Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, April 03, 2011

BN ketepikan suara rakyat di N36 Semop, N38 Jemoreng dan N54 Pelagus.

Saya tidaklah mahu untuk mengulas terlalu panjang mengenai senarai kesemua 71 nama calon BN yang telah diumumkan oleh Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sarawak yang juga ADUN bertahan di Tanjung Datu YB Datuk Sri Hj Adenan Satem.

Cuma saya mahu berkongsi pandangan dengan rakan-rakan mengenai tiga kawasan DUN iaitu DUN N.36 Semop, DUN N.38 Jemoreng dan juga DUN N.54 Pelagus. Tiga kawasan DUN ini sebenarnya sedang berdepan dengan krisis kepimpinan dan masalah kepimpinan yang dihadapi oleh ketiga-tiga kawasan DUN ini pula berbeza diantara satu dengan yang lain.

N.36 Semop misalnya, masalah yang membelenggu rakyat disana selama berada dibawah penguasaan kerajaan BN adalah sama saja dengan masalah yang dihadapi oleh sesetengah rakyat dari kawasan DUN yang lain di negeri ini tetapi soal pokoknya ialah wakil rakyat yang mewakili rakyat di kawasan DUN Semop itu.

Selama berpenggal-penggal rakyat di kawasan DUN Semop terpaksa memilih YB DS Mohd Asfia Awang Nassar sebagai wakil mereka disitu demi untuk memastikan agar Barisan Nasional dapat terus bertapak di kawasan tersebut namun kesabaran penduduk di kawasan DUN Semop semakin hari semakin hilang apabila YB DS Mohd Asfia ternyata telah gagal membawa sebarang pembangunan untuk rakyat dikawasan Semop walaupun pada setiap kempen beliau dalam beberapa pilihanraya sebelumnya beliau pernah berjanji itu dan ini untuk rakyat tetapi sesudah itu keadaan tetap juga tidak berubah.

DS Mohd Asfia adalah orang dari luar kawasan dan beliau bukannya anak jati di kawasan DUN Semop itu, jadi menjelang pilihanraya negeri Sarawak ke-10 ini, semakin ramai penduduk di kawasan Semop turut menyuarakan rintihan mereka kepada pemimpin atasan parti PBB yang mahu supaya kerajaan Barisan Nasional mempertimbangkan seorang calon dari kalangan anak tempatan Semop diletak bertanding untuk mempertahankan kerusi DUN Semop dari dirampas oleh calon daripada pihak lawan.

Tapi malangnya segala rintihan rakyat di Semop seolah-olah tidak didengari dan buktinya ialah pada hari ini apabila calon yang dipertaruhkan oleh BN untuk bertanding mempertahankan kerusi DUN Semop iaitu Abdullah Sidon menyaksikan penduduk-penduduk di DUN Semop sekali lagi diwakili oleh seorang wakil rakyat yang bukannya anak tempatan kerana beliau berasal dari daerah lain. Akan tetapi sama-samalah kita tunggu dan lihat nanti sekiranya beliau menang, apakah dia juga sama dua kali lima dengan DS Mohd Asfia.

N.38 Jemoreng pula, masalah yang dihadapi oleh para pengundi atau rakyat di DUN berkenaan juga hampir serupa dengan DUN Semop cuma bezanya wakil rakyat DUN Jemoreng dari BN iaitu YB Abu Seman Jahwie memang tidak dinafikan memang beliau kerap turun ke kawasan untuk berjumpa dengan rakyat tetapi soalnya ialah beliau sudah lima tahun atau sudah sepenggal menjadi wakil rakyat disitu namun rakyat sentiasa tercari-cari dimana kemajuan yang Abu Seman sudah bawa untuk DUN kawasan Jemoreng?

Keadaan ini sudah tidak menyenangkan Ahli Parlimen Igan iaitu YB Datuk Abdul Wahab Hj Dollah dimana DUN Jemoreng juga termasuk didalam kawasan P.107 Igan yang diwakilinya, jadi mahu tidak mahu YB Datuk Wahab terpaksa bersuara juga mengenainya dan harapan beliau mahu pada plihanraya Sarawak ke-10 ini Abu Seman diganti dengan muka baru yang lebih cergas dan cekap mengatasi masalah rakyat atau YB Dauk Abd Wahab sendiri akan membuat satu kejutan yang Barisan Nasional tidak pernah menduga sama sekali boleh terjadi. Tetapi nampaknya Abu Seman masih dikekalkan, jadi adakah Datuk Abd Wahab boleh menerimanya....sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Manakala di DUN N.54 Pelagus pula dimana rakyat dikawasan berkenaan seringkali tampil menyuarakan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap ADUN N.54 Pelagus iaitu YB Larry S'ng untuk terus kekal sebagai wakil mereka dikawasan tersebut walaupun mereka sedar yang YB Larry S'ng tidak mewakili mana-mana parti dalam Barisan Nasional tetapi oleh kerana khidmat beliau sebagai seorang rakyat disana ternyata berkesan maka ini telah menyebabkan rakyat Pelagus sangat sukar untuk melepaskan YB Larry S'ng malah beberapa hari yang sudah mereka melalui Tuai Rumah masing-masing yang seramai lebih 153 daripada 172 orang Tuai Rumah esemuanya yang terdapat dalam kawasan DUN Pelagus telah menyediakan satu memo yang mengandungi tandatangan setiap seorang Tuai Rumah terbabit sebagai bukti sokongan mereka terhadap YB Larry dan kemudian dihantar kepada pengerusi BN Negeri untuk pertimbangan.

Tetapi dalam perkara ini nampaknya BN sekali lagi telah membuat keputusan hanya dengan kuasa mereka dan secara tidak langsung BN telah mengenepikan suara dari akar umbi iaitu suara rakyat bawahan apabila BN terpaksa tunduk dan akur terhadap tekanan daripada Presiden PRS Datuk James Jemut Masing yang bertegas mahu supaya BN menyingkir YB Larry S'ng dari kawasan DUN Pelagus untuk membolehkan pihaknya yaini PRS meletak calon baru mereka dikawasan tersebut iaitu Dennis Unja bagi menggantikan tempat YB Larry S'ng.

10 ulasan:

PUTRA MERDEKA berkata...

ish..ish.ish..berat tu bro!

Pemikir berkata...

Apa yang saya riasau tuan, N36 akan melakukan UNDI PROTES terhadap BN. Mungkin telah terlalu lama kesetiaan merekka di uji.

Pemikir berkata...

Thanks Sahabat kerana perihatin terhadap N36.

Unknown berkata...

Semoga YB Fatimah menang lagi

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..ADUN YG X PERFOM TU SILA TUNJUK PINTU EXIT HUHUHU

hilbert berkata...

Salam dan t/kasih semua,

PM, memang beratpun bro..tetapi terpulanglah kepada rakyat dikawasan yg terbabit..harap mereka dapat menerimalah BN seadanya..

MHS, saya sering mengikuti luahan hati rakyat di kawasan N36 Semop..dan saya rasa BN perlu bersungguh-sungguh dengan memberi perhatian yg sewajarnya kepada penduduk atau rakyat di DUN Semop.

MK, saya juga sentiasa mengharapkan agar YB Fatimah terus kekal di DUN Dalat...dan beliau ternyata mampu untuk mewakili kita di DUN Dalat sana.

Bro Jeff, hendaknya begitulah bro..tapi nak buat macam mana kalau dah keputusan dah dibuat..rakyat terpaksa terima juga sebab kalau tak ini sudah tentu akan memberi banyak pont kepada pihak Pakatan untuk masuk..

MNA berkata...

Pemipin tertinggin BN memang macam nilah bro, kami dulu pun mengharapkan Datuk Raden Maleh ditukar tetapi beliau tetap dipilih walaupun tdk dpt melakukan apa-apa setelah 4 penggal menjadi YB. Caranya mungkin ialah rakyat sendirilah yang kena buat keputusan. Tunjukkan mereka jalan keluar. Sampai bila kita harus bersabar. Saya fikir ini sahaja caranya.

hilbert berkata...

Ye lah PA, memang betul..
agaknya mereka tidak tahu apa yg rakyat rasai..

nelayan berkata...

http://sebanaku-sarawak.blogspot.com/

Baca blog di atas siapa Abdullah Lye sebenarnya. Seorang kaki botol dan betina. Setiap malam Jumaat berpesta atau berparti di Victoria Arm English Pub di Merdeka Palace Kuching. Seorang pemabuk akan menjadi wakil rakyat N36. Kesian rakyat miskin di N36 sebab tiada apa Abdullah Lye dapat polah apa pembangunan. Beliau tiada kekuatan...hanya suka enjoy.

Unknown berkata...

Kemajuan apa yang tuan tuan nak di MATU, JEMORENG yang tuan Maksudkan?
cube fikir dan senaraikan..Kalu tanya Saya, Saya fikir Kita patut buat Ruang Blog "CUBA TANYA YB MATU" supaya mudah kita nak Komunikasi dengan YB..

Arkib Blog