Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Disember 04, 2011

PAU 2011: Ucapan perasmian 3 sayap UMNO oleh TS Muhyiddin cukup berani !

Saya sebenarnya ada mengikuti ucapan oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Yassin yang disiarkan secara langsung oleh RTM sewaktu beliau merasmikan persidangan serentak bagi tiga sayap parti Puteri, Pemuda dan Wanita sempena dengan Perhimpunan Agung UMNO kali yang ke-65 dari PWTC beberapa hari yang lalu.

Apa yang sangat menarik bagi saya adalah tentang ucapan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin yang begitu teguh, berani tanpa gentar untuk menyampaikan apa yang sebenarnya terbuku didalam hati orang UMNO khususnya dan orang Barisan Nasional amnya tatkala mereka diserang dengan berbagai fitnah oleh pihak Pakatan Haram DAP, PKR dan juga PAS.

Tanpa berselindung, Tan Sri Muhyiddin nyata berjaya melondeh dan menelanjangkan pihak pembangkang terutama sekali DAP yang selama ini kerapkali menuduh UMNO sebagai sebuah parti perkauman dimana sehingga kini kita semua belum lagi dapat mendengar ulasan daripada pihak pembangkang mengenai ucapan pembukaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO itu.

Begitu juga dengan PKR dan PAS, Tan Sri Muhyiddin tanpa rasa ragu dan gusar terus melabelkan mereka terutamanya orang Melayu yang menjadi ahli didalam kedua-dua parti berkenaan sebagai pengkhianat bangsa kerana sanggup bersekongkol dengan DAP sebuah parti yang memang sarat dengan muslihat dan agenda perkaumannya.

Ini semua mengingatkan saya kepada satu ucapan paling berani oleh Tan Sri Muhyiddin ketika beliau mula memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dulu dimana beliau telah menggelarkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim ketika itu sebagai petualang dan pengkhianat kepada bangsa dan negara kerana sanggup bekerjasama dengan DAP untuk memansuhkan beberapa hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara serta sanggup menghina dan memburuk-burukkan Malaysia sewaktu di luar negara.

Bagi saya, ucapan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin jelas banyak kali boleh dikatakan sebagai telah memberi modal kepada para perwakilan UMNO setiap kali berlangsungnya perhimpunan agung ataupun juga modal kepada rakyat Malaysia yang lainnya yang cintakan kedamaian untuk mereka mengupas lebih jauh lagi tentang apa dan siapa sebenarnya pihak Pakatan Haram Pembangkang itu kepada negara.

Syabas dan Tahniah juga terima kasih kepada YAB Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas ucapan yang cukup berani dan bernas sehinggakan Anwar Ibrahim sampai sekarangpun tidak berani untuk menyaman beliau apabila melabelkan Ketua Umum PKR itu sebagai Petualang Negara...

Tiada ulasan:

Arkib Blog