Majlis Peguam atau Bar Council sudah jelas tidak lagi berpegang kepada slogan yang tertera pada logo badan pertubuhan tersebut iaitu "Keadilan Melalui Undang-undang" apabila semakin ramai ahli-ahli mereka yang terlibat didalam kegiatan yang tidak sihat seperti menipu, berbohong dan lagi teruk ada yang terlibat dengan kes jenayah.
Walaupun pihak Majlis Peguam sudah memaklumkan kepada media serta orang ramai bahawa pihak mereka telah mengambil tindakan disiplin ke atas lebih 30 ahli mereka dan kononnya ada yang telah dipecat dari pertubuhan tersebut namun sebelum itu mereka iaitu pihak Majlis Peguam cuba merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan umum tetapi terpaksa mendedahkannya kemudian setelah 'bau busuk' dalam Majlis Peguam sukar untuk ditutup lagi dari dihidu oleh pihak luar.
Kes pembunuhan jutawan kosmetik terkemuka Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga mangsa yang lain oleh ahli Majlis Peguam telah membongkar segalanya dan Majlis Peguam walaupun dilihat telah mencuba berbagai cara dan juga cuba memberi bermacam-macam alasan bagi mengelak untuk dilibat sama dalam kes itu namun mereka terpaksa akur yang nama Majlis Peguam kini sudah turut terpalit sama dengan kes-kes yang pernah dilakukan oleh ahli-ahli mereka sebelum ini.
Yang terbaru, Ketua Penerangan Parti KeADILan Rakyat (PKR) yang juga seorang peguam yang turut bernaung dibawah pertubuhan Majlis Peguam, Latheefa Koya kini juga secara sah telah menyalahgunakan kuasa yang ada pada beliau sebagai seorang peguam untuk tujuan memeras-ugut, membuka kelas menipu dan berbohong.
Menurut pendedahan terbaru oleh Mohd Rahimi Osman dalam sidang akhbar beliau yang kedua selepas sidang media pertamanya digagalkan oleh 'samseng-samseng gagak' PKR beberapa hari yang lalu, Mohd Rahimi telah menafi segala tuduhan putar-belit Latheefa Koya kononnya Mohd Rahimi yang meminta perlindungan dari PKR untuk bersembunyi di dalam Quality Hotel Shah Alam Selangor kerana takut ditangkap oleh pihak polis.
Tetapi menurut Mohd Rahimi bahawa perkara sebaliknya yang telah berlaku iaitu pihak PKR yang beberapa kali menghubungi beliau melalui telefon mendesak agar dia segera datang ke Quality Hotel dan menurut Mohd Rahimi lagi atas nasihat kedua orang tuanya, beliau terpaksa pergi dan sampai ke Quality Hotel dan di dalam bilik hotel berkenaan kelihatan para pemimpin PKR termasuklah DS Anwar.
Wajah DS Anwar ketika itu menurut Mohd Rahimi betul-betul pucat lesi tak ubah seperti wajah orang Eskimo saat kehabisan bekalan bahan bakar untuk memanaskan tubuh akibat suhu sejuk melampau dan paling terasa kata Mohd Rahimi lagi ialah tangan DS Anwar menggeletar serta terketar-ketar ketika bersalam dengannya saat itu tak ubah seperti tangan Lagenda Tinju Dunia Muhamad Ali yang mengidap sindrom Parkinsan. Rujuk di http://dr1221.blogspot.com/2010/10/panas-rahimi-nafi-latheefa-koya.html untuk cerita lucu sepenuhnya.
Kini Latheefa Koya sudah terperangkap di dalam jerangkap yang di pasang oleh Penasihat Parti KeADILan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh serta Ketua Pembangkang di Parlimen YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. DS Anwar sebenarnya memasang jerangkap untuk memerangkap Perdana Menteri YAB DS Najib dan isterinya YABhg Datin Seri Rosmah Mansur tetapi malang sekali lain yang diumpan lain yang kena.
Dan, isu pendedahan terbaru yang mempunyai hubungkait dengan kes liwat DS Anwar Ibrahim oleh bekas Pembantu Khas beliau Mohd Rahimi Osman kini telah berjangkit pula kepada Pengerusi DAP Pusat YB Karpal Singh apabila beliau mahu lebih saksi harus diketengahkan bagi pihak Mohd Rahimi kerana merasa hairan kenapa perlu menunggu masa sehingga dua tahun untuk Mohd Rahimi mendedahkan perkara itu.
Disamping itu juga Yang Berhormat Karpal Singh juga mahu supaya kes yang sudah berlaku lebih daripada dua tahun lampau jangan lagi dilayan atau diendah oleh pihak berwajib seperti polis dan juga mahkamah.
Jadi kepada YB Karpal Singh yang pernah mengaku bahawa pengalaman beliau selaku seorang peguam veteran mendakwa "lebih dulu dari undang-undang itu sendiri," inginlah kita mau tau bagaimana pula dengan kes liwat DS Anwar yang sudah ditangguh berpuluh-puluh kali yang usia perbicaraannya juga sudahpun menjangkau ke usialebih dua tahun dan adakah perlu disegera tanpa adanya helah berbagai-bagai dari peguambela atau tukar saja kesemua 12 orang barisan peguambela DS Anwar yang sedia ada kini kepada pasukan peguambela yang baru ?
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Memaparkan catatan dengan label Majlis Peguam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Peguam. Papar semua catatan
Sabtu, Oktober 09, 2010
Jumaat, September 17, 2010
Apabila Peguam 'menjenayah' siapa pula nak jadi Peguam Bela ?
Setelah Ketua Polis Selangor mengumumkan bahawa status siasatan polis terhadap kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta 3 yang lain 30 Ogos lalu iaitu satu kes pembunuhan yang paling kejam di dunia sebagai sudah selesai dan kini tibalah masanya untuk para penjenayah yang punya kedudukan didalam masyarakat, punya pendidikan tinggi, punya kerjaya yang tidak sesuai sama sekali dengan jenayah yang dilakukan mereka akan dihadapkan ke muka pengadilan di Mahkamah.
Persoalan yang pasti dan tentu akan berlegar difikiran sekarang ialah siapa diantara Peguam yang duduk didalam Majlis Peguam atau pun Peguam persendirian mahu atau sanggup untuk membela ke lapan-lapan penjenayah yang kini telah ditahan reman oleh pihak berkuasa.
Apakah ke lapan-lapan penjenayah itu masih dilihat sebagai masih ada hak untuk diberi pembelaan oleh masyarakat Malaysia dari segi undang-undang di negara ini memadangkan kezaliman yang dilakukan oleh mereka yang lebih kejam jika dibandingkan dengan mana-mana haiwan ganas di muka bumi ini ?
Haiwan seganas mana pun jika ianya membunuh ia setakat membunuh atau memamah serta memakan daging lawannya tetapi tidak sampai untuk membakar mayat lawannya sehingga tinggal menjadi debu...
Dan, dalam kes ini kita mahu melihat apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh pihak Majlis Peguam dalam usaha mereka berdepan dengan karenah ahli-ahli mereka yang bermasalah di dalam pertubuhan mereka. Adakah Majlis Peguam akan menyalahkan pihak-pihak lain selepas ini atau menuntut digugurkan itu dan ini kepada pihak kerajaan...
Hukuman bentuk apakah yang wajar dikenakan kepada ke lapan-lapan penjenayah itu nanti sekira disabit dengan jenayah yang telah mereka lakukan ? Hukuman pancung ?, hukuman pasong ?, hukuman gantung ?, dicabut kuku kaki, tangan satu persatu ?, dipanggang atas bara api yang membara ?, disumbat ke dalam tong najis ?, dilempar kedalam sangkar singa, harimau dan buaya ?

Label:
Majlis Peguam
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
.png)

.png)