Ketika di Kuching Sarawak, Ketua Diktator PKR Anwar Ibrahim dengan nada sinis telah menyifatkan Malaysia saling tak ubah sama seperti negara Mesir yang kini sedang bergolak tetapi katanya lagi walaupun tak seburuk Mesir tetapi halatuju Malaysia yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak lebih ke arah jalan yang sama seperti yang telah diamalkan oleh kerajaan Mesir sebelum ini.
Mengenai Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pula, Anwar ketika berceramah dihadapan dua tiga kilogram penyokong PKR di Taman Sukma Kuching turut menggelarkan pemimpin veteran Sarawak itu dengan Presiden Hosni Mubarak. Kata Anwar sama, kalau Hosni Mubarak sudah 32 tahun menjadi Presiden Mesir maka Pehin Sri Taib pula semakin hampir mencecah 30 tahun.
Memang benar, Anwar betul dalam hujahnya, tetapi Anwar Ibrahim silap apabila hanya melihat kepada tempoh masa Hosni dan Taib berkuasa kerana Anwar tidak pernah membangkit akan sistem pemerintahan yang digunakan oleh Mubarak gunapakai selama beliau berkuasa sehingga beliau boleh bertahan selama tiga dekad sebagai Presiden Mesir.
Dan begitu juga, Anwar langsung tidak pernah cuba untuk menyentuh berkenaan sistem pemerintahan yang bagaimana digunakan oleh Pehin Sri Taib Mahmud sehingga menyebabkan khidmat beliau sebagai Ketua Menteri masih terus diperlukan oleh sebilangan besar rakyat Sarawak sehingga sekarang walaupun usianya kini telah menjangkau ke 75 tahun.
Mengenai Malaysia yang Anwar samakan dengan Mesir, beliau telah lupa banyak perkara antaranya ialah kalau di Mesir, mana-mana pembangkang yang dilihat boleh mengancam kepada kedaulatan Mesir maka pihak berkenaan akan diusir keluar dari Mesir dan perlu menjalani kehidupan sebagai pemimpin dalam buangan di negara lain tetapi sangat berbeza dengan Malaysia yang hanya membiarkan mana-mana pemimpin pembangkang untuk menghina, mencerca dan memburukkan nama baik tak kira didalam mahupun diluar negara dan kerajaan Malaysia tidak pernah mengambil tindakan terhadap para pengkhianat negara dan bangsa sebagaimana yang pernah Anwar sendiri lakukan beberapa ketika dulu.
Yang peliknya pada malam itu ialah PKR yang digembar-gemburkan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan keadilan, kebebasan bersuara serta sebagai sebuah parti penegak kepada sistem demokrasi untuk negara ini, namun tiada seorangpun daripada puluhan penyokong PKR yang hadir pada malam berkenaan yang berani berdiri untuk bertanya beberapa soalan kepada Anwar seperti apabila beliau mendakwa yang Malaysia lebih kurang seperti Mesir dan Taib Mahmud sama seperti Hosni Mubarak, jadi orang ramai yang hadir pada sessi ceramah politik malam itu boleh meminta Anwar memberikan alasan kenapa dia berpandangan sedemikian.
Hadirin yang mendengar ceramah Anwar pada malam itu termasuklah Baruk Bian, Dominique Ng, Ahmab Nazib Johari dan beberapa orang lagi mereka yang tertipu dan tak sedar-sedar lagi di Sarawak dengan mulut yang terngaga-nganga mendengar celoteh Anwar hanya mampu menyahut ucapan Anwar dengan kata "Oh Yes Sir !, Oh Yes Sir !, Oh Yes Sir !...oooooooooooo ya!!!...ooooo..yaaaa....oh yessssssssss!!!
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Memaparkan catatan dengan label mesir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mesir. Papar semua catatan
Isnin, Februari 07, 2011
Rabu, Februari 02, 2011
Semua orang perlu melihat pergolakan di Mesir dari semua sudut...
Apa yang telah berlaku di negara Mesir sekarang ini hendaklah dihayati serta dilihat oleh semua pihak bukan hanya setakat mereka yang memang jelas sudah sekian lama tergila-gila untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi juga kepada mereka-mereka yang sudah terlalu lama memegang kuasa baik dalam mana-mana parti, kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri tak kiralah di pihak pemerintah mahupun di pihak pembangkang.
Rakyat walaupun sememangnya tahu bahawa betapa besarnya jasa setiap pemimpin itu namun apabila setiap rakyat itu sudah menyedari yang masa untuk seseorang pemimpin berkenaan perlu berundur bagi memberikan laluan kepada pemimpin baru mentadbir sesebuah negeri maka apa yang di harap oleh rakyat ialah akan berlakunya peralihan kuasa yang aman dalam suasana demokrasi maka ini bermakna rakyat mahu tahu barisan pemimpin pelapis yang akan meneruskan kepimpinan selepas pemimpin yang lama sudah berundur.
Saya melihat krisis kepimpinan negara sebagaimana yang sedang melanda negara Mesir waktu ini adalah satu mesej yang amat jelas daripada rakyat kepada mana-mana pemimpin yang sudah terlalu lama berada ditampuk pemerintahan agar mereka jangan terlalu leka dengan kuasa yang dimiliki tetapi sebaliknya setiap pemimpin itu perlu melihat dan mendengar kemahuan suara rakyat yang mahukan pembaharuan atau peralihan kuasa tanpa perlu menunggu gerakan wujud untuk mengguling mereka sebagai pemimpin.
Dan begitu juga kepada pemimpin-pemimpin yang sentiasa menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang Perdana Menteri dan juga untuk menjadi seorang Ketua Menteri, sekiranya perjuangan mereka semata-mata hanya untuk mendapatkan kuasa bagi dua jawatan tertinggi itu namun pada akhirnya, sekiranya mereka sudah berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri dan juga Ketua Menteri maka segalanya akan menjadi sia-sia saja apabila setiap urusan mentadbir negara atau negeri akan diatur oleh pihak luar dan bukannya daripada diri mereka sendiri.
Kepada pemimpin dalam kumpulan yang gila kuasa seperti ini diharap mereka sudi merenungi apa yang telah dan sedang berlaku di negara Mesir sebagai satu panduan kepada mereka supaya segera sedar bahawa walau sekuat manapun kuasa berada didalam genggeman mereka sebagai pemimpin namun semuanya tidak akan memberi sebarang makna apabila rakyat sudah mulai muak dan bosan sehingga memaksa rakyat untuk bangkit serta bangun memprotes. Tepuk dada tanya selera...

Label:
mesir
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com