Tidakkah kita sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin dengan kengsaraan hidup yang terpaksa dilalui oleh rakyat Palestine akibat penindasan berterusan oleh tentera rejim Zionis sedar bahawa tindakan memburuk-burukkan segala bentuk produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia oleh beberapa pemimpin dari Pakatan Haram Pembangkang juga serupa dan lebih mirip kepada tindakan zalim dan kejam yang dilakukan oleh tentera rejim Zionis terhadap dua kapal MV Rachel Corrie dan MV Marmara suatu ketika dulu yang membawa misi bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestine di Gaza serta Tebing Barat.
Kedai Rakyat 1Malaysia hasil ilham YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib Razak bertujuan untuk meringankan beban golongan sasar seperti rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah tanpa mengira latar belakang kehidupan mereka baik bangsa ataupun fahaman politik masing-masing asalkan mereka itu rakyat Malaysia. Niat murni Perdana Menteri itu sepatutnya disambut secara positif dan dengan rasa penuh kesyukuran oleh seluruh rakyat dan tidak sepatutnya dihalang walau dengan berbagai-bagai cara oleh pemimpin pembangkang seperti Tony Pua, Nurul Izzah, Saifuddin Hasution yang mahu melihat ianya gagal dan ditolak oleh rakyat.
Saya bukanlah bermaksud nak menyamakan yang kita di Malaysia ini juga hidup sengsara sama seperti rakyat Palestine tetapi sekurang-kurangnya rakyat di negara ini yang tinggal berdekatan dengan premis yang menempatkan Kedai Rakyat 1Malaysia patutnya rasa bertuah kerana kerajaan sudah menyediakan satu kedai yang boleh memberikan mereka pilihan lain untuk berbelanja samada di kedai yang menawarkan harga yang berpatutan dan rendah ataupun ke kedai sedia ada yang sering mereka kunjungi sebelum itu.
Semua pihak terutamanya mereka pemimpin dari Pakatan Haram Pembangkang yang sebelum ini jika berlaku saja kenaikan harga barangan di pasaran maka mereka inilah yang sering menjuarai isu, riuh dengan gelagat masing-masing menuduh kerajaan itu dan ini menekan rakyat dan sebagainya konon kerana kerap menaikkan harga barang-barang tetapi apa salahnya untuk kali ini mereka turut menyokong usaha kerajaan yang mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia bertujuan untuk meringankan beban rakyat dan bukan bertindak sebaliknya dengan mensabotaj usaha murni kerajaan sehingga sanggup pula menidak hak rakyat untuk mendapatkan segala barang keperluan asas pada harga yang sangat berpatutan.
Sekiranya YB Tony Pua, YB Nurul Izzah, YB Saifuddin Hasution, YB Dzulkifli Ahmad dan mereka yang sama waktu dengan pengkhianat bangsa ini masih terus dengan kempen untuk menjahanam dan mensabotaj Kedai Rakyat 1Malaysia, jadi tentu kita boleh lihat pasti ada persamaan di situ antara tindakan pihak Pakatan Haram yang dianggotai oleh DAP, PKR, PAS dengan kekejaman yang pernah dilakukan oleh pihak pengganas rejim Zionis terhadap dua kapal yang membawa misi kemanusiaan Freedom Flotilla ke Gaza sehingga mengakibat ramai nyawa yang terkorban ekoran kejadian itu.
Jika misi kemanusiaan oleh banyak negara ke Gaza untuk membantu masyarakat Palestine yang menjadi mangsa penindasan dan kezaliman tentera rejim Israel mendapat halangan serta tentangan hebat daripada Amerika Syarikat dan kerajaan Israel sendiri, jadi apa kurangnya dengan tindakan yang paling tidak bertanggungjawab oleh Tony Pua, Nurul Izzah, Saifuddin Hasution yang cuba menyekat rakyat Malaysia dari mendapatkan sesuatu yang amat berfaedah daripada pihak kerajaan.
Bagi saya, tindakan bodoh dan tidak matang oleh Tony Pua, Nurul Izzah, Saifuddin Hasution dan rakan-rakan mereka itu ke atas Kedai Rakyat 1Malaysia tidak jauh bezanya dengan tindakan kejam tentera Zionis terhadap rakyat Palestine yang sangat memerlukan. Mereka serupa saja cuma Tony Pua, Nurul Izzah, Saifuddin Hasution tidak bersenjata api sepertimana tentera rejim Zionis yang memang tidak lekang dengan senjata otomatik di tangan mereka untuk menakutkan rakyat.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, November 13, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan