Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Januari 18, 2011

Mustahil seorang peguam tak tau beza antara azan dengan ceramah !

Saya bukanlah cuba untuk mempertikaikan cara permohonan maaf yang telah dibuat oleh seorang peguam Ng Kian Nam terhadap seluruh umat Islam di Malaysia serta kepada orang Islam di Kampung Kerinchi khasnya ekoran bantahan besar-besaran yang dilakukan oleh umat Islam berikutan satu memorandum yang beliau hantar kepada Pejabat Perdana Menteri yang mahu supaya laungan suara azan di perlahankan.

Bagi saya adalah paling bagus dan patut dipuji akan sikap sandara Ng Kian Nam kerana sanggup untuk bertanggungjawab di atas kesilapan dan keterlajuran yang telah beliau lakukan sehingga melukakan hati seluruh umat Islam di negara ini tetapi ada satu perkara yang saya lihat tidak masuk akal ialah alasan tentang sebab utama beliau menghantar memorandum bantahan suara azan itu kepada Perdana Menteri iaitu 'tidak tahu untuk membezakan antara azan dengan ceramah atau kuliyah subuh.'

Ng Kian Nam adalah rakyat Malaysia, warganegara Malaysia..lahir di Malaysia, membesar di Malaysia, belajar di Malaysia dan dia bukannya rakyat negara asing yang datang ke Malaysia dengan membawa bersama segala dokumen-dokumen perjalanan yang diperlukan sebagaimana yang dikehendaki oleh kerajaan Malaysia terhadap rakyat negara luar yang baru mahu memasuki negara ini dan oleh kerana itulah maka dia harus menunjukkan kepada rakyat Malaysia yang lain yang pengetahuan meluas beliau mengenai Malaysia tidak boleh dipersoalkan tetapi kenapa pula dia seperti orang yang baru tersedar dari tidur tentang budaya dan amalan masyarakat tertentu di negara ini ?

Yang utama sekali ialah Ng Kian Nam adalah seorang peguam dan sudah tentulah dalam banyak hal dia sudah semestinya faham bahawa setiap sesuatu itu mempunyai perbezaan di antara satu sama lain, maksudnya tidak sama. Dalam kes yang melibatkan kematian misalnya, ada kes orang yang terbunuh, ada orang yang kena bunuh dan ada orang yang sengaja membunuh dirinya sendiri dan begitulah jugalah dengan lain-lain kes apabila ianya berlaku pasti ada perbezaan di situ.

Sebagai seorang peguam, saya rasa tentu sekali Ng Kian Nam tahu untuk membezakan antara laungan suara azan dengan ceramah atau kuliyah subuh dan belum pernah lagi saya mendengar ceramah yang disampaikan dalam masjid turut diperbesarkan suaranya menggunakan pembesar suara sehingga kedengaran sejauh satu kilometer melainkan ceramah politik memang iya dan oleh itulah saya rasa sangat mustahil untuk Ng Kian Nam tidak tahu untuk membeza antara suara azan dengan ceramah. Saja alasan untuk selamatkan diri.

3 ulasan:

Truth prevails berkata...

Pelik jugak kan....adake org bukan Islam yg xtau apa itu azan dgn ceramah?!

Sedangkan Mat Salleh kat London pun tau apa itu azan!! Ishkk ishkk..biar betul..rase2nya nih hanya alasan bodoh nak lepaskan diri aje...kalau betul2 dia xtau, nampak sgtlah dornag nih tak peka dan sensitive langsung dgn agama Islam,yg majoritinya dianuti oleh org Melayu Islam diMsia!!!

Truth prevails berkata...

Pelik jugak kan....adake org bukan Islam diMalaysia yg xtau apa itu azan dgn ceramah?!*

hilbert berkata...

Ya le TP..,

memang pelik sekali..seseorang peguam itu wajip luas pengetahuan amnya..barulah boleh di gelar sebagai peguam..

Arkib Blog