Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Oktober 09, 2010

Pendedahan Rahimi: Latheefa Koya terperangkap, Karpal Singh turut terjerat !!

 Majlis Peguam atau Bar Council sudah jelas tidak lagi berpegang kepada slogan yang tertera pada logo badan pertubuhan tersebut iaitu "Keadilan Melalui Undang-undang" apabila semakin ramai ahli-ahli mereka yang terlibat didalam kegiatan yang tidak sihat seperti menipu, berbohong dan lagi teruk ada yang terlibat dengan kes jenayah.

Walaupun pihak Majlis Peguam sudah memaklumkan kepada media serta orang ramai bahawa pihak mereka telah mengambil tindakan disiplin ke atas lebih 30 ahli mereka dan kononnya ada yang telah dipecat dari pertubuhan tersebut namun sebelum itu mereka iaitu pihak Majlis Peguam cuba merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan umum tetapi terpaksa mendedahkannya kemudian setelah 'bau busuk' dalam Majlis Peguam sukar untuk ditutup lagi dari dihidu oleh pihak luar.

Kes pembunuhan jutawan kosmetik terkemuka Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga mangsa yang lain oleh ahli Majlis Peguam telah membongkar segalanya dan Majlis Peguam walaupun dilihat telah mencuba berbagai cara dan juga cuba memberi bermacam-macam alasan bagi mengelak untuk dilibat sama dalam kes itu namun mereka terpaksa akur yang nama Majlis Peguam kini sudah turut terpalit sama dengan kes-kes yang pernah dilakukan oleh ahli-ahli mereka sebelum ini.
Yang terbaru, Ketua Penerangan Parti KeADILan Rakyat (PKR) yang juga seorang peguam yang turut bernaung dibawah pertubuhan Majlis Peguam, Latheefa Koya kini juga secara sah telah menyalahgunakan kuasa yang ada pada beliau sebagai seorang peguam untuk tujuan memeras-ugut, membuka kelas menipu dan berbohong.

Menurut pendedahan terbaru oleh Mohd Rahimi Osman dalam sidang akhbar beliau yang kedua selepas sidang media pertamanya digagalkan oleh 'samseng-samseng gagak' PKR beberapa hari yang lalu, Mohd Rahimi telah menafi segala tuduhan putar-belit Latheefa Koya kononnya Mohd Rahimi yang meminta perlindungan dari PKR untuk bersembunyi di dalam Quality Hotel Shah Alam Selangor kerana takut ditangkap oleh pihak polis.

Tetapi menurut Mohd Rahimi bahawa perkara sebaliknya yang telah berlaku iaitu pihak PKR yang beberapa kali menghubungi beliau melalui telefon mendesak agar dia segera datang ke Quality Hotel dan menurut Mohd Rahimi lagi atas nasihat kedua orang tuanya, beliau terpaksa pergi dan sampai ke Quality Hotel dan di dalam bilik hotel berkenaan kelihatan para pemimpin PKR termasuklah DS Anwar.

Wajah DS Anwar ketika itu menurut Mohd Rahimi betul-betul pucat lesi tak ubah seperti wajah orang Eskimo saat kehabisan bekalan bahan bakar untuk memanaskan tubuh akibat suhu sejuk melampau dan paling terasa kata Mohd Rahimi lagi ialah tangan DS Anwar menggeletar serta terketar-ketar ketika bersalam dengannya saat itu tak ubah seperti tangan Lagenda Tinju Dunia Muhamad Ali yang mengidap sindrom Parkinsan. Rujuk di http://dr1221.blogspot.com/2010/10/panas-rahimi-nafi-latheefa-koya.html untuk cerita lucu sepenuhnya.

Kini Latheefa Koya sudah terperangkap di dalam jerangkap yang di pasang oleh Penasihat Parti KeADILan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh serta Ketua Pembangkang di Parlimen YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. DS Anwar sebenarnya memasang jerangkap untuk memerangkap Perdana Menteri YAB DS Najib dan isterinya YABhg Datin Seri Rosmah Mansur tetapi malang sekali lain yang diumpan lain yang kena.
Dan, isu pendedahan terbaru yang mempunyai hubungkait dengan kes liwat DS Anwar Ibrahim oleh bekas Pembantu Khas beliau Mohd Rahimi Osman kini telah berjangkit pula kepada Pengerusi DAP Pusat YB Karpal Singh apabila beliau mahu lebih saksi harus diketengahkan bagi pihak Mohd Rahimi kerana merasa hairan kenapa perlu menunggu masa sehingga dua tahun untuk Mohd Rahimi mendedahkan perkara itu.

Disamping itu juga Yang Berhormat Karpal Singh juga mahu supaya kes yang sudah berlaku lebih daripada dua tahun lampau jangan lagi dilayan atau diendah oleh pihak berwajib seperti polis dan juga mahkamah.

Jadi kepada YB Karpal Singh yang pernah mengaku bahawa pengalaman beliau selaku seorang peguam veteran mendakwa "lebih dulu dari undang-undang itu sendiri," inginlah kita mau tau bagaimana pula dengan kes liwat DS Anwar yang sudah ditangguh berpuluh-puluh kali yang usia perbicaraannya juga sudahpun menjangkau ke usialebih dua tahun dan adakah perlu disegera tanpa adanya helah berbagai-bagai dari peguambela atau tukar saja kesemua 12 orang barisan peguambela DS Anwar yang sedia ada kini kepada pasukan peguambela yang baru ?

5 ulasan:

Unknown berkata...

kedadilam melalui undang??
pooorahhhhh....keadailan melalui gangster...aku percaya.
dalam majlis peguam sekarang dah ramai ahli gangster...mana ada keadilan lagi..

Mordecai Kucai berkata...

KEADILAN MELALUI UNDANG2

Bermaksud kita juga boleh mendapat keadilan mealalui jalan jalan lain dan salah satu dari nya ialah melalui jalan undang udang.

Tafsiran ini jelas telah di guna dan salah tafsir oleh sebahagian dari peguam.

Mungkin memandangkan cogan kata itu ada kebodoh bodohan dan memikirkan rakyat biasa sebodoh itu. Cogan kata itu juga bermaksud peguam berhak membuat apa dia suka melalui jalan lain selagi keadilan yang mereka fikir adil boleh di capai.

Disini keadilan yang macam mana pula yang di cari?

Perlu kah keadilan itu di mahkmah atau cukup sekadar di kalangan peguam saja atau majlis peguam?

Rahimi telah di sekat dalam sidang akbar kerana mereka berpendapat ianya tidak adil kerana mereka sendiri telah mengadili melalui Mahkamah Pinggir Jalan mereka.

Lucunya persidangan Mahkamah Pinggir Jalan ini berterusan dengan Latifah koya pula dan kuncu kuncunya membalas atau memberi jawapan di Mahkamah Pinggir Jalan. Satu penghakiman tepi jalan yang bersumberkan akhbar sebagai penyampai dan rakyat menjadi juri.

Bila Latifah Koya dan kumpulannya memberi kenyataan akhbar keadaan aman dan terkawal seolah olah ianya mendapat restu Mahkamah Pinggir Jalan.

Ini caranya keadilan di tegakkan melalui jalan lain termasuk menggunakan penumbuk.

Syabas Majils Peguam yang telah betul betul mengikut cogan kata:
KEADILAN MELALUI UNDANG2.

ISAC berkata...

Patutlah Karpal sahaja melambat2 kes liwat DSAI...

Kes yang berlaku lebih dua tahun dia suruh pihak polis jangan endahkan???

Pandaiiiiinyaaaaa.....

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..KEHKEHKEH MULUT LATIFAH DAH KOYAK!..BAR COUNCIL PUN DH KOYAK RABAK!..PENDEK KATA MAJLIS PEGUAM DH JADI MAJLIS SAMSENG PEEKAYRARR! KEHKEHKEH >:D

hilbert berkata...

Putera Makasar - cogan kata atau slogan itu tak sesuai bagi puak2 dua alam seperti mereka sebab ada antara mereka sebenarnya simpan sebelah kaki dalam Majlis Peguam dan sebelah kaki lagi bersama DAP/PKR...dan matlamat mereka jelas sama2 mahu menentang kerajaan dengan apa cara..

Hahn - saya rasa slogan tu iaitu 'keadilan melalui undang2' harus ditambah lagi dgn satu perkataan iaitu 'rimba' dan akan jadi seperti ini "keadilan melalui undang-undang rimba."...

Bro ISAC, salam - agaknya seperti itulah, itu lah mungkin antara sebab pihak peguam sengaja melambat-lambat kes perbicaraan apabila rayuan demi rayuan di mahkamah agar menggugurkan kes liwat itu gagal setelah ditolak oleh hakim.

Salam bro Jeff - Latifah Koyak??? hehehe... bro, harap Latheefa Koya segera bertaubat...Tuhan masih memberi masa dan peluang kpd beliau untuk kembali ke arah kebenaran...

Arkib Blog