Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Disember 04, 2011

Perang antara BN dengan BN di DUN N.66 Marudi semakin memuncak !

Gambar Hiasan Ihsan dari akhbar Borneo Post
Tindakan drastik oleh Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom ke atas Naibnya YB Datuk Sylvester Entrie Muran yang membawa kepada pemecatan ADUN BN N.66 Marudi itu akhirnya menyaksikan bagaimana para pengundi serta rakyat di kawasan yang diwakili oleh Datuk Sylvester bertindak lebih berani daripada Tan Sri William apabila mereka menurunkan papan tanda yang mempamerkan logo serta nama Parti SPDP di Pekan Beluru Bakong yang menempatkan bilik operasi parti tersebut dan digantikan dengan logo atau lambang Barisan Nasional.

Tindakan itu bagi menunjukkan sokongan padu mereka terhadap YB Datuk Sylvester, wakil rakyat yang telah mereka pilih secara sah dan demokrasi pada Pilihan Raya Umum Sarawak pada April lalu dan itu juga sebagai peringatan kepada Tan Sri William Mawan agar beliau tahu apa maknanya demokrasi dan tidak bertindak secara kuku besi atau melulu dalam menangani sebarang masalah yang timbul di dalam parti.

Apa-apapun yang sedang berlaku di dalam parti SPDP Cawangan Marudi pasti akan memberi kesan yang sangat buruk kepada BN khususnya untuk keputusan PRU-13 di kawasan Parlimen Baram nanti. Kerusi Parlimen Baram yang juga turut merangkumi dua kawasan DUN iaitu DUN Telang Usan dan DUN Marudi kini sedang disandang oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan. Untuk makluman, Ahli Parlimen Baram memang tidak sebulu dengan ADUN Marudi dalam banyak perkara dan ini memang diakui oleh kebanyakkan rakyat di kawasan berkenaan.

Jika PRU-13 akan diadakan dalam masa yang terdekat ini, jadi apakah persediaan yang telah BN Sarawak telah buat untuk menghadapinya sekira masih banyak masalah-masalah serius wujud dalam parti-parti komponen dan belum dapat diselesaikan. Sebelum ini Setiausaha Agung BN Negeri YB Datuk Dr Stephen Rundi telah menyatakan bahawa BN Sarawak telah bersedia untuk berdepan dengan PRU-13 tetapi bagaimana pula dengan masalah dalam SPDP terutamanya dan begitu juga dengan SUPP?

BN Sarawak perlu beri perhatian terhadap apa yang sedang berlaku dengan Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Marudi sebab mereka perlu ingat bahawa undi rakyat yang meyokong Datuk Syvester Entrie pada Pilihan Raya Negeri lepas sangat besar pengaruhnya untuk menentukan kemenangan calon BN bagi Parlimen Baram pada PRU-13 kelak dan perkara tidak boleh diambil mudah kerana tarikh pilihan raya umum sudah semakin dekat manakala masalah dalaman parti komponen BN Negeri belum lagi dselesaikan.

Cubalah pemimpin BN Sarawak bayangkan, apa yang akan terjadi sekiranya para pengundi khususnya rakyat yang menyokong Datuk Sylvester selama ini bertindak memboikot PRU-13 itu nanti ataupun mereka akan memberi undi kepada calon pembangkang ?

Tiada ulasan:

Arkib Blog