Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, November 15, 2011

PRU-13: selain Fatimah, Pehin Sri Taib sendiri juga adalah pilihan tepat untuk Parlimen Mukah

Pada pendapat saya selaku pengundi dalam kawasan Parlimen Mukah, jika pemimpin peringkat tertinggi di dalam BN khususnya PBB agak keberatan untuk mencalonkan ADUN Dalat YB Datuk Hjh Fatimah Abdullah untuk menggantikan tempat yang mungkin dikosongkan oleh YB Datuk Sri Dr Muhammad Leo Toyad pada PRU-13 nanti, apa kata mereka berpakat calonkan saja YAB Pehin Sri Taib untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Mudahkan saja cerita, seandainya pengundi di daerah Mukah terutamanya masih berkeras mahukan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir dicalonkan sebagai wakil rakyat untuk Parlimen Mukah adalah lebih elok kita sarankan supaya Pehin Sri mengosongkan kerusi DUN Balingian sebaik saja Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri dan PBB bolehlah letak Datuk Seri Mahmud bertanding di situ manakala Pehin Sri Taib pula dicalonkan untuk kerusi Parlimen Mukah. Ringkasnya, tidak seperti rakyat di Daerah Mukah, rakyat di Daerah Dalat belum bersedia lagi untuk menerima Datuk Sri Mahmud sebagai pemimpin.

Ini adalah antara langkah awal dan amat perlu untuk mengasah bakat anak sulung Ketua Menteri itu sebelum dipilih untuk memimpin kawasan dan masyarakat yang lebih besar lagi. Berkhidmat di kawasan DUN dulu sebelum diberi kepercayaan untuk melangkah ke Parlimen, barulah rakyat boleh mengukur sejauh mana kemampuan sebenar beliau sebelum boleh dilantik sebagai seorang pemimpin pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

Kalau sekadar main letak saja hanya kerana beliau adalah anak kepada Pehin Sri, kita sangat khuatir sekiranya ini berlaku maka tidak semena-mena rakyat di Mukah yang akan merana dan terus ketinggalan dari segala segi pembangunan dan kemajuan apabila berwakilkan seorang pemimpin yang semata-mata hanya bergantung kepada kehebatan orang tuanya namun beliau sendiri tidak berkemampuan untuk mengurus kawasan yang diwakili.

Saya berpandangan begini, melihat kepada keadaan semasa saya yakin dan tetap percaya bahawa Pehin Sri Taib masih mampu untuk menyumbangkan khidmat bakti kepada penduduk di kawasan Parlimen Mukah bagi tempoh lima tahun lagi iaitu sehingga usia beliau menjangkau 80 tahun. Alangkah bagusnya sekira pengalaman berharga beliau selama berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan dulu digunakan untuk membangunkan kawasan Parlimen Mukah secara menyeluruh walaupun hanya untuk tempoh sepenggal saja.

Rekod kecemerlangan perkhidmatan Pehin Sri Taib ketika menjadi Anggota Parlimen Kota Samarahan dulu memang diakui sebagai yang terbaik apabila beliau terbukti berjaya membawa banyak pembangunan yang amat membanggakan sehingga mengubah wajah Kota Samarahan yang dahulunya hanyalah sebuah penempatan yang biasa dan terpencil muncul sebagai sebuah kota ilmu dengan terbinanya Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan apa yang menjadi kenangan paling manis bagi penduduk Kota Samarahan saat ia diisytihar sebagai sebuah bahagian penuh menjadikannya bahagian yang ke-9 dalam dalam negeri Sarawak.

Itu semua berlaku berikutan pembangunan pesat di bahagian Kota Samarahan yang dibawa oleh Pehin Sri Taib hasil usaha gigih serta kerja bersungguh-sungguh beliau untuk melihat kawasan yang diwakilinya itu turut maju dan membangun sepertimana di tempat lain dalam negara ini. Namun dalam waktu yang sama bukan hanya setakat bahagian Kota Samarahan saja yang diberi keutamaan oleh beliau kerana sebagai pemimpin nombor satu Bumi Kenyalang maka seluruh bahagian di negeri Sarawak juga turut menerima limpahan dari kepimpinan Pehin Sri Taib yang tiada tolok bandingnya.

Maka itulah harapan sebenar sebahagian besar rakyat di kawasan Parlimen Mukah, mereka mahukan perubahan dari segi pemimpin. Mereka mahukan seorang pemimpin yang benar-benar boleh bekerja untuk rakyat, yang bersedia untuk mendengar aduan dan rintihan rakyat dan selalu dekat dengan rakyat selain berani menyuarakan masalah rakyat ketika persidangan dewan rakyat berlangsung.

Rakyat Mukah bukan bermaksud hendak menolak kepimpinan BN tetapi mahukan seorang seorang calon pemimpin yang benar-benar sanggup berkorban masa dan kepentingan diri demi kesejahteraan rakyat dan juga demi pembangunan kawasan yang beliau wakili.

Isnin, November 14, 2011

PRU-13: Datuk Fatimah calon terbaik BN untuk Parlimen Mukah !

Para pengundi di dalam kawasan Parlimen P.213 Mukah tidak sepatutnya terus dikelirukan dengan isu siapa calon yang layak dan bakal diketengahkan pada Pilihan Umum ke-13 nanti bagi kawasan berkenaan kerana jika pihak atasan dalam BN Sarawak khususnya dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) benar-benar masih mahu berpegang kepada prinsip mensejahtera dan mendahulukan rakyat maka mereka tidak perlulah untuk memaksa rakyat Mukah agar menerima calon yang pihak mereka pilih walhal dalam masa yang sama rakyat Mukah sendiri mahukan calon tempatan yang berwibawa, rajin, cergas dan peka terhadap kehendak penduduk setempat.

Rakyat Mukah juga tidak seharusnya dipaksa agar terus terpesona dengan bakal calon biarpun calon tersebut datang dari keturunan Bangsawan seperti yang semakin kerap didendangkan oleh pihak-pihak berkepentingan di Mukah sejak kebelakangan ini kerana kepimpinan yang berkesan tidak mungkin boleh diwarisi walaupun ramai yang beranggapan sekiranya orang tua mereka seorang pemimpin yang hebat maka anaknya juga pasti hebat sama seperti ibubapa mereka. Itu andaian yang sangat silap dan kita boleh buktikan bahawa tidak semua mereka yang lahir dari keluarga pemimpin yang kita amat banggakan akan mengalir pula didalam tubuh anak mereka semangat yang serupa dan jika adapun jumlahnya adalah sangat sedikit.

Saya mahu membicarakan mengenai cakap-cakap rakyat Mukah yang semakin kedengaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 ini tentang wakil rakyat sedia ada dan juga tentang individu yang bakal dicalonkan bagi menggantikan Ahli Parlimen sekarang. Baru sekarang mereka berani mempersoalkan prestasi YB Datuk Dr Muhammad Leo Toyad yang nyata lembab, kenapa tidak sejak dari dulu?

Kalau dari dulu lagi kan ke bagus, sekurang-kurangnya tidak perlulah bagi kita hendak menunggu sehingga Pehin Sri Taib Mahmud berpindah dari DUN Asajaya ke DUN Balingian untuk melihat segala bentuk pembangunan di Mukah dapat direalisasikan, kita awal-awal tolak Dr Muhammad Leo dan pilih orang yang jauh lebih berwibawa untuk menjadi Anggota Parlimen di sana sebagai wakil kita pada peringkat persekutuan, sudah tentulah pembangunan pesat jauh lebih awal sudah kita nikmati di Bahagian Mukah dan bukannya baru sekarang itupun setelah Pehin Sri Taib dipilih sebagai ADUN Balingian.

Pembangunan pesat yang boleh kalian lihat sedang berlaku di bahagian Mukah sekarang ini sebenar dibawa oleh Pehin Sri Taib Mahmud dan bukannya usaha yang dibawa oleh Dr Muhammad Leo Toyad, harap tidak ramai yang keliru dengan perkara itu. Jambatan Kuning yang merentasi Sungai Mukah sebagai saksi, ianya hanya berjaya dilaksanakan sebaik sahaja Pehin Sri Taib berpindah ke DUN Balingian awal tahun 2001 dulu. Itu baru projek Jambatan, banyak lagi projek lain yang Dr Muhammad Leo gagal bawa untuk rakyat Mukah selama beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen di situ yang orang luar tidak ketahui.

Tentu sekali ramai yang akan bertanya, kalau begitu kenapa juga rakyat di Mukah masih memilih beliau sebagai wakil mereka? Jawapannya mudah saja sebab rakyat masih yakin dan percaya dengan kerajaan Barisan Nasional dan sayangkan parti PBB, biarpun siapa calon parti yang diletak untuk bertanding di kawasan tersebut, mereka tiada pilihan lain selain terpaksa juga memilih beliau tetapi sekiranya mereka diberi peluang awal seperti diadakan pungutan suara samada mahu beliau dicalonkan sebagai wakil atau memilih orang lain maka sudah tentu rakyat Mukah mahu supaya pemimpin atasan dalam PBB jangan meletak Dr Muhammad Leo sebagai calon dan mesti letak muka baru.

Dan begitu jugalah dengan perkembangan terbaru yang berlaku khususnya di Parlimen Mukah sekarang apabila ada ura-ura yang timbul seolah-olah sengaja dibuat oleh pihak tertentu di Mukah yang mahukan agar anak sulung kepada Pehin Sri Taib iaitu Datuk Seri Mahmud Abu Bekir dipilih sebagai calon BN di kawasan Mukah dan sekiranya ini dibenarkan berlaku oleh pemimpin tertinggi BN atau PBB bermakna tiada apa-apa bezanya bagi rakyat Mukah samada Dr Muhammad Leo mahu berundur atau mahu bertanding semula kerana keputusan untuk meletakkan Datuk Seri Mahmud sebagai calon Parlimen Mukah tidak ubah seperti mahukan rakyat di Mukah agar terus kekal dibawah suasana kepimpinan wakil rakyat terdahulu yang longlai dan lesu.

Masyarakat umum di negara ini bukan setakat di Sarawak saja memang sudah sedia maklum dan mengetahui bahawa Datuk Seri Mahmud seperti juga Dr Muhamad Leo mempunyai latar belakang hidup berkeluarga yang ada masalah dan apakah harapan akan diletakkan untuk sekali lagi ke atas rakyat di Mukah agar tetap mengundi wakil rakyat yang telah ditentukan oleh pihak atasan parti walaupun sebenarnya tidak menepati kehendak mereka? Sepertimana yang saya nyatakan di awal tadi bahawa rakyat di Mukah tidak seharusnya disajikan dengan kehebatan seseorang calon hanya berdasarkan kepada kehebatan orang tuanya kerana itu semua bukannya boleh diwarisi dan ianya pasti tidak akan menjanjikan keupayaan bagi beliau untuk membela nasib rakyat serta membangunkan kawasan yang diwakilinya setelah dipilih sebagai Ahli Yang Berhormat nanti.

Oleh itu, jika pucuk pimpinan BN Sarawak mahupun PBB benar-benar mahu melihat supaya kawasan Parlimen Mukah terus maju serta membangun seiring dengan kawasan Parlimen yang lain di negara ini maka apa salahnya untuk pemimpin tertinggi ini berkorban kebanggaan yang ada pada mereka itu dengan membuka peluang kepada calon yang berkelayakan, yang berupaya untuk membangunkan kawasan dan apa yang sangat penting adalah orang tersebut memang telah terbukti mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dalam memajukan kawasan yang diwakilinya.

Dengan pengalaman luas yang dimilikinya selama beberapa penggal sebagai ADUN N.50 Dalat selain itu juga telah lama berkhidmat sebagai sebahagian daripada ahli pentadbiran di dalam kabinet kerajaan negeri Sarawak dan tentu beliau sudah arif tentang selok-belok perjalanan jentera kerajaan negeri, maka itu saya pasti YB Datuk Hjh Fatimah Abdullah telah memenuhi kriteria untuk membolehkan beliau dipilih sebagai calon yang terbaik untuk menyandang kerusi Parlimen P.213 Mukah pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak bagi menggantikan tempat YB Datuk Sri Dr Muhammad Leo Toyad.

Dan apa yang tidak kurang pentingnya juga ialah keutamaan harus diberikan kepada anak tempatan sendiri untuk dipilih bagi mewakili BN di Parlimen Mukah bukannya memberikan laluan kepada mereka yang tidak memahami kehendak dan budaya hidup masyarakat setempat menjadi wakil mereka walaupun memang asal-usulnya berasal dari kawasan berkenaan. Harap pucuk pimpinan BN Negeri Sarawak dan BN Pusat meletakkan calon yang terbaik bagi mewakili rakyat di kawasan Parlimen Mukah nanti. Amin!!!

7 keajaiban baru dunia terdapat di Malaysia !

Dia ni bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), bekas Menteri Pertanian Malaysia, bekas Menteri Pelajaran Malaysia, bekas Menteri Kewangan Malaysia, bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia tetapi bagaimana boleh terjebak hingga ke lembah yang begitu bawah sekali? ...pelikkan, sungguh ajaib !
Dia ini pula bekas Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum jawatan itu diberikan kepada Rafizi Ramli, sekarang dia ni Naib Presiden PKR kalau tak silap sayalah dan dia ini jua adalah wakil rakyat yang mewakili Parlimen Batu dan dalam sejarah tamadun manusia belum pernah berlaku seseorang wakil rakyat yang suka memprovokasi pihak berkuasa ikut sedap hati dia umpamakan negara ini tidak punya undang-undang. Sudah banyak kali dia ini diusung oleh pihak polis bagai seekor lembu sakit yang dah nak mampus, sungguh ajaib!
Dia ini sekarang sedang di dalam perkhidmatan walaupun dah nampak tua. Dia adalah Menteri Besar bagi negeri Kelantan Darul Naim, dia juga adalah seorang Ulama biarpun Anwar Ibrahim pernah gelar dia sebagai Ulama Terompah, itu menurut Ahli Parlimen Bebas YB Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim. Dia ini adalah Mursyidul Am PAS kira lebih kurang sama dengan jawatan Penasihat kepada partilah tetapi yang menimbulkan rasa pelik pada kita ialah tentang tabiat dia waktu makan, macam gambar di atas ada sudu tak nak pakai, tak juga gunakan tangan, anehkan!
Dia ini pula adalah bekas Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri atau Speaker DUN Perak selama 11 bulan saja dan sekarang dia hanyalah Ahli Dewan Undangan Negeri yang biasa bagi kawasan DUN Tronoh Perak. YB V. Sivakumar itulah namanya, gila kuasa dan tidak redha dengan ketentuan bahawa kuasa yang ada pada beliau sebelum itu cuma sementara sahaja sehingga terpaksa diturunkan dari singgahsana dewan dengan diangkat secara beramai-ramai oleh bentara dan kakitangan DUN Perak yang dibantu oleh pihak Polis. Belum pernah berlaku walau di negara lain...amat memalukan!
Dia ini adalah bekas Menteri Besar Terengganu dan sekarang Presiden PAS. Sebagai seorang presiden dan yang berjawatan paling tinggi dalam parti patutnya dia ini menjadi contoh kepada para pengikutnya agar tahu menghormati undang-undang negara, jangan semua undang-undang dan peraturan yang telah dipersetujui bersama hendak dilanggar semahu-mahunya yang akhirnya menyaksikan dia sendiri kena tahan pihak berkuasa sedangkan para pengikutnya terlepas bebas diluar. Pelikkan!
Dia ini adalah bekas Menteri Kesihatan Malaysia dan sekarang dia ini adalah Presiden parti MCA namun tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan. Dulu masa jadi Menteri Kesihatan dia kantoi kena tangkap basah  bersekedudukan dengan teman wanitanya walaupun dia sendiri ada bini dan punya anak. Sebagai Menteri Kesihatan waktu itu sepatutnya dia mengamalkan gaya hidup yang bersih tetapi dia nyata telah memilih jalan yang salah sehingga akhirnya memaksa beliau untuk melepaskan semua jawatan dalam kerajaan. Pelik dan menakjubkan!
Ini pula adalah YB Teo Nie Ching, wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Serdang Selangor. Dia bukan beragama Islam tetapi bagaimana boleh pihak pengurusan Masjid berkenaan membenarkan dia memasuki dalam Masjid sehingga ke ruang solat utama iaitu ruang tempat di mana Imam Masjid mengimamkan sembahyang. Sudahlah dia itu bukan beragama Islam masuk lagi tanpa mengenakan tudung atau pakaian yang menutup aurat. Tak ada berlaku dalam negara Islam lain perbuatan yang tidak menghormati tempat ibadat agama orang lain seperti yang dilakukan oleh Teo Nie Ching itu. Sangat merimas dan pelik sekali !

Sukan SEA ke-26: Syabas! atlit Sarawak terus membantu harumkan nama negara



GEMURUH SUARA

Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia.

Gemuruh suara,
Jadi bangsa berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,

Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia.

Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!

Ahad, November 13, 2011

PRU-13: Slogan baru PR "Yes, Jom Ubah, Jom Tukar Jantina !"






Yes, Jom Ubah! satu slogan parti Pakatan Haram Pembangkang yang berjaya memikat hati segelintir rakyat di negara ini namun ramai yang kurang faham apa yang cuba diubah oleh DAP, PKR dan PAS sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya daripada kerajaan Barisan Nasional.

Sejak akhir-akhir ini kita seakan-akan sudah dapat memahami apa sebenarnya yang sedang diperjuangkan oleh puak-puak dalam Pakatan Haram kiranya mereka berjaya menubuh kerajaan di Malaysia.

Program Seksualiti Merdeka mungkin antara agenda yang akan mereka jayakan termasuklah perancangan oleh sesetengah pihak yang selama ini menyimpan hasrat untuk menukar jantina masing-masing namun terpaksa memendamkannya kerana kerajaan sedia ada tetap mengharam segala bentuk perbuatan yang boleh menjurus kepada aktiviti songsang dan tidak bermoral.
Posted by Picasa

Zionis Asia Timur serang Kedai Rakyat 1Malaysia pula !

 Tidakkah kita sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin dengan kengsaraan hidup yang terpaksa dilalui oleh rakyat Palestine akibat penindasan berterusan oleh tentera rejim Zionis sedar bahawa tindakan memburuk-burukkan segala bentuk produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia oleh beberapa pemimpin dari Pakatan Haram Pembangkang juga serupa dan lebih mirip kepada tindakan zalim dan kejam yang dilakukan oleh tentera rejim Zionis terhadap dua kapal MV Rachel Corrie dan MV Marmara suatu ketika dulu yang membawa misi bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestine di Gaza serta Tebing Barat.

Kedai Rakyat 1Malaysia hasil ilham YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib Razak bertujuan untuk meringankan beban golongan sasar seperti rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah tanpa mengira latar belakang kehidupan mereka baik bangsa ataupun fahaman politik masing-masing asalkan mereka itu rakyat Malaysia. Niat murni Perdana Menteri itu sepatutnya disambut secara positif dan dengan rasa penuh kesyukuran oleh seluruh rakyat dan tidak sepatutnya dihalang walau dengan berbagai-bagai cara oleh pemimpin pembangkang seperti Tony Pua, Nurul Izzah, Saifuddin Hasution yang mahu melihat ianya gagal dan ditolak oleh rakyat.

 Saya bukanlah bermaksud nak menyamakan yang kita di Malaysia ini juga hidup sengsara sama seperti rakyat Palestine tetapi sekurang-kurangnya rakyat di negara ini yang tinggal berdekatan dengan premis yang menempatkan Kedai Rakyat 1Malaysia patutnya rasa bertuah kerana kerajaan sudah menyediakan satu kedai yang boleh memberikan mereka pilihan lain untuk berbelanja samada di kedai yang menawarkan harga yang berpatutan dan rendah ataupun ke kedai sedia ada yang sering mereka kunjungi sebelum itu.

 Semua pihak terutamanya mereka pemimpin dari Pakatan Haram Pembangkang yang sebelum ini jika berlaku saja kenaikan harga barangan di pasaran maka mereka inilah yang sering menjuarai isu, riuh dengan gelagat masing-masing menuduh kerajaan itu dan ini menekan rakyat dan sebagainya konon kerana kerap menaikkan harga barang-barang tetapi apa salahnya untuk kali ini mereka turut menyokong usaha kerajaan yang mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia bertujuan untuk meringankan beban rakyat dan bukan bertindak sebaliknya dengan mensabotaj usaha murni kerajaan sehingga sanggup pula menidak hak rakyat untuk mendapatkan segala barang keperluan asas pada harga yang sangat berpatutan.

Sekiranya YB Tony Pua, YB Nurul Izzah, YB Saifuddin Hasution, YB Dzulkifli Ahmad dan mereka yang sama waktu dengan pengkhianat bangsa ini masih terus dengan kempen untuk menjahanam dan mensabotaj Kedai Rakyat 1Malaysia, jadi tentu kita boleh lihat pasti ada persamaan di situ antara tindakan pihak Pakatan Haram yang dianggotai oleh DAP, PKR, PAS dengan kekejaman yang pernah dilakukan oleh pihak pengganas rejim Zionis terhadap dua kapal yang membawa misi kemanusiaan Freedom Flotilla ke Gaza sehingga mengakibat ramai nyawa yang terkorban ekoran kejadian itu.

Jika misi kemanusiaan oleh banyak negara ke Gaza untuk membantu masyarakat Palestine yang menjadi mangsa penindasan dan kezaliman tentera rejim Israel mendapat halangan serta tentangan hebat daripada Amerika Syarikat dan kerajaan Israel sendiri, jadi apa kurangnya dengan tindakan yang paling tidak bertanggungjawab oleh Tony Pua, Nurul Izzah, Saifuddin Hasution yang cuba menyekat rakyat Malaysia dari mendapatkan sesuatu yang amat berfaedah daripada pihak kerajaan.

Bagi saya, tindakan bodoh dan tidak matang oleh Tony Pua, Nurul Izzah, Saifuddin Hasution dan rakan-rakan mereka itu ke atas Kedai Rakyat 1Malaysia tidak jauh bezanya dengan tindakan kejam tentera Zionis terhadap rakyat Palestine yang sangat memerlukan. Mereka serupa saja cuma Tony Pua, Nurul Izzah, Saifuddin Hasution tidak bersenjata api sepertimana tentera rejim Zionis yang memang tidak lekang dengan senjata otomatik di tangan mereka untuk menakutkan rakyat.

Selamat Malam!!..dan semoga dapat mimpi yang indah-indah~~~zzz

 ~~~zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~~
 ~~~zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~~
~~~zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~~
 ~~~zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~~
 ~~~zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~~
~~~zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~~

...jangan biarkan tidur mereka terganggu...

Kerajaan Pusat hanya pandang sebelah mata pemimpin dari Sarawak !

Speaker Dewan Rakyat YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Sabah),
Timbalan Speaker Dewan Rakyat II YB Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Sarawak)
Tan Sri Pandikar Amin juga pernah dipilih sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Ahli-Ahli Parlimen Komanwel untuk sessi 2007-2008.
Pemimpin dari Sarawak buat pertama kali mulai disisih.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah YB Datuk Seri Hj Mohd Shafie Apdal (Sabah),
Timbalan Menteri YB Datuk Joseph Entulu Belaun (Sarawak)
Datuk Seri Mohd Shafie juga pernah dipilih setelah dicadang oleh Kerajaan Pusat menjadi Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Ahli-Ahli Parlimen Komanwel (CPA) untuk penggal 2008 - 2011.
Pemimpin dari Sarawak dipandang sepi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin (Sabah)
Tiada penjawat awam warga Sarawak yang dilantik ke jawatan tertinggi dalam pasukan PDRM peringkat Persekutuan.
Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara, YB Datuk Armani Mahiruddin (Sabah)
Sekali lagi warga Sarawak gagal untuk memenangi hati pemimpin Kerajaan Pusat ke jawatan tersebut.
Peguam Negara, YBhg. Tan Sri Abdul Gani Patail (Sabah)
Belum pernah lagi rakyat Sarawak diberi kepercayaan setinggi itu oleh Kerajaan Pusat. Dimana silapnya?
 Menteri Luar Malaysia, YB Datuk Seri Anifah Aman (Sabah)
Timbalan Menteri, YB Datuk Richard Riot (Sarawak)
 Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, YB Tan Sri Benard Dompok (Sabah)
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili (Sabah)
Timbalan Menteri, YB Datuk Hj Fadillah Yusof (Sarawak)
Datuk Seri Dr Maximus Ongkili juga telah dipilih oleh kerajaan pusat untuk menjadi Pengerusi Jawatan Kuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan Sistem Pilihan Raya di negara ini dan ini sekali lagi pemimpin dari Sarawak terus tersisih.
Hakim Besar Borneo bagi wilayah Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum (Sabah)
Jawatan ini saja yang memberi peluang kepada warga Sarawak secara bergilir-gilir dengan Sabah.

Sebaik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad mengakhiri zaman pemerintahannya selama 22 tahun lewat 2003 dan diambilalih pula oleh penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, nasib pemimpin dari Bumi Kenyalang mulai mendapat layanan agak jauh berbeza oleh kerajaan pusat jika dibandingkan dengan pemimpin dari Sabah.

Pentadbiran Tun Abdullah ketika itu seakan-akan cuba membersihkan pemimpin-pemimpin yang berasal dari Sarawak dari dalam kerajaan pimpinannya. Ini jelas apabila berlaku perlantikan untuk jawatan-jawatan tertentu yang cenderung meminggirkan pemimpin dari Sarawak namun sebaliknya lebih banyak pemimpin dari Sabah yang diberi dengan jawatan-jawatan yang penting dalam kerajaan.

Keadaan itu nampaknya terus berlarutan walaupun pucuk kepimpinan negara telah bertukar apabila Datuk Seri Haji Mohd Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Pak Lah. Tidak banyak perubahan dilakukan oleh Perdana Menteri ke-6 itu untuk mewujudkan kesamarataan dari segi jawatan dalam kabinet persekutuan antara Sarawak dengan Sabah.

Sebenarnya rakyat Sarawak amat terkilan dengan keadaan tersebut biarpun kerajaan pusat terpaksa mengubat perasaan duka lara rakyat Bumi Kenyalang dengan habuan-habuan besar setiap kali pembentangan bajet dilakukan berikutan ketiadaan pemimpin mereka diberi kepercayaan untuk menerajui satu atau dua jawatan penting pada peringkat pusat sebagaimana yang dinikmati oleh pemimpin dari negeri Sabah.

Rakyat Sarawak tdak menaruh harapan sangat kepada Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud untuk memanjang kekecewaan itu kepada kerajaan pusat kerana sebagai rakyat kami memang faham dan sedar bahawa Ketua Menteri juga masih sayangkan jawatan yang sedang beliau pegang kini dan perlu menjaga hati pemimpin pusat agar tidak terguris dan terpaksa mendiamkan saja rungutan daripada rakyat Bumi Kenyalang berkenaan dengan perkara itu.

Apa-apapun dengan tarikh pembubaran Parlimen Malaysia yang semakin dekat, adalah diharapkan agar jurang perbezaan yang sangat ketara di antara Sarawak dengan Sabah dan Semenajung dari segi pembahagian jawatan oleh kerajaan Pusat haruslah ada kesamarataan bagi menjaminkan logo dacing tidak akan menjadi senget sebelah, tapi biar kekal seperti sebelumnya.

Sabtu, November 12, 2011

Aziz Barrel teruskan misi perangnya terhadap Sultan Selangor !

Nampaknya perang antara pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof. Dr Aziz Bari dengan pihak Istana Selangor khususnya dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri tidak memperlihatkan yang ianya akan terhenti walaupun isu DUMC dilihat telah semakin reda apabila Aziz Bari sanggup bertindak semakin kurang ajar dengan mempertikaikan kuasa Sultan Selangor terhadap hal ehwal agama Islam di negeri berkenaan.

Terbaru, Aziz Bari seolah-olah cuba untuk menyekat dan menghalang Sultan Sharafuddin Idris Shah dari mencampuri hal ehwal agama Islam di Selangor. Aziz Bari juga seperti mencuba untuk menafikan hak dan kuasa Sultan Selangor apabila beliau tergamak menyatakan secara terbuka bahawa Sultan Selangor itu "mungkin" telah melangkaui batas kuasa Baginda dengan menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor meluluskan undang-undang pada bulan Julai.

Aziz Bari bekata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah yang ditandatangani Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan mereka untuk meluluskan pindaan bagi meluaskan kuasa Sultan dan Majlis  Agama Islam Selangor (MAIS) dalam hal ehwal Islam di negeri berkenaan. Selanjutnya di sini

Sangat pelik dengan tindakan Aziz Bari yang berterusan mempersoalkan kuasa Sultan Selangor. Sultan Sharafuddin Idris cuba untuk memastikan agar agama Islam di negeri Selangor dapat terus di pelihara dan tidakan sedemikian adalah sangat sesuai dengan kedudukannya sebagai Ketua Agama Islam di negeri berkenaan tetapi malang sekali apabila masih ada lagi manusia seperti Aziz Bari yang tidak mahu mengiktiraf kuasa dan peranan penting seseorang Sultan berhubung dengan agama Islam sehingga sanggup pula untuk mengatakan bahawa Sultan Selangor tidak wajar masuk campur dalam hal ehwal agama Islam.

Amerika Syarikat menipu dan berbohong lagi !

Kerajaan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Barrack Obama terus mewarisi kepimpinan yang terdahulu kulit putih yang suka berbohong, menipu dan gemar menindas, menceroboh dan seterus menyerang negara-negara lain walaupun iaya amat bertentangan sama sekali dengan prinsip sepertimana terkandung di dalam piagam pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang harus dipatuhi oleh semua negara anggota.

Berbangga dengan kuasa veto yang di milikinya, Amerika Syarikat merasakan yang negara mereka tidak perlu takut dan tunduk ketika berhadapan dengan mana-mana negara malah Amerika Syarikat seolah-olah melihat bahawa mereka sangat berkuasa untuk membentuk satu dunia menurut seperti apa yang mereka kehendaki walaupun sedar bahawa setiap negara merdeka berdaulat mempunyai hak masing-masing yang perlu dihormati.

Tetapi Amerika Syarikat tidak melihat semua itu sebagai perlu dihormati sebab apa yang mereka mahu sebenarnya ialah menghendaki supaya negara lain yang harus tunduk serta patuh kepada segala arahan juga kemahuan mereka dan bukannya Amerika Syarikat yang perlu menghormati undang-undang antarabangsa.

Terbaru Amerika Syarikat melalui IAEA(International Atomic Energy Agency) satu badan yang sudah menjadi alat kepada mereka untuk tujuan menyerang negara lain telah membuat fitnah baru terhadap Iran apabila menuduh negara berkenaan sedang membangun loji terbaru tenaga nuklear secara besar-besaran dan mendakwa ianya merupakan satu ancaman besar kepada dunia.

Amerika Syarikat memang tak pernah serik-serik berbohong, dulu sebelum menyerang Iraq, mereka menuduh dan mendakwa bahawa kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar-besaran dan disembunyikan di suatu tempat rahsia tetapi sehingga ke saat ini Amerika Syarikat tetap gagal untuk membuktikan yang tuduhan serta dakwaan mereka terhadap kerajaan Saddam Hussein adalah benar.

Fitnah yang dicipta oleh Amerika Syarikat terhadap Iraq telah mengorban bukan sedikit nyawa malahan puluhan ribu rakyat Iraq telah turut terkorban dan menjadi mangsa perang yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Britain dalam usaha kedua negara penceroboh itu hendak meyakinkan kepada dunia bahawa Iraq memang mempunyai senjata pemusnah seperti yang mereka dakwa sebelum itu.

Namun apa yang boleh kita lihat pada hari ini ialah sebuah negara Iraq yang sudah musnah tetapi tiada satupun senjata pemusnah besar-besaran seperti didakwa yang dijumpai oleh tentera negara penceroboh milik kerajaan Saddam Hussein tetapi sebaliknya banyak khazanah negara Iraq seperti artifak-artifak bersejarah negara berkenaan yang dicuri dan dibawa keluar dari Iraq oleh tentera Amerika Syarikat.

Dan apakah itu juga yang Amerika Syarikat mahu lakukan ke atas negara Iran yang dipimpin oleh Presiden Mahmoud Ahmadineejad ? Barrack Obama yang menerajui Amerika Syarikat kini nampak sudah turut menjejaki langkah presiden terdahulu, George W. Bush yang telah menghancurkan Iraq dan Obama juga kelihatan seperti mahu meneruskan tugas-tugas belum selesai negara Barat yang mahu memusnahkan negara Islam keseluruhannya.

Untuk itu, fitnah terhadap Iran perlu dipergiatkan sebaikmungkin agar seluruh dunia terus percaya kepada pembohongan, dakyah dan propaganda Barat...

Jumaat, November 11, 2011

Anak Merdeka Sdn Bhd, tak bertuan !


Blog ini sudah beroperasi hampir lebih 3 tahun iaitu selepas berlalunya PRU-12 2008. Masih mentah lagi. Mula berblog dan mengemukakan pandangan sendiri tentang perkembangan politik tanah air selain untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan serta kefahaman Anak Merdeka dalam Bahasa Melayu.

Pada peringkat awal terlibat dalam dunia penulisan blog ini, Anak Merdeka tidak terfikir untuk terlalu cenderung menulis mengenai politik tetapi lebih suka hendak menulis apa saja perkara yang berlaku di sekeliling atau di persekitaran yang luas.

Panglima Perang Cyber atau sering saya kenali sebagai PPC dulu, AIDC/Joyah/Mamat Hensem/Yuhu/Faizal/Zek AIDC/, Analisis Politik Ringan/Kumbang, Beranikan Hati/Brave Hearth, Bumi Yang/ISSAC, Dimensi/Jeffry Damien, Yang Gambi, Rajah Mas/Apai adalah antara blogger yang paling awal penulis kenali di alam siber dan pada peringkat itu tulisan di blog merekalah yang sering menjadi rujukan penulis sekiranya mahu membuat artikel baru.

Pendek kata, penulis banyak belajar dari apa yang mereka terbitkan di blog mereka dan suka mempelajari sesuatu yang baru. Maka bermula dari saat itulah penulis masih bertahan untuk terus berblog sehingga kini walaupun adakalanya dah beberapa kali langganan broadband penulis ditamatkan kontraknya oleh syarikat telekomunikasi yang membekalkan khidmat jalur lebar gara-gara lambat membayar sewa bulanan disebabkan sumber kewangan yang kadangkala terhad, menyusut dan meruncing he he he...

Anak Merdeka hanya bergerak secara bersendirian lebih kurang macam kera sumbanglah ceritanya :-) dan lebih selesa dengan cara begini, tidak suka dikawal dan tidak mahu tertakluk atau terikat dengan mana-mana arahan namun sejak dari dahulu sehingga kini tetap melihat kerajaan Barisan Nasional sebagai satu wadah yang wajar untuk terus disokong oleh seluruh rakyat Malaysia berdasarkan kepada komitmen tinggi pemimpin yang ada di dalam gagasan tersebut untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat serta membangunkan sosio-ekonomi negara secara adil dan saksama.

Tulisan ini bukan bertujuan untuk memohon sebarang simpati daripada sesiapapun cuma nak jelaskan kedudukan sebenar hidup sebagai blogger picisan macam Anak Merdeka ini memang kadangkala pasti berdepan dengan masalah serupa iaitu sama seperti yang dialami oleh beberapa blogger yang lain tentu tak boleh lari dari masalah yang membebankan.

Tujuan utama artikel ini juga adalah sebagai reaksi kepada tulisan oleh beberapa blogger pro-Kerajaan di blog mereka masing-masing sebelum ini yang membangkitkan tentang kewujudan masalah "pemerdagangan blogger" dikalangan sesama.

Anak Merdeka akan terus menulis. Terima kasih bro ISAC/Bumi Yang atas kata semangat. Suatu ketika Anak Merdeka pernah menulis tentang hasrat nak berhenti berblog tapi ada kengkawan blogger yang minta Anak Merdeka pertimbangkan. Namun akhirnya Anak Merdeka tarik balik niat nak berhenti menulis diblog dan sehingga kini masih lagi menulis apa saja yang terlintas difikiran. Sebab dulu nak stop-berblog, pasal tu lah ha ha ha...gagal bayar sewa broadband :))

Kepada semua,,,kita teruskan perjuangan di alam siber untuk kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13 kelak...kita bebas tegur BN bukan bermakna kita menentang mereka tapi demi kebaikan mereka juga agar terus relevan sebagai sebuah kerajaan. Ada masalah, selesaikan bersama,,,selesaikan cara bermesyuarah,,,buang yang keruh ambil yang jernih...bersatu kita teguh bercerai kita roboh...

Sapa kata kumpulan songsang dinafikan hak mereka di negara ini? ..mana adaaa...!


Hanya Ambiga, Marina dan Irene serta rakan sepasukan mereka saja yang mungkin beranggapan bahawa kumpulan gay, lesbian dan transeksual di negara ini telah dipinggir, ditindas dan dinafikan hak mereka selaku warga Malaysia sehingga memaksa diadakan satu acara di kenali sebagai Program Seksualiti Merdeka kononnya sebagai satu saluran khusus untuk golongan berkenaan menyuarakan masalah atau mengemukakan pandangan bagi mempertahankan hak mereka.

Tetapi tidakkah Ambiga dan rakan-rakan beliau sedar andaikata ada berlaku sebarang jenayah yang melibatkan kumpulan berkenaan, mereka juga sudah pasti mendapat pembelaan yang serupa sebagaimana masyarakat Malaysia yang lainnya atau dalam ertikata lainnya, dari segi perundagan untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya, hak mereka tidak pernah dinafikan malahan nasib mereka akan tetap terbela tetapi bukanlah mengenai amalan seks mereka.

Misal kata jika mereka terbabit di dalam kegiatan jenayah, dalam kes rogol, dalam kes liwat, dalam kes rompakan dan sebagainya maka mereka juga akan diwakili oleh peguam apabila kes dibawa ke mahkamah. Pun begitu, jika mereka tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat peguam, kerajaan Barisan Nasional juga sudah ada Biro Bantuan Guaman khusus untuk yang kurang mampu termasuklah mereka-mereka itu.

Untuk menuduh kerajaan bertindak zalim atau tidak berperikemanusiaan terhadap golongan berkenaan hanya kerana pihak kerajaan enggan mengiktiraf kewujudan mereka yang membawa amalan tidak sihat di negara ini adalah tidak munasabah juga sebab sebagai sebuah kerajaan, sesiapapun jua yang menjadi pemerintah tentulah mereka merasakan bahawa tanggungjawab untuk menguruskan sesebuah negara itu bukan hanya berkenaan dengan pembangunan ekonomi, infrastruktur, fizikal semata-mata tetapi turut merangkumi soal moral dan sosial masyarakat juga.

Mungkin kerajaan Malaysia berpendapat untuk menyelamatkan golongan berkenaan dari terus hanyut dan dibiarkan mereka megah dengan gaya kehidupan yang sedemikian adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab sebab apabila tindakan membenarkan mereka yang berkenaan dengan kehendak mereka nescaya budaya songsang bawaan Barat itu akan merebak dalam lingkungan masyarakat dan sekiranya ia tidak dibanteras dengan lebih awal adalah bukan satu perkara yang mustahil apabila ia akan menjadi ikutan oleh generasi yang seterusnya.

Oleh itu, Ambiga, Marina dan rakan-rakan mereka perlu sedar dan faham kalau sebut pasal hak, memang semua rakyat Malaysia secara amnya punya hak dalam negara sendiri dan tidak semestinya pula mereka berhak untuk berbuat apa saja sehingga akhirnya membinasakan negara sendiri. Hak harus digunakan dengan cara yang betul dan bukan disalahgunakan untuk tujuan-tujuan yang menyalahi undang-undang negara. Hak juga tidak wajar digunakan sebagai alasan untuk menghidupkan budaya tidak bermoral di negara ini.

Marina sebagai bekas orang kuat Majlis AIDS Sedunia ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir dulu, patutnya lebih memahami bagaimana perjuangan 'mencegah lebih baik dari mengubati' terhadap para penagih dadah dan begitu jugalah apabila negara berdepan dengan isu segelintir rakyatnya yang semakin hari semakin ramai terjebak ke dalam masalah moral seperti seks bebas itu, maka satu tindakan berkesan perlu diambil dan bukannya bertindak sebaliknya dengan melebarkan lagi ruang untuk golongan berkenaan bebas bergerak dengan amalan mereka.

Haji Anwar Merdeka: mula kata x sokong, namun akhirnya macam menyokong !

Kalau kita perhatikan betul-betul pada kenyataan yang dibuat oleh Tuan Haji Anwar berkenaan dengan isu penganjuran Program Seksusliti Merdeka yang sedang hangat membara ketika ini, nampak mulanya macam memangpun dia menentang program berkenaan sebab alasan agama Islam termasuk agama lain yang "jelas" dalam isu itu katanya.

Apa yang "jelas" seperti yang dimaksudkan oleh Ketua Pembangkang itu, kita tak tahu sebab cuma dia sahaja yang mengerti. Kalau dia kata "jelas mengharam" barulah kita boleh faham tapi apesal dia kasi gelap satu ayat tu yang buat kita jadi bingung.

Kemudian lagi dia kata mereka-mereka yang membantah program itu dari diadakan sebagai menghukum pihak penganjur, saya fikir belum sampai ke tahap menghukum lagi pasal semuanya terletak pada budi bicara pihak berkuasa terutamanya pihak polis samada akan membenarkan atau sebaliknya penganjuran acara tersebut setelah menerima banyak bantahan daripada kumpulan masyarakat di negara ini.

Haji Anwar perlu ingat juga, rakyat atau masyarakat biasa di negara ini juga ada hak yang perlu mereka suarakan berkenaan satu-satu perkara tak semestinya hanya kumpulan dia sahaja yang seharusnya diberi hak dan kebebasan sebagaimana yang diperjuangkan sebab masyarakat umum di Malaysia juga berhak sebenarnya untuk mendapat kebebasan serupa termasuk menyuarakan bantahan terhadap apa-apa perkara yang mereka rasa tidak patut diadakan.

Asalnya Haji Anwar kata tak sokong perhimpunan Seksualiti Merdeka yang dalam perancangan untuk dirasmikan ole Ambiga, tetapi kenapa pula dalam masa yang sama dia marah terhadap kumpulan yang turut sama membantah program tersebut dari diadakan sedangkan dia kata tidak menyokong, jadi apa masalahnya ?

Khamis, November 10, 2011

SRK Merdeka: Ambiga & Marina perlu sedar, ini Malaysia bukan India !

 Kelakuan tidak senonoh bintang Bollywood, Shah Rukh Khan yang berciuman dengan aktor Barat, John Barrowman semasa festival filem Bollywood berlangsung.

 Begitu juga dengan gelagat melampau Gauri yang selamba mencium Karan Johar, patutnya kerajaan India menolak budaya seumpama itu walaupun hanya melibatkan golongan selebreti. Selanjutnya boleh lihat di sini

Patutlah Haji Anwar suka sangan nyanyi lagi "kuch kuch hota hai" rupanya bintang ternama Bollywood Shah Rukh Khan juga adalah pengamal seks bebas. Maunya dibiakkan di Malaysia. Haramlah. Patutlah Haji Anwar beriya-iya sangat menyokong Ambiga dan Seksualiti Merdeka diadakan di negara ini sebab masih banyak benda yang jadi misteri !

Ambiga kalau masih nak sangat seksualiti merdeka diteruskan, pergi saja ke India sana..negara asal nenek moyang dia, buat program di negara berkenaan, mungkin kerajaan India tiada halangan mengenainya malah mungkin mereka akan menerima seadanya golongan songsang untuk melakukan aktiviti mereka.

Bodoh 1PR: hingga ke Parlimen Izzah & Tony Puaka promosi barangan KR 1Malaysia !

Betapa bodohnya tindakan dua Ahli Parlimen Pakatan Haram Nurul Izzah Haji Anwar dari PKR dan Tony Puaka dari DAP yang sanggup bersusah payah berkunjung ke Kedai Rakyat 1Malaysia semata-mata mahu membeli beberapa jenis barangan untuk dipamerkan ketika Sidang Media di bangunan sementara Parlimen bagi menunjukkan bahawa harga rendah dan murah setiap jenis barang di premis berkenaan yang diwar-warkan oleh kerajaan sebelum ini kononnya cuma indah khabar dari rupa.

Tidakkah kedua-dua wakil rakyat Pakatan Haram itu sedar bahawa sikap kebanyakkan masyarakat di mana-mana negara termasuklah yang di negara kita ini, memang kebanyakkan daripada mereka ini mempunyai sikap yang pelik dan aneh, mana yang ditegah maka itulah yang nak sangat mereka hendak ambil tahu dan begitulah seterus sekira dilarang jangan beli barang itu, jangan makan makanan itu dan ini, jangan dekati kawasan atau kedai itu sudah pasti semakin ditegah semakin berduyun-duyunlah pula orang ramai menyerbu untuk mendapatkan barang-barang disitu.

Inilah yang saya katakan tentang betapa bodohnya tindakan Nurul Izzah dan Tony Puaka dalam usaha mereka untuk menjahanamkan hasrat murni Perdana Menteri Datuk Seri Hj Mohd Najib yang mahu meringankan bebanan rakyat sebagai pengguna. Apabila sebahagian daripada barang-barang berkenaan sengaja dibawa masuk ke dalam kawasan Parlimen bertujuan untuk mensabotaj usaha kerajaan BN itu dan selepas itu keluar pula cerita tentangnya di akhbar atau di media-media.

Bukankah tindakan kedua wakil rakyat pembangkang itu secara tidak langsung turut memperkenalkan produk-produk yang terdapat di Kedai Rakyat 1Malaysia yang kemudiannya tentu akan menarik minat rakyat kebanyakan untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai gerai berkenaan dan ini kemudiannya pasti membawa mereka untuk berkunjung ke sana dan apabila mereka yang telah membeli barang di situ sedar bahawa kedai tersebut menjual setiap jenis barangan pada harga yang berpatutan malah ada jenis yang lebih murah dari tempat lain, akhirnya tanpa Nurul Izzah dan Tony Puaka sedari bahawa perbuatan mereka itu sebenarnya telah memperbodohkan diri mereka sendiri serta seluruh wakil rakyat dari Pakatan Haram Pembangkang.

Rabu, November 09, 2011

Tahun 2012 masehi, dunia sekali lagi alami 366 hari dalam setahun !

Setiap empat tahun sekali bilangan hari dalam satu tahun akan bertambah kepada satu hari menjadikan dunia mempunyai 366 hari pada tahun 2012 nanti yang kebiasaannya ramai yang hanya berpendapat bahawa satu tahun bersamaan dengan 12 bulan atau 52 minggu ataupun 365 hari.

Keadaan ini sebenarnya memang telah lama terjadi iaitu sejak dari awal tahun Masehi lagi dan akan berterusan selang empat tahun sekali misalnya setelah tahun 2012 kelak maka empat tahun sesudah itu iaitu pada tahun 2016, tahun 2020, tahun 2024, tahun 2028, tahun 2032 dan begitulah seterusnya ianya akan akan terus menerus berlaku sedemikian.

Sungguhpun begitu, ianya hanya akan melibatkan bulan February saja yang kita mungkin ingat bahawa bulan berkenaan cuma ada 28 hari semata-mata tetapi bulan February sebenarnya akan mendapat tambahan satu hari menjadikannya lebih panjang kepada 29 hari untuk tempoh empat tahun sekali dan begitulah seterusnya iaitu pada setiap tahun keempat yang genap.

Begitulah juga dengan tahun-tahun sebelum ini misalnya pada tahun 1996, tahun 2000, tahun 2004 dan juga pada tahun 2008, bulan February bertambah satu hari menjadikannya 29 hari untuk satu bulan akan tetapi pada tahun berikutnya iaitu untuk selama tiga tahun berturut-turut bilangan hari dalam bulan February kembali menjadi seperti sediakala iaitu 28 hari satu bulan.

Oleh itu, menjelang tahun depan, siang kita akan dapat lebihan satu hari iaitu bulan February atau 366 hari untuk tahun 2012 tidak seperti biasa 365 hari setahun, jadi bagaimanakah kita hendak menggunakan masa satu hari yang dianugerahkan itu supaya ianya tidak menjadi sia-sia dan berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan perkara-perkara yang memberi faedah kepada negara.

Janganlah pula lebihan satu hari dalam tahun 2012 itu nanti digunakan pula oleh kaum kerabat Ambiga, Marina dan Anwar untuk tujuan-tujuan mempromosikan bermacam-macam program yang bertentangan dengan nilai kehidupan serta adat budaya masyarakat kita...

Pose dari pengamal2 seks bebas sebelum menjelangnya hari kiamat !

 Sebagaimana agama Islam, agama Kristian juga telah lama sebelum itu mengajar umatnya tentang kejadian hari kiamat. Cuma oleh kerana wujudnya perselisihan tentang kepercayaan agama masing-masing mengenai hari kiamat itu menyebabkan orang bukan Kristian beranggapan bahawa agama Nabi Isa a.s itu tidak menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan hari kiamat atau akhir zaman. Itu adalah satu persepsi yang salah.

 Dan pengertian tentang benarnya hari kiamat itu diperkuatkan lagi dengan kedatangan agama terakhir iaitu Islam untuk seluruh umat manusia di muka bumi ini melalui rasulNya Nabi Muhamad S.A.W. yang dipilih sebagai pesuruh Allah untuk membawa sinar cahaya kepada dunia. Orang Kristian mungkin ada yang berbelah bahagi samada hendak percaya atau tidak tentang hari kiamat ini berlainan pula dengan orang Islam dari pandangan saya yang seluruhnya memang mempercayai tentang hari kiamat.

 Tetapi kepada golongan yang kurang percaya akan adanya hari kiamat kelak, saya rasa belum terlambat lagi untuk mereka ini berpatah balik ke pangkal jalan kiranya mereka ini dapat merasakan yang langkah perjalanan mereka sudah semakin jauh tersasar atau menyimpang. Dan masa untuk memperbetulkan semula kesilapan lalu masih banyak waktu sebenarnya yang boleh dimanfaatkan.

 Belum terlambat lagilah bro, kalau orang lain boleh kenapa anda berdua tak boleh. Malaysia Boleh!!! anda berdua juga tentu boleh. Bukan boleh nak teruskan program Seksuliti Merdeka tu tapi boleh gunakan masa yang masih ada untuk merenung semula kesilapan masa lalu dan perbaikinya dengan sebaik yang mungkin.

Begitu jugalah dengan Tuan Haji Anwar ni. Apa ke jadahnye 'lelaki bagi hadiah sejambak bunga kepada lelaki yang lain" kalau tak ada udang di sebalik batu melainkan memang ada niat yang tersembunyi. Sudah-sudahlah tu, pergi bertaubat, minta ampun minta maaf daripada Tuhan sebelum dunia ini berdepan dengan hari kiamat.

Penjawat Awam: DAP akan tukar pegawai Melayu/Bumiputera dengan Cina !


Hasrat DAP berkenaan dengan isu penjawat awam di negara ini sebenarnya mudah untuk difahami. Bagi saya, niat DAP itu sejak mereka menang banyak kerusi dalam PRU-12 lalu dan juga ketika PRN Sarawak lepas contoh bukannya satu perkara yang sukar untuk ditafsirkan sebab dalam apa jua keadaan sekalipun DAP akan tetap mengambil pendekatan yang digunakan oleh kerajaan Singapura untuk dijadikan sebagai ikutan sekiranya Pakatan Haram 3 Parti DAP, PKR dan PAS berjaya mentadbir Malaysia.

Slogan Jom Ubah yang mula diperkenalkan oleh DAP dan rakan sekutunya dalam pakatan itu dalam beberapa siri PRK dan juga PRU sebelum ini saya rasa tidak setakat digunakan untuk mempengaruhi rakyat agar memilih pakatan haram mereka sebagai kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan BN di negara ini malah lebih jauh lagi kerana jika sudah berjaya menguasai politik serta pentadbiran di Malaysia maka sudah tentulah akan ada perkara lain yang lebih besar yang harus dan wajib di "ubah" dan jika itu tidak dilakukan  maka ini bermakna hayat Pakatan Haram sebagai pemerintahan tidak bertahan lama.

Yang utama tentulah DAP yang jadi Big Boss dalam Pakatan Haram mahu memastikan agar beberapa agensi kerajaan yang sebelum ini seperti Polis, Tentera, Bomba, Imigeren, JPJ, Guru dan sebagainya dilihat semacam memang mesra dengan BN kerana disebabkan pegawai atasan didalamnya merupakan majoritinya terdiri daripada kaum Melayu dan Bumiputera jadi haruslah terlebih dahulu kmpulan ini dibersihkan dan kemudian digantikan dengan satu kumpulan baru yang boleh menjamin kedudukan mereka sebagai sebuah kerajaan agar dapat kekal selama bila hasil sokongan penjawat awam yang tentunya mesra DAP.

Jika DAP merasakan bahawa penjawat awam dari kaum Melayu dan Bumiputera menjadi penghalang kepada cita-cita mereka untuk berkuasa di negara ini, jadi untuk jalan terbaik adalah dengan menggantikannya dengan pegawai-pegawai atau kakitangan yang bukan dari kalangan Bumpitera dan itu semua nampak memang jelas telahpun berlaku di Pulau Pinang dan dibeberapa tempat dalam negara ini.

Selasa, November 08, 2011

Ambiga & Marina akan tampil lagi dengan tuntutan lain bertemakan Merdeka!


Selepas berjaya mencetuskan kekecohan seluruh negara berhubung dengan hasrat mereka berdua untuk menganjurkan acara Seksualiti Merdeka khusus untuk golongan gay, lesbian dan transeksual, Ambabiga dan Marina selepas ini berkemungkinan besar akan meneruskan kerja gila keduanya dengan mengadakan lebih banyak siri penganjuran pesta, forum, majlis, program yang bertemakan Merdeka.

Tidak mustahil selepas ini kedua-dua mereka akan tampil dengan berbagai-bagai program baru yang mungkin sedang dalam perancangan seperti Perogol Merdeka, Penagih Dadah Merdeka, Pengedar Dadah Merdeka, Pembunuh Merdeka, Pencuri Merdeka, Peliwat Merdeka, Pencabul Merdeka, Perompak Merdeka, Pemecah Rumah Merdeka, Penyanggak Merdeka, Penipu Merdeka, Pemfitnah Merdeka, Penghasut Merdeka, Penculik Merdeka dan bermacam-macam Merdeka lagi.

Janji saja mereka berdua tak nak buat Program Anak Merdeka, sudahlah !

Ini saya ingin nak ulas sikit pasal hari tu Ambiga yang bengang dengan pihak Polis dan pihak media massa yang katanya telah tersalah anggap mengenai program yang bakal mereka anjurkan. Dalam pada itu Ambiga kata golongan Gay, Lesbian serta Transeksual di negara ini telah ditindas dari segi hak. Ditindas? Siapa tindas siapa?

Kalau sudah begitulah pendirian Ambiga mengenai golongan berkenaan, ini bermakna suatu hari nanti Ambiga juga pasti akan muncul semula bersama dengan rakan songsangnya Marina untuk menegakkan suatu hak bagi satu kelompok manusia yang tidak sepatutnya diperjuangkan sepertimana yang tersenarai di atas.

Manalah kita tahu kemungkinan satu hari nanti Ambiga dan Marina boleh berpendapat bahawa kumpulan perompak, pembunuh, peliwat dan pelbagai jenis penjenayah yang melakukan kerja haram di negara ini telah ditindas, perlu dibela dan perlu didengar semua keluhan daripada mereka.

Arkib Blog