Terlebih dulu saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada pengacara serba-boleh RTM iaitu Tuan Haji Sayed Munawar Sayed Mustar, juga pihak TV1 serta semua pihak di RTM kerana telah sudi untuk memenuhi permintaan kita semua khususnya rakan-rakan blogger yang ketinggalan untuk mengikuti siaran langsungnya agar rakaman untuk rancangan Bicara Rakyat yang di siarkan oleh TV1 pada 5 February 2011 lalu dimuat-naik dalam laman sesawang khas RTM dalam bentuk video bagi memudahkan kita mengikutinya semula.
Program Bicara Rakyat pada tarikh berkenaan yang dikendalikan oleh Sayed Munawar telah mengundang tiga panelis ke studio iaitu Datuk Dr Mahani Zainal Abidin dari ISIS, Anggota Parlimen Hulu Selangor YB P. Kamalanathan dan Pengarah Strategik PKR saudara Rafizi Ramli. Bagi kami ia merupakan satu program yang sangat istimewa kerana ianya khusus untuk mengupas mengenai isi kandungan yang telah digariskan dalam "Buku Jingga" serta 'janji 100 hari' Pakatan Pembangkang yang telah dilancar secara bersama oleh DAP, PKR dan PAS pada 19 Disember 2010 lalu di Pulau Pinang.
Dalam video ini kita boleh ikuti antaranya ialah perbincangan hangat diantara saudara Rafizi yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kandungan Buku Jingga itu walaupun beliau nyata terkial-kial untuk menjawab soalan yang diajukan oleh YB P. Kamalanathan berhubung dengan masalah pentadbiran kerajaan Pakatan Pembangkang di negeri Selangor serta bagaimana beliau sedaya upaya cuba untuk menepis setiap hujah yang dikemukakan oleh pakar ekonomi Datuk Dr Mahani mengenai munasabahnya segala janji yang terdapat di dalam Pelan 100 Hari itu.
Maaf semua, sebab saya telah gagal untuk memuat-naik rakaman video ini yang mempunyai tempoh masa selama 50:43 saat. Mungkin kerana liputan talian internet yang terlalu rendah dan lembab. Video ini juga boleh dilihat atau dimuat turun di akaun FB Tuan Sayed Munawar yang telah dipautkan di FB beliau.
Atau anda juga boleh mengikuti rakaman video ini di http://www.rtm.gov.my/tv1/index.php?option=com_content&view=article&id=70&Itemid=132&lang=en , dan terus di http://www.rtm.gov.my/ pilih VO1, pilih Bicarawara dan pilih Bicara Rakyat..ok ! Selamat mengikuti...semoga kita semua boleh menilai sendiri apa yang telah cuba dijelaskan oleh saudara Rafizi, samada pelan 100 hari yang dilancarkan oleh pihak Pakatan itu hanyalah satu janji manis semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Memaparkan catatan dengan label buku jingga. Papar semua catatan

Rabu, Februari 09, 2011
Sabtu, Februari 05, 2011
'Buku Jingga' di TV1: penjelasan Pengarah Strategis PKR bercelaru
Semalam saya ikuti rancangan 'Bicara Rakyat' TV1 yang dikendalikan oleh saudara Sayed Munawar Sayed Mustar dan saya telah menonton rancangan tersebut dari awal ia bermula seperti biasa jam 10 sehinggalah siaraan berkenaan tamat pada jam 11 malam.
Tajuk yang dikupas adalah "Buku Jingga -janji manis?", sangat menarik minat saya untuk mengikuti program berkenaan yang menyaksikan tiga tetamu jemputan Sayed Munawar iaitu seorang pakar ekonomi atau Pengarah Kajian Strategik dan Antarabangsa(ISIS) Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, Ahli Parlimen Hulu Selangor YB P. Kamalanathan dan juga Pengarah Strategis PKR saudara Rafizi Ramli.
Apa yang lebih menarik ialah apabila sampai kepada giliran saudara Rafizi untuk menerangkan segala isi kandunagan didalam 'buku jingga' tersebut terutamanya mengenai janji '100 hari' yang menjadi isu utama perbincangan semalam, dimana pada awalnya kelihatan saudara Rafizi nampak begitu ghairah dan yakin dengan hujah andaian beliau namun dengan mudah dipatahkan dengan hujah daripada YB P. Kamalanathan dan juga Datuk Dr Mahani yang memang mempunyai asas.
Contohnya bagaimana saudara Rafizi gagal untuk menjawab dengan baik dan segera soalan melalui panggilan telefon yang ditimbulkan oleh seorang penonton dari rumah mengenai janji 100 hari, mengenai soalan oleh Datuk Dr Mahani iaitu darimana punca kewangan yang akan digunakan oleh kerajaan Pakatan Pembangkang kelak sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan baru berikutan keputusan mereka untuk membatalkan bayaran tol, pemansuhan subsidi barangan, pemberian bonus kepada guru dan sebagainya.
Dan begitu juga setelah saudara Rafizi pada mulanya dengan begitu bangga menyataka bahawa kerajaan Selangor sejak di perintah oleh Pakatan Pembangkang DAP/PKR/PAS telah berjaya menunaikan segala janji kepada lebih daripada 1.5 juta rakyat Selangor sebagaimana yang pernah mereka taburkan pada PRU-12 2008 dulu malah kata saudara Rafizi lagi bahawa pihak Pakatan telah berjaya memberi lebih laba kepada rakyat iaitu melebihi dari apa yang pernah mereka janji kepada rakyat semasa pilihanraya umum ke-12 lalu.
Tetapi apabila ditanya oleh YB P. Kamalanathan kalau benar apa yang didakwa oleh saudara Rafizi itu yang janji mereka sudah ditunaikan setelah dua tahun memerintah Selangor tetapi mengapa pula sehingga ke hari ini isu hutang kerajaan Selangor dengan TNB atau bil tertunggak untuk 14 ribu tiang elektrik sepanjang jalan Hulu Selangor belum lagi dibayar dan dilunaskan, tapi malangnya saudara Rafizi hanya mampu menjawab dengan menyalahkan kerajaan yang terdahulu iaitu BN dalam hal tersebut walhal beliau seperti tidak sedar yang Selangor sudah lebih dua tahun berada dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Pembangkang.
Kalau begitulah sikap BN sejak negara merdeka iaitu sejak mula mengambilalih kuasa mentadbir negara daripada tangan penjajah dulu maka sudah tentulah sampai sekarang rakyat Malaysia akan hidup seperti zaman perang dunia kedua kerana kerajaan BN akan sentiasa menyalahkan pentadbiran penjajah dulu yang menyebabkan kehidupan rakyat mundur tanpa ada sebarang usaha sendiri bagi memajukan negara serta mengubah nasib hidup rakyat.
Tambah memalukan lagi apabila saudara Rafizi menyentuh soal kadar kemiskinan dikalangan rakyat negara ini dengan angka-angka serta peratusannya entah betul entah tidak dan beliau juga apabila beliau telah tersasul dengan tanpa sengaja barangkali telah tersebut perkataan singkat EPU(bahasa orang pakar ekonomi) maka dengan mudah disanggah oleh Datuk Dr Mahani yang kemudiannya telah menerangkan kepada saudara Rafizi bahawa cara bagaimana peratusan kadar kemiskinan rakyat disesebuah negara itu ditentukan mengikut penilaian yang telah dibuat pada peringkat antarabangsa dan bukannya ditentukan oleh satu-satu negara itu sendiri.
Kesimpulannya ialah, pada malam semalam dalam rancangan 'Bicara Rakyat', amat jelas kelihatan yang saudara Rafizi yang memberi penerangan kepada seluruh rakyat Malaysia, kepada dua orang rakan teamu jemputan serta kepada pengacara saudara Sayed Munawar mengenai isi kandungan 'Buku Jingga' yang dipersoalkan kebenarannya ternyata penjelasan yang beliau berikan cuma bersandarkan kepada teori atau andaian semata-mata dan bukannya berlandaskan terhadap mana-mana perkara sebelumnya yang boleh dijadikan oleh pihak Pakatan Pembangkang sebagai satu panduan dalam menjayakan program 100 hari mereka itu.

Label:
buku jingga
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com