Segala persediaan serta persiapan untuk majlis perasmian Perayaan Tahun Baru Cina 2011 peringkat kebangsaan yang berpusat di bahagian Miri pada kali ini nampaknya semakin giat dijalankan. Dataran Kipas Miri telah dipilih sebagai tapak perayaan dan kelihatan ramai para petugas yang terlibat dalam kerja-kerja untuk menyiapkan segala keperluan berkaitan bagi memastikan majlis itu nanti berjalan dengan lancar dan berjaya sejak berminggu-minggu yang lalu.
Perayaan yang akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Sallahuddin pada malam Isnin hari Ahad 6hb February 2011 akan turut dihadiri oleh Toh Puan Hajjah Norkiah serta tetamu khas iaitu Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dan Isteri YABhg Datin Seri Rosmah Mansur, Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta isteri dan juga Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang juga akan disertai oleh isteri.
Majlis perayaan yang dikelolakan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertemakan "Jalinan 1Malaysia" itu pada sebelah malamnya juga akan turut diserikan dengan persembahan oleh beberapa artis terkenal tanahair termasuklah raja pop Jamal Abdillah dan juga beberapa penyanyi tempatan.
Disamping kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak dari Barisan Nasional yang turut memeriahkan malam perayaan itu nanti adalah dijangka ramai diantara Ahli-ahli Parlimen BN khususnya dari Sarawak serta Menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan negeri akan turut hadir sama.
Pemilihan bahagian Parlimen Miri yang dikuasai oleh Barisan Nasional yang ketiga-tiga DUN didalamnya iaitu DUN N.63 Piasau yang diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, DUN N.64 Pujut YB Andy Chia dan DUN N.65 Senadin yang diwakili oleh Menteri Muda Komunikasi Sarawak YB Datuk Lee Kim Shin sebagai pusat perayaan peringkat Nasional untuk Sarawak memang tepat sekali.
Selain disebabkan oleh faktor tersebut mengapa Miri dilihat sebagai pilihan yang tepat untuk pusat perayaan berkenaan, maka sebab lain yang tidak kurang pentingnya ialah betapa melihat kepada kegigihan serta kesungguhan pasukan Wawasan BN Parlimen Miri yang diketuai oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air YB Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang turut dianggotai oleh ADUN Piasau, ADUN Pujut serta ADUN Senadin untuk memastikan kawasan Parlimen Miri terus dikuasai oleh Barisan Nasional dan oleh itu adalah tepat untuk menghargai bakti mereka dengan menganjurkan perayaan penting seumpama itu di kawasan yang mereka wakili.
Saya secara peribadi sangat berbangga melihat betapa cergasnya pasukan Wawasan BN Parlimen Miri dalam usaha mereka untuk terus berbakti kepada rakyat tanpa mengira bangsa ataupun agama, sering turun padang menemui rakyat yang diwakili serta pengundi tanpa menunggu waktu pilihanraya semata. Boleh dikatakan keempat-empat wakil rakyat dari BN ini iaitu Datuk Seri Peter Chin, Tan Sri Dr George Chan, YB Andy Chia dan Datuk Lee Kim Shin kalau tidak secara berpasukan tetap akan turun menemui rakyat walaupun secara bersendirian bersama dengan para pegawai masing-masing bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh rakyat setempat.
Kegigihan yang telah ditunjukkan oleh pasukan Wawasan Parlimen Miri untuk mencapai kejayaan seharusnya menjadi ikutan kepada beberapa orang Ahli Parlimen yang lain di Sarawak misalnya di kawasan Parlimen Mukah. Rakyat memerlukan seorang wakil rakyat khususnya peringkat parlimen yang boleh bekerja untuk rakyat, yang selalu turun berjumpa dengan para pengundi dan bukannya mempunyai seorang Ahli Parlimen yang hanya menjadi "tunggul kayu" selama 7 penggal berturut-turut.
Oleh itulah apabila saya mendapat tahu yang Bandaraya Miri telah dipilih sebagai Pusat Perayaan Peringkat Nasional pada tahun ini untuk perayaan Tahun Baru Cina sudah pastilah saya berpendapat itu adalah satu keputusan yang tepat dan betul selain bahagian berkenaan juga sebagai kubu kuat kepada Barisan Nasional sudah tentulah rakyat disitu berhak untuk mendapat penghargaan daripada pihak kerajaan dengan mengadakan beberapa majlis kebesaran agar ianya akan lebih mendekatkan lagi para pemimpin negara dengan seluruh rakyat.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Februari 04, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan