Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Disember 15, 2010

Autonomi: janji PKR jelas untuk memisah Sarawak dari Malaysia !

Sejak Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali yang menang jawatan tersebut melalui proses 'balingkerusi' pada Kongress parti berkenaan baru-baru yang baru saja bertandang ke Sarawak dengan membawa satu janji yang paling tidak masuk akal bagi saya iaitu akan memberikan 'kuasa autonomi' atau kuasa penuh untuk mentadbir kerajaan negeri Sarawak kepada kepimpinan negeri jika Pakatan Haram berjaya menumpas kerajaan yang sedia ada ketika ini pada pilihan raya umum negeri Sarawak yang akan datang.

Ada satu lagi janji manis Azmin Ali sewaktu beliau hadir pada satu majlis makan malam pra-krismas di Bintulu beberapa hari yang lepas iaitu atas cadangan pihak parti DAP Sarawak maka PKR Sarawak setuju untuk menamakan Baruk Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak yang baru dengan gelaran yang sedang direka iaitu 'Chief Minister in The Making' seandainya impian dan angan-angan gila mereka untuk berkuasa di Bumi Kenyalang berjaya dicapai kelak.

Mengenai janji utama mereka tentang pemberian 'kuasa autonomi penuh' kepada kerajaan negeri iaitu sekiranya Pakatan Haram berjaya atau berupaya menubuh kerajaan Persekutuan mereka secara mutlak di negara ini nanti maka janji mereka sebelum ini memang wajib untuk ditunaikan kepada kerajaan negeri yang terbabit dan apabila kuasa penuh sebagaimana yang telah dijanjikan itu sudah diberi dan berada dalam genggaman pemimpin kerajaan negeri tersebut maka ini bermakna kerajaan pusat yang sepatutnya mempunyai kuasa lebih luas daripada semua kerajaan negeri yang bersekutu didalamnya sudah tidak punya apa-apa lagi kuasa ke atas kerajaan negeri yang berkenaan yang mana kerajaan negeri telah ada kuasa penuh untuk mentadbir sendiri negeri mereka tanpa memerlukan sebarang campur tangan daripada kerajaan pusat sepertimana kelazimannya.

Ringkasnya, apabila mula berlaku keadaan yang sedemikian dalam hubungan di antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat pada ketika itu sudah tentulah akan timbul pula perkara lain yang pasti akan terus menyusul dari belakang satu demi satu sehingga akan berlakunya keratakan hubungan antara kedua pihak dan sekiranya keadaan sudah mula semakin sukar untuk diatasi, apakah jaminan yang dapat diberikan bahawa Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara dan Sarawak akan tetap terus berada bersama-sama dengan Malaysia ?

Apakah ada jaminan lain daripada Azmin Ali khususnya dan PKR amnya bahawa Malaysia tidak akan berpecah pada akhirnya andaikata Pakatan Haram berkuasa di negara ini dan janji-janji seumpamanya juga mereka telah penuhi kepada semua kerajaan-kerajaan negeri dalam negara ini ? Saya melihat tindakan yang paling tidak bertanggungjawab Azmin Ali ini dengan menjanjikan perkara yang bukan-bukan kepada penduduk Sarawak mungkin ada dikalangan para pemimpin BN sendiri dan juga sesetengah pihak memandangnya sebagai perkara remeh namun mereka lupa seandainya benar-benar ditakdirkan perkara itu akan berlaku adakah pada masa itu barulah kita semua perlu bangkit bertindak untuk menyedarkan diri masing-masing betapa bahayanya percubaan yang telah Azmin Ali buat yang mana jika tidak dicegah dengan segera pasti akan memudaratkan kestabilan di negara ini sehingga boleh menyebabkan Malaysia akan berpecah-belah sebagaimana yang pernah terjadi ke atas bekas Negara Soviet Union yang menyaksikan negara berkenaan runtuh setelah banyak wilayah-wilayah menuntut kemerdekaan sendiri daripada kerajaan Soviet yang kini dikenali sebagai Russia.

Mengenai janji Azmin Ali atau PKR untuk melantik Baruk Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak jika mereka berkuasa kelak, saya melihat betapa pimpinan tertinggi PKR serta DAP sangat tidak memahami keadaan di Sarawak termasuklah berkenaan dengan rakyat Sarawak sendiri. Mereka tidak tahu bahawa Baruk Bian ada datang dari suku kaum yang paling minoriti di negeri Bumi Kenyalang yang hanya terdapat di bahagian utara negeri Sarawak dan kaum ini pada dasarnya tidak mahu digolongkan dalam kumpulan Dayak atas sebab-sebab yang tertentu maka itulah mereka lebih senang dikenali sebagai masyarakat Lun Bawang.

Masyarakat Dayak pula dimana kaum Iban yang mendominasi masyarakat berkenaan merupakan kaum majoriti di Sarawak namun sikap mereka yang suka berpuak-puak dan sukar untuk bersatu menyebabkan mereka lemah dari segi kuasa tidak seperti kaum Bidayuh yang menjadi majoriti kedua terbesar dalam komuniti Dayak, mereka ini walaupun kurang memiliki semangat bersatupadu dikalangan sesama mereka namun dalam soal sokongan kepada kerajaan BN kaum Bidayuh sepatutnya dipuji dari segi kesetiaan mereka terhadap Barisan Nasional.

Dan kaum Melayu, Melanau serta Kedayan yang mempunyai identiti yang tersendiri sebagai sebahagian daripada rakyat negeri Sarawak mempunyai semangat berkerjasama sesama mereka dan jarang menampilkan suasana perpecahan dalam kumpulan masing-masing kepada umum dan lebih selesa memilih dengan cara berbincang dan ketiga-tiga kaum ini mempunyai banyak persamaan baik dari segi adat atau amalan hidup serta tempat kediaman tidak jauh berbeza diantara satu dengan yang lain dan sekiranya mereka bersatu maka sudah pasti mereka akan memiliki kuasa yang lebih kuat lagi di negeri Sarawak.

Oleh itu sekiranya Baruk Bian menyimpan impian untuk ke Petra Jaya, maka teruskan saja...PKR harus sokong dia dan begitu juga Anwar Ibrahim yang punya impian untuk ke Putra Jaya...teruskan saja...TETAPI ada satu perkara yang harus selalu diingat, jangan disebabkan hanya kerana untuk mengejar pangkat dan kuasa sehingga sanggup pula untuk meruntuh dan memusnahkan segala apa yang telah Malaysia ada dan capai selama ini !

Pulak dah!!! ..hari tu kata Namewee sudah minta maaf kepada 1Malaysia, tapi...

Pelik juga, beberapa hari yang lalu Timbalan Presiden Perkasa saudara Arman melalui laman blognya telah mengeluarkan satu artikel mengenai betapa Namewee atau Wee Meng Chee 27 telah tunduk terhadap desakan supaya beliau memohon maaf kepada seluruh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhannya berikutan kontroversi yang menyelubungi hidup dia kini sebagai seorang warganegara ini.

Setahu saya artikel berkenaan diterbitkan setelah saudara Arman dipanggil secara mengejut untuk hadir ke Dewan Parlimen oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Nazri Tan Sri Aziz bagi menteri berkenaan memaklumkan kepada saudara Arman yang Namewee ini sudahpun meminta maaf kepada seluruh masyarakat Malaysia atas perbuatan tidak bertanggungjawab beliau itu.

Pada pertemuan antara Nazri dengan saudara Arman itulah maka saya percaya yang Nazri telah memberitahu kepada saudara Arman yang Namewee sudahpun berbuat demikian iaitu telah meminta maaf setelah terpaksa tunduk atas desakan, kononnyalah!

Betul ke Namewee sudah memohon maaf? Di mana? Bila? Di depan siapa? Ikhlas atau jujurkah dia apabila berbuat demikian? Atau akibat terdesak maka dia berbuat demikian atau juga mungkin itu agaknya antara satu pra-syarat yang harus beliau penuhi sekiranya dia mahu permohonan peruntukkan yang dikemukakan kepada Nazri tempoh hari bagi menampung kos pembiayaan pembikinan video 1Malaysia beliau dapat diluluskan oleh Kabinet Malaysia yang akan mengadakan mesyuarat mingguannya hari ini?

Tapi kenapa pula pagi ini Papa Gomo bangun dengan sarapan roti bakar 'Namewee harus minta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia' ? ..lebih kurang begitulah bunyinya...

Selasa, Disember 14, 2010

Di Bintulu Azmin Ali janjikan baju baru buat Baruk Bian. HAH!!!

Apa lagi kawan kita bila saja nampak muka Azmin Ali datang berkunjung ke Sarawak maka mulailah didalam kepala dia bermain satu angan-angan  ~~~kalaulah PKR dapat rampas Sarawak daripada BN, ~~~kalaulah PKR dapat rampas Sarawak daripada BN, ~~~kalaulah PKR dapat rampas Sarawak daripada BN, ~~~sudah pasti aku jadi KM Sarawak...yahhhh aku akan jadi Ketua Menteri Sarawak !!!

Baru-baru ini Timbalan Presiden PKR yang baru dan yang menang melalui cara pemilihan mengikut amalan demokrusi baling membaling iaitu YB Azmin Ali telah mengadakan kunjungan ke Bahagian Bintulu di Sarawak bagi menghadiri majlis makan malam pra-krismas dan sempena sambutan tahun baru masehi 2011 anjuran PKR Sarawak dan dikelolakan oleh Pengerusi PKR Sarawak encik Baruk Bian.

Menurut penulis blog Melanau Blogger , pada majlis berkenaan YB Azmin telah berjanji menerusi PKR Sarawak khas ditujukan kepada rakyat Sarawak mahu memperbahurui semula perjanjian yang terdapat dan yang sudah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang melibatkan berbagai perkara termasuklah soal autonomi bagi negeri Sarawak dan juga Sabah yang kononnya kalau mengikut dakwaan Azmin Ali maksudnya ialah telah disalahuruskan oleh kerajaan BN Sarawak dan juga BN Pusat.

Kelihatannya ramai juga para penyokong PKR Sarawak yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang tergolong didalam insan-insan yang bakal tertipu yang sebelum inipun memang mereka datang dari kelompok yang putus asa, kecewa, merana, frust menonggeng akibat ada satu perkara yang mereka buat selama ini tak jadi umpama peribahasa Melayu lama iaitu yang dikejar tak dapat yang dikendong jatuh berciciran, percaya dan khayal dengan semua janji yang telah dijanjikan oleh Azmin Ali pada majlis tersebut.

Saya mulai tertanya-tanya tentang autonomi yang telah dijanjikan oleh Azmin Ali itu, nak bagi autonomi yang macamana lagi kepada Sarawak sedangkan selama inipun Sarawak dan Sabah sudah mendapat lebih banyak kebaikan setelah bersama-sama dengan Semenanjung Tanah Melayu bagi membentuk sebuah negara yang berdaulat iaitu Malaysia. Sarawak dan Sabah selama ini jelas sudahpun ada kuasa autonomi yang sepatutnya harus dihargai dan dipertahankan.

Dalam sebuah negara yang bersekutu seperti Malaysia sudah pastilah setiap negeri yang ada didalamnya terikat juga dengan beberapa peraturan yang telah dipersetujui bersama sebelum tertubuhnya negara Malaysia dan adalah sangat Mustahil untuk sesebuah negeri itu boleh bertindak secara bersendirian dalam menentukan sebarang keputusan yang memerlukan sentuhan kerajaan Persekutuan untuk memuktamadkannya.

Harap rakyat Sarawak tidak akan masuk perangkap yang jika kita sudah terpedaya atau terperangkap oleh tipudaya pihak Pakatan Pembankang ini maka apa jua sesalan selepas itu tidak ada ertinya lagi dan adalah lebih baik kita beringat sebelum kena...sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya !

Kenapa Datuk Zaid umpama roh merayau mencari jasad? Masuk AKIM pula !

Walaupun ketika berada dalam Barisan Nasional dan ketika berkihidmat sebagai seorang menteri dalam kerajaan Malaysia Datuk Zaid Ibrahim acapkali menimbulkan berbagai bentuk masalah namun kdangkala timbul juga rasa kesian pada diri saya apabila melihat bagaimana beliau menguruskan perjalanan karier politiknya yang tersisa dalam negara ini yang seolah-olah tiada halatuju atau destinasinya yang tetap.

Jika sebelum masuk dan berada dalam PKR untuk tempoh setahun lebih beliau adalah salah seorang pemimpin yang bermasalah dalam UMNO dan setelah keluar dari PKR dalam bulan November 2010 lalu beliau seterusnya mengakui akan menubuh sebuah parti baru bagi meneruskan kerjaya politiknya tetapi tetiba saja kita dikejutkan dengan tindakan beliau yang akhirnya memilih untuk menyertai parti Angkatan KeADILan Insan Malaysia atau AKIM sebuah parti politik terpencil adik kepada PKR.

Apakah cara politik yang tanpa pendirian tetap Datuk Zaid sebegini akan terus dapat diterima oleh segelintir rakyat Malaysia yang inginkan kelainan ? Tapi yang menjadi tandatanya sekarang ialah mengenai sebuah parti baru yang dijanji akan ditubuhkan oleh beliau pada tahun depan, adakah kerana Datuk Zaid bimbang ROS lewat untuk meluluskan pendatarannya jika beliau membuat permohonan dan tidak berpeluang menyertai PRU ke 13 nanti jika Parlimen dan DUN-DUN dibubarkan lebih awal maka sebab itulah beliau terpaksa membatalkan hasrat tersebut dan memilih untuk masuk AKIM ?

Isnin, Disember 13, 2010

Mahkamah perkenal Konsep PLEA Bargaining untuk atasi kes tertangguh !

Sangat menarik dan rakyat Malaysia harus menyokong apa jua usaha yang sedang dilakukan kini oleh para Hakim di negara kita bagi mengurangkan terlalu banyaknya kes-kes yang tertunggak di Mahkamah.

Ketua Hakim Negara, YBhg Tun Zaki Azmi hari ini telah mengumumkan bahawa pihak Mahkamah dalam masa yang terdekat ini akan memperkenalkan satu tawaran khas kepada pesalah atau tertuduh yang mengaku bersalah terhadap tuduhan yang disebut ke atasnya sebanyak 50% melalui Konsep - PLEA Bargaining  yang mana jika seseorang pesalah itu dibicara di bawah seksyen yang memperuntukkan hukuman mati misalnya maka beliau haruslah terlebih dulu mengisi satu borang khas yang disediakan sebelum perbicaraan diteruskan.

Konsep ini bersifat terhad iaitu ianya hanya untuk pesalah yang terlibat dengan sesuatu jenayah untuk pertama kali dan bukannya mereka yang berulangkali melakukan jenayah dan bukan juga ditujukan kepada pesalah-pesalah yang masih enggan untuk dibicarakan di Mahkamah serta yang tidak jemu-jemu pula memfailkan bermacam-macam rayuan dan permohonan semata-mata bertujuan bagi mengelak dibicarakan tetapi ianya memang diilhamkan oleh Tun Zaki Azmi untuk pesalah-pesalah yang belum ada rekod jenayah sebelum ini.

Setakat inilah yang saya faham mengenai konsep PLEA Bargaining yang akan dilaksanakan oleh pihak Mahkamah tidak berapa lagi dan sebagai rakyat biasa saya boleh melihat ianya satu usaha yang sangat baik bagi mempercepatkan kes-kes yang berlambak-lambak di Mahkamah disamping untuk menjimat kos perbicaraan yang terpaksa ditanggung apabila terdapat kes-kes tertentu yang sengaja dilengah-lengah oleh pihak tertuduh sendiri misalnya kes liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim yang kini telah menelan bukan sedikit jumlah untuk mengendalikannya.

Negara sekangkang kera memang terkutuk dari dulu sehingga sekarang !

Dalam sejarah, nama Singapura diambil bagi menggantikan nama bagi sebuah pulau yang sebelumnya lebih dikenali sebagai Pulau Temasek adalah disebabkan keadaan rupa bentuk tanah pulau berkenaan yang mirip dan hampir menyerupai kepala seekor singa betina.

Kalau tidak silap saya perubahan bagi nama Pulau Temasek kepada nama barunya iaitu Singapura terjadi selepas berakhirnya era pemerintahan kerajaan yang ditadbir oleh Parameswara iaitu sebelum kedatangan para penjajah di sebelah Asia Tenggara lagi.

Negara Pulau Singapura ini semua orang tahulah besar dia bagaimana iaitu negara kedua terkecil di dunia selepas negara Vatican di Rome Italy dalam benua Eropah. Kalau kita lihat secara keseluruhannya melalui peta dunia kita akan dapati amat sukar untuk melihat rupa Negara Singapura walaupun kita sebenarnya tahu kedudukannya dimana pulau berkenaan apabila kita merujuk kepada sebuah pulau kecil paling hujung di selatan Tanah Melayu atau Semenanjung Malaysia.

Singapura walaupun bentuk saiz negaranya jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan Malaysia namun namanya gah dan terkenal di seluruh dunia berbanding dengan Malaysia apabila ia terbukti sentiasa mara kedepan dalam berbagai bidang sehingga menjadikannya sebagai sebuah negara perindustrian yang paling maju berstatus metropolitan di sebelah Asia Timur ini bersama-sama dengan Jepun, China, Hong Kong dan Korea Selatan.

Tetapi itu semua adalah serba-sedikit berkenaan dengan sejarah serta pencapaian negara Singapura sebelum dan selepas ia memperolehi kemederkaan daripada penjajah British dan seterusnya setelah Singapura ditendang keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.

Kini Singapura terus bergerak ke depan tanpa melihat ke kiri atau ke kanan walaupun sekali-sekala terpaksa untuk menoleh semula ke belakang sebab ada dendam lama yang belum lagi mampu dilepaskan terhadap negara jiran tetangganya namun demikian langkah tetap harus diteruskan untuk mendapat lebih lagi dari apa yang telah mereka dapat sebelumnya walaupun terpaksa melukai hati dan perasaan jiran terdekat.

Inilah dia negara Singapura yang terkutuk, sanggup untuk "mengutuk dan menghina" negara jiran Asianya sendiri semata-mata kerana sudah terlalu takbur, bongkak, alpa serta sudah merasakan tiada lagi negara lain di Asia ini sehebat negara mereka tetapi malangnya apabila para pemimpin negara sebesar tanah sekangkang kera ini telah lupa bahawa apa yang sudah mereka miliki di waktu ini suatu masa kelak mungkin akan hilang jua sekiranya sikap kepura-puraan pemimpin mereka terus mereka amalkan dan terus mewarnai setiap urusan diplomatik antara Singapura dengan negara-negara jiran dan juga negara-negara serantau yang lainnya.

Dr. SPRM buat rawatan rutin walaupun jam 2 pagi !

Rawatan haruslah didapati dari para doktor sekiranya kita ada mengalami masalah kesihatan dan kita juga harus bersedia untuk menerima pemeriksaan daripada doktor-doktor tanpa mengira waktunya demi kesihatan kita sentiasa berada didalam keadaan yang normal atau selalu dijaga.

Rasuah adalah musuh negara. Elaklah diri dari terlibat dengan rasuah !

Ahad, Disember 12, 2010

Wikileaks kini musuh bersama Anwar Ibrahim dan Amerika Syarikat !

Jika sebelum ini heboh satu dunia apabila sebuah laman pembongkar rahsia Wikileaks yang diasaskan oleh seorang rakyat kelahiran Australia, Julian Assange 39 (gambar) dengan berani telah mendedahkan rahsia setelah berjaya memperolehi 250,000 kabel rahsia milik Amerika Syarikat yang menyimpan dokumen-dokumen sulit mengandungi segala maklumat penting seperti perbualan, pengakuan, pandangan, arahan dan sebagainya antara Amerika Syarikat dengan lain diseluruh dunia bukan saja meletakkan Wikileaks sebagai musuh mutlak Amerika Syarikat semata tetapi kini ia turut menjadi musuh baru dalam karier politik Ketua Pembangkang di Malaysia iaitu Anwar Ibrahim.

Apabila sudah sampai kepada giliran Anwar Ibrahim, apakah beliau boleh untuk menyekat kegilaan Wikileaks dalam usahanya untuk terus membongkar semua rahsia-rahsia yang baginya perlu untuk diketahui oleh seluruh masyarakat dunia dan begitulah terjadi dengan pendedahan yang dilakukan oleh Wikileaks terhadap satu pengakuan yang diperolehi dari diplomat Singapura mengenai keyakinan pihak negara berkenaan bahawa mereka terlebih dahulu tahu dan percaya sebelum YABhg Tun Mahathir yang Anwar Ibrahim memang terlibat didalam kegiatan homoseks atau hubungan songsang.

Bila Wikileaks terus mara dengan kerja dia, tiada siapa lagi yang mampu untuk menangkis apa yang telah, sedang dan akan didedahkan oleh laman maut berkenaan termasuklah Anwar Ibrahim dan mereka-mereka yang bakal menerima nasib yang serupa. Wikileaks telahpun menjadi musuh kepada Amerika Syarikat dan Anwar Ibrahim, tanpa menggunakan sebarang senjata, tanpa perlukan peluru berpandu, tanpa perlu jerangkap samar, tanpa perlu memasang periuk api, tanpa perlu peluru pemintas dan sebagainya Wikileaks tanpa rasa gentar dan takut terus menjalankan operasinya walaupun pengasasnya Julian Assange kini sedang ditahan reman dan mungkin akan diektradisi ke Amerika Syarikat.

Wikileaks baru saja mendedahkan hanya satu dokumen mengenai pengakuan lama pihak kerajaan Singapura berhubung tabiat pelik Ketua Pembangkang Kerajaan Malaysia itu, namun hanya kerana satu itulah sudah mampu membuat tempurung kepala lutut Anwar Ibrahim menggeletar belum lagi Wikileaks bongkar lain-lain rahsia beliau yang bernilai RM1 sudah pasti akan membuat Anwar Ibrahim menjadi hilang arah dan meraung seumur hidup setiap kali bulan mengambang penuh 16 September setiap tahun he he he

Azmin Ali diseru kembali kepangkal jalan dan segera bertaubat !

Adalah menjadi lumrah kepada sesiapa jua yang mempunyai hubungan talian persaudaraan atau pertalian darah seperti adik dengan abang serta kakak, ayah, emak, anak dan cucu-cicit akan lebih mengetahui tentang tabiat-tabiat atau sifat yang tertentu setiap seorang ahli dalam keluarga mereka seperti masa kecil dia suka main apa, suka makan apa, apa warna kegemarannya dan dan dikala meningkat dewasa apa benda menjadi kesukaannya, makanan kegemarannya, minuman kegemarannya, pakaian yang dia minat dan bermacam-macam lagi.

Dan begitulah juga dengan kita, tentang ayah kita, ibu kita, saudara kandung baik adik mahupun kakak serta abang kita, datuk dan nenek kita, sudah tentu walaupun tidak kesemuanya kita mengetahui akan sifat dan tabiat semulajadi yang ada pada mereka namun sedikit sebanyaknya tidak mungkin kita tidak tahu langsung akan rahsia-rahsia peribadi diri mereka maka paling tidakpun sebesar biji sesawi tetap kita tahu tentang saudara kita yang lain.

Maka sedemikian jugalah halnya apabila adik kepada YB Azmin Ali iaitu Umi Hafilda Ali yang tanpa disangka telah muncul semula disaat kes liwat II Anwar Ibrahim sedang dalam proses perbicaraan dan penangguhan telah merayu dan menyeru agar abang beliau yakni Azmin Ali mudah-mudahan kembali ke jalan yang benar dan segera bertaubat dan tidak berterusan hidup dalam kepura-puraan.

Yang sangat menariknya disini ialah, Umi Hafilda Ali adalah adik kandung kepada YB Azmin Ali sendiri dan bukannya orang lain maka apabila Umi Hafilda mendesak agar YB Azmin segera bertaubat sebabnya ialah Umi Hafilda lebih tahu siapa YB Azmin Ali yang sebenarnya dan beliau ada sebab yang sangat kuat untuk meminta YB Azmin supaya segera balik kepangkal jalan serta bertaubat.

Harap ada lagi perkembangan terbaru yang lebih menarik pada perbicaraan kes liwat II Anwar Ibrahim apada awal tahun 2011 nanti.

Negara pengganas Israel terus terima pembalasan Tuhan !

Selepas dilanda kebakaran hutan berdekatan bandar Pelabuhan Haifa beberapa hari yang lalu yang telah mengorbankan 43 nyawa, negara pengganas Israel sekali lagi menerima pembalasan dari Tuhan atas kekejaman serta kezaliman yang mereka lakukan terhadap rakyat Palestine apabila Tuhan menurunkan ribut kuat selaju 100km sejam yang mengakibat banyak pokok-pokok besar tumbang dan seluruh negara pengganas nombor satu itu bergelap setelah bekalan elektrik terputus.

Selepas ini kita hendaklah terus berdoa agar Tuhan menurunkan lebih banyak lagi malapetaka kepada negara yang sudah terbukti dengan kekejamannya terhadap penduduk asal di Palestine yang kini hidup seumpama pelarian di tanah air sendiri apabila hampir apa yang menjadi 'hak milik' mereka telah dirampas oleh rejim bangsat berkenaan.

Dan kita semua juga tentunya mempunyai satu harapan yang sama berhubung dengan kemakmuran di negara Palestine walaupun ada dikalangan kita berbeza fahaman atau anutan diantara satu dengan yang lain iaitu mahu kemerdekaan mutlak dapat dicapai oleh rakyat Palestine untuk mereka membentuk sebuah negara yang bermaruah juga berdaulat dan seterusnya mereka akan hidup aman damai serta sejahtera tanpa sebarang gangguan dan penindasan dari rejim pengganas Yahudi. 

Sabtu, Disember 11, 2010

Nazri kencing berdiri Namewee kencing berlari - Rabu depan kabinet ada mesyuarat !

Kalau alasan sebab kenapa Namewee tidak dapat diambil tindakan walaupun apa yang pernah dilakukan oleh beliau sangat bertentangan dengan nilai-nilai murni yang perlu dan wajib ada pada setiap rakyat kelahiran Malaysia adalah semata-mata kerana tiada sebarang laporan telah dibuat oleh pihak yang menjadi sasaran penghinaan Namewee misalnya seorang Pengetua Sekolah di Johor.

Jadi sekiranya begitu kenapa pula dahulu ada tuduhan yang melibatkan dua orang blogger iaitu pengendali blog Dimensi, sdra Jeffry Damien dan seorang lagi Aduka Taruna yang kita semua sudah maklum apa punca mereka ditahan adakah laporan polis telah dibuat oleh empunya badan seperti Anwar Ibrahim dan Nik Aziz yang mana gambar keduanya digunakan oleh saudara Jeffry untuk artikel dalam blog beliau setelah diolah mengikut kesesuaian maklumat yang hendak disampaikan kepada pembaca namun semua itu telah membuat sebahagian besar daripada penyokong PKR dan PAS menjadi histeria dan memberontak sehingga memaksa mereka membuat laporan polis terhadap saudara Jeffry Damien.

Yang menjadi tandatanya saya ialah, dalam insiden berkenaan Anwar Ibrahim dan Nik Aziz Nik Mat tidak ada membuat laporan polis padahal sepatutnya merekalah yang harus berbuat demikian tetapi sebaliknya laporan polis telah dibuat oleh orang lain iaitu oleh para pemimpin bawahan PKR serta PAS dan kelihatannya polis bersedia pulak bertindak ke atas saudara Jeffry tetapi kenapa dalam isu Namewee ini kalau mengikut penjelasan Nazri Aziz bahawa tindakan tidak dapat dilakukan ke atas Namewee kerana orang yang menjadi sasaran penghinaannya iaitu Cikgu Aishah tidak ada membuat laporan polis, jadi mana satu yang betul ? Adakah Nazri Aziz berbohong dan sengaja cuba untuk memperbodohkan rakyat ?

Malang sungguh Barisan Nasional punya Menteri yang seumpama ini !!! PRU-13 dah semakin hampir, adakah ini sebahagian dari tranformasi yang dijanjikan oleh BN???

Nazri Aziz menuba, Namewee menjala !!!

Apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Nazri Aziz yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal berkaitan dengan Parlimen telah memutuskan bahawa rappers Namewee sebagai tidak bersalah kerana menurut beliau lagi bahawa diri Namewee telah disalahertikan oleh masyarakat khususnya orang Melayu/Bumiputera dan karyanya juga turut telah disalahtafsirkan sebagai berunsur perkauman maka kepada saya sekiranya sudah begitu pendirian Nazri berkenaan dengan isu yang melibatkan Namewee jadi sudah tentulah saya bersetuju dengan tulisan seorang blogger baru, sdra Yuseri Yusoff yang telah menggambarkan Nazri Aziz sebagai telah mendahului mahkamah dalam menentukan kedudukan isu Namewee itu.

Dalam perkara lain yang berkaitan dengan Namewee, Nazri Aziz juga berjanji akan membawa ke pengetahuan Perdana Menteri dua permohonan rappers berkenaan iaitu satu daripadanya untuk bertemu dengan YAB Datuk Seri Mohd Najib secara bersemuka manakala satu lagi ialah permohonan Namewee untuk mendapatkan peruntukkan daripada kerajaan bagi membiayai pembikinan video 1Malaysia dan kedua permohonan tersebut difahamkan akan dibawa serentak oleh Nazri pada mesyuarat mingguan kabinet pada Rabu depan.

Jika beginilah cara kerajaan menangani sesuatu isu sebagaimana yang cuba diamalkan oleh Nazri Aziz berkaitan dengan isu Namewee, saya berkeyakinan apabila kerajaan Barisan Nasional yang sebelum ini sudah menyimpan hasrat untuk mendapatkan semula majoriti 2/3 di Parlimen tidak akan tercapai malah kemungkinan besar BN akan gagal untuk mendapat kembali Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang pada PRU-13.

Rakyat bawahan khususnya mereka yang terdiri daripada kaum Bumiputera sentiasa akan menjadi keliru dengan tindak-tanduk kerajaan dalam menangani isu-isu sensitif seperti isu perkauman, mana tidaknya..ternyata dalam isu Namewee ini beliau bagi sebilangan besar orang Melayu dan Bumiputera telah melukai dan telah mengguris hati dan perasaan mereka dengan karya-karya yang dihasilkannya yang jelas menghina namun sayang sekali apabila kerajaan melelui Nazri Aziz tidak melihat itu sebagai satu perkara yang boleh memudaratkan perpaduan kaum di negara malah lebih teruk lagi apabila pihak yang telah menjadi sasaran Namewee sebelum ini pulak yang dikenakan dengan tindakan.

Jumaat, Disember 10, 2010

Kes liwat Anwar: 27 X ditangguh 27 X juga kedaulatan undang2 negara dipersenda !

Pada tahun lepas 2009 saja sudah sebanyak 8 kali perbicaraan utama untuk kes liwat yang membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ditangguhkan atas sebab-sebab dan punca yang amat jelas iaitu sekadara untuk mengelak proses perbicaraan kes berkenaan daripada berjalan dan disebut di mahkamah.

Manakala pada tahun ini saja 2010 telah 19 kali penangguhan terpaksa dibenarkan oleh pihak mahkamah setelah tertuduh Anwar setiap kali mahkamah bersidang untuk mendengar kes maka setiap kali itulah dia akan memfailkan permohonan demi permohonan dengan tujuan dan niat untuk melengah-lengahkan perbicaraan dengan harapan agar pertuduhan liwat ke atas beliau akan digugurkan oleh mahkamah.

Sebentar kita cuba mengimbas seketika sajak bermulanya tarikh awal perbicaraan kes liwat ini ditetapkan iaitu pada 1hb Julai 2009 sehinggalah kepada tarikh penangguhan demi penangguhan sampai kepada penundaan kes yang ke 27 kalinya pada 6hb Disember 2010 lalu.

Perbicaraan sebenar kes liwat itu yang telah ditetapkan bermula pada 1 Julai 2009 dan selama sebulan dari tarikh berkenaan tidak dapat dilangsungkan kerana sebaik sejurus Mahkamah bersidang, Anwar telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan semua dokumen-dokumen perubatan saksi iaitu Mohd Saiful, maka perbicaraan utama terpaksa ditangguhkan buat kali yang pertama kepada 3 Julai 2009 untuk membolehkan Hakim mendengar permohonan Anwar itu.

Tiba tarikh 3 Julai 2009 seperti yang ditetapkan Hakim, ketua Peguambela Anwar Sulaiman Abdullah pula memohon Mahkamah menangguh sekali lagi perbicaraan kerana beliau mendakwa kurang sihat kerana mengalami cirit-birit mungkin makan terlalu banyak karipap dan Hakim benarkan permohonan dan perbicaraan ditangguh lagi untuk kali yang kedua kepada 8 Julai 2009.

Tanggal 8 Julai 2009 Peguam Utama Anwar, Sulaiman Abdullah mendakwa masih tidak sihat dan terpaksa dimasukkan ke Hospital dan bercuti lalu Mahkamah terpaksa menangguh lagi perbicaraan buat kali yang ketiga kepada tarikh baru iaitu ke 15 Julai 2009. Ada orang bertanya, kenapa tangguh lagi sedangkan Anwar masih ada barisan peguambela simpanan yang hebat-hebat ? Tapi perlu ingat barisan peguambela tu tak ubah sama seperti serbuk perasa Aji-No-Moto yang hanya sebagai penambah perisa.

15 Julai 2009, Sulaiman Abdullah ketua barisan Peguambela Anwar telah membuat Anwar tersentak dan terkejut apabila memutuskan untuk menarik diri sebagai Peguambela Anwar atas sebab yang tidak dinyatakan dengan jelas namun ramai pihak beranggapan mungkin Sulaiman Abdullah sudah terhidu akan kekalahan dipihak pembelaan ketikamana beliau sedar bahawa pihak pendakwaan mempunyai kekuatan yang tak akan tercabar dari segi bukti dan fakta. Dan sekali lagi untuk kali yang keempat prosiding ditangguhkan kepada 24 Julai 2009.

Setelah Mahkamah bersidang semula pada 24 Julai 2009, namun malang sekali apabila perbicaraan sebenar belum lagi dapat dimulakan berikutan satu lagi permohonan yang baru difailkan oleh Anwar di Mahkamah untuk menggugurkan pertuduhan liwat keatas beliau dan memaksa Mahkamah untuk terus melayan permohonan tersebut dengan menangguhkan sekali lagi prosiding untuk kali yang kelima ke tarikh 2 September 2009.

Namun setelah tiba tarikh 2 September 2009, sekali lagi perbicaraan tidak dapat dimulakan walaupun mahkamah telah menolak permohonan Anwar yang terdahulu ini gara-gara Anwar telah mengemukakan permohonan baru dengan mendesak Mahkamah agar melucut kesemua barisan pendakwaan dari terlibat dengan perbicaraan kes liwat beliau dan ini membawa kepada penundaan kali yang keenam dan kes ditunda lagi ke tarikh 3 November 2009.

Menjelang 3 November seperti biasa, walaupun Mahkamah yang mendengar permohonan Anwar supaya kesemua barisan pendakwaan dilucut telah ditolak oleh Hakim tetapi Anwar kembali lagi dengan permohonan baru apabila beliau meminta Mahkamah membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya dan untuk kali yang ketujuh perbicaraan terpaksa ditangguh bagi memberi ruang kepada Mahkamah mendengar permohonan terbaru yang telah difailkan oleh Anwar Ibrahim dan tarikh baru juga telah ditetapkan oleh Mahkamah untuk sebutan kes liwat iaitu pada 23 November 2009.

23 November 2009 tiada sebarang keputusan berhubung dengan permohonan yang dibuat oleh Anwar pada 3 November namun keputusan Mahkamah yang diperolehi penghujung bulan November telah sebulat suara menolak permohonan Anwar tetapi perbicaraan utama belum juga dapat dimulakan atas sebab teknikal dan Mahkamah telah menetap tarikh baru untuk memulakan prosiding iaitu pada 1 Disember 2009 dan dengan ini bermakna sudah lapan kali perbicaraan ditangguhkan.

Sebulan sebelum 2009 melabuhkan tirainya iaitu pada 1 Disember sebagaimana yang ditetapkan, perbicaraan sebenar untuk kes liwat ini belum lagi dapat diadakan apabila Mahkamah yang bersidang hanya untuk mengumumkan keputusan permohonan yang difailkan oleh Anwar sebelumnya dan keputusan yang dicapai setelah permohonan didengar maka Mahkamah mengambil ketetapan untuk menolak permohonan Anwar itu dan perbicaraan telah ditangguh lagi untuk kali yang kesembilan dan tarikh barupun ditetapkan semula pada 25 January 2010.

Masuk tahun baru 2010 harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat perbicaraan kes Anwar meliwat Saiful ini berjalan dengan lancar tanpa insiden tangguh-tangguh tidak kesampaian walaupun Mahkamah telah ada keputusan menolak permohonan yang difailkan Anwar sebelum ini untuk mendapatkan semua dokumen-dokumen perubatan Mohd Saiful tetapi perbicaraan belum juga dapat dimulakan apabila ianya ditangguhkan sekali lagi untuk kali yang kesepuluh kepada 2 February 2010.

2 February 2010 barulah perbicaraan sebenar dapat dimulakan dan prosiding terus berjalan sehingga ke hari Jumaat 5 February 2010 dan sepatutnya bersambung pada minggu berikutnya tetapi malang sekali apabila perbicaraan tidak dapat diteruskan pada 8 February gara-gara ketua Peguambela Anwar yang baru iaitu Karpal Singh stim dan khayal setelah mendengar keterangan dan pengakuan yang dibuat oleh Mohd Sailful pada bab 'cium mulut' dan itulah yang membuat Anwar dan Karpal tidak tertahan walaupun dalam keadaan yang tertutup ketika itu lalu dari situlah bermulanya Anwar memfailkan satu permohonan baru mahu Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah dilucut daripada mendengar perbicaraan kes liwat beliau dan ini menyebabkan prosiding terpaksa ditangguhkan untuk kali bagi kali yang kesebelas dan tarikh baru dicari dan ditetapkan pada 18 February 2010.

18 February 2010 Mahkamah bersidang hanya untuk mendengar keputusan terhadap permohonan yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim agar Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri dari mendengar kes liwat beliau dan sekali lagi perbicaraan sebenar kes liwat ditangguhkan untuk kali yang kedua belas pada tarikh 25 Mac 2010.

25 Mac 2010 keputusan yang dibuat, Mahkamah telah menolak permohonan Anwar yang mendesak supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri dari mengendalikan kes liwatnya namun perbicaraan sebenar belum lagi diteruskan dan ianya ditangguh sekali lagi bagi kali yang ketiga belas apabila Mahkamah telah menetapkan perbicaraan akan disambung semula pada 10 Mei 2010.

10 Mei 2010 Mahkamah bersidang semula namun perbicaraan kes tidak dapat disambung gara-gara karenah Anwar serta para Peguambelanya yang tak sudah-sudah maka perbicaraan ditangguh buat kali keempat belas dan disambung pada keesokkan harinya 11 Mei 2010 tetapi sebagai dijangka prosiding pada hari itu juga terpaksa ditangguhkan lagi untuk kali kelima belas kepada 12 Mei 2010 dan terus ditangguh buat kali yang keenam belas pada 13 Mei dan pada keesokkannya 14 Mei 2010 Hakim terpaksa menangguh perbicaraan lebih panjang lagi untuk kali yang ketujuh belas setelah Anwar memfailkan permohonan baru meminta Mahkamah menangguh perbicaraan apabila beliau sedar yang rahsia kes liwat yang melibatkan dirinya semakin terserlah kebenarannya lalu Hakim menetapkan pada tarikh 31 Mei 2010 untuk sebutan semula kes.

31 Mei 2010 prosiding sessi sebelah pagi tidak dapat dimulakan ekoran perangai Peguambela Utama Karpal Singh yang asyik mempersoalkan tindakan Datuk Seri Mohd Najib yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak membuat laporan polis selepas Mohd Saiful mengadu dirinya telah diliwat oleh Anwar dan ini membuat Hakim terpaksa menangguh perbicaraan dijalankan sebelah petang. Perbicaraan bermula petang dan bersambung pada hari berikutnya 1 June 2010 tetapi ditangguh pada 2 June atas permohonan Anwar bagi membolehkannya membawa seorang Pakar Forensik dari Melbourne Australia Dr David Wells dan bersambung semula pada 3 June 2010 tetapi ditangguh lagi buat kali yang kelapan belas apabila Peguambela Anwar memfailkan notis usul untuk mendapatkan sampel dan dokumen perubatan daripada pihak pendakwaan untuk dinilai oleh Pakar Forensik dari Australia itu. Maka Hakim telah menetapkan 14 Julai 2010 sebagai tarikh baru untuk sambung perbicaraan.

14 Julai 2010 Mahkamah bersidang tetapi perbicaraan terpaksa sekali lagi ditangguh untuk kali yang kesembilan belas setelah ketua Peguambela Karpal Singh mengambil cuti sakit apabila mendakwa dirinya kurang sihat kerana sangat tertekan akibat terlalu banyak berpikir bagaimana lagi cara untuk memutarbelitkan fakta kes liwat dan Hakim sebagaimana sebelum ini telah bermurah hati menangguh perbicaraan tersebut kepada tarikh baru iaitu 2 Ogos 2010.

Tetapi sebagaimana sebelum ini, pada 2 Ogos 2010 Anwar Ibrahim melalui Peguambela beliau sekali lagi mengemukakan permohonan kepada Mahkamah meminta pertuduhan liwat ke atas dirinya dibatalkan menyenbabkan perbicaraan kes liwat tidak dapat dilangsung kerana Mahkamah harus mendengar permohonan Anwar itu dulu sehingga selesai barulah perbicaraan sebenar dapat dijalankan maka oleh itu Hakim telah memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan untuk kali yang keduapuluh kepada 9 Ogos 2010.

9 Ogos 2010 perbicaraan sebenar belum dapat diteruskan apabila Mahkamah masih mendengar permohonan yang difailkan oleh Anwar sebelum ini yang meminta Mahkamah menggugurkan pertuduhan liwat terhadap dirinya dan Hakim menetapkan tarikh baru untuk sebutan kes pada 16 Ogos 2010 dan sekali lagi perbicaraan telah ditangguh untuk kali yang keduapuluh satu.

16 Ogos 2010 menyaksikan bagaimana perbicaraan kes liwat telah ditunda lagi buat kali yang keduapuluh dua ekoran satu notis rayuan yang dibuat oleh salah seorang Peguambela Anwar iaitu Sankara Nair terhadap penolakan permohonan Anwar sebelumnya yang mahu pertuduhan liwat ke atas dirinya agar digugurkan dan untuk itu Mahkamah telah membuat ketetapan memilih tarikh baru iaitu 20 September 2010 untuk menyambung perbicaraan yang seringkali ditunda sebelum ini.

20 September 2010 Anwar sekali lagi mengemukakan notis rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelumnya yang menolak permohonan beliau dan ini menyebabkan perbicaraan utama tidak dapat dijalankan sehingga memaksa Hakim menangguh lagi perbicaraan untuk kali yang keduapuluh tiga dan Hakim telah menetapkan 14 Oktober 2010 sebagai tarikh perbicaraan seterusnya.

14 Oktober 2010 keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan notis rayuan Anwar didapati dan rayuan beliau telah ditolak namun perbicaraan yang sepatutnya bersambung pada hari yang sama tidak dapat jalankan dan kemudiannya perbicaraan ditunda sekali lagi buat kali yang keduapuluh empat apabila tarikh 26 Oktober 2010 ditetapkan sebagai tarikh baru untuk menyambung perbicaraan.

26 Oktober 2010 Karpal Singh jatuh sakit setelah disahkan mengidap demam denggi dan terpaksa dimasukkan kedalam wad Hospital untuk rawatan lanjutan disamping itu juga Anwar sempat memfailkan permohonan untuk mendapatkan nota klinikal dan ini telah menyebabkan perbicaraan ditangguh lagi untuk kali yang keduapuluh lima serta perbicaraan baru ditetapkan pada 22 November 2010.

22 November 2010 permohonan yang telah difail oleh Anwar untuk mendapatkan nota klinikal daripada pihak pendakwaan telah ditolak oleh Mahkamah namun perbicaraan belum lagi dapat diteruskan apabila Anwar sekali lagi mengemukakan permohonan mendesak Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri dari mendengar kes liwat yang sedang beliau hadapi kini dan ini membuat perbicaraan terpaksa ditangguhkan untuk kali yang keduapuluh enam kepada 6 Disember 2010 ditetapkan untuk mendengar keputusan serta sebutan kes.

6 Disember 2010 harapan tinggal harapan, perbicaraan yang diharapkan dapat dijalankan ternyata tidak menjadi apabila Mahkamah hanya bersidang untuk mendengar dan membaca keputusan bahawa Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan Anwar yang mahu Hakim Mohamad Zabidin menarik diri dari mengendalikan kes liwat tersebut dan kemudiannya Mahkamah sekali lagi menunda perbicaraan buat kali yang keduapuluh tujuh kepada 21 January 2011 tahun hadapan.

Apabila tiba tarikh baru kelak iaitu 21 January 2011 adakah pihak Mahkamah akan terus untuk melayan karenah tertuduh yang tak sudah-sudah kelihatannya cuba mempersenda dan mempermainkan sistem kehakiman di negara ini sehingga mencalar kedaulatan undang-undang di Malaysia dengan begitu teruk sekali yang mana sepatutnya kita junjung dan pertahankan sebaik-baiknya.

Saya bukannya terlalu arif tentang undang-undang ini tetapi apabila dari luar saya melihat kepada mereka yang berilmu bagaimana terdapat hampir lebih separuh daripada ahli-ahli politik khususnya mereka dalam Pakatan Pemusnah Rakyat yang langsung tidak tahu erti menghormati undang-undang yang sedia ada jauh sekali bagi mereka untuk menunjukkan rasa hormat kepada para penguatkuasa undang-undang itu sendiri contohnya apabila berdepan dengan arahan polis agar bersurai dari perhimpunan haram tertentu yang diadakan dan mereka ada terlibat sama, mereka bukannya mahu patuh kepada larangan dan arahan malah lebih dasyat lagi apabila bukan sekadar kata-kata kesat atau kata nista yang dilemparkan malah ada yang sampai sanggup untuk mencederakan penjawat awam seperti polis serta pasukan simpanan persekutuan ketika mereka menjalankan tugas.

Menyebut itu adalah sangat sedikit jika kita mampu menyenaraikan kesemua angkara-angkara yang berpunca dari perbuatan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh kumpulan yang dipimpin oleh para pemimpin politik parti Pakatan Pemusnah Rakyat sejak dari 1998 lagi sehingga kini memang sudah terlalu banyak telah melanggar serta mencalarkan prinsip keempat dalam rukunegara iaitu kedaulatan undang-undang.

Dalam apapun jua keadaan, tanpa melihat kepada kedudukan seseorang itu, pihak Mahkamah harus mengembalikan semula kelesuan dan merawat kecederaan undang-undang yang telah diguris oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dengan bergerak lebih bebas dan tegas tanpa terlalu dibelenggu oleh rasa simpati kerana sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab penuh terhadap kedaulatan undang-undang negara maka pihak Mahkamah hendaklah mempunyai keputusan tersendiri dalam semua perkara serta bebas dan bukannya kelihatan seakan-akan terkurung bagi menjamin keyakinan seluruh rakyat Malaysia terhadap undang-undang di negara ini kembali utuh dan teguh.

Harapan tinggi saya selaku rakyat Malaysia yang sentiasa ingin melihat keadaan yang aman harmoni dalam negara agar berkekalan ialah mahu juga melihat setiap rakyat Malaysia terutamanya yang kita tahu iaitu seperti Mohd Saiful Azlan Bukhari yang terlalu mengharap agar keadilan dan kebenaran bagi diri beliau dapat ditegakkan dengan kadar sebeberapa segera melalui proses perbicaraan yang telus tanpa perlu untuk ditangguh-tangguh lagi maka itu kita mahu supaya Mahkamah sekirannya boleh untuk mengutamakan perbicaraan kes yang sebenar dan bukannya melayan setiap kali permohonan yang silih berganti daripada pihak tertuduh sebab kita bimbang sekiranya trend ini berterusan maka sampai bilapun perbicaraan kes liwat berkenaan tidak akan menemui jalan penyelesaiannya.

Khamis, Disember 09, 2010

Namewee Timb. Menteri Di JPM bertanggungjawab soal rasis !

Ini dia ahli kabinet baru nah!!!, nama dia Namewee...nah!!! penyanyi rap juga seorang blogger...nah!!! Banyak idea gila...nah!!! Selalunya idea dia ni buat hati orang terluka...nah!!!

Dia dilantik sebagai Timbalan Nazri...nah!!!yei,yei,yei...nah!!! ..bertanggungjawab terhadap orang yang suka rasis...nah!!! TNB pernah jadi sasarannya...nah!!! juga seorang Pengetua di Johor turut dihina...nah!!!

Tapi hairan?...Namewee terlepas Pengetua tu pulak yang kena...nah!!! Nazri bagi macam-macam alasan masa ditanya GAP, Papa Gomo dan Keris Putera..nah!!! Aku rasa memang buang karen saja tanya sama dia...nah!!!

Jam pun dah dekat 11.45pm...nah!!! baik aku masuk tidur...nah!!!

AZLI SHUKRI TODAY: Kita Gagal Memahami Diri Kita Sendiri

AZLI SHUKRI TODAY: Kita Gagal Memahami Diri Kita Sendiri: "Saya fikir kita harus sedar dan insaf setelah membaca tulisan Datuk Ruhanie Ahmad di bawah ini, menarik dan teruja. 1. Seseorang individu be..."

Apa perlunya Anwar membawa 'purple rose' ke dalam Dewan Rakyat ?

Ini dia wajah si jantung hati baru Anwar Ibrahim yang diterbang khas dari Australia, Senator Nick Xenophon untuk mengikuti sessi persidangan Dewan Rakyat pada minggu ini.

Kononnya Anwar kata tujuan beliau membawa masuk ke dalam Dewan Rakyat adalah untuk memastikan yang dia akan diberi penghakiman yang seadil-adilnya oleh sistem kehakiman di negara ini.

Bagaimana nak suruh babe dia tu untuk memantau perbicaraan kalau dah prosiding yang sepatutnya telah lama selesai tetapi seringkali ditangguh angkara Anwar sendiri yang jelas gentar bila sedar akan semua bukti-bukti kes yang ada pada pihak pendakwaan ternyata sukar untuk disangkal.

Harap Parlimen Malaysia bukan menjadi tempat perisik-perisik berkeliaran yang mana akhirnya akan menggugat kestabilan serta keamanan negara. Pantau siapa orang yang tidak berkenaan dari bebas untuk keluar masuk bangunan Parlimen sesuka hati mereka. Ingat Rakyat Ingat Undi ! Undi rakyat tidak akan lari kemana jika BN sentiasa tegas dalam mempertahan maruah dan kedaulatan negara !

Rabu, Disember 08, 2010

Zuraidah K punya keinginan diatas keupayaan...selalu tak puas !

Kenal tak dengan Zuraidah K ? Mestilah kenal ! Dia ni memang terkenal diseluruh pelusuk hutan-hutan belantara dikalangan unggas-unggas rimba.

YB Zuraidah Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang Selangor. Dia marah sangat kepada Perdana Menteri Malaysia yang Ke-6, YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Kenapa dia terlalu marah kepada PM kita ? Blogger Gelombang Rakyat ada butirannya.

Marah sangat YB Zuraidah K ini bila PM kita menyatakan bahawa Pakatan 'memusnah' Rakyat sebagai anti-nasional.

Tak sangka Zuraidah K ini rupanya ada keinginan di atas keupayaan. Biasanya seseorang insan akan menjadi puas bila mencapai apa yang diingini bergantung kepada kemampuan diri tanpa memaksa diri semata-mata untuk memuaskan keinginan walaupun nyata tidak berdaya.

Hari tu masa Konggress PKR, dia marah-marah kepada siapa tak tau pula sehingga dia kata "PKR ini parti kita punya, mereka peduli apa..! kita mahu buat apa kita punya suka!!! katanya... huuuhhh!..macam tu sekali rupanya pemimpin PKR berpikir...

Hairan!!! Khir Toyo yg kena cekup, kenapa pula Nik Aziz yg tiba-tiba sakit ?


Pelik juga kan, baru saja bekas Menteri Besar Selangor ditahan oleh sepasukan pegawai SPRM tiba-tiba saja kita di Malaysia ini dikejutkan dengan berita bahawa Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat jatuh sakit dan telah dimasukkan ke Hospital untuk diberikan rawatan lanjut.

Saya bukannya nak mempersendakan tentang orang-orang yang sakit ni tetapi kalau ianya terjadi kebetulan sekali disaat ada pihak yang dikira berkemungkinan sedang mengatur langkah untuk bertandang ke pejabat beliau misalnya tetapi tiba-tiba saja orang berkenaan jatuh sakit dan sebagainya maka bukankah ini akan menimbulkan perasaan pelik pada diri kita atau orang lain juga ? Lebih kurang macam dalam adegan filem 'Madu Tiga' saja kan he he he..

Walauapapun seandainya beliau benar-benar sakit maka sebelumnya kita semua harap agar beliau segera bertaubat serta sedar dari kesilapan yang pernah dilakukan dan tinggalkan Pakatan 'memusnah' Rakyat dan kita doakan supaya kesihatannya segera pulih dan kembali bertugas seperti sediakala namun sekiranya beliau hanya bersandiwara kerana cemas melihat logo SPRM dan semakin dekat ooohhhh baik janganlah buat lawak-lawak macam tu sebab kalau boleh contohilah bekas MB Selangor YB DS Dr Khir Toyo yang relax saja berdepan dengan semua tu dan tak gentarpun malah mahu agar kesnya itu segera dibicarakan tidak seperti pengkhianat bangsa negara Anwar Ibrahim yang berkali-kali minta ditangguhkan kes dia.

Selasa, Disember 07, 2010

Salam Awal Muharram 1432 Hijrah !

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 kepada seluruh rakyat Malaysia dan Indonesia yang beragama Islam serta juga kepada semua ahli-ahli parti UMNO, PAS dan juga PKR.

Hayatilah sedalam-dalamnya erti sebenar Hijrah dalam hubungan kita semua pada waktu ini dan tentu ada sesuatu yang sangat memerlukan untuk kita berhijrah dari keadaan yang sangat kurang baik kepada kurang baik dan seterusnya dari kurang baik kepada lebih baik dan seterusnya kepada hidup yang lebih cermerlang.

Tanpa perpaduan, tanpa kerjasama, tanpa tolak-ansur, tanpa keamanan dan keharmonian segala apa yang diperjuangkan akan tetap terus menjadi sukar untuk digapai maka ambillah kesempatan pada Tahun Baru 1432 Hijrah ini melakukan hijrah daripada perpecahan, perbalahan dan pertikaian yang merugikan kepada semangat bersatupadu demi kekuatan dan keutuhan bangsa, agama dan negara.

Salam Maal Hijrah juga kepada seluruh rakan bloggers Anak Merdeka yang beragama Islam dan Anak Merdeka ingin sampaikan juga ucapan Salam 1Malaysia 1Ummah kepada semuanya.

Isnin, Disember 06, 2010

Agaknya Nik Aziz sudah mulai resah gelisah dan cemas !

Saya dah dapat agak bagaimana perasaan bergelora di dalam jiwa raga 'seseorang' bila dapat tau bahawa SPRM kini di bawah teraju Datuk Seri Abu Kassim Mohamed sebagai Pesuruhjayanya sudah mulai ligat memasang pukat-pukat SPRM tak kira hari cuacanya bagaimana untuk menangkap ikan haruan, ikan sembilang, ikan paus, ikan pari, ikan jerung, ikan yu, ikan keli yang licin dan ikan bilis yang kecil dan banyak lagi jenis-jenis ikan.

Apatah lagi bila 'seseorang' itu dah dapat tau bahawa bekas MB Selangor DS Khir Toyo hari ini telah ditahan oleh sepasukan anggota SPRM dipejabat beliau untuk dibawa serta dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan rasuah berkaitan dengan pembinaan sebuah rumah banglow mewah miliknya yang telah menjadi isu hangat beberapa bulan yang lalu.

Ketegasan DS Abu Kassim dalam menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan beliau sentiasa akan membuat mereka-mereka yang termasuk didalam spesis ikan seperti yang tersebut di atas sentiasa berada dalam keadaan yang serba tak keruan, mandi tak basah, makan tak kenyang, duduk salah berdiripun salah dan kalau boleh lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii saja... he he he...

Lari????????? ...nak lari kemana ahhh??? lari ke Arab???..mana leh...pakej umrah yang orang bagi dulu tu dah kena gam dengan SPRM...aduuuuuiii ...hah!!! ...lari ke pejabat kedutaan Turki ???...tak mungkin, lagi dekat dengan SPRM !!!

Ahad, Disember 05, 2010

Anwar Ibrahim mensia-siakan bakat lakonan anugerah Tuhan kepadanya !

Saya rasa Penasihat PKR Anwar Ibrahim mempunyai bakat berlakon semulajadi yang setaraf dengan nama bintang-bintang filem tahun 50an, 60an, 70an, 80an dan 90an seperti Allahyarham Datuk Mahmud June, Allahyarham Datuk S. Romai Nor, Allahyarham Sharif Dol, Datuk Aziz Sattar, S. Shamsuddin, Datuk S. Kusdiwanata, Datuk S. Kadarisman, Datuk Yusof Haslam, Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Sarimah Ahmad, Rosyam Nor, Tan Sri Jins Shamsuddin, Umi Aida, Aida Rahim, Ogy Datuk Ahmad Daud, Nabil dan ramai lagi.

Namun malang sekali kerana Anwar Ibrahim telah mensia-sia serta mengabaikan bakat kurniaan Tuhan itu kepada beliau apabila bakat yang dianugerah telah disalahgunakan untuk tujuan lain seperti menipu rakyat kononnya dia sakit tulang belakang sehingga perlu dipapah jika mahu berjalan.

Sabtu, Disember 04, 2010

Tulang Besi blogger pukul 13 dan gila glamer !

Saya sangat terkejut bila pergi ke blog Papa Gomo dan baca tulisan beliau mengenai seorang blogger yang pro-Pakatan Haram yang lebih dikenali dengan nama Tulang Besi. Sebelum ini saya juga seringkali membaca mengenai sejarah hitam manis baik berpada-pada seorang blogger yang bernama Tulang Besi ini melalui blog milik RBF namun saya belum lagi ada masa untuk melayari blog Tulang Besi untuk membaca apa yang dia tulis kat situ kerana khuatir komputer riba or laptop saya akan dijangkiti virus pc.

Berbalik kepada pembuka cerita diawal tulisan saya mengapa saya terkejut dengan apa yang terkandung didalam tulisan Papa Gomo ialah bukan kerana tulisan beliau boleh memudaratkan keselamatan Malaysia tetapi saya terkejut sangat apabila Papa Gomo telah mendedahkan yang blogger Tulang Besi sudah membuat sumpah laknat didalam blog ke atau melalui akaun facebook beliau bagi menafikan segala apa yang telah ditulis oleh blogger RBF tentang dirinya sebagai tidak benar dan kononnya hanyalah fitnah semata-mata.

Bagi saya, orang yang masih waras pikirannya tidak akan mungkin sanggup untuk melakukan sebarang sumpah apatah lagi sumpah laknat dalam internet melainkan jika orang yang berkenaan tetap juga mahu melakukannya maka orang yang berkenaan adalah sah seorang yang tidak siuman ataupun sewel. Adalah sangat sukar dan mustahil bagi kita untuk mengetahui bagaimana keadaan orang yang melakukan sumpah laknat melalui blog atau laman sosial facebook, apakah benda yang dijunjung atau pegang ketika itu, adakah dia ketika itu mengangkat tangan atau kaki sambil meniarap atas tilam dengan jari-jari aktif menekan kekunci diatas keyboard.

Harap tiada lagi blogger-blogger yang baru selepas ini akan turut berkelakuan sama seperti blogger Tulang Besi ini yang tidak tahu apa yang dia sedang dan telah buat... Amin!

DS Chua Soi Lek sudah pulih dari igauan 'Perlembagaanaphobia' !

'Believe it or not' ...cehhh!!! Mau percaya atau tidak apabila saya katakan bahawa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semakin berubah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik atau dalam ertikata lainnya beliau sudah boleh memahami dengan lebih mendalam apa sebab kaum Melayu dan Bumiputera yang waras begitu kuat dalam mempertahankan semua perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan serta beliau juga sudah mengerti apa itu konsep 1Malaysia sebuah gagasan yang dipandu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Saya sebenarnya terbaca satu kenyataan terbaru yang dibuat oleh DS Chua berhubung dengan dua perkara berkenaan iaitu mengenai Perlembagaan Malaysia dan juga Gagasan 1Malaysia dalam akhbar arus perdana iaitu Utusan Borneo keluaran hari Rabu, 1 Disember 2010 dalam ruangan fokus. Antara percaya dengan tidak saya apabila melihat tajuk artikel berkenaan namun setelah saya membaca berulang-kali barulah saya yakin yang kenyataan oleh DS Chua itu dibuat beliau ketika berada dalam keadaan sedar dan bukan lagi saat beliau mengigau.

Marilah kita sama-sama membaca apakata DS Dr Chua Soi Lek ketika ditemui oleh wartawan Bernama untuk mengetahui pendirian terkini beliau tentang Perlembagaan Malaysia yang kini mula hangat diperkatakan gara-gara tindakan Presiden PKR Wan Azizah dan suami anugerah Tuhan kepadanya iaitu Anwar Ibrahim untuk menghapuskan konsep Ketuanan Melayu di negara ini...

JANGAN ADA PEMIKIRAN UNTUK UBAH PERLEMBAGAAN: Soi Lek
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengingatkan rakyat supaya jangan mempunyai pemikiran untuk mengubah apa yang tertera dalam perlembagaan kerana ia hanya boleh diubah oleh Yang DiPertuan Agong.

Katanya ramai orang mempunyai salah faham mengenai maksud sebenar konsep 1Malaysia seperti diilhamkan oleh Perdana Menteri.

"Maksud 1Malaysia ialah kerajaan akan melayan semua rakyat dengan adil dan saksama mengikut apa yang disediakan dalam perlembagaan...anda tidak boleh terpesong dari perlembagaan," katanya ketika bertemu dengan peminat 'Facebook'nya di Kelab Golf Tropicana dan Resort disini, malam kelmarin.

Di bawah perlembagaan katanya, semua rakyat Malaysia mempunyai hak kepada pendidikan, kebebasan beragama dan kebudayaan.

"Walaupun orang Cina adalah warganegara, di Malaysia mereka bukan diasimalasi seperti mereka di Indonesia, Thailand dan Filipina. Anda mengekalkan nama Cina anda, anda mungkin warganegara tetapi anda tidak diasimilasikan. Anda ada apa yang kita panggil integrasi dan bukan asimilasi," katanya.

Oleh itu, katanya bagi mencapai parti bukan berasaskan perkauman atau negara, ia mungkin mengambil masa daripada dijangkakan.

"Saya ingin katakan tidak ada parti tunggal dalam negara yang bukan perkauman. Jadi perkauman akan wujud untuk satu ketika tetapi kita berharap sebagai negara yang menuju era kemajuan dan rakyat Malaysia menjadi lebih berpendidikan dan yakin dalam kehidupan harian dan interaksi perkauman, kita boleh merealisasikan sepenuhnya konsep 1Malaysia," katanya. - Bernama

Syabas ! kepada DS Chua kerana berjaya mengubah persepsi diri tentang perkara-perkara yang perlu dilindungi.

Jumaat, Disember 03, 2010

Ariel Sharon masih lagi koma, Israel pula semakin parah dijilat api !

Bekas Perdana Menteri Israel yang belum mati-mati lagi iaitu Ariel Sharon yang diserang angin ahmar atau strok kronik ketika sedang mengatur strategi keji pihak Israel untuk terus menindas rakyat Palestine serta untuk terus merampas segala harta benda yang dimiliki oleh penduduk Palestine kini negara beliau sedang berhadapan dengan mala petaka berupa bencana alam yang diturunkan Tuhan apabila api telah semakin marak membakar bumi Israel daripada 1 meter kepada 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan seterusnya Israel akan lenyap dari peta dunia...

Ariel Sharon sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri Israel adalah seorang manusia separa haiwan terlindung yang paling kejam didunia ini selepas Adolf Hitler di Jerman dan Slavodan Milasovic di Serbia apabila beliau telah terlibat secara langsung dalam peristiwa pembunuhan dan penyembelihan di Shatila yang mengorbankan begitu banyak nyawa rakyat Palestine yang tidak berdaya.

Setelah tidak berdaya untuk meneruskan khidmatnya sebagai pengganas dan penjenayah dunia, tugas dan tanggungjawab beliau telah dipikul sebentar oleh penggantinya iaitu Ehud Barak sebelum diambil-alih oleh seorang lagi penjenayah tegar Israel Ehud Olmert dan kini jawatan Perdana Menteri Israel kembali ke tangan Benjamin Nentanyahu yang sebelum ini juga pernah menyandang jawatan berkenaan selepas Simon Perez yang menggantikan Yitzak Rabin yang mati ditembak ketika berucap di atas pentas oleh seorang remaja Yahudi.

Namun walau sebanyak atau sekerap mana sekalipun perubahan dilakukan oleh Israel di dalam pentadbirannya baik daripada Perdana Menterinya hinggalah kepada seluruh struktur kabinetnya, semua itu tidak akan membawa apa-apa makna kepada rakyat Palestine yang saban hari pasti berdepan dengan penindasan daripada tentera rejim Israel yang kejam dan bongkak.

Kini setelah negara mereka sedang menerima azab dunia apabila sebahagian besar dari wilayahnya terbakar dan amat sukar untuk dipadamkan tanpa pertolongan dari pihak antarabangsa maka mengapa baru sekarang mereka iaini pihak Israel tahu merayu bantuan daripada negara-negara luar sedangkan sebelum ini pihak Israel tidak pernah untuk membuka pintu negara mereka dengan begitu mudah kepada pihak luar sekalipun atas urusan bersama.

Keputusan Israel itu seolah-olah menunjukkan Perdana Menterinya Benjamin Nentanyahu kini sangat terdesak dalam mendapatkan bantuan dan pertolongan. Soalnya disini,apakah Malaysia atas prinsip serta nilai-nilai berperikemanusiaan boleh untuk turut sama menyertai negara lain dalam misi menghantar bantuan kepada Israel dan jika boleh negara kita harus giat untuk memadam api dengan seberapa banyak minyak petrol agar api menjadi semakin cepat marak dan Israel akan menjadi semakin cepat lenyap dari muka bumi ini.

Anwar - diluar hina Malaysia, didalam hina Melayu/Bumiputera !

Anwar Ibrahim akan tetap menjadi pujaan Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim walaupun Anwar pernah menggelarkan Tok Guru Sesat itu dengan panggilan Ulamak Terompah. Malah Ulamak Terompah berkenaan akan akur terhadap apa saja cadangan yang dibawa oleh Pembohong Anugerah Tuhan itu termasuklah cadangan Anwar untuk melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekiranya beliau di anugerahkan dengan jawatan tersebut oleh rakyat yang keliru.

Tetapi bagi sebahagian besar rakyat Malaysia yang masih sedar dan tidak mudah terperangkap dengan tipu daya serta penipuan demi penipuan oleh pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Pemusnah Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS, adalah sangat sukar bagi Anwar serta konco-konco beliau untuk meyakinkan jiwa rakyat supaya kembali mempercayai dia serta parti-parti yang ada di dalam Pakatan Pemusnah Rakyat.

Bagi rakyat biasa walaupun mereka tidak punya apa-apa kepentingan dalam kerajaan seperti jawatan tertentu dan sebagainya namun atas kesedaran tinggi atas sifat tanggungjawab masing-masing selaku seorang warga terhadap kedaulatan dan juga maruah negara sendiri maka rakyat biasa seperti kami juga yang teramai ini tidak akan mudah lupa dengan apa yang pernah Anwar Ibrahim telah lakukan tatkala beliau berkunjung ke sesetengah negara luar apabila dia tergamak untuk memburuk-burukkan imej Malaysia dengan membuat bermacam-macam dakwaan palsu mengenai negara ini di depan rakyat negara lain.

Begitu juga apabila Anwar Ibrahim kembali semula ke dalam negara, tiada apa yang baik dilakukan oleh beliau untuk Malaysia malah jauh sekali untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perjuangan yang dia bawa apabila Anwar Ibrahim semakin berani menyentuh serta membangkitkan perkara-perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana tujuan beliau adalah untuk menghapuskan sistem raja berperlembagaan serta menolak konsep Ketuanan Melayu di negara ini dan sudah tentu usaha yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim ini akan menambah lagi benci rakyat terutamanya kaum Melayu dan Bumiputera yang majoriti di negara ini terhadap beliau.

Rakyat Malaysia tidak lagi wajar untuk melihat Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang diharap-harapkan sebagaimana harapan yang pernah didambakan terhadap Anwar Ibrahim pada tahun 1994 dulu. Semua itu telah lama berlalu dan telah tinggal menjadi sejarah duka buat seluruh rakyat Malaysia apabila Malaysia terpaksa menerima pengunduran Timbalan Perdana Menteri ketika itu YABhg Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Baba dari pentadbiran negara semuanya gara-gara kegelojohan manusia yang bernama Anwar Ibrahim untuk mendapat kuasa.

Malaysia tidak harus ada pemimpin yang begitu teruk seperti Anwar Ibrahim. Bila dia keluar negara dia akan buat macam-macam cerita buruk mengenai negara ini dan apabila dia balik semula ke dalam negara dia akan berusaha sedaya upaya cuba untuk menghapuskan apa-apa saja perkara yang dilihat sebagai batu penghalang kepada semua niat jahat beliau dalam merealisasikan impiannya untuk menuju ke Putrajaya. Konsep Ketuanan Melayu ditolak, Hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah cuba dihapuskan, ISA cuba dibenam, SPRM sentiasa diperangi, Polis sering dimusuhi dan apa saja bentuk agensi pencegahan yang ada di Malaysia ini akan cuba untuk dihapuskan jika oleh Anwar Ibrahim, PKR dan DAP.

Harap rakyat Malaysia yang masih terkeliru dan masih menjadi pemuja Anwar Ibrahim PKR dan DAP agar segera sedar dan balik semula ke pangkal jalan demi untuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang dan cemerlang !

Jumaat: Rakyat Selangor bangkit menentang Pakatan 'pemusnah' Rakyat !

Hari ini Jumaat seperti yang semua sudah sedia maklum bahawa rakyat negeri Selangor Darul Ehsan akan keluar beramai-ramai dijangka selepas solat Jumaat sebelah petang untuk menyerahkan lebih daripada 30 memorandum bantahan terhadap penyelewengan dalam tempoh dua tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Pemusnah Rakyat PKR, DAP dan PAS di negeri berkenaan kepada KDYMM Seri Paduka Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Sultan Abdul Aziz Shah Alhaj.

Kepada rakyat Selangor yang menyertai perarakan itu nanti demi untuk menegakkan keadilan saya doa dan alu-alukan dengan harapan agar perhimpunan yang telah dirancang akan diadakan dalam keadaan yang aman damai serta terurus semoga selesai sebagaimana ianya bermula tanpa mendatangkan sebarang kesukaran kepada semua pihak sesuai dengan kehendak kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mengutamakan keharmonian serta ketertiban dalam apa-apa jua urusan tidaklah sama seperti amalan yang sering digunakan oleh Pakatan Pemusnah Rakyat yang langsung tidak mahu menerap nilai-nilai murni dalam apa jua urusan mereka.

Selamat berjuang kepada rakyat Selangor, GAP serta lain-lain blogger-blogger anak Selangor ! Kembalikanlah maruah serta kegemilangan negeri anda sekalian kepada sebelum Selangor jatuh ke tangan Pakatan Pemusnah Rakyat pada tahun 2008 dulu !

Khamis, Disember 02, 2010

3 jenis haiwan anugerah Tuhan kepada manusia !

Ada tiga jenis haiwan yang mempunyai keistimewaan masing-masing dan setiap daripada haiwan ini ada peranan atau perkhidmatan yang boleh diberikan kepada pemilik ketiga-tiganya iaitu anjing, ayam belanda dan juga itik angsa.

Anjing, ayam belanda dan itik angsa kepada sesetengah orang adalah sebagai sahabat dan teman dan bagi mereka yang lain pula ketiga-tiganya merupakan haiwan peliharaan yang boleh dipercayai untuk menjaga keadaan di persekitaran rumah dari dicerobohi oleh penjenayah seperti pencuri dan perompak.

Anjing kebiasaannya akan menyalak apabila menyedari kawasan rumah tuannya cuba dicerobohi dan begitu juga dengan ayam belanda serta itik angsa di mana reaksi mereka akan menjadi lain apabila ada sesuatu objek yang datang mengganggu.

Jadi kepada pemilik rumah-rumah mewah seperti bungalow, mahligai dan sebagainya hendaklah memiliki salah satu daripada tiga jenis haiwan ini bagi mengawasi keselamatan di sekitar sekeliling rumah dan dengan suara yang begitu nyaring haiwan ini maka sudah pasti akan membuat pencuri dan perompak yang memecah masuk ke kawasan rumah menjadi terkejut dan takut lalu akan bertempiaran lari.

Itik angsa dan ayam belanda hanya sesuai bagi mereka yang beragama Islam manakala anjing memang sesuai sangat bagi mereka yang bukan beragama Islam namun pilihan adalah ditangan masng-masing. Selamat mencuba disamping sebagai satu cara untuk mengekang kegiatan jenayah disekitar kawasan kediaman dan sebagainya. Selamat mencuba !

Nik Aziz tiada masalah sekiranya Lim Kit Siang jadi Presiden PAS !

Agak terkejut dengan tajuk artikel ini kan. Tapi tak apa, bagi yang lemah semangat tu atau juga sekiranya mereka yang ada mengidap simptom lemah jantung tak payahlah risau sangat sebab apa yang cuba saya paparkan disini hanyalah merupakan sebahagian daripada tips-tips penjagaan kesihatan terutamanya bagi mereka yang seusia dengan Anugerah Nik Aziz Nik Mat atau Anugerah Lim Kit Siang dan lain-lain Anugerah lagi.

Anugerah Nik Aziz dalam kenyataan terbaru beliau pula tampil dengan pengakuan hebat bahawa dia tidak akan kisah sekiranya Lim Kit Siang sudi menjadi pemimpin PAS bila-bila masa saja tanpa terma dan syarat yang perlu dipatuhi sebab yang penting bagi Anugerah Nik Aziz ialah dendam dia terhadap UMNO selama ini dapat dilunaskan sebeberapa segera yang boleh tanpa perlu mengangkat senjata sepertimana yang sedang dilakukan oleh Pemimpin Komunis Korea Utara Kim Jong-Il sekarang terhadap Korea Selatan.

Bagi Anugerah Nik Aziz lain-lain perkara harus diletak ke tepi sebab yang penting sekarang adalah untuk memenuhi tuntutan perjuangan songsang DAP/PKR/PAS yang kini giat mengambil kesempatan dengan melakukan banyak perkara yang bertentangan dengan amalan demokrasi itu sendiri sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional disamping untuk mengangkat Anugerah Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi cara yang paling tidak bermaruah dan bila ianya sudah tercapai maka matlamat mereka untuk melumpuhkan sama sekali kuasa politik Melayu dan Bumiputera di negara ini akan mudah untuk dilakukan tanpa sebarang halangan.

Namewee tak bersalah - Nazri. Era kerajaan lebih tahu segalanya belum berakhir !

Kita semua tahu bahawa ramai di antara rakyat Malaysia khususnya mereka yang terdiri daripada kaum Bumiputera mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap blogger rasis tak rasis iaitu Namewee yang telah banyak kali menimbulkan kemarahan dikalangan masyarakat Melayu terutamanya apabila beliau seringkali muncul dengan berbagai-bagai karya yang ternyata menyinggung serta mengguris hati dan perasaan kaum Melayu juga Bumiputera lainnya.

Desakan yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan yang mewakili kaum Melayu serta Pribumi lainnya kepada kerajaan terutamanya pihak Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab di dalam soal menjaga keharmonian dan ketenteraman dalam negara bukanlah bertujuan untuk mengajar kerajaan supaya bertindak tidak adil kepada Namewee tetapi lebih kepada usaha untuk melihat kerajaan lebih tegas di dalam mencegah segala perbuatan yang akhirnya jika tidak dibendung lebih awal pasti akan memudaratkan kestabilan negara dalam tempoh masa yang sangat panjang.

Sebelum ini kita telah terpukau dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh Perdana Menteri YAB DS Najib bahawa bermula dari zaman pentadbiran beliau 'era kerajaan lebih tahu segala-galanya sudah berakhir' dan kita tentu gembira dan bukannya bermakna kita berharap yang kita hendak mengajar kerajaan tentang serba-serbinya tetapi memadailah bagi kita apabila ada sesuatu yang kita mahu kerajaan buat maka kerajaan akan beri perhatian tetapi malangnya apabila dalam masa yang sama perkara kita bawa kepada kerajaan diletak balik ke atas bahu kita untuk menyelesaikannya dan ini seolah-olah menggambarkan yang kerajaan mahu lepas tangan dari terlibat dalam sesuatu isu itu.

Dalam isu klips video NAMEWEE misalnya, cuba kita perhati betul-betul alasan yang telah dikemukakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB DS Mohd Nazri Tan Sri Abdul Aziz beberapa hari yang lalu. DS Nazri kata Namewee tidak bersalah dan yang bersalah maksudnya ialah kita dan semua mereka yang mahu Namewee dibawa kemuka pengadilan kerana kita tidak tahu juga tidak memahami undang-undang negara dan tidak tahu tentang bagaimana prosedur-prosedur yang berkaitan dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan boleh dianggap sebagai salah ataupun sebaliknya.

Dalam isu Namewee ini apakah kerajaan tidak mahu mengambil pendekatan 'mencegah lebih baik daripada mengubati' apabila membiarkan saja Namewee terus dengan cara beliau tanpa sebarang tindakan pencegahan dibuat agar beliau sedar bahawa hidup di dalam sebuah negara seperti Malaysia yang punya kaum beraneka bangsa hendaklah tahu erti bagaimana hendak menghormati adat resam dan budaya kaum lain dan bukannya sesuka hati membuat perkara tertentu yang boleh melukakan hati kaum lain tanpa menoleh ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang, ke atas dan ke bawah.

Sebagai rakyat kita bukannya hendak mendesak sangat kerajaan untuk bertindak lebih jauh terhadap Namewee berbanding perbuatannya tetapi adalah cukup untuk beliau diberi pengajaran yang setimpal dengan apa yang pernah dia buat agar ianya akan menjadi satu iktibar untuk beliau dan juga kepada mereka-mereka yang lain supaya tidak lagi mengulangi perbuatan-perbuatan yang sememangnya tidak wajar dilakukan oleh sesiapa saja yang mengaku diri sebagai rakyat serta warga Malaysia.

Tuhan, selamatkanlah Malaysia daripada tangan-tangan manusia yang suka berbuat dusta...
...hindarkanlah kami seluruh rakyat Malaysia termasuk semua penyokong-penyokong pembangkang yang belum insaf dan sedar dari berketuakan pemimpin seperti mereka dalam Pakatan Anugerah Pembangkang ! ...jauhilah kami rakyat Malaysia daripada pemimpin-pemimpin seperti Anugerah Anwar Ibrahim, Anugerah Lim Kit Siang, Anugerah Nik Aziz Nik Mat, Anugerah Karpal Singh, Anugerah Wan Azizah, Anugerah Azmin Ali, Anugerah Mahfuz Omar, Anugerah Saifuddin Nasution, Anugerah Zuraidah Kamaruddin, Anugerah Khalid Samad, Anugerah Khalid Ibrahim, Anugerah Lim Guan Eng, Anugerah Hadi Awang, Anugerah Nizar Jamaluddin dan ramai lagi para anugerah lainnya! Amin.

Rabu, Disember 01, 2010

Ada 2 pilihan kepada mereka yang menolak Ketuanan Melayu di Malaysia !

Walaupun saya bukan Melayu namun dalam apapun jua soal yang membabitkan kepentingan kaum Melayu di Malaysia ini terutamanya dalam soal memimpin negara adalah sesuatu yang sangat penting dijaga dan dikekalkan agar kuasa memerintah negara ini tetap berada di dalam tangan orang Melayu demi menjaminkan erti keadilan dapat dirasai oleh seluruh rakyat yang mendiami segenap pelusuk tanah air yang tercinta ini.

Sejak dari kecil sehinggalah ke usia yang telah dewasa ini saya sering memikirkan nasib masa depan semua kaum-kaum Bumiputera di negara ini seandainya kuasa mentadbir Malaysia terlepas dari tangan orang Melayu dan jatuh ke dalam tangan orang Cina maka adalah suatu perkara yang bukan mustahil untuk terjadi apa yang telah berlaku terhadap bangsa Palestine di asia barat akan berlaku juga kepada kaum Bumiputera di negara ini akhirnya nanti.

Saya hanya meramal dari apa yang saya perhati tentang perkara-perkara yang telah dan sedang berlaku di sekeliling atau di persekitaran dan adalah tidaklah menjadi satu kesalahan bagi setiap seorang daripada kita selaku rakyat Malaysia untuk menyatakan isihati dengan melihat kepada apa yang berlaku di tempat lain mungkin juga akan berlaku kepada kaum Bumiputera di negara ini. Saya semakin resah melihat apa yang sedang dilakukan oleh para pemimpin politik pembangkang dalam usaha mereka untuk merampas kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional.

Untuk mendapatkan kuasa, para pemimpin politik pakatan pembangkang sanggup buat apa saja. Tidak mustahil satu hari nanti sekiranya sangat terdesak untuk memerintah negara Malaysia mereka akan sanggup membunuh kerana sekarang saja mereka sudah sanggup membohong  serta menipu rakyat dan juga menipu sesama mereka dengan janji 16 September dan lain-lain lagi maka oleh kerana itulah saya berani katakan bahawa pada akhirnya nanti mereka akan sanggup pula mengorbankan sesiapa saja demi mencapai cita-cita gila mereka.

Lihatlah juga betapa bongkaknya Presiden PKR Wan Azizah apabila tergamak untuk mengeluarkan ucapan mahu menolak konsep Ketuanan Melayu di negara ini dan menjadi lebih parah lagi apabila kenyataan beliau itu turut diteruskan oleh suami anugerah beliau Anwar Ibrahim yang lantas disambut dengan sorakan, tepukan dan gelak ketawa oleh para perwakilan dari kaum Cina serta sebilangan terdiri daripada kaum Melayu yang sudah dicucuk hidung oleh DAP.

Bagi saya adalah tidak susah sekiranya PKR dan DAP tidak suka dan mahu menolak Ketuanan Melayu di negara ini. Mudah saja. Mereka keluar dari Malaysia. Tukar status kewarnegaraan dari warga Malaysia kepada warga Indonesia, Somalia, Israel, Korea Utara, Sudan dan sebagainya mengikut negara mana yang mereka suka. Rugi saja Malaysia mempunyai pemimpin atau rakyat seperti mereka yang tidak mampu untuk menyumbang apa-apa yang berguna kepada negara ini.

Sudah mereka ini iaini Pakatan Pembangkang tidak mahu menghormati Perlembagaan Negara, tidak hormat kepada 5 Prinsip Rukun Negara jadi untuk apa lagi mereka duduk dalam Malaysia ini jika semata-mata hanya untuk menimbulkan keresahan, kekacauan, kegelisahan rakyat serta suka mengganggu ketenteraman negara. Mana-mana mereka yang sudah tidak selesa tinggal dalam Malaysia ini, keluar saja ! Jangan ganggu rakyat Malaysia yang lain yang masih mahu hidup rukun damai bersatupadu dengan semua kaum dalam negara ! Nyah Pakatan Pembangkang dari bumi Malaysia ini !!!

Selasa, November 30, 2010

DS Anwar 'anugerah' dan utusan akhir zaman PKR...

Saya 100% memang tidak akan mahu percaya kepada apa yang pernah diungkapkan oleh Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah semasa Kongress parti itu baru-baru ini yang menyebut bahawa DS Anwar iaitu suami sdn bhd beliau sebagai "anugerah Tuhan" kepada negara Malaysia.

Teruk sangatkah keadaan negara serta rakyat Malaysia ketika ini sehingga Tuhan terpaksa mengutuskan seorang manusia lain sebagai penyelamat kepada keadaan ? Bohong dan tipu semua itu. Semua rakyat Malaysia yang masih waras tidak akan melihat keadaan sedemikian berlaku dalam negara ini kecuali ianya memangpun berlaku di dalam Parti KeADILan Rakyat (PKR) sendiri.

Kalau Datin Seri Wan Azizah kata yang Anwar di'anugerahkan oleh ahli-ahli parti' kepada PKR sebagai pemusnah perpaduan kaum dan agama di negara ini saya memang setuju dan memang tepat sekali. Kita seakan-akan punya pandangan bahawa dengan kebebasan yang begitu melampau diberikan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional terhadap DS Anwar sehingga beliau tanpa ragu-ragu menyentuh sesuatu perkara yang sensitif yang jelas akan menjejaskan hubungan antara kaum di negara maka inilah diantara punca penyebab kepada masalah perpaduan kaum dalam negara kita.

Apabila sebuah parti yang dulu kononnya diwujudkan untuk menyaingi segala parti-parti yang ada dalam komponen Barisan Nasional yang mereka dakwa sebagai parti kronisme,nepotisme dan sebagainya tetapi kini parti mereka pula yang telah buat perkara yang begitu jauh lebih buruk dari parti-parti yang pernah dituduh serta dilabelkan dengan perkataan sedemikian.

Pemilihan yang tidak telus, pencalonan yang disekat, kertas undi hantu, penyelewengan, penipuan, pergaduhan dan berbagai-bagai lagi kejadian sepanjang mesyuarat pemilihan PKR berlangsung sudah jelas dan nyata untuk membolehkan seluruh rakyat Malaysia menilai sendiri apa itu PKR, apa dasar perjuangan PKR dan ke mana haluan negara ini hendak dipacu oleh PKR pada masa yang akan datang.

Lihatlah dalam PKR sekarang siapa Presidennya?, siapa Timbalan Presidennya?, siapa Naib Presidennya? siapa Ketua Umumnya? Presiden PKR isteri DS Anwar. Timb. Presiden PKR pula adalah 'lelaki misteri' dalam keluarga DS Anwar. Naib Presiden PKR anak DS Anwar. Ketua Umum PKR pula adalah DS Anwar sendiri. Semua keputusan akhir selepas perbincangan akan diputuskan oleh keempat-empat 'anugerah' ini dan mereka yang dibawah hanya akan mampu melihat tanpa boleh membantah.

Rabu, November 24, 2010

Selamat bersara Kumbang...

Kumbang iaitu salah seorang penulis blog dalam team AIDC yang juga merupakan diantara mereka yang menjadi pengasas sehingga wujudnya blog berkenaan telah dengan rasminya mengambil keputusan yang amat sukar untuk diterima oleh semua rakan-rakan dari BPN serta AIDC sendiri apabila telah mengumumkan untuk bersara terus dari dunia penulisan di blog mulai hari ini.

Saya sebenarnya tidak menduga bahawa saudara Kumbang nekad dengan keputusan yang sebelum ini pernah menyuarakan hasrat serupa iaitu untuk berundur sehinggalah pagi tadi apabila beliau ada menghubungi saya untuk mengesahkan perkara berkenaan.

Nota mengenai persaraan Kumbang boleh dibaca dalam laman facebook beliau yang baru saja diterbitkan sekitar jam 11 pagi tadi dan akan dipadam seluruhnya dalam tempoh 24 jam dari saat ianya diterbitkan.

Walaupun berat hati untuk menerima keputusan yang telah beliau buat namun sebagai menghormati keputusan yang tentu punya sebab-sebab tertentu yang hanya Kumbang sendiri yang memahaminya maka semua juga harus terima dan kepada Kumbang, saya serta rakan-rakan blogger yang lain mengucapkan selamat berjaya di bidang yang lain dan jutaan terima kasih atas segala nasihat serta maklumat yang telah disumbang kepada kami dan mereka yang lain juga.

Selamat bersara dan Selamat Maju Jaya !

Isnin, November 22, 2010

Rakyat Sarawak perlu menjauhi PKR yang kini sudah huru-hara !

Melihat kepada perkembangan yang berlaku kini dalam Parti KeADILan Rakyat (PKR) pusat, maka teringatlah saya kepada para penyokong serta para pemimpin PKR peringkat negeri Sarawak seperti Dato Sri Hajjah Hafshah Harun, Baru Bian dan beberapa nama lagi yang agak dikenali juga di Bumi Kenyalang kelihatannya masih berpaut mungkin mengharapkan keajaiban boleh dilakukan oleh Penasihat PKR YB DS Anwar Ibrahim dan sudah tentu mereka juga akan mendapat habuan yang tak terkira nanti pastinya.

Saya melihat hala tuju perjuangan kesemua mereka ini dari sudut kesedaran diri dimana saya berpendapat sekiranya benar Baru Bian, Dato Sri Hafshah dan mereka-mereka yang sama waktu dengannya berhasrat kononnya untuk memperbetulkan mana yang didakwa mereka sebagai tidak dilakukan dengan betul oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini terhadap rakyat juga negeri Sarawak, jadi, mengapa mereka ini harus terus untuk bersama dengan perjuangan PKR yang kini jelas berkeadaan huru-hara ?

Jadi, kepada semua pemimpin PKR Sarawak, para penyokong PKR dan juga kepada sesetengah rakyat Sarawak yang tengah berkira-kira untuk menyokong calon-calon PKR pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak yang akan datang, maka mulai saat ini hendaklah kalian menghindarkan diri dari mendekati perjuangan PKR yang sudah terang-terang hanya untuk menjayakan perjuangan peribadi dua individu yang bernama YB DS Anwar Ibrahim dan juga YB Azmin Ali !

Arkib Blog