Situasi Politik di Malaysia dewasa ini semakin membimbangkan sekali. Jika keadaan seperti ini tidak diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan yang memerintah, maka tidak dapat dinafikan suatu masa nanti bila keadaan sudah sangat mendesak, apakah kerajaan mampu mengawalnya? Apa yang perlu kerajaan lakukan setakat ini, pada pandangan saya ialah cuma kawal sepenuhnya tingkahlaku para pemimpin politik agar bersesuaian dengan kedudukan mereka yang disebut sebagai Yang Berhormat dan Yang Amat Berhormat
Namun apa yang lebih membimbangkan saya ialah desak demi desakan yang dibuat oleh ahli-ahli Yang Berhormat atau wakil-wakil rakyat terutama dari pihak pembangkang supaya kandungan Perlembagaan Malaysia dikaji semula terutama berkaitan dengan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh tiga kaum terbesar Melayu, Cina dan India di Malaya serta dengan kaum Peribumi juga kaum Cina Sabah/Sarawak ketika sebelum pembentukkan Malaysia dahulu. Perlu pembangkang ingat bahawa setiap apa yang terkandung baik akta ataupun artikel didalam Perlembagaan Negara adalah terikat antara satu dengan yang lain, yang membawa makna ialah setiap perjanjian yang telah dimeterai sebelum penubuhan Malaysia adalah bersifat mengikat..seandainya satu ikatan dibuka, bermakna perjanjian sudah diingkari.
Oleh itu, perlembagaan Negara tidak perlu diusik. Tetapi sekiranya masih ada pihak yang masih berdegil serta berkeras mahu perlembagaan Negara dikaji semula serta ingin menambah atau mengurangkan apa saja perkara yang terkandung dalam perjanjian itu, maka saya khuatir Malaysia akan berdepan dengan nasib akan berpecah sepertimana yang telah dialami oleh USSR atau Soviet Union pada satu ketika dulu. Perlembagaan Negara Malaysia ada hal yang sangat sensitif, jadi kepada pihak-pihak yang ada keinginan untuk kearah itu..,hentikanlah! Pada masa sekarang, apa yang perlu kita lakukan ialah meneruskan agenda pembangunan demi rakyat dan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan