Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, April 08, 2011

N.50 Dalat: BN bakal tewas jika cara berkempen tidak berubah !

Untuk DUN Dalat ini saya tidak lagi menaruh harapan yang tinggi bahawa PBB akan mampu mengekalkan kerusi berkenaan bagi pihan Barisan Nasional pada pilihanraya umum Sarawak 16 April nanti.

Kemenangan tanpa bertanding YB Datin Hjh Fatimah pada pilihanraya negeri Sarawak yang ke-9 dulu tidak lagi boleh untuk dijadikan sebagai satu sandaran untuk meletakkan keyakinan bahawa kemenangan pasti akan berpihak kepada Barisan Nasional.

Banyak sebenarnya isu yang melingkari masalah rakyat di kawasan DUN Dalat ini yang perlu ditangani secara bijak dan berkesan namun sayang sekali sebab tiada usaha dilakukan untuk menenangkan 'pemberontakan dalam hati' rakyat di DUN Dalat yang jelas masih keliru dengan banyak masalah yang belum selesai dan ditambah pula dengan masalah-masalah baru yang lain walaupun nampak mudah bagi pihak BN namun ianya satu masalah besar bagi rakyat.

Isu yang sentiasa mengambil tempat dalam masyarakat di DUN Dalat ialah mengenai tanah, bekalan air dan elektrik biarpun tidak kesemua mereka ini terlibat dalam masalah tetapi apabila isu ini sengaja diperbesar-besarkan dan tambah menyulitkan lagi apabila ada pihak ketiga yang turut masuk campur menjadikan ianya seolah-olah seperti satu isu yang besar.

Yang Berhormat atau wakil rakyat, mereka ini sebenarnya mempunyai peranan yang jelas untuk menerangkan kepada rakyat dikawasan mereka masing-masing tentang segala masalah yang terpaksa pihak kerajaan Barisan Nasional hadapi sebelum menjalankan sesuatu projek yang dipohon dan yang telah diluluskan seperti projek untuk bekalan air bersih, bekalan elektrik serta jalanraya.

Setiap projek ini memang memerlukan tapak tanah yang begitu banyak untuk melaksanakannya dan sudah tentulah ianya akan melibatkan ramai pemilik tanah, jadi apabila kerja-kerja mengukur dan menyukat mengikut saiz tanah yang diperlukan untuk membuat jalanraya, tempat mendirikan tiang elektrik serta tempat menanam saluran paip maka langkah seterusnya kerajaan akan mengenalpasti siapa pemilik yang tanah mereka turut terlibat dalam projek berkenaan.

Masalah akan timbul bagi pihak kerajaan apabila terdapat pemilik-pemilik tanah yang terbabit dengan projek enggan memberi kerjasama untuk bersetuju tanah mereka hendak digunakan walaupun ditawarkan dengan sejumlah wang pampasan oleh kerajaan dan ini berlaku apabila ada diantara tuan tanah dikawasan yang terbabit sebenarnya bukan penduduk dikawasan berkenaan. Maka ini tentu sekali menyulitkan lagi keadaan.

Tugas wakil rakyat bagi saya tidak semata-mata untuk menyampaikan geran atau mengumumkan kepada rakyat tentang projek yang diluluskan oleh kerajaan untuk sesuatu kawasan itu tetapi tidak kurang juga pentingnya untuk Ahli Yang Berhormat menjelaskan kepada rakyat sebab-sebab utama mengapa ada sesetengan projek yang sudah diluluskan tetapi tidak dapat dilaksanakan dan penerangan adalah amat enting sekali kerana jika tidak rakyat yang kurang maklumat pasti akan membuat persepsi buruk tentang kerajaan Barisan Nasional.

Wakil-wakil rakyat BN harus segera turun menemui rakyat sekira ada projek-projek yang sebelum itu dikatakan sebagai sudah lulus dan selepas itu terpaksa dibekukan balik tanpa sebarang alasan diberi. Kempen calon-calon BN kali ini hendaklah berubah mengikut masa dan kalau boleh jangan lagi terlalu mengikut kempen cara lama bagi memenangi hati rakyat.

Rakyat di DUN Dalat sudah ramai antaranya sejak beberapa hari yang lalu telah menggunakan laman sosial facebook (Komuniti Melanau Dalat -KMD) untuk berintereaksi sesama mereka bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan pilihanraya umum Sarawak yang ke sepuluh ini dan harap juga wakil rakyat dalam sibuk berkempen ambillah sedikit masa walaupun seketika untuk bersama dengan rakan dalam facebook dan terangkan kepada mereka tentang masalah yang sering dibangkit dalam facebook KMD.

Tiada ulasan:

Arkib Blog