Pada hari ini tanggal 03hb. April 2009, Jumaat jam 10.00 pagi, sah lah sudah Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, bagi menggantikan YABhg. Tun Haji Abdullah Ahmad Badawi yang telah melepaskan jawatan tersebut secara rasminya pada 02hb. April 2009 hari Khamis yang baru lalu. Setinggi-tinggi ucapan Tahniah dan Syabas kepada Y.A.B Datuk Seri Mohd Najib.
Kini harapan seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib untuk membawa kemajuan Malaysia kearah yang lebih tinggi dan hebat lagi, disamping itu juga ingin melihat kemampuan Y.A.B. Datuk Seri Najib membawa negara keluar dari kemelut ekonomi global yang turut dan sedang dihadapi Malaysia sekarang serta kekalutan politik di Negara ini yang seolah-olah tiada berpenghujung.
Bagi saya perlantikkan Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Najib ini, sudah pasti akan dapat mengubah landskap politik tanah air daripada keadaan yang tidak stabil sekarang kepada yang akan kembali stabil seperti sebelum tahun 2004. Ini semua bergantung kepada apa "dasar" yang akan dibawa beliau nanti. Jika "dasar keterbukaan" dalam pentadbiran seperti yang mula diamalkan sejak awal tahun 2004 tidak ditarik balik, besar kemungkinan usaha untuk menstabilkan semula suasana politik yang sudah sedia bercelaru seperti sekarang akan gagal tetap ada. Apa yang sangat penting adalah, supaya setelah bergelar sebagai seorang Perdana Menteri..,beliau haruslah berani membuat keputusan yang terbaik untuk seluruh rakyat tanpa ada campur tangan daripada "orang-orang disekelilingnya" seperti apa yang telah berlaku didalam pentadbiran sebelum ini. Dalam hal ini beliau hendaklah merujuk cara bagaimana YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin negara ini ketika YABhg. Tun menjadi Perdana Menteri. Ini bukanlah bermaksud beliau harus menurut semua gaya kepimpinan YABhg. Tun, namun apa yang pasti adalah beliau harus menonjol sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang sama hebat seperti YABhg. Tun Dr Mahathir.
Mengenai calon-calon barisan Menteri Kabinet beliau nanti, maka sebagai rakyat biasa yang sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada kerajaan, saya berharap supaya setiap Menteri yang akan dilantik nanti adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar ataupun sekurang-kurangnya tahu serta faham tugas mereka masing-masing disetiap Kementerian dimana mereka diletakkan untuk memberi khidmat kepada rakyat. Disamping itu juga, mereka yang bakal dilantik sebagai Menteri Penuh atau juga sebagai Timbalan Menteri nanti, hendaklah terlebih dahulu tahu fungsi Kementerian yang mereka sedang duduki serta berpengetahuan luas mengenai semua bidang kuasa kementerian serta tahu sasarannya. Jika dilantik seseorang itu sebagai Menteri atau Timbalan Menteri hanya untuk memenuhi kouta setiap parti atau kaum yang telah diperuntukkan, maka usaha untuk memulihkan keadaan yang sedia ada kepada keadaan yang lebih selesa pada masa hadapan mungkin tidak akan tercapai.
Walau apapun, kepada Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib...,kita semua rakyat Malaysia bersandarkan harapan..harapan baru. Dan saya percaya secara peribadi, bahawa Y.A.B. Datuk Seri Najib telah bersedia sepenuhnya serta mampu untuk memenuhi harapan seluruh rakyat Malaysia agar suasana ekonomi serta keadaan politik semasa dapat ditangani dengan sebaik-baiknya. Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam pentadbiran pusat serta negeri. Beliau telah berjaya mentadbir Negeri Pahang Darulmakmur dengan berkesan ketika memegang jawatan sebagai Menteri Besar Pahang sewaktu usia yang begitu muda. Diperingkat pusat pula, beliau telah menerajui banyak kementerian serta berjaya memimpin setiap kementerian yang telah diamanahkan kepada beliau dengan begitu cermerlang sekali. Maka ini semua lah yang menjadi bekalan ataupun tiang pengukur kepada kejayaan Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 nanti, segalanya telah terbukti beliau memang mampu serta berkebolehan tinggi...,walau apa-apapun tanggapan umum terutamanya pembangkang terhadap beliau sehingga tergamak menaburkan berbagai-bagai fitnah kepada beliau walaupun sehingga ke saat akhir bermulanya Majlis Angkat Sumpah sebagai Perdana Menteri di langsungkan, namun Tuhan Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui...,Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib kini sah sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah di Perkenankan Oleh KDYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin.
Kepada Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak...Setinggi-tinggi ucapan SYABAS serta TAHNIAH saya kalungkan, semoga Datuk Seri berjaya dan terus berjaya membawa Malaysia ke puncak kejayaan walaupun mungkin dirintangi dengan berbagai halangan. Selamat Maju Jaya Datuk Seri Perdana Menteri yang baru, dan selamat bertugas.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, April 03, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
anak merdeka:
marilah kita bersatu dalam perjuangan untuk memartabatkan BN sebagai parti pemerintah sarawak dan negara kita.
kita sama-sama membongkar siapa ANWAR IBRAHIM sebenarnya, agar kita rakyat sarawak tidak termakan dengan tipu daya manusia dajjal seperti anwar ini.
anwar bijak divert isu peribadinya dengan permainan dalam fikiran rakyat bahawa dia dianiaya dan difitnah.
Terima Kasih AntiPkrSarawak,
Kita semua harus mempertahankan BN supaya kubu BN tidak mudah ditembusi oleh para pembangkang biarpun kadangkala kita terpaksa menegur sekiranya ada serba sedikit kesilapan yang terlaku oleh para pemimpin tapi semua itu demi kebaikkan parti juga pada akhirnya.
Di Sarawak kita harus mengekalkan diri sebagai benteng kuat BN supaya sekiranya ada sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap BN di negeri-negeri lain kita maka kitalah yang yang akan menentukan ketahanan BN yang sebenarnya.
Catat Ulasan