Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, September 19, 2008

Sistem Perlantikkan Ketua Kampung & Penghulu Perlu Diperbaharui

Pada pandangan saya, sistem atau cara-cara perlantikkan seseorang Ketua Kampung ataupun Penghulu bagi setiap kampung dan mukim pada masa kini hendaklah dikaji semula dan jika perlu, sistem yang sedia ada haruslah ditukar selari dengan tuntutan masa. Sejak dari dulu hingga sekarang perlantikkan seseorang Ketua Kampung serta Penghulu adalah dibuat secara lantikkan terus oleh Majlis Kerajaan Tempatan ataupun oleh Pegawai Daerah tanpa merujuk kepada penduduk kampung itu sendiri terlebih dahulu. Bagi saya, seseorang yang hendak dilantik menjawat jawatan Ketua Kampung atau Penghulu semestinya penduduk asal kampung tersebut, memiliki ciri-ciri pemimpin, mesra penduduk, tidak buta huruf, peka dengan perkembangan semasa, memahami adat serta budaya bangsa sendiri dan juga kaum lain, mengambil berat permasalahan penduduk setempat, mengenali semua penduduk kampung yang didiami dan paling penting tidak melibatkan diri didalam politik. Jika semua perkara-perkara seperti ini diberi perhatian, maka sudah tentu sistem atau cara pemilihan yang baru harus diwujudkan, supaya mereka-mereka yang akan dipilih memegang jawatan Ketua Kampung juga Penghulu untuk tempoh tertentu dapat menjalankan tugas masing-masing dengan lebih telus, amanah serta lebih bertanggungjawab. Sekiranya sistem perlatikkan yang ada sekarang tidak diubahsuai, maka saya bimbang mereka yang dilantik tidak akan memahami peranan serta tugas-tugas yang telah diberikan, malah memang ada sesetengah Ketua-ketua Kampung dan Penghulu yang hanya berperanan sebagai pendengar dan penonton, walaupun kekadang ada masalah terbentang didepan mata yang memerlukan penyelesaian dibuat. Seandainya sistem pemilihan cara baru dapat dilaksanakan, mungkin sekurang-kurangnya mereka-mereka yang bakal dipilih dapat membantu usaha kerajaan didalam hal-hal yang berkaitan dengan rakyat dan sudah pasti apa yang kerajaan hulurkan untuk rakyat dapat disalurkan terus serta sampai kesasaran. Oleh itu, sistem "pungutan suara" ataupun "mengundi" adalah yang terbaik dan harus diperkenalkan dan penduduk bolehlah membuat pilihan tetapi bagi mereka-mereka yang bakal bertanding tidak dibenarkan berkempen.

Tiada ulasan:

Arkib Blog