Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, April 05, 2011

Video klip 1:47 saat belum termasuk dalam kategori lucah..mohon pandangan rakan bloggers !

Saya berpendapat tindakan oleh beberapa orang penulis blog yang memuatnaikkan sebahagian daripada rakaman sebenar video lucah yang mempunyai tempoh tayangan selama 20 minit adalah tidak menyalahi mana-mana undang yang sedia ada kerana apabila ianya hanya menayang cuma 1 minit 47 saat dan adegan terhenti bila sampai kepada aksi pelakon lelaki cuba memeluk pasangannya.

Adegan seperti itu memang sudah biasa kita lihat didalam mana-mana filem baik yang dari luar negara mahu filem tempatan sendiri dan kalau mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Penerangan satu ketika dulu ianya boleh ditonton orang dewasa dengan label [18X] dan [U] atau umum seperti yang seringkali kita lihat dipapar pada skrin TV1, TV2 dan TV3 serta di ASTRO.

Jadi saya ingin memberi reaksi segera kepada satu berita yang mengatakan bahawa pihak polis akan meneliti serta menyiasat pihak-pihak yang bertanggungjawab memuatnaik video klip tersebut ke dalam You Tube disamping akan turut menyiasat individu yang terlibat memuatnaik video klip berkenaan didalam laman blog masing-masing.

Untuk ini kita semua harap agar pihak polis tidak lari dari fokus sebenar mereka iaitu untuk menyiasat tentang kesahihan isi kandungan yang terdapat didalam video seks tersebut samada tulen ataupun palsu serta untuk menyiasat identiti sebenar individu yang beraksi didalam video klip itu dan bukannya mengalih siasatan kepada perkara yang lain kerana jika ini berlaku kita khuatir siasatan terhadap video itu nanti terperap entah di mana tetapi pihak yang tidak sepatutnya pulak yang disiasat.

Oleh itu kalau siasatan hendak dilakukan terhadap para penulis blog terutamanya blogger yang pro-kerajaan semata-mata ada kaitan dengan penyebaran video klip yang hanya mempunyai durasi selama 1 minit 47 saat di internet maka sebelum itu saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa video klip 1:47 itu bukannya sampai kepada tahap yang boleh dikatakan sebagai lucah kerana tubuh badan kedua-dua pelakon dalam video sependek itu masih lagi tutupi dengan tuala dan aurat keduanya juga tidak dapat dilihat dengan jelas.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro..aku setuju..aku sependapat..

Bingai @ Bangang berkata...

Pengertian Lucah!
1. Bahasa yang lucah termasuk mencarut
2. Penampilan yang lucah termasuk menunjukkan susuk badan yang perlu dilindungi seperti payudara (bagi wanita) dan kemaluan (bagi kedua-dua jantina)
3. Perlakuan lucah termasuk mencium dan bergomol dalam keadaan ghairah.

Kalau berdasarkan video yang telah disunting dan dimuatnaikkan berulangkali tersebut, TIADA YANG LUCAH!!!

Polis pun tahu!

Aku Yang Bingai
Jom Pancut Dan Minta Diskaun!

hilbert berkata...

Melanau,
t/kasih bro..

B&B,
betul bro.. cuma pihak pakatan yg tidak faham tapi menafsirkannya sebagai lucah,,,

Sudir berkata...

Kalau lucah takkan Google lepaskan klip tu..

Arkib Blog