Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Oktober 10, 2010

Calonkan Orang Asli di DUN Galas, PAS isytihar kalah perang dengan UMNO !

Ura-ura yang menyebut bahawa kemungkinan PAS akan meletakkan calon mereka dari kalangan kaum Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil N.45 DUN Galas pada hari penamaan calon 26 Oktober ini manakala hari pengudian 4 November depan adalah merupa satu isyarat awal dari PAS yang mereka sudah dapat membayangkan akan kalah teruk pada PRK itu nanti.

Mungkin ada yang melihat sekiranya kemungkinan besar yang PAS benar-benar mengambil keputusan untuk memilih seorang pemimpin dari kaum Orang Asli untuk mewakili PAS bagi menentang calon yang dikemukakan oleh UMNO/BN seolah-olah satu penghinaan kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah seandai beliau dipilih sebagai calon BN kelak tetapi bagi saya ianya tidaklah begitu.

Oleh sebab nama YBM Tengku Razaleigh atau Ku Li telah disebut berkali-kali oleh ramai pihak bakal mewakili UMNO/BN pada PRK itu nanti, maka itulah yang sebenarnya telah membuat keseluruhan bahagian kepimpinan dalam PAS sudah menjadi tidak tentu arah, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah dan semua yang dilaku serba tak kena.

PAS awal-awal lagi sememangnya sudah dapat merasai yang mereka akan kalah di tangan Ku Li sekiranya mereka masih meneruskan juga hasrat untuk mempertahankan kerusi DUN Galas kerana PAS amat menyedari yang bakal lawan mereka pada PRK itu nanti bukan calang-calang calon dan maka sebab itulah demi untuk tidak dilihat seolah-olah bacul dan pengecut lalu PAS terpaksa juga berusaha melawan dengan menurunkan calon yang bukannya datang dari kaum yang majoriti di DUN Galas.

Alasan yang akan diberi oleh PAS nanti sekiranya mereka kalah di DUN Galas adalah mudah, 'Orang Asli adalah masyarakat minoriti maka sudah tentulah undi dari kaum majoriti lainnya tidak berpihak kepada calon kami' dan bagi mereka sekira PAS berkemungkinan akan tewas kelak maka sudah pasti kekalahan itu akan mereka dianggap sebagai bermaruah daripada langsung tidak menyertainya. Itulah sebabnya apabila PAS dari awal-awal lagi telah meminta UMNO/BN tidak usah bertanding pada PRK DUN Galas dan mahu UMNO/BN memberi 'kemenangan percuma' kepada PAS dengan alasan basi mereka demi untuk perpaduan Melayu.

Walau apa-apapun saya melihat peluang untuk UMNO/BN menang di N.45 DUN Galas pada 4 November 2010 itu nanti adalah sangat luas dan besar dengan adanya keterlibatan secara langsung YBM Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dalam PRK itu walaupun mungkin individu lain yang dicalonkan untuk mewakili UMNO/BN apatah lagi sekiranya Ku Li sendiri yang diletakkan sebagai calon disitu.

Sabtu, Oktober 09, 2010

Pendedahan Rahimi: Latheefa Koya terperangkap, Karpal Singh turut terjerat !!

 Majlis Peguam atau Bar Council sudah jelas tidak lagi berpegang kepada slogan yang tertera pada logo badan pertubuhan tersebut iaitu "Keadilan Melalui Undang-undang" apabila semakin ramai ahli-ahli mereka yang terlibat didalam kegiatan yang tidak sihat seperti menipu, berbohong dan lagi teruk ada yang terlibat dengan kes jenayah.

Walaupun pihak Majlis Peguam sudah memaklumkan kepada media serta orang ramai bahawa pihak mereka telah mengambil tindakan disiplin ke atas lebih 30 ahli mereka dan kononnya ada yang telah dipecat dari pertubuhan tersebut namun sebelum itu mereka iaitu pihak Majlis Peguam cuba merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan umum tetapi terpaksa mendedahkannya kemudian setelah 'bau busuk' dalam Majlis Peguam sukar untuk ditutup lagi dari dihidu oleh pihak luar.

Kes pembunuhan jutawan kosmetik terkemuka Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga mangsa yang lain oleh ahli Majlis Peguam telah membongkar segalanya dan Majlis Peguam walaupun dilihat telah mencuba berbagai cara dan juga cuba memberi bermacam-macam alasan bagi mengelak untuk dilibat sama dalam kes itu namun mereka terpaksa akur yang nama Majlis Peguam kini sudah turut terpalit sama dengan kes-kes yang pernah dilakukan oleh ahli-ahli mereka sebelum ini.
Yang terbaru, Ketua Penerangan Parti KeADILan Rakyat (PKR) yang juga seorang peguam yang turut bernaung dibawah pertubuhan Majlis Peguam, Latheefa Koya kini juga secara sah telah menyalahgunakan kuasa yang ada pada beliau sebagai seorang peguam untuk tujuan memeras-ugut, membuka kelas menipu dan berbohong.

Menurut pendedahan terbaru oleh Mohd Rahimi Osman dalam sidang akhbar beliau yang kedua selepas sidang media pertamanya digagalkan oleh 'samseng-samseng gagak' PKR beberapa hari yang lalu, Mohd Rahimi telah menafi segala tuduhan putar-belit Latheefa Koya kononnya Mohd Rahimi yang meminta perlindungan dari PKR untuk bersembunyi di dalam Quality Hotel Shah Alam Selangor kerana takut ditangkap oleh pihak polis.

Tetapi menurut Mohd Rahimi bahawa perkara sebaliknya yang telah berlaku iaitu pihak PKR yang beberapa kali menghubungi beliau melalui telefon mendesak agar dia segera datang ke Quality Hotel dan menurut Mohd Rahimi lagi atas nasihat kedua orang tuanya, beliau terpaksa pergi dan sampai ke Quality Hotel dan di dalam bilik hotel berkenaan kelihatan para pemimpin PKR termasuklah DS Anwar.

Wajah DS Anwar ketika itu menurut Mohd Rahimi betul-betul pucat lesi tak ubah seperti wajah orang Eskimo saat kehabisan bekalan bahan bakar untuk memanaskan tubuh akibat suhu sejuk melampau dan paling terasa kata Mohd Rahimi lagi ialah tangan DS Anwar menggeletar serta terketar-ketar ketika bersalam dengannya saat itu tak ubah seperti tangan Lagenda Tinju Dunia Muhamad Ali yang mengidap sindrom Parkinsan. Rujuk di http://dr1221.blogspot.com/2010/10/panas-rahimi-nafi-latheefa-koya.html untuk cerita lucu sepenuhnya.

Kini Latheefa Koya sudah terperangkap di dalam jerangkap yang di pasang oleh Penasihat Parti KeADILan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh serta Ketua Pembangkang di Parlimen YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. DS Anwar sebenarnya memasang jerangkap untuk memerangkap Perdana Menteri YAB DS Najib dan isterinya YABhg Datin Seri Rosmah Mansur tetapi malang sekali lain yang diumpan lain yang kena.
Dan, isu pendedahan terbaru yang mempunyai hubungkait dengan kes liwat DS Anwar Ibrahim oleh bekas Pembantu Khas beliau Mohd Rahimi Osman kini telah berjangkit pula kepada Pengerusi DAP Pusat YB Karpal Singh apabila beliau mahu lebih saksi harus diketengahkan bagi pihak Mohd Rahimi kerana merasa hairan kenapa perlu menunggu masa sehingga dua tahun untuk Mohd Rahimi mendedahkan perkara itu.

Disamping itu juga Yang Berhormat Karpal Singh juga mahu supaya kes yang sudah berlaku lebih daripada dua tahun lampau jangan lagi dilayan atau diendah oleh pihak berwajib seperti polis dan juga mahkamah.

Jadi kepada YB Karpal Singh yang pernah mengaku bahawa pengalaman beliau selaku seorang peguam veteran mendakwa "lebih dulu dari undang-undang itu sendiri," inginlah kita mau tau bagaimana pula dengan kes liwat DS Anwar yang sudah ditangguh berpuluh-puluh kali yang usia perbicaraannya juga sudahpun menjangkau ke usialebih dua tahun dan adakah perlu disegera tanpa adanya helah berbagai-bagai dari peguambela atau tukar saja kesemua 12 orang barisan peguambela DS Anwar yang sedia ada kini kepada pasukan peguambela yang baru ?

Jumaat, Oktober 08, 2010

Selamat kembali Tun M ke tanah air dan pastikan Azmin Ali yang 'tersungkur' !

Salam sejahtera dan salam bahagia.
Negarawan yang juga Perdana Menteri Malaysia keempat YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad kini hari ini telah selamat pulang dari Australia dan kembali ke tanak air lebih kurang jam 8:25 malam tadi.

Syukur dan gembira dengan berita kepulangan Negarawan terbilang ini dari luar negara setelah beberapa hari yang lalu beliau dimasukkan ke wad Hospital Epworth di Melbourne Australia kerana selsema dan batuk.

Apa yang sangat diharapkan dari berita kepulangan Tun Dr Mahathir dari luar negara kali ini ialah untuk menidak akan kenyataan kurang ajar dan biadap yang dibuat oleh Azmin Ali pada ceramah politik beliau baru-baru ini bilamana dia telah menggelar YABhg Tun Dr Mahathir sebagai ;individu yang tersungkur' di Australia.

Mesyuarat Agung pemilihan PKR akan berlangsung dalam bulan November depan dan seperti biasa adat bertanding iaitu apabila ada pertandingan untuk sesuatu jawatan didalam PKR maka sudah tentu ada yang menang, tewas dan 'tersungkur.'

Dan percaturan politik yang dibawa oleh Datuk Zaid Ibrahim sudah semakin jelas dan terang. Datuk Zaid akan memenangi permainan catur kali ini yang mana turut bermain adalah Azmin Ali, Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah.

Datuk Zaid adalah seorang peguam dan punya firma guaman sendiri. Datuk Zaid bijak bermain catur. Dia akan berpasangan dengan Nurul. Permainan catur bukannya sekadar cuma satu permainan tetapi lebih kepada cara menunjukkan kepada kita tentang bagaimana mencari jalan kehidupan semoga berjaya.

Nasib PKR akan jadi seperti nasib Parti Semangat 46 dulu dan Datuk Zaid suatu masa kelak akan jadi seperti Ku Li yang sekarang berada didalam BN/UMNO yang kadangkala orang anggap jadi duri dalam daging dan sekejap orang iktiraf dia seperti hero.

Bila PKR sudah dibubarkan maka Datuk Zaid akan sertai UMNO semula dan PRU ke-13 Datuk Zaid akan mewakili UMNO menentang PAS di Kota Bharu Kelantan. Pelik dunia ni kan !

Dan bila sesuatu yang tidak terduga telah berlaku dan tentu sekali orang yang dikatakan sebagai 'tersungkur' sebenarnya beliau sentiasa bangkit dan orang yang suka membangkit itulah nanti yang akan "tersungkur".

Semoga YABhg Tun Dr Mahathir akan terus sihat dan ceria-ceria selalu dan itulah harapan menggunung saya, kami, dan seluruhnya terhadap Negarawan kebanggaan semua rakyat Malaysia.

Khamis, Oktober 07, 2010

DS Bakri Zinin & TS Musa Hassan didakwa hina Mahkamah ???


Semasa saya sedang leka mengikuti perkembangan terkini apa yang telah berlaku hari ini dalam negara melalui siaran Buletin Utama TV3, tiba-tiba saya tersentak dengan satu berita menyebut dimana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memerintahkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin untuk menghadirkan diri di mahkamah pada 28 Oktober ini atas sebab kedua-dua mereka kononnya telah menghina Mahkamah.

Tindakan terhadap kedua-dua mereka itu diambil besar kemungkinannya berkaitan dengan penahanan semula dua bekas tahanan di Simpang Renggam Johor selepas mereka dilepas dan dibebaskan dari pusat tahanan tersebut yang menempatkan penjenayah berstatus kejam dan berbahaya. Mengikut laporan berita, seorang daripada tahanan itu ditangkap semula oleh pihak polis sejurus selepas beliau dibebaskan manakala yang seorang lagi yang dibebaskan sehari kemudian juga ditahan semula pada hari yang berikutnya oleh polis.

Bagi saya, penahanan semula oleh pihak polis terhadap mana-mana individu yang pada mereka berpotensi untuk menyumbangkan kembali kepada masalah jenayah di negara ini haruslah dihormati oleh semua pihak. Polis pasti mempunyai sebab-sebab tertentu kenapa mereka harus dan mesti menahan semula seseorang penjenayah yang walaupun telah dibebaskan dengan usaha dan bantuan peguam yang kononnya "pakar" dalam "meng'ayat'kan pihak berwajib bagi melepas dan membebaskan pelanggan mereka walaupun jelas tampak orang yang di bela merupakan satu ancaman kepada keharmonian negara dan ketenteraman masyarakat kita.

Saya bukan bermaksud untuk mempertikaikan apa-apa jua keputusan yang telah dibuat terutama sekali yang telah dibuat oleh pihak yang berwajib namun apabila memandangkan akan tanggungjawab yang terpaksa dipikul dan digalas oleh pihak PDRM dalam mereka untuk menunaikan kewajipan demi mengekal dan mempertingkatkan tahap keselamatan, keamanan dan kesejahteraan dalam negara mungkin tidak menjadi kesalahan bagi semua pihak untuk 'berpendapat' bahawa pihak polis harus ada 'kekebalan' disisi undang-undang kerana setiap tindakan yang mereka ambil sudah tentu bertujuan untuk membawa kebaikan kepada semua dan bukannya untuk memudaratkan keadaan yang sedia ada.

Kepada semua, saya rasa tiada kurangnya dan tiada lebihnya seandai kita mahu untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan oleh pihak PDRM didalam menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat di negara ini dengan memberi ruang yang secukupnya untuk pihak PDRM menentukan sendiri bentuk tindakan apa yang patut dan tidak daripada kita asyik melayan perasaan hati diri sendiri yang sentiasa tidak pernah puas dengan sesuatu perkara yang akhirnya akan menyusahkan orang lain.

Di akhir tulisan ini saya secara peribadi ingin menyampaikan rasa penghargaan yang tinggi buat bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang pada pandangan saya selaku rakyat biasa ini adalah seorang Pegawai Polis yang sentiasa tegas, sangat berwibawa, sabar dan berhati-hati didalam setiap tindakan yang diambil serta juga kepada Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin beliau pada pengamatan saya juga banyak mewarisi sifat kerja Tan Sri Musa, tegas, berani, berhati-hati serta benar-benar "tidak teragak-agak' untuk bertindak jika keadaan sudah mengizinkan.

Sokongan padu dan kerjasama berterusan oleh semua pihak tak kira siapa kepada PDRM akan menjadikan negara kita Malaysia aman dan selamat untuk didiami dan dihuni...

Latheefa Koya 'langgar hak asasi manusia' menculik dan mengurung Rahimi Osman !!

Setelah saya membaca isi kandungan laporan yang telah dibuat oleh bekas Setiausaha 'Sulit' DS Anwar Ibrahim iaitu Rahimi Osman serta sebab musabab beliau membuat laporan polis berkenaan dengan perkara itu maka saya mendapati antara kesimpulannya ialah beliau sebenarnya pada hujung bulan June 2008 telah menjadi mangsa culik dan dikurung.

Perbuatan menculik dan mengurung mana-mana individu adalah satu perbuatan yang salah disisi undang-undang Malaysia dan mereka yang didapati telah melakukannya boleh didakwa di Mahkamah serta boleh dijatuhi hukuman penjara serta denda.

Yang menarik dalam kejadian menculik itu bukannya rakyat biasa yang tidak tahu itu ini tetapi adalah seorang yang berjawatan profesional iaitu seorang Peguam dan beliau adalah Latheefa Koya. Dan seorang lagi yang bersubahat dan terlibat didalam kes penculikan Rahimi Osman itu ialah rakan sebidang Latheefa Koya iaitu Saiful Izham Ramly juga seorang peguam.

Harap selepas ini akan ada lagi laporan polis dibuat oleh Rahimi Osman kerana beliau mungkin tidak sedar dalam isu ini telah berlakunya perlanggaran hak asasi manusia oleh Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramly terhadap dirinya apabila beliau telah dikurung untuk beberapa hari di dalam sebuah bilik Hotel Quality dekat Shah Alam Selangor pada hujung bulan June 2008 lalu.

Rabu, Oktober 06, 2010

Laporan Polis oleh Rahimi: Apakah ianya sandiwara terbaru PKR ?

Semua kita mungkin masih lagi samar-samar dengan apa yang terkandung didalam laporan polis yang telah dibuat oleh bekas 'pembancuh kopi' kepada Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim iaitu Rahimi Osman.

Kita semua belum lagi tahu atas sebab apa sebenarnya beliau membuat laporan itu dan individu manakah yang telah menganiaya beliau ? Bermacam andaian pasti akan timbul, ada yang mengatakan bahawa Rahimi turut diliwat oleh DS Anwar, ada yang berpendapat Rahimi dipaksa untuk menandatangani dokumen tertentu berkaitan isu liwat oleh DS Anwar dan peguam Lathefa Koya lalu ada yang mengandainya bahawa Rahimi enggan menurut dan bermacam-macam lagilah...

Apa-apapun saya dan mungkin sesetengah daripada anda semua juga tentu ternanti-nanti sidang media seterusnya oleh Rahimi bagi menggantikan sidang media siang tadi yang terpaksa dibatalkan setelah diganggu dan diserang oleh samseng-samseng dari PKR dan samseng-samseng dalam pertubuhan haram Hindraf.

Namun dalam pada itu saya ada pandangan tersendiri apabila melihat kepada perkembangan terkini di dalam PKR.

Apakah Rahimi hanya melakonkan watak beliau pada hari ini setelah diarahkan untuk berbuat sedemikian oleh DS Anwar Ibarhim bagi melambatkan lagi perbicaraan kes liwat yang beliau hadapi saat ini dan juga apakah laporan polis yang dibuat oleh Rahimi hari semata-mata bertujuan untuk mengalih tumpuan rakyat daripada terus memperkatakan tentang keadaan bercelaru dalam Parti KeADILan Rakyat iaitu sepanjang pemilihan PKR.

Selasa, Oktober 05, 2010

Kalau tidak kerana bulan, tidak bintang terbit pagi...

Kalau tak silap saya, fitnah yang sedang membebankan Timbalan Pengarah Biro Tata Negara Wilayah Persekutuan sekarang ini adalah tuduhan jahat yang ketiga selepas tuduhan fitnah terhadap ADUN Bukit Bendera YB Datuk Ahmad Ismail dan yang kedua tuduhan dilemparkan kepada seorang Pegawai Khas DS Najib iaitu Datuk Nasir Safar yang didakwa kononnya berbau perkauman dan yang ketiga sekarang ini pula yang membabitkan saudara Hamim Husin apabila beliau dikatakan telah mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman semasa majlis penutupan kursus BTN Wilayah persekutuan baru-baru.

Tetapi apa yang menarik kali ini jika dibandingkan dengan dua mangsa sebelum ini dimana kali ini apabila Timbalan Pengarah BTN Wilayah Persekutuan itu berani bangkit menentang tuduhan berkenaan disamping mempertahan maruah dan diri beliau dengan membuat laporan polis demi untuk menegakkan keadilan. Laporan polis dibuat ke atas The Malaysian Insider serta seorang wartawannya yang dikatakan dalang dalam fitnah tersebut.

Kepada sdra Hamim Husin, syabas dan tahniah atas ketegasan saudara untuk membawa isu ini ke tengah dan saya melihat agar tindakan yang telah diambil sdra Hamim Husin itu akan jadi satu peringatan kepada mereka yang sering mendakwa "kononnya"lah merekalah yang anti-perkauman atau anti-rasis(rujuk kepada kenyataan-kenyataan terbalik juga berbahaya oleh NAMEWEE) supaya mampu berfikir sebagai manusia yang punya adat resam serta tatabudaya menebal dan bukannya untuk sesuka hati memulakan krisis perpaduan di antara sesama masyarakat dalam negara ini dengan kenyataan-kenyataan yang memang tidak wajar lagi diperdengarkan.

Saya juga mendapati bahawa apa yang timbul kini berhubung dengan isu-isu hak kaum masing-masing dan sebagainya telah dimulakan oleh puak-puak NAMEWEE lah...puak mereka itulah yang suka menimbulkan isu-isu sensitif seperti itu sehingga kini kelihatannya "masih gagal" untuk diambil tindakan oleh pihak KDN !

Kalau bukan kerana puak-puak NAMEWEE yang memulakan krisis dalam isu-isu kaum di negara ini yang kini seolah-olah semakin hari semakin merebak, tidak mungkin kaum Bumiputera dan Melayu akan bangkit bersuara dan itupun cuma mempertahankan hak-hak asal-usul mereka dan bukanpun menuntut untuk ditambah itu ini, tidak juga minta dihapus apa-apa yang sudah termaktub didalam perlembagaan negara...

Isnin, Oktober 04, 2010

Berdepan cabaran ketenteraman awam: KDN wajar ada Menteri baru !

Pada pendapat saya, sekiranya mereka-mereka yang sengaja menimbulkan perkara yang akhirnya akan menjadi masalah kepada keamanan, ketenteraman, kesejahteraan serta keselamatan negara dibiarkan saja bertindak mengikut selera mereka tanpa tindakan yang paling tegas diambil untuk menghalang sudah memang ianya akan menjejaskan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan sendiri serta pihak-pihak lain untuk membentuk masyarakat majmuk yang bersatu-padu dan boleh hidup rukun damai dalam kepelbagaian.

Dalam isu Namewee misalnya, jika beliau dibiar terus dengan cara dia yang suka menimbulkan berbagai kontoversi dengan tidak memperdulikan kesannya terhadap perpaduan dan hubungan antara kaum di negara ini adakah Kementerian Dalam Negeri dibawah DS Hishamuddin Tun Hussein dapat memberi jaminan yang perbuatan Namewee kelah tidak akan menggugat keadaan yang stabil didalam negara dan dalam bentuk apakah jaminan seumpamanya boleh dipercayai mampu untuk mengekalkan keamanan yang sedia ada.

Walauapapun, mau tidak mau, saya ingin menyatakan pendapat bahawa Kementerian Dalam Negeri harus diterajui oleh individu yang tegas dan berani atau dalam ertikata lainnya KDN wajar berketuakan seorang menterinya yang baru, yang tidak 'teragak-agak' dalam menunaikan tanggungjawab beliau selaku seorang menteri yang telah diamanahkan untuk menjaga hal ehwal keselamatan dalam negara.

Berbalik kepada isu yang telah ditimbulkan oleh Namewee, jelas sudah DS Hisham ternyata telah gagal menjalankan kewajipan beliau di KDN apabila beliau sekarang ini dilihat lebih suka mengambil sikap mendiamkan diri daripada menggunakan kuasa yang ada pada beliau untuk memperbetulkan keadaan apabila berdepan dengan isu-isu sensitif yang sengaja ditimbulkan oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab.

YABhg Tun Dr Mahathir semakin sihat di Australia... PKR semakin tenat di Malaysia !

Seluruh rakyat Malaysia tentu rasa lega dan bersyukur apabila menerima berita yang memaklumkan bahawa YABhg Tun Dr Mahathir Mohamd kini semakin pulih dan sihat sejak dimasukkan di Hospital Epworth Melbourne, Australia beberapa hari yang lalu akibat selsema dan batuk atau jangkitan di dada.

Saya secara peribadi sebenarnya sentiasa mendoakan Tun agar segera sembuh dan berharap beliau selalu sihat sejahtera hendaknya seperti sediakala, sentiasa memberi pandangan serta nasihat yang sememangnya amat berguna kepada seluruh rakyat Malaysia.

Apa yang sangat menyakitkan hati tatkala Tun Dr Mahathir sedang menerima rawatan di Australia ialah kenyataan yang amat kurang ajar serta sangat biadap oleh calon Timbalan Presden PKR yang sekarang Naib Presiden PKR, YB sdra Azmin Ali yang jelas telah mempersendakan keadaan kesihatan Negarawan itu sebagai "individu yang tersungkur" di Australia.

Sebagai seorang pemimpin parti politik sepatutnya YB Azmin Ali lebih bertanggungjawab dengan terlebih dulu mengambil kira perasaan ahli keluarga Tun Dr Mahathir iaitu disaat mereka sedang berdepan dengan masalah kesihatan Negarawan itu. Andai beliau enggan mendoakan Tun supaya segera sembuh memadailah untuk beliau tidak mempergunakan nama Tun Dr Mahathir serta PERKASA dijadikan sebagai bahan kempen bagi menarik perhatian perwakilan supaya mengundi beliau.

Tetapi tidak apa, sebab apa... kita dapat berita gembira yang memberitahu Tun Dr Mahathir sudah semakin sihat dan bermakna Tun akan cepat sembuh dan nasib PKR, nasib para pemimpin PKR yang bertanding pula setiap hari kita sudah tahu...siapa yang kalah dan siapa yang tersungkur, siapa yang menumbuk, siapa yang masuk hospital, beberapa laporan polis sudah dibuat, penipuan undi, pengundi hantu dan bermacam-macam lagi kejadian yang mewarnai pemilihan PKR kali ini dan itu semua adalah petanda bahawa PKR sebenarnya yang ramai individu-individu tertentu didalamnya yang telah dan akan tersungkur nanti...dan mungkin YB Azmin Ali sendiri juga akan rebah...

RPK & DSAI bersandiwara di London lah ! ..mana Interpol ?

Pihak berkuasa Malaysia sudah lama berusaha untuk menjejaki akan kedudukan dimana Raja Petra Raja Kamaruddin (RPK) bersembunyi setelah beliau beberapa kali gagal hadir di mahkamah bagi perbicararaan fitnah beliau terhadap isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur yang dituduh beliau turut terlibat didalam kejadian pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Sharibu beberapa tahun yang lalu.

Untuk membantu mengesan RPK yang berada di luar negara setelah disedari berjaya menyusup keluar dari Malaysia melalui Thailand dan destinasi beliau tuju adalah London dan juga dipercayai dia sudahpun berada disitu maka pihak PDRM sudahpun memohon kerjasama daripada polis antarabangsa atau Interpol bagi tujuan menahan Raja Petra Kamaruddin.

Difahamkan bahawa pihak Interpol telah bersetuju untuk membantu pihak berkuasa Malaysia dan sudi menjalinkan kerjasama dalam usaha untuk mencari tempat dimana Raja Petra bersembunyi.

Hari ini, akhbar Utusan Malaysia telah melaporkan bahawa Raja Petra mengancam untuk tidak lagi menyokong perjuangan Pakatan Pembangkang sekiranya ketiga-tiga parti yang berada didalamnya iaitu DAP, PKR dan PAS masih gagal menunai segala janji yang pernah dibuat pada PRU ke-12 walau sudah berjaya memerintah lebih dua tahun 4 negeri yang mereka tawan ketika PRU itu.

Peringatan daripada Raja Petra itu dilaporkan telah disuarakan oleh beliau pada Sessi Dialog bersama rakyat Malaysia di London yang mana sessi itu dilaporkan turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang juga Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itu semua hanyalah cuma sandiwara Anwar, Raja Petra serta PKR untuk mengalih perhatian rakyat yang kini masih bertumpu dan melihat kepada masalah teruk dalam PKR waktu ini terutamanya kejadian-kejadian yang telah berlaku disepanjang berlangsungnya mesyuarat pemilihan cabang-cabang PKR sejak beberapa hari yang lalu.

Yang pelik dan menjadi persoalannya disini bagi saya ialah, bagaimanakah sudah dengan status siasatan serta kerjasama yang telah dijalinkan oleh pihak polis Malaysia dengan pihak Interpol setakat ini ? Apakah siasatan itu serta risikan mereka ke atas Raja Petra masih berjalan atau sudah dihenti ?

Yang herannya juga, bagaimana mereka yang namanya sudah disenarai sebagai individu yang dikehendaki oleh pihak berkuasa seperti Raja Petra boleh pula bebas hadir diforum-forum serta berucap didepan tetamu yang bijak-pandai yang juga turut dihadiri oleh seseorang yang masih dalam jaminan undang-undang serta masih lagi terikat dengan kes tertangguh di mahkamah Malaysia ?

Mesyuarat PKR yang huru-hara di seluruh Malaysia !

Selepas berlalunya 16 September 2010, maka bermesyuaratlah Parti KeADILan Rakyat untuk memilih pemimpin-pemimpin baru bagi cawangan atau sekarang mula dikenali sebagai peringkat cabang dalam menentukan siapa yang akan menjadi ketua cabang yang kelak akan membantu pemimpin atasan PKR untuk meneruskan angan-angan mereka bagi menduduki pusat Pentadbiran negara di Putrajaya.

Tetapi malang sekali, belum apa-apa lagi...baru saja mengadakan mesyuarat peringkat cabang namun PKR sudah memperlihatkan kepada seluruh penyokong mereka serta rakyat Malaysia juga bahawa Parti KeADILan Rakyat sebenarnya tidak menggambarkan bahawa perjuangan mereka selari dengan nama parti itu walau telah membubuh perkataan 'ADIL' pada parti mereka apabila berlakunya keadaan huru-hara yang mengakibatkan kekecohan dan pergaduhan di hampir kesemua cabang yang mengadakan mesyuarat setelah adanya aduan mengenai berlakunya penipuan undi, undi hantu dan sebagainya yang sepatutnya tidak terjadi didalam sebuah parti yang kononnya memperjuangkan 'demokrasi tulen.'

Baling kerusi, tendang meja, baling karipap, pecah cawan, tumbuk menumbuk, tampar menampar, serang menyerang, pertikaman lidah jangan cerita lagi, tuduh orang ini, tuduh orang itu atau pihak lain yang bertanggungjawab terhadap apa yang sedang berlaku dalam PKR sekarang sudah seperti adat dan tradisi para pemimpinnya untuk menyelamatkan diri masing-masing setelah merasakan diri mereka kian tersepit dalam isu dan masalah yang semakin bertimbun didalam PKR kini.

Ahad, Oktober 03, 2010

PKR Sarawak juga kecoh, 8 ahli DAP turut mengundi !

Apuuuuu!!!! wai...nama ke nyadi enggau Parti Karipap Rakyat tu???...mayuh amat penusah... Baka ni agi bala kaban belayan ya ka nyukong PKR diatu..bedau agi mendak ka nama-nama utai ke nyadi dalam Parti Karipap Rakyat (PKR) ..hmmmm kasih amai. (...bahasa Iban)

Peringatan gak telo semuah lah ien rakyat liko Sarawak... telo kenah pilak semuah ajau uno ji ngak berlaku dagen Parti Karipap Rakyat (PKR) samada mudei lau kenah kah dbei luin menak wak dao bak guna generasi bao rakyat Sarawak mudei lau sunih naah. Dibei jaminan kan..!!! (...bahasa Melanau)

Sepertimana yang telah berlaku di Semenanjung Malaysia dan juga di Sabah, pemilihan Parti Karipap Rakyat (PKR) Sarawak juga turut diwarnai dengan kekecohan dan insiden pergaduhan.

Buat pertama kali juga masa pemilihan telah berlaku dimana ahli-ahli DAP juga turut mengundi untuk memilih calon-calon yang bertanding pada pemilihan dan ianya telah dikesan berlaku di cabang PKR Bahagian Sri Aman Sarawak.

Disitu ada dua calon yang bertanding untuk jawatan ketua cabang PKR, mereka ialah saudara Jimmy Donald dan ratu cantik veteran PKR iaitu Puan Ibi Uding. Jimmy Donald dalam pertandingan itu bertindak untuk mempertahankan jawatan tersebut manakala Puan Ibi Uding adalah sebagai pencabar kepada saudara Jimmy Donald.

Yang menjadi pertikaian kepada kedua-dua penyokong mereka ini ataupun mungkin mereka sendiri juga yang mempersoalkan keputusan pada mesyuarat pemilihan cabang Sri Aman itu ialah kelebihan 8 undi yang diperolehi oleh saudara Jimmy Donald yang mejadikan jumlah kesemuanya yang beliau dapat adalah 84 undi berbanding dengan Puan Ibi Uding 76 undi.

Jika ditolak 8 undi itu, maka tentu sekali sokongan yang diberikan oleh para perwakilan kepada mereka berdua adalah sama iaitu seri 76-76. Apa yang menariknya ialah setelah disiasat, siasat punya siasat...tau-tau 8 undi itu kononnya adalah datang dari ahli DAP yang berjaya masuk menyelinap dan bersama-sama dengan perwakilan yang sah PKR lainnya turut mengundi.

Jika benar ini cara yang diamalkan oleh PKR untuk memilih pemimpin, adakah layak lagi untuk para pemimpin besar mereka seperti Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah, Penasihatnya DS Anwar Ibrahim, Timbalan Presidennya, Naib-naib Presidennya, AMKnya, MTnya bercakap tentang ketelusan, demokrasi dan sebagainya ?

Awang Selamat(Utusan Malaysia) lebih memahami Sarawak, terima kasih Awang !

Jika dibandingkan dengan saudara Zaini Hassan dari Utusan Malaysia yang jelas jahil tentang senario politik di Sarawak, maka hari ini Awang Selamat dari akhbar yang sama muncul dengan satu rencana yang saya anggap sebagai reaksi kepada satu rencana yang telah ditulis oleh saudara Zaini Hassan pada 29 September 2010 yang lalu dimana saudara Zaini Hassan banyak menyentuh perkara mengenai kepimpinan kerajaan negeri Sarawak dibawah pentadbiran Ketua Menteri YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud.

Terima kasih buat Awang Selamat kerna saudara lebih bijak dan lebih memahami kami di Bumi Kenyalang ini dan saya rasa Awang Selamat lebih mementingkan keadaan politik di negeri Sarawak terutamanya dari segi semangat bersatupadu yang ada dalam Barisan Nasional negeri agar terus berkekalan lebih-lebih lagi diketika menjelangnya Pilihan Raya Umum Negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa saja.

Terima kasih sekali lagi kepada Awang Selamat dan Utusan Malaysia !

Sabtu, Oktober 02, 2010

Apakah, Zaini Hassan UM cuba mengugut Ketua Menteri Sarawak ?

Saya telah beberapa kali membaca satu rencana yang ditulis oleh saudara Zaini Hassan yang bertajuk "Kisah Wan Mokhtar, Taib Mahmud, samakah?" dalam akhbar Utusan Malaysia keluaran 29 September 2010 yang lalu dan cuba untuk memahami apa sebenarnya tujuan saudara Zaini Hassan menulis tentang perkara berkenaan, adakah beliau punya niat yang yang tersembunyi atau tujuan tertentu.

Kerana apa saya sanggup untuk berulang-kali membaca tulisan beliau mengenai keputusan Ketua Menteri Sarawak yang mahu terus menerajui pentadbiran kerajaan negeri ialah sebab beliau adalah seorang wartawan kepada sebuah akhbar milik kerajaan yang memerintah dan juga disebabkan beliau bukannya seorang blogger jalanan yang kebiasaannya sering dianggap oleh ramai pihak sebagai menulis sesuatu berita itu hanya berpandukan kepada emosi atau menulis ikut sedap hati saja.

Saudara Zaini Hassan adalah seorang wartawan dan sudah tentu beliau bekerja sebagai wartawan di Utusan Malaysia digaji atau diupah dan mempunyai pendapatan yang tetap, lengkap dengan caruman di KWSP serta potongan PERKESO dan sesuatu yang lain. Sekiranya beliau adalah seorang penulis kepada sebuah akhbar milik Pakatan Pembangkang sudah pasti saya, anda dan mungkin juga pembaca yang lain tidak akan menaruh sebarang syak-wasangka terhadap beliau tetapi beliau adalah seorang pekerja kepada majikannya Utusan Malaysia dan tentu sekali beliau terikat dengan etika kerja yang harus dipatuhi sebagai seorang wartawan yang profesional, tidak boleh menulis sebarang berita yang difikirkan boleh membangkitkan perasaan yang tidak senang dikalangan sesama sendiri.

Namun apa yang dapat saya simpulkan dari tulisan oleh saudara Zaini Hassan itu ialah beliau lebih kurang cuba untuk mengugut Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud agar segera berundur dan tidak usah bertanding lagi sebagai calon BN pada PRU Negeri akan datang setelah beliau mendakwa ada menerima beberapa mesej yang kononnya dikirim oleh beberapa orang sahabat beliau dari Sarawak dan setelah beliau membaca akan isi kandungan mesej tersebut maka terus saja diakui beliau sebagai suara keseluruhan rakyat Sarawak yang mahukan PS Taib berundur dan mesej itulah yang saya lihat telah digunakan oleh saudara Zaini Hassan sebagai senjata beliau untuk mendesak PS Taib Mahmud agar tidak lagi mempertahankan kerusi DUN N.51 Balingian pada pilihanraya negeri kelak.

Jadi kepada seluruh rakyat Sarawak, tak kiralah anda siapa...pada pandangan, apa yang telah dilakukan oleh saudara Zaini Hassan itu lebih bersifat peribadi dan bukannya pendirian bersama warga Utusan Malaysia kerana jika kita amati betul-betul rencana yang telah ditulis oleh saudara Zaini Hassan lebih mewakili suara pembangkang kerana terdapat banyak yang ditulis oleh beliau itu ternyata jelas membelakangi keputusan yang sudah dicapai oleh kesemua 71 Bahagian Parti Pesaka Bumiputera Sarawak(PBB) yang bermesyuarat pada Ahad 5 September 2010 yang berlangsung di Ibu Pejabat PBB dimana mesyuarat khas itu telah membuat ketetapan sebulat suara untuk terus menyokong kepimpinan YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Mungkin saudara Zaini Hassan ada agenda beliau sendiri, namun kita tidak tahu kerana jawapan kepada semua kemusykilan itu hanyalah ada pada beliau... Saya tidak tahu sebenarnya siapa saudara Zaini Hassan kecuali tahu beliau hanyalah seorang wartawan di Utusan Malaysia dan sekarang saya mulai sedar bahawa beliau yang bertugas sebagai seorang wartawan tetap apabila tahap pemikirannya lebih kurang sama juga dengan penulis blog picisan yang ada sesetengah diantara mereka seperti saya ini tidak punya apa-apa kelulusan khusus untuk membolehkan mereka menjadi seorang penulis yang bergelar sebagai blogger jalanan. Salam Hormat.

Jumaat, Oktober 01, 2010

Menjelang PRU Negeri: Rakyat Sarawak pasti akan setia kepada BN !

Walau apapun tanggapan ataupun pandangan pemerhati politik luar Sarawak serta dakwaan oleh segelintir rakyat negeri ini sendiri mengenai masa depan kerajaan Barisan Nasional di Bumi Kenyalang selepas berlakunya pilihanraya umum negeri Sarawak hujung tahun ini atau awal tahun hadapan, namun saya sebagai sebahagian daripada mereka tetap yakin bahawa sekiranya adapun sedikit perubahan kedudukan BN di sesetengah kerusi DUN setelah selesainya pilihanraya itu nanti ianya tidak langsung akan menggugat sokongan majoriti rakyat ditempat lain terhadap keupayaan kerajaan Barisan Nasional mentadbir negeri ini.

Sokongan rakyat negeri ini terutamanya pengundi-pengundi dari kaum Bumiputera yang kebanyakkannya mendiami kawasan-kawasan di luar bandar terhadap Barisan Nasional boleh dijangka akan tetap teguh dan akan sentiasa meningkat. Mereka yang kebanyakkannya tinggal jauh dari sebarang kemudahan yang sudah lama dinikmati oleh pengundi-pengundi bandar-bandar utama dan pekan sudah pasti masih memerlukan perhatian sewajarnya yang berterusan daripada pihak kerajaan dan mana mungkin untuk rakyat dikawasan kampung, hulu-hulu sungai serta di penempatan-penempatan yang masih dalam perlaksanaan kemudahan infrastrukturnya oleh kerajaan BN akan beralih angin dengan menyokong parti-parti seperti DAP, PKR dan PAS yang perjuangan mereka sentiasa terumbang-ambing serta tidak jelas arah tujuannya.

Kedudukan kerusi DUN yang dimiliki oleh BN nampak sangat selesa dimana daripada 71 kerusi DUN Sarawak 62 adalah BN, 6 DAP, 1 PKR dan 2 Bebas. Yang menariknya ialah 1 daripada 2 wakil rakyat Bebas adalah pro-kerajaan iaitu ADUN Engkelili dan beliau sentiasa hadir pada mana-mana majlis yang dianjurkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebagai tanda sokongan kuat beliau terhadap BN.

Untuk makluman bersama, saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian satu senarai penuh nama-nama wakil rakyat dan kawasan DUN mereka masing-masing untuk kita menilai sendiri sejauh manakah sokongan rakyat Sarawak terhadap kerajaan BN pada PRU Negeri 2006 dan adakah ianya akan berterusan...

71 DUN Sarawak
N.01 Opar : YB Encik Ranum Mina (SUPP/BN)
N.02 Tasik Biru : YB Datuk Peter Nansian (SPDP/BN)
N.03 Tanjung Datu : YB Tan Sri Haji Adenan Haji Satem (PBB/BN)
N.04 Pantai Damai : YB Dr Abdul Rahman Julaihi (PBB/BN)
N.05 Demak Laut : YB Dr Abg Haji Abdul Rauf bin Abg Zen (PBB/BN)
N.06 Tupong : YB Datuk Ir. Haji Daud Abdul Rahman (PBB/BN)
N.07 Semariang : YB Puan Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (PBB/BN)
N.08 Satok : YB Datuk Sri Abg Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abg Haji Openg (PBB/BN)
N.09 Padungan : YB Encik Dominique Ng (PKR/Pakatan Pembangkang)
N.10 Pending : YB Puan Violet Yong (DAP/Pakatan Pembangkang)
N.11 Batu Lintang : YB Encik Voon Lee San (Bebas/pro-Pembangkang)
N.12 Kota Sentosa : YB Encik Chong Chieng Jen (DAP/Pakatan Pembangkang)
N.13 Batu Kawa : YB Encik Tan Joo Phoi (SUPP/BN)
N.14 Asajaya : YB Tuan Haji Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB/BN)
N. 15 Muara Tuang : YB Datuk Seri Mohd Ali Mahmud (PBB/BN)
N.16 Bengoh : YB Dr Jerip Susil (SUP/BN)
N.17 Tarat : YB Encik Roland Sagah (PBB/BN)
N.18 Tebedu : YB Datuk Sri Micheal Manyin (PBB/BN)
N.19 Kedup : YB Encik Federick Bayoi Manggie (PBB/BN)
N.20 Sadong Jaya : YB Datuk Haji Wan Wahab Haji Wan Sanusi (PBB/BN)
N.21 Simunjan : YB Tuan Haji Mohd Naroden Mejais (PBB/BN)
N.22 Sebuyau : YB Tuan Haji Julaihi Nerawi (PBB/BN)
N.23 Lingga : YB Puan Hajjah Simoi Peri (PBB/BN)
N.24 Beting Maro : YB Datuk Haji Bolhassan Haji Mohd Di (PBB/BN)
N.25 Balai Ringin : YB Encik Snowdan Lawan (PRS/BN)
N.26 Bukit Begunan : YB Encik Mong anak Dagang (PRS/BN)
N.27 Simanggang : YB Datuk Francis Hardin Holles (SUPP/BN)
N.28 Engkelili : YB Dr Johnical Rayong (Bebas/pro-BN)
N.29 Batang Ai : YB Encik Malcom Mussen Lamoh (PRS/BN)
N.30 Saribas : YB Dr Haji Wahbi bin Haji Junaidi (PBB/BN)
N.31 Layar : YAB Tan Sri Datuk Patinggi Amar Alfred Jabu (PBB/BN)
N.32 Bukit Saban : YB Encik Robert Lawson (PBB/BN)
N.33 Kalaka : YB Tuan Haji Abdul Wahab Aziz (PBB/BN)
N.34 Krian : YB Datuk Peter Nansian Ngusie (SUPP/BN)
N.35 Belawai : YB Datuk Haji Hamden Ahmad (PBB/BN)
N.36 Semop : YB Datuk Sri Haji Awg Mohd Asfia Awg Nassar (PBB/BN)
N.37 Daro : YB Encik Murni Haji Suhaili (PBB/BN)
N.38 Jemoreng : YB Abu Seman Jahwie (PBB/BN)
N.39 Repok : YB Datuk David Teng Lung Chie (SUPP/BN)
N.40 Meradong : YB Cik Ting Tze Fui (DAP/Pakatan Pembangkang)
N.41 Pakan : YB Datuk Sri Willian Mawan Ikom (SPDP/BN)
N.42 Meluan : YB Encik Wong anak Judat (SPDP/BN)
N.43 Ngemah : YB Encik Gabriel Adit (Bebas/pro-Pembangkang)
N.44 Machan : YB Datuk Gramong Juna (PBB/BN)
N.45 Bukit Assek : YB Wong Ho Leng (DAP/Pakatan Pembangkang)
N.46 Dudong : YB Datuk Dr Soon Choon Teck (SUPP/BN)
N.47 Bawang Assan : YB Datuk Sri Wong Soon Koh (SUPP/BN)
N.48 Pelawan : YB Encik Vincent Goh (SUPP/BN)
N.49 Nangka : YB Datuk Haji Awang Bemee Awang Ali Basah (PBB/BN)
N.50 Dalat : YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah (PBB/BN)
N.51 Balingian : YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (PBB/BN)
N.52 Tamin : YB Encik Joseph Mauh Ikeh (PRS/BN)
N.53 Kakus : YB Encik John Sikie Tayai (PRS/BN)
N.54 Pelagus : YB Encik Larry Sng (PRS/BN)
N.55 Katibas : YB Datuk Ambrose Belikau (PBB/BN)
N.56 Baleh : YB Datuk Sri James Jemut Masing (PRS/BN)
N.57 Belaga : YB Encik Liwan Lagang (PRS/BN)
N.58 Jepak : YB Datuk Haji Talib Zulpilip (PBB/BN)
N.59 Kidurong : YB Encik Chiew Chin Sing (DAP/Pakatan Pembangkang)
N.60 Kemena : YB Dr Stephen Rundi (PBB/BN)
N.61 Bekenu : YB Puan Rosey Yunus (SPDP/BN)
N.62 Lambir : YB Datuk Aidan Wing (PBB/BN)
N.63 Piasau : YAB Tan Sri Dr George Chan (SUPP/BN)
N.64 Pujut : YB Encik Andy Chia (SUPP/BN)
N.65 Senadin : YB Datuk Lee Kim Shin (SUPP/BN)
N.66 Marudi : YB Encik Silvester Entrie Muran (SPDP/BN)
N.67 Telang Usan : YB Encik Lihan Jok (PBB/BN)
N.68 Bukit Kota : YB Dr Abdul Rahman Ismail (PBB/BN)
N.69 Batu Danau :YB Encik Paulus Gumbang (SPDP/BN)
N.70 Ba'Kelalan : YB Encik Nelson Balang (SPDP/BN)
N.71 Bukit Sari : YB Datuk Haji Awg Tengah bin Awg Ali Hassan (PBB/BN)

Mengikut Pecahan kerusi, PBB sebenarnya telah mendominasi DUN dengan memiliki 35 kerusi, SUPP 11 kerusi, PRS dan SPDP masing-masing 8 kerusi manakala Bebas yang pro-Kerajaan 1 kerusi dan yang pro-Pembangkang 1 kerusi.

Dalam andaian saya kerusi SUPP akan berdepan dengan cabaran agak getir pada PRU itu nanti terutamanya yang majoritinya terdiri daripada kaum Cina iaitu dikawasan bandar yang mana segala bentuk kemudahan telah tersedia dan juga dimana penduduk atau rakyatnya sudah hilang budaya mengenang apabila sudah terlalu selesa dengan projek-projek mega yang ada disekeliling mereka.

Tetapi mesti akan berbeza dengan nasib SUPP dikawasan yang majoritinya adalah kaum Bumiputera, SUPP tidak akan menghadapi banyak masalah dari segi sokongan kerna dikawasan luar bandar dimana penduduknya sentiasa mengharap sesuatu yang ajaib daripada kerajaan BN tentu akan sentiasa memberi sokongan tidak bebelah bagi tambahan pulak calon yang kan mewakili mereka nanti ke DUN datangnya dari kalangan kaum mereka sendiri tentu sekali sokong mudah diperolehi.

PRS dan SPDP tidak menghadapi terlalu banyak rintangan pada PRU Negeri akan datang walaupun ada masalah dalaman parti masing-masing kerana wakil rakyat dari kedua-dua parti berkenaan sentiasa mendekati pengundi mereka tidak kira hanya pada waktu dekat pilihanraya saja malah pada hari-hari biasa mereka sering turun menjenguk ke kawasan yang diwakili.

Begitu juga dengan PBB yang jarang atau belum ada lagi berdepan dengan sebarang krisis kepimpinan parti maupun masalah dalaman yang serius parti, saya jangka tidak akan terlalu tertekan dengan asakan serta serangan oleh Pakatan Pembangkang yang kini sudah jelas ketandusan isu disamping mereka sendiri kini berdepan dengan masalah dalam parti masing-masing seperti PKR yang sudah berada diambang kehancuran selain DAP yang sedang berhadapan dengan krisis kepercayaan dari orang ramai berikutan banyak isu moral yang melanda parti DAP gagal diselesaikan dengan berkesan.

PBB walaupun buat masa ini boleh dikatakan sebagai berada didalam kedudukan agak selesa ketika menghadapi PRU Negeri itu kelak, namun mereka tidak bolehlah leka dan lalai dengan semua itu kerna kelazimannya rakyat tidak boleh diabai dalam hal-hal tertentu contohnya dalam soal kebajikan, bantuan dan seumpamanya bimbang keadaan sedemikian akan membuka ruang kepada pihak Pembangkang untuk mengambil kesempatan dengan meracuni pemikiran rakyat atau pengundi.

Khamis, September 30, 2010

Lagu tema Upin & Ipin "Sahabat selamanya" suara hati Malaysia dan Indonesia

Syabas dan tahniah buat Upin dan Ipin kerna telah punya lagu tema sendiri iaitu 'Sahabat selamanya.'

Ucapan tahniah juga untuk keseluruhan anggota kumpulan PADI dari Indonesia kerana telah terpilih sebagai artis untuk menyanyikan lagu tema tersebut.

Lagu tema yang berjudul 'Sahabat selamanya' nyanyian PADI itu membawa erti yang sangat bermakna dan mendalam terutama yang berkaitan dengan hubungan dua hala, hubungan sejarah sejak dulu lagi antara Malaysia dengan Indonesia.

Terima kasih buat kumpulan PADI juga kerana penglibatan anda semua secara langsung didalam proses menjayakan segala aktiviti membabitkan projek Upin & Ipin diharap akan dapat mengubah serba sedikit keadaan kurang selesa yang sering menghimpit hubungan diantara Malaysia dengan rakyat Indonesia.

Harap hubungan Malaysia dengan sesetengah rakyat Indonesia dapat dipulihkan semula dan mereka disana yang selama ini sering melihat Malaysia dengan tanggapan yang salah dapat memperbetulkan semula apa yang telah tersilap pada diri mereka kerana yang penting ialah masa depan kedua-dua negara ini adalah bergantung kepada tindakan kita semua pada hari ini. Terima kasih.

Rabu, September 29, 2010

S. Kotappan terlantar dalam Hospital setelah jadi mangsa demokrasi PKR...

Amalan demokrasi berjalan dengan lancarnya ketika mesyuarat pemilihan cabang-cabang Parti KeADILan Rakyat(PKR) berlangsung beberapa hari yang lalu.

Terlalu banyak cara-cara demokrasi telah diperaktikkan oleh PKR pada mesyuarat berkenaan untuk dicontohi oleh seluruh rakyat di negara ini. Kerusi didemokrasikan, meja didemokrasikan, kertas-kertas undi bertaburan di atas lantai setelah didemokrasikan.

Ada yang membanggkan ialah apabila ADUN Sri Andalas YB Dr Xavier Jayakumar telah mendemokrasikan calon yang menentang beliau pada mesyuarat pemilihan itu dimana Dr Xavier telah tewas kepada calon yang bernama Kotappan.

Teruja dan gembira dengan kekalahan beliau itu maka Dr Xavier telah memberi satu tanda demokrasi dimuka Kotappan yang kini sedang terlantar diatas katil wad Hospital negeri Selangor. Bukan hanya Kotappan seorang yang didemokrasi oleh Dr Xavier malah ketiga-tiga anak lelaki beliau juga telah didemokrasi oleh Dr Vavier serta samseng-samseng beliau.

Melihat kepada apa yang telah berlaku dalam PKR sekarang, maka terpulanglah kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia sendiri untuk berfikir sejenak adakah mereka boleh menerima atau tidak cara perjuangan PKR yang sudah tidak ada lagi hala tujuannya dalam politik tanahair kini.

Selasa, September 28, 2010

Lanun warga Indonesia serang kapal kargo Malaysia diperairan Miri, Sarawak.

Berita dipetik dari akhbar arus perdana Utusan Borneo, Selasa 28 September 2010 bersamaan 19 Syawal 1431 Hijrah.

MIRI: Dua krew termasuk kapten cedera apabila kapal kargo mereka diserang oleh empat lanun yang bertopeng dan bersenjatakan parang di perairan Sibuti, kira-kira 20 batu nautika dari Bekenu malam semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, kapal kargo yang didaftarkan di Kuching itu membawa 10 krew dan seorang kapten dalam perjalanan dari Miri menuju ke Kuching.

Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Superitendan Ismail Idris ketika mengesahkan kejadian itu berkata, keempat-empat lanun itu dipercayai menggunakan sebuah bot kecil menghampiri kapal kargo mangsa.

Dalam kepekatan malam, kesebelasan mangsa yang terkejut tidak mampu melawan lanun-lanun ganas tersebut yang bersenjatakan parang.

"Keempat-empat lanun yang bertutur dalam bahasa Jawa itu kemudian mengarahkan mereka menyerahkan wang tunai bernilai RM2,500 dan telefon bimbit kesemuanya berharga lebih RM2,500 dan sebuah binokular sebelum melarikan diri," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Manakala kapten dan seorang krew berbangsa Iban yang cuba berlawan dengan lanun turut lebam dibahagian mata dipercayai ditumbuk selain cedera dibeberapa bahagian badan terkena parang.

Mangsa kemudian berhenti di Bintulu dan membuat laporan polis di Balai Polis Bintulu dan kemudian kes tersebut dirujuk ke Balai Polis Bekenu, 12 jam kemudian.

Menurut Ismail, setakat ini belum ada tangkapan dan Pasukan Gerakan Marin(PGM) masih membuat rondaan di peairan tempat kejadian - Utusan Borneo.

Anak Merdeka;
Kejadian serangan oleh lanun-lanun ini terhadap kapal kargo tersebut jelas sekali telah berlaku didalam kawasan perairan wilayah Malaysia dan bukan terjadi berhampiran kawasan sempadan atau diperairan antarabangsa seperti yang sering berlaku sebelum ini.

Andaikata kapal kargo tersebut adalah milik negara Indonesia dan telah diserang oleh lanun yang status kewarganegaraan mereka tidak diketahui dan tambah lagi sekiranya ianya berlaku didalam wilayah Indonesia maka yang akan dituduh oleh segelintir rakyat Indonesia terutamanya puak-puak BENDERA sebagai bertanggungjawab sudah tentulah rakyat dan negara kita Malaysia.

Tetapi insiden kapal milik Malaysia yang diserang oleh lanun warga Indonesia itu telah berlaku dikawasan perairan milik mutlak negara maka sudah pasti seperti biasa kita rakyat Malaysia yang berpikiran matang tidak akan melatah dan berarak atau berdemonstrasi dijalanan sebaliknya hanya akan menyerahkan kepada pihak berkuasa seperti polis, tentera serta pihak imigresen untuk membuat tindakan susulan.

Isnin, September 27, 2010

Paderi 'lembut' hina Islam dan Nabi Muhamad. KDN patut segera bertindak !

Perbuatan oleh seorang Paderi yang berperwatakan "lembut" ini iaitu 'Father' Benjamin Stephen yang begitu celupar dan biadap sekali dengan menghina ajaran agama Islam, Kitab Suci Al-Quran serta Nabi Muhamad ketika beliau menyampaikan satu ceramah di sebuah Gereja yang terletak didalam bahagian Kuching Sarawak baru-baru ini tidak boleh diterima lagi oleh rakyat dinegara ini sebagai satu perkara yang biasa.

Dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini, kita tidak boleh lagi hidup dengan sering cuba untuk mencetuskan sesuatu perkara yang boleh membangkitkan perasaan tidak menyenangkan diantara satu dengan yang lain. Tidak salah dan tentu sekali tidak rugi untuk kita berusaha untuk hidup dalam keadaan yang rukun damai dengan sesama kita dalam negara ini walaupun kita semua datang dari latar belakang kehidupan atau asal usul yang sememangnya berbeza.

Sebagai seorang pemimpin agama(sekiranya benar) Benjamin Stephen sewajarnya bertanggungjawab membimbing umat Kristian khususnya ke arah jalan kedamaian sesama mereka dan juga dengan semua penganut agama lain dinegara ini dan bukannya membawa mereka menuju ke jalan kehancuran dan kemusnahan. Jesus Kristus, ajaran Kristian tidak pernah menuntut mana-mana penganutnya untuk bertelagah dengan sesiapa walau dengan orang yang tidak seagama.

Dalam isu ini kita semua mahu melihat tindakan yang paling tegas dan segera harus diambil oleh pihak berkuasa terhadap Paderi 'lembut' ini bagi menghalang beliau dari terus cuba untuk menimbulkan suasana serta keadaan yang tidak tenteram dan stabil dalam negara. Kita bukan mendesak tetapi kita sangat mengharapkan supaya KDN dibawah Datuk Seri Hisham lebih bertegas didalam isu sebegini dan kita tidak mahu perbuatan seperti ini jika dibiar berlarutan akan mewujudkan keadaan yang lebih membahayakan kepada keselamatan dan keamanan negara di kemudian hari.

Rakyat Sarawak harus menjauhi PKR !




Bermula daripada Pengerusi Parti KeADILan Rakyat (PKR) Negeri Sarawak iaitu Encik Baru Bian serta Penasihat PKR peringkat negeri Sarawak Datuk Sri Hajjah Hafshah Haji Harun, Timbalan Pengerusi PKR negeri Sarawak, Ketua AMK Negeri Sarawak, Ketua Wanita PKR Negeri Sarawak serta mereka-mereka yang memegang apa jua jawatan tertentu dalam PKR Negeri Sarawak, peringkat bahagian dan juga peringkat cawangan atau cabang, maka saya selaku rakyat negeri Sarawak ini menyeru kepada anda semua yang menyokong segala pergerakkan atau dalam ertikata lainnya menyertai setiap kegiatan yang telah, sedang dan yang akan dianjurkan oleh PKR di negeri ini agar berhenti setakat ini, cukuplah !

Anda semua yang sentiasa menentang segala bentuk pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional di negeri bagi membangunkan Sarawak dan memakmurkan rakyatnya tiada apa alasan yang boleh meyakinkan rakyat Sarawak untuk terus mempengaruhi mereka dengan perjuangan sia-sia PKR itu dan begitu juga anda semua ini yang kini masih lagi menebal rasa setia terhadap perjuangan PKR sudah tiada sebab-musabab untuk anda semua dari terus bersandiwara memperdayakan rakyat Bumi Kenyalang ini kata-kata yang cuma indah khabar dari rupa. Berpatah baliklah kepada perjuangan untuk membela rakyat daripada perjuangan yang tidak ada arah tujuan bersama PKR !

Melihat kepada situasi semasa pemilihan berbagai jawatan peringkat cawangan atau cabang PKR di seluruh negara sejak beberapa hari yang lalu sehingga semalam seperti yang digambarkan diatas, kita semua tentu sekali seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku itu boleh terjadi didalam PKR yang selama ini begitu gah dan angkuh melaungkan slogan 'reformasi' untuk menuntut sistem demokrasi tulen diamalkan dalam pemerintahan negara kerana kononnya mengikut tuduhan PKR bahawa selama ini kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh BN bersifat kuku besi atau diktator serta tidak demokratik..

PKR ini belum lagi membentuk dan mentadbir sebuah negara, mereka baru saja mengadakan pemilihan jawatan dalam parti sendiri tetapi demokrasi yang mereka tuntut daripada BN selama ini sudah tidak mereka pakai lagi dan yang lebih malang lagi ialah semasa dibeberapa tempat pusat penjumlahan undi semalam demokrasi tidak mereka gunakan lagi iaitu sewaktu proses pengiraan undi malah telah jauh dibuang dari landasan asal perjuangan PKR apabila terdapat beberapa calon yang telah tewas tidak sanggup menerima kekalahan mereka sehingga berlakunya pergaduhan, baling kerusi, bakar bendera PKR, tumbuk menumbuk dan sebagainya lagi.

Jadi kepada mereka semua yang nama tersebut dan tidak disebut diatas dan juga kepada seluruh rakyat Sarawak khasnya yang masih mengagung Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin idaman mereka, lihatlah kalau anda mampu melihat lalu renung dan fikirkanlah sokongan dan kerjasama yang telah dan sedang berikan kepada PKR itu boleh membawakan kebaikan kepada negeri serta rakyat Sarawak dikemudian hari. Dengan melihat kepada peristiwa yang berlaku dalam PKR semasa proses pengiraan undi semalam, apakah itu juga belum lagi cukup untuk menyedarkan anda semua bahawa perjuangan dengan PKR sepatutnya ditamatkan setakat hari ini saja dan anda semua harus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada perjuangan Barisan Nasional dalam menyatupadukan rakyat, mempertingkatkan tahap ekonomi rakyat dan negara.

Rakyat Sarawak, jauhi dan hindarilah Parti KeADILan Rakyat (PKR) demi keharmonian dan kesejahteraan kita semua!!!
Posted by Picasa

Arkib Blog