Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, April 13, 2011

Anwar Ibrahim bukan ahli PKR, rakyat Sarawak perlu tahu perkara itu !

Saya ingat mungkin kebanyakkan atau lebih banyak daripada rakyat Sarawak sendiri yang tidak tahu apa sebab Anwar Ibrahim tidak memegang sebarang jawatan yang memang wujud didalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti presden, timbalan presiden, setiausaha agung parti dan lain-lain kecuali jawatan penasihat parti iaitu suatu jawatan yang tidak pernah wujud sama sekali didalam perlembagaan PKR.

Kemenangan Anwar Ibrahim di kawasan Parlimen Permatang Pauh sebenar diterima kerana beliau bertanding diatas tiket PKR tetapi bukan disebab beliau sudah menjadi ahli PKR dan pihak SPR dalam hal ini tidak kisah sangat kerana bagi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya apa yang penting borang yang di isi adalah lengkap dengan maklumat peribadi calon tanpa mengambil kira dia bertanding untuk mewakili parti mana dan ini dapat diteruskan sekira tiada sebarang bantahan dari pihak lawan seperti daripada Barisan Nasional.

Berbalik kepada sebab kenapa Anwar tidak mahu memegang jawatan lain yang sedia wujud di dalam PKR, saya berpandangan kerana jika Anwar Ibrahim berniat untuk berbuat demikian maka beliau terlebih dulu harus memohon untuk menjadi ahli PKR ini penting kerana prosedur sedemikian adalah proses yang bersesuaian dengan kehendak pihak Pertubuhan Perdaftaran (ROS) terhadap mana-mana pertubuhan yang hendak menambah atau menerima ahli baru masuk ke dalam sesuatu pertubuhan itu.

Sebab lain lagi saya melihat ialah kerana seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar Ibrahim tidak pernah sama sekali mengiktiraf perlucutan serta pemecatan beliau dari UMNO dan juga dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan pada tahun 1998 dulu dan Anwar Ibrahim saya lihat masih mengharapkan sesuatu yang ajaib akan berlaku apabila boleh masuk semula kedalam UMNO tetapi dalam pada itu iaitu untuk sementara waktu Anwar Ibrahim merasa perlu untuk berdiri diluar bersama dengan PKR tanpa perlu masuk menjadi sebahagian daripada mereka kerana jika tidak maka dengan sendirinya apabila masuk menjadi ahli PKR sudah bermakna dia sendiri sudah mengalah atau dalam ertikata lainnya telah mengiktiraf pemecatan keatas beliau oleh YABhg Tun Dr Mahathir daripada semua jawatan dalam UMNO dan juga kerajaan.

Kita juga boleh lihat bagaimana sehingga sekarang Anwar Ibrahim masih lagi berjuang ke arah itu apabila isu mengenai pemecatan beliau dari UMNO dan kerajaan sudah menjadi satu kes di mahkamah kerana Anwar terus mencabar keputusan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir ketika itu dan dalam hal ini saya dapat melihat bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya masih mengganggap yang beliau masih menjadi sebahagian daripada anggota UMNO dan cuma mungkin menganggap keahlian beliau di dalam UMNO masih digantung.

Selasa, April 12, 2011

Gambar2 kanji DJ RFS Peter Raja Bulak enggau indu sepit !

 Ngagai semuah bala pendinga ya ke selalu nitih tau ka ninga radio ba menoa Sarawak ianya Radio Free Sarawak tentu kita semua ulih ngelala enggau nemu nama ke siko DJ ianya Peter John Jamban tau ka Apai John ke selalu disebut urang.

Enti kitai ninga ya bejako....apuuuuuu!!!...sigi manah amai...lurus baka urang ye ke nadai ngaga sebarang penyalah sepanjai pengidup ia ba dunya tu.

 Ari nya Peter John bisi terbai ngagai menoa England ngada demonstrasi ba jalai alun menoa urang putih...jako macam-macam.. Peter John mega madah perintah menoa kitai tu jaik, zalim, ngerumpak reta rayat... macam-macam agi bulak Peter John ba menoa urang putih diak.
 Peter John bisi pengawa enggau Anwar Berahim, nya meh kitai medak selera seduai dua iko nya sigi sebaka, enti Anwar kitai semua sigi udah nemu nama utai ya dikerindu ya...Peter John pan bakanya..
 Pedak ajak meh...tu gambar Peter John sigi meri malu ngagai nama bansa Dayak... patut meh ilak Peter John taruh ba bisi sigi endor ye ke di beri nama urang kelia "Tugong Bulak" nya sigi endor nyimpan urang ye ke sigi kelalu bebulak. Enti kita semua agi ka medak gambar kanji Peter John tu..ulih meh terus ngagai blog Papa Gomo bisi link aku ba sepiak.
Pedak agi atasnya... baka tu kah ulah orang ye ke selalu bejako pasal maruah, moral enggau agama..enda ibuh meh Peter John...lebuh tu semua urang Sarawak udah nemu sapa di...di udah sigi meri malu ukai aja ngagai bansa Dayak tapi seluruh rayat ba menoa Sarawak tu !!!

Video Seks: pemimpin kanan sudah letak jawatan dari Parti Keadilan !

Dari negara seberang ada butirannya. Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang sudah meletakkan jawatan sebagai seorang Ahli Parlimen. setelah terbabit didalam skandal video lucah.

Isnin, April 11, 2011

Akhirnya... Baruk Bian terpaksa melutut depan Presiden SNAP !

Saya memang biasa dengar kalau orang Melayu mengungkap perkataan "Syurga itu dibawah tapak kaki ibu" dan sudah tentulah saya memang mengiyakannya kerana setiap orang tanpa mengira bangsa ataupun agama mereka haruslah senantiasa menghormati kedua ibubapa masing-masing yang telah melahir,membesar serta mendidik setiap daripada kita sehinggalah menjadi seorang insan yang berguna kepada bangsa dan juga berbakti kepada negara Malaysia.

Tetapi lain pula dengan apa yang sedang berlaku kepada calon Ketua Menteri Sarawak yang juga merangkap Pengerusi PKR Sarawak iaitu Baruk Bian apabila beliau sanggup untuk datang melutut dan merayu kepada Presiden SNAP Edwin Dundang agar mengarahkan semua calon-calon SNAP yang bertanding dalam PRN Sarawak untuk membantu kesemua 49 calon PKR untuk berkempen bagi calon PKR juga setelah beliau mulai menyedari yang peluang PKR untuk berkuasa di Sarawak sudah semakin malap dan gelap.

Edwin Dundang yang tetap dengan pendirian beliau sebelum ini yang memberi peringatan kepada seluruh Sarawak iaitu sekiranya rakyat Sarawak tidak mahu mengundi calon SNAP tidak menjadi apa-apa kerana menurutnya jika tidak mahukan SNAP adalah lebih baik undi rakyat diberikan kepada calon Barisan Nasional dan jangan sesekali bagi undi kepada calon PKR. Nanti Bumi Kenyalang kena gadai Anwar dengan kroni dia dari Amerika Syarikat seperti John Fluhart dari IRI(International Republic Insitute).

Inilah dilema yang sedang dihadapi oleh Pengerusi PKR Sarawak Baruk Bian sekarang ini. Demi jawatan Ketua Menteri Sarawak dia juga sanggup buat apa saja termasuklah perkara yang sangat bertentangan dengan prinsip seseorang peguam itu. Seseorang peguam mana boleh berbuat begitu kalau sudah merasakan dia akan kalah mempertahankan anak guamnya dalam mahkamah. Seseorang peguam juga mana boleh duduk melutut depan pendakwaraya minta simpati. Mana dia slogan slogan palsu PKR itu "lawan tetap lawan"?

Anwar Ibrahim yang sangat terkejut dengan perbuatan Baruk Bian itu hanya mampu menggelengkan kepala. Menurut Anwar, sepatutnya Baruk Bian berusaha menarik para pengundi yang meyokong Barisan Nasional supaya menyokong calon-calon PKR dan bukannya pergi merayu bantuan daripada Edwin Dundang untuk mendapat sokongan rakyat Sarawak. Anwar yang kesal dengan tindakan Baruk Bian itu seterusnya berkata, "sudahlah jam Omega belum saya jumpa lagi, ini Baruk Bian pula buat hal...apalah malang saya pilih calon untuk Ketua Menteri Sarawak kalau macam ini...benda-benda yang kecik macam tu pun dia tak mampu urus..nanti kalau dah jadi Ketua Menteri bagaimana dia boleh selesaikan masalah rakyat yang lebih besar dan negeri...hmmmmmmm...matilah saya kalau macam ni," keluh Anwar lagi.

N.65 Senadin: Nurul janji akan bina lebih banyak klinik gugur 1Pakatan di Miri

"Tuan-tuan puan-puan semua percayalah, kalau tuan-tuan puan-puan serta saudara saudari sekalian mengundi dan memilih parti kami PKR atau Parti KeluaRgay nanti maka kami dalam sekelip mata akan membina lebih banyak klinik bagi memudahkan semua rakyat disini untuk membuat pengguguran, tak kiralah nak gugur apa...gugur janin dalam kandungan ker, gugur rambut atas kepala ker, atau gugur nama calon-calon yang bukan dihati papa saya...contoh seperti yang papa saya lakukan terhadap Dominique Ng baru-baru ini"

"Prinsip kami memang sangat jelas tuan-tuan puan-puan, semua rakyat mesti mau faham iaitu "habis manis sepah dibuang" itu yang memang berlaku sejak dari dulu. Berbalik semula kepada janji saya untuk mewujud lebih banyak klinik gugur 1Pakatan, ini janji benar saudara saudari semua..bukan bohong...tapi itulah kalu parti kami iaitu PKR dipilih maka kami bukan saja membina lebih banyak klinik seumpama itu tetapi saudara saudari semua akan dapat perkhidmatan percuma dari klinik itu kelak jadi saudara saudari semua tak perlu memikir soal bayaran cuma bayar RM1 di kaunter pendaftaran dan selepas itu semua perkhidmatan adalah percuma"

"Tanggungjawab PKR sekarang wahai tuan-tuan puan-puan semua adalah untuk meringankan beban yang terpaksa saudara saudari sekalian terpaksa tempuhi sebelum ini. Jika sebelum ini tuan-tuan puan-puan perlu membayar perkhidmatan sekitar RM600 - RM700 untuk satu kali membuat pengguguran di klinik milik calon kita di N65 Senadin ini..tetapi atas persetujuan bersama Pakatan dengan beliau, maka kami sebulat suara telah membuat ketetapan seperti apa yang telah sebutkan tadi" tuuuu dia janji anak papa hebat papa lihai !

N.50 Dalat: sokongan rakyat berbelah bagi, namun BN tetap akan menang

Walaupun sokongan rakyat di N.50 Dalat nampaknya semakin berkurangan sejak kebelakangan ini terhadap Barisan Nasional dan keadaan ini agak jelas kelihatan ketika kempen sedang berjalan dibeberapa tempat dua tiga hari yang lalu tetapi ianya bukan bermaksud untuk menunjukkan secara keseluruhan bahawa semua rakyat di DUN Dalat tidak lagi menyebehi BN pada pilihan raya kali ini.

Sokongan yang akan menyelamat calon Barisan Nasional di DUN Dalat kali ini saya yakin akan diperolehi melalui kertas-kertas undi para pengundi dari kampung-kampung seperti Kpg Mudan Oya, Kpg Senao Oya, Kpg Kuala Oya, Kpg Boom Oya, Kpg Terus Oya, Kpg Teh Oya, Kpg Penat Oya, Kpg Balan Dalat, Kpg Sungai Kut Tengah Dalat, Kpg Sungai Kut Muara Dalat, Kpg Brunei Seberang Dalat dan saya yakin sokongan pengundi dari kampung-kampung inilah nanti pasti yang akan menyumbang kepada peratusan melebihi 90 peratus kemenangan untuk calon BN cuma mungkin ada segelintir kecil saja yang akan membuat undi protes dengan memberi undi simpati kepada calon Bebas iaitu Salleh bin Mahali, itupun sekira ada yang bersimpati.

Manakala bagi para pengundi dari kampung-kampung seperti Kpg Tanam Dalat, Kpg Tengah Dalat, Kpg Sungai Ud Dalat, Kpg Baru Melanau Dalat, Kpg Baru Cina Dalat, Kpg Tegup Dalat, Kpg Kekan Dalat, Kpg Medong Dalat dan Kpg Klid Dalat, Kpg Narub Dalat serta para pengundi dari Rumah-rumah Panjang Iban di sepanjang Hulu Sungai Oya, undi rakyat dari setiap kampung tersebut kita nanti akan dapat saksikan untuk satu kampung separuh daripada mereka akan mengundi calon BN sementara separuh lagi akan memilih calon dari PKR iaitu Sylvester Ajah bin Subah tetapi pengundi-pengundi dari kampung ini tidak akan memberi undi mereka kepada calon Bebas yang memang tidak dikenali tidak sepertimana mereka kenal dengan calon PKR yang mempunyai pertalian keluarga dengan sesetengah penduduk yang ada dalam kampung-kampung yang tersebut di atas.

Isu-isu yang dimainkan oleh calon PKR di DUN Dalat juga tidak semuanya akan mampu untuk menarik minat serta sokongan daripada para pengundi kerana apabila isu tanah NCR, isu peruntukkan dana minyak injin sangkut atau rebat minyak dan beberapa isu yang remeh-temeh seperti isu luar yang tidak bersangkut-paut dengan masalah penduduk di DUN Dalat sengaja dibawa masuk dalam setiap ceramah kempen PKR maka itu semua akan membuat para pengundi menjadi mual ini disebabkan tidak semua penduduk di DUN Dalat yang terlibat dalam masalah tanah serta isu rebat minyak injin sangkut.

Namunpun begitu, bagi pihak Barisan Nasional sekiranyalah mereka sedar tentang dimana terdapatnya kelemahan kempen yang dijalankan oleh jentera pilihan raya PKR serta isu yang diketengahkan oleh calon pihak lawan iaitu sepanjang tempoh berkempen ini tidak bermakna yang jentera pilihan raya BN terus merasa selesa kerana sepanjang masa berkempen pihak BN harus sentiasa harus berhati-hati kerana biasanya pihak lawan juga akan sentiasa memerhati pergerakkan jentera BN dan mereka juga boleh pada saat-saat akhir akan mengubah strategi berkempen bagi mengelirukan pikiran para pengundi.

Berdepan dengan pihak PKR di DUN Dalat, adalah satu kesilapan yang besar sekiranya pihak Barisan Nasional masih mengamalkan cara berkempen "cuma bertahan" tanpa menyerang balik segala fitnah yang ditujukan khusus kepada kerajaan Barisan Nasional. Apabila pihak Barisan Nasional dipalit dengan bermacam-macam certa fitnah oleh pihak lawan maka sudah menjadi satu kemestian pula bagi pihak BN untuk menepis segala tuduhan yang tidak berasas sama sekali daripada pembangkang dan jentera BN harus pantas mematah segala tuduhan liar yang dilemparkan terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Bakal KM Sarawak harus seorang dari kalangan Bumiputera Islam

Saya bukannya bermaksud hendak menidak atau menafikan hak kaum Bumiputera yang bukan beragama Islam di negeri Sarawak ini untuk menerajui pentadbiran kerajaan sebagai seorang Ketua Menteri bagi negeri di Bumi Kenyalang ini sebab perkara yang berkenaan memang sudah jelas ada didalam Perlembagaan Negeri Sarawak itu sendiri.

Dan lagi kalau kebiasaannya selalu ada pihak yang berpendapat bahawa orang-orang Islam sebagai minoriti di negeri Sarawak ini adalah berdasarkan atau merujuk kepada hanya kepada kaum Melayu sahaja tetapi mereka lupa tentang kaum Bumiputera lain yang juga beragama Islam seperti kaum Kedayan yang kesemuanya adalah Islam dan juga kaum Melanau yang majoriti mereka juga beragama Islam.

Sebenarnya majoriti diambilkira apabila kekuatan kuasa politik ketiga-tiga kaum ini iaitu Melayu, Melanau dan Kedayan digabungkan menjadi satu kerana melihat dari segi budaya, adat resam, pegangan agama serta tempat kediaman ketiga-tiga kaum ini adalah hampir serupa dan tidak jauh berbeza. Dan apabila pergabungan ini berlaku ternyata kekuatan pada ketiganya sudah mampu mengatasi kuasa politik atau sekurang-kurangnya mengimbangi kuasa politik yang dimiliki oleh kaum lain yang dianggap sebagai majoriti.

Disamping itu juga, kenapa jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak saya sebut sebagai harus perlu terus diberikan kepada Bumiputera Islam kerana selain daripada perkara sepertimana yang saya sebutkan diatas banyak lagi perkara lain yang perlu diambil kira terlebih sebelum fokus kepada jawatan Ketua Menteri umpamanya sesorang yang datang dari kalangan yang jiwa mereka mudah rapuh, tidak teguh pendirian, mudah dijual beli atau dalam ertikata lainnya tidak layak sama sekali untuk menjadi pemimpin kepada 2, 420,009 rakyat Bumi Kenyanlang keseluruhannya.

Selain itu, kelayakkan yang ada pada diri individu itu sendiri yang sekian lama didendangkan bakal akan menjadi Ketua Menteri Sarawak jika pihak mereka berjaya menewaskan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Pehin Sri Taib Mahmud patut pihak Pakatan Pembangkang sendiri ukur terlebih dulu dari semua sudut dan bukannya hanya dari kehebatan dia memenangi beberapa kes tuntutan tanah NCR di Mahkamah sebelum ini.

Baruk Bian hanya seorang peguam. Peguam biasanya hanya bijak memutarbelitkan segala fakta dengan harapan beliau memenangkan anak guam yang diwakilinya dalam setiap proses perbicaraan di mahkamah. Biasanya juga seseorang peguam itu kebanyakkannya tidak mempunyai kelulusan yang terpuji dalam dalam bidang ekonomi kecuali hanya tahu mengira berapa banyak duit masuk akaun setiap kali menang dalam perbicaraan. Itu saja, tidak lebih dari itu.

Jadi bagaimana Baruk Bian boleh diterima untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak jika beliau bukan berada dalam perkara yang telah saya jelaskan seperti pada mula tulisan dari atas tetapi dia memang benar seperti apa yang saya gambarkan diperingkat akhir tulisan saya sebaris di sebelah atas.

Ahad, April 10, 2011

Nurul Izzah kata "Papa saya kuat lihai"...

Dalam beberapa siri jelajah jual ubatnya didalam kawasan DUN Senadin beberapa hari yang lalu, Naib Presiden PKR Sdn Bhd YB Nurul Izzah Anwar selalu menyentuh tentang kehebatan papanya yang luarbiasa dan sukar untuk ditandingi.

"Papa saya memang hebat, kuat lihai..sebab dari hari penamaan calon lagi sampai sekarang papa belum lagi balik-balik ke Semenanjung. Papa dari Kuching, ke Sri Aman, ke Sarikei, terus ke Sibu, malam terus ke Miri...langkah negara Brunei terus terbang ke Lawas cari jam Omega"

"Tak jumpa lagi jam Omega, papa tak putus asa terus papa balik lagi ke Miri dari Lawas..terus ke Bekenu, pusing balik ke Lambir dan semalam papa kata di Merdeka Mall Morsjaya, 'jam Omega saya lum jumpa lagi..tapi tuan puan jangan bimbang saya akan cari sampai dapat', jadi macam tu lah lebih kurang papa kata.. papa memang kuat lihai"

"papa jarang makan nasi...tapi papa tetap pastikan agar papa sentiasa ada bekalan karipap,.. papa memang suka makan karipap...sebab tulah perut papa tidak nampak buncit,.. itulah sebab saya kata, papa saya kuat lihai"

"Lagi satu papa ada kata, 'itu Edwin Dundang sudah tua kerepot, tidak layak lagi jadi Ketua Menteri Sarawak' ..dan depan itu Lim Kit Siang sama itu Lim Guan Eng papa juga ada kata,..Baruk Bian banyak bodoh....dulu dia kata tidak akan jadi calon kalu Nelson Balang Rining digugurkan dari senarai calon BN...tapi Baruk Bian sudah masuk perangkap Taib Mahmud..., Baruk Bian terkejut yang calon BN di Ba'Kelalan adalah anak abang saudara dia sendiri'... betul-betul kuat lihai papa saya"

Biarpun ada yg kecewa, rakyat Sarawak perlu beri sokongan padu kepada BN !

Secara jujur saya katakan bahawa sehingga kini masih ramai pemimpin-pemimpin bawahan terutamanya rakyat di sesetengah kawasan DUN Sarawak yang benar-benar terkilan apabila calon dihati mereka sebelum hari penamaan calon telah diketepikan pada saat-saat akhir dan ianya terbukti pada 6 April lepas apabila calon yang diharapkan terpilih untuk bertanding tidak tersenarai.

Semalam selepas jam 12 tengah malam telah memperlihatkan semuanya apabila kesemua 44 calon Bebas tiada seorangpun yang mahu menarik diri dari bertanding dan bermakna mereka akan terus kekal untuk menentang calon yang dikemukakan oleh BN dan bukannya untuk menentang kerajaan Barisan Nasional.
Walauapapun yang mereka rasa namun jauh disudut hati mahu agar rakyat Sarawak yang terlibat dalam soal calon bermasalah di dua tiga kawasan DUN Sarawak kita harap mereka akan buat keputusan untuk masa depan yang lebih terjamin dengan memberi peluang kepada calon-calon yang sudah dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi BN itu selama satu penggal atau selama 5 tahun berkhidmat kepada rakyat sehinggalah penggal untuknya berakhir pada 2016.

Dari sana barulah rakyat Sarawak boleh menilai sendiri kemampuan seseorang wakil rakyat berkenaan samada mereka boleh memberi khidmat dengan berkesan, baik serta memuaskan ataupun sebalik dalam masa selama 5 tahun beliau sebagai seorang wakil rakyat dan jika dia mampu berkhidmat dengan baik maka menjadi kewajipan rakyat pula untuk mempertahankan beliau agar dicalonkan semula pada penggal yang seterusnya tetapi sekira berlaku sebaliknya rakyat juga berhak untuk membuat keputusan awal dengan memohon pucuk pimpinan BN untuk tidak mencalonkan semula wakil rakyat tersebut dan jika beliau masih dipilih semula untuk menjadi calon maka sudah tentulah rakyat berhak untuk menolak calon yang diletakkan oleh Barisan Nasional pada ketika itu.

Tetapi pada pilihanraya umum Sarawak yang ke-10 ini iaitu 16 April minggu depan seluruh rakyat haruslah bersatu bagi mempertahankan kerajaan Barisan Nasional supaya semua agenda pembangunan yang sudah lama dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional tidak terbengkalai separuh jalan kerana semua kesengsaraan yang rakyat Sarawak perlu hadapi selepas PRN Sarawak ke-10 adalah berpunca daripada kesilapan hanya dalam satu saat apabila sanggup untuk menggadai nasib masa depan mereka kepada pihak Pakatan Pembangkang yang ternyata sudah gagal mentadbir kerajaan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dengan baik sepertimana janji-janji mereka semasa berkempen.

Bina pejabat SPRM bawah tanah, utk elak kes "biar pecah diperut jangan pecah dimulut" dari berulang !


Saya rasa sudah sampai masanya untuk kerajaan Malaysia berbuat sesuatu untuk menyelamatkan imej SPRM yang kini semakin tercalar akibat tindakan nekad beberapa suspek kes rasuah yang sanggup untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas bangunan yang menempat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hanya kerana untuk mengelak rahsia rakan lain yang lebih besar akan turut terbongkar.

Kita lihat saja kes terbaru yang melibatkan Penolong Pengarah Kastam Selangor Allahyarham Ahmad Sarbani. Kejadian seumpama ini adalah yang kedua kalinya berlaku di negeri Selangor selepas kes kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock yang juga mayatnya dijumpai mati akibat terjun dari tingkat atas bangunan. Begitu juga di Sarawak pernah satu ketika kejadian serupa berlaku semua membabitkan kakitangan kerajaan.

Apabila kejadian begini berlaku sudah tentu yang pertama sekali mendapat untung adalah Pakatan Pembangkang kerana kerana bagi mereka secara tidak langsung pihak pembangkang sudah mendapat kredit dengan percuma dan itu akan dijadikan sebagai satu modal untuk menghentam kerajaan serta agensi-agensi yang berada dibawahnya. Segala fitnah terhadap kerajaan akan dijalankan sebaik mungkin oleh pembangkang manakala bagi rakyat yang mudah tertipu pasti akan cepat percaya dengan segala bentuk pembohongan pihak pembangkang.

Untuk mengelak kejadian yang sukar diramalkan seperti itu dari terus berlaku atau berulang kembali, maka saya syorkan kepada pihak kerajaan terutamanya serta pihak SPRM sendiri untuk membina semua ibu pejabat baik peringkat pusat, negeri-negeri atau cawangan-cawangannya atau juga secara keseluruhannya bangunan SPRM dalam tanah ataupun di bawah tanah.

Ini sangat perlu difikir secara mendalam kerana kejadian yang telah berlaku sebelum ini semuanya melibatkan kerugian sangat besar bukan saja kepada ahli keluarga mereka yang terlibat malahan kepada pihak SPRM itu sendiri apabila pihak mereka sudah kehilangan satu saksi penting untuk dibawa ke mahkamah selain turut memburuk imej SPRM di mata masyarakat.

Saya berpendapat jika kerajaan mahu memindah pejabat-pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang kini semuanya ditempatkan dalam blok-blok bangunan yang bertingkat-tingkat dan selepas sekiranya semua pejabat SPRM seluruh negara dibenarkan untuk beroperasi dibawah dalam bangunan yang baru dibawah tanah maka saya fikir bagi mereka yang telah didapati terlibat dengan kes rasuah oleh pihak SPRM serta diklasifikasikan sebagai suspek jadi sudah tentulah amat payah bagi mereka yang terlibat untuk membawa semua "rahsia kesalahan rasuah pecah diperut" bersama dengan jasad yang sudah terbujur kaku.

Apabila cadangan seumpama ini suatu hari nanti akan menjadi kenyataan maka saya juga melihat tidak ada jalan lain lagi untuk setiap individu yang telah dipanggil ke pejabat SPRM bagi diambil keterangan untuk bertindak diluar dugaan seperti terjun atau melompat dari tingkat atas sebab kalau hendak berbuat demikian juga mereka ini hendak terjun macamana...mana pernah orang terjun dari bawah pergi ke atas. Kan?

Sabtu, April 09, 2011

Walau siapapun calon BN, rakyat Sarawak perlu terus setia dengan BN...

Malam ini iaitu sebelum jam 12 tengah malam adalah peluang terakhir bagi kesemua 213 orang calon yang mengambil bahagian dalam pilihan raya umum Sarawak ke-10 untuk menarik diri dari bertanding bagi mewakili parti masing-masing serta juga mereka yang menjadi calon Bebas.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Sarawak Datuk Takun Sunggah, sekiranya terdapat calon-calon yang berbuat demikian selepas tarikh yang telah ditetapkan iaitu selepas jam 12 tengah malam ini maka pihak SPR tidak akan memadamkan nama seseorang calon itu yang telah dicetak pada kertas-kertas undi dan nama mereka akan tetap ada pada semua kertas undi mengikut kawasan DUN masing-masing.

Esok sudah masuk hari kelima kesemua parti-parti yang bertanding menjalankan kempen untuk menarik sokongan daripada rakyat iaitu sejurus sahaja selesainya proses penamaan calon 6 April lepas dan esok juga adalah bermulanya perjuangan sebenar jentera pilihan raya daripada pihak BN Sarawak serta pusat dalam menghadapi segala kemungkinan yang akan dilancarkan dari sebelah pihak Pakatan Rasuah.

Dan seluruh rakyat Sarawak juga mulai esok harus segera mengenepikan tentang isu siapa calon yang sesuai, yang bagus, yang tidak bagus dan sebagainya kerana apa yang penting kini ialah rakyat Sarawak harus bersatu menentang pembohongan serta tipudaya yang sedang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang untuk memperdayakan seluruh rakyat Sarawak dan bagi memastikan agar Barisan Nasional akan terus kekal memerintah Bumi Kenyalang ini maka rakyat negeri ini mesti bersiap sedia untuk mengelak diri dari terpukau dengan segala janji-janji yang terkandung didalam manifesto DAP, PKR dan PAS.

Dengan saki baki hari untuk berkempen kini cuma tinggal 5 hari setengah lagi juga bermula esok sehingga tengah malam 15 April minggu depan, bermakna masa untuk meramal siapa menang dan siapa akan kalah dan berbagai -bagai ramalan lagi dan gunakan masa yang semakin mendekatkan itu untuk bersama-sama pemimpin serta jentera-jentera pilihanraya BN dalam menepis serta menangkis segala jenis propaganda yang sengaja ditimbulkan oleh pihak Pakatan Pembangkang terhadap keseluruhan struktur yang ada didalam Barisan Nasional.

Salam Perjuangan ! Agi Idup Agi Ngelaban....OoooooHaaaa!!!

Kini, ada 4 DUN tidak selamat buat BN - telur dihujung tanduk !

Sebelum ini saya melihat hanya ada tiga kawasan DUN yang sudah berada didalam keadaan yang tidak selamat buat Barisan Nasional iaitu DUN N.36 Semop, N.38 Jemoreng dan N.54 Pelagus dan terbaru saya melihat kawasan N.50 Dalat.

Yang menariknya ialah keempat-empat kawasan DUN ini merupakan kubu kuat bagi BN di Sarawak dan semua pemimpin Barisan Nasional Sarawak masih sangat yakin bahawa DUN-DUN berkenaan akan dimenangi oleh BN seperti waktu pilihanraya umum Sarawak 2006 yang lalu.

Tetapi saya tidak berpandangan sedemikian kerana berdasarkan kepada perkembangan semasa yang berlaku sebelum dan selepas hari penamaan calon 6 April 2011 lepas banyak perkara yang wajib Barisan Nasional terangkan kepada rakyat hasil dari keputusan pemimpin tertinggi BN terutama sekali didalam memilih satu-satu calon yang akan diletak untuk bertanding mewakili parti serta rakyat dikawasan DUN yang tertentu.

Sebelum hari penamaan calon Rabu minggu lepas, rakyat lama sebelumnya telah menyatakan suara hati serta pendirian mereka kepada pucuk pimpinan BN Negeri serta Pusat mengenai bakal-bakal calon yang mereka mahukan untuk menjadi wakil mereka namun selepas itu rakyat terpaksa menelan kehendak pihak atasan parti yang telah memilih individu-individu yang tidak menepati kemahuan rakyat setempat.

Pertama saya bermula dengan DUN N.36 Semop. DUN Semop majoriti penduduknya adalah terdiri daripada kaum Melanau Islam dan aktiviti utama penduduk disitu adalah sebagai petani, peladang dan nelayan manakala golongan belianya kini ramai yang berhijrah keluar kawasan ditempat lain seperti melanjutkan pelajaran, bekerja atau bertugas ditempat lain.

Melihat kepada kedudukan geografi kawasan ini mungkin ramai yang beranggapan atau mengakui bahawa tempat ini memang sangat sukar untuk dibangunkan sebagaimana kerajaan membangun kawasan yang lain dalam negeri Sarawak ini tetapi bagi saya untuk membangunkan kawasan yang luas dengan tanah separuh paya dan bergambut serta rendah terutama sekali seperti di Pulau Bruit, pihak kerajaan tidak boleh menggunakan pendekatan yang serupa sepertimana kerajaan membangun kawasan di tempat lain yang nyata berbeza dari segi struktur tanahnya jika dibandingkan dengan keadaan tanah di Pulau Bruit khususnya dan di DUN Semop amnya.

Mungkin menyedari akan hakikat inilah, maka saya mulai memahami mengapa sejak beberapa bulan yang lalu semakin ramai rakyat serta penduduk di kawasan DUN Semop bangkit menuntut daripada pemimpin tertinggi Barisan Nasional Sarawak agar pada pilihanraya negeri yang ke-10 nanti calon untuk DUN N.36 Semop hendaklah diberikan kepada salah seorang anak jati atau mereka dari penduduk tempatan sendiri yang lebih faham situasi sebenar tentang berbagai masalah yang ada dikawasan terbabit.

Itu adalah harapan tinggi daripada rakyat di DUN Semop sebelumnya terhadap Barisan Nasional yang sejak dulu telah menjadi penyokong kuat kepada kerajaan negeri namun semua itu telah berubah apabila kebangkitan suara rakyat disitu menuntut perubahan tidak dihiraukan akibat daripada kegagalan wakil rakyat mereka selama ini iaitu DS Mohd Asfia Awang Nassar yang ternyata gagal untuk membawa sebarang pembangunan di kawasan DUN Semop.

Pada pilihan raya DUN Sarawak penggal ke-10 ini BN Negeri telah menaruh calon pilihan mereka iaitu Abdullah Saidol bukan anak tempatan di kawasan DUN Semop yang nyata bukan kemahuan rakyat disana dan beliau ditentang oleh dua pencabar iaitu Ong Chung Siew dari PKR dan Azizi Fauzan daripada Bebas. Calon Bebas merupakan anak tempatan di DUN Semop dan saya percaya setiap undi protes oleh rakyat di DUN Semop terhadap BN semua akan diberikan kepada calon Bebas dan mereka tidak akan sesekali memangkah calon daripada PKR yang bukan Bumiputera tambahan rakyat di DUN Semop memang tidak menyukai parti PKR.

Keduanya iaitu di DUN N.38 Jemoreng sama juga seperti di N.36 Semop, pembaharuan wakil rakyat..itu yang dituntut oleh penduduk di N.38 Jemoreng dan suara mereka telah disampaikan kepada Ahli Parlimen Igan YB Datuk Abdul Wahab bin Haji Dollah untuk diajukan kepada peringkat tertinggi Barisan Nasional Sarawak. Majoriti penduduk di DUN ini juga adalah terdiri daripada kaum Melanau Islam sama seperti di DUN Semop dan kebanyakkan daripada mereka adalah bekerja sebagai petani, peladang dan nelayan.

Penyandang kerusi DUN N.38 Jemoreng adalah Abu Seman Jahwie dan selama beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat di DUN berkenaan rakyat sudah mampu membezakan antara perkhidmatan cemerlang wakil rakyat sebelum beliau iaitu YB Datuk Abdul Wahab dengan khidmat yang lemah dan tidak bermaya Abu Seman sendiri. DUN Jemoreng sebelum persempadanan semula dilakukan dikenali sebagai DUN Matu dan ketika itu wakil rakyatnya adalah YB Datuk Abdul Wahab Hj Dollah sebelum melepaskan jawatan sebagai ADUN untuk bertanding mewakili BN di Parlimen Igan dalam PRU-12 lalu.

Rakyat di DUN Jemoreng acapkali mendedahkan kelemahan Abu Seman Jahwie sebagai wakil mereka di kawasan berkenaan. Ramai diantara mereka mendakwa sejak Datuk Abdul Wahab menyerahkan kerusi berkenaan kepada Abu Seman seolah-olah tiada langsung projek yang berjaya dibawa masuk oleh beliau malahan ada yang memberitahu bahawa tiada sebarang pembangunan yang mampu Abu Seman buat untuk rakyat di DUN Jemoreng.

Oleh itu rakyat di DUN Jemoreng juga mula bangkit bersuara agar Abu Seman digantikan dengan muka baru atau Barisan Nasional mencalonkan semula Datuk Abdul Wahab sebagai wakil mereka tanpa perlu untuk beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Igan. Itu juga adalah harapan keseluruhan rakyat di DUN Jemoreng tetapi seperti yang dialami oleh rakyat di kawasan DUN Semop, rakyat di DUN Jemoreng juga kecewa apabila kepimpinan tertinggi Barisan Nasional masih mengekalkan Abu Seman untuk kali yang kedua dan tidak menghirau kehendak mereka.

Pilihan raya DUN Sarawak ke-10 ini, DUN Jemoreng akan menyaksikan perlawanan tiga penjuru dimana Abu Seman Jahwie akan dicabar oleh dua calon lain dimana kedua-duanya adalah dari Bebas iaitu Asbor Abdullah dan seorang lagi calon yang ditaja Abdul Hafiz Noh. Antara kedua calon Bebas ini saya melihat rakyat di DUN Jemoreng lebih cenderung untuk memilih Abdul Hafiz Noh beranding dengan Asbor Abdullah yang sering tewas ketika menentang YB Datuk Abdul Wahab Dollah pada setiap kali pilihan raya diadakan.

Dan apabila kelebihan ini sudah ada pada Abdul Hafiz Noh ini bermakna saingan kuat Abu Seman pada hari pengundian 16 April minggu depan memang jelas adalah Abdul Hafiz yang jika beliau menang akan berfungsi sebagai calon wakil rakyat Bebas di DUN Sarawak tetapi tetap akan menyokong segala dasar yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional. Ini berlaku kerana sebagai seorang calon yang ditaja maka beliau harus patuh kepada pihak penaja yang bukannya anti Barisan Nasional tetapi sebenarnya cuma tidak setuju dengan calon yang diketengahkan oleh BN.

Yang ketiga pulak ialah DUN N.50 Dalat. Kawasan DUN ini juga majoriti penduduknya berketurunan Melanau namun mempunyai dua pegangan agama yang berbeza iaitu separuh beragama Islam manakala yang separuh lagi menganut agama Kristian, namun bahasa pertuturan yang digunakan adalah sama tiada beza.

Masalah di DUN Dalat tidak sama dengan yang berlaku di DUN Semop dan DUN Jemoreng kerana di DUN Dalat rakyat tidak meminta wakil rakyatnya iaitu YB Datin Hjh Fatimah untuk berundur atau diganti dengan muka baru tetapi mereka menuntut penjelasan mengenai banyak isu tetapi jarang dilayan selain menuntut janji seperti peruntukkan wang rebate minyak, injin sangkut, kemudahan jalan kampung, bekalan air bersih dan kemudahan elektrik serta perkhidmatan jalur lebar yang tidak mencapai sasaran seperti yang diumumkan sebelum ini.

Oleh kerana YB Datin Fatimah mungkin sibuk dengan tugas beliau sebagai Menteri DI Pejabat Ketua Menteri yang juga Merangkap Menteri yang bertanggungjawab dibidang pendidikkan pra-sekolah selain tugas utama beliau sebagai wakil rakyat di DUN Dalat nyata telah membataskan masa beliau untuk kerap melawat ke kawasan telah menyebabkan ramai kalangan penduduk di DUN Dalat yang kurang bermaklumat serta yang suka membuat andaian sendiri telah menyebabkan mereka terperangkap dalam persepsi sendiri apabila tanpa usul periksa sanggup berburuk sangka dalam semua hal yang melibat khidmat serta janji YB Datin Hjh Fatimah.

Selain daripada itu juga ialah kegagalan YB Datin Fatimah sendiri yang tidak mahu mencari pendekatan lain seperti menerangkan dengan jelas kepada rakyat didalam DUN Dalat sebab mengapa boleh berlaku perkara-perkara seperti yang rakyat bangkit setiapkali ada perjumpaan dan peluang sangat terbuka pada waktu seperti itu untuk menjelaskan secara panjang lebar kepada rakyat bawahan agar mereka faham dan tahu masalah sebenar yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam melaksanakan projek-projek untuk rakyat mengapa ianya lambat untuk diteruskan dan sebagainya.

Rakyat juga harus difahamkan dengan masalah yang terpaksa dihadapi oleh pihak kerajaan ketika menjalankan kerja-kerja untuk memulak sebarang projek yang telah diluluskan seperti jalanraya, tiang elektrik serta saluran paip air yang tidak mengelak dari menggunakan tanah milik penduduk bagi kerja-kerja penyambungannya ke kawasan-kawasan kampung yang memerlukan projek seumpamanya.

DUN N.50 Dalat juga akan berdepan dengan pertandingan tiga penjuru antara BN dengan PKR serta Bebas. YB Datin Fatimah sebaga penyandang kerusi DUN Dalat akan berdepan dengan calon PKR Sylvester Ajah bin Subah serta seorang calon Bebas iaitu Salleh bin Mahli dari Kampung Senao Oya.

Di DUN Dalat harapan BN agak tipis jika cara berkempen masih berada ditakuk lama.. manakala harapan calon PKR juga akan sia-sia saja walaupun mungkin beliau boleh mengurangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional manakala calon Bebas iaitu saudara Salleh Mahli pula yang tidak dikenali terutama bagi penduduk sebelah hulu Batang Oya mungkin akan hanya mampu meraih sedikit undi simpati daripada rakan-rakan atau saudara mara di sebelah hilir Batang Oya serta sekitarnya.

Manakala untuk DUN N.54 Pelagus pula saya tetap optimis dengan ramalan saya sebelum ini bahawa jika bukan Larry S'ng yang dicalonkan untuk kerusi berkenaan maka selepas selesainya pilihan raya umum Sarawak ke-10 nanti, Barisan Nasional tak payahlah untuk menyalahkan pengundi disana sebab rakyat disitu sudah awal-awal lagi telah merayu kepada pucuk pimpinan BN Sarawak dan Pusat agar mencalonkan semula Larry S'ng untuk mewakili mereka dalam DUN Sarawak tetapi apabila segalanya sudah diketepikan... jika BN kalah di Pelagus haraplah pada masa depan harus belajar dari kesilapan.

Kali ini DUN Pelagus akan menyaksikan perebutan dari tiga penjuru iaitu calon BN Stanley Nyitar akan ditentang oleh calon daripada PKR Edward Sumbang dan calon Bebas yang ditaja Datuk S'ng Chee Hwa bapa kepada Larry S'ng iaitu George Lagong. Disinilah nanti DS James Masing perlu menunjukkan pengaruh beliau dan bukannya hanya menunjukkan sikap keras kepala beliau kepada rakyat Sarawak.

1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.

Jumaat, April 08, 2011

PM lancarkan Bot Klinik Bergerak 1Malaysia pd 14 April ini di Marudi...

( Dalam foto, kelihatan Sylvester Entri Muran bersama dengan beberapa orang pegawai serta kakitangan klinik Bergerak 1Malaysia Marudi merakam gambar kenangan bersama)

YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijadual akan mengunjungi Pekan Marudi untuk menemui rakyat pada 14 April hari Khamis minggu depan disamping itu akan menyempurnaan majlis pelancaran Bot Klinik Bergerak 1Malaysia.

N66 Marudi sebelum Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan sebenarnya telah diwakili oleh YB Syvester Entrie anak Muran daripada parti Barisan Nasional dan pada kali ini YB Syvester Entrie akan menghadapi pertandingan empat penjuru iaitu SNAP diwakili oleh bakal KM Sarawak iaitu Edwin Dundang, PKR pula diwakili oleh Gerang anak Dagom serta seorang calon Bebas iaitu Micheal Ding Tuah.

Takut kalah di DUN Pujut & Piasau, DAP mula berkempen dalam hutan !

(Tan Sri Dr George Chan sedang menunjuk satu salinan laporan polis yang dibuat dan ditangan sebelah kiri beliau sedang menunjuk sekeping risalah yang diedarkan oleh pihak Pakatan. Turut kelihatan bersama dengan Dr Chan ialah sebelah kanan beliau Datuk Lee Kim Shin calon BN di N65 Senadin manakala sebelah kiri adalah calon BN di N64 Pujut Andy Chia Chu Fatt)

Mungkin belum berpuashati dengan beribu-ribu keping risalah fitnah yang telah berjaya dicetak dan sudah mulai diedarkan kepada orang ramai di sekitar Bandaraya Miri sejak semalam serentak itu juga para penyokong DAP Miri telah bertindak lebih jauh lagi dengan sanggup untuk merosakkan poster-poster serta bendera BN yang dipasang dikawasan DUN N.63 Piasau dan N.64 Pujut.

Kejadian tersebut telah disahkan sendiri oleh Presiden SUPP YAB Tan Sri Dr George Chan Hong Nam setelah beliau bersama dengan dua orang lagi calon SUPP/BN untuk DUN Pujut dan DUN Senadin iaitu Andy Chia Chu Fatt dan Datuk Lee Kim Shin membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Disebalik jentera pilihanraya Barisan Nasional berkempen secara tertib serta mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya, namun DAP pula sebuah parti produk dari negara Singapura mengambil langkah yang sungguh bertentangan sama sekali dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1957 apabila mereka mulai bertindak liar dengan mencabut bendera-bendera BN yang dipasang seperti disatu bulatan Jalan Datuk Edward Jeli di Pujut dan ditempat-tempat lain.

Selain itu poster-poster calon BN juga turut tidak terlepas dari menjadi mangsa vandalisme puak-puak Pakatan apabila banyak daripadanya telah dikoyak dan ada terdapat beberapa poster besar yang mempunyai lambang dacing juga telah ubah kedudukan dengan dipasang dalam keadaan yang senget sebelah. Inilah rupa bentuk awal kerajaan yang akan memimpin rakyat di Bumi Kenyalang sekiranya mereka berjaya dalam pilihanraya 16 April ini nanti.

Pakatan DAP, PKR dan PAS akan menggunakan undang-undang rimba dalam pemerintahan mereka, siapa kuat maka akan menang dan siapa lemah pasti akan kalah. Tiada undang-undang yang khusus bagi mereka, tiada lagi demokrasi atau dalam ertikata lainnya kebebasan untuk rakyat memilih pemimpin dimasa yang akan datang sekiranya puak-puak pakatan ini menjadi kerajaan di negara ini. Mereka akan meminda perlembagaan negara, menghapus mana yang merugikan mereka, memansuhkan sistem demokrasi serta tidak akan ada lagi pilihanraya lima tahun sekali seperti yang diamalkan oleh kerajaan Perikatan/Barisan Nasional sejak lebih kurang 50 tahun yang lalu.

N.50 Dalat: BN bakal tewas jika cara berkempen tidak berubah !

Untuk DUN Dalat ini saya tidak lagi menaruh harapan yang tinggi bahawa PBB akan mampu mengekalkan kerusi berkenaan bagi pihan Barisan Nasional pada pilihanraya umum Sarawak 16 April nanti.

Kemenangan tanpa bertanding YB Datin Hjh Fatimah pada pilihanraya negeri Sarawak yang ke-9 dulu tidak lagi boleh untuk dijadikan sebagai satu sandaran untuk meletakkan keyakinan bahawa kemenangan pasti akan berpihak kepada Barisan Nasional.

Banyak sebenarnya isu yang melingkari masalah rakyat di kawasan DUN Dalat ini yang perlu ditangani secara bijak dan berkesan namun sayang sekali sebab tiada usaha dilakukan untuk menenangkan 'pemberontakan dalam hati' rakyat di DUN Dalat yang jelas masih keliru dengan banyak masalah yang belum selesai dan ditambah pula dengan masalah-masalah baru yang lain walaupun nampak mudah bagi pihak BN namun ianya satu masalah besar bagi rakyat.

Isu yang sentiasa mengambil tempat dalam masyarakat di DUN Dalat ialah mengenai tanah, bekalan air dan elektrik biarpun tidak kesemua mereka ini terlibat dalam masalah tetapi apabila isu ini sengaja diperbesar-besarkan dan tambah menyulitkan lagi apabila ada pihak ketiga yang turut masuk campur menjadikan ianya seolah-olah seperti satu isu yang besar.

Yang Berhormat atau wakil rakyat, mereka ini sebenarnya mempunyai peranan yang jelas untuk menerangkan kepada rakyat dikawasan mereka masing-masing tentang segala masalah yang terpaksa pihak kerajaan Barisan Nasional hadapi sebelum menjalankan sesuatu projek yang dipohon dan yang telah diluluskan seperti projek untuk bekalan air bersih, bekalan elektrik serta jalanraya.

Setiap projek ini memang memerlukan tapak tanah yang begitu banyak untuk melaksanakannya dan sudah tentulah ianya akan melibatkan ramai pemilik tanah, jadi apabila kerja-kerja mengukur dan menyukat mengikut saiz tanah yang diperlukan untuk membuat jalanraya, tempat mendirikan tiang elektrik serta tempat menanam saluran paip maka langkah seterusnya kerajaan akan mengenalpasti siapa pemilik yang tanah mereka turut terlibat dalam projek berkenaan.

Masalah akan timbul bagi pihak kerajaan apabila terdapat pemilik-pemilik tanah yang terbabit dengan projek enggan memberi kerjasama untuk bersetuju tanah mereka hendak digunakan walaupun ditawarkan dengan sejumlah wang pampasan oleh kerajaan dan ini berlaku apabila ada diantara tuan tanah dikawasan yang terbabit sebenarnya bukan penduduk dikawasan berkenaan. Maka ini tentu sekali menyulitkan lagi keadaan.

Tugas wakil rakyat bagi saya tidak semata-mata untuk menyampaikan geran atau mengumumkan kepada rakyat tentang projek yang diluluskan oleh kerajaan untuk sesuatu kawasan itu tetapi tidak kurang juga pentingnya untuk Ahli Yang Berhormat menjelaskan kepada rakyat sebab-sebab utama mengapa ada sesetengan projek yang sudah diluluskan tetapi tidak dapat dilaksanakan dan penerangan adalah amat enting sekali kerana jika tidak rakyat yang kurang maklumat pasti akan membuat persepsi buruk tentang kerajaan Barisan Nasional.

Wakil-wakil rakyat BN harus segera turun menemui rakyat sekira ada projek-projek yang sebelum itu dikatakan sebagai sudah lulus dan selepas itu terpaksa dibekukan balik tanpa sebarang alasan diberi. Kempen calon-calon BN kali ini hendaklah berubah mengikut masa dan kalau boleh jangan lagi terlalu mengikut kempen cara lama bagi memenangi hati rakyat.

Rakyat di DUN Dalat sudah ramai antaranya sejak beberapa hari yang lalu telah menggunakan laman sosial facebook (Komuniti Melanau Dalat -KMD) untuk berintereaksi sesama mereka bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan pilihanraya umum Sarawak yang ke sepuluh ini dan harap juga wakil rakyat dalam sibuk berkempen ambillah sedikit masa walaupun seketika untuk bersama dengan rakan dalam facebook dan terangkan kepada mereka tentang masalah yang sering dibangkit dalam facebook KMD.

Khamis, April 07, 2011

BN perlu jelaskan kepada rakyat Sarawak persoalan utama !

Kegagalan beberapa orang wakil rakyat khasnya daripada Barisan Nasional yang mewakili pihak kerajaan untuk berjumpa dengan rakyat bagi menerangkan berbagai isu yang timbul dikawasan DUN yang diwakili menyebabkan semakin ramai rakyat atau pengundi baru dan muda mula mengalih perhatian mereka kepada pihak pembangkang di negeri ini.

Saya tidak bermaksud untuk menuduh kesemuanya bersikap sedemikian tetapi memang ramai yang masih tidak mahu berusaha untuk menjelaskan tentang banyak persoalan yang berbangkit mengenai adanya beberapa projek "yang gagal" maka wajiblah bagi seseorang wakil rakyat itu untuk turun padang semula berjumpa dengan rakyat yang mereka wakili untuk terangkan kenapa, mengapa dan apa sebab projek itu tidak dapat dilaksana atau tidak dapat diterus

Saya ingin mengambil satu kawasan DUN iaitu N50 Dalat sebagai satu contoh. Wakil rakyat untuk DUN ini memang rajin dan selalu balik ke kawasan untuk menemui rakyat walaupun sibuk dengan tugas beliau sebagai seorang menteri kabinet negeri yang sememangnya memerlukan perhatian yang lebih luas namun dalam pada itu beliau tidak pernah lupa mencari ruang agar ada masa untuk kembali melawat rakyat di kawasan sendiri.

Kawasan DUN Dalat sejak diwakili beliau selama dua penggal telah menyaksikan begitu banyak perubahan serta kemajuan dicapai dan ini memang tidak dapat dinafikan namun bukan kesemua rakyat dalam kawasan DUN Dalat buat masa ini sudah menikmati pembangunan yang samarata sam seperti di sesetengah tempat yang lain, ini disebabkan oleh berbagai perkara yang mungkin tidak dapat dielakkan seperti kesukaran pihak kerajaan BN untuk melaksanakannya sesuatu projek itu walaupun peruntukkan sudah diberi oleh kerajaan.

Selain kesukaran untuk mendapatkan kontraktor yang boleh dipercayai bagi menjalankan sesuatu projek itu, kerajaan BN juga sebenarnya berdepan dengan banyak rintangan lain seperti untuk menyambung kemudahan jalanraya bagi kampung-kampung yang tertentu jadi sudah pasti tidak semudah itu melakukannya kerana sebelum menjalankan kerja-kerja awal maka sudah pastilah pihak kerajaan akan mengkaji, meneliti dan memastikan siapa pemilik tanah yang akan digunakan oleh untuk membina jalaraya, sekolah dan tempat untuk diguna menyambung bekalan tenaga elektrik.

Jadi apabila terdapat pemilik tanah di kawasn terbabit yang gagal untuk dikesan mungkin kerana bukan penduduk disitu maka untuk mendapatkan persetujuan daripadanya itupun sekiranya pemilik tanah bersetuju dengan sedikit pampasan bagi menyerahkan kembali sebahagian tanah bagi tujuan pembangunan. Maka inilah antaranya persoalan utama yang saya rasa perlu diterangkan oleh pemimpin BN kepada rakyat.

Terangkan kepada rakyat sebab kenapa projek yang sepatutnya sudah lama siap tetapi sehingga kini masih tiada tanda-tanda yang BN akan memulakan projek dan ini semua sudah tentu ada masalah dan saya kira masalah inilah yang patut dijelaskan kepada rakyat oleh pihak kerajaan agar rakyat tidak terkeliru dengan perkara seperti itu iaitu kenapa kerajaan tidak berdepan dengan masalah untuk membuat berbagai projek ditempat yang tertentu dan kenapa ditempat lain tidak bermasalah.

Edwin kata: kalau rakyat tak nak SNAP jgn undi PKR tapi undilah BN !

Semasa berceramah di rumah pajang Iban di Ulu Tinjar beberapa hari yang lalu, Presiden SNAP Edwin Dundang telah memberi peringatan penting kepada penduduk disitu.

Antara katanya "enti kitak semua ditu enggai nyukung parti kami SNAP anang ilak sekali-kali kitak semua meri undi ngagai calon PKR, sidanya penipu besai, mulut besai, mulut mayuh macam jaku...tapi enti kitak semua enggai ngundi parti kami SNAP tu undi meh Barisan Nasional, parti ya ke sigi mai pemansang ba menoa kitai bak menoa Sarawak tu."

hehehe..lawak, lawak, lawak... "mana jam Omega aku Pah?, mana jam Omega aku Pah??

Rabu, April 06, 2011

Papa Gomo kena tahan polis Sarawak??? ..kenapa jadi begitu?

Betul ke blogger Papa Gomo waktu ini sedang dalam tahanan pihak polis Sarawak ? Kenapa pulak Papa Gomo yang kena... masakan orang lain yang makan nangka tetapi orang lain pulak yang kena getahnya??

Rakan blogger Sarawak di Kuching ada sedikit maklumat mengenainya. Apa-apapun harap berita ini hanya satu khabar angin saja dan diharap pihak yang berkenaan di Sarawak perlu menerima kehadiran rakan yang baik dari Semennjung atau Sabah ke Sarawak dengan hati yang terbuka.

N50 Dalat 3 penjuru: BN lwn PKR dan Bebas !

Calon PBB/BN yang juga penyandang untuk kerusi N.50 Dalat YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah akan ditentang oleh calon daripada PKR Encik Sylvester Ajah bin Subah dari Kampung Medong Dalat serta seorang calon Bebas Encik Salleh bin Mahli dari Kampung Senau Oya Dalat.

Sylvester Ajah merupakan bekas S/usaha politik kepada Ketua Menteri Sarawak pada pertengahan tahun 1980an iaitu pada tahun 1987-1990an sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengurus Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) dan pernah disebut-sebut sebagai calon BN pada pilihanraya negeri 2001 bagi menggantikan Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi namun pada saat akhir Pehin Sri Abdul Taib telah memilih YB Datin Hajjah Fatimah untuk bertanding mewakili PBB/BN pada pilihanraya yang ke lapan itu.

Manakala seorang lagi iaitu calon Bebas Encik Salleh bin Mahli seorang peniaga ikan buat pertama kali mencuba nasib untuk dipilih sebagai wakil rakyat untuk mewakili rakyat di Dalat.

Setakat ini saya belum mahu mengulas apa-apa tentang pencabar BN di Dalat ini...biarkan mereka terjun dengan labu-labu mereka dulu...

Gambar sekitar penamaan calon bagi N65 Senadin: Datuk Lee vs Dr Minah Indon

Sebelah penyokong Barisan Nasional, meriah dengan kehadiran ramai ahli-ahli parti SUPP, SPDP dan juga ahli-ahli parti PBB walaupun dalam cuaca selepas hujan.
Bawah, YB Datuk Lee Kim Shin serta isteri bersama para penyokong Barisan Nasional melaungkan slogan '1Malaysia ! BN Boleh! SUPP Boleh! PBB Boleh! SPDP Boleh!


Gambar bawah agak terlindung namun kelihatan juga Menteri Kesihatan Malaysia YB Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar YB Senator Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Menteri Tenaga dan Teknologi Hijau YB Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bergambar bersama penyokong BN di sekitar Stadium Bandaraya Miri. Saya sempat bersalaman dengan ketiga-tiga pemimpin ini.


Gambar bawah kelihatan YB Datuk Lee Kim Shin calon yang juga penyandang kerusi SUPP/BN bagi kawasan DUN Senadin sedang dijulang oleh ahli-ahli parti Barisan Nasional. 

Di sebelah bawah ini gambar menunjukkan beberapa penyokong PKR yang dalam jumlah cuma 10 orang saja tetapi sanggup juga menjerit slogan "mana jam Omega aku Pah?, mana Jam Omega aku Pah? mana jam Omega aku Pah?" mereka buat semua itu demi untuk Dr Micheal Teo, calon PKR dan beliau memang sangat dikenali dikalangan para pekerja Indonesia terutama golongan pekerja wanita yang sering berkunjung untuk tujuan membuat pengguguran anak haram dalam kandungan.

Dua gambar diatas sebelah kiri ketika baru saja keluar dari kereta saya nampak dari jauh Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua serta beberapa orang pemimpin PKR Pusat dan negeri sedang berkumpul serta ditemani oleh beberapa kerat penyokong PKR.

Manakala gambar yang satu lagi menunjukkan kawasan yang telah dikhaskan oleh pihak SPR untuk para penyokong PKR, nampak tak satu imej berwarna biru muda, merah dan putih jauh kelihatan di satu sudut depan Stadium Bandaraya Miri.

Budak bawah umur serta beberapa wanita seksi digunakan untuk mengibar bendera PKR ditepi jalan depan Stdium sambil berbuat sesuatu bagi menarik perhatian pengguna jalanraya yang sedang memandu.

DUN N.65 Senadin menyaksikan perlawanan dua penjuru antara YB Datuk Lee Kim Shin sebagai penyandang kerusi dengan Dr Micheal Teo dari Parti Keadilan Rakyat.

Selasa, April 05, 2011

Video klip 1:47 saat belum termasuk dalam kategori lucah..mohon pandangan rakan bloggers !

Saya berpendapat tindakan oleh beberapa orang penulis blog yang memuatnaikkan sebahagian daripada rakaman sebenar video lucah yang mempunyai tempoh tayangan selama 20 minit adalah tidak menyalahi mana-mana undang yang sedia ada kerana apabila ianya hanya menayang cuma 1 minit 47 saat dan adegan terhenti bila sampai kepada aksi pelakon lelaki cuba memeluk pasangannya.

Adegan seperti itu memang sudah biasa kita lihat didalam mana-mana filem baik yang dari luar negara mahu filem tempatan sendiri dan kalau mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Penerangan satu ketika dulu ianya boleh ditonton orang dewasa dengan label [18X] dan [U] atau umum seperti yang seringkali kita lihat dipapar pada skrin TV1, TV2 dan TV3 serta di ASTRO.

Jadi saya ingin memberi reaksi segera kepada satu berita yang mengatakan bahawa pihak polis akan meneliti serta menyiasat pihak-pihak yang bertanggungjawab memuatnaik video klip tersebut ke dalam You Tube disamping akan turut menyiasat individu yang terlibat memuatnaik video klip berkenaan didalam laman blog masing-masing.

Untuk ini kita semua harap agar pihak polis tidak lari dari fokus sebenar mereka iaitu untuk menyiasat tentang kesahihan isi kandungan yang terdapat didalam video seks tersebut samada tulen ataupun palsu serta untuk menyiasat identiti sebenar individu yang beraksi didalam video klip itu dan bukannya mengalih siasatan kepada perkara yang lain kerana jika ini berlaku kita khuatir siasatan terhadap video itu nanti terperap entah di mana tetapi pihak yang tidak sepatutnya pulak yang disiasat.

Oleh itu kalau siasatan hendak dilakukan terhadap para penulis blog terutamanya blogger yang pro-kerajaan semata-mata ada kaitan dengan penyebaran video klip yang hanya mempunyai durasi selama 1 minit 47 saat di internet maka sebelum itu saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa video klip 1:47 itu bukannya sampai kepada tahap yang boleh dikatakan sebagai lucah kerana tubuh badan kedua-dua pelakon dalam video sependek itu masih lagi tutupi dengan tuala dan aurat keduanya juga tidak dapat dilihat dengan jelas.

Video Seks: Oh Azizah kata itu bukan Anwar Ibrahim tetapi Khalid Ibrahim !

Semua orang sudah tahu yang Wan Azizah Wan Ismail siang tadi telah mengadakan satu sidang media khas untuk menafikan pembabitan suaminya Anwar Ibrahim dalam kontroversi video lucah seorang pemimpin kanan pembangkang dengan seorang pelacur warga negara China.

Sebaliknya Wan Azizah telah menuduh semua itu sebagai usaha terdesak untuk memburuk-burukkan nama baik Anwar Ibrahim yang didalangi oleh pihak tertentu dalam kerajaan Barisan Nasional.

Itu memang kita sudah duga, sudah pastilah Wan Azizah akan membela suaminya Anwar Ibrahim setakat yang termampu biarpun apa yang telah beliau serta anak-anak mereka berdua saksikan melalui tayangan video lucah tersebut hampir membuat mereka sekeluarga pengsan namun demi untuk terus mengejar kuasa politik mereka sanggup menutup rapat-rapat mata hati mereka sendiri walaupun pada hakikatnya jiwa Wan Azizah serta anak-anak mereka telah hancur luluh dan berkecai setelah melihat siapa hero yang beraksi dalam video berkenaan.

SPDP names Willie Liau for Ba Kelalan

SPDP names Willie Liau for Ba Kelalan

BN sengaja cipta kekalahan jika mencalon Larry S'ng di N70 Ba'Kelalan

Untuk menyelamatkan karier politik bekas ADUN N54 Pelagus iaitu Encik Larry S'ng Wei Shien yang sebelum ini mewakili penduduk dikawasan berkenaan, saya berpendapat seandainya benar spekulasi yang tersebar luas sejak dua tiga hari lalu menyatakan bahawa kemungkinan besar BN Sarawak akan meletak Larry untuk bertanding di N70 Ba'Kelalan adalah satu keputusan yang silap dan tidak tepat.

Bagi saya sebarang keputusan untuk tujuan itu tidak harus mempertaruhkan nasib Larry dengan mencalonkan beliau di N70 Ba'Kelalan kerana jika hasrat BN itu masih mahu diteruskan jua maka ianya nanti bukan saja akan menamatkan kerjaya politik Larry S'ng dalam politik Bumi Kenyalang ini tetapi juga akan turut sama memaksa Barisan Nasional untuk melepaskan kerusi DUN Ba'Kelalan kepada pihak lawan iaitu PKR ataupun SNAP.

Semua pihak harus sedar dan sedia maklum tentang sentimen sebilangan besar masyarakat terutamanya para pengundi di kawasan N70 Ba'Kelalan itu yang masih menebal dengan perasaan mereka yang tidak menyukai akan kehadiran pihak luar dipersekitaran mereka apatah lagi untuk menerima sesiapa jua yang terlalu asing bagi mewakili suara mereka dalam dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Barisan Nasional Sarawak tidak harus keliru dengan keadaan dimana ada sesetengah mereka yang memang berasal dari kawasan Ba'Kelalan itu kelihatanya seperti sudah boleh bersama dengan kaum lain dalam semua urusan yang melibatkan berbagai perkara tetapi BN Sarawak tidak boleh tentang satu hal bagaimana pula nanti dengan mereka iaini yang masih belum dapat menerima keadaan sedemikian terutamanya mereka yang masih menetap jauh dipendalaman dan hanya sekali sekala keluar dari kawasan untuk mendapat barang keperluan dan sebagainya tentu sekali apabila mendapati ada orang luar yang datang masuk ke kawasan mereka akan dianggap sebagai menyusahkan mereka.

Dari segi penerimaan masyarakat pendalaman di kawasan Ba'Kelalan terhadap orang luar tidaklah boleh untuk disamakan dengan Datuk Seri Idris Jala, Nelson Balan Rining, Datuk Micheal Lisa Kaya, YB Datuk Henry Sum Agong, Baruk Bian dan lain-lain lagi sebab mereka ini hanyalah segelintir pemimpin yang sudah lama terdedah kepada suasana di luar serta boleh bertoleransi dan bekerjasama dengan masyarakat lain selain daripada kaum mereka saja tetapi adakah ini yang diambil sebagai kayu pengukur oleh pihak BN dalam membuat keputusan dengan meletakkan Larry S'ng menjadi calon dikawasan DUN terbabit?

Harap Barisan Nasional tidak berbuat demikian kerana kalau diteruskan juga maka itulah jika calon mereka kelak tewas disitu ianya bukan saja merugikan pihak BN sendiri malah pihak lain juga akan menjadi mangsa seperti rakyat yang menyebelahi BN dimana mungkin ada projek untuk mereka akan dilaksana oleh pihak kerajaan sekiranya kawasan DUN Ba'Kelalan jatuh ke dalam tangan Pembangkang.

Untuk tujuan meneruskan karier politik Larry S'ng dalam Sarawak itupun sekiranya beliau masih setia dengan BN, maka kerajaan Barisan Nasional bolehlah mencari jalan lain untuk itu seperti sementara beliau belum berparti maka bolehlah diserap dalam pentadbiran kerajaan atau kabinet dan beri satu tugas khas bertaraf menteri dan saya yakin beliau memang boleh melakukannya.

Isnin, April 04, 2011

Injin kereta Karpal Singh padam tengah jalan depan Hotel Carcosa !

Tengah hari tadi kereta mewah yang dinaki YB Karpal Singh tiba-tiba meragam dan terus padam betul-betul atas jalanraya yang tengah sesak dengan ribuan kenderaan berbagai jenis yang bergerak perlahan dan secara kebetulan kejadian berlaku tepat dihadapan sebuah hotel terkemuka di Ibu Negara iaitu Hotel Carcosa Sri Negara.

Akibat terperangkap dalam kesesakkan lalulintas serta perjalanan trafik yang perlahan menyebabkan Karpal Singh tiada pilihan lain selain duduk saja dalam kereta selama berjam-jam sambil memakan 'karipap' bagi mengalas perut dia yang tengah berkeroncong serta 'tidak buncit' itu sementara menunggu pemandu beliau memeriksa punca kerosakkan dibahagian enjin kereta.

Periksa punya periksa maka akhirnya pemandu beliau iaitu Nizar Jamaluddin baru perasan yang beliau terlupa untuk mengisi minyak kereta walaupun sebelum bergerak dari Bangunan Parlimen menuju ke Damansara dia ada melihat meter minyak yang menunjukkan yang minyak hanya tinggal berapa liter saja dan bila saja sedar akan punca kereta padam lalu memberitahu kepada bossnya Karpal Singh.

Karpal Singh yang tengah sibuk mengemaskini akaun facebook serta twitter miliknya dengan menggunakan Blackberry yang baru beliau beli dari Thailand terkejut besar apabila pemandunya memberitahu yang kereta mereka naiki sudah kehabisan minyak serta kering dan tiada tinggal walaupun setitik dalam tangki minyak.

Geram dan marah dengan keadaan tersebut, Karpal Singh yang sebelum itu nampak hanya berdiam diri dalam kereta tanpa banyak bicara tiba-tiba bersuara "celaka punya pemandu, saya kasi itu gaji tak cukup kah sama dia, duit minyak sudah saya sediakan dalam kereta tapi kenapa dia masih boleh lupa isi,,,habislah, matilah saya kalu ini macam...mana saya boleh "pusing-pusing" macam dulu dengan kereta...kalu dulu saya mau "pusing" pergi mana semua boleh....tapi sekarang mau cakap apa pun sudah tiada gunanya lagi."

Betullah !!! sekarang Karpal Singh mau pusing cerita macamana lagi? ..dalam YouTube sudah ada apatah lagi kalau dalam blog-blog....semuanya menulis tentang "video Oh Mega" itu.

Video Porno 1Omega kini dipasaran !!! Rakyat Sarawak, ayuh...saksikan!!!

Inikah yang dikatakan sebagai konspirasi UMNO dan Barisan Nasional...?

Mengapa BN sembunyikan kukunya di N70 Ba' Kelalan semalam ?

Semalam Barisan Nasional Sarawak telah mengumumkan senarai kesemua nama-nama calon mereka untuk bertanding dikeseluruhan 71 kawasan DUN Sarawak yang ke-10 pada 16 April ini tetapi bagi DUN N.70 Ba' Kelalan Barisan Nasional telah mengambil langkah perlahan umpama seekor harimau yang sedang mengintai sebelum menerkam mangsanya.

Di kawasan DUN Ba' Kelalan ini saya rasa BN memang mempunyai banyak ramuan atau resepi yang boleh menimbulkan aroma dan tentunya kelak akan membuat ramai pihak semakin tertarik untuk tahu secara lebih dekat tentang rahsia keistimewaan yang terdapat di DUN Ba' Kelalan ini dimana sehingga semalam sepatutnya calon BN untuk kawasan berkenaan diumumkan serentak dengan tempat lain tetapi masih ditunda kepada tarikh yang belum lagi diketahui.

Kawasan yang majoriti penduduknya adalah masyarakat Lun Bawang yang terdiri daripada suku kaum Murut, Kelabit dan Tagal serta etnik kecil yang lain seperti Penan dan Bekatan ini kalau kita tengok dari segi bentuk muka buminya yang bergunung-ganang dan juga lebih separuh kawasannya mengalami cuaca sejuk sepanjang masa seperti di bahagian utara Gua Mulu, Long Seridan, Long Napir, Long Maguh, Long Kubaan serta sekitar kawasan Gunung Batu Lawi maka memang kita dapati tiada kerajaan lain yang mampu untuk membuat perubahan dan membawa sebarang pembangunan disana melainkan hanya kerajaan Barisan Nasional.

Dengan jumlah penduduknya yang tidak menentu disatu-satu tempat tambahan pula ada yang tinggal berselerak atau bertaburan dimerata tempat dalam kawasan yang begitu luas menjadi ia benar-benar telah menguji kemampuan kerajaan Barisan Nasional dalam usahanya untuk membawa masyarakat yang mendiami kawasan dalam DUN Ba' Kelalan dapat keluar daripada kesulitan hidup seperti yang dinikmati oleh rakyat Sarawak dalam kawasan lain.

Banyak lagi kesukaran yang wakil rakyat BN terpaksa tempuhi sepanjang tempoh berkidmat kepada rakyat di DUN Ba' Kelalan ini dan antaranya ialah rintangan yang utama ialah seperti harus menjelajah dari satu tempat ke satu tempat dalam jarak yang sangat jauh untuk menemui rakyat dan ini sudah tentu tidak memungkinkan pihak PKR dapat untuk menandingi kemampuan kerajaan BN dalam menunaikan tanggungjawab serta amanah kepada rakyat di kawasan DUN Ba' Kelalan.

Saya sedikitpun tidak nampak yang Baru Bian serta PKR dapat membawa sebarang perubahan untuk rakyat di DUN Ba' Kelalan sekiranya beliau memperolehi kemenangan di kawasan itu nanti tetapi sebaliknya kalau mereka menang nanti mereka bukannya akan membawa perubahan seperti yang diimpikan oleh penduduk di DUN Ba' Kelalan melainkan mereka akan merampas tanah hak kaum pribumi dikawasan tersebut dan kemudiannya akan menjual pula kepada pihak lain bagi mendapat sumber kewangan.

Maka itulah apabila saya lihat helah politik yang digunakan oleh BN Sarawak ini untuk satu-satu kawasan DUN memang baik juga walaupun agak sukar bagi kita untuk memahami rentak yang dipalu namun sekurang-kurangnya kita dapat menangkap sedikit maksud yang tersirat sebagaimana yang telah digunakan oleh BN khususnya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N.70 Ba' Kelalan semalam.

Ada satu perkara yang harus Baru Bian pelajari dari apa yang telah BN Sarawak lakukan dalam pengumumannya semalam apabila Ketua Penerangan PBB iaitu YB Tan Sri Hj Adenan Satem yang sengaja melangkau nama calon bagi kawasan DUN Ba' Kelalan dimana setelah nama untuk calon BN di N.69 Batu Danau terus kepada nama calon BN di DUN N.71 Bukit Sari dan menyimpan nama calon BN untuk DUN N.70 Ba' Kelalan.

Sebagai bakal Ketua Menteri Negeri Pasola, Baru Bian harus ingat yang dia sebelum ini pernah mencabar Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud untuk berdebat dengannya mengenai isu tanah NCR dan apabila ada pihak dalam PBB mencadangkan kepada beliau supaya dia berdebat saja dengan YB Tan Sri Hj Adenan Satem berhubung perkara itu namun Baru Bian menolak mungkin dia beranggapan yang TS Adenan Satem yang tidak mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan Sarawak maka tidak sesuai untuk berdebat dengan beliau yang sudah lama menyimpan angan-angan untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak.

YB Tan Sri Adenan Satem sudah bagi Baru Bian minum tapai nasi semalam, Baru Bian dah palau dah... dan selepas tamat PRN Sarawak ini nanti bolehlah Baru Bian mencabar Tan Sri Adenan untuk berdebat pasal isu tanah NCR... sekarang tak boleh...

Ahad, April 03, 2011

BN ketepikan suara rakyat di N36 Semop, N38 Jemoreng dan N54 Pelagus.

Saya tidaklah mahu untuk mengulas terlalu panjang mengenai senarai kesemua 71 nama calon BN yang telah diumumkan oleh Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sarawak yang juga ADUN bertahan di Tanjung Datu YB Datuk Sri Hj Adenan Satem.

Cuma saya mahu berkongsi pandangan dengan rakan-rakan mengenai tiga kawasan DUN iaitu DUN N.36 Semop, DUN N.38 Jemoreng dan juga DUN N.54 Pelagus. Tiga kawasan DUN ini sebenarnya sedang berdepan dengan krisis kepimpinan dan masalah kepimpinan yang dihadapi oleh ketiga-tiga kawasan DUN ini pula berbeza diantara satu dengan yang lain.

N.36 Semop misalnya, masalah yang membelenggu rakyat disana selama berada dibawah penguasaan kerajaan BN adalah sama saja dengan masalah yang dihadapi oleh sesetengah rakyat dari kawasan DUN yang lain di negeri ini tetapi soal pokoknya ialah wakil rakyat yang mewakili rakyat di kawasan DUN Semop itu.

Selama berpenggal-penggal rakyat di kawasan DUN Semop terpaksa memilih YB DS Mohd Asfia Awang Nassar sebagai wakil mereka disitu demi untuk memastikan agar Barisan Nasional dapat terus bertapak di kawasan tersebut namun kesabaran penduduk di kawasan DUN Semop semakin hari semakin hilang apabila YB DS Mohd Asfia ternyata telah gagal membawa sebarang pembangunan untuk rakyat dikawasan Semop walaupun pada setiap kempen beliau dalam beberapa pilihanraya sebelumnya beliau pernah berjanji itu dan ini untuk rakyat tetapi sesudah itu keadaan tetap juga tidak berubah.

DS Mohd Asfia adalah orang dari luar kawasan dan beliau bukannya anak jati di kawasan DUN Semop itu, jadi menjelang pilihanraya negeri Sarawak ke-10 ini, semakin ramai penduduk di kawasan Semop turut menyuarakan rintihan mereka kepada pemimpin atasan parti PBB yang mahu supaya kerajaan Barisan Nasional mempertimbangkan seorang calon dari kalangan anak tempatan Semop diletak bertanding untuk mempertahankan kerusi DUN Semop dari dirampas oleh calon daripada pihak lawan.

Tapi malangnya segala rintihan rakyat di Semop seolah-olah tidak didengari dan buktinya ialah pada hari ini apabila calon yang dipertaruhkan oleh BN untuk bertanding mempertahankan kerusi DUN Semop iaitu Abdullah Sidon menyaksikan penduduk-penduduk di DUN Semop sekali lagi diwakili oleh seorang wakil rakyat yang bukannya anak tempatan kerana beliau berasal dari daerah lain. Akan tetapi sama-samalah kita tunggu dan lihat nanti sekiranya beliau menang, apakah dia juga sama dua kali lima dengan DS Mohd Asfia.

N.38 Jemoreng pula, masalah yang dihadapi oleh para pengundi atau rakyat di DUN berkenaan juga hampir serupa dengan DUN Semop cuma bezanya wakil rakyat DUN Jemoreng dari BN iaitu YB Abu Seman Jahwie memang tidak dinafikan memang beliau kerap turun ke kawasan untuk berjumpa dengan rakyat tetapi soalnya ialah beliau sudah lima tahun atau sudah sepenggal menjadi wakil rakyat disitu namun rakyat sentiasa tercari-cari dimana kemajuan yang Abu Seman sudah bawa untuk DUN kawasan Jemoreng?

Keadaan ini sudah tidak menyenangkan Ahli Parlimen Igan iaitu YB Datuk Abdul Wahab Hj Dollah dimana DUN Jemoreng juga termasuk didalam kawasan P.107 Igan yang diwakilinya, jadi mahu tidak mahu YB Datuk Wahab terpaksa bersuara juga mengenainya dan harapan beliau mahu pada plihanraya Sarawak ke-10 ini Abu Seman diganti dengan muka baru yang lebih cergas dan cekap mengatasi masalah rakyat atau YB Dauk Abd Wahab sendiri akan membuat satu kejutan yang Barisan Nasional tidak pernah menduga sama sekali boleh terjadi. Tetapi nampaknya Abu Seman masih dikekalkan, jadi adakah Datuk Abd Wahab boleh menerimanya....sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Manakala di DUN N.54 Pelagus pula dimana rakyat dikawasan berkenaan seringkali tampil menyuarakan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap ADUN N.54 Pelagus iaitu YB Larry S'ng untuk terus kekal sebagai wakil mereka dikawasan tersebut walaupun mereka sedar yang YB Larry S'ng tidak mewakili mana-mana parti dalam Barisan Nasional tetapi oleh kerana khidmat beliau sebagai seorang rakyat disana ternyata berkesan maka ini telah menyebabkan rakyat Pelagus sangat sukar untuk melepaskan YB Larry S'ng malah beberapa hari yang sudah mereka melalui Tuai Rumah masing-masing yang seramai lebih 153 daripada 172 orang Tuai Rumah esemuanya yang terdapat dalam kawasan DUN Pelagus telah menyediakan satu memo yang mengandungi tandatangan setiap seorang Tuai Rumah terbabit sebagai bukti sokongan mereka terhadap YB Larry dan kemudian dihantar kepada pengerusi BN Negeri untuk pertimbangan.

Tetapi dalam perkara ini nampaknya BN sekali lagi telah membuat keputusan hanya dengan kuasa mereka dan secara tidak langsung BN telah mengenepikan suara dari akar umbi iaitu suara rakyat bawahan apabila BN terpaksa tunduk dan akur terhadap tekanan daripada Presiden PRS Datuk James Jemut Masing yang bertegas mahu supaya BN menyingkir YB Larry S'ng dari kawasan DUN Pelagus untuk membolehkan pihaknya yaini PRS meletak calon baru mereka dikawasan tersebut iaitu Dennis Unja bagi menggantikan tempat YB Larry S'ng.

N65 Senadin: PKR mula menutup klinik Dr Micheal Teo lebih awal

Keputusan PKR yang meletak calon parti berkenaan iaitu Dr Micheal Teo Yu Ken untuk bertanding merebut kerusi DUN N65 Senadin daripada Barisan Nasional yang kini disandang oleh YB Datuk Lee Kim Shin adalah merupakan satu kesilapan dan sudah tentu ianya hanya akan mengundang kekalahan kepada Dr Micheal Teo yang beriya-iya untuk dipilih sebagai seorang wakil rakyat.

Dalam ketiga-tiga kerusi DUN yang berada didalam Parlimen Miri itu kenapa harus DUN Senadin yang PKR pilih untuk bertanding dan mengapa tidak di DUN N64 Pujut? Apakah PKR tidak sedar akan kekuatan SUPP/BN di kawasan DUN Senadin? Dan apakah PKR juga tidak tahu yang kebanyakkan penduduk dalam kawasan DUN Senadin hampir separuh daripada mereka terbentuk adalah hasil daripada penghijrahan beramai-ramai masyarakat luar bandar iaitu pendalaman ke bandar terutama sekali masyarakat Orang Ulu?

SUPP/BN yang memain peranan dalam menarik lebih masyarakat luar bandar ke bandar dengan menyediakan berbagai-bagai bentuk kemudahan seperti sistem jalanraya yang baik, bekalan air yang sempurna, bekalan elektrik 24 jam, membina banyak tempat kediaman seperti rumah mampu milik atau rumah kos rendah, rumah kos sederhana, rumah mewah, rumah teres, rumah berkembar, rumah bertingkat serta pelbagai lagi kemudahan lain seperti klinik, sekolah, tapak-tapak gerai perniagaan dan sebagainya disamping menyediakan peluang pekerjaan untuk mereka yang sudah menetap sebagai warga Miri.

Kejayaan pasukan Wawasan BN Miri yang diketuai oleh Ahli Parlimen Miri YB Datuk Seri Peter Chin Fah Kui serta dibantu oleh tiga sahabat iaitu YAB Tan Sri Dr George Chan Hing Nam ADUN Piasau, YB Andy Chia Chu Fatt ADUN Pujut dan ADUN Senadin YB Datuk Lee Kim Shin untuk merealisasikan Miri diisytihar sebagai sebuah Bandaraya ke-3 dalam negeri Sarawak memang terbukti apabila sejak beberapa tahun yang sudah mereka telah berjaya menarik semakin ramai penduduk dari bahagian-bahagian lain dalam Sarawak untuk tinggal menetap di Bahagian Miri disamping perpindahan beramai-ramai masyarakat Pribumi dari pendalaman ke bandar menyebabkan pertambahan penduduk menjadi semakin ramai dan ini telah memenuhi salah satu kriteria yang amat perlu bagi setiap bandar yang mahu dinaiktaraf sebagai sebuah Bandaraya.

Dengan segala kemudahan yang sudah dan akan disediakan walaupun mungkin ada sebahagian daripadanya agak perlahan atau lambat untuk dilaksanakan disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak memungkinkan untuk setiap projek itu dapat disiapkan dengan kadar segera atau seperti yang dijadualkan namun apa yang penting bagi penduduk di kawasan DUN Senadin sekarang ialah mereka sudah ada tempat untuk memautkan harapan kerana kekerapan YB Datuk Lee turun padang menemui rakyat di kawasan beliau bagi menyelami masalah yang mereka hadapi sudah tentu sangat besar ertinya kepada setiap rakyat.

Berbalik semula tentang PKR yang silap memilih kawasan untuk bertanding. Saya melihat dari beberapa sudut, Dr Micheal Teo sebagai seorang pengamal perubatan yang juga sama seperti mereka yang lain ada memiliki satu klinik beliau sendiri dalam kawasan pasar di Bandaraya Miri namun kalau dilihat dari segi sokongan ataupun sambutan daripada masyarakat atau orang ramai yang mahu mendapat khidmat perubatan dari klinik-klinik swasta terutama sekali di Bahagian Miri ini, orang ramai sebenarnya lebih suka memilih untuk pergi ke klinik lain seperti Klinik Dr Sim Cho Kheng, Dr Loh Yunn Hua, Klinik Dr Chew, Klinik Dr Philip Ting, Klinik Dr Peter Lee, Klinik Dr Yee, Klinik Dr Abdul Aziz, Dr Leong Mui Ling, Dr Ahmad Tajuddin, Dr Rokiah Udin tetapi jarang di sebut nama Klinik Dr Micheal Teo.

Bagi penduduk dikawasan DUN Senadin, Pujut dan Piasau untuk mendapat khidmat perubatan doktor swasta mereka lebih suka mengunjungi atau ada juga diantara mereka yang sudah menjadi pelanggan tetap di klinik-klinik yang tersebut diatas kecuali klinik kepunyaan Dr Micheal Teo atas sebab yang tidak diketahui puncanya. Ada juga suara yang kedengaran merungut dengan perkhidmatan yang diberi dan ada juga yang mengadu sukar untuk bertemu dengan Dr Micheal Teo diklinik apabila setiap kali hanya berjumpa dengan pegawai perubatan yang bekerja dengan beliau lalu ada yang bertanya, "macam mana nak jadi wakil rakyat kalau begini, baru ada satu klinik itupun sudah payah hendak kita berjumpa."

Tetapi sangat berbeza dengan YB Datuk Lee Kim Shin, rakyat di kawasan DUN Senadin khususnya memang sudah sebati atau sudah terbiasa menerima kunjungan YB Datuk Lee walaupun hanya pada hari-hari yang biasa kerana sebagai seorang wakil rakyat yang berbilang kaum seperti Cina, Melayu, Orang Ulu, Iban dan lain-lain lagi disitu maka masyarakat yang diwakilinya memang sudah kenal sangat dengan keprihatinan Datuk Lee terutama terhadap golongan yang kurang bernasib baik dan mereka sudah mengenali Datuk Lee Kim Shin bukan hanya menjelangnya saat pilihanraya tetapi setiap kali pulang ke kawasan DUN Senadin, YB Datuk Lee memang tidak pernah lupa untuk bertemu dengan rakyat tanpa mengira bangsa serta latar belakang mereka.

Oleh itu, apabila Parti KeADILan Rakyat PKR telah menetapkan Pengerusi PKR Bahagian Miri iaitu Dr Micheal Teo untuk berdepan dengan YB Datuk Lee Kim Shin di kawaan DUN N65 Senadin pada pilihanraya umum Sarawak 16 April ini, saya hanya dapat membayangkan bagaimana selepas pilihanraya itu nanti Dr Micheal Teo setiap hari hanya akan membuka klinik beliau mulai jam 10 pagi dan 5 jam selepas itu dia akan menutup balik premis kepunyaannya kerana pelanggan atau pesakit yang semakin berkurangan untuk mendapatkan rawatan malah ada dikalangan pesakit yang menjadi pelanggan tetap mula berubah selera dengan memilih klinik yang lain pula dan ini akan menyebabkan Klinik Dr Micheal Teo kehilangan semakin ramai pelanggan

Jam 3 ptg ini Pehin Sri Taib akan umum senarai penuh 71 calon BN

Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud akan mengumumkan senarai nama kesemua 71 orang calon BN untuk bertanding mempertahankan 63 kerusi DUN disamping untuk merampas kembali 8 lagi kerusi yang telah dimenangi oleh calon daripada pihak Pakatan Pembangkang sebelum ini.

Adalah dijangka Radio Televisyen Malaysia RTM akan menyiar secara langsung pengumuman penting yang akan dibuat oleh Pehin Sri Taib pada pukul 3 petang ini dari Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Satok Kuching.

Arkib Blog