Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label polis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label polis. Papar semua catatan

Rabu, Disember 28, 2011

Polis di serang! ada pihak Pakatan Haram bangkit untuk membela?

Seorang pegawai polis Inspektor Mohd. Firdaus Zainal 29 telah menjadi mangsa tetakan oleh seorang lelaki penduduk kampung di Kedah yang naik berang dan tiba-tiba hilang kawalan diri sebaik mengetahui bahawa kehadiran pegawai polis tersebut ke rumahnya tengah hari semalam yang terletak di Kampung Gelam 2, Alor Pudak, Bukit Besar Yan Kedah bertujuan untuk menyerahkan satu notis saman berkaitan dengan satu perbuatan khianat yang pernah berlaku awal tahun ini melibatkan suspek. Berita lanjut di Utusan Malaysia

Difahamkan bahawa Inspektor Mohd. Firdaus yang dikatakan datang ke rumah lelaki berkenaan bersama dengan beberapa orang anggotanya tanpa membawa sebarang senjata terpaksa mempertahankan diri mereka dari menjadi serangan suspek yang ketika itu bersenjatakan parang panjang cuma berusaha melarikan diri namun gagal berbuat demikian apabila beliau dan seorang lagi anggota polis tidak sempat untuk mengelak parang yang digunakan oleh lelaki itu dari mengenai tubuh mereka.

Sekarang ini agak berlainan, jika dulu pihak polis sering menjadi bahan cacian dan maki hamun oleh pihak-pihak yang pro-Pakatan Haram apabila mereka terlibat di dalam insiden-insiden tertentu yang tidak di sengajakan ketika menjalankan tugas penguatkuasaan menjaga ketenteraman awam contohnya sewaktu berlaku kejadian tidak disengajakan menimpa seorang pelajar iaitu Aminul Rashid yang meninggal dunia setelah terkena tembakan polis gara-gara keengganan pelajar terbabit memberhentikan kereta yang dipandunya dalam keadaan yang mencurigakan untuk diperiksa.

Ekoran tragedi tersebut berbagai desakan demi desakan telah dibuat oleh pihak keluarga allahyarham Aminul Rashid dan juga oleh pihak Pakatan Haram yang meminta agar kerajaan Malaysia menubuh satu Suruhanjaya Di Raja yang bebas untuk menyiasat kejadian itu dan seperti yang diduga kerajaan menurut saja apabila bersetuju menubuhkan Tribunal bebas untuk menyiasat punca kematian Aminul.

Jadi bagaimana pula dengan kes yang ini apabila berlaku anggota polis yang telah menjadi mangsa penjenayah? Ada tak sebarang desakan dibangkit oleh pihak Pakatan Haram supaya kerajaan berbuat sesuatu untuk membela nasib pegawai polis tersebut yang kini terlantar di wad hospital akibat serangan oleh lelaki gila?

Khamis, Oktober 07, 2010

DS Bakri Zinin & TS Musa Hassan didakwa hina Mahkamah ???


Semasa saya sedang leka mengikuti perkembangan terkini apa yang telah berlaku hari ini dalam negara melalui siaran Buletin Utama TV3, tiba-tiba saya tersentak dengan satu berita menyebut dimana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memerintahkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin untuk menghadirkan diri di mahkamah pada 28 Oktober ini atas sebab kedua-dua mereka kononnya telah menghina Mahkamah.

Tindakan terhadap kedua-dua mereka itu diambil besar kemungkinannya berkaitan dengan penahanan semula dua bekas tahanan di Simpang Renggam Johor selepas mereka dilepas dan dibebaskan dari pusat tahanan tersebut yang menempatkan penjenayah berstatus kejam dan berbahaya. Mengikut laporan berita, seorang daripada tahanan itu ditangkap semula oleh pihak polis sejurus selepas beliau dibebaskan manakala yang seorang lagi yang dibebaskan sehari kemudian juga ditahan semula pada hari yang berikutnya oleh polis.

Bagi saya, penahanan semula oleh pihak polis terhadap mana-mana individu yang pada mereka berpotensi untuk menyumbangkan kembali kepada masalah jenayah di negara ini haruslah dihormati oleh semua pihak. Polis pasti mempunyai sebab-sebab tertentu kenapa mereka harus dan mesti menahan semula seseorang penjenayah yang walaupun telah dibebaskan dengan usaha dan bantuan peguam yang kononnya "pakar" dalam "meng'ayat'kan pihak berwajib bagi melepas dan membebaskan pelanggan mereka walaupun jelas tampak orang yang di bela merupakan satu ancaman kepada keharmonian negara dan ketenteraman masyarakat kita.

Saya bukan bermaksud untuk mempertikaikan apa-apa jua keputusan yang telah dibuat terutama sekali yang telah dibuat oleh pihak yang berwajib namun apabila memandangkan akan tanggungjawab yang terpaksa dipikul dan digalas oleh pihak PDRM dalam mereka untuk menunaikan kewajipan demi mengekal dan mempertingkatkan tahap keselamatan, keamanan dan kesejahteraan dalam negara mungkin tidak menjadi kesalahan bagi semua pihak untuk 'berpendapat' bahawa pihak polis harus ada 'kekebalan' disisi undang-undang kerana setiap tindakan yang mereka ambil sudah tentu bertujuan untuk membawa kebaikan kepada semua dan bukannya untuk memudaratkan keadaan yang sedia ada.

Kepada semua, saya rasa tiada kurangnya dan tiada lebihnya seandai kita mahu untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan oleh pihak PDRM didalam menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat di negara ini dengan memberi ruang yang secukupnya untuk pihak PDRM menentukan sendiri bentuk tindakan apa yang patut dan tidak daripada kita asyik melayan perasaan hati diri sendiri yang sentiasa tidak pernah puas dengan sesuatu perkara yang akhirnya akan menyusahkan orang lain.

Di akhir tulisan ini saya secara peribadi ingin menyampaikan rasa penghargaan yang tinggi buat bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang pada pandangan saya selaku rakyat biasa ini adalah seorang Pegawai Polis yang sentiasa tegas, sangat berwibawa, sabar dan berhati-hati didalam setiap tindakan yang diambil serta juga kepada Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin beliau pada pengamatan saya juga banyak mewarisi sifat kerja Tan Sri Musa, tegas, berani, berhati-hati serta benar-benar "tidak teragak-agak' untuk bertindak jika keadaan sudah mengizinkan.

Sokongan padu dan kerjasama berterusan oleh semua pihak tak kira siapa kepada PDRM akan menjadikan negara kita Malaysia aman dan selamat untuk didiami dan dihuni...

Rabu, Februari 03, 2010

98,747 anggota polis naik gaji - terima kasih Datuk Hisham

PUTRAJAYA 3 Feb.- Sejumlah 98,747 anggota dan pegawai polis akan mendapat penyelarasan gaji dan elaun imbuhan tetap dibawah skim perkhidmatan baru berkuatkuasa 1 January 2009.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, penyelarasan itu membabitkan tiga pergerakkan gaji tahunan dan kenaikan Imbuhan Tetap Khidmat Polis(ITKP) daripada RM1,500 hingga RM6000 bergantung kepada pangkat dan perubahan jadual gaji matrik - Utusan.

Komen:-) ...Syabas dan Tahniah kepada seluruh warga PDRM yang terlibat didalam kenaikan gaji sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Anda semua sebagai anggota keselamatan yang bertanggungjawab penuh menjaga keamanan serta ketenteraman awam di dalam negara seharusnya sentiasa dijaga akan kebajikaan kesemuanya.

Anggota polis semasa bertugas sentiasa terdedah kepada sebarang risiko yang pasti mengancam keselamatan mereka sendiri serta sentiasa menjadi bahan kritikan membuta tuli oleh pihak-pihak tertentu tanpa pernah menyimpan rasa terhutang budi terhadap pengorbanan yang telah dicurahkan oleh setiap anggota polis dalam mengekalkan ketenteraman berterusan demi untuk kesejahteraan seluruh rakyat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri, YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein kerana begitu peka dengan segala keperluan seperti apa yang harus dilakukan demi untuk meningkatkan prestasi kerja semua anggota polis dengan memberikan penghargaan kepada mereka melalui kenaikan gaji yang sewajarnya sesuai dengan bidang tugas setiap anggota polis yang semakin mencabar ketika ini.

Arkib Blog