Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Disember 09, 2011

KD Mat Syabu gagal menyelam,,,

Kapal selam milik PAS, KD Mat Syabu hari ini gagal menyelam. Sepatutnya KD Mat Syabu yang telah dijadualkan untuk bersama-sama dengan KD Lim Guan Eng, KD P. Ramasamy dan KD Dr Mansor Othman melakukan selaman di perairan Selat Melaka sempena dengan Pameran Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 di Pulau Langkawi.

Malang sekali bagi PAS kerana kapal selam mereka gagal untuk turut sama menyelam bersama dengan kapal selam milik DAP Hanya KD Lim Guan Eng yang sanggup menaiki kapal selam itu setelah Mat Syabu gagal dipujuk oleh Menteri Pertahanan supaya mereka merasa sendiri akan kemampuan kapal berkenaan menyelam hingga ke dasar laut.

Apa-apapun ucapan syabas dan tahniah perlu diberi kepada mereka yang telah terpilih untuk menaiki kapal selam KD Tun Razak kerana peluang sedemikian memang jarang sekali boleh diperolehi oleh mana-mana orang awam di negara ini.

Sebuah kapal selam milik blogger pro-BN, KD Papa Gomo juga turut diberi hak oleh Kementerian Pertahanan menerusi menterinya YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk turut serta dalam demonstrasi menyelam KD Tun Razak di Langkawi hari ini, syabas kepada bro Papa Gomo kerana berpeluang melihat secara dekat serta mendapat pengalaman baru menyelam dalam dasar laut menggunakan kapal selam kedua negara.

3 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

tu bukan gambar menyelam tapi TERSEMBAM. kahkahkah

hilbert berkata...

B&B..,pasal kapal KD Mat Syabu gagal menyelamlah dia tersadai macam tu hehe..

PAPA GOMO berkata...

KD Papa Gomo ? Hahaha ok bro aku mewakili rakan yg lain. Bukan zahid jemput tapi TLDM. Apa pun banyak yang perlu kita sokong akan kapal selam negara ini.

Arkib Blog