Dia ini pula bekas Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum jawatan itu diberikan kepada Rafizi Ramli, sekarang dia ni Naib Presiden PKR kalau tak silap sayalah dan dia ini jua adalah wakil rakyat yang mewakili Parlimen Batu dan dalam sejarah tamadun manusia belum pernah berlaku seseorang wakil rakyat yang suka memprovokasi pihak berkuasa ikut sedap hati dia umpamakan negara ini tidak punya undang-undang. Sudah banyak kali dia ini diusung oleh pihak polis bagai seekor lembu sakit yang dah nak mampus, sungguh ajaib!
Dia ini sekarang sedang di dalam perkhidmatan walaupun dah nampak tua. Dia adalah Menteri Besar bagi negeri Kelantan Darul Naim, dia juga adalah seorang Ulama biarpun Anwar Ibrahim pernah gelar dia sebagai Ulama Terompah, itu menurut Ahli Parlimen Bebas YB Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim. Dia ini adalah Mursyidul Am PAS kira lebih kurang sama dengan jawatan Penasihat kepada partilah tetapi yang menimbulkan rasa pelik pada kita ialah tentang tabiat dia waktu makan, macam gambar di atas ada sudu tak nak pakai, tak juga gunakan tangan, anehkan!
Dia ini pula adalah bekas Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri atau Speaker DUN Perak selama 11 bulan saja dan sekarang dia hanyalah Ahli Dewan Undangan Negeri yang biasa bagi kawasan DUN Tronoh Perak. YB V. Sivakumar itulah namanya, gila kuasa dan tidak redha dengan ketentuan bahawa kuasa yang ada pada beliau sebelum itu cuma sementara sahaja sehingga terpaksa diturunkan dari singgahsana dewan dengan diangkat secara beramai-ramai oleh bentara dan kakitangan DUN Perak yang dibantu oleh pihak Polis. Belum pernah berlaku walau di negara lain...amat memalukan!
Dia ini adalah bekas Menteri Besar Terengganu dan sekarang Presiden PAS. Sebagai seorang presiden dan yang berjawatan paling tinggi dalam parti patutnya dia ini menjadi contoh kepada para pengikutnya agar tahu menghormati undang-undang negara, jangan semua undang-undang dan peraturan yang telah dipersetujui bersama hendak dilanggar semahu-mahunya yang akhirnya menyaksikan dia sendiri kena tahan pihak berkuasa sedangkan para pengikutnya terlepas bebas diluar. Pelikkan!
Dia ini adalah bekas Menteri Kesihatan Malaysia dan sekarang dia ini adalah Presiden parti MCA namun tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan. Dulu masa jadi Menteri Kesihatan dia kantoi kena tangkap basah bersekedudukan dengan teman wanitanya walaupun dia sendiri ada bini dan punya anak. Sebagai Menteri Kesihatan waktu itu sepatutnya dia mengamalkan gaya hidup yang bersih tetapi dia nyata telah memilih jalan yang salah sehingga akhirnya memaksa beliau untuk melepaskan semua jawatan dalam kerajaan. Pelik dan menakjubkan!
Ini pula adalah YB Teo Nie Ching, wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Serdang Selangor. Dia bukan beragama Islam tetapi bagaimana boleh pihak pengurusan Masjid berkenaan membenarkan dia memasuki dalam Masjid sehingga ke ruang solat utama iaitu ruang tempat di mana Imam Masjid mengimamkan sembahyang. Sudahlah dia itu bukan beragama Islam masuk lagi tanpa mengenakan tudung atau pakaian yang menutup aurat. Tak ada berlaku dalam negara Islam lain perbuatan yang tidak menghormati tempat ibadat agama orang lain seperti yang dilakukan oleh Teo Nie Ching itu. Sangat merimas dan pelik sekali !
1 ulasan:
sejak pak lah jd PM semuanya bermula...mula-mula dia tibai polis yg berjasa pd negara..seolah dia yg maksum..menantu dia jenih bersih..ahkitr semua marah kat dia..pangkah pakatan...sebab sakit hati...sebabkan dia org ramai marah , kaki tgn kerajaan marah, polis dan keluarga marah..gulong 5 negeri...
Catat Ulasan