Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label nik aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nik aziz. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 24, 2012

Mursyidul Am PAS baca Utusan Malaysia dalam Hospital lah...!

Perkembangan baik....gambar menunjukkan Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang menjalani rawatan ringan di Hospital Krian tengah kusyuk membaca artikel bertajuk "Anwar Ibrahim juga tolak hudud" yang disiarkan dalam akhbar arus perdana Utusan Malaysia.

Jika sebelum ini mereka dari Pakatan Pembangkang begitu beriya-iya sekali mahu semua pengikut serta penyokong DAP, PAS dan PKR agar memulaukan atau memboikot Utusan Malaysia, jangan membeli apatah lagi membacanya.

Tetapi apa yang kita nampak dari dalam gambar di atas merupakan satu petunjuk bahawa sememangnya pemimpin pembangkang hampir kesemuanya jenis yang 'cakap tak serupa bikin' semua mereka suka buat rakyat jadi keliru...

Sabtu, September 10, 2011

Nik Aziz terima wahyu mengenai PRU-13 dari kerajaan langit !

"Kita hendak menang Parlimen 60 kerusi termasuk kerusi yang digunakan oleh Karpal Singh tu, (segala usaha) langsung tidak ada faedah untuk akhirat melainkan dengan Islam, UMNO kena faham duduk atas dunia ini bukan manusia yang buat tapi Allah Taala buat.

"Allah Taala menetapkan bahawa hujung dunia ini ada pembalasan di akhirat, syurga dan neraka, yang kena dengan kehendak al-Quran dapat syurga, yang tidak kena neraka, orang Arab pun kalau tidak kena dengan al-Quran akan masuk neraka, inikan pula orang Melayu," kata Datuk Nik Aziz kepada Utusan Malaysia semalam.

Selasa, Ogos 23, 2011

"Percayalah!, saya takkan buat pusingan U lagi" - Mursyidul Am Parti Ali Setan

"Saya bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu" - Datuk Nik Aziz Nik Mat
Siapakah yang masih boleh mempercayai kata-kata yang terkeluar dari bibir Mursyidul Am PAS(Parti Ali Setan) yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Hari ini sekali lagi Datuk Nik Aziz mulakan karenahnya. Kononnya dia menyokong usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen siap dengan kata-kata ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Najib. Tetapi esok lusa apa pula yang akan dia kata kalau dah kena tegur dengan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Khalid Samad, Lim Guan Eng.

Dalam isu lain, saya rasa anda semua masih ingat lagi bagaimana sebelum ini Datuk Nik Aziz pernah menyatakan sokongan serta persetujuan beliau kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai cadangan suruhanjaya tersebut berkenaan dengan penggunaan sistem biometrik semasa pilihanraya terhadap para pengundi di negara ini. Tup tup dua tiga hari selepas itu Datuk Nik Aziz akan tarik balik kenyataan asalnya lalu dipusing semula...

Apakah perlu untuk kita percaya kepada apa yang telah disebut oleh Datuk Nik Aziz mengenai penubuhan jawatankuasa berkenaan?

Selasa, Ogos 16, 2011

Datuk Nik Aziz ulamak yang sering berpura-pura !!!

"Saya tidak bersetuju jika Masjid menggunakan pembesar suara hingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit," - Datuk Nik Aziz Nik Mat or The Unspinners

Macam ni boleh pulak, tidak mengganggu orang sekeliling atau disekitarnya???
 Sehubungan itu, beliau meyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan Al Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh Pisau Net
 KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak bersetuju amalan Al Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu masyarakat sekitarnya - Utusan Malaysia

Bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran menggunakan alat pembesar suara tak boleh, bising hingga mengganggu masyarakat sekitar tetapi kelakuan macam A Samad Said itu boleh, tak mengganggu orang lain di sekitarnya???
 Bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran menggunakan mikorofon bising dan mengganggu masyarakat sekitar? Tapi laungan 'reformasi! reformasi! reformasi!!! oleh Tian Chua macam ini boleh??? tak mengganggu orang lain di sekitarnya???
 Bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran menggunakan pembesar suara bising dan mengganggu masyarakat sekitar yang sedang tidur??? tapi perbuatan berarak seperti dilakukan oleh Haji Hadi Awang ini sambil pengikutnya menjerit melaung perkataan reformasi berulangkali tak mengganggu???
 Bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran menggunakan alat pembesar suara mengganggu masyarakat sekeliling??? perbuatan menjerit dan melaung reformasi beribu kali seperti diketuai oleh Zuraida Kamaruddin dan Azan Ismail ini tidak mengganggu ketenteraman awam???
 Apakah Anwar Ibrahim diganggu ketika sedang tidur? Anwar terganggu dengan bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran dari alat pembesar suara???
Dan apakah Mat Sabu juga telah diganggu ketenteramannya atau dia yang memang mengganggu tidur masyarakat di sekitarnya dengan perhimpunan bershit 2.0 yang dianjurnya bersama dengan Ambabiga Sreenevasan?

Tetapi kenapa perlu Nik Aziz Nik Mat merasakan yang bacaan Al Quran tu mengganggu masyarakat lain di sekitarnya sedangkan umur Nik Aziz hidup sebagai orang Islam bukan setahun jagung kenapa baru sekarang dia tersedar mengatakan bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran mengganggu?

Isnin, Ogos 15, 2011

Hanya iblis & syaitan yg rasa terganggu dgn suara Azan dan Ayat-ayat Suci Al Quran

Nampaknya DAP telah menempah kejayaan yang gemilang apabila akhirnya berjaya mengDAPkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dari hujung rambut di atas kepala sehinggalah ke hujung kuku di jari kaki.

Dengan hanya sekali persetujuan daripada Datuk Nik Aziz Nik Mat yang membenarkan tindakan DAP Pulau Pinang melarang umat Islam membaca Ayat-ayat Suci Al Quran sebelum Subuh serta laungan Azan melalui alat pembesar suara, maka bermakna telah lengkaplah sudah perjanjian Syaitan yang pernah dimaterai di antara PAS dengan DAP satu ketika dulu.

Alasan Datuk Nik Aziz sebab mengapa beliau bersetuju dengan langkah yang di ambil oleh kerajaan Pulau Pinang itu adalah kerana amalan umat Islam yang melaungkan Azan serta membaca Ayat-ayat Suci Al Quran sebelum di bulan Ramadhan hanya akan mengganggu tidurnya dan juga tidur orang-orang DAP.

Bermakna kalau begitu, sahlah sudah Datuk Nik Aziz Nik Mat telah kerasukan syaitan DAP sebab setakat yang kita semua tahu hanya iblis dan syaitan saja yang akan menggelupur kepanasan apabila mereka terdengar suara Azan berkemundang atau apabila mereka terdengar Ayat-ayat Suci daripada Al Quran di baca.

Untuk menghalau sebarang gangguan oleh makhluk-makhluk halus daripada mereka yang dirasuk atau dari tempat-tempat yang dipercayai berpenunggu, biasanya para pengamal perubatan tradisional akan menggunakan Ayat-ayat tertentu dari dalam kitab Suci Al Quran bagi tujuan tersebut dan sudah tentu iblis serta syaitan rasa tidak selesa dan akan rasa terganggu dengan semua itu, kalau tidak memberontak maka iblis dan juga syaitan akan lari bertempiaran kerana semakin kepanasan.

Tetapi kalau hanya setakat manusia biasa, tidak kiralah samada mereka itu beragama Islam atau yang beragama lain, terdengar laungan Azan serta bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran bukan sesuatu perkara yang disifatkan sebagai menakutkan mereka kerana ianya adalah suatu yang lumrah bagi yang hidup dalam masyarakat yang majmuk seperti di Malaysia ini dan tambahan pula keadaan seumpama itu telah lama berlaku di negara ini.

Namun lainlah bagi iblis dan syaitan, makhluk berkenaan pasti akan kepanasan, sakit, pedih dan terasa bising dan bingit apabila mendengar suara Azan dan bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran...

Ahad, Mac 27, 2011

PornStar: Nik Aziz malu dan kesal melihat mutu lakonan Anwar !

Hendak dijadikan satu ceritalah, sebaik saja MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat keluar dari tengah hutan dipendalaman negeri Kelantan iaitu lokasi dimana tempat beliau menjalani sessi pertapaan bagi memulihkan semula daya ingatannya selain untuk mendapatkan suatu ilham bagi mencipta fatwa baru khusus untuk diketengahkan kepada para pengikut PAS serta PKR agar kepercayaan serta sokongan mereka terhadap Anwar Ibrahim tidak akan terjejas walaupun timbul isu video lucah yang melibatkan Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur warga China.

Apa yang diharapkan oleh puak Pakatan dari kemunculan Datuk Nik Aziz adalah fatwa-fatwa yang segar dan baru daripada beliau namun jangkaan mereka telah meleset sama sekali apabila Datuk Nik Aziz yang tampil dalam keadaan yang agak lesu telah mengeluarkan kenyataan pertamanya yang sungguh diluar dugaan iaitu sebaik sahaja dia selesai menonton babak keseluruhan aksi ganas bintang porno dalam video klip tersebut menyebabkan wajah Datuk Nik Aziz terus berubah dari berwajah ceria kepada merah padam.

Nak tau apa sebabnya ? Sebabnya ialah, Datuk Nik Aziz langsung tidak berpuashati dengan mutu lakonan yang dipersembahkan oleh Anwar dalam video klip berkenaan. Kata Datuk Nik Aziz "saya merasa sangat malu dan kesal, macammanalah bangsa lain nak tertarik untuk menonton filem Melayu kalau setakat tu saja kemampuan kita menunjukkan bakat berlakon, sudahlah bangsa kita tak ada duit tambah lagi bangsa kita tak ada langsung bakat untuk berdrama...baru saja 20 minit berlakon sudah pitam bukan sekali tapi dua kali, manalah saya tak malu dan kesal dengan semua tu" katanya Datuk Aziz dalam nada yang amat kecewa sebab mulai merasakan diri beliau semakin lama semakin kerap pula kena tipu oleh Anwar Ibrahim.

Sabtu, Mac 26, 2011

Porn Video: Jeffry Damien temui Nik Aziz tersesat kat Kota London

Baru sebentar tadi iaitu sebelum bermulanya kempen "padam lampu selamatkan bumi" jam 8:30 mlm disambut, rakan blogger iaitu Jeffry Damien telah berjaya menemui semula Datuk Nik Aziz yang sebelumnya dilaporkan sebagai gagal untuk muncul dikhalayak ramai semenjak isu video lucah Anwar Ibrahim meledak sehingga mengatasi isu-isu yang tidak kurang panasnya seperti kes kematian TBH dan juga kes Liwat II.

Yang peliknya ialah sebelum itu lagi saya dah ada melaporkan yang Datuk Nik Aziz sedang bertapa dalam sebuah kawasan hutan yang agak terpencil dan sunyi dikawasan pendalaman negeri Kelanatan Darul Naim serta nampak seperti berhampiran dengan kem pembalakan.

Namun selang beberapa minit selepas itu menyusul pula bro Jeffry dengan artikel terkininya melaporkan yang Datuk Nik Aziz ada sudah dan apa yang sangat menghairankan ialah kalau kita melihat berdasarkan kepada photo yang telah ditunjukkan oleh Jeffry dalam blog beliau ternyata Datuk Nik Aziz telah ditemui oleh beliau sedang riang berlari di satu lokasi yang ternyata tidak terdapat dimana-manapun dalam wilayah Malaysia ini dan ianya seakan-akan disatu tempat dalam Kota London sambil Nik Aziz memegang sekeping kertas yang jelas mengandungi tulisan berbagai maksud agaknya 'fatwa' terbaru lah tu.

Tetapi Datuk Nik Aziz bukanya tampil dengan fatwa baru sepertimana kelazimannya apabila timbul sebarang isu yang melibatkan Anwar Ibrahim cuma beliau menyatakan rasa kesal dan malu dia yang teramat sangat terhadap tindakan tiga individu yang dikenali sebagai Datuk T kerana menayangkan video lucah Anwar Ibrahim untuk dipertontonkan kepada pihak lain seperti kepada pihak media serta pemimpin-pemimpin parti politik.

Datuk Nik Aziz memang berhak untuk berasa malu serta kesal sebab itu memang sudah jadi hak dia sebagai seorang individu tetapi Datuk Nik Aziz tidak boleh melabel orang yang telah menayangkan video lucah Anwar dengan pelacur China kepada pihak media baru-baru ini sebagai perbuatan orang yang tidak bermoral.

Kalau soal bermoral atau tidak seseorang itu Datuk Nik Aziz sepatutnya melihat kepada pelakon yang beraksi didalam video klip berkenaan adakah pelakon yang dinyatakan sebagai mampu melakukan dua sessi pancutan hanya dalam tempoh masa 20 minit dan oleh itu Datuk Nik Aziz tidak wajar untuk menghukum pihak yang mendedahkan kandungan video lucah tersebut sebagai orang yang tidak bermoral serta tidak tahu malu.

Tanpa berselindung Datuk Nik Aziz dalam nada malu mempersoal akan tindakan 3 individu yang telah membocorkan rahsia jenayah seksual Anwar Ibrahim kepada umum yang menurut beliau telah membuatnya menjadi sangat malu kepada orang bukan Melayu apabila kes mengenai video lucah berkenaan kembali membabitkan pemimpin-pemimpin Melayu.

Tak apalah kalau mahu malu kepada sesama manusia sebab manusia bukannya boleh buat apapun kerana sifatnya sebagai insan yang sememangnya lemah dimuka bumi ini maka oleh itu adalah lebih baik bagi Datuk Nik Aziz untuk malu kepada hanya Tuhan Yang Esa dan bukannya mesti malu kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau malu kepada Karpal Singh yang nyata tidak berintergriti.

Rabu, Disember 15, 2010

Nik Aziz & menantu bebas tuduhan rasuah, SPRM tutup kertas siasatan...

Menurut sumber daripada pihak SPRM siasatan berhubung dengan dakwaan rasuah ke atas Menteri Besar Kelantan Darul Naim Datuk Nik Aziz Nik Mat serta menantu lelakinya Ariffahmi kini telahpun ditutup dan ini bermakna tiada lagi apa-apa siasatan akan dilakukan terhadap kedua-duanya oleh pihak Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sehubungan itu pihak SPRM mungkin mempunyai alasan yang kukuh berkaitan dengan keputusan yang telah dibuat kerana jika diimbas kembali kepada isu-isu panas termasuklah isu rasuah yang melibat Mursyidul Am PAS itu bersama dengan anak menantunya sudah tentu orang ramai dapat membayangkan bagaimana Menteri Besar Kelantan itu serta menantu beliau akan dihadapkan ke Mahkamah oleh SPRM.

Walaupun sebelum ini ramai juga yang meramalkan yang Datuk Nik Aziz dan Ariffahmi hanya menunggu masa hendak didakwa namun perkara sebaliknya pula berlaku apabila kedua-dua mereka telah dilepaskan dari tuduhan terlibat dengan kegiatan rasuah. Apa-apapun kita kena akur dan terima keputusan yang telah SPRM ambil dalam isu ini dan kini kita cuma mahu menunggu apakah reaksi daripada para pengikut PAS selepas ini apakah mereka akan keluar ke tengah jalanraya membantah keputusan berkenaan dan berbaring semasa lalulintas sibuk?

Apakah para penyokong PAS akan menuduh SPRM berat sebelah kerana hanya melepaskan Nik Aziz dan Ariffahmi tetapi tidak turut membebaskan DS Dr Khir Toyo? Adakah dua sekutu PAS dalam Pakatan Haram iaitu DAP dan PKR akan menganjur satu perhimpunan jalanan bagi mendesak ditubuhkan satu Inkuari Awam bagi menyiasat keputusan yang telah dibuat oleh SPRM itu untuk menentukan samada keputusan itu telus atau bersifat pilih kasih?

Celako ! Celako ! Celako !

Rabu, Disember 08, 2010

Hairan!!! Khir Toyo yg kena cekup, kenapa pula Nik Aziz yg tiba-tiba sakit ?


Pelik juga kan, baru saja bekas Menteri Besar Selangor ditahan oleh sepasukan pegawai SPRM tiba-tiba saja kita di Malaysia ini dikejutkan dengan berita bahawa Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat jatuh sakit dan telah dimasukkan ke Hospital untuk diberikan rawatan lanjut.

Saya bukannya nak mempersendakan tentang orang-orang yang sakit ni tetapi kalau ianya terjadi kebetulan sekali disaat ada pihak yang dikira berkemungkinan sedang mengatur langkah untuk bertandang ke pejabat beliau misalnya tetapi tiba-tiba saja orang berkenaan jatuh sakit dan sebagainya maka bukankah ini akan menimbulkan perasaan pelik pada diri kita atau orang lain juga ? Lebih kurang macam dalam adegan filem 'Madu Tiga' saja kan he he he..

Walauapapun seandainya beliau benar-benar sakit maka sebelumnya kita semua harap agar beliau segera bertaubat serta sedar dari kesilapan yang pernah dilakukan dan tinggalkan Pakatan 'memusnah' Rakyat dan kita doakan supaya kesihatannya segera pulih dan kembali bertugas seperti sediakala namun sekiranya beliau hanya bersandiwara kerana cemas melihat logo SPRM dan semakin dekat ooohhhh baik janganlah buat lawak-lawak macam tu sebab kalau boleh contohilah bekas MB Selangor YB DS Dr Khir Toyo yang relax saja berdepan dengan semua tu dan tak gentarpun malah mahu agar kesnya itu segera dibicarakan tidak seperti pengkhianat bangsa negara Anwar Ibrahim yang berkali-kali minta ditangguhkan kes dia.

Arkib Blog