Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Jun 12, 2012

PRU13: DAP Sarawak tolak keturunan Lim Kit Siang sebagai calon parti !

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak tetap akan menamakan Lim Su Kien, 39, sebagai calon parti itu untuk kerusi Parlimen Miri pada Plihan Raya Umum (PRU) akan datang meskipun mendapat tentangan hebat daripada segelintir ahlinya.

Setiausaha Agung DAP Negeri Chong Chieng Jen berkata, parti tidak akan tunduk kepada kehendak kumpulan berkenaan yakni daripada DAP Cawangan Miri kerana Lim adalah pilihan parti dan pemilihannya dipersetujui Jawatankuasa Pemilihan DAP.

Justeru katanya kumpulan berkenaan harus menghentikan perbuatan itu demi kebaikan parti.

Kumpulan berkenaan tegasnya harus mengenepikan 'persengketaan' peribadi sebaliknya menerima keputusan dibuat parti.

"Tindakan kumpulan ini memang tidak boleh diterima. Mereka mengancam untuk mengadakan kempen di kalangan ahli parti agar membuat undi rosak jika parti kekal mencalonkan Lim.

"Lebih teruk lagi kumpulan ini yang terdiri kira-kira 20 orang dan beberapa orang daripada mereka membawa sepapan telur ketika dialog kedua pada 27 Mei lalu dan mengancam untuk melontar saya dan pengerusi Wong Ho Leng jika keputusan parti tidak berpihak kepada mereka...dialog gagal," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Negeri di sini semalam.

Menurut Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, ini adalah kali pertama perkara seperti itu berlaku kepada parti malah dalam dialog parti-parti lain apabila ahlinya membawa telur ayam untuk dilontarkan kepada pemimpin parti.

Bagaimanapun katanya demi keharmonian dan kekuatan parti beliau dan Pengerusi DAP akan mengadakan satu lagi dialog dengan kumpulan berkenaan.

"Keputusan telah dibuat dan dipersetujui oleh jawatankuasa pemilihan. "Kami berharap mereka ini menghormati keputusan parti... jangan sekali-kali mensabotaj parti. Memang kualiti calon menjadi ukuran tetapi perkara paling penting ialah polisi dan perjuangan parti. Rekod telah membuktikan calon muda kita mampu menewaskan calon veteran BN (Barisan Nasional)," ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.12 Kota Sentosa itu juga berkata parti tidak akan tunduk kepada kehendak kumpulan berkenaan kerana Lim sememangnya calon dikehendaki parti.

Apapun katanya parti tidak akan mengambil tindakan disiplin kepada kumpulan berkenaan kerana percaya mereka bertindak bukan secara rasional tetapi emosi.

"Kami mahu mereka sedar, pemilihan Lim adalah untuk kebaikan parti. Individu jangan dijadikan penilaian tetapi perjuangan parti," katanya.

Lim Su Kien, 39, merupakan Pengerusi DAP Cawangan Senadin dan Setiausaha Hal Ehwal DAP Negeri.

Sebelum menyertai DAP pada 2008, Lim berkhidmat dalam industri perbankan selama 12 tahun dan pernah menentang Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dalam PRU Ke-12 lalu (2008). Bagaimanapun beliau tewas dalam cubaan pertamanya itu. - sumber Utusan Borneo

AM: antara lain sebab dikesan kenapa perkara itu timbul ialah mereka menolak Lim Su Kien sebagai calon DAP mewakili rakyat di Miri kerana keturunan beliau adalah Lim sama dengan keturunan Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Pusat Lim Guan Eng.

Mereka iaitu kumpulan 20 orang yang membawa satu set telur ayam tidak berkehendak cara pemimpin yang lidah bercabang, menghasut serta cuba memecah belahkan perpaduan di kalangan penduduk di negeri ini dan mereka bimbang jika ia dibiarkan akhirnya cuma akan merugikan DAP itu sendiri.

Sabtu, Jun 09, 2012

Al-Fatihah - Sam D'Lloyd meninggal dunia...



Vokalis kumpulan D'Lloyd yang cukup popular era tahun 70an, Syamsuar Hasyim atau lebih dikenali sebagai Sam D'Lloyd 64, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 7.15 pagi Sabtu 9 Jun 2012 akibat sakit jantung serta radang paru-paru.

Lagu-lagu nyanyian kumpulan D'Lloyd cukup diminati di Malaysia sejak generasi awal 70an sehingga kini dan kekuatan kumpulan ini juga banyak dibantu oleh suara emas penyanyi utama mereka Sam. Lagu-lagu seperti Keagungan Tuhan, Oh Tak Mungkin, Oh Di Mana, Karena Nenek, Semalam Di Malaysia antara lagu yang sentiasa mengembalikan nostalgia lama apabila ianya diputar di corong-corong radio.

Salam Takziah buat seluruh warga Indonesia yang telah kehilangan Sam D'Lloyd, seorang insan seni yang begitu banyak menyumbangkan jasa terhadap pembangunan industri muzik di Indonesia sejak pembabitan beliau dalam bidang nyanyian.

Bersamalah kita mendoakan agar roh Allahyarham akan dirahmati serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah !

Khamis, Jun 07, 2012

Krisis BN Sarawak, Taib Mahmud semakin bingung!

Semakin dekat bahang PRU-13 terasa maka semakin menjadilah pula gelodak dalam hubungan sesama parti serta sesama ahli dalam parti-parti komponen Barisan Nasional negeri Sarawak.

Kepimpinan tertinggi BN Sarawak nampaknya sudah bosan dengan permainan politik tidak matang beberapa pemimpin dalam dua parti PRS yang diterajui oleh Tan Sri James Masing dan juga SPDP pimpinan Tan Sri William Mawan.

Pehin Sri Taib Mahmud sudah tidak berminat lagi untuk mencampuri urusan dalaman kedua-dua parti berkenaan yang kini sedang berdepan dengan krisis antara presiden parti dengan beberapa pemimpin mereka.

Kemelut sedia ada menjadi semakin memuncak dengan kemunculan parti baru Sarawak Workers Party (SWP) yang diketuai oleh bekas ADUN BN Pelagus, Larry S'ng yang baru saja melepaskan jawatannya di Bahagian Pembangunan Belia Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Krisis tidak menampakkan penyelesaian ekoran tindakan terbaru Naib Presiden SPDP yang juga ADUN Meluan YB Wong anak Judat terus menambahkan lagi sengketa dalaman BN Sarawak apabila secara terbuka mahu mencabar YB Datuk Joseph Sallang bagi kerusi Parlimen Julau pada PRU-13 menggunakan tiket parti SWP tetapi masih sebagai ahli parti SPDP.

Pun begitu, kewujudan SWP di tengah-tengah kerancakkan Barisan Nasional untuk mempersiapkan diri berdepan PRU-13 nanti ternyata sudah membuat hati beberapa pemimpin dalam kalangan BN Sarawak menjadi berbelah bahagi samada masih mahu kekal dengan parti masing-masing ataupun masuk perahu baru yang bernakhodakan Larry S'ng.

Sokongan terhadap penubuhan SWP bukan saja datangnya dari rakyat biasa malahan ramai kalangan pemimpin BN Sarawak yang teruja untuk bersama-sama dengan parti berkenaan apatah lagi apabila Pehin Sri Taib Mahmud sendiri dilihat lebih banyak mempertahankan Larry S'ng dari terus menjadi serangan politik oleh pihak Tan Sri James Masing dan juga pemimpin PRS yang lainnya.

Jaminan Pehin Sri Taib Mahmud bahawa Larry S'ng bukannya seorang pengkhianat sepertimana yang dituduh oleh beberapa pemimpin dalam PRS jelas menunjukkan betapa Ketua Menteri lebih mementingkan kualiti kerja seseorang berbanding dengan pemimpin yang hanya suka berpolitik sepanjang masa serta suka membuat andaian yang bukan-bukan terhadap orang lain.

Apa tindakan seterusnya Pehin Sri Taib Mahmud untuk mengurus karenah pemimpin-pemimpin politik BN negeri yang semacam tidak jemu-jemu untuk mewujudkan suasana tidak mesra antara parti komponen Barisan Nasional negeri dan apakah beliau hanya akan membiarkan saja keadaan ini berterusan, tidak menggunakan jawatannya selaku Pengerusi BN Sarawak untuk mendamaikan pihak yang bertelagah?

Rabu, Jun 06, 2012

Tokoh Reformasi: anugerah kepada DS Najib bukan kepada Anwar

Dua Ahli Senat Amerika Syarikat John McCain dari Arizona dan Joseph Liberman dari Connecticut telah menyatakan kekaguman pihak Amerika Syarikat terhadap cara kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Hinggakan kedua-duanya telah mengiktiraf Datuk Seri Najib sebagai seorang jaguh reformis hebat untuk Malaysia. Kenapa Datuk Seri Najib dan bukannya Anwar Ibrahim ketua pembangkang? Bukankah istilah "reformasi" itu sendiri mulanya diperkenalkan oleh Anwar apabila ianya sering dilaung-laungkan oleh para pengikut beliau.

Nampaknya sia-sia saja mereka menjerit-jerit perkataan 'reformasi" setiap kali menyambut kehadiran Anwar dalam satu-satu ceramah apabila Datuk Seri Najib pula yang mendapat manfaat darinya apabila ada pemimpin kuasa Barat yang mengakui kehebatan Perdana Menteri Malaysia.

Isnin, Jun 04, 2012

Blog Dr. MiM Novandri telah digodam !

Saya dapati blog milik Doktor pakar bedah Dr. Novandri telahpun menjadi mangsa penggodam sebentar tadi sebaik saja saya mencuba untuk beberapa kali mengklik namun tetap gagal untuk membaca artikel yang baru diterbitkan "AKHIRNYA ANWAR IBRAHIM MENGAKU TERLIBAT."

Ini kerja siapa, kalau pihak pembangkang..apalah, mereka juga hari-hari melaungkan kebebasan media dan sebagainya tetapi kenapa cuba menyekat kebebasan terhadap pihak yang tidak sehaluan dengan mereka.

Harap blog Dr MiM akan dapat dipulihkan dengan kadar segera dan Dr. Novandri bolehlah bagi ubat, panadol dan lain-lainnya kepada para pemimpin Pakatan Pembangkang yang sekarang sedang demam menjelang PRU-13 sehingga ada yang tersasul berdoa tentang kejatuhan parti sendiri...

Gerhana bulan bermula jam 7 petang tadi. Kenapa kerap berlaku?

Kenapakah agaknya kejadian gerhana kerap berlaku. Baru bulan lepas gerhana matahari dan sebelum itu juga berlaku beberapa kali gerhana bulan? Antara petanda akhir zaman?

Sabtu, Jun 02, 2012

Musim artis masuk politik, kata2 kurang sopan jadi sebahagian cabang seni !

Agak berbeza juga melihat golongan penggiat seni ini apabila mereka menyertai dunia politik. Mereka ini asal mulanya dikenali sebagai orang seni, penyanyi maupun pelakon. Bakat mereka memang pada dunia seni tetapi apabila mereka terjun ke arena politik nampak macam janggal rasanya masyarakat hendak terima.

Jika sebelum mencebur diri dengan politik, apabila mereka berada di atas pentas tentu sekali peminat mereka mengharapkan artis-artis ini akan menghiburkan dengan lagu-lagu merdu nanyian mereka tetapi keadaan telahpun berubah kini apabila di atas pentas mereka berceramah, mengungkit-ungkitkan perkara yang lalu, mengutuk pihak lain dengan kata-kata yang tidak sewajarnya mereka ucapkan.

Masuk politik atau menyertai mana-mana parti politik bukanlah suatu perkara yang salah tetapi apakah sesuatu yang mesti atau harus bagi mereka-mereka yang masuk parti tertentu untuk menyerang kepimpinan kerajaan yang diperintah oleh parti lawan sedangkan kalau mengikut kerjaya yang mereka pilih iaitu sebagai artis patutnya mereka lebih profesional dan bersikap sederhana atau tidak keterlaluan sehingga sampai ke tahap menghina.

Dayangku Intan sebagai contoh, dahulunya beliau merupakan seorang penyanyi yang cukup terkenal diawal tahun 1980an dengan imej sederhana sesuai sebagai seorang penyanyi wanita masyarakat timur tetapi sejak populariti beliau menurun serta kurangnya pertunjukkan telah membuat beliau menjadi kecewa dan patah hati dan akhirnya beliau memilih sebuah parti politik PKR sebagai tempat berpaut.

Begitu juga dengan beberapa artis lain seperti Aishah, Bob Lokman dan Azmil Mustapha yang memilih parti PAS sebagai wadah baru perjuangan seni mereka yang semakin muram. Itu hak mereka untuk memilih parti mana yang mereka suka tetapi janganlah pula menjadikan penyertaan mereka ini ke dalam parti Pakatan Pembangkang digunakan sebagai tempat untuk melepaskan perasaan geram dan marah terhadap kerajaan sedia ada.

Sebagai anak seni mereka ini perlu sedar bahawa artis-artis seperti mereka walaupun dah termasuk dalam senarai artis veteran tetapi masih mempunyai ramai pengikut yang tersendiri kerana peminat mereka bukan saja terdiri daripada orang-orang UMNO atau orang BN, malahan orang-orang PAS serta orang-orang PKR.

Dan pastinya apabila keadaan ini berlaku di mana seseorang artis itu sah menjadi ahli sesebuah parti dan apabila dipilih sebagai ahli panel pada majlis tertentu parti mereka, kesempatan yang ada akan digunakan untuk membalun pihak lawan maka dengan sendirinya perkara sebegini akan menyebabkan peminatnya yang dari parti lain akan lari meninggalkannya. Ini tentu sekali akan merugikan pihak artis itu sendiri.

Jumaat, Jun 01, 2012

Al-Fatihah ! blogger D' Perbatasan meninggal dunia.

Salam takziah dari kami semua buat seluruh keluarga Allahyarham Amir Fadzil, penulis blog pro-pembangkang D' Perbatasan yang dilaporkan telah meninggal dunia oleh beberapa rakan blogger sebentar tadi.

Walaupun berbeza dari segi kepercayaan politik namun sebagai manusia biasa kita memang tidak dapat lari atau mengelak diri dari untuk merasa simpati terhadap beliau dan segala perbezaan hendaknya dibuang jauh-jauh ke tepi.

Semoga roh Allahyarham akan dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang Mukmin dan beriman. Amin!

Vid: Dayangku Intan lulus ujian ke syurga PAS !



Memang berbakat besar juga nampaknya Dayangku Intan ini dalam bidang seni menghina, mencarut, serta mengeluarkan kata-kata yang tidak sewajarnya terpacul dari bibir seorang wanita dengan imej bertudung.

Adakah beliau sedang berlumba dengan bakal-bakal calon PAS yang lainnya untuk melayakkan diri dicalonkan sebagai wakil rakyat pada PRU13 akan datang.

Khamis, Mei 31, 2012

1 Jun - Selamat Hari Gawai Dayak !

Ngagai semoa bala kaban belayan, bala bakeh, bala ucik, ayak, indai, wai sulu ya ke bisi ba Bumi Kenyalang menoa Sarawak tu, pagi ila 1 Jun hari besai bansa Dayak, ari ya ditu aku ka ngambi peluang ka meri jako ucapan Selamat Hari Gawai Dayak 2012, 'gayu guru gerai nyamai ~ segulai sejalai'

Hari besai nitih adat asal enti ngabang ngagai rumah panjai kaban belayannya, ngirup aik pengayu anang terlalu mayuh...mai kereta anang kelalu laju...anang meh ngaga orang ba rumah nganti alam tusah ati.

Rabu, Mei 30, 2012

RPK ibarat Raja Petir bagi PKR !

Setiap kali kemunculan Raja Petra Raja Kamaruddin di media-media massa baik di akhbar mahu di kaca tv pasti akan membawa berita yang sangat buruk buat Anwar Ibrahim, Dr. Wan Azizah, Azmin Ali, Shamsidar dan PKR keseluruhannya.

Tiada langsungberita baik dibawa oleh RPK yang boleh membantu PKR memulihkan semula nama baik parti melainkan hanya berita buruk semata-mata. Perkara yang sepatutnya menjadi rahsia sehingga mati kepada Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Shamsidar Taharin kini telahpun semakin giat didedah oleh RPK kepada umum tanpa dipaksa oleh sesiapapun. Selanjutnya di sini

Antara kekayaan luar tabiee Azmin Ali yang didedahkan oleh RPK adalah seperti berikut;
Sebuah BMW 325i bernilai RM160,529.00, Proton Perdana 2.0 SE berharga RM80,767.00, rumah banglo dua tingkat di Setapak bernilai RM284.118.00, rumah berkembar di Taman Melawati berharga RM210,000.00 dan 1,000 unit saham dalam HICOM beserta dua buah lagi kereta nasional iaitu Proton Wira XIi dan Proton Satria XIi.

Kekayaan Shamsidar juga juga menjadi tandatanya apabila berlakunya transaksi bukan saja mengenai kemasukan benda tumpul ke pintu syurganya tetapi tentang cek deposit berjumlah RM7.2 juta serta wang tunai sebanyak RM708,000 yang bermula dari bulan November 1992 sehinggalah pada tahun 1995 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Shamsidar.

4 jenis haiwan 'Penggera Keselamatan' yang wajib diberi perhatian !

 Angsa sejenis itik yang begitu cepat bertindak apabila merasakan kawasannya didatangi penceroboh. Ia akan segera berbunyi serta mengejar sesiapa saja yang dirasakan mahu memasuki atau mendekati kawasan yang telah menjadi halaman sehariannya.
 Begitu juga dengan ayam belanda ini atau juga sesetengah orang mengenalinya sebagai ayam turki, ia sepertimana angsa akan segera bertindakbalas terhadap kehadiran seseorang ataupun haiwan lain ke persekitaran kawasan rumah milik tuannya.
 Ikan puyu merupakan sejenis ikan yang tidak pernah kenal erti tidur tak kira siang mahupun malam. Ia akan sentiasa berjaga siang dan malam. Ikan puyu di sesetengah tempat dipelihara dengan tujuan untuk mengelak rumah dimasuki pencuri yang mengamal "ilmu pukau." Dipercayai bahawa 'ilmu pukau' tidak akan menjadi sekiranya rumah yang menjadi sasaran perompak berkenaan ada memelihara ikan puyu di dalam rumahnya.
Anjing. Anjing hanya boleh dipelihara oleh orang bukan Islam. Orang bukan Islam yang punya rumah kediaman yang punya risiko boleh dicerobohi atau dipecah masuk oleh pencuri haruslah memelihara sekurang-kurangnya seekor anjing bagi tujuan menjaga keselematan rumah. Tetapi bila pelihara anjing tu kenalah simpan dalam sangkar khas, yang ukurannya agak selesa untuk anjing tinggal.

Anjing juga sepertimana angsa dan ayam belanda akan menjadi cepat bertindak serta menyalak apabila ianya merasa kehadiran pihak ketiga  ke kawasan tempat tinggalnya. Oleh itu apa salah kira masyarakat Malaysia cuba memikirkan untuk menggunakan khidmat haiwan-haiwan ini bagi tujuan mengelak rumah mereka dari mudah dimasuki pencuri dan tidaklah terlalu bergantung kepada alat-alat penggera keselamatan yang mudah dimanipulasi, mudah dirosakkan oleh penceroboh.

Selasa, Mei 29, 2012

Di manakah letaknya Islam dalam PAS ? Di dalam hati atau di hujung lidah mereka?

Jika PAS benar-benar berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sah, maka mereka wajib menerima sebarang cadangan ke arah usaha damai dengan UMNO tetapi jika mereka terus menolak segala bentuk usaha yang dicadangkan demi perpaduan orang Melayu dan Islam di negara ini sudah tentulah hasrat PAS hendak mendirikan Negara Islam amat sukar untuk dicapai.

Tanpa berpaduan yang kukuh sesama orang Melayu serta Islam adalah satu perkara yang sangat mustahil untuk melihat apa yang diinginkan akan menjadi sebuah kenyataan. PAS yang sejak kewujudannya dengan dasar mereka Negara Islam berulangkali menyatakan bahawa PAS mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam namun dalam waktu yang sama menolak cadangan kerjasama dengan UMNO yang mempunyai pengikut kalangan orang Melayu dalam jumlah jauh lebih besar darpada para pengikut PAS.

Bagaimanakah PAS boleh mendirikan sebuah negara Islam secara rasmi di negara ini jika mereka terus-menerus meminggirkan UMNO sedangkan jika PAS benar-benar jujur, ikhlas dengan cita-cita mereka itu sudah tentu mereka akan secara terbuka menerima pelawaan daripada pihak UMNO untuk mewujudkan kerjasama UMNO+PAS supaya perbincangan mengenai perkara berkaitan dapat dilakukan sehinggalah mencapaikan kejayaan.

Tetapi apa yang sangat peliknya ialah apabila PAS lebih rela berkerjasama dalam semua hal termasuklah yang mengenai hal ehwal agama Islam dengan DAP yang memang memusuhi Islam berbanding dengan UMNO. Maka di sinilah para pengikut PAS boleh membuat ukuran tentang PAS, benar atau tidak PAS berjuang untuk Islam? Adakah PAS bersungguh-sungguh dengan konsep Negara Islam yang mereka bawa atau adakah itu semua cumalah mainan kata mereka semata-mata.

Tahniah ! Amy Search, Mus May & Ibnor Reza masuk UMNO..



Syabas serta Tahniah buat ketiga-tiga penghibur Amy Search, Mus May dan juga Ibnor Reza di atas kemasukan secara rasmi mereka ke dalam parti UMNO yang berkuatkuasa pada hari ini.

Isnin, Mei 28, 2012

Tips rawatan awal untuk mangsa serangan angin ahmar !

Berbagai cara dan kaedah digunakan untuk menyembuh para pesakit yang telah menjadi mangsa kepada serangan angin ahmar namun sejumlah kecil saja mangsa yang berjaya dipulihkan manakala sebahagian besar daripadanya gagal untuk disembuhkan malahan selang beberapa hari ada yang menemui ajal setelah bertarung nyawa untuk kembali sedar.

Ada satu kaedah rawatan awal iaitu cara lama khusus untuk mereka yang baru kena serangan angin ahmar ini yang ingin dikongsi bersama dengan anda semua tetapi bukanlah bermakna cara ini dijamin seratus peratus jika digunakan akan menyembuh para pesakit angin ahmar kembali sihat seperti sediakala tetapi ini sebenarnya cuma satu usaha ataupun ikhtiar sahaja.

Bahannya senang saja, sediakan sejumlah garam kasar, sebuah baldi besar dan juga air bersih. Caranya, masak air dalam sukatan lebih kurang 30-40 liter sehingga mendidih dan masukkan beberapa kilogram garam ke dalam air yang sedang menggelegak dan rasakan tahap kemasinan air dan jika didapati air sudah cukup masin maka berhentilah menambah garam ke dalam air. Cara yang lebih mudah ialah masak terus air didalam tong dengan menggunakan "hitter" yang dijana oleh kuasa elektrik.

Langkah seterusnya iaitu setelah proses pertama selesai, biarkan air yang baru mendidih tadi menjadi suam-suam kuku dan barulah bawa pesakit angin ahmar dekat dengan baldi atau tong besar yang berisi air garam tadi dan kemudian taruh serta rendamkan kedua-dua belah kaki hingga ke paras lutut pesakit tersebut ke dalam air bercampur garam sehinggalah air itu tadi menjadi sejuk dan dingin.

Kenapa harus bahagian kaki saja yang perlu direndam ke dalam air panas? Oh ya, sebab terdapat ramai pengamal perubatan ataupun mereka-mereka yang pakar di dalam bidang perubatan baik yang tradisional mahupun moden percaya bahawa pusat segala urat saraf manusia letaknya adalah di bawah tapak kaki maka itulah ada yang percaya agar mana-mana kelenjar urat yang mati perlu dihidupkan semula bertujuan untuk membekalkannya dengan kandungan garam yang baru.

Cara ini perlu dilakukan berterusan secara berulangkali jika mahu melihat hasilnya samada berkesan ataupun sebaliknya tetapi apa yang lebih penting ialah kita sentiasa berusaha untuk memulih mereka yang telah menjadi mangsa serangan angin ahmar supaya mereka akan sihat semula, kembali menjadi warga Malaysia yang produktif dan berguna kepada nusa dan bangsa. Boleh berjalan seperti dulu, mampu untuk sedar semula tentang kesilapan lalu, bertaubat serta memperbaiki diri agar menjadi seorang warga yang berjasa dan juga berbakti kepada Malaysia.

Ahad, Mei 27, 2012

Hentikan segera perbuatan membunuh dan amalan memakan daging buaya !

 Kejadian mangsa serangan buaya ganas di Batang Lupar dan di beberapa kawasan lain dalam negeri Sarawak bukanlah satu cerita baru malahan ianya sudah kerapkali berlaku sejak sekian lama terutama sekali dikawasan yang diduduki oleh masyarakat Iban dan juga masyarakat Melayu.

Persoalannya, kenapa kejadian seperti ini sering berulang dan tiadakah jalan lain dapat dibuat untuk mengatasinya? Untuk menjawab mengenainya memang agak sukar kerana sebijak manapun manusia yang secara lahiriahnya telah dibekalkan dengan akal fikiran yang sempurna pasti tidak akan mampu untuk membaca waktu bila serangan buaya akan berlaku dan terhadap siapa.

Serangan buaya ganas terhadap penduduk pendalaman di Sarawak semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan yang terbaru melibatkan seorang remaja lelaki Peter Heerema Sadan, baca di sini yang didapati telah hilang hampir seminggu yang lalu selepas menghantar adik tirinya balik ke rumah sebaik mereka selesai mengambil air bersih dari sungai berdekatan untuk kegunaan memasak.
Buaya merupakan sejenis reptilia yang sejak dulu lagi dipercayai memiliki sifat yang amat pendendam iaitu akan membalas dendam terhadap mana-mana keturunan manusia yang pernah menyakiti ataupun yang pernah membunuh salah seekor buaya dari kalangan mereka dengan bertindak balas akan menyerang balik, membaham, membunuh serta memakan mangsa yang berjaya ditawan.

Saya tidak pernah memikirkan bahawa buaya tidak akan bertindak menyerang manusia secara rambang kalau bukan tanpa sebabnya kerana buaya sepertimana juga dengan haiwan buas yang lainnya tentu akan menyerang balik barangsiapa yang cuba mengganggugat kawasan habitatnya apatah lagi kalau ada yang sampai ke tahap membunuh serta mengambil dagingnya untuk dijadikan sebagai menu makanan.

Kepada kerajaan negeri Sarawak, bukanlah maksud tulisan ini bertujuan mahu menafikan hak para waris mangsa buaya ganas dari menuntut bela di atas kematian ahli keluarga mereka akibat dari serangan maut oleh buaya tetapi demi untuk mengurangkan kejadian serangan buaya dari terus berlaku terhadap rakyat di tempat tertentu di negeri ini maka eloklah rasa untuk kerajaan Sarawak menggubal satu undang-undang baru iaitu melarang sama sekali amalan sesetengah masyarakat di negeri ini yang gemar memakan daging buaya dan menangkap anak-anak buaya untuk tujuan komersil.

Kepada mana-mana pengusaha restoran yang ada menyediakan menu makanan berasaskan daging buaya maka mohonlah kerjasama daripada mereka ini supaya beralihlah kepada menu daging haiwan lain untuk restoran masing-masing. Mereka perlulah berkorban sesuatu demi menjaga keselamatan pihak di negeri ini dan diharap agar tindakan sebegini sekurang-kurangnya boleh mengurangkan risiko serangan buaya kerana saya percaya tentang sumpah buaya bujang senang akan terus memburu tujuh keturunan manusia yang telah membunuh ahli keluarganya.

Ingatlah bahawa buaya lain yang bersifat pendendam juga pasti akan terus memburu mereka termasuklah generasi mereka yang pernah membunuh dan memakan daging buaya yang ditangkap dan dalam perkara ini maka kerajaan negeri harus berbuat sesuatu dan didiklah rakyat agar lebih beretika dari segi amalan pemakanan mereka dan sedarkanlah segelintir daripada mereka ini bahawa memburu, membunuh, memiliki, menyimpan, memperdagangkan kulit buaya, memakan dagingnya merupakan satu kesalahan disisi undang-undang.

Pak Samad sanggup tinggalkan bini, anak & cucu di rumah hanya kerana Ambiga !

Kerana kasih dan sayangnya kepada S. Ambiga, bekas Sasterawan Negara A. Samad Said sanggup buat apa saja termasuklah meninggalkan iseri beliau keseorangan di rumah serta anak-anak dan juga cucu-cicitnya.

Konon perihatin atas nasib S. Ambiga yang terpaksa berdepan dengan saman pihak kerajaan ataupun memang sudah terpikat dengan lesung pipit Ambiga yang menggerunkan itu telah membuat Pak Samad cekal untuk terus memburu sesuatu daripada Boss Bershit itu.

Lihat sajalah, apa-apa saja perkara yang menyentuh tentang Ambiga siapa dulu yang ke depan membelanya pejuang seks bebas Sexualiti Merdeka itu kalau bukan A. Samad Said.

Beberapa hari yang lalu ketika para peniaga yang terjejas perniagaan mereka angkara Bersih 3.0 nak serahkan memorandum ke rumah Ambiga, siapa yang jadi tukang jaga pintu pagar rumah ketua pengganas itu kalau bukan A. Samad Said.

Semalam lagi, orang Melaka didakwa mengganggu ceramah Ambiga di negeri Hang Tuah itu, terus digelarnya negeri Melaka sebagai negeri Hang Samseng. Begitulah hebatnya penangan cinta Ambiga sehingga boleh meluruhkan janggut-janggut panjang Pak Samad Said.

Satu hal lagi, S. Ambiga kenapa pula pihak KDN boleh membiarkan beliau untuk terus menyebar pengaruhnya ke atas orang ramai dengan bebas berceramahdi mana-mana saja sedangkan kini Ambiga sudahpun disaman oleh oleh pihak kerajaan berkaitan isu Bersih 3.0...

Sabtu, Mei 26, 2012

Al-kisah, apabila anjing kerajaan masuk dalam kurungan PAS !

 Kalau tidak silap saya sewaktu pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) teruk dihina, dikeji, dicerca sebegitu rupa malahan lebih hina lagi apabila anggota PDRM keseluruhannya telah digelar sebagai anjing kerajaan oleh Anwar Ibrahim, para pemimpin PAS dan DAP, ketika itu Datuk Hj Fauzi Shaari adalah antara pegawai tertinggi di dalam pasukan keselamatan negara.

Jika menurut gelaran sebagai anjing kerajaan sepertimana yang telah diungkapkan oleh Anwar Ibrahim serta sekutunya dalam Pakatan Pembangkang terhadap PDRM maka dengan sendirinya juga telah merujuk kepada diri Datuk Hj Fauzi itu sendiri salah seorang yang digelarkan umpama anjing kerajaan.

Timbulnya gelaran anjing kerajaan terhadap polis oleh Anwar Ibrahim serta rakan-rakannya dari PAS dan juga DAP adalah rentetan dari peristiwa beliau dipecat dari kerajaan serta parti UMNO berikutan kes moral yang dihadapinya apabila didakwa telah melakukan hubungan seks luar tabiee dengan ramai lelaki termasuk pemandu peribadi Dr. Wan Azizah, Azizan Abu Bakar.

Gelaran anjing kerajaan oleh Anwar Ibrahim, PAS serta DAP terhadap para pegawai dan juga semua anggota PDRM masih kekal melekat di dalam kepala dan minda para penyokong Pakatan Pembangkang sehinggalah ke hari ini.

Di mata Anwar, PAS dan DAP, mereka sentiasa melihat pihak polis umpama anjing-anjing liar dan buktinya pada perhimpunan haram Bersih 3.0 hujung bulan April lalu yang berakhir dengan rusuhan ganas, di mana para peserta perhimpuan Bersih 3.0, penyokong Anwar, penyokong PAS serta pengikut DAP tidak teragak-agak dan tanpa segan silu telah berteriak "anjing!, anjing!, anjing!" ke arah polis.
Ini seolah-olah cuba menggambarkan bahawa tugas polis seperti sudah tidak bernilai lagi dan tiada apa-apa makna bagi Anwar, PAS dan DAP. Mereka seakan-akan mahu memerangi setiap anggota polis sedaya upaya yang boleh jika terdapat undang-undang yang membenarkan mereka bertindak sedemikian.

Tetapi amat malang sekali apabila ada segelintir bekas anggota polis sendiri serta bekas-bekas pegawai tinggi dalam PDRM misalnya seperti Datuk Hj Fauzi Shaari yang begitu mudah lupa tentang penghinaan yang pernah Anwar, PAS dan DAP kenakan terhadap PDRM seketika dulu apabila sanggup pula berkomplot dengan pihak yang pernah menghina polis untuk menentang kerajaan Barisan Nasional yang langsung tiada rekod memburuk-burukkan jabatan polis serta anggotanya.

Bagaimanakah perasaan Datuk Hj Fauzi sekiranya ketika berceramah di atas satu pentas dengan para pemimpin PAS lainnya yang memang terkenal dengan kata-kata biadap terhadap parti pemerintah, apabila tiba giliran penceramah PAS atau PKR mahupun DAP berucap dan dengan kata-kata kesat penuh hasutan memburukkan pihak PDRM dan memfitnah jabatan itu, apakah Datuk Hj Fauzi akan berdiam diri atau apakah beliau juga akan turut sama menghentam pihak polis?

Dan apakah Datuk Hj Fauzi juga akan bertukar menjadi khianat seperti Tan Sri Kadiq Sheikh Fadzir, sebaik saja masuk PAS dia balun UMNO parti yang beliau pernah berada di dalamnya? Adakah Datuk Hj Fauzi apabila sudah masuk dalam PAS akan turut menggelarkan polis sebagai anjing kerajaan, menghina polis dengan bermacam-macam gelaran buruk?

Umumnya, dengan kemasukkan tanpa syarat Datuk Hj Fauzi ke dalam PAS, maka dengan itu juga telah membawa maksud bahawa beliau secara prinsipnya turut bersetuju dengan Anwar, PAS dan DAP mengenai gelaran anjing kerajaan terhadap polis kerana sepertimana yang kita semua sedia maklum bahawa sehingga kini Anwar, PAS serta DAP belum pernah lagi menarik balik kenyataan menghina mereka terhadap seluruh anggota PDRM itu.

Dari segi prinsip diri pula, adakah Datuk Hj Fauzi seorang yang lebih mementingkan soal harga diri, soal maruah, nama baik serta maruah pasukan polis yang pernah dianggotainya dan juga maruah seluruh anggota polis, para pegawai, pegawai rendah mahupun pegawai atasan yang masih berkhidmat dalam PDRM apabila terpaksa memilih PAS sebagai wadah perjuangannya setelah bersara jabatan polis yang pernah dihina dan dicaci oleh Anwar, DAP serta PAS?

Kewajarannya, walaupun beliau telah tamat perkhidmatannya dari jabatan polis, dengan memilih PAS sebagai landasan untuknya meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat bukanlah satu keputusan yang bijak dari seorang bekas pegawai kanan polis seperti Datuk Hj Fauzi kerana selain PAS masih terdapat banyak lagi badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain yang berpendirian sederhana untuk beliau sertai dan bukannya PAS yang nyata berfahaman melampau dan telah terpesong dari tuntutan sebenar agama.

Seburuk manapun UMNO pada pandangan mata kasar orang-orang PAS, PKR mahupun DAP, nyata sekali UMNO belum sampai ke tahap di mana sanggup untuk menggadaikan agama Islam hanya disebabkan mabuk dengan kuasa politik sebagaimana PAS yang merelakan agama dipijak-pijak oleh DAP semata-mata mahu menjaga hubungan serta kerjasama dalam Pakatan Pembangkang.

Tetapi kenapakah itu semua tidak terlebih dulu diambil sebagai pertimbangan oleh Datuk Hj Fauzi sebelum beliau membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang politik dengan parti PAS?

Dengan mendakwa kononnya bahawa hanya PAS satu-satunya parti yang bertunjangkan Islam yang berani menyuarakan tentang Islam berbanding dengan UMNO sehingga menarik minatnya untuk masuk menyertai parti itu dan ini bukanlah satu alasan kuat kenapa beliau masuk PAS kerana seperti yang lazim kita lihat apabila ada pemimpin PAS menyebut tentang negara Islam dan hukum hudud sudah pasti DAP mula memberontak menyebabkan PAS terdiam dan tidak lagi berani berbicara tentang Islam.

Oleh itu dimanakah letaknya keberanian yang ada pada PAS seperti yang diakui oleh Datuk Hj Fauzi dalam memperjuangkan kepentingan Islam di negara ini sehingga mendorong minat beliau untuk masuk ke dalam PAS?

Adakah dengan menunjukkan keberaniannya turut serta dan menyokong gerakan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 anjuran S. Ambiga pejuang seks bebas sehingga menimbulkan rusuhan ganas, bersekongkol dengan Anwar Ibrahim menyokong sebarang usaha untuk menjamin keselamatan Israel, menyokong Lina Joy dalam isu murtad, menyokong penggunaan Kalimah Allah bagi masyarakat Kristian di negara ini boleh dianggap sebagai satu keberanian PAS dalam menegakkan Islam?

Ironinya, walaupun Datuk Hj Fauzi pada hakikatnya pernah memegang jawatan tinggi dalam PDRM iaitu sebagai Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, belum tentu lagi dalam perkara yang berlainan dari tugas yang pernah beliau pikul sebelum ini menjadikan beliau sama bijak untuk menilai baik buruk sesuatu itu sebagaimana cekapnya beliau serta para pegawai bawahannya membuat siasatan, menganalisis kes-kes jenayah di negara ini dan mengasingkan kes jenayah yang bebagai dalam kategori yang tertentu.

Akhir sekali, harap mereka-mereka yang dulunya pernah dihina, diejek, dimaki, dicerca dan digelar sebagai anjing kerajaan oleh Anwar Ibrahim, PAS dan juga DAP apabila sudah berdiri diatas satu pentas dengan para pemimpin PAS, DAP ataupun PKR kelak, maka janganlah hendaknya nanti menyalak tidak tentu pasal umpama tabiat seekor anjing gila...

Bukan setakat buku, malah Irshad Manji juga harus diharamkan jejak kaki ke Malaysia

Tidak perlu rasanya untuk Irshad Manji mengecam kerajaan Malaysia yang bertindak tegas dan tepat apabila telah mengharam buku tulisan beliau "Allah. Liberty and Love" dari diedarkan dipasaran serta dijual kepada penduduk di negara ini.

Irshad Manji harus difahamkan bahawa Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam sedang berdepan dengan ancaman keruntuhan moral serta akhlak kalangan masyarakat berbilang agama di mana amalan seks bebas atau seks songsang mulai menular dengan begitu cepat dan pantas dan kerajaan negara ini sedang bertungkus-lumus bagi membenteras gejala sedemikian dari terus merebak di kalangan masyarakat.

Bagaimana kerajaan negara ini yang sedang berusaha untuk membebaskan rakyat dari penyakit seumpama itu namun dalam masa yang sama masih boleh lagi untuk membenarkan kemasukkan buku-buku yang mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan akhlak masyarakat seperti apa yang terkandung di buku hasil karya Irshad Manji itu.

Mana mungkin bagi sebuah kerajaan yang penuh bertanggungjawab seperti kerajaan Barisan Nasional mahu membiarkan apa saja elemen negatif dari luar untuk menyusup masuk dengan bebas dan berleluasa ke negara ini tanpa ditapis terlebih dahulu. Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap rakyat juga pastinya tidak akan membenarkan sesuatu yang boleh memudaratkan kepercayaan mereka berkembang mekar tanpa dikawal dengan bersungguh-sungguh.

Kandungan buku "Allah, Liberty and Love" tentunya mengandungi tulisan yang boleh memesongkan aqidah umat Islam dan jika tidak masakan kerajaan melalui pakar-pakar agamanya setelah melakukan penelitian tentang segala isi kandungannya telah bertindak mengharamkan buku tersebut.

Walaupun saya belum lagi membaca buku berkenaan namun saya tetap percaya bahawa sebuah kerajaan yang baik serta bertanggungjawab pastinya mahukan yang terbaik buat rakyatnya dan tidak akan sesekali memimpin rakyat ke arah kebinasaan.

Jumaat, Mei 25, 2012

Jangan2 Anwar telah janjikan jawatan Ketua Hakim Negara kepada Yusof..

Banyaklah teka-teki yang sedang bermain di dalam kepala saya sebaik berita bekas Peguam Cara II Datuk Mohd. Yusof yang mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat II melibatkan Anwar Ibrahim namun secara tiba-tiba saja beliau telah bertukar angin apabila berpihak pula kepada ketua pembangkang itu dan sebagai peguambela mewakili Anwar dalam kes Bersih 3.0.

Jika tidak dijanjikan dengan jawatan-jawatan tertentu atau sesuatu yang amat penting, mana mungkin orang seperti Datuk Mohd.Yusof sanggup berenang menentang arus, sanggup menjilat ludahnya sendiri, mengkhianati kepercayaan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, seorang insan yang dianiaya, yang telah dinafikan baginya perbicaraan yang adil, bebas dari sebarang unsur-unsur rasuah serta bebas dari semua pengaruh orang-orang politik.

Sepertimana Anwar menjajikan bulan dan bintang kepada rakyat biasa jika beliau serta sekutunya berjaya menawan Putrajaya, bukan mustahil juga Anwar sanggup menjanjikan perkara-perkara yang lebih besar kepada mana-mana bekas penjawat awam, bekas pengamal undang-undang, bekas polis, bekas tentera dan lain-lain lagi dan tentu sekali bagi mereka yang menyimpan hasrat yang terpendam akan mudah terpengaruh dengan janji-janji Anwar Ibrahim.

Datuk Mohd.Yusof yang pakar tentang perundangan boleh dijanjikan oleh Anwar dengan jawatan Ketua Hakim Negara atau sekurang-kurangnya jawatan Peguam Negara. Dan begitu juga dengan bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang baru menyertai parti PAS mungkin telah dijanjikan dengan jawatan Ketua Polis Negara. Tan Sri Kadiq Sheikh Fadzir juga mungkin dijanjikan dengan jawatan Menteri Pengangkutan yang berkuasa ke atas MAS.

Arkib Blog