Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Disember 17, 2011

Adakah budaya 'Punk' tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam ?

 Saya tertarik dengan satu artikel yang dikeluarkan semalam oleh Papa Gomo yang mengulas mengenai tindakan oleh pihak berkuasa agama Islam di Aceh terhadap sekumpulan 65 pemuja budaya 'Punk' yang rata-rata mereka terdiri daripada anak muda dan beragama Islam.

Papa Gomo berpendapat tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama di wilayah Aceh itu terhadap kumpulan terbabit sebagai kejam dan tidak wajar maka oleh itu beliau beliau berharap agar kerajaan Malaysia tidak mengikut mengikut pendekatan sepertimana yang digunakan oleh pihak agama Islam Aceh untuk digunapakai dalam usaha membenteras gejala sosial supaya tidak terus berkembang dikalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda Islam dan Melayu.
 Cuma apa yang ingin hendak saya sampaikan disini ialah, sebagai seorang penulis blog yang berkalibar serta yang telah diiktiraf oleh ramai pihak, harap kita semua mampu menyahut seruan kerajaan walaupun mungkin tidak semuanya tetapi separuh daripada itu barangkali kita mampu untuk menggalas bersama iaitu apabila kita selalu mendengar pihak kerajaan seringkali menyebut tentang 'modal insan' atau dalam ertikata lainnya pihak kerajaan senantiasa berusaha melahirkan ramai generasi baru yang berguna kepada bangsa dan negara yang mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di masa depan.
Oleh itu, sekiranya kita sendiri mahupun sesiapa saja masih juga tidak peka dengan kehendak pinhak kerajaan malah masih terus mahu mempertahankan budaya tertentu terutamanya budaya asing dari luar seperti budaya punk ataupun lainnya yang lebih menjuruskan kepada keruntuhan moral serta akhlak, apakah kita tidak sedar bahawa tindakan menyokong atau mempertahan budaya sedemikian sebenarnya tidak akan membantu sebarang usaha untuk mempertingkatkan kefahaman tentang Islam apatah lagi untuk mempertabatkan agama Islam yang saban hari sentiasa terdedah kepada berbagai bentuk ancaman.

Jika kita melihat daripada segi berpakaian kumpulan punk ini termasuklah bermacam-macam aksesori atau barang-barang perhiasan lain yang digunakan untuk menghiasi tubuh badan mereka dan apakah apabila mereka mengena atau memakainya tidak akan menimbulkan sebarang masalah terutama ketika waktu mereka (yang beragama Islam) hendak menunaikan solat 5 waktu ? Malah ada yang bertindak lebih berani apabila sanggup membuat ukiran tattu di badan sebagai memenuhi keperluan untuk menjadi salah seorang anggota kumpulan punk yang sah.

Apa-apapun saya tetap kagum dengan tindakan yang tegas dan berani oleh pihak berkuasa agama Islam di Aceh terhadap pihak-pihak yang cuba untuk menodai kesucian Islam dan harap kerajaan Malaysia perlu melihat bahawa tindakan serupa juga perlu digunakan ke atas mana-mana pihak di negara ini tidak hanya terhad kepada kumpulan 'punk' atau kumpulan 'skin head' sahaja malah terhadap kumpulan Seksualiti Merdeka juga yang jelas sengaja cuba untuk mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan yang makmur dan harmoni rakyat di negara ini.

Jumaat, Disember 16, 2011

Ariff Alfian, pelajar luar negara yang kedua kahwin dengan kaum sejenis!!

 Gambar di atas sebagai merujuk kepada satu kes di mana seorang penuntut lelaki rakyat Malaysia dari sebuah universiti di Greece telah berkahwin dengan kekasih sejenisnya warga negara tersebut. Pelajar berkenaan berasal dari Semenanjung Malaysia. Kejadian yang melibatkan pelajar lelaki Malaysia mengahwini rakan sejenis mereka di luar negara rupanya tidak terhenti setakat di situ saja.
 Kejadian seumpama berulang kembali apabila seorang pelajar Melayu yang ditaja oleh Syarikat Carigali Petronas, Ariff Alfian Rosli, 28 tahun, yang sedang menuntut di Universiti College Dublin Ireland telah berkahwin dengan seorang lelaki rakyat Ireland yang dikenali sebagai Jonathan.
Ini merupakan kes yang kedua pelajar lelaki kahwin sesama lelaki yang melibatkan pelajar rakyat Malaysia yang menuntut di luar negara. Untuk berita selanjutnya bolehlah layari blog MyMassa . Apa sudah jadi ?

Kalaulah Ambiga anjur Seksualiti Merdeka di Aceh, pasti ini padah beliau akan terima!




Sekumpulan 65 orang pengikut gaya Punk termasuk beberapa remaja perempuan telah ditangkap dan ditahan oleh para pegawai penguatkuasa agama Islam di Daerah Aceh gara-gara tampil dengan pakaian serta imej yang bertentangan serta mencemarkan kesucian Islam di daerah yang begitu menitik berat soal-soal hukum agama.

Kumpulan Punk tersebut yang ditahan telah dicukur rambut mereka bagi yang lelaki manakala bagi wanita pula semua peralatan ditanggalkan dari tubuh, selepas itu mereka dikehendaki berendam di dalam sebuah kolam air. Syabas atas ketegasan pihak berkuasa di Aceh. Demi mempertahankan maruah agama, mereka tidak berkompromi walau apapun alasan yang diberi.

Saya yakin, kalaulah kerajaan Malaysia mahu bertindak tegas tanpa rasa ragu-ragu dalam menangani beberapa isu yang sememangnya boleh dikira sebagai isu berat seperti isu Seksualiti Merdeka, Bersih 2.0 dan bermacam-macam lagi perhimpunan dianjurkan oleh para petualang dan pengkhianat negara yang nyata tanpa berselindung telah mencabar keharmonian, keamanan, kedaulatan serta perpaduan dalam negara maka sudah tentu banyak perkara mudah diselesaikan dengan segera tanpa berlarutan sehingga dibawa ke mahkamah.

Yang Mula Dan Akhir



Putaran alam;

Pasang pasti ada yang surut

Naik pasti ada yang turun

Hidup pasti ada yang mati

Mula pasti ada yang akhir...

Rabu, Disember 14, 2011

Azmin & Anwar bergilir memanjat pokok jambu sebatang ?

 Benarkah ini merupakan jambu baru Anwar Ibrahim ? Ganyang! jambu Indonesia sampai terkulai dengan KY Jelly...
Dan benarkah pemuda ini merupakan Jambu Baru yang direbut serta dikongsi bersama oleh Anwar Ibrahim dengan Azmin Ali ? Macamana ye, terpaksalah bergilir-gilir, ye lah macam dalam filem Madu Tiga...kena adil sesama sendiri...

Selasa, Disember 13, 2011

Krisis SUPP: Richard Riot akan jadi pemimpin boneka dalam parti...

Memang ramai yang berasa terkejut dan gembira dengan perlantikan Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Presiden Parti SUPP yang baru bergandingan dengan Presiden yang juga baru dipilih Datuk Seri Peter Chin Fah Kui kerana inilah kali pertama dalam sejarah Parti Bersatu Rakyat Sarawak yang berasaskan kaum Cina itu apabila mereka sudi menerima seorang pemimpin dari kaum Bumiputera sebagai orang nombor dua di dalam parti.

Namun selepas ini mungkin akan ada lagi kejutan baru dilakukan oleh SUPP apabila parti berkenaan sedang merancang untuk meminda perlembagaan parti selewat-lewatnya pertengahan tahun hadapan. Antara cadangan pindaan adalah pada Seksyen 19(5) kepada "untuk memilih ahli Jawatankuasa Pusat" -presiden, dua timbalan presiden, setiausaha agung dan bendahari. Selain itu, Seksyen 21(1)(2) perkataan '1 Presiden' diganti kepada '2 Timbalan Presiden'.

Pindaan turut akan dibuat pada Seksyen 27(1)(a) iaitu terhadap Jawatankuasa Kerja Pusat yang akan merangkumi; Presiden, Timbalan Presiden I, Timbalan Presiden II, Bendahari, Timbalan Setiausaha Agung I, Timbalan Setiausaha Agung II, Setiausaha Kerja, Setiausaha Penerangan dan Publisiti, Empat Naib Presiden, Naib Presiden Pengerusi Sayap Pemuda Pusat, Naib Presiden Sayap Wanita Pusat, Penolong Bendahari, Penolong Setiausaha Kerja, Penolong Setiausaha Penerangan dan Publisiti, tiga Ahli Biasa Jawatankuasa Kerja Pusat dipilih daripada kalangan Ahli Jawatankuasa Kerja di cawangan bukan konstituensi dan tiga ahli biasa Jawatankuasa Kerja Pusat dilantik oleh presiden parti daripada kalangan ahli Jawatankuasa kerja - sumber Utusan Borneo 12 December 2011, Isnin.

Sekiranya cadangan pindaan tersebut mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) maka jawatan yang akan menjadi tumpuan selepas ini adalah jawatan Timbalan Presiden parti. Sebelum ini, belum pernah ada lagi bagi mana-mana parti di negara ini baik yang berada dalam komponen Barisan Nasional mahupun pembangkang yang mengamalkan sistem dua timbalan presiden untuk satu parti tetapi itulah yang akan berlaku dalam SUPP.

Apabila ini berlaku, sudah tentulah kedudukan Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Presiden SUPP akan menimbulkan suatu tandatanya. Apakah beliau selepas pindaan terhadap beberapa Seksyen berkaitan berjaya dibuat nanti akan diletak sebagai Timbalan Presiden II dan untuk jawatan Timbalan Presiden I pula akan diberikan kepada salah seorang pemimpin dari masyarakat berketurunan Cina sebagaimana pada kelazimannya.

Kesimpulannya disini ialah, perlantikan Datuk Richard Riot sebagai seorang Timbalan Presiden SUPP sebenarnya tidak lebih hanyalah merupakan satu usaha oleh pihak tertentu di dalam parti bertujuan untuk mengambil hati semua ahli-ahli parti dari kaum Bumiputera khususnya kaum Dayak agar terus bersama dengan SUPP dan akhirnya peranan atau kuasa sebagai Timbalan Presiden parti tentu sekali akan diserahkan kepada seorang pemimpin bukan Bumiputera dan peranan Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Presiden dalam parti akan jadi lebih kurang sama seperti sepohon bunga yang hanya untuk menghiasi sebuah taman.

Dan jika ini yang berlaku, maka itulah sebenarnya tujuan oleh pihak tertentu di dalam SUPP yang mahu agar pindaan dilakukan terhadap Perlembagaan dalam parti.

Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong ke-XIV: Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku !

 Hari ini terukir satu lagi sejarah buat seluruh rakyat Malaysia dan juga kepada negara kerana kita semua menerima seorang Raja baru bagi memayungi kita secara keseluruhan dengan segala kesejahteraan, keharmonian, keamanan dan juga kemakmuran.

Perlantikan untuk kali yang kedua Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 tentunya akan membawa banyak pengertian atau makna tersendiri buat kita seluruh rakyat Malaysia.

Ketika dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-5 pada 21 September 1970, kebetulan ketika itu Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 adalah YABhg Tun Haji Abdul Razak bin Hussein dan pada hari ini 13 December 2011 untuk kali yang kedua Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, kebetulan pula Perdana Menteri Malaysia ke-6 adalah YAB Datuk Seri Hj Mohd Najib anak sulung kepada Allahyarham Tun Haji Abdul Razak.

Semoga semua petanda ini akan membawa banyak kemakmuran buat negara kita serta Malaysia terus mendapat segala nikmat selama tempoh pemerintahan Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah. Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !
Yang di-Pertuan Agong ke - 14 (13 December 2011 -                         )
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah
Sultan Kedah Darul Aman
 Yang di-Pertuan Agong ke - 13 (13 December 2006 - 12 December 2011)
Tuanku Mizan Zainal Abidin Sultan Al-Muktafi Billah Shah
Sultan Terengganu Darul Iman
 Yang di-Pertuan Agong ke - 12 (13 December 2001 - 12 December 2006)
Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail
Raja Perlis Indera Kayangan
 Yang di-Pertuan Agong ke - 11 (26 April 1999 - 21 November 2001)
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj
Sultan Selangor Darul Ehsan
 Yang di-Pertuan Agong ke - 10 (26 April 1994 - 25 April 1999)
Al-Marhum Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
 Yang di-Pertuan Agong ke - 9 (26 April 1989 - 25 April 1994)
Sultan Azlan Muhibbudin Shah Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullah
Sultan Perak Darul Ridzuan
 Yang di-Pertuan Agong ke - 8 (26 April 1984 - 25 April 1989)
Al-Marhum Sultan Iskandar Alhaj Sultan Ismail
Sultan Johor Darul Takzim
 Yang di-Pertuan Agong ke - 7 (26 April 1979 - 25 April 1984)
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musa'in Billah Sultan Abu Bakar R'ayatuddin Al-Muadzam Shah
Sultan Pahang Darul Makmur
 Yang di-Pertuan Agong ke - 6 (21 September 1975 - 29 Mac 1979)
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra Sultan Ibrahim
Sultan Kelantan Darul Naim
 Yang di-Pertuan Agong ke - 5 (21 September 1970 - 20 September 1975)
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah
Sultan Kedah Darul Aman
 Yang di-Pertuan Agong ke - 4 (21 September 1965 - 20 September 1970)
Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Sultan Zainal Abidin
Sultan Terengganu Darul Iman
 Yang di-Pertuan Agong ke - 3 (21 September 1960 - 20 September 1965)
Al-Marhum Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Hassan Jamalullail
Raja Perlis Indera Kayangan
 Yang di-Pertuan Agong ke - 2 (14 April 1960 - 1 September 1960)
Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj Tuanku Alaiddin Sulaiman Shah
Sultan Selangor Darul Ehsan
Yang di-Pertuan Agong Pertama (31 Ogos 1957 - 1 April 1960)
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

Isnin, Disember 12, 2011

Krisis SUPP: kaum Dayak terus berpecah berikutan pergolakan Wong-Chin

Pergolakkan yang berlaku di dalam Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) bukan saja bakal menyaksikan berlakunya perpecahan bagi golongan masyarakat Cina di Sarawak tetapi juga akan menyaksikan bagaimana bertambah satu lagi perpecahan bagi kaum terbesar di Bumi Kenyalang ini iaitu orang Dayak.

Jika bagi kaum Cina di Sarawak, keretakan di kalangan komuniti berkenaan akibat dari pengaruh fahaman politik yang melampau tidaklah seteruk yang dialami oleh masyarakat Dayak yang kini sudahpun mengalami perpecahan kepada sepuluh dimana mereka sedang giat berusaha mengumpul sebanyak mungkin para penyokong untuk menegakkan perjuangan kumpulan masing-masing.

Dalam dunia politik, kaum Cina Sarawak hanya terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu SUPP, DAP serta PKR dan mereka tidak akan lari jauh dari ketiga-tiga parti berkenaan jika timbul sebarang perselisihan faham antara sesama mereka. Jika berlaku perbalahan yang tidak mampu diselamatkan contohnya dalam SUPP mereka akan lari ke dalam DAP atau PKR dan begitu juga jika berlaku sebarang pertikaian dalam DAP ataupun PKR mereka akan mencari SUPP.

Berlainan pula dengan masyarakat Dayak yang kini kaum mereka turut menganggotai semua parti yang terdapat di Sarawak selain menjadi pemimpin kepada beberapa buah parti politik utama di negeri ini. Dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ahli serta pemimpin dari keturunan Dayak telah membentuk satu kumpulan tersendiri dan begitu juga di dalam Parti PRS, Parti SPDP, Parti SNAP, Parti SUPP, Parti PKR, Parti DAP, Parti STAR, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti KITA pimpinan Datuk Zaid Ibrahim di mana kaum Dayak telah terbentuk kepada sepuluh kumpulan.

Sebagai kaum majoriti yang terbesar di Sarawak, masyarakat Dayak sebenarnya tidak menyedari bahawa semakin banyak kumpulan yang mereka sertai atau wujudkan demi untuk mendapat kuasa di Bumi Kenyalang maka semakin kecil pula sebenarnya kuasa yang mereka perolehi dan ini sudah tentu sekali tidak memungkinkan untuk mereka mendapat kuasa menjadi pemerintah di negeri ini.

Begitulah seterusnya dengan apa yang sedang berlaku ke atas Parti SUPP kini berikutan konfrontasi di antara kumpulan Datuk Sri Wong Soon Koh dengan kumpulan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui di mana ahli-ahli serta pemimpin SUPP berketurunan Dayak turut berada di dalam kedua-dua kem berkenaan serta mempertahankan ketua masing-masing dan ini sebenarnya telah menyumbang satu lagi perpecahan bagi Dayak di Sarawak dan menjadikan kaum tersebut kini sudahpun berpecah kepada sebelas kumpulan.

2006-2011: Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13

Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !

Hari ini satu lagi peristiwa amat bersejarah telah berlaku dalam negara kita dengan berlangsungnya upacara adat istiadat perpisahan bagi menjunjung kasih atas keberangkatan balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud Al-mutadillah Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke negeri Terengganu Darul Iman setelah tamat tempoh 5 tahun perkhidmatan Baginda sebagai raja yang memayungi seluruh rakyat negara ini.

Ahad, Disember 11, 2011

Krisis SUPP: Kumpulan Wong mendapat restu daripada KM Sarawak

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Hj Mohd Najib Tun Razak telah merasmikan Persidangan Perwakilan Delegasi (TDC) SUPP kali yang ke-22 di Bandaraya Kuching tanpa kehadiran Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud dan juga sekumpulan pemimpin SUPP yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha Agung SUPP Dato Sri Wong Soon Koh.

Apa yang kita perlu beri perhatian adalah kumpulan SUPP yang dipimpin oleh Dato Sri Wong Soon Koh telah mendapat sokongan yang begitu padu daripada kalangan tokoh-tokoh perniagaan terkemuka di negeri Sarawak yang rata-rata mereka adalah pemilik kepada beberapa syarikat besar dan terkemuka di Bumi Kenyalang ini.

Manakala tokoh-tokoh pernigaan terkenal Sarawak yang sangat rapat dengan Pehin Sri Taib Mahmud seperti Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau, Datuk Wong Kie Nai dari WTK Group, Tan Sri Datuk Ling Chiong Hoe dari Shin Yang Group, Mr Lau Swee Ngoung dari Hua Seng Group, Tan Sri Hii Cham Pee dari Interhill Group, Tan Sri Datuk Yaw Teck Seng dari Samling Group dipercayai lebih cenderung untuk menyokong Dato Sri Wong Soon Koh sebagai Presiden SUPP yang baru kerana sebagai anak Cina Sibu mereka tentu sekali berpendapat bahawa parti berkenaan perlu diterajui semula oleh pemimpin Cina Foochow dari Sibu iaitu setelah beberapa tahun dipimpin oleh Cina Miri.

Tanpa kelibat Ketua Menteri Sarawak pada majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri yang Pengerusi Barisan Nasional pusat itu semalam telah menguatkan lagi beberapa andaian yang mengatakan bahawa Pehin Sri Taib secara berselindung lebih menyukai kepimpinan Dato Sri Wong Soon Koh untuk menerajui SUPP jika dibandingkan dengan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Dengan hanya mewakilkan Datuk Sri Abang Johari Tun Abang Openg bagi menggantikan dirinya pada majlis persidangan TDC itu, Pehin Sri Taib nampaknya lebih selesa untuk menghadiri majlis lain iaitu bermesyuarat dengan rakan sejawatannya dari negeri Kerala India, Oomen Chandy yang kalau dikira boleh diwakilinya kepada YB Datuk Sri Awang Tengah Awang Ali Hassan sebab sebagai Pengerusi BN Sarawak memang perlu bagi Ketua Menteri untuk hadir bersama pada majlis berkenaan bagi meniup semangat semua ahli-ahli SUPP yang hadir.

Untuk rekod juga, semua pemimpin yang menyebelahi Dato Sri Wong Soon Koh di dalam pertelagahan antaranya dengan Datuk Seri Peter Chin bagi merebut jawatan sebagai Presiden SUPP yang baru seperti Datuk Lee Kim Shin, Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Tiong Thai King, YB Jerip Susil, YB Ranum Mina dan YB Dr Johnical Rayong adalah merupakan mereka yang disenangi oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dan mereka itu juga turut memboikot majlis perasmian yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib semalam.

Sabtu, Disember 10, 2011

Bulan berbentuk luarbiasa berlaku malam ini mulai jam 7:30-12.00pm !

Benarkah berita yang tersebar mengatakan bahawa sebentar lagi mulai jam 7:30 petang ini sehingga jam 12 tengah malam nanti akan berlaku satu fenomena luarbiasa terhadap planet bulan apabila ianya dikatakan akan berbentuk tidak seperti kelazimannya iaitu berkeadaan agak luarbiasa.

Apa-apapun bagi yang ingin mengetahui mengenainya maka sama-samalah kita tunggu saat berlakunya kejadian alam yang diluar dugaan itu atau kejadian yang diluar jangkauan kemampuan akal fikiran manusia...

Jumaat, Disember 09, 2011

KD Mat Syabu gagal menyelam,,,

Kapal selam milik PAS, KD Mat Syabu hari ini gagal menyelam. Sepatutnya KD Mat Syabu yang telah dijadualkan untuk bersama-sama dengan KD Lim Guan Eng, KD P. Ramasamy dan KD Dr Mansor Othman melakukan selaman di perairan Selat Melaka sempena dengan Pameran Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 di Pulau Langkawi.

Malang sekali bagi PAS kerana kapal selam mereka gagal untuk turut sama menyelam bersama dengan kapal selam milik DAP Hanya KD Lim Guan Eng yang sanggup menaiki kapal selam itu setelah Mat Syabu gagal dipujuk oleh Menteri Pertahanan supaya mereka merasa sendiri akan kemampuan kapal berkenaan menyelam hingga ke dasar laut.

Apa-apapun ucapan syabas dan tahniah perlu diberi kepada mereka yang telah terpilih untuk menaiki kapal selam KD Tun Razak kerana peluang sedemikian memang jarang sekali boleh diperolehi oleh mana-mana orang awam di negara ini.

Sebuah kapal selam milik blogger pro-BN, KD Papa Gomo juga turut diberi hak oleh Kementerian Pertahanan menerusi menterinya YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk turut serta dalam demonstrasi menyelam KD Tun Razak di Langkawi hari ini, syabas kepada bro Papa Gomo kerana berpeluang melihat secara dekat serta mendapat pengalaman baru menyelam dalam dasar laut menggunakan kapal selam kedua negara.

Kalau DAP mahu letak calon Melayu, PAS pula letaklah calon Cina...baru ngam!!!

Sekiranya DAP benar-benar mahu meletakkan calon dari kalangan kaum Melayu untuk mewakili parti perkauman terbesar itu bagi kawasan yang majoritinya Melayu pada PRU-13 nanti maka PAS tidak perlulah terlalu risau sebab tindakan DAP itu sebenarnya telah membuka jalan kepada PAS untuk berbuat perkara yang sama.

Bukankah PAS sudah ada sayap yang mewakili kaum bukan Melayu dalam partinya iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), oleh itu apa salahnya bagi PAS untuk meletakkan juga calon dari kalangan kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina sebagai calon PAS di kawasan yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina atau Tiong Hua pada PRU-13 kelak.

PAS harus berani menari mengikut rentak gendang yang dipalu oleh DAP bukan sekadar terikut-ikut menggoyang kepala lutut tetapi mesti berani menggerakkan seluruh anggota tubuh mereka sebagaimana beraninya DAP bertindak untuk menceroboh kawasan yang sepatutnya diperuntukkan kepada PAS.

Inilah masanya untuk PAS menunjukkan kepada para penyokong parti bahawa slogan "PAS for All" bukan hanya sekadar mainan kata semata-mata sahaja tetapi mesti diterjemahkan ke dalam perjuangan mereka untuk semua bangsa dan agama apabila PAS sudah ada wakil bukan Islam dan Melayu di dalam parti dan tambahan pula PAS kini bukan lagi sebuah parti yang berasaskan kepada Islam sebaik mereka menukar dasar perjuangan parti kepada Negara Berkebajikan.

Khamis, Disember 08, 2011

Demi cinta, sanggup Azmin pecah penjara dan bawa Anwar lari keluar???

Sampai begitu sekali pengorbanan yang sanggup dicurahkan Azmin Ali kepada Anwar Ibrahim??? Mahu merobohkan tembok penjara kiranya Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes liwat II dan jika Anwar dipenjarakan?

Di sini Azmin Ali telah cuba melakukan tiga kesalahan, pertama Azmin Ali memaksa satu pergorbanan dari dirinya ke atas orang yang tidak sepatutnya bagi beliau sebab Anwar jelas bukan sebahagian daripada ahli keluarga beliau jauh sekali sebagai isteri ataupun suaminya....

Kedua, Azmin Ali seolah-olah mengugut, cuba mempengaruhi keputusan hakim atau cuba menekan para hakim agar tidak mensabitkan Anwar Ibrahim dengan kesalahan liwat walaupun kiranya nanti memang benar Anwar terlibat di dalam kes jenayah tersebut.

Dan ketiga, dengan ancaman untuk meroboh penjara kiranya Anwar Ibrahim dipenjarakan bermakna Azmin Ali telah menggalakkan satu budaya liar bercambah dikalangan masyarakat Malaysia iaitu vandalisme atau perosak harta benda awam di negara ini.

Beginikah sikap bakal pemimpin yang tergila-gila nak menjadi pemimpin kepada puluhan juta rakyat Malaysia???

Rabu, Disember 07, 2011

Agama apa pula yang dibawa oleh Nabi Nik Aziz ye?

Kalau dah Ustaz Shamsul Zaman mengiktiraf kedudukan Mursyidul Am PAS setaraf dengan para Nabi maka bermakna ustaz berkenaan mahu orang lain juga percaya bahawa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah salah seorang daripada 25 orang nabi yang dilantik Tuhan untuk memimpin seluruh manusia di muka bumi ini ke jalan yang benar.

Di antara 25 nabi yang terdahulu ada beberapa nabi yang di beri tanggungjawab lebih besar untuk membawa manusia keluar dari kegelapan seperti Nabi Daud a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s serta Nabi Muhamad s.a.w dan masing-masing nabi ini dilengkapkan dengan kitab serta ajaran agama dibawa untuk dikembangkan di kalangan manusia seluruh alam.

Jika Nabi Daud a.s dipilih Tuhan sebagai seorang nabi atau rasul maka Baginda telah diserta dengan sebuah kitab iaitu Kitab Zabur untuk agama Yahudi yang dibawa Baginda. Begitu juga dengan Nabi Musa a.s yang diturunkan sebuah kitab suci iaitu Kitab Taurat untuk agama Majusi yang Baginda perjuangkan dan seterus Nabi Isa a.s yang membawa agama Nasrani atau Kristian dengan Kitab Injil sebagai panduan umatnya. Nabi akhir zaman, Nabi Muhamad S.A.W pula yang dipilih sebagai rasul terakhir dengan agama Islam serta Kitab Suci Al Quran.

Tetapi bagaimana pula dengan Nabi Nik Aziz, takkanlah tak ada kitab suci lain khusus untuk beliau atau agama sendiri yang hendak dibawa kepada rakyat Malaysia? Tak patut juga kalau Nabi Nik Aziz mahu memperjuangkan Islam kerana Islam sudah lengkap dengan seorang nabi serta kitab sucinya sekali maka tak logik pula sekiranya dua nabi untuk satu agama, kan !

Nik Aziz naik pangkat dari Mursyidul Am kepada Nabi PAS

 Nampaknya tuah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat semakin cerah, jika sebelum ini beliau adalah merupakan Mursyidul Am PAS iaitu satu jawatan yang tanpa ditandingi dalam parti cuma ianya dibuat secara lantikan oleh dewan perwakilan parti.
 Dan kini Datuk Nik Aziz Nik telahpun diisytiharkan oleh para penyokongnya sebagai seorang Nabi. Nabi Nik Aziz itulah nama baru bagi Mursyidul Am PAS itu. Cuma sekarang Nabi Nik Aziz belum lagi menerima sebarang wahyu dari langit.
Ini pula adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Nik Aziz, Kitab al-Jingga...

Stadium Angkasa TV1: layanan tidak samarata kepada para pemain Harimau Malaya

Semalam di RTM TV1 rancangan Stadium Angkasa bersiaran secara langsung pada pukul 10 malam dengan menjemput hampir kesemua para pemain muda dalam skuad Harimau Malaya termasuklah jurulatihnya saudara Ong Kim Swee sebagai tetamu undangan untuk rancangan berkenaan.

Terima ksaih kepada pihak RTM amnya dan TV1 khususnya kerana memberi peluang kepada para peminat sukan bolasepak seluruh tanah air untuk mendengar sendiri kata-kata daripada wira-wira sukan negara itu tentang berbagai isu serta kontroversi yang menyelubungi kontijen negara khususnya pasukan bolasepak selama mereka menyertai acara di Sukan SEA ke-26 Jakarta-Palembang November lepas.

Namun semalam TV1 dalam memberi layanan kepada para pemain sebagai tetamu jemputannya seolah-olah tidak peka dengan terhadap perhatian umum atau penonton rancangan tersebut apabila hanya memilih hanya segelinitr pemain untuk bercakap menggunakan mikrofon atau kadangkala jelas melebih-lebihkan hanya dua tiga orang pemain sebagai tumpuan sedangkan mereka bermain secara berpasukan ketika berada di atas padang.

Di akhir rancangan Stadiaum Angkasa semalam sepatutnya semua pemain yang hadir sebagai tetamu diberi kesempatan untuk menyampaikan kata-kata mereka seorang demi seorang kepada peminat dan bukannya dilakukan dengan memilih-milih dan kelihatan ada pemain yang berdiri di barisan hadapan terpaksa diketepikan semata-mata untuk memberi laluan kepada pemain tertentu yang berdiri di barisan belakang.

Pengacara yang mengendalikan rancangan tersebut seharusnya lebih peka akan maklumbalas daripada para peminat yang menonton program berkenaan dan janganlah terlalu ghairah dengan kehadiran para pemain ke dalam studio sehingga lupa tentang maklamat sukan itu sendiri yang lebih menekan akan nilai-nilai perpaduan serta semangat kerjasama dikalangan para pemain.

Sebagai peminat serta penonton kita sedar tentu ada yang rasa tersinggung semalam apabila melihat dua pengacara program Stadium Angkasa hanya memberi tumpuan kepada beberapa nama pemain yang dicopkan sebagai bintang tetapi seolah-olah mengabaikan rakan sepasukan mereka yang lain sedangkan jika tanpa pergerakan secara berpasukan adalah mustahil sesuatu itu dapat dikecapi untuk membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Isnin, Disember 05, 2011

Hudud: CSL & orang bukan Islam tak perlu takut kalau rasa tidak bersalah !

Kebimbangan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta orang bukan Islam lainnya terhadap cadangan perlaksanaan undang-undang Islam Hudud di negara ini tidak seharus dibiarkan berterusan sehingga jika ada mana-mana pihak yang mahu melaksanakannya menjadi was-was untuk meneruskan hukum berkenaan di negara ini.

Undang-undang hudud dalam Islam sebenarnya sangat bagus sekali kalau ianya dapat dilaksanakan secara betul dan menurut apa yang telah tertulis di dalam Kitab Suci Al Quran. Berdasarkan kepada keadaan semasa di negara kita ini di mana seringkali berlaku perkara atau kejadian yang amat memerlukan satu undang-undang jauh lebih tegas dari sedia ada bagi membendung banyaknya perbuatan-perbuatan yang sudah semakin tidak dapat diatasi dengan undang-undang ciptaan manusia.

Hukum hudud suatu undang-undang tertinggi di dalam Islam patutnya diberi tempat dalam sisitem perundangan di Malaysia ini dan tidak wajar sama sekali bagi mana-mana pihak untuk cuba menggagalkannya kerana jika keamanan dan kesejahteraan yang diimpikan maka kita perlu sedar bahawan kita sememangnya perlu sangat kepada satu bentuk undang-undang yang boleh menjamin kepada kestabilan atau keselamatan yang berkekalan di negara ini.

Sebagai contoh, satu kes seperti kepada mereka-mereka yang begitu beriya-iya sangat hendak mengadakan apa jua bentuk program yang berkaitan dengan kegiatan tidak bermoral seperti seks bebas atau Program Seksualiti Merdeka, hanya undang-undang hudud saja yang boleh menghalang pihak-pihak berkenaan dari cuba untuk meneruskan acara sedemekian. Misal kata kalau ada pihak yang masih berdegil mahu mengadakannya maka hukum rejam sampai mati atau hukum sula harus dikenakan ke atas mereka.

Undang-undang lbih keras perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak yang masih berkeras mahu menganjurkan acara sebegitu kerana jika tidak bermakna kita seluruh rakyat Malaysia terpaksa menanggung hukuman dari Tuhan Yang Maha Esa dengan bermacam-macam bala akan diturunkan ke atas negara ini. Rakyat Malaysia perlu sedar dan melihat mengapa sejak akhir-akhir ini mala petaka begitu kerap sekali berlaku di beberapa negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand serta Filipina, sebabnya undang-undang di negara berkenaan terlalu longgar sehingga begitu ramai sekali rakyatnya bebas melakukan perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai budaya serta ajaran agama apabila ada yang mengamalkan gaya hidup orang Barat, berkahwin dengan kaum sejenis, bebas melakukan hubungan seks dengan ahli keluarga sendiri dan sebagainya...

Ahad, Disember 04, 2011

Perang antara BN dengan BN di DUN N.66 Marudi semakin memuncak !

Gambar Hiasan Ihsan dari akhbar Borneo Post
Tindakan drastik oleh Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom ke atas Naibnya YB Datuk Sylvester Entrie Muran yang membawa kepada pemecatan ADUN BN N.66 Marudi itu akhirnya menyaksikan bagaimana para pengundi serta rakyat di kawasan yang diwakili oleh Datuk Sylvester bertindak lebih berani daripada Tan Sri William apabila mereka menurunkan papan tanda yang mempamerkan logo serta nama Parti SPDP di Pekan Beluru Bakong yang menempatkan bilik operasi parti tersebut dan digantikan dengan logo atau lambang Barisan Nasional.

Tindakan itu bagi menunjukkan sokongan padu mereka terhadap YB Datuk Sylvester, wakil rakyat yang telah mereka pilih secara sah dan demokrasi pada Pilihan Raya Umum Sarawak pada April lalu dan itu juga sebagai peringatan kepada Tan Sri William Mawan agar beliau tahu apa maknanya demokrasi dan tidak bertindak secara kuku besi atau melulu dalam menangani sebarang masalah yang timbul di dalam parti.

Apa-apapun yang sedang berlaku di dalam parti SPDP Cawangan Marudi pasti akan memberi kesan yang sangat buruk kepada BN khususnya untuk keputusan PRU-13 di kawasan Parlimen Baram nanti. Kerusi Parlimen Baram yang juga turut merangkumi dua kawasan DUN iaitu DUN Telang Usan dan DUN Marudi kini sedang disandang oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan. Untuk makluman, Ahli Parlimen Baram memang tidak sebulu dengan ADUN Marudi dalam banyak perkara dan ini memang diakui oleh kebanyakkan rakyat di kawasan berkenaan.

Jika PRU-13 akan diadakan dalam masa yang terdekat ini, jadi apakah persediaan yang telah BN Sarawak telah buat untuk menghadapinya sekira masih banyak masalah-masalah serius wujud dalam parti-parti komponen dan belum dapat diselesaikan. Sebelum ini Setiausaha Agung BN Negeri YB Datuk Dr Stephen Rundi telah menyatakan bahawa BN Sarawak telah bersedia untuk berdepan dengan PRU-13 tetapi bagaimana pula dengan masalah dalam SPDP terutamanya dan begitu juga dengan SUPP?

BN Sarawak perlu beri perhatian terhadap apa yang sedang berlaku dengan Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Marudi sebab mereka perlu ingat bahawa undi rakyat yang meyokong Datuk Syvester Entrie pada Pilihan Raya Negeri lepas sangat besar pengaruhnya untuk menentukan kemenangan calon BN bagi Parlimen Baram pada PRU-13 kelak dan perkara tidak boleh diambil mudah kerana tarikh pilihan raya umum sudah semakin dekat manakala masalah dalaman parti komponen BN Negeri belum lagi dselesaikan.

Cubalah pemimpin BN Sarawak bayangkan, apa yang akan terjadi sekiranya para pengundi khususnya rakyat yang menyokong Datuk Sylvester selama ini bertindak memboikot PRU-13 itu nanti ataupun mereka akan memberi undi kepada calon pembangkang ?

PAU 2011: Ucapan perasmian 3 sayap UMNO oleh TS Muhyiddin cukup berani !

Saya sebenarnya ada mengikuti ucapan oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Yassin yang disiarkan secara langsung oleh RTM sewaktu beliau merasmikan persidangan serentak bagi tiga sayap parti Puteri, Pemuda dan Wanita sempena dengan Perhimpunan Agung UMNO kali yang ke-65 dari PWTC beberapa hari yang lalu.

Apa yang sangat menarik bagi saya adalah tentang ucapan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin yang begitu teguh, berani tanpa gentar untuk menyampaikan apa yang sebenarnya terbuku didalam hati orang UMNO khususnya dan orang Barisan Nasional amnya tatkala mereka diserang dengan berbagai fitnah oleh pihak Pakatan Haram DAP, PKR dan juga PAS.

Tanpa berselindung, Tan Sri Muhyiddin nyata berjaya melondeh dan menelanjangkan pihak pembangkang terutama sekali DAP yang selama ini kerapkali menuduh UMNO sebagai sebuah parti perkauman dimana sehingga kini kita semua belum lagi dapat mendengar ulasan daripada pihak pembangkang mengenai ucapan pembukaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO itu.

Begitu juga dengan PKR dan PAS, Tan Sri Muhyiddin tanpa rasa ragu dan gusar terus melabelkan mereka terutamanya orang Melayu yang menjadi ahli didalam kedua-dua parti berkenaan sebagai pengkhianat bangsa kerana sanggup bersekongkol dengan DAP sebuah parti yang memang sarat dengan muslihat dan agenda perkaumannya.

Ini semua mengingatkan saya kepada satu ucapan paling berani oleh Tan Sri Muhyiddin ketika beliau mula memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dulu dimana beliau telah menggelarkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim ketika itu sebagai petualang dan pengkhianat kepada bangsa dan negara kerana sanggup bekerjasama dengan DAP untuk memansuhkan beberapa hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara serta sanggup menghina dan memburuk-burukkan Malaysia sewaktu di luar negara.

Bagi saya, ucapan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin jelas banyak kali boleh dikatakan sebagai telah memberi modal kepada para perwakilan UMNO setiap kali berlangsungnya perhimpunan agung ataupun juga modal kepada rakyat Malaysia yang lainnya yang cintakan kedamaian untuk mereka mengupas lebih jauh lagi tentang apa dan siapa sebenarnya pihak Pakatan Haram Pembangkang itu kepada negara.

Syabas dan Tahniah juga terima kasih kepada YAB Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas ucapan yang cukup berani dan bernas sehinggakan Anwar Ibrahim sampai sekarangpun tidak berani untuk menyaman beliau apabila melabelkan Ketua Umum PKR itu sebagai Petualang Negara...

Arkib Blog