Sepertimana yang diketahui oleh sesetengah rakyat di Sarawak bahawa buat pertamanya kelibat bekas Ahli Parlimen Mukah yang juga bekas ADUN Oya/Dalat iaitu Datuk Haji Salleh Jafaruddin muncul semula sewaktu menghadiri forum anjuran Pergerakan Pembaharuan Sarawak (MoCS) di Kuching beberapa bulan yang lalu adalah sebagai petanda awal bahawa beliau akan turut terlibat dalam pilihanraya umum negeri Sarawak akan datang.
Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia itu juga yang kini dikaitkan dengan kebangkitan semula secara mendadak Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di Sarawak adalah individu yang dipercayai peyumbang utama kepada dana parti SNAP bagi menghadapi pilihanraya umum negeri yang ke-10 kelak.
Sekembalinya Datuk Salleh ke dalam kancah politik Sarawak setelah lama menyepi ekoran parti Permas yang diasaskan oleh beliau bersama-sama dengan Tun Rahman Ya'akub, Wan Madzihi Wan Mahzhar, Datuk Sri Hafshah Harun yang bertindak sebagai pembangkang kepada kerajaan BN Sarawak kini dilihat akan merancakkan lagi suasana pilihan raya negeri pada kali ini.
Datuk Salleh yang dipecat daripada parti PBB pada tahun 1982 berikutan krisis peribadi beliau dengan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Taib Mahmud yang juga pada ketika itu baru setahun mengambil-alih jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak daripada Tun Rahman adalah berikutan daripada tindakan Pehin Sri Taib yang mahu membersihkan kesemua pemimpin kerajaan terutamanya dalam kerajaan Barisan Nasional daripada terlibat dengan pemilikan saham dalam syarikat-syarikat yang ada di negeri Sarawak terutamanya syarikat pembalakan bagi mengelak mereka terjebak dalam ke dalam kegiatan rasuah.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Memaparkan catatan dengan label SNAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SNAP. Papar semua catatan
Jumaat, Mac 25, 2011
Jumaat, Mei 07, 2010
PRK P212 Bandar Sibu: SNAP sah berpecah dua gara-gara Pakatan Pembangkang...

Akibat keputusan yang telah dibuat oleh Presiden SNAP iaitu Edwin Dundang yang tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Majlis Tertinggi parti berhubung dengan kemasukan SNAP kedalam Pakatan Pembangkang baru-baru ini telah menambahkan lagi kemelut didalam parti berkenaan.
Kini, parti SNAP telah berdepan dengan perpecahan berterusan iaitu terbahagi kepada dua kumpulan dimana satu kumpulan yang diketuai oleh Presiden Parti baru masuk Pakatan Pembangkang manakala satu kumpulan lagi diketuai oleh bekas Ahli Parlimen Bintulu iaitu saudara Ting Ling Kiew yang telah menyuarakan pendiriannya bahawa kumpulan mereka akan tetap menyokong calon BN pada Pilihan Raya Kecil P212 Bandar Sibu nanti.
Bekas Ahli Parlimen empat penggal itu juga mendakwa bahawa keputusan Edwin untuk menyertai Pakatan Pembangkang baru-baru ini adalah merupakan keputusan peribadi beliau dan bukannya keputusan yang dibuat oleh SNAP sebagai sebuah parti.
Inilah yang sedang saya perhatikan, apabila semangat "16 September" itu telah meresap kedalam roh dan jiwa seseorang, maka keputusan bersama demi untuk kebaikan bersama juga sengaja cuba untuk dielakkan dan sudah pasti ianya tidak mampu untuk menghalang sesetengah individu itu dari meneruskan niat untuk mencapai sesuatu yang belum lagi akan kepastiannya...
Label:
SNAP
PRK P212 Bandar Sibu: SNAP dulu lain dan SNAP sekarang lain...

Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak National Party(SNAP) yang baru-baru ini telah disahkan telah menyertai sebuah pertubuhan yang tidak sah disisi undang-undang iaitu Pakatan Pembangkang dimana sebelum ini dianggotai oleh DAP, PKR serta PAS dan dengan kemasukan SNAP menjadikan kesemuanya empat.
Pengumuman mengenai kemasukan SNAP kedalam Pakatan Pembangkang telah diisytiharkan oleh Ketua Pembangkang di Parlimen iaitu Anwar Ibrahim dengan begitu megah dan bangga sambil memberi perakuan yang SNAP adalah salah satu daripada Parti yang telah terlibat secara langsung dalam peristiwa pembentukan Malaysia pada 16hb September 1963.
SNAP yang ditubuhkan pada tahun 1961 iaitu lebih kurang 49 tahun yang lalu dengan Pengerusinya yang pertama iaitu yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak yang pertama mendiang Tan Sri Stephen Kalong Ningkan dan selepas itu jawatan presiden parti telah diserahkan kepada pengganti beliau iaitu bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak serta bekas menteri dalam kabinet Sarawak Tan Sri Datuk Amar James Wong Kim Min.
Dasar perjuangan SNAP pada asalnya adalah hampir serupa dengan asas perjuangan lain-lain parti yang telah wujud serta juga yang baru diwujudkan di Sarawak ketika itu seperti PAJAR, PANAS, PBB, SUPP dan lain-lain lagi iaitu untuk membela nasib rakyat, membebaskan negeri Sarawak dari kuasa penjajah serta sama-sama berhasrat untuk menjayakan sebuah impian satu Malaysia yang bersatu dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Sabah supaya hasrat bersama untuk menjadikannya ke arah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat segera tercapai.
Namun bak kata pepatah, 'ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.' SNAP sepertimana lain-lain parti juga tidak terlepas dari sebarang krisis baik yang bersifat sebagai krisis dalaman ataupun krisis kepimpinan.
Krisis kepimpinan di semua peringkat dalam SNAP bermula sebaik saja pengunduran Tan Sri Datuk Amar James Wong Kim Min dari pucuk kepimpinan parti iaitu setelah beliau mengambil keputusan untuk bersara terus dari arena politik dan bermula dari situlah krisis serta perebutan kuasa dari jawatan Presiden Parti hingga kepada jawatan-jawatan yang tertentu dalam SNAP berlaku dan berlarutan sehingga membawa kepada parti tersebut telah dibatalkan pendaftarannya oleh pihak Pendaftar Pertubuhan atau ROS.
SNAP terpaksa mengambil masa yang sangat panjang untuk memulihkan semula IMEJ parti itu setelah tercalar akibat kemelut tersebut namun sehingga kini keadaan tidak banyak berubah malah semakin parah apabila SNAP walaupun sebelum ini telah mempunyai seorang wakil dalam DUN Sarawak tetapi malangnya apabila wakil rakyat terbabit iaitu ADUN Engkelili YB Dr Johnical Rayong telah bertindak keluar parti dan menjadi ADUN bebas yang menyokong BN.
Jadi kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Sarawak sendiri, kita tak perlu keliru dengan dakwaan atau kata-kata manis yang telah diucapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau berucap pada majlis penyertaan SNAP dalam Pakatan Pembangkang bulan lepas yang sengaja mengungkitkan kenangan silam bahawa mereka iaitu DAP, PKR dan PAS begitu berbesar hati serta bangga apabila menerima sebuah parti yang kononnya jelas telah terlibat secara langsung dengan pembentukkan Malaysia dulu.
Dulu memang iya. SNAP dulu dengan SNAP yang sekarang ini sangat jauh bezanya. Perjuangan SNAP pada waktu dulu berserta dengan barisan kepimpinannya punya hala tuju perjuangan yang teguh dan ini ternyata berbeza sama sekali dengan kepimpinan yang SNAP ada pada hari ini dan ianya memang tidak boleh disamakan lagi, dasar atau asas perjuangan yang dibawa tidak jelas serta memang sudah jauh berbeza dan ianya seolah-olah memberi gambaran bahawa SNAP tidak lagi mendukung kehendak sebenar rakyat Bumi Kenyalang secara keseluruhannya tambahan lagi setelah parti tersebut sanggup bersekedudukan dengan DAP, PKR dan PAS.
Label:
SNAP
Sabtu, April 11, 2009
Kabinet Baru: SNAP kecewa tiada tambahan jawatan menteri untuk Sarawak.
Selepas senarai penuh nama-nama menteri yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib diketahui oleh rakyat, reaksi segera dan perlahan dari rakyat keseluruhannya dapat dirasakan. Bukan hanya rakyat yang menyokong kerajaan saja memberi bermacam komen tentang kabinet baru itu, malah dari penyokong serta pemimpin pembangkang sendiri juga tidak ketinggalan untuk menyuarakan perasaan mereka antara suka dan kecewa.
Di Sarawak kini soal perlantikkan mengapa sedikit pemimpin dari negeri ini yang diberi jawatan sebagai Menteri Penuh jika dibandingkan dengan Sabah telah menjadi perbualan dimerata-rata tempat di Sarawak. Terbaru sebuah parti pembangkang negeri yang berpusat di Miri telah melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan jumlah jawatan yang diberi kepada Sarawak setelah mengambil kira kedudukan kuat BN adalah di negeri Sarawak. SNAP menerusi Presiden Parti itu iaitu En. Edwin Dundang Bugak telah menyatakan pendiriannya ketika ditemui wartawan akhbar Utusan Borneo semalam.
Berikut adalah sumber berita mengenai kenyataan Edwin itu yang saya perolehi dari ruangan tempatan muka surat 5 dalam akhbar Utusan Borneo keluaran Sabtu, 11 April 2009;
MIRI: Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Edwin Dundang Bugak semalam melahirkan rasa kecewa kerana tiada tambahan untuk jawatan menteri dan timbalan menteri diberikan kepada Sarawak seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kabinet barunya Khamis lepas.
Beliau yang mengharapkan untuk menyaksikan pertambahan menteri dalam kabinet baru itu berkata Najib sepatutnya memberikan lebih daripada dua jawatan menteri penuh kepada Sarawak sebagai menghargai sokongan rakyat negeri ini kepada BN terutama pada pilihanraya umum yang lepas. "Perdana Menteri baru sepatutnya memberi portfolio tambahan sama ada menteri penuh atau timbalan menteri kepada Sarawak di atas sumbangan besar dalam memastikan kemenangan BN semasa pilihanraya umum Mac tahun lepas," katanya sambil menambah tanpa Sarawak dan Sabah, BN tidak mampu untuk menubuhkan kerajaan BN yang stabil di Kuala Lumpur.
Edwin berkata pemilihan anggota baru kabinet kali ini menunjukkan bahawa beliau(Najib) seolah tidak mengendahkan kepentingan sumbangan Ahli Parlimen(AP) BN dari setiap negeri khususnya Sabah dan Sarawak. "Dalam hal ini, sumbangan kedua-dua negeri dalam membantu mengekalkan pentadbiran BN perlu diiktiraf dengan melantik lebih ramai di kalangan AP untuk memegang jawatan penting di kabinet," katanya ketika dihubungi semalam.
Ujar Edwin, malah Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan kelmarin turut melahirkan kekecewaan berikutan ketiadaan nama Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot Jaem dalam senarai kabinet baru itu. "Sudah tentu saya sedikit kecewa, kita mengharapkan sekurang-kurangnya seorang lagi dilantik bagi memegang jawatan menteri atau timbalan menteri," katanya.
Katanya, jika Najib mahu kerajaan yang mantap dan stabil beliau tidak harus meminggirkan mana-mana negeri sebaliknya memberikan peluang sama rata kepada semua kaum untuk mentadbir negara ini.
Pada pendapat saya apa yang disuarakan oleh Presiden SNAP itu adalah rentetan daripada kenyataan yang telah diluahkan oleh Presiden SUPP semalam juga dalam akhbar Utusan Borneo. Jika dikira dari segi kedudukan parti SNAP dalam politik di Sarawak, parti itu dulu adalah sebuah parti dalam gabungan BN Sarawak namun oleh kerana telah mengalami krisis kepimpinan satu ketika dulu, maka parti itu telah dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan(ROS) kerana gagal menjelaskan surat tunjuk sebab yang telah diserahkan kepada Presiden Parti SNAP ketika itu, iaitu Datuk Amar James Wong. Dan kini SNAP adalah sebuah parti pembangkang negeri.
Walau apapun yang telah dinyatakan oleh Presiden SNAP itu, apakah kenyataan yang beliau telah buat itu ikhlas serta mencerminkan perasaan sebenar rakyat Sarawak, kita sama-sama tunggu perkembangan seterusnya. Apakah Presiden SNAP itu sekadar berkata sedemikian hanya untuk menambat hati rakyat terhadap perjuangan pembangkang? Apakah mereka hanya menangguk di air yang keruh ? Pembangkang memang sentiasa mencari ruang yang ada untuk masuk mempengaruhi hati dan fikiran rakyat supaya membenci kerajaan.

Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com