Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Januari 11, 2011

Safee Sali: Apakah ada muslihat tersembunyi disebalik tawaran Indonesia ?

Saya sebenarnya sangat hairan bagaimana sebuah negara yang kebanyakkan rakyatnya selama ini amat membenci Malaysia termasuklah kita sebagai rakyatnya boleh tiba-tiba menjadi begitu ghairah dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan dari negara kita Mohd Safee Sali.

Masih segar dalam ingatan kita semua bagaimana kita seluruh rakyat Malaysia khususnya mereka yang menuntut atau bekerja di Indonesia sewaktu kempen "sweeping Malaysia" yang berpunca daripada isu 'Tarian Pendet' dan juga disebabkan isu 'kain batik', lagu 'rasa sayang eh' sentiasa berada dalam keadaan yang serbasalah dan ketakutan lebih-lebih lagi apabila diancam dengan serangan buluh runcing oleh kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat atau BENDERA.

Menjadi lebih pelik lagi dengan tawaran oleh beberapa kelab bolasepak di Indonesia terhadap Mohd Safee apabila ianya dibuat tidak lama sejurus selepas Malaysia berjaya menewaskan pasukan bolasepak Indonesia dan dari itu saya boleh rasakan masih belum reda lagi kemarahan para peminat fanatik bolasepak Indonesia terhadap pasukan kebangsaan Malaysia, jadi bagaimana boleh berlaku dalam pada masa yang sama dengan tiba-tiba saja kedengaran tawaran dari kelab-kelab bolasepak yang tertentu di Indonesia minggu depan akan datang untuk melamar Mohd Safee ? Pelikkan !

Apakah pihak di sana ada muslihat jangka panjang yang tersembunyi untuk meranapkan setiap impian seluruh rakyat Malaysia yang kini sudah mulai menaruh harapan kepada pasukan negara untuk mengembalikan semula kegemilangan sukan bolasepak negara yang telah lama malap dan akan bangkit semula setanding dengan zaman kehebatan Allahyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Hassan Sani, Santokh Singh,, R. Arumugam dan lain-lain lagi ?

1 ulasan:

belalang berkata...

Kalau nak mencari muslihat, hmm.. rasanya tak adalah, ianya cuma membabitkan satu individu bukannya separuh dari kesebelasan utama.

sekurang ada duta kecil yg dapat meredakan kalau mat-mat jebeng disana naik syeh.

sebetulnya yg excited nak ke bandung adalah safee sali tu sendiri, selain dpt menimba ilmu boleh juga cari calon sejelita mcm Ria ramadani atau tamara atau dutch mix-blood he..asyikkk dongg!

apa pun selamat berjaya buat safee

Arkib Blog