dibawa oleh Ketua Menteri YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud. Perkataan yang lebih sesuai bagi saudara Ahmad Nazib Johari ialah beliau adalah penentang kepada dasar yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional baik di peringkat pusat mahupun pada peringkat negeri.

Baru-baru ini saudara Ahmad Nazib telah mengajak Ahli Parlimen Petra Jaya yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Datuk Dr Hj Fadillah Yusof untuk berdebat dengan beliau. Menurut Ahmad Nazib, beliau sebenarnya telah lama mengidam untuk mengadakan debat dengan Datuk Fadillah namun katanya lagi beliau hampa kerana tiada sebarang respon daripada Timbalan Menteri berkenaan.

Tambah Ahmad Nazib lagi, keengganan Datuk Dr Fadillah untuk menyahut cabaran debat yang dikemukakan oleh beliau itu mungkin kerana Ketua Pemuda PBB itu takut atau tidak berani untuk berdepan dengannya. Walaubagaimanapun menurut Ahmad Nazib, beliau sentiasa bersedia bila-bila masa untuk berdebat dengan Datuk Dr Fadillah dan sangat berharap agar satu hari nanti Dtuk Dr Fadillah akan menerima jemputan debat daripada beliau.

Menurut Ahmad Nazib lagi, tujuan sebenar beliau mahu berdebat dengan Datuk Dr Fadillah adalah untuk membahaskan tentang isu halatuju para pemuda di Sarawak, ke arah mana mereka hendak dibawa...Barisan Nasional nak bawa ke mana, Pakatan Haram pula nak bawa pemuda dan anak-anak muda ke arah mana, keluar negara atau ke pulau-pulau...he he he..

Kepada Ahmad Nazib saya ingin berpendapat, tak payahlah berdebat..., buang masa saja..tiada perkara atau masalah yang membelenggu mana-mana rakyat akan mampu diselesaikan dengan hanya kebijaksanaan berdebat. Tentang anak-anak muda atau pemuda Sarawak tu, saudara tak payah risaulah...Barisan Nasional tak akan bawa mereka ke Hong Kong, ke Thailand atau ke Singapura.

Di Sarawak pula kerajaan Barisan Nasional telah lama menyediakan asas-asas yang penting menjadikan tenaga muda Bumi Kenyalang sebagai fokus utama dan lengkap dengan segala peluang pekerjaan cuma tinggal pada rakyat atau pemuda saja untuk membuat keputusan samada mahu segera merebut peluang yang terbentang dihadapan mata ataupun sebaliknya.

Kalau setakat PKR tu yang sering bawa pemuda keluar negara, bawa ke Singapura, bawa ke Thailand dan bawa ke Hong Kong dan disediakan pulak dengan 'bilik misteri he he' atau 'connecting room' dah kira biasalah tetapi bagi Barisan Nasional tak pernahpun buat drama macam tu...kalau ada pun pemuda yang keluar negara adalah mereka yang mewakili negara dalam bidang sukan untuk mengharumkan nama negara dan bukannya untuk menghina atau memburuk-burukkan nama baik Malaysia di negara lain seperti yang biasa Anwar Ibrahim lakukan.

Kepada semua ahli-ahli PKR Sarawak, kalau di Semenanjung sana sudah begitu ramai ahli-ahli mereka yang telah keluar daripada parti termasuklah para pemimpin serta pengasas asal PKR tetapi kenapa pula kita di Bumi Kenyalang ini yang masih begitu bersungguh-sungguh mempertahankan parti yang tidak tahu hujung pangkal perjuangannya malah perjuangan PKR yang kini sudah kelihatan semakin lemah dan longlai sama seperti perjuangan Parti Maju Sarawak(PERMAS) seketika dulu yang kini batu nisannya pun entah dimana letaknya.

'Buku Jingga' di TV1: penjelasan Pengarah Strategis PKR bercelaru

Semalam saya ikuti rancangan 'Bicara Rakyat' TV1 yang dikendalikan oleh saudara Sayed Munawar Sayed Mustar dan saya telah menonton rancangan tersebut dari awal ia bermula seperti biasa jam 10 sehinggalah siaraan berkenaan tamat pada jam 11 malam.

Tajuk yang dikupas adalah "Buku Jingga -janji manis?", sangat menarik minat saya untuk mengikuti program berkenaan yang menyaksikan tiga tetamu jemputan Sayed Munawar iaitu seorang pakar ekonomi atau Pengarah Kajian Strategik dan Antarabangsa(ISIS) Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, Ahli Parlimen Hulu Selangor YB P. Kamalanathan dan juga Pengarah Strategis PKR saudara Rafizi Ramli.

Apa yang lebih menarik ialah apabila sampai kepada giliran saudara Rafizi untuk menerangkan segala isi kandunagan didalam 'buku jingga' tersebut terutamanya mengenai janji '100 hari' yang menjadi isu utama perbincangan semalam, dimana pada awalnya kelihatan saudara Rafizi nampak begitu ghairah dan yakin dengan hujah andaian beliau namun dengan mudah dipatahkan dengan hujah daripada YB P. Kamalanathan dan juga Datuk Dr Mahani yang memang mempunyai asas.

Contohnya bagaimana saudara Rafizi gagal untuk menjawab dengan baik dan segera soalan melalui panggilan telefon yang ditimbulkan oleh seorang penonton dari rumah mengenai janji 100 hari, mengenai soalan oleh Datuk Dr Mahani iaitu darimana punca kewangan yang akan digunakan oleh kerajaan Pakatan Pembangkang kelak sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan baru berikutan keputusan mereka untuk membatalkan bayaran tol, pemansuhan subsidi barangan, pemberian bonus kepada guru dan sebagainya.

Dan begitu juga setelah saudara Rafizi pada mulanya dengan begitu bangga menyataka bahawa kerajaan Selangor sejak di perintah oleh Pakatan Pembangkang DAP/PKR/PAS telah berjaya menunaikan segala janji kepada lebih daripada 1.5 juta rakyat Selangor sebagaimana yang pernah mereka taburkan pada PRU-12 2008 dulu malah kata saudara Rafizi lagi bahawa pihak Pakatan telah berjaya memberi lebih laba kepada rakyat iaitu melebihi dari apa yang pernah mereka janji kepada rakyat semasa pilihanraya umum ke-12 lalu.

Tetapi apabila ditanya oleh YB P. Kamalanathan kalau benar apa yang didakwa oleh saudara Rafizi itu yang janji mereka sudah ditunaikan setelah dua tahun memerintah Selangor tetapi mengapa pula sehingga ke hari ini isu hutang kerajaan Selangor dengan TNB atau bil tertunggak untuk 14 ribu tiang elektrik sepanjang jalan Hulu Selangor belum lagi dibayar dan dilunaskan, tapi malangnya saudara Rafizi hanya mampu menjawab dengan menyalahkan kerajaan yang terdahulu iaitu BN dalam hal tersebut walhal beliau seperti tidak sedar yang Selangor sudah lebih dua tahun berada dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Pembangkang.

Kalau begitulah sikap BN sejak negara merdeka iaitu sejak mula mengambilalih kuasa mentadbir negara daripada tangan penjajah dulu maka sudah tentulah sampai sekarang rakyat Malaysia akan hidup seperti zaman perang dunia kedua kerana kerajaan BN akan sentiasa menyalahkan pentadbiran penjajah dulu yang menyebabkan kehidupan rakyat mundur tanpa ada sebarang usaha sendiri bagi memajukan negara serta mengubah nasib hidup rakyat.

Tambah memalukan lagi apabila saudara Rafizi menyentuh soal kadar kemiskinan dikalangan rakyat negara ini dengan angka-angka serta peratusannya entah betul entah tidak dan beliau juga apabila beliau telah tersasul dengan tanpa sengaja barangkali telah tersebut perkataan singkat EPU(bahasa orang pakar ekonomi) maka dengan mudah disanggah oleh Datuk Dr Mahani yang kemudiannya telah menerangkan kepada saudara Rafizi bahawa cara bagaimana peratusan kadar kemiskinan rakyat disesebuah negara itu ditentukan mengikut penilaian yang telah dibuat pada peringkat antarabangsa dan bukannya ditentukan oleh satu-satu negara itu sendiri.

Kesimpulannya ialah, pada malam semalam dalam rancangan 'Bicara Rakyat', amat jelas kelihatan yang saudara Rafizi yang memberi penerangan kepada seluruh rakyat Malaysia, kepada dua orang rakan teamu jemputan serta kepada pengacara saudara Sayed Munawar mengenai isi kandungan 'Buku Jingga' yang dipersoalkan kebenarannya ternyata penjelasan yang beliau berikan cuma bersandarkan kepada teori atau andaian semata-mata dan bukannya berlandaskan terhadap mana-mana perkara sebelumnya yang boleh dijadikan oleh pihak Pakatan Pembangkang sebagai satu panduan dalam menjayakan program 100 hari mereka itu.

Jumaat, Februari 04, 2011

CNY 2011 di Miri bersama PM adalah pemilihan yang tepat !

Segala persediaan serta persiapan untuk majlis perasmian Perayaan Tahun Baru Cina 2011 peringkat kebangsaan yang berpusat di bahagian Miri pada kali ini nampaknya semakin giat dijalankan. Dataran Kipas Miri telah dipilih sebagai tapak perayaan dan kelihatan ramai para petugas yang terlibat dalam kerja-kerja untuk menyiapkan segala keperluan berkaitan bagi memastikan majlis itu nanti berjalan dengan lancar dan berjaya sejak berminggu-minggu yang lalu.

Perayaan yang akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Sallahuddin pada malam Isnin hari Ahad 6hb February 2011 akan turut dihadiri oleh Toh Puan Hajjah Norkiah serta tetamu khas iaitu Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dan Isteri YABhg Datin Seri Rosmah Mansur, Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta isteri dan juga Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang juga akan disertai oleh isteri.

Majlis perayaan yang dikelolakan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertemakan "Jalinan 1Malaysia" itu pada sebelah malamnya juga akan turut diserikan dengan persembahan oleh beberapa artis terkenal tanahair termasuklah raja pop Jamal Abdillah dan juga beberapa penyanyi tempatan.

Disamping kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak dari Barisan Nasional yang turut memeriahkan malam perayaan itu nanti adalah dijangka ramai diantara Ahli-ahli Parlimen BN khususnya dari Sarawak serta Menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan negeri akan turut hadir sama.

Pemilihan bahagian Parlimen Miri yang dikuasai oleh Barisan Nasional yang ketiga-tiga DUN didalamnya iaitu DUN N.63 Piasau yang diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, DUN N.64 Pujut YB Andy Chia dan DUN N.65 Senadin yang diwakili oleh Menteri Muda Komunikasi Sarawak YB Datuk Lee Kim Shin sebagai pusat perayaan peringkat Nasional untuk Sarawak memang tepat sekali.

Selain disebabkan oleh faktor tersebut mengapa Miri dilihat sebagai pilihan yang tepat untuk pusat perayaan berkenaan, maka sebab lain yang tidak kurang pentingnya ialah betapa melihat kepada kegigihan serta kesungguhan pasukan Wawasan BN Parlimen Miri yang diketuai oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air YB Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang turut dianggotai oleh ADUN Piasau, ADUN Pujut serta ADUN Senadin untuk memastikan kawasan Parlimen Miri terus dikuasai oleh Barisan Nasional dan oleh itu adalah tepat untuk menghargai bakti mereka dengan menganjurkan perayaan penting seumpama itu di kawasan yang mereka wakili.

Saya secara peribadi sangat berbangga melihat betapa cergasnya pasukan Wawasan BN Parlimen Miri dalam usaha mereka untuk terus berbakti kepada rakyat tanpa mengira bangsa ataupun agama, sering turun padang menemui rakyat yang diwakili serta pengundi tanpa menunggu waktu pilihanraya semata. Boleh dikatakan keempat-empat wakil rakyat dari BN ini iaitu Datuk Seri Peter Chin, Tan Sri Dr George Chan, YB Andy Chia dan Datuk Lee Kim Shin kalau tidak secara berpasukan tetap akan turun menemui rakyat walaupun secara bersendirian bersama dengan para pegawai masing-masing bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh rakyat setempat.

Kegigihan yang telah ditunjukkan oleh pasukan Wawasan Parlimen Miri untuk mencapai kejayaan seharusnya menjadi ikutan kepada beberapa orang Ahli Parlimen yang lain di Sarawak misalnya di kawasan Parlimen Mukah. Rakyat memerlukan seorang wakil rakyat khususnya peringkat parlimen yang boleh bekerja untuk rakyat, yang selalu turun berjumpa dengan para pengundi dan bukannya mempunyai seorang Ahli Parlimen yang hanya menjadi "tunggul kayu" selama 7 penggal berturut-turut.

Oleh itulah apabila saya mendapat tahu yang Bandaraya Miri telah dipilih sebagai Pusat Perayaan Peringkat Nasional pada tahun ini untuk perayaan Tahun Baru Cina sudah pastilah saya berpendapat itu adalah satu keputusan yang tepat dan betul selain bahagian berkenaan juga sebagai kubu kuat kepada Barisan Nasional sudah tentulah rakyat disitu berhak untuk mendapat penghargaan daripada pihak kerajaan dengan mengadakan beberapa majlis kebesaran agar ianya akan lebih mendekatkan lagi para pemimpin negara dengan seluruh rakyat.

Rabu, Februari 02, 2011

Semua orang perlu melihat pergolakan di Mesir dari semua sudut...

Apa yang telah berlaku di negara Mesir sekarang ini hendaklah dihayati serta dilihat oleh semua pihak bukan hanya setakat mereka yang memang jelas sudah sekian lama tergila-gila untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi juga kepada mereka-mereka yang sudah terlalu lama memegang kuasa baik dalam mana-mana parti, kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri tak kiralah di pihak pemerintah mahupun di pihak pembangkang.

Rakyat walaupun sememangnya tahu bahawa betapa besarnya jasa setiap pemimpin itu namun apabila setiap rakyat itu sudah menyedari yang masa untuk seseorang pemimpin berkenaan perlu berundur bagi memberikan laluan kepada pemimpin baru mentadbir sesebuah negeri maka apa yang di harap oleh rakyat ialah akan berlakunya peralihan kuasa yang aman dalam suasana demokrasi maka ini bermakna rakyat mahu tahu barisan pemimpin pelapis yang akan meneruskan kepimpinan selepas pemimpin yang lama sudah berundur.

Saya melihat krisis kepimpinan negara sebagaimana yang sedang melanda negara Mesir waktu ini adalah satu mesej yang amat jelas daripada rakyat kepada mana-mana pemimpin yang sudah terlalu lama berada ditampuk pemerintahan agar mereka jangan terlalu leka dengan kuasa yang dimiliki tetapi sebaliknya setiap pemimpin itu perlu melihat dan mendengar kemahuan suara rakyat yang mahukan pembaharuan atau peralihan kuasa tanpa perlu menunggu gerakan wujud untuk mengguling mereka sebagai pemimpin.

Dan begitu juga kepada pemimpin-pemimpin yang sentiasa menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang Perdana Menteri dan juga untuk menjadi seorang Ketua Menteri, sekiranya perjuangan mereka semata-mata hanya untuk mendapatkan kuasa bagi dua jawatan tertinggi itu namun pada akhirnya, sekiranya mereka sudah berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri dan juga Ketua Menteri maka segalanya akan menjadi sia-sia saja apabila setiap urusan mentadbir negara atau negeri akan diatur oleh pihak luar dan bukannya daripada diri mereka sendiri.

Kepada pemimpin dalam kumpulan yang gila kuasa seperti ini diharap mereka sudi merenungi apa yang telah dan sedang berlaku di negara Mesir sebagai satu panduan kepada mereka supaya segera sedar bahawa walau sekuat manapun kuasa berada didalam genggeman mereka sebagai pemimpin namun semuanya tidak akan memberi sebarang makna apabila rakyat sudah mulai muak dan bosan sehingga memaksa rakyat untuk bangkit serta bangun memprotes. Tepuk dada tanya selera...

Selasa, Februari 01, 2011

Pemberontakan di Mesir adalah kemenangan Amerika Syarikat !

                                                          (Presiden Hosni Mubarak)

Siri rusuhan yang semakin membesar berlaku di Mesir pada waktu ini merupakan satu kemenangan serta kejayaan yang begitu bermakna dan penuh erti bagi negara pengganas nombor satu dunia iaitu Amerika Syarikat.

Apa yang telah berlaku di negara Mesir saat ini turut menjelaskan kepada kita semua betapa pihak Amerika Syarikat hanya akan terus menyokong serta memerlukan seseorang pemimpin dari negara-negara yang tertentu selagi pihak Amerika Syarikat merasakan seseorang pemimpin itu masih boleh dipergunakan untuk kepentingan mereka.

Akan tetapi sekiranya pihak Amerika Syarikat sudah mulai merasakan yang seseorang pemimpin negara yang tertentu itu sudah mula kehilangan sokongan daripada rakyat dan kuasa pula semakin menurun maka tanpa rasa segan silu pihak Amerika Syarikat boleh dengan tiba-tiba berubah angin dari sebelum ini menyokong tetapi bila ada masalah akan bertukar menjadi penentang pula.
                                                        (anak Hosni Mubarak, Gamal)

Jelas sekali nampak muslihat Amerika Syarikat yang sebenarnya. Jika sebelum ini mereka begitu menghormati Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir dan sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bagi kepada beliau tetapi sejak beberapa hari yang lalu ekoran tercetusnya rusuhan di Mesir, pendirian Amerika Syarikat pun sudah mulai berubah terhadap kepimpinan Presiden Hosni Mubarak.

Dahulu pihak Amerika Syarikat sentiasa memandang Hosni Mubarak sebagai sangat penting kepada mereka dalam usaha untuk memastikan kerajaan pengganas Israel dapat terus meluaskan pengaruh serta penempatan haram mereka di Tanah Palestine dan tanpa sokongan Hosni Mubarak adalah mustahil bagi pihak yahudi Israel dapat merampas hak rakyat Palestine dengan sewenang-wenangnya.

Saya tidak mahu mengulas terlalu panjang mengenai situasi yang sedang berlaku di Mesir ketika ini tetapi cukuplah untuk kita semua ambil apa yang berlaku terhadap Presiden Hosni Mubarak sebagai iktibar atau pengajaran bagi kita seluruhnya betapa seseorang pemimpin sesebuah negara yang begitu mudah diperkudakan oleh kuasa asing akan begitu mudah juga untuk dijatuhkan biar tidak dengan cara lembut maka akan digunakan dengan cara kekerasan oleh pihak asing seperti apa yang pernah Amerika Syarikat lakukan di Iraq dulu.

Ahad, Januari 30, 2011

Syabas YB Mohd Azhar Ibrahim, tahniah pengundi DUN N.5 Tenang !

Dengan memperolehi majoriti besar iaitu 3707 undi, maka dengan rasminya calon UMNO daripada Barisan Nasional Mohd Azhar Ibrahim kini telah diisytiharkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N.5 Tenang Labis Johor apabila berjaya mengalahkan calon daripada parti PAS iaitu Puan Normala Sudirman yang hanya mendapat 2992 undi.

Mohd Azhar Ibrahim yang telah berjaya menawan hati hati 6699 pengundi di DUN Tenang kini sudah sah bergelar sebagai Yang Berhormat untuk mewakili rakyat di kawasan DUN berkenaan.

Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh mereka yang terlibat didalam memenangkan calon Barisan Nasional ini termasuklah para bloggers pro-kerajaan yang turut sama berada dengan semua jentera pilihanraya BN di Labis sejak mula kempen berjalan sehinggalah ke hari pengumuman keputusan pilihanraya dibuat bagi memastikan kemenangan tetap berada di pihak kerajaan.

Sabtu, Januari 29, 2011

YB Salehuddin Ayub berselingkuh dengan Azizah ? ..waduh!..waduh!!!

Miang betul juga Ahli Parlimen Kubang Kerian YB Salehuddin Ayub ni... Nik Aziz Nik Mat tau ke ? ..atau dah dijaminkan syurga tempat untuk pelaku yang suka buat kerja-kerja maksiat macam ni dalam PAS ?

Apa-apapun kita semua marilah layan kisah seribu satu malam ini seperti yang telah didedahkan oleh Screwkuat69 dan lepas tu bolehlah masing membuat penafsiran tersendiri mengenai wakil rakyat ini yang pada zahirnya nampak alim dan bersopan namun hakikatnya beliau mempunyai tabiat yang sangat bertentangan dengan penampilan yang ada pada dirinya.

Cikgu Maarof lari dari tugas, tipu anak murid, tipu rakyat dan tipu kerajaan !

Suami kepada calon PAS di DUN Tenang, Cikgu Maarof bukanlah dari kalangan rakyat biasa yang hanya memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada selaku rakyat yang tahu mengenang budi kerajaan tetapi beliau adalah merupakan sebahagian daripada jutaan kakitangan kerajaan lain yang makan gaji dari pihak kerajaan Barisan Nasional menerusi tugas beliau sebagai seorang guru.

Tetapi tindakannya yang ternyata telah membelakangi prinsip yang harus ada pada seseorang guru itu apabila lari dari tugas dengan alasan telah mendapat cuti sakit memang tidak dapat diterima oleh akal memandangkan beliau adalah suami kepada seorang calon daripada parti PAS yang selalu mendakwa kononnya mereka adalah sebuah parti paling bersih dan sempurna dalam segala segi.

Dengan cuti selama lebih 19 hari yang telah diberikan kepada beliau sepatutnya waktu itu digunakan oleh Cikgu Maarof untuk berehat di rumah sekiranya benar beliau sakit ke apa dan bukannya mengikut isterinya ke hulu ke hilir berkempen dan tindak-tanduknya itu telah menimbulkan banyak kemuskyilan kepada ramai orang apakah sebagai seorang guru Cikgu Maarof sudah bersikap jujur dan ikhlas kerana belum apa-apa lagi dia sudah berani untuk ponteng dari tugas bagi membantu isteri untuk memenangi kerusi N.5 DUN Tenang dengan alasan yang amat meragukan.

Memandang kepada jawatan sebagai seorang guru yang disandang oleh Cikgu Maarof, saya merasa sangat pelik, mana tidaknya beliau bekerja dengan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO dalam Barisan Nasional, makan gaji dengan melaksnakan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan semasa tetapi dalam pada itu beliau telah bertindak sama seperti gunting dalam lipatan, duri dalam daging telah membelot dengan menganiaya kerajaan secara jelas dan terang.

Cikgu Maarof sebenarnya telah belot dan mengkhianati serta menipu kerajaan apabila sanggup untuk bersekongkol dengan parti lawan semata-mata mahu menentang kerajaan yang mana beliau sendiri adalah sebahagian dari nadi penggerak kepada polisi serta dasar kerajaan yang sedia ada. Cikgu Maarof juga telah memperdaya anak-anak murid tempat di mana beliau mengajar apabila gagal untuk hadir ke kelas sehingga mengabaikan masa yang sangat bernilai bagi setiap pelajar.

Dan yang paling teruk tertipu ialah rakyat atau pengundi dalam kawasan kerusi DUN Tenang apabila mereka padanya sudah percaya bahawa Cikgu Maarof memang sakit tetapi kemudiannya mereka sudah mulai rasa tertipu apabila kerap kali terserempak dengan Cikgu Maarof begitu cergas dan sihat membantu kempen isterinya dalam kawasan DUN Tenang. Inilah calon PAS di Tenang, belum apa-apa lagi sudah pandai untuk membohongi rakyat.

Kepada para pengundi di DUN N.5 Tenang, esok...
UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL !

Jumaat, Januari 28, 2011

DUN Tenang: SPRM wajar siasat sijil cuti sakit suami Normala Bonet !

Kalau mengikut amalan biasa bagi pengamal bidang perubatan moden iaitu apabila terdapat mana-mana kakitangan kerajaan mahupun kakitangan dari sektor swasta bila datang ke pusat-pusat perubatan seperti klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan dan setelah membuat pemeriksaan lanjut maka memang sahlah seseorang itu mengalami masalah kesihatan jadi untuk memudahkan urusan rawatan seterusnya dijalankan sudah pastilah pihak klinik atau hospital akan mengeluarkan satu dokumen iaitu sijil sakit lengkap dengan tandatangan pegawai perubatan bagi mengesahkan bahawa individu sepertimana nama yang tercatat didalam borang berkenaan memang sakit dan diwajibkan untuk mendapat cuti sakit bagi tempoh yang tertentu daripada majikan masing-masing.

Dan kepada yang telah diberi atau mendapat surat cuti sakit daripada klinik dimana mereka mendapatkan rawatan serta permohonan cuti mendapat kelulusan daripada pihak majikan, maka mereka ini harus menggunakan waktu cuti sakit itu untuk berehat sepenuhnya dari melakukan sebarang kegiatan yang boleh menambahkan kemudaratan kepada kesihatan tetapi sangat pelik dengan apa yang telah dilakukan oleh suami kepada calon PAS Normala Sudirman di DUN Tenang iaitu Encik Ma'aruf. Beliau telah mendapat 2 sijil cuti sakit yang kesemuanya berjumlah selama 19 hari iaitu bermula dari 10hb sehingga 28hb January 2011 namun dalam tempoh berkenaan beliau kelihatan nampak sihat dan ceria dikhalayak umum bersama isterinya yang sibuk berkempen untuk menawan hati rakyat di DUN Tenang.
Persoalannya ialah, apakah benar beliau sakit ? Apakah bentuk penyakit yang beliau hidapi ? Adakah beliau sakit kepala, sakit lutut, sakit gigi, sakit mata, sakit hati, sakit jiwa, demam kepialu, demam kura-kura, hidung berhingus, sengal-sengal otot dan sebagainya ?

Tetapi kalau benar beliau sakit kenapa juga dalam tempoh waktu bercuti itu dia sanggup dan masih mampu ikut rombongan isterinya meredah banjir dalam keadaan hujan dengan pakaian separuh basah untuk menjalankan kempen pilihanraya isterinya sedangkan jika difikir elok-elok adalah lebih baik untuk beliau berehat saja dirumah makan pil, makan panadol sehingga keadaan kesihatannya semakin beransur-ansur pulih.

Doktor atau pegawai perubatan tak marah ke dengan pesakit yang tidak peduli dengan pesakit yang degil, jangan main hujan, jangan keluar rumah waktu sakit...rehat saja di rumah tapi tak mahu dengar masih lagi mau main banjir dan apa sudah jadi dengan cuti sakit 15 hari..? Bagaimana pihak klinik atau hospital boleh bagi cuti begitu lama kepada seseorang itu sekiranya mereka bukan benar-benar sakit ?

Bagi saya, sudah ada dua kes timbul dari isu ini iaitu Encik Maaruf laki Normala Bonet Sudirman sengaja melarikan diri dari tugas dan beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib dan beliau telah menipu majikannya setelah bersubahat dengan pihak klinik sehingga beliau mendapat sijil cuti sakit untuk digunakan bagi tujuan membantu isterinya Normala berkempen.

Oleh itu, apakah pihak SPRM tidak berhajat untuk membuka kertas siasatan berhubung perkara ini sekiranya ada aduan yang diterima daripada orang ramai khususnya rakyat atau pengundi di DUN Tenang ? Harap ada aduan akan dibuat oleh penduduk Labis di Johor mengenai perkara tersebut sebab besar kemungkinan adanya unsur-unsur rasuah berlaku sehingga membolehkan sijil cuti sakit berkenaan dikeluarkan.

Khamis, Januari 27, 2011

LKY dalang disebalik hubungan keruh Malaysia dengan Indonesia

(hanya gambar hiasan, tiada kaitan dengan sesiapa baik yang masih hidup atau yang dah masuk syurga, sekiranya ada persamaan anggaplah ianya satu kebetulan:-)

Kebimbangan Singapura terhadap kebangkitan ekonomi dua negara Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia memang tidak boleh disembunyikan lagi malah pemimpin negara pulau tersebut sentiasa berusaha mencari jalan bagaimana untuk melemah atau melumpuhkan ekonomi salah satu daripada dua negara ini agar tidak menjadi ancaman kepada kemajuan ekonomi Singapura.

Sepertimana yang kita semua sudah maklumi sebelum ini iaitu hubungan akrab yang telah terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dengan Indonesia sering saja berdepan dengan masalah hanya disebabkan oleh isu-isu yang terpencil namun agak pelik apabila hal yang hanya sekecil biji sesawi boleh dijadikan isu seluas lautan samudera sehingga mengundang bantahan serta demonstrasi luarbiasa khususnya dari kalangan rakyat Republik Indonesia.

Kebanyakkan rakyat Malaysia dan juga sesetengah rakyat di Indonesia sendiri lebih senang menyalahkan para perusuh atau mereka yang terlibat di dalam demonstrasi anti-Malaysia sebagaimana yang selalu berlaku sebelum ini namun seolah-olah tiada yang mahu mencari dalang sebenar disebalik semua demonstrasi yang telah diadakan itu dan ini semua bertambah menjadi buruk apabila pihak tertentu di Indonesia yang telah termakan dengan hasutan tanpa segan-silu segera menjalankan peranan masing-masing dengan mengumpul sebeberapa banyak tenaga untuk mengganyang Malaysia dengan berbagai cara termasuklah membakar Jalur Gemilang, menyerang Pejabat Kedutaan Malaysia disana, melakukan siri pembersihan terhadap warga Malaysia yang terdapat di Indonesia dan sebagainya lagi.

Tetapi kebanyakan orang mungkin tidak nampak akan peranan Singapura didalam pertelingkahan yang seringkali berlaku antara negara ini dengan Indonesia malahan untuk mengaitkan Singapura di dalam isu-isu dua hala yang berbangkit antara Malaysia dengan Indonesia agak sukar tetapi jika kita cuba untuk melihat kepada kegusaran pihak Singapura terhadap kekuatan yang dimiliki Malaysia dan Indonesia dari segi kuasa ekonomi seandainya kedua negara ini kekal dan terus berkerjasama dalam semua bidang dan dalam suasana yang aman, tenang dan harmoni dan tentu sekali pada pandangan pihak Singapura bahawa ini pasti akan menggugat kekuatan ekonomi mereka apabila dibiar tanpa usaha menghalang dilakukan.

Kenyataan terbaru daripada bekas Perdana Menteri Singapura yang juga Menteri Mentornya Lee Kuan Yew berkenaan dengan kerisauan Singapura terhadap Malaysia dan Indonesia begitu ketara sekali dan andaian sebelum ini yang mengatakan bahawa Singapura memang bertanggungjawab dalam melaga-lagakan rakyat serta kerajaan kedua-dua negara untuk berbalah adalah tepat memandangkan beliau sanggup menuduh bahawa terdapat usaha daripada pihak di Malaysia atau dari Indonesia untuk menjahanamkan ekonomi negara Singapura walaupun tiada asas untuk Lee Kuan Yew berpandangan sedemikian.

Rabu, Januari 26, 2011

Adakah PAS sudah jadi parti kafir dan haram ???

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Apabila merujuk kepada fatwa tersebut yang dikeluarkan oleh PAS sejak lebih kurang 48 tahun yang lalu yang mana adalah sangat jelas mereka di waktu itu memang mengharamkan sama sekali sebarang kerjasama dengan mana-mana orang-orang bukan Islam khususnya dalam urusan untuk mentadbir negara tetapi nampaknya apa yang telah diharamkan mereka selama ini telahpun ditukar menjadi halal pula seperti kerjasamanya dengan DAP dan juga PKR iaitu dua parti yang kebanyakkan anggota mereka bukan terdiri daripada orang-orang Islam.

Jadi sekarang, apakah layak lagi untuk PAS terus mengakui kepada masyarakat bahawa parti mereka adalah masih parti Islam iaitu setelah mengenepikan fatwa yang mereka sendiri cipta serta sanggup pula untuk berkerjasama dengan dua buah parti iaitu DAP yang rata-rata ahlinya bukan beragama Islam dan juga PKR yang sebahagian anggotanya juga adalah orang-orang bukan Islam ?

Jumaat, Januari 21, 2011

Segelintir Melayu Singapura tidak faham maksud Tun Dr Mahathir mengenai nasib mereka

Kini nampaknya ada sebilangan Melayu Singapura sudah bangkit dan kebangkitan sebilangan kecil daripada mereka itu bukanlah bertujuan untuk memperjuangkan hak atau mengembalikan kuasa memerintah Singapura kepada mereka melainkan mereka bangkit untuk mempertahankan nasib mereka yang kononnya adalah lebih baik daripada nasib orang Melayu di Malaysia dari segi ekonomi, amalan hidup dan beberapa perkara lain lagi.

Segelintir orang Melayu Singapura ini sudah lama sebenarnya tidak senang dengan ulasan yang dibuat oleh Negarawan Malaysia YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau menyentuh mengenai kedudukan kaum Melayu di negara berkenaan yang seolah-olah telah dipinggirkan oleh pihak kerajaan negara tersebut dan ini nampak jelas apabila kerajaan Singapura lebih mengutamakan kaum Cina dan India daripada kaum Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan, jika adapun diterima jumlahnya adalah sangat kecil.

Yang sebenarnya mereka ini tidak dapat untuk memahami akan maksud yang selalu disebut oleh YABhg Tun Dr Mahathir dalam setiap ulasanya apabila saja mengenai mereka dan saya fikir Tun Dr Mahathir tidak sedikitpun untuk membandingkan kedudukan ekonomi Melayu Singapura dengan kedudukan ekonomi Melayu Malaysia tetapi apa yang saya nampak ialah Tun Dr Mahathir hanya menumpukan perhatian beliau kepada isu "hak" kaum Melayu Singapura sebagai penduduk asal negara pulau berkenaan yang kelihatannya sudah hilang dan semakin lenyap.

Cuba kita baca tentang komen-komen balas yang dibuat oleh Salim Ahmad, Kamariah Lim Li Hua dan Eusope Musawa rakyat Singapura daripada kaum Melayu terhadap beberapa ulasan oleh Tun Dr Mahathir sebelum ini dan kita akan dapati mereka sebenarnya tersalahtafsir berhubung perkara yang ditimbulkan oleh Negarawan kita itu sebab jika mengikut dalam komen mereka masing-masing nyatalah mereka ini dari golongan elit atau yang hidup mewah tanpa memikir apa yang mereka miliki pada hari ini akan beransur-ansur hilang sekiranya "kuasa" yang sepatutnya diperjuang dan dipertahankan tidak diambil peduli.

Namun di sebalik itu ada seorang rakyat Singapura iaitu Walid Jumblett Abdullah dalam forum yang samam telah memintas komen-komen pedas oleh rakan-rakan senegaranya terhadap YABhg Tun Dr Mahathir dan anda boleh baca pandangan beliau tentang Tun Dr Mahathir dan maka itulah sebab saya tidak beranggapan bahawa kesemua rakyat Singapura boleh keliru atau tidak faham dengan isu yang diketengahkan oleh Negarawan Agung kita itu yang membabitkan Melayu Singapura kerana ada yang melihat bahawa Tun Dr Mahathir walaupun mungkin tidak semua tetapi banyak apa yang beliau katakan berkenaan dengan Melayu Singapura adalah benar.

Rabu, Januari 19, 2011

DAP sanggup mendekati PAS kerana PAS sanggup menjauhi Islam !

(gambar di atas diambil dengan izin dari empunya blog Dimensi, brader Jeffry Damien) [...ambil dulu baru kemudian minta kebenaran...]

Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat telah beberapa kali menyatakan bahawa mereka iaitu PAS sudah berjaya mendekatkan para pemimpin dalam DAP termasuklah para penyokong DAP dekat kepada Islam dan juga telah berjaya membuat orang-orang DAP faham tentang Islam sehingga membuatkan mereka sudah mulai menerima perjuangan Islam seperti yang dibawa oleh PAS.

Itu semua bagi saya hanyalah satu pengakuan yang terpaksa diluahkan oleh seorang yang telah menyedari bahawa perjuangan atau matlamat asal parti PAS sudah lama mati kerana kegagalan pihak mereka untuk meyakinkan pihak DAP terutamanya berkenaan dengan perlaksanaan hukum Hudud sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menubuh kerajaan persekutuan di negara ini.

DAP yang senantiasa menekan PAS dengan menggunakan isu hudud telah dilihat menjadi semakin begitu akrab sekali dengan parti berkenaan baik dalam apa jua urusan yang mereka buat biarpun yang melibatkan soal agama Islam pasti kita akan dapat melihat bagaimana PAS sanggup untuk menerima kerjasama daripada DAP dada yang lapang sedangkan mereka tidak tahu apakah niat sebenar DAP disebalik semua itu.

Para pemimpin PAS yang telah terpegun atau terpesona dengan sandiwara DAP itu ternyata begitu bangga serta menganggap itu adalah satu kejayaan PAS untuk mendekatkan orang bukan Islam terutamanya DAP kepada Islam tetapi malangnya sehingga kini PAS belum lagi dapat membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia berapa banyak sudah orang-orang dalam DAP yang telah berjaya diIslamkan oleh mereka.

Yang berlaku sebenarnya ialah DAP semakin dekat dengan PAS dan bukannya DAP makin dekat kepada Islam sebagaimana yang didakwa oleh para pemimpin PAS. Mungkin kerana Datuk Nik Aziz Nik Mat keliru kerana sering beranggapan bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS maka akan wujudlah tanggapan sedemikian padahal PAS tidak tahu sebab kenapa DAP menjadi begitu rapat dengan mereka hanyalah untuk memastikan PAS benar-benar tidak meneruskan agenda Islamnya disamping untuk terus mempengaruhi PAS agar sentiasa tunduk kepada segala kemahuan DAP selagi mereka duduk sebumbung dalam Pakatan Pembangkang.

Apa yang dapat kita lihat dengan jelas kini sebab kenapa DAP boleh menjadi begitu akrab dengan PAS sejak mereka berada dibawah satu bumbung dalam Pakatak ialah kerana DAP sudah melihat yang PAS jelas semakin jauh meninggalkan perjuangan asal parti sejak Parti Islam SeMalaysia itu ditubuhkan dan ini terbukti dengan beberapa tindakan yang telah dibuat oleh PAS berhubung dengan mana-mana perkara melibatkan kepentingan agama selama ini dimana cara mereka menangani sesuatu isu yang berbangkit berkaitan agama Islam dibuat tidak berlandaskan kepada kehendak agama tetapi lebih kepada kehendak ataupun tuntutan politik.

Selasa, Januari 18, 2011

Peraturan laporan Polis "boleh" selepas 24 jam kejadian wajar dikaji semula.

Terlebih dulu saya ingin menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga adik Allahyarham Taufik Abdul Rahim yang telah menjadi mangsa pembunuhan kejam oleh kumpulan sindiket mencuri motosikal di Sadong Jaya Kota Samarahan Sabtu lalu dan diharap semua ahli keluarga allahyarham tabah dan bersabar dalam menghadapi keadaan yang sedemikian.

Adik Taufik Abdul Rahim 15, merupakan seorang pelajar Tingkatan 3 di sebuah SMK Kota Samarahan telah didapati hilang oleh bapanya Abdul Rahim pada hari Sabtu apabila tidak balik ke rumah pada waktu yang sepatutnya sebagaimana kebiasaan sebelumnya.

Oleh kerana bimbang sesuatu terjadi  ke atas anaknya maka Abdul Rahim telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya namun beliau tidak dapat berbuat demikian mungkin telah dinasihat oleh pihak polis bahawa laporan mengenai kehilangan orang hanya akan dapat dibuat selepas 24 jam kejadian berlaku menyebabkan beliau hanya membuat laporan polis pada jam 1 petang hari berikutnya.

Saya melihat sekiranya peraturan atau pendekatan yang sedang diamalkan oleh pihak polis pada masa ini berhubung dengan kes-kes yang memerlukan perhatian segera tetapi malangnya apabila semuanya tetap tertakluk dibawah peraturan sama iaitu 'selepas 24 jam' barulah laporan polis yang dibuat oleh para pengadu mengenai sesuatu kes seperti kehilangan orang hanya akan dapat diterima dan polis baru boleh memulakan siasatan jadi alangkah baiknya kalau peraturan yang sedemikian dapat diubahsuai atau dikaji semula bagi memudahkan setiap urusan oleh semua pihak.

Dalam kes seperti ini telah menjadi satu tandatanya kepada saya iaitu sekiranya benar-benar kejadian kehilangan berlaku yang disebabkan oleh perlakuan jenayah seperti kejadian yang menimpa adik Taufik Abdul Rahim tetapi pihak polis masih enggan untuk menerima laporan kerana kejadian belum sampai tempoh waktu yang ditetapkan adalah tidak mengapa kerana kejadian masih belum melewati masa '24 jam' tetapi apakah tiada cara lain yang pihak berkuasa dapat berikan kepada pihak pengadu atau keluarga mangsa dalam mencari jawapan kepada teka-teki tentang kehilangan ahli keluarga mereka sementara tempoh '24 jam' laporan polis boleh dibuat seperti menubuhkan satu 'penyiasat' yang dianggotai oleh polis dan disertai oleh anggota RELA ?

Pada saya, membiarkan apa yang berlaku sehingga melepasi waktu '24 jam' barulah boleh bertindak adalah satu perkara yang kurang sesuai lagi pada masa ini. Dalam apapun jua keadaan adalah lebih baik sekiranya tindakan segera dapat dibuat dan laporan patut diterima dan direkodkan sementara menunggu tempoh '24 jam' supaya pihak yang telah menjadi mangsa akan segera terbela nasib mereka.

Mustahil seorang peguam tak tau beza antara azan dengan ceramah !

Saya bukanlah cuba untuk mempertikaikan cara permohonan maaf yang telah dibuat oleh seorang peguam Ng Kian Nam terhadap seluruh umat Islam di Malaysia serta kepada orang Islam di Kampung Kerinchi khasnya ekoran bantahan besar-besaran yang dilakukan oleh umat Islam berikutan satu memorandum yang beliau hantar kepada Pejabat Perdana Menteri yang mahu supaya laungan suara azan di perlahankan.

Bagi saya adalah paling bagus dan patut dipuji akan sikap sandara Ng Kian Nam kerana sanggup untuk bertanggungjawab di atas kesilapan dan keterlajuran yang telah beliau lakukan sehingga melukakan hati seluruh umat Islam di negara ini tetapi ada satu perkara yang saya lihat tidak masuk akal ialah alasan tentang sebab utama beliau menghantar memorandum bantahan suara azan itu kepada Perdana Menteri iaitu 'tidak tahu untuk membezakan antara azan dengan ceramah atau kuliyah subuh.'

Ng Kian Nam adalah rakyat Malaysia, warganegara Malaysia..lahir di Malaysia, membesar di Malaysia, belajar di Malaysia dan dia bukannya rakyat negara asing yang datang ke Malaysia dengan membawa bersama segala dokumen-dokumen perjalanan yang diperlukan sebagaimana yang dikehendaki oleh kerajaan Malaysia terhadap rakyat negara luar yang baru mahu memasuki negara ini dan oleh kerana itulah maka dia harus menunjukkan kepada rakyat Malaysia yang lain yang pengetahuan meluas beliau mengenai Malaysia tidak boleh dipersoalkan tetapi kenapa pula dia seperti orang yang baru tersedar dari tidur tentang budaya dan amalan masyarakat tertentu di negara ini ?

Yang utama sekali ialah Ng Kian Nam adalah seorang peguam dan sudah tentulah dalam banyak hal dia sudah semestinya faham bahawa setiap sesuatu itu mempunyai perbezaan di antara satu sama lain, maksudnya tidak sama. Dalam kes yang melibatkan kematian misalnya, ada kes orang yang terbunuh, ada orang yang kena bunuh dan ada orang yang sengaja membunuh dirinya sendiri dan begitulah jugalah dengan lain-lain kes apabila ianya berlaku pasti ada perbezaan di situ.

Sebagai seorang peguam, saya rasa tentu sekali Ng Kian Nam tahu untuk membezakan antara laungan suara azan dengan ceramah atau kuliyah subuh dan belum pernah lagi saya mendengar ceramah yang disampaikan dalam masjid turut diperbesarkan suaranya menggunakan pembesar suara sehingga kedengaran sejauh satu kilometer melainkan ceramah politik memang iya dan oleh itulah saya rasa sangat mustahil untuk Ng Kian Nam tidak tahu untuk membeza antara suara azan dengan ceramah. Saja alasan untuk selamatkan diri.

Ahad, Januari 16, 2011

Injap jantung ikan Gelama bernilai lebih dari RM1000 untuk satu di Sarawak !

Samada untuk mempercayainya ataupun tidak bahawa satu injap untuk seekor ikan gelama(dalam gambar) atau lebih dikenali di Sarawak sebagai ikan terusan boleh dijual dengan harga lebih satu ribu ringgit adalah terpulang kepada diri masing-masing kerana dari maklumat yang saya perolehi memang benar yang injap ikan berkenaan mendapat permintaan tinggi daripada para pengusaha restaurant serta kedai-kedai makanan dan juga daripada orang perseorangan hampir di seluruh negeri Sarawak ketika ini.

Keistimewaan yang terdapat pada injap ikan terusan atau gelama menurut sumber yang boleh dipercayai ialah ia mempunyai nilai-nilai perubatan dan ianya sangat baik untuk mereka yang sering menghidap sakit belakang, sakit tulang belakang dan juga sakit buah pinggang serta sakit di bahagian ginjal.
 Jika sebelum ini di Sarawak, orang ramai sudah sedia maklum dengan harga telur untuk satu ekor ikan terubok(dalam gambar) adalah sudah melebihi pada paras harga RM50 ke atas sehingga RM80 dan ia mudah didapati di pasar-pasar basah ataupun di pasar-pasar tamu yang terdapat di bandar-bandar utama seperti di Kuching, Sibu, Mukah, Bintulu dan juga di Miri.

Kenapa harga telur ikan ini menjadi begitu istimewa dan tinggi berbanding dengan harga sekilo ikan terubok itu sendiri jika ianya dijual secara timbang di pasar-pasar tertentu, ini mungkin dari segi rasanya yang begitu enak serta berlemak namun tiada alasan untuk mengaitkan kebaikan serta khasiat telur ikan terubok dari segi kesihatan bagi mereka yang gemar memakannya.
Berlainan pula dengan ikan haruan(dalam gambar), ikan haruan selalu dikait dengan sikap orang tua yang menjahanamkan keluarga sendiri seperti memusnahkan harapan masa depan anak-anak apabila berlakunya kegiatan sumbang muhram dalam keluarga tetapi dalam bidang perubatan khususnya mereka yang pernah menjalani pembedahan pada bahagian dalam tubuh maka ikan inilah yang sering disarankan oleh para doktor untuk dimakan oleh pesakit setelah selesai pembedahan sebagai yang terbaik dan berkesan untuk mempercepatkan proses penyembuhan dari kesan jahitan serta menyegerakan percantuman organ dalaman yang disambung dan sebagainya.

Tentang keistimewaan ikan terusan atau gelama ini mungkin ianya sesuatu yang agak baru bagi saya tetapi bagi mereka yang lebih lama tahu mengenainya adalah satu perkara biasa saja namun apa yang kita harapkan dari pengetahuan ini adalah akan ada satu tindakan susulan dari pihak yang berkenaan supaya para nelayan mempunyai satu lagi punca rezeki yang lebih besar selain hanya bergantung dengan menangkap ikan semata-mata dengan membina kolam masing-masing tempat untuk membiak anak-anak ikan gelama atau terusan ini lalu memelihara sebeberapa banyak yang boleh bagi memastikan bekalan untuk injap jantung ikan tersebut sentiasa ada dan tidak berkurangan kepada para peraih atau pelanggan.

Sabtu, Januari 15, 2011

Janji 100 hari sama saja dengan iklan serbuk sabun pencuci !

Kita selalunya disajikan dengan bermacam-macam iklan ketika sedang menonton sesuatu program di kaca tv tak kiralah saluran mana yang kita gemari.

Produk serbuk pencuci biasanya menguasai ruangan iklan di kaca televisyen baik pada waktu siang ataupun malam. Seperti biasa kalau ada jenama serbuk pencuci yang tertentu menghasilkan serbuk pencuci jenis baru maka ianya akan mengambil tempat berbulan lamanya untuk siaran iklan di kaca tv.

Biasanya semasa promosi iklan ia akan menunjukkan bagaimana hebatnya kuasa cucian yang ada pada serbuk berkenaan menghilang dan melenyapkan terus dari melekat pada pakaian dengan kita hanya perlu bertindak merendamkannya dalam air yang telah ditaruh dengan serbuk pencuci tersebut untuk tempoh sekejap. Hasilnya, wah!!!...sungguh menakjubkan...

Tetapi saya selepas itu sering juga mencuba untuk melakukan perkara yang sama terhadap pakaian saya yang telah kotor akibat minyak pelincir, getah nangka dan segala kotoran yang degil sebagaimana yang telah saya lihat pada iklan berkenaan namun hasilnya tidaklah sama seperti yang digembar-gemburkan malah saya terpaksa untuk membeli pakaian baru dari kedai pakaian untuk menggantikan pakaian saya yang telah kotor.

Maka inilah juga yang cuba dijanjikan oleh Pakatan Pembangkang kepada rakyat, dalam 100 hari saja segala permasalahan rakyat akan berjaya diselesaikan apabila mereka memerintah Malaysia. Ini bukan lagi janji pilihanraya yang sememangnya belum pasti akan mampu ditunaikan tetapi ini adalah janji kosong semata-mata untuk mendapatkan kuasa yang sudah pasti tidak akan mungkin mampu untuk mereka tunaikan walaupun seandainya mereka berjaya membentuk kerajaan contohnya di Pulau Pinang,Selangor, Kedah dan Kelantan.

Jumaat, Januari 14, 2011

Selamat Datang ke Bumi Kenyalang PM dan Isteri !

Malam ini Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Isteri YABhg Datin Seri Rosmah Mansor akan datang ke Sarawak untuk lawatan dua hari dan pesawat khas yang membawa rombongan Perdana Menteri dijangka akan mendarat di Lapangan Terbang Bintulu jam 10 malam.

Jadual lawatan Perdana Menteri yang padat akan dimulakan dengan kunjungan beliau serta rombongan ke Penempatan Baru penduduk di Sungai Asap iaitu berdekatan dengan tapak projek Hydro Elektrik Bakun untuk menemui para penduduk yang terlibat dalam rancangan pemindahan ke penempatan baru. Dan banyak lagi aturcara yang telah disediakan bagi menyambut kedatangan Perdana Menteri ke Bumi Kenyalang yang sudah pastinya menanti dengan setia sentuhan daripada Datuk Seri Mohd Najib.

Dan apa yang pasti ialah selain daripada sebagai petunjuk yang Pilihan Raya Umum Sarawak telah semakin dekat dengan kehadiran Perdana Menteri ke Sarawak kali ini, lawatan Datuk Seri Mohd Najib ini juga adalah untuk menghadiri majlis doa selamat perkahwinan yang kedua Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dengan isteri baru beliau iaitu Puan Sri Ragad Walid seorang warga Lubnan keturunan Syria yang akan berlangsung samada sebelah siang ataupun malam esok 15 January 2011.

Kepada kedua pasangan Perdana Menteri dan Isteri, selamat datang ke Sarawak dan harap YAB Datuk Seri Najib akan ada masa di lain waktu untuk melakukan lawatan ke Bandar Mukah serta tempat-tempat yang tertentu di kawasan Parlimen Mukah, harap Perdana Menteri dapat kejutkan Ahli Parlimen BN kami disana dari tidurnya yang lena selama 7 penggal !

Saya takkan meletak matlamat asal penulisan pada 'blog ranking' !

Di sebabkan memang saya sedar sejak dari mula bahawa laman blog saya ini adalah yang tercorot atau yang terburuk diantara laman-laman blog yang lain, maka itulah antara sebabnya kenapa saya tidak ada niat langsung untuk mendaftar laman blog saya untuk dipaparkan trafik ranknya kepada sebuah laman web khas untuk tujuan itu iaitu Alexa.com selain saya memang tidak pernah langsung berhasrat untuk meletakkan matlamat asal sebab musabab saya menulis atau membangunkan blog sendiri kepada kepopularitian atau kepada tinggi rendahnya hits sesebuah blog itu.

Disamping menyedari betapa bahasa, cara penulisan yang saya gunakan setiap kali menerbitkan setiap artikel jelas begitu tidak tersusun sehingga ada yang membacanya gagal cuba untuk memahami mesej yang hendak saya sampaikan melalui blog ini dengan baik dan saya sedar tentang semua itu.

Tetapi walau apapun saya tak akan mengalah semua itu dan selagi terdaya saya akan mempertingkat cara penulisan, memahami bahasa yang bagaimana mudah untuk difahami dan yang lebih penting bagi saya ialah saya takkan mempertaruhkan niat sebenar saya menulis demi kerajaan yang telus seperti Barisan Nasional dengan meletakkan laman blog saya di tengah-tengah laman blog maupun laman web yang sudah berada pada kedudukan sebagai yang terhebat di antara yang hebat.

Anak Merdeka akan tetap dengan cara yang tersendiri dan tak akan bersaing dengan rakan-rakan yang lain dalam menentukan kedudukan tangga blog masing-masing kerana jika itu yang kemudiannya akan diambilkira sebagai pengukur kepada kekuatan seseorang blogger itu dalam membantu pihak kerajaan terutamanya didalam memperbetulkan persepsi masyarakat yang ada sesetengahnya masih keliru dengan dakyah Pakatan Pembangkang maka sudah tentulah perjuangan asal yang hendak ditegakkan akan tergelincir dari landasan sebenar.

Khamis, Januari 13, 2011

Ramai anak yatim piatu kena cabul di Pulau Pinang...

Tindakan menempatkan anak-anak yang kehilangan kedua ibubapa mereka khususnya di Pulau Pinang ke rumah-rumah khas yang di sediakan untuk anak yatim piatu adalah tidak ubah sama seperti menghantar golongan perlu simpati ini ke sarang buaya atau ke kandang harimau.

Tempat yang sepatutnya dijadikan tempat perlindungan rupa-rupanya telah berubah menjadi "neraka dunia" buat kanak-kanak disitu apabila mereka yang terdiri dari kanak-kanak lelaki dan juga perempuan telah dijadikan sebagai tempat pemuas nafsu serakah oleh pihak yang tertentu di rumah kebajikan berkenaan.

Salam Takziah buat rakan seperjuangan yang telah pergi buat selamanya....

Sedih sangat Anak Merdeka pagi ini bila buka saja online, baca berita dari artikel di blog rakan-rakan semuanya berkisar mengenai kematian saudara Yang Gambi. Mula memang saya tak percaya, ingatkan gurauan mereka tapi bila kenyataan mereka serupa baru saya tahu bahawa berita ini benar.

Sebenarnya saya dan semua yang lain mungkin memang tak menduga beliau akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya namun itu kuasa Tuhan yang telah menentukan segala-galanya.

Saya secara peribadi terasa sangat kehilangan beliau apabila mengingat kembali akan semangat patriotik selaku warga negara terhadap Malaysia terutamanya bila berdepan dengan isu dua hala Malaysia-Indonesia maka pada waktu itulah saya nampak semangat kenegaraan yang menebal pada Yang Gambi melalui tulisan beliau.

Kepada keluarga Allahyarham harap tabah dan kuatkan semangat...hanya doa dari kejauhan ini oleh seorang rakan alam siber sebagai pengganti diri yang mampu mengiringi permergiannya. Semoga Roh Allahyarham akan ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa. Amin !

Al-Fatihah

Rabu, Januari 12, 2011

Ummi Hafilda saman 4 rangkaian kaki saman sebanyak RM700 juta !

Apabila buku bertemu dengan ruas, maka begitulah jadinya. Kalau sebelum ini empat orang ini sering menjadikan kegiatan saman-menyaman sebagai salah satu dari budaya yang wajib diamalkan dalam Pakatan Pembangkang, sikit-sikit saman, sikit-sikit saman...tak de benda yang tak hendak disaman.

Begitulah juga dengan empat orang yang saya maksudkan iaitu Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Wan Azizzah Wan Ismail dan Mohamad Syabu. Mereka berempat ini adalah dikalangan mereka yang ada dalam Pakatan Haram Pembangkang yang suka sangat bermain dengan saman tetapi nampaknya kini mereka pula yang akan berdepan dengan perkara yang sama dari pihak lain.

Ummi Hafilda Mohd Ali telah mengemukakan saman terhadap Anwar Ibrahim sebanyak RM300 juta atas sebab kesengsaraannya setelah ditahan tanpa bicara dalam lokap pada tahun 1997 berikutan arahan Anwar yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, terhadap Karpal Singh sebanyak RM200 juta kerana tidak jujur dengan segala pengakuan dalam keterangan yang telah diberikan oleh Ummi kepada beliau, terhadap Wan Azizah Wan Ismail sebanyak RM100 juta kerana beliau tahu kisah sebenar Anwar suaminya tetapi telah tidak jujur sehingga sanggup menyembunyikan kebenaran dan saman seterusnya berjumlah juga RM100 juta terhadap Mohamad Syabu kerana bersikap sama seperti Karpal Singh yang tidak jujur dengan pengakuan dalam kenyataan yang telah beliau berikan terhadap mereka berdua berkenaan dengan kes liwat Anwar yang pertama dulu.

Ke mana lagi mereka ini mahu mengelak ? Ke Pejabat Kedutaan Turki lagi ... atau nak lari ke luar negara macam Raja Petra, macam Hilmy Malek, macam Balasundram? ...dan apa yang paling menarik kali ini ialah apabila perbicaraan kes liwat ke-2 Anwar Ibrahim pastinya akan memasuki babak yang baru yang lebih canggih dan terhebat dengan munculnya semula Ummi Hafilda Ali di antara celah-celah saksi yang sedia ada pada perbicaraan kes liwat kali ini.

Selasa, Januari 11, 2011

Safee Sali: Apakah ada muslihat tersembunyi disebalik tawaran Indonesia ?

Saya sebenarnya sangat hairan bagaimana sebuah negara yang kebanyakkan rakyatnya selama ini amat membenci Malaysia termasuklah kita sebagai rakyatnya boleh tiba-tiba menjadi begitu ghairah dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan dari negara kita Mohd Safee Sali.

Masih segar dalam ingatan kita semua bagaimana kita seluruh rakyat Malaysia khususnya mereka yang menuntut atau bekerja di Indonesia sewaktu kempen "sweeping Malaysia" yang berpunca daripada isu 'Tarian Pendet' dan juga disebabkan isu 'kain batik', lagu 'rasa sayang eh' sentiasa berada dalam keadaan yang serbasalah dan ketakutan lebih-lebih lagi apabila diancam dengan serangan buluh runcing oleh kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat atau BENDERA.

Menjadi lebih pelik lagi dengan tawaran oleh beberapa kelab bolasepak di Indonesia terhadap Mohd Safee apabila ianya dibuat tidak lama sejurus selepas Malaysia berjaya menewaskan pasukan bolasepak Indonesia dan dari itu saya boleh rasakan masih belum reda lagi kemarahan para peminat fanatik bolasepak Indonesia terhadap pasukan kebangsaan Malaysia, jadi bagaimana boleh berlaku dalam pada masa yang sama dengan tiba-tiba saja kedengaran tawaran dari kelab-kelab bolasepak yang tertentu di Indonesia minggu depan akan datang untuk melamar Mohd Safee ? Pelikkan !

Apakah pihak di sana ada muslihat jangka panjang yang tersembunyi untuk meranapkan setiap impian seluruh rakyat Malaysia yang kini sudah mulai menaruh harapan kepada pasukan negara untuk mengembalikan semula kegemilangan sukan bolasepak negara yang telah lama malap dan akan bangkit semula setanding dengan zaman kehebatan Allahyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Hassan Sani, Santokh Singh,, R. Arumugam dan lain-lain lagi ?

Karpal Singh terpijak jerat sendiri !

Jika sebelum ini terdapatnya usaha daripada pihak peguambela Anwar Ibrahim untuk mengheret Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib sebagai saksi mereka dalam kes liwat ke-2 Anwar-Saiful, seperti yang dilakukan oleh YB Karpal Singh selaku ketua peguambela pada 31 Mei 2010 lalu apabila beliau cuba memancing emosi pihak pendakwaan dengan harapan supaya ada yang terperangkap dengan mainan pihak peguambela namun usaha tersebut ternyata tidak berjaya dan telah gagal.

Tetapi nampaknya kini apa cuba dibuat oleh pihak peguambela sudah menjadi terbalik pula. Semakin ramai pihak termasuklah bekas-bekas wakil rakyat PKR sendiri seperti MP Bayan Baru YB Datuk Seri Zahrain Hashim, MP Kulim Bandar Baru YB Zulkifli Noordin, MP Wangsa Maju YB Wee Chong Kiong serta beberapa NGO yang mempersoalkan peranan Karpal Singh yang menjadi ketua peguambela kepada Anwar Ibrahim walhal pada tahun 1997 iaitu waktu kes liwat pertama dulu Karpal Singh lah orang yang pertama mendedah prilaku seks songsang Anwar Ibrahim semasa persidangan Dewan Rakyat dan dialah juga yang mendesak Perdana Menteri waktu itu Tun Dr Mahathir untuk memecat Anwar Ibrahim sebagai TPM.

Dan yang lebih parah lagi apabila ramai kalangan mereka ini yang mahu agar pihak pendakwaan memohon sapina di Mahkamah terhadap Karpal Singh bagi membolehkan beliau dijadikan sebagai saksi perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim yang sudah berapa kali ditangguh.

Malang sungguh Karpal Singh, niat dihati nak menjerat Perdana Menteri tetapi sayang sekali kaki beliau sendiri yang terkena tali. Dan saya harap supaya pihak pendakwaan dalam kes liwat ini mempertimbangkan cadangan oleh beberapa pihak agar Karpal Singh disapina dan biarkan Anwar mencari ketua peguambela yang baru, Baru Bian pun boleh !

Isnin, Januari 10, 2011

DS Ismail Sabri gagal kawal kenaikan harga bawang merah !

Dalam kabinet Datuk Seri Najib, ada dua orang menterinya yang agak kurang berjaya dari segi KPI mereka. Itu adalah pendapat saya. Mereka berdua ni seakan sama saja, suka bagi amaran saja tapi kalau orang tak ikut juga mulalah nak salahkan pihak lain. Ini juga adalah pandangan saya cuma dan kalau tak tepat sila perbetulkan.

Kalau biasanya Menteri Keselamatan Dalam Negeri atau ringkasnya KDN YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein lebih suka memberi amaran demi amaran kepada pihak-pihak yang cuba, telah dan akan membuat kacau bertujuan mengganggu ketenteraman awam tetapi kalau semua amaran yang beliau tidak diendahkan oleh mereka yang suka buat kacau-bilau itu maka tindakan yang diambil DS Hisham hanyalah berdiam diri saja 'tunggu dan lihat' itu saja.

Dan begitu juga halnya dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang suka sangat bagi amaran demi amaran kepada para peniaga khususnya supaya jangan sesuka hati menaikan harga barangan keperluan asas dan sebagainya kepada pengguna namun apa yang terjadi disebaliknya ialah harga berbagai-bagai jenis barangan termasuklah bawang merah kerapkali mengalami kenaikan harga.

Di Sarawak saja harga gula, teh, kopi, minyak masak dan lain-lain lagi semua sudah naik. Bulan lepas saya turun ke sebuah Supermarket beli bawang merah dan harga sekilo sudah naik kepada RM9.50 dan pada hari ini harga bawang merah telah dinaik lagi sebanyak RM4 menjadikannya RM13.50 mungkin diseluruh bandar dalam Sarawak.

Kenaikan harga seliter petrol serta diesel benar-benar telah membebankan dan ditambah lagi dengan kenaikan harga barang keperluan lainnya seperti beras dan banyak lagi akan terus menjejas ekonomi keluarga yang sebelum ini biasa dengan harga yang lama berpatutan dengan gaji yang mereka terima tetapi semua itu sudah jauh berbeza apabila gaji begitu payah untuk naik tetapi harga barangan pulak yang terus menerus saja naik...Huh!!!

Jadi apa lagi yang mampu kita nak bagitau dengan menteri yang bertanggungjawab dalam isu kenaikan harga barang ini ? Kita mohonlah agar YB Datuk Seri Ismail Sabri bantu kami rakyat, pantau segera kedai-kedai yang menaikan harga barang sesuka hati mereka, dahulukan kebajikan rakyat...kami tak mampu lagi bertahan dengan harga barang yang tiap kali melambung harganya sedangkan gaji kami dalam 2 tahun pun amat sukar untuk dinaikan...

Kepada menteri ini..janganlah selalu sangat bagi amaran kepada peniaga..bertindaklah mengikut bidang tugas yang ada supaya rakyat tidak terus menderita dan janganlah simpan idea untuk suruh rakyat tanam bawang putih sendiri di rumah tapi carilah jalan bagaimana cara untuk menahan kenaikan harga barang dari terus berlaku...

Zuraidah Kamaruddin mahu supaya dirogol secara bergilir-gilir !

Pasal Ahli Parlimen PKR Ampang ini, YB Zuraidah Kamaruddin saya suka juga menulis kerana bagi saya beliau dengan Ahli Parlimen Pokok Sena YB Mahfuz Omar sama saja serupa walaupun berbeza. Serupa kerana kedua-duanya wakil rakyat dalam Pakatan Haram Pembangkang punya tabiat yang hampir sama, mulut murai tetapi cuma bezanya dari segi jantina, Zuraidah perempuan manakala Mahfuz pula lelaki.

Bloggers yang lain juga suka menulis tentang beliau ini, misalnya Cucu Tok Selampit dengan "kalau bukan bermulut celupar bukan Zuraidah namanya" dan Brave Heart or Beranikan Hati ada artikel khas buat Zuraidah dengan judul istimewa "Zuraidah Kamaruddin mulutnya macam jubur, juburnya pula tentu macam mulut ayam" sementara saya pula memilih satu tajuk yang agak mengejutkan sepertimana saya terkejut dengan tuduhan rogol yang ditujukan kepada Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim baru-baru ini.

Dalam isu fitnah rogol terhadap Datuk Seri Rais, YB Zuraidah begitu terdesak untuk mendesak Datuk Seri Rais agar segera meletakkan semua jawatannya atas alasan adalah disebabkan tuduhan tersebut jadi inilah sebabnya mengapa Zuraidah Kamaruddin begitu bersungguh-sungguh mahu supaya Datuk Seri Rais Yatim segera melepaskan semua jawatan yang disandangnya sekarang.

Tetapi sayangnya, Zuraidah terlupa akan satu perkara iaitu berkenaan dengan boss dia sendiri dalam PKR yang juga Ketua Pakatan Haram Pembangkang di Parlimen Anwar Ibrahim yang kini sedang berdepan dengan tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya dua tahun lepas.

Kenapa pulak Zuraidah tidak nampak perkara ini ? Kenapa sejak dari dulu Zuraidah tidak pernah mahu menggesa agar Anwar Ibrahim jangan bertanding di Permatang Pauh dan apahal pula Zuraidah Kamaruddin langsung tidak berani mendesak supaya Anwar Ibrahim segera melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen ?

YB Zuraidah Kamaruddin harus terlebih dulu berbuat demikian dari dalam parti mereka sendiri sekiranya mahu orang dari parti lain supaya mendengar desakan yang beliau buat. Betullah kata pepatah orang dulu-dulu "kuman di seberang lautan Zuraidah nampak, tetapi gajah Afrika di depan mata Zuraidah tidak nampak tak nampak pula" pelikkan !

YB Zuraidah tak tau ke yang Datuk Rais setakat ini hanya kena tuduh dan fitnah saja malah wanita Indon yang dikatakan kononnya telah dirogol oleh Datuk Seri Rais sudahpun menafikan segala tuduhan berkenaan maka itulah sebabnya buat semenatara waktu beliau tidak perlu untuk meletakkan sebarang jawatannya baik dalam parti mahupun dalam kerajaan tidak seperti Anwar Ibrahim yang kini sedang berhadapan dengan siri perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Malaysia.

Kenapa juga harus Indonesia yang Safee Sali pilih sebagai tempat untuk berhijrah ?

Saya rasa anda semua tahu bahawa burung walit yang terkenal kerana nilai komersil sarangnya dipasaran antarabangsa sebelum ini yang begitu banyak terdapat di negara Indonesia sehinggakan rumah atau bangunan tinggi yang dibina khas tempat burung berkenaan membuat sarang begitu mudah untuk kita temui kelihatan disepanjang jalan baik di kampung mahupun berdekatan dengan kawasan bandar di negara tersebut namun atas sebab yang tidak diketahui, burung walit kini sudah semakin banyak terbang berhijrah ke sebelah Malaysia terutamanya di Sarawak, Brunei dan di Sabah.

Di Sarawak saja pembinaan rumah atau bangunan-bangunan tinggi yang menyerupai bangunan premis perniagaan sudah boleh dilihat berdiri dengan megahnya di sepanjang laluan jalanraya di kampung-kampung dan juga di bandar dalam negeri ini. Rumah atau bangunan yang didirikan lengkap dipasang dengan cakera ataupun disc player yang berfungsi sebagai daya tarikan kepada burung walit ini untuk datang dan masuk ke dalam rumah berkenaan apabila lagu berupa bunyi burung tersebut dimainkan melalui pembesar suara khas.

Itu sedikit kisah penghijrahan burung walit. Saya tidak kisah samada ianya mahu berhijrah ke mana biarkan saja sebab itu semua kuasa alam dan setiap haiwan pasti mempunyai sebab yang tersendiri mengapa mereka mesti berhijrah dan kita pasti tidak akan tahu apa jawapannya secara tepat walaupun kajian demi kajian terus dilakukan.

Berbalik kepada tajuk artikel seperti yang di atas, sebenarnya saya kurang faham apakah kesanya terhadap semangat patriotik kepada negara sekiranya hasrat pemain muda kebanggaan kita iaitu Mohd Safee Mohd Sali yang mahu berhijrah ke Indonesia dan bermain dengan kelab Perkib Bandung akan menjadi nyata.

Semua orang tahu bahawa bergiat didalam bidang sukan juga adalah salah satu daripada cara untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang setiap individu kepada negara iaitu di negara mana yang mereka menjadi warganya apabila mereka terlibat mewakili pasukan kebangsaan negara masing-masing ke temasya sukan antarabangsa.

Tetapi kita tidaklah bertujuan untuk menentang hasrat Mohd Safee hendak berhijrah bagi meningkatkan lagi corak permainan beliau, namun kalau iyapun dia harus melihat kepada banyak perkara yang lain seperti soal maruah negara kita, soal penyokong sukan bolasepak tanahair, soal harapan seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat negara ini kembali menjadi sebahagian daripada kuasa bolasepak Asia bersama beberapa negara Asia yang lain sebelum memenuhi kehendak pihak yang ada di Indonesia.

Sebelum ini lagi negara kita sentiasa menjadi sasaran maki hamun, fitnah serta bermacam-macam jenis propaganda oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Indonesia sehingga menyebabkan hubungan antara rakyat sesama rakyat dan juga hubungan antara kerajaan sesama kerajaan seringkali terganggu dan ini harus juga di ambilkira dalam membuat sebarang keputusan.

Apa yang sangat penting ialah sebagai rakyat, kita harus utamakan tentang maruah dan kedaulatan negara kita, jangan biarkan rakyat negara asing sesuka hati mereka untuk mencabul kedaulatan serta mencemar maruah dan nama baik negara kita. Saya bimbang sekiranya suatu hari nanti apabila timbulnya perkara yang tak terduga seperti contohnya Mohd Safee tidak menghabiskan kontrak sepertimana yang telah ditandatangani, gaji beliau sebagai pemain profesional disana dibekukan atas alasan yang bermacam-macam dan sebagainya lagi, bukankah itu semua nanti boleh mencetuskan semula keadaan yang panas di sebelah pihak Indonesia yang pastinya menyakitkan hati kita semua sebagai rakyat Malaysia.

Saya harap Mohd Safee pertimbangkanlah keputusan sebaik mungkin, pilihlah kelab-kelab bolasepak dari negara lain yang nyata lebih bagus mutu permainan serta pengurusan mereka dan apa yang mustahak ialah negara berkenaan tidak pernah ada niat untuk bermusuh dengan Malaysia.

Ahad, Januari 09, 2011

Apakah kedudukan Wanita Pertama sesebuah negara setaraf Menteri ?

Perkataan ini biasa kita dengar "tempat isteri adalah disisi suami" tetapi apakah perkataan ini sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan pada zaman ini ?

Bagi saya, apabila seseorang itu yang mempunyai kedudukan istimewa dalam sesebuah negara iaitu yang digelar sebagai Wanita Pertama atau First Lady apabila suami mereka diangkat sebagai pemimpin nombor satu negara-negara yang tertentu maka secara langsungnya wanita berkenaan adalah satu contoh yang terbaik kepada wanita-wanita lain dalam negara yang sama.

Saya selalu ingat kepada bekas Wanita Pertama ke-4 Negara dulu iaitu YABhg Tun Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali dimana beliau sentiasa saja berada disisi suaminya YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu di sepanjang karier Tun Dr Mahathir sebagai teraju kepada kepimpinan negara pada waktu itu.

Tun Dr Siti Hasmah kalau tak silap saya tidak pernah keluar negara melainkan beliau akan berbuat demikian hanya untuk menemani Tun Dr Mahathir dan di negara mana tempat lawatan yang Perdana Menteri lakukan maka disitulah tempat Tun Dr Siti Hasmah memenuhi program sampingan secara berasingan selaku Wanita Pertama yang menyertai lawatan suaminya.

Saya bukannya apa, cuma apabila saya merasakan kita di Malaysia sekarang ini sudah ada seorang Perdana Menteri yang sangat bagus dan berwibawa selepas YABhg Tun Dr Mahathir bersara seperti YAB DatukSeri Mohd Najib Tun Razak ini maka semua pihak haruslah berusaha memastikan agar tidak sebarang unsur-unsur yang boleh menjadi penyebab untuk melemahkan kepimpinan Perdana Menteri.

Sebagai rakyat biasa, kita juga tentunya punya rasa yang mungkin lebih tinggi seperti orang lain yang mahu melihat pentadbiran Datuk Seri Najib yang mantap akan terus bertambah kukuh dan kuat demi kemajuan negara serta kemakmuran rakyat tanpa ada sebarang perkara atau kesilapan dilakukan yang akhirnya hanya akan merugikan kita sendiri.

Tambahan pula kita tidak mahu sebarang fitnah akan melanda kerajaan terutamanya para pemimpin atasan kita. Pemimpin sendiri harus sedar bahawa bukan mudah untuk mereka membersihkan kembali nama baik mereka apabila sudah terpalit dengan bermacam-macam fitnah oleh pihak Pakatan Haram Pembangkang dan apa lagi sekiranya fitnah yang dilemparkan membabitkan soal maruah serta moral.

Melihat kepada lawatan 10 hari ke 3 negara oleh Datin Sri Rosmah , apakah lawatan berkenaan yang sepatutnya hanya boleh dilakukan oleh seorang Menteri yang dilantik oleh kerajaan tetapi kini seolah-olah telah diambilalih pula peranannya oleh seorang yang bukan sebagai anggota pentadbiran negara, jadi apakah apakah alasan dan penjelasan yang harus kita mahu daripada pihak kerajaan ?

Dimanakah kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dalam menunaikan tanggungjawab mereka ? Kenapa Menteri ini hanya duduk di belakang Wanita Pertama Negara dan kenapa juga Wanita Pertama seakan-akan mendahului menteri dalam menangani isu masyarakat ? Kenapa seringkali peranan beliau selaku seorang Menteri yang di pertanggungjawabkan dengan bidangkuasa yang telah ditetapkan nampak sangat tidak berfungsi dengan baik ?

Janganlah buat rakyat keliru dengan semua ini ! Menteri diberi gaji untuk tugas yang harus mereka laksanakan dan bukannya mengagih-agihkan tugas kepada pihak yang tidak sepatutnya !

Arkib Blog