Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, April 13, 2009
Anwar/PKR tidak iktiraf kemenangan BN di Btg Ai, Sarawak.
Malah mereka buat masa ini masih membuat siasatan terhadap 14 peti undi daripada 14 saluran mengundi yang menurut mereka telah diselewengkan. Dan hasil siatan itu akan dibawa ke ibu pajabat parti itu di Kuala Lumpur pada 15 April ini.
Apa yang saya dapati dari dakwaan yang berasaskan daripada perasaan syakwasangka yang bukan-bukan itu, adalah sesuatu yang keterlaluan dan hanya membuang masa saja. Keputusan yang telah diumumkan dengan rasmi oleh SPR itu adalah hasil daripada sistem demokrasi dan telahpun dilaksanakan oleh rakyat melalui peti undi, jadi PKR dan Anwar terima saja lah dan mereka haruslah menghormati kehendak rakyat yang terbanyak itu.
Bagi saya, jika mereka mahu memastikan yang dakwaan mereka itu semua benar, maka perolehilah semula jumlah saluran yang telah digunakan sebagai tempat membuang undi tempoh hari dan kira semula peti yang tidak sampai ke pusat penjumlahan undi daripada mereka terus-terusan mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.
Dari apa yang saya lihat, tindak-tanduk PKR dan Anwar memang benar-benar telah mengelirukan rakyat Sarawak. Seandainya mereka yang menang dalam pilihanraya tersebut, adakah mereka akan menyatakan bahawa SPR telah tidak berlaku adil terhadap BN kerana telah memberikan kemenangan kepada PKR dengan cara membuang peti undi sebenar ke dalam laut dan sungai lalu menggantikan dengan sebuah peti lain yang telah tersedia dengan ribuan kertas undi yang 100% telah dipangkah dipetak PKR?????
Menurut sumber berita, bahawa SPR memandang berat dakwaan Anwar serta ahli-ahli PKR itu, dan mungkin akan menyiasat kesahihan tohmahan Anwar itu.
Sabtu, April 11, 2009
Kabinet Baru: SNAP kecewa tiada tambahan jawatan menteri untuk Sarawak.
Di Sarawak kini soal perlantikkan mengapa sedikit pemimpin dari negeri ini yang diberi jawatan sebagai Menteri Penuh jika dibandingkan dengan Sabah telah menjadi perbualan dimerata-rata tempat di Sarawak. Terbaru sebuah parti pembangkang negeri yang berpusat di Miri telah melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan jumlah jawatan yang diberi kepada Sarawak setelah mengambil kira kedudukan kuat BN adalah di negeri Sarawak. SNAP menerusi Presiden Parti itu iaitu En. Edwin Dundang Bugak telah menyatakan pendiriannya ketika ditemui wartawan akhbar Utusan Borneo semalam.
Berikut adalah sumber berita mengenai kenyataan Edwin itu yang saya perolehi dari ruangan tempatan muka surat 5 dalam akhbar Utusan Borneo keluaran Sabtu, 11 April 2009;
MIRI: Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Edwin Dundang Bugak semalam melahirkan rasa kecewa kerana tiada tambahan untuk jawatan menteri dan timbalan menteri diberikan kepada Sarawak seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kabinet barunya Khamis lepas.
Beliau yang mengharapkan untuk menyaksikan pertambahan menteri dalam kabinet baru itu berkata Najib sepatutnya memberikan lebih daripada dua jawatan menteri penuh kepada Sarawak sebagai menghargai sokongan rakyat negeri ini kepada BN terutama pada pilihanraya umum yang lepas. "Perdana Menteri baru sepatutnya memberi portfolio tambahan sama ada menteri penuh atau timbalan menteri kepada Sarawak di atas sumbangan besar dalam memastikan kemenangan BN semasa pilihanraya umum Mac tahun lepas," katanya sambil menambah tanpa Sarawak dan Sabah, BN tidak mampu untuk menubuhkan kerajaan BN yang stabil di Kuala Lumpur.
Edwin berkata pemilihan anggota baru kabinet kali ini menunjukkan bahawa beliau(Najib) seolah tidak mengendahkan kepentingan sumbangan Ahli Parlimen(AP) BN dari setiap negeri khususnya Sabah dan Sarawak. "Dalam hal ini, sumbangan kedua-dua negeri dalam membantu mengekalkan pentadbiran BN perlu diiktiraf dengan melantik lebih ramai di kalangan AP untuk memegang jawatan penting di kabinet," katanya ketika dihubungi semalam.
Ujar Edwin, malah Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan kelmarin turut melahirkan kekecewaan berikutan ketiadaan nama Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot Jaem dalam senarai kabinet baru itu. "Sudah tentu saya sedikit kecewa, kita mengharapkan sekurang-kurangnya seorang lagi dilantik bagi memegang jawatan menteri atau timbalan menteri," katanya.
Katanya, jika Najib mahu kerajaan yang mantap dan stabil beliau tidak harus meminggirkan mana-mana negeri sebaliknya memberikan peluang sama rata kepada semua kaum untuk mentadbir negara ini.
Pada pendapat saya apa yang disuarakan oleh Presiden SNAP itu adalah rentetan daripada kenyataan yang telah diluahkan oleh Presiden SUPP semalam juga dalam akhbar Utusan Borneo. Jika dikira dari segi kedudukan parti SNAP dalam politik di Sarawak, parti itu dulu adalah sebuah parti dalam gabungan BN Sarawak namun oleh kerana telah mengalami krisis kepimpinan satu ketika dulu, maka parti itu telah dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan(ROS) kerana gagal menjelaskan surat tunjuk sebab yang telah diserahkan kepada Presiden Parti SNAP ketika itu, iaitu Datuk Amar James Wong. Dan kini SNAP adalah sebuah parti pembangkang negeri.
Walau apapun yang telah dinyatakan oleh Presiden SNAP itu, apakah kenyataan yang beliau telah buat itu ikhlas serta mencerminkan perasaan sebenar rakyat Sarawak, kita sama-sama tunggu perkembangan seterusnya. Apakah Presiden SNAP itu sekadar berkata sedemikian hanya untuk menambat hati rakyat terhadap perjuangan pembangkang? Apakah mereka hanya menangguk di air yang keruh ? Pembangkang memang sentiasa mencari ruang yang ada untuk masuk mempengaruhi hati dan fikiran rakyat supaya membenci kerajaan.
Kabinet Baru: SUPP kecewa Datuk Richard Riot tidak disenaraikan.
Oleh itu saya ingin berkongsi sedikit bahan dengan semua mengenai dengan ketidakpuasan hati Presiden SUPP, YAB Datuk Patinggi Dr George Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak bila diminta mengulas tentang barisan kabinet baru itu sebagaimana yang telah disiarkan didalam akhbar Utusan Borneo(ruangan tempatan) muka surat 5 bertarikh Jumaat,10 April 2009. Kenyataan akhbar itu adalah seperti berikut;
KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak(SUPP)kecewa kerana Datuk Richard Riot Jaem tidak disenaraikan dalam rombakkan barisan kabinet pusat yang diumumkan semalam.
Presidennya, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan meluahkan kekecewaannya semalam dan menegaskan perwakilan Sarawak dalam kabinet persekutuan tidak selaras dengan jumlah Ahli Parlimen(AP).
Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, parti itu sudah lama menaruh harapan untuk meletakkan seorang wakil Bidayuh dalam kerajaan pusat.
"Dalam beberapa segi, saya gembira kerana SUPP mengekalkan beberapa jawatan, namun saya masih menaruh harapan kerana Riot telah menjalankan tugas yang sangat baik sebagai AP yang mewakili kawasan Bidayuh. "Beliau(Riot) seharusnya menduduki beberapa jawatan untuk membina hubungan baik dengan pihak persekutuan..,SUPP sangat kecewa," katanya ketika dihubungi semalam.
Dr Chan memberi jawapan yang jujur dan positif bila ditanya samada nama Riot turut disyorkan oleh parti dalam rombakkan tersebut.
Bila ditanya mengenai jumlah nama yang dikemukakan, beliau berkata:"Kita hanya berharap agar kita dapat melihat kaum Bidayuh di Sarawak diwakili dalam kabinet pusat. "Perwakilan kita dalam kabinet pusat tidak selaras dengan jumlah AP(dari Sarawak)," ujarnya lagi.
Riot tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan semalam. Tiga AP dari SUPP dikekalkan di dalam kabinet pusat apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan barisan kabinet baru selepas jam tiga petang semalam.
Mereka adalah Setiausaha penganjur Parti, Datuk Peter Chin yang dilantik sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dab Air, dan dua Naib Presiden Datuk Robert Lau(Timbalan Menteri Pengangkutan) dan Datuk Yong Khoon Seng(Timbalan Menteri Kerjaraya). Hanya Yong mengekalkan portfolio beliau sementara Chin sebelum ini menjadi Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi dan Lau sebagai Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ditukar ke portfolio baru.
Pada pandangan saya, apa yang telah disuarakan oleh YAB Dr Chan seperti yang ada diatas sememangnya masih kurang jelas, sebab sebelum dia menghantar nama-nama bagi mewakili parti SUPP sebagai menteri dan timbalan menteri di pusat untuk diserahkan kepada YAB Perdana Menteri, tentu sekali dia sudah faham mengenai jumlah kouta yang telah ditetapkan untuk sesebuah parti termasuk parti SUPP. Bagi saya sekiranya beliau betul-betul ingin melihat adanya wakil dari kalangan kaum Bidayuh berada di dalam kabinet pusat, maka beliau haruslah mengorbankan salah seorang daripada tiga menteri Cina SUPP itu agar ada laluan untuk Datuk Richard Riot dilantik ke jawatan tertentu didalam kabinet persekutuan. Dalam hal ini saya rasa walaupun keputusan ditangan Perdana Menteri tetapi pada hakikatnya memang Perdana Menteri akan menerima senarai nama menteri yang dicalonkan jika ianya hanya mencukupi kouta, misalnya seandainya kouta telah ditetapkan 3 orang untukSUPP dan nama yang diketengahkan juga 3 orang, maka Perdana Menteri akan menerima saja sebab tiada pilihan lain. Tetapi jika kouta diberi kepada SUPP 3, tapi Dr Chan syorkan 5 nama kepada Perdana Menteri untuk dibuat pertimbangan, maka tentu sekali ada pilihan..dan tentu sekali YAB Datuk Seri Najib akan meneliti semua latar belakang termasuk hal yang berkaitan dengan kepentingan kaum-kaum yang ada di Sarawak, sebelum memilih 3 orang daripada 5 orang itu tadi.
Itu adalah pendapat saya, jika anda setuju dan tidak setuju..komen anda bagaimana pula?
Jumaat, April 10, 2009
Kabinet Baru: Sabah DiDahulukan.Sarawak DiPerkecilkan.Semenanjung DiPertaruhkan.
Namun apa yang saya lihat daripada senarai jemaah menteri yang dilantik itu sebenarnya seperti medahulukan kepentingan Sabah dalam banyak hal. Contohnya, Kementerian Perladangan, Perusahaan dan Komoditi sepatutnya harus dikekal untuk Sarawak memandangkan bidang pertanian dan perladangan sudah menjadi keutamaan kepada penduduk Sarawak serta para pemimpin kerajaan negeri. Walaupun Sarawak mendapat 8 jawatan sebagai timbalan menteri dan 2 sebagai menteri penuh, tapi ianya tidak memadai jika diambil kira perbandingan antara yang di perolehi Sabah yang diperuntukkan 4 jawatan menteri penuh serta 5 jawatan timbalan menteri. Jika kita imbas kembali pencapaian Sabah berbanding dengan Sarawak ketika pilihanraya umum yang ke-12 pada mac 2008 yang lalu, peratusan undi yang BN Sabah perolehi hanya 1.62% manakala BN Sarawak penyumbang 4.14%, UMNO 29.59%, MCA 10.21%, MIC 2.21%, Gerakan 1.99%. Berpandukan kepada semua angka yang tersebut itu, maka disitulah saya melihat kelebihan telah diberikan kepada Sabah.
Mengenai senarai nama-nama menteri dan juga timbalan menteri dari Sarawak yang telah dilantik, sepatutnya mereka yang terbukti telah menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan atau yang tidak cergas sama sekali pada sesi yang terdahulu haruslah digugurkan dan digantikan dengan calon-calon lain yang lebih berkeupayaan serta berwibawa tinggi. Semua itu kita boleh ikuti ketika mereka menjawab soalan-soalan tambahan atau lisan oleh ahli-ahli parlimen baik dari kerajaan sendiri ataupun dari pembangkang. Dari situ kita dapat mengukur serta menilai sejauh mana kemampuan mereka duduk dikementerian tertentu dalam memenuhi kehendak orang ramai dan menyelesai sesuatu masalah yang telah disuarakan.
Dari segi pembahagian jawatan menteri serta timbalan menteri dari Sarawak yang dilantik kita dapat melihat ada wakil dari kaum tertentu yang dibagi lebih, ada yang dibagi 1 jawatan, ada yang dapat 2 dan ada yang langsung tidak mempunyai wakil dalam kabinet baru Perdana Menteri. Dari Sarawak masyarakat Iban mendapat 1 menteri penuh dan 3 timbalan menteri, Melayu Sarawak 2 orang dilantik sebagai timbalan menteri, Melanau Australia 1 orang sebagai timbalan menteri Pelancongan, Cina Sarawak 1 orang menteri penuh manakala 2 orang timbalan menteri dan kaum minoriti Kenyah 1 orang diberi jawatan sebagai timbalan menteri. Kaum Bidayuh yang merupakan kaum keempat terbesar di Sarawak langsung tidak mendapat tempat dalam barisan kabinet baru kali ini. Lain-lain kaum peribumi di Sarawak tiada wakil dalam kabinet baru ini.
Jumaat, April 03, 2009
Perdana Menteri Malaysia ke-6, Syabas & Tahniah !
m 10.00 pagi, sah lah sudah Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, bagi menggantikan YABhg. Tun Haji Abdullah Ahmad Badawi yang telah melepaskan jawatan tersebut secara rasminya pada 02hb. April 2009 hari Khamis yang baru lalu. Setinggi-tinggi ucapan Tahniah dan Syabas kepada Y.A.B Datuk Seri Mohd Najib.Kini harapan seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib untuk membawa kemajuan Malaysia kearah yang lebih tinggi dan hebat lagi, disamping itu juga ingin melihat kemampuan Y.A.B. Datuk Seri Najib membawa negara keluar dari kemelut ekonomi global yang turut dan sedang dihadapi Malaysia sekarang serta kekalutan politik di Negara ini yang seolah-olah tiada berpenghujung.
Bagi saya perlantikkan Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Najib ini, sudah pasti akan dapat mengubah landskap politik tanah air daripada keadaan yang tidak stabil sekarang kepada yang akan kembali stabil seperti sebelum tahun 2004. Ini semua bergantung kepada apa "dasar" yang akan dibawa beliau nanti. Jika "dasar keterbukaan" dalam pentadbiran seperti yang mula diamalkan sejak awal tahun 2004 tidak ditarik balik, besar kemungkinan usaha untuk menstabilkan semula suasana politik yang sudah sedia bercelaru seperti sekarang akan gagal tetap ada. Apa yang sangat penting adalah, supaya setelah bergelar sebagai seorang Perdana Menteri..,beliau haruslah berani membuat keputusan yang terbaik untuk seluruh rakyat tanpa ada campur tangan daripada "orang-orang disekelilingnya" seperti apa yang telah berlaku didalam pentadbiran sebelum ini. Dalam hal ini beliau hendaklah merujuk cara bagaimana YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin negara ini ketika YABhg. Tun menjadi Perdana Menteri. Ini bukanlah bermaksud beliau harus menurut semua gaya kepimpinan YABhg. Tun, namun apa yang pasti adalah beliau harus menonjol sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang sama hebat seperti YABhg. Tun Dr Mahathir.
Mengenai calon-calon barisan Menteri Kabinet beliau nanti, maka sebagai rakyat biasa yang sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada kerajaan, saya berharap supaya setiap Menteri yang akan dilantik nanti adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar ataupun sekurang-kurangnya tahu serta faham tugas mereka masing-masing disetiap Kementerian dimana mereka diletakkan untuk memberi khidmat kepada rakyat. Disamping itu juga, mereka yang bakal dilantik sebagai Menteri Penuh atau juga sebagai Timbalan Menteri nanti, hendaklah terlebih dahulu tahu fungsi Kementerian yang mereka sedang duduki serta berpengetahuan luas mengenai semua bidang kuasa kementerian serta tahu sasarannya. Jika dilantik seseorang itu sebagai Menteri atau Timbalan Menteri hanya untuk memenuhi kouta setiap parti atau kaum yang telah diperuntukkan, maka usaha untuk memulihkan keadaan yang sedia ada kepada keadaan yang lebih selesa pada masa hadapan mungkin tidak akan tercapai.
Walau apapun, kepada Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib...,kita semua rakyat Malaysia bersandarkan harapan..harapan baru. Dan saya percaya secara peribadi, bahawa Y.A.B. Datuk Seri Najib telah bersedia sepenuhnya serta mampu untuk memenuhi harapan seluruh rakyat Malaysia agar suasana ekonomi serta keadaan politik semasa dapat ditangani dengan sebaik-baiknya. Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam pentadbiran pusat serta negeri. Beliau telah berjaya mentadbir Negeri Pahang Darulmakmur dengan berkesan ketika memegang jawatan sebagai Menteri Besar Pahang sewaktu usia yang begitu muda. Diperingkat pusat pula, beliau telah menerajui banyak kementerian serta berjaya memimpin setiap kementerian yang telah diamanahkan kepada beliau dengan begitu cermerlang sekali. Maka ini semua lah yang menjadi bekalan ataupun tiang pengukur kepada kejayaan Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 nanti, segalanya telah terbukti beliau memang mampu serta berkebolehan tinggi...,walau apa-apapun tanggapan umum terutamanya pembangkang terhadap beliau sehingga tergamak menaburkan berbagai-bagai fitnah kepada beliau walaupun sehingga ke saat akhir bermulanya Majlis Angkat Sumpah sebagai Perdana Menteri di langsungkan, namun Tuhan Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui...,Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib kini sah sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah di Perkenankan Oleh KDYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin.
Kepada Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak...Setinggi-tinggi ucapan SYABAS serta TAHNIAH saya kalungkan, semoga Datuk Seri berjaya dan terus berjaya membawa Malaysia ke puncak kejayaan walaupun mungkin dirintangi dengan berbagai halangan. Selamat Maju Jaya Datuk Seri Perdana Menteri yang baru, dan selamat bertugas.
Sabtu, Mac 28, 2009
Bumi Kenyalang Wilayah Borneo
Burung Kenyalang merupakan salah satu species dari keluarga enggang yang telah dijadikan simbol atau lambang Kerajaan Negeri Sarawak, maka ianya telah telah dilindungi atau dimasukkan dalam senarai haiwan yang mendapat kawalan sepenuhnya daripada diburu ataupun dipelihara secara persendirian tanpa permit yang sah. Burung Kenyalang memang banyak terdapat di Wilayah Kepulauan Borneo terutama didataran yang tinggi seperti dikawasan yang berbukit-bukau.
Sabtu, Mac 14, 2009
Perlembagaan Malaysia Perlu Dijaga, Tak Perlu Dikaji
Jika PPSMI dimansuhkan..Nasib Generasi Yang Akan Datang,.bagaimana?
Bagi saya, sekiranya mereka tidak bersetuju sekalipun, perkara seperti ini seharusnya tidak patut dibawa berarak ke sepanjang jalanraya. Sebagai golongan yang mempunyai ilmu yang tinggi serta terpelajar juga ada dikalangan mereka itu adalah tokoh-tokoh, sepatutnya terlebih dahulu tahu memikirkan apa kesannya nanti dari tindakan yang tidak matang seperti berjalan kaki beramai-ramai, menjerit tak tentu pasal atas jalanraya sebelum menyerahkan memorandum kepada pihak Istana. Pada pikiran saya, mereka yang terlibat dalam demonstrasi adalah golongan yang boleh dikategorikan dalam senarai orang-orang yang bijak pandai,jadi mereka mesti bijak mencari ruang yang selesa untuk berbincang mengenai perkara itu, bukannya menyalahgunakan kemudahan jalanraya yang dibina oleh kerajaan BN untuk menyuarakan sesuatu isu.
Disebalik demonstrasi itu, andaikata pihak kerajaan akur dengan tuntutan GMP supaya memansuhkan dasar-dasar yang sedia ada berkaitan dengan PPSMI, apakah pihak GMP atau mereka yang menentang PPSMI itu akan bersedia untuk bertanggungjawab sekiranya prestasi pelajar-pelajar kita semakin merosot terutama dalam mata pelajaran Sains dan Matematik? Jika keadaan pendidikan di Malaysia semakin buruk dengan pencapaian pelajar tidak sampai ketahap yang disasar apabila keputusan peperiksaan diumumkan..,GMP tidak boleh sama sekali menyalahkan kerajaan dalam soal itu.
Diakhir artikel ini, ingin saya bertanya kepada Pengerusi GMP, Datuk Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, apakah kedua-dua YBhg Datuk tidak memikirkan kesan jangka panjang terhadap anak-anak bangsa kita pada masa hadapan akibat dari budaya yang telah ditonjolkan tempoh hari, iaitu budaya berdemonstrasi yang sepatutnya tidak melibatkan Datuk berdua?
Pentingnya Bakal-bakal YB Faham Sejarah Negara
Sejak kebelakangan ini rakyat sering disajikan dengan berbagai gelagat ahli-ahli parlimen, baik didalam dewan parlimen mahupun diluar dewan terutamanya YB-YB pembangkang. Yang jelas kita dapat melihat, bagaimana segelintir wakil-wakil rakyat pembangkang ini seolah-olah tidak tau langsung sejarah negara, tidak faham undang-undang negara serta juga hanya pandai menyebut perkataan "perlembagaan negara" namun tidak tau apa maksud isi kandungannya.Bagi saya, alangkah baiknya jika diwujudkan satu prasyarat baru kepada individu tertentu yang ingin menceburkan diri dalam bidang politik, misalnya andainya jika seseorang itu ingin bertanding sebagai calon pada pilihanraya tidak kira kecil ataupun umum..,beliau harus memenuhi beberapa syarat tambahan seperti lulus kursus tentang sejarah,undang-undang atau perlembagaan negara sebelum dilayakkan untuk bertanding. Jika sebelum ini kita dapati syarat untuk membolehkan seseorang itu bertanding pada setiap pilihanraya tertalu mudah. Jadi jika peraturan baru dapat dilaksanakan, saya percaya rakyat tidak akan rugi memilih seseorang untuk mewakili mereka didewan parlimen maupun didewan undangan negeri atau dalam ertikata lain tidak tersalah pilih.
Khamis, Oktober 16, 2008
Cadangan: Penubuhan Kelab BN
Cadangan: BN Menjadi Sebuah Parti Tunggal Berbagai Kaum
Datuk, Melaka dan Shah Rukh Khan
Rabu, Oktober 01, 2008
Pujukkan Lompat Parti - adalah Rasuah Yang Jelas
Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Syawal 1429
Jumaat, September 26, 2008
"Sama seperti makanan anjing" Apa Maknanya ?
Rabu, September 24, 2008
Bertanding Sebagai Wakil Rakyat - Untuk apa ?
Perpaduan Kaum : Sukar Untuk DiRealisasi
I.S.A adalah Penawar Bagi Keselamatan Negara
Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) yang sejak akhir-akhir ini sering dipertikaikan oleh sesetengah pihak, ada diantaranya mengsyorkan supaya pindaan dibuat, ada juga yang mencadangkan supaya akta tersebut dikaji semula dan tidak ketinggalan juga ada yang mahu atau mendesak supaya akta itu dimansuhkan sepenuhnya. Tetapi apabila kita melihat keadaan yang tidak menentu didalam negara pada masa ini, maka kita melihat harus ada satu undang-undang yang khusus untuk membendung masalah-masalah seperti itu dari terus-menerus berlaku. Namun kita bertuah kerana telahpun mempunyai akta yang sedemikian. Apa yang penting sekarang, ialah kita harus mempertahankan supaya akta itu terus kekal demi menjaminkan keselamatan dan kesejahteraan Negara. Walaupun bagi sesetengah pihak ianya patut dihapuskan, tetapi bagi mereka yang sangat memahami betapa pentingnya akta itu digunapakai, ianya boleh diibaratkan seumpama 'UBAT atau PENAWAR", inya sangat berkesan sekali didalam usaha mencegah sebarang tindakkan yang melanggar undang-undang Negara. ISA adalah ubat yang harus ditelan, biarpun pahit tetapi ia mampu untuk menyembuhkan penyakit dari terus menyerang dan mengganggu kehidupan.
Sabtu, September 20, 2008
BN Jangan Layan Karenah Pembangkang
Jumaat, September 19, 2008
Sistem Perlantikkan Ketua Kampung & Penghulu Perlu Diperbaharui
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com

