Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label janji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label janji. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 15, 2011

Janji 100 hari sama saja dengan iklan serbuk sabun pencuci !

Kita selalunya disajikan dengan bermacam-macam iklan ketika sedang menonton sesuatu program di kaca tv tak kiralah saluran mana yang kita gemari.

Produk serbuk pencuci biasanya menguasai ruangan iklan di kaca televisyen baik pada waktu siang ataupun malam. Seperti biasa kalau ada jenama serbuk pencuci yang tertentu menghasilkan serbuk pencuci jenis baru maka ianya akan mengambil tempat berbulan lamanya untuk siaran iklan di kaca tv.

Biasanya semasa promosi iklan ia akan menunjukkan bagaimana hebatnya kuasa cucian yang ada pada serbuk berkenaan menghilang dan melenyapkan terus dari melekat pada pakaian dengan kita hanya perlu bertindak merendamkannya dalam air yang telah ditaruh dengan serbuk pencuci tersebut untuk tempoh sekejap. Hasilnya, wah!!!...sungguh menakjubkan...

Tetapi saya selepas itu sering juga mencuba untuk melakukan perkara yang sama terhadap pakaian saya yang telah kotor akibat minyak pelincir, getah nangka dan segala kotoran yang degil sebagaimana yang telah saya lihat pada iklan berkenaan namun hasilnya tidaklah sama seperti yang digembar-gemburkan malah saya terpaksa untuk membeli pakaian baru dari kedai pakaian untuk menggantikan pakaian saya yang telah kotor.

Maka inilah juga yang cuba dijanjikan oleh Pakatan Pembangkang kepada rakyat, dalam 100 hari saja segala permasalahan rakyat akan berjaya diselesaikan apabila mereka memerintah Malaysia. Ini bukan lagi janji pilihanraya yang sememangnya belum pasti akan mampu ditunaikan tetapi ini adalah janji kosong semata-mata untuk mendapatkan kuasa yang sudah pasti tidak akan mungkin mampu untuk mereka tunaikan walaupun seandainya mereka berjaya membentuk kerajaan contohnya di Pulau Pinang,Selangor, Kedah dan Kelantan.

Rabu, September 01, 2010

Janji2 PR yang mungkin memukau segelintir rakyat Sarawak...


Semalam Penasihat Parti KeADILan Rakyat(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga suami kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan bapa kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim telah berada dibahagian Limbang untuk memulakan siri penjelajahan 16 September yang turut disertai oleh Pengerusi perhubungan PKR Johor Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dan beberapa pemimpin PKR yang masih tercari-cari identiti masing-masing.

Janji pertama yang ditabur Anwar kepada rakyat Sarawak yang ada di Limbang lebih kurang maksudnya untuk "mengkaya"kan penduduk yang miskin dikawasan Limbang supaya boleh menjadi kaya seperti Tan Sri Robert Kwok Raja Gula atau sekurang-kurangnya kaya seperti Tan Sri T. Ananda Krishnan atau sama hebat dengan Raja Petra Kamaruddin yang boleh hidup mewah lagak Parish Hilton di London.

Janji kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya dalam siri penjelajahan yang mungkin boleh memukau setiap rakyat Sarawak yang mendengarnya agak-agaknya begini;

Kalau Pakatan Pembangkang berjaya menawan Sarawak daripada Barisan Nasional dan seterus berjaya membentuk kerajaan serta jadi pemerintah, akan kami bina sebuah lift yang akan menghubungkan bulan dengan bumi dan rakyat Sarawak tak perlu lagi menggunakan roket untuk naik ke bulan.

Kalau Pakatan Pembangkang berjaya membentuk kerajaan di Sarawak, akan kami pindahkan Gunung Mulu bersama Guanya sekali dari kawasan asal ke Kuala Baram agar senang pelancong datang untuk buat kajian dan sebagainya.

Kalau Pakatan Pembangkang berjaya memerintah Sarawak, akan kami hapuskan masalah banjir serta-merta disemua tempat dalam Sarawak hanya dengan kuasa doa-doa pecah air dan bukannya doa pecah perut.

Kalau Pakatan Pembangkang berkuasa di Sarawak, akan kami ratakan semua bukit bukau serta gunung-ganang yang menjadi punca masalah sebab pembangunan sukar dilaksana kononnya oleh kerajaan BN sejak pentadbiran YAB Ketua Menteri Sarawak dan tanah serta pasir akan dijual kepada Singapura.

Kalau Pakatan Pembangkang menang dan Baru Bian jadi Ketua Menteri Sarawak yang baru, maka kami semua DAP,PAS dan PKR berjanji akan mengenalkan konsep percuma 100% untuk selamanya kepada rakyat Sarawak, gaji percuma setiap bulan akan diberikan, makan minum semua percuma, air paip dan kesemuanya adalah percuma tak perlu bayar apa-apa.

Khamis, September 17, 2009

DAP nak bawa Penan terbang dengan roket...

Dengar khabarnya, Setiausaha Agung DAP Encik Lim Guan Eng bercadang hendak mengeluarkan "duit" sebanyak RM30,000.00 untuk diberikan kepada "wanita" Penan di Sarawak. Kononnya untuk diagih-agihkan kepada "wanita" Penan yang teraniaya bagi membantu mereka untuk tujuan yang agak kurang jelas atau dalam erti kata lain tidak pasti untuk tujuan apa sebenarnya sumbangan itu dihulurkan.
Yang menjadi persoalannya, adakah wang yang berjumlah RM30,000.00 itu hanya untuk "wanita" Penan ? Yang "lelaki" Penan itu pulak bagaimana En. Lim Guan Eng ? Takkanlah nak bantu yang "wanita" nya saja. Bantulah sama-sama yang "wanita" dan "lelaki" mereka juga. Itupun kalau betul-betul hendak membantu secara jujur, ikhlas, telus dan bebas tanpa rasuah.
Tetapi En. Lim Guan Eng mesti perlu kena ingat selalu, bahawa Kerajaan Sarawak selama itu telah banyak memberi bantuan kepada masyarakat Penan tanpa memilih hanya berdasarkan kepada jantina mereka, tetapi keseluruhan masyarakat itu diberi bantuan dalam berbagai bentuk tanpa mengira mereka itu "wanita ataupun lelaki".
Bagi sayalah, daripada DAP terutamanya En. Lim Guan Eng sibuk-sibuk untuk memberi duit itu kepada "wanita"Penan di Sarawak, maka lebih baik duit itu DAP atau dia bagi kepada penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang telah mereka tindas dan usir dari penempatan asal mereka. Betapa siksa dan merananya hidup penduduk Kampung Buah Pala yang rumah kediaman mereka telah diroboh dan ranap depan mata kepala mereka sendiri. Kediaman mereka sudah hancur musnah. Tiada tempat berteduh dan terpaksa menumpang dirumah-rumah jiran.
Dalam isu masyarakat Penan ini tidak payahlah DAP nak tunjuk pandai, nak tunjuk merekalah yang perihatin. Lebih baik selesaikan dulu isu-isu yang masih banyak tertangguh yang memerlukan usaha sebenar mereka jangan hanya pandai berjanji kepada rakyat.
Isu Penan ini biarkan saja kerajaan Sarawak yang menguruskannya, Sarawak banyak pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk YB-YB, Residen bahagian Miri serta yang lainnya daripada masyarakat kaum Orang Ulu didalamnya yang lebih faham akan masalah ini. Jadi En. Lim Guan Eng tak payahlah nak menyibuk "pergi jahane lah dengan DAP."
Mengenai 14 orang Penan yang kena tahan polis bersama dengan Penasihat PKR Sarawak YB Dominique Ng, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena disitu. Bila saya lihat gambar mereka yang terbabit, ternyata ada diantara mereka bukan berwajah Penan, tak ubah seperti wajah PATI yang sesat dari sepanjang sempadan Kalimantan Indonesia dengan Sarawak.
Mereka yang terlibat dengan demonstrasi di perkarangan Bangunan Wisma Bapa Malaysia di Kuching semalam telah ditahan dan mungkin akan dibebaskan selepas semua keterangan mereka selesai diambil oleh pihak polis.
Demonstrasi itu diadakan bagi menyatakan rasa tidak bersetuju "kononnya" kaum Penan dengan projek membina Empangan Hidroelektrik Murum. Demonstrasi itu pada mulanya dikatakan terkawal tetapi bertukar menjadi kecoh apabila kumpulan itu gagal untuk menemui Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Taib Mahmud.
Itulah dan inilah budaya PKR/DAP/PAS telah mula merebak ke Sarawak. Budaya merusuh, berteriak, membaling, berlari-lari, berguling-guling diatas jalanraya. Apakah rakyat Sarawak setuju atau tidak budaya seperti ini berkembang di negeri kita ? Jika tidak mahu, usah biarkan diri kita menjadi kuda-kuda tunggangan PKR/DAP/PAS.
Oleh itu, "Jauhilah PKR/DAP/PAS" - Awas !!!... Cegah sebelum parah. Ingat sebelum kena. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Peliharalah keharmonian sesama kita di Sarawak ini...jangan biarkan masa depan negeri Sarawak tergadai.

Arkib Blog