Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Ogos 12, 2011

MoCS - Gerakan Mengubur Sarawak!!! Perjuangan golongan kecewa

Kelihatan dalam gambar: Baharuddin Mokhsen, Francis Sia(tengah) dan Awang Abdillah Awang Nassar.
Sumber foto dari blog Muka Petang
MoCS, kumpulan ini kecewa bukan kerana Ketua Menteri YAB Pehin Sri masih belum mahu berundur sebagai pemimpin Sarawak tetapi mereka kecewa kerana tidak mendapat keyakinan daripada rakyat Bumi Kenyalang untuk berkuasa memerintah negeri Sarawak.

Pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak ke-10 yang lalu, ramai daripada kalangan mereka ini yang bertanding namun kalah kerana rakyat Sarawak tidak percaya kepada kemampuan mereka untuk mentadbir negeri ini, belum jadi kerajaan lagi sudah berani cakap bersar, nak ubah Sarawak konon.

Esok Sabtu 13 Ogos 2011, MoCS sekiranya tiada aral yang melintang akan mengadakan satu perhimpunan untuk acara senamrobik, karaouke dan tarian poco-poco dipersekitaran kawasan yang menempatkan Muzium Negeri di Kuching. Perhimpunan mungkin terpaksa diadakan di situ kerana di Sarawak ini belum ada lagi Zoo Negara seperti di Kuala Lumpur tempat segala hewan-hewan dan segala unggas berkumpul.

Kepada rakyat Sarawak, mana yang ada tanam kelapa sawit, lada hitam dan lada putih, koko, tanaman sagu, pengusaha dusun buah-buahan, tanaman padi, ternakan ikan berbagai jenis, dan berbagai-bagai lagi perusahaan yang dilakukan, adalah lebih baik tak payah langsung peduli dengan gerakan yang sedang diusahakan oleh Francis Sia, Awang Abdillah Awang Nassar dan Baharuddin Mokhsen itu. Abaikan saja.

Mereka adalah golongan yang kecewa dan golongan yang suka berpura-pura. Perjuangan mereka sangat kabur dan tidak jelas. Mereka mahu mengubah Sarawak mahu jadi macam mana? Mereka kata mahu mengubah Sarawak tetapi mereka tidak nyatakan dengan terang kepada rakyat negeri ini tentang corak yang bakal mereka mahu Sarawak akan dikenali, adakah seperti Singapura, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, England, Israel, Amerika Syarikat ?

Khamis, Ogos 11, 2011

Kes liwat II: lepas ini, Anwar mohon pula kebenaran Mahkamah untuk dia sendiri soal saksi !

Usaha oleh Anwar Ibrahim untuk melengah-lengahkan perbicaraan kes liwat ke-2 yang membabitkan beliau pastinya tidak akan berakhir hanya setakat kebenaran telah diperolehi daripada Mahkamah membenarkan pasukan peguambela beliau menemubual 15 saksi termasuk Datuk Seri Najib, Isteri beliau dan lainnya tetapi selepas ini tentu akan ada helah lain lagi yang beliau akan kemukakan.

Lihatlah, jika sekarang pihak Mahkamah telah mengeluarkan perintah hanya membenarkan Anwar Ibrahim hadir pada sessi temubual oleh barisan peguambela beliau dengan saksi-saksi terpilih namun Anwar Ibrahim sendiri tidak dibenarkan untuk bertanyakan soalan kepada saksi. Itu sekarang tetapi selepas ini tentu Anwar Ibrahim akan kemukakan lagi satu permohonan di Mahkamah agar beliau dibenarkan untuk menyoal sendiri saksi-saksi berkenaan sambil ditemani para peguam beliau. Kita tunggu dan lihat !!! ...sampai kiamat kes ini...

Rabu, Ogos 10, 2011

Kes liwat II: Karpal & Anwar yg kawal undang2 serta tentukan perbicaraan !

Kelihatan; Peguam S. K. Nair, Anwar Irahim, Karpal Singh, Yusmadi dan dua nujum DNA import dari Australia sedang menjamu selera minum teh tarik dan makan cucur karipap
Sebaik sahaja Mahkamah membuat keputusan yang menyaksikan permohonan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim sebelum ini diluluskan oleh Hakim iaitu untuk menemubual 15 orang saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansur serta yang lain, lalu sejurus itu juga, Karpal Singh selaku ketua Peguambela Anwar terus menguatkuasakan undang-undang "menghina mahkamah" ke atas saksi-saksi berkenaan.

Menurut Karpal Singh, sekiranya mereka-mereka itu enggan hadir ke Mahkamah dan gagal untuk ditemubual oleh pihak pembelaan, bermakna mereka itu dianggap sebagai telah menghina Mahkamah dan boleh ditangkap serta boleh ditahan di dalam lokap. Kemudian menyusul pula kenyataan serta amaran serupa yang datangnya daripada seorang lagi peguambela Anwar iaitu S. K. Nair yang mahu agar Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, Tan Sri Musa dan Datuk Mohd Rodhwan akur dan patuh kepada keputusan Mahkamah yang telah mewajibkan mereka hadir ke Mahkamah jika tidak mahu dkenakan tindakan menghina Mahkamah.

"MENGHINA MAHKAMAH?" ...tetapi tidakkah Karpal Singh serta barisan peguambela pimpinannya tahu dan sedar bahawa selama ini siapa sebenarnya telah melakukan "penghinaan" yang begitu ketara dan teruk sekali terhadap mahkamah atau institusi kehakiman di negara ini kalau bukan Anwar Ibrahim sendiri serta rakan-rakan mereka yang berada didalam Pakatan Haram ?

Anwar Ibrahim sendiri telah berulang kali mencabul larangan Mahkamah yang melarang sebarang perbicaraan terbuka dikhalayak ramai berkenaan kes liwat yang sedang dibicara di Mahkamah namun apa yang berlaku ialah Anwar Ibrahim dibiarkan terus menerus bebas untuk menjaja kes liwatnya ke seluruh pelusuk tanah air tanpa apa-apa tindakan oleh pihak Mahkamah malah di biarkan bebas sebebasnya hingga ke luar negara untuk meraih sokongan serta simpati daripada masyarakat antarabangsa berkaitan kes liwat beliau itu.

Bagi saya adalah sesuatu yang sangat tidak wajar sama sekali untuk membiarkan pihak tertuduh terus bermaharajalela dengan tindak tanduknya seperti mahu mengambil alih peranan mahkamah dalam mengendali, mengawal dan menentukan halatuju perbicaraan yang kini semakin hari menampakkan betapa pihak yang sepatutnya tegas terhadap tertuduh tetapi mereka pula yang semakin kelihatan seolah-olah telah hilang kawalan dalam menguatkuasakan undang-undang.

Dan adalah sesuatu yang sangat ganjil dan pelik apabila peguambela Anwar terlebih dulu telah bertindak mendahului Hakim dalam menentukan bentuk hukuman yang bakal disabitkan ke atas Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, Tan Sri Musa dan Datuk Mohd Rodhwan seandainya mereka yang berkenaan gagal menghadirkan diri pada sessi temubual pihak oleh tertuduh sedangkan kesemua mereka itu langsung tiada kaitan dengan beberapa kejadian Anwar Ibrahim yang telah meliwat pekerja lelaki beliau sendiri.

Yang menerima Mohd Saiful Bukhary Azlan bekerja dengan PKR adalah Anwar Ibrahim sendiri. Yang membawar gaji kepada Mohd Saiful juga adalah Anwar Ibrahim. Yang menentukan bentuk tugas Mohd Saiful dalam PKR adalah Anwar Ibrahim. Yang membawa Mohd Saiful ke Hong Kong, ke Thailand, ke Singapura adalah Anwar Ibrahim juga. Yang memerintah Mohd Saiful datang ke kondominium 1151-1152 juga adalah Anwar Ibrahim.

Dan seterusnya yang bertanya kepada Mohd Saiful soalan lucah "Can I Fuck You Today?" adalah Anwar Ibrahim. Yang marah dan menengking Mohd Saiful sehingga terkeluar perkataan "What?" juga adalah Anwar Ibrahim. Yang mengajukan soalan penuh prihatin "Are You Okay?" kepada Mohd Saiful juga adalah Anwar Ibrahim. Jadi, disudut sebelah manakah kita dapat nampak bahawa Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, Tan Sri Musa dan Datuk Moh Rodhwan boleh memainkan peranan mereka masing-masing sehingga terpengaruhnya Anwar Ibrahim yang akhirnya mendorong dan memaksa beliau untuk akur lalu terpaksa meliwat Mohd Saiful Bukhary Azlan, pekerjanya sendiri?

Selasa, Ogos 09, 2011

Pakatan Haram kerah Bershit 2.0 segera ke Britain bantu perusuh !!!

 Dalam tempoh 25 tahun iaitu selepas rusuhan buruk berlaku pada tahun 1985, kini Britain sekali lagi telah digegarkan dengan insiden rusuhan oleh rakyatnya sendiri yang bangkit memberontak hanya kerana kematian seorang pemuda, Mark Duggan berusia 29 tahun yang maut dalam satu kejadian berbalas-balas tembakan dengan polis pada hari Khamis 4 Ogos lalu.

Rusuhan tersebut telah merebak dengan pantasnya ke beberapa buah bandar besar dan utama di negara berkenaan seperti di Liverpool. Birmingham, Bristol dan di Tottenham. Keganasan yang ditunjukkan oleh para pemberontak dalam rusuhan itu nampaknya telah menaikkan semula semangat para perusuh serta para penganjur perhimpuan haram Bershit 2.0 yang sebelum ini pernah melakukan perkara serupa pada 9 Julai lalu di Ibu Kota Kuala Lumpur untuk turut sama merusuh dengan pemberontak di negara tersebut.

Menyedari keinginan yang cukup tinggi dan tak pernah padam dalam jiwa kebanyakkan para peserta yang pernah menyertai Bershit 2.0 awal bulan lepas maka beberapa penganjur perhimpunan haram itu telah bersepakat hendak menghantar mereka-mereka yang terbukti punya minat tinggi dalam kegiatan rusuhan dan pemberontakan dengan kadar sebeberapa segera ke negara yang sedang bergolak itu.

Apa kata mereka? jom kita selami makna disebalik kata-kata mereka ini yang kini sudahpun berstatus sebagai "Petualang Negara" ;
"Kami mengikuti perkembangan yang sedang berlaku di UK dengan penuh minat dan teliti. Untuk beberapa hari yang ke depan kami rasa akan berlaku rusuhan yang lebih besar. Kami sangat berminat untuk menyertainya dan kami telahpun buat mesyuarat tergempar dan hasilnya kami semua bersetuju untuk ke sana. Kita mahu berdepan dengan para penguatkuasa yang lebih garang dan tegas, pukul perusuh dengan belantan. Disana polis tak berlembut dengan perusuh, jadi kita mahu yang macam itu...barulah boleh buat cerita besar," - Ambiga Sreenevasan, Boss Bershit 2.0
"Ya, kita dah berbincang dan perbincangan yang kita buat terus berjalan sebab kita terus memantau keadaan di sana dari masa ke semasa. Jadi pada perbincangan awalnya kita semua dalam ertikata lainnya bersetuju sebulat suara untuk ke sana dengan kadar sebeberapa segera yang boleh dan kita telah bentuk beberapa kumpulan supaya apabila sampai kat sana kita tidak berkumpul dalam satu tempat sebaliknya kita akan membantu perusuh dari kumpulan lain juga

"Jadi maknanya dikalangan kita ada yang membantu perusuh merusuh di Liverpool, ada yang berada di Birmingham, Bristol ataupun sama-sama merusuh dan memberontak di Tottenham... Sebab utama kita ambil keputusan ini kerana kita tak pernah puas, kita mahu berdepan dengan pihak polis yang betul-betul garang barulah boleh buat isu besar" - Mat Syabu, Timbalan Presiden PAS
"Saya setuju, kami memang suka keadaan macam tu. Tapi sayang sekali kat Malaysia ni payah sangat kerana rusuhan yang kita buat sering saja gagal dilakukan walaupun saya sendiri terpaksa berlakon namun semuanya gagal. Kalau jadi rancangan untuk turut serta ke sana, saya pilih lokasi perusuh yang banyak 'jambu-jambu'...mana tahu kalau nasib bagus dapat juga lepas gian," Anwar Berahim, Penasihat Ekonomi Selangor.
"Inilah kebebasan yang kita cari. Macam itulah kebebasan yang tulen, bebas pecah kereta orang, bebas pecah rumah, bebas pecah kedai, bebas curi, bebas bunuh orang. bebas rompak orang... dan saya akan buat sajak khas sebagai tanda sokongan tak berbelah bahagi saya kepada perusuh di sana, ya,,..sama macam sajak "unggun bersih" dan "peludah warna," - A. Samad Said, Sasauterawan Negara.
"Pendirian saya sama, satu macam... rusuhan di England tu memang tak salah dan ianya juga memang kerja UMNO dan BN !! ..Saya katakan macam tu sebab orang Britain marah sangat dengan UMNO dan BN maka tu lah sebab mereka mengamuk kat sana..pasal hari tu 9 Julai mereka nak masuk Malaysia tapi dihalang Imgiresen..tu lah sebab mereka memberontak di negara sendiri..itu perbuatan tak salah malahan di benar mengikut Kitab DAP," - Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
"Bershit 2.0, saya dan Din Puduraya sudah saman Ketua Polis Negara, kerajaan Malaysia serta dua pegawai polis tidak kurang dari RM1 juta dan kalau bagi dua jadi sorang dapatlah RM500,000.00... bab rusuhan di England tu saya juga akan ke sana tapi kalau tidak boleh buat duit maka saya akan fikir dalam-dalam dulu, baru buat keputusan," - Mr. Mahfuz Omarbean, Naib Presiden PAS.

"Owuh...saya? ...no komen... dah, dah,dahhh...cukup dah, saya tak nak terlibat lagi...banyak pengajaran yang dah saya dapat masa kena tahan oleh polis 9 Julai lalu, mereka baik dengan saya...layan saya cukup baik...tiadapun saya kena humban macam guni beras ke dalam trak polis, itu cuma bohong Anwar saja..buat malu saya saja," - Haji Hadi Awang, Presiden PAS.

Liwat II: Adakah selepas ini permohonan utk menemubual Yesus pula?

Yohanes 6:70 Jawab Yesus kepada mereka: "Bukankah Aku sendiri yang yang telah memilih kamu yang dua belas ini? Namun seorang diantaramu adalah iblis."

Yohanes 13:21 Setelah Yesus berkata demikian Ia sangat terharu, lalu bersaksi: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya seorang diantara kamu akan menyerahkan Aku."

Yohanes 13:38 Jawab Yesus: "Nyawamu akan kau berikan bagiKu? Sesungguhnya Aku berkata kepadamu: Sebelum ayam berkokok, engkau telah menyangkal Aku tiga kali."

Yohanes 18:17 Maka kata hamba perempuan penjaga pintu kepada Petrus: "Bukankah engkau juga murid orang itu?" Jawab Petrus: "Bukan!"

Yohanes 18:25-27 'Simon Petrus masih berdiri berdiang. Kata orang-orang di situ kepadanya: "Bukankah engkau juga seorang muridNya?" 26 'Ia menyangkalnya, katanya: "Bukan." Kata seorang hamba Imam Besar, seorang keluarga dari hamba yang telinganya dipotong Petrus: "Bukankah engkau kulihat di taman itu bersama dengan Dia?" 27 'Maka Petrus menyangkalnya pula dan ketika itu berkokoklah ayam.

 Berdepan dengan kes liwat ke-2 Anwar Ibrahim ini seolah-olah sistem undang-undang negara ini sedang menghampiri hukum-hukum rimba apabila ternyata pihak yang kuat terus berkuasa menentukan halatuju perbicaraan manakala yang lemah seakan-akan terus tertindas serta seperti terhakis haknya dalam menegakkan keadilan dalam kadar yang segera.

Setelah banyak kali permohonan serta karenah Anwar Ibrahim dituruti dan banyak diantaranya telahpun dipenuhi oleh pihak Mahkamah termasuklah permohonan terbaru beliau untuk iaitu untuk menemubual Perdana Menteri dan Isteri berhubung dengan kes liwat yang sedang beliau hadapi waktu ini secara jelas telah memberi layanan yang sangat luarbiasa mahkamah kepada pihak tertuduh sedangkan dalam masa yang sama pihak mangsa yang menuntut pembelaan terus menderita dengan tempoh masa prosiding yang panjang kerana sudah berpuluh-puluh kali ditangguhkan.

Kini, sesudah pihak Anwar Ibrahim berjaya mengheret Perdana Menteri Datuk Seri Najib serta Isteri beliau dan beberapa individu yang lain ke dalam perbicaraan peringkat pembelaan, jadi apakah akan ada lagi helah lain bagi pihak tertuduh bertujuan untuk melengah-lengahkan perbicaraan? Siapakah lagi selepas ini yang akan mereka kemukakan untuk dijadikan sebagai saksi? Yesus Kristus? Kalau begitu, hingga akhir zamanlah kes ini takkan selesai sebab Yesus hanya akan turun ke bumi bagi menandakan bahawa kejadian kiamat telahpun semakin hampir berlaku...

Isnin, Ogos 08, 2011

Mr. Bean & Din Puduraya sepakat saman KPN, polis & Kerajaan Malaysia !

"Tangkapan ini memberi gambaran yang salah tentang kami. Oleh itu, kami menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan," Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS.
 KUALA LUMPUR 8 Ogos 2011 - Dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hari ini memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kerajaan Malaysia dan dua lagi pegawai polis ekoran tindakan pihak berkuasa menahan mereka ketika hari perhimpunan haram Bershit 2.0 bulan lalu.

"Ini sebagai peringatan dan pengajaran kepada mereka yang terlibat, lain kali mereka perlu mengikut undang-undang yang telah ditetapkan," - Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS.
 Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini melalui Tetuan Faiz Fadzil & Co pada pukul 10:30 pagi tadi. Turut dinamakan sebagai dependan ialah Inspektor Mohd Zaid Madzizat dan Ketua Polis Daerah Brickfields.

ULASAN;
Nampaknya Mr. Bean mendapat rasa malu bila dihumban ke dalam trak polis gara-gara ingkar terhadap arahan polis yang awal-awal lagi telahpun mengingatkan mereka semua supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan haram yang dianjurkan oleh kumpulan Bershit 2.0 pada 9 Julai lalu. Begitu juga dengan Din Puduraya, beliau turut mendapat rasa malu apabila menerima nasib yang sama dengan Mr. Bean dan ditahan beberapa ketika oleh pihak polis kerana melanggar arahan pihak berkuasa.

Dr Asri terpengaruh dengan sikap hipokrit segelintir pemimpin Gereja !!!

 Artikel ini adalah sebagai tanda sokongan 100 peratus saya kepada Exco Kerajaan Selangor YB Datuk Dr Hassan Ali daripada PAS yang kini sedang berdepan dengan sebarang tindakan yang mungkin akan diambil oleh pihak kerajaan Negeri Selangor dan juga oleh parti PAS sendiri.

Apa-apapun keputusan yang bakal dibuat oleh kerajaan negeri serta PAS terhadap Datuk Dr Hassan Ali nanti, hendaklah anda semua selaku umat Islam cintakan agama bersama dengan beliau bagi memberi sokongan padu terhadap perjuangannya dalam mempertahankan maruah serta kesucian agama Islam.
Sikap mudah dan suka menuding jari kepada sesama sendiri apabila timbul sesuatu isu yang membabitkan pihak lain nampaknya kini bukan saja berlaku kepada masyarakat yang tergolong dalam kelas bawahan tetapi juga seolah-olah sudah menjadi satu budaya biasa bagi mereka yang berada dalam kelas atasan iaitu mereka yang dalam golongan ilmuwan serta berpendidikan tinggi.

Begitu juga dengan bekas Mufti Perlis, iaitu Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin tatkala beliau mengulas tentang isu JAIS vs Protestant yang kini menjadi satu isu hangat di Selangor. Membaca ulasan Dr Asri berkenaan isu tersebut dalam blog Badut Rakyat saya tertarik apabila beliau membangkit tentang wang zakat dan sebagainya tentang pemimpin Islam di negara ini. Mudah nampaknya bagi Dr Asri menyalahkan kalangan sendiri apabila berlaku sebarang pertembungan dengan pihak dari kumpulan lain.

Dari ulasan yang Dr Asri berikan itu ternyata beliau sendiri mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur luaran dimana beliau tanpa berselindung telah mengakui bahawa disebabkan "sikap baik, pemurah" pihak Gereja itulah yang menyebabkan ramai orang-orang Islam yang pernah mendapat bantuan sebelumnya daripada pihak berkenaan telah mula menjadi "jatuh hati" kepada agama Kristian dan menurut Dr Asri lagi, maka itulah antara punca mengapa terdapat semakin ramai orang-orang Islam sanggup menukar agama mereka dari Islam kepada Kristian.

Tetapi malangnya apabila Dr Asri sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani telah tidak sedar bahawa semua itu hanyalah sebahagian dari helah atau tipudaya sesetengah pemimpin agama Kristian untuk menarik lebih ramai pengikut tanpa mengira samada sasaran mereka itu sudah ada pegangan agama ataupun sebaliknya untuk menganut agama Al-Maseh itu sedangkan setelah mereka berjaya mengKristiankan golongan ini tadi maka segala kebajikan serta nasib golongan ini selepas itu akan mulai diabai dan terbiar tanpa dipedulikan.

Lihat saja di Sarawak dan juga di Sabah, orang-orang Kristian yang hidup dalam keadaan daif, tempat tinggal tidak sempurna dan bermacam-macam lagi kepayahan hidup yang terpaksa dilalui setiap hari hari, kemana mereka mengadu??? Pihak Gereja tidak pernah ambil peduli !!! ...akhirnya golongan ini terpaksa mencari pihak lain seperti mengadu kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, wakil-wakil rakyat kerajaan Barisan Nasional. Yang banyak sekali membantu masyarakat miskin dan susah di Sarawak dan Sabah adalah kerajaan Barisan Nasional dan bukannya pihak Gereja. Kita tidak tahu di mana pihak Gereja pada waktu itu.

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan apa yang dikatakan oleh Dr Asri itu. Beliau boleh keluarkan kenyataan berkaitan isu itu sekiranya dia sendiri telah merasai apa yang dilalui oleh kebanyakkan masyarakat Kristian di Sarawak dan juga di Sabah. Mengiyakan apa yang dilakukan oleh pihak Gereja dengan tujuan untuk "memurtadkan" orang Islam seperti yang berlaku di Selangor apabila mereka berpaling dari ajaran Islam kepada Kristian adalah satu kesalahan yang berat dan menyalahkan pihak sendiri seperti pertubuhan zakat atau pemimpin Islam dalam isu ini adalah satu kesilapan.

Saya lagi tidak percaya bahawa pihak Gereja akan mampu selamanya untuk membiayai hidup mereka-mereka itu yang telah berjaya dimurtadkan dan pasti akan tiba waktunya bagi pihak Gereja untuk menamatkan bantuan tersebut kepada mereka yang sebelum itu telah berjaya diperdaya dan ianya akan diberi pula kepada mangsa terbaru. Harap isu ini ramai yang akan cuba memahami dan bukannya hanya tahu menyalak tak tentu hala...

Kes liwat II: Anwar yg makan nangka, Anwarlah yg kena getahnya...

Hari ini Isnin 8hb Ogos tahun 2011 bersambung semula perbicaraan yang telah ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi untuk sebutan kes pembelaan Anwar Ibrahim dalam kejadian kes beliau panjat pokok nangka, ambil buah nangka, belah buah nangka dan makan isi buah nangka dan kemudiannya Anwar Ibrahim kena getah nangka.

Betullah bila dulu-dulupun ada orang kata "siapa yang makan nangka, maka dialah yang akan terkena getahnya" dan adalah mustahil orang lain yang akan turut terpalit sama kena getahnya. Tapi yang menjadi isunya disini ialah bagaimana Anwar Ibrahim masih tetap berkeras mahu agar orang yang tak ada kaitan langsung dengan kejadian beliau memanjat pokok nangka turut kena getah nangka bersama dengan beliau sedangkan yang memanjat pokok nangka tu dulu adalah kehendak hati nurani beliau sendiri tanpa sesiapapun yang memaksa.

Kemudian bila sudah dapat buahnya, Anwar Ibrahim sendiri juga yang petik dan bawa pulang ke rumah serta makan isinya atas kemahuan dia sendiri dan tiadapun sebelum itu dia mengadu kepada DAP, PAS, PKR, Wan Azizah, Nik Aziz, Hadi Awang, Dr Hatta, Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua, Karpal Singh dan semua dalam Pakatan Haram yang UMNO memaksa atau mengugut dia supaya memanjat pokok nangka, ambil buah nangka dan makan isi buah nangka sampai melekat segala getah nangka pada tubuhnya.

Demi keadilan untuk Mohd Saiful Bukhary Azlan, harapan semua agar tiada lagi penangguhan berlaku mulai hari ini. Kita rakyat Malaysia sudah sangat bosan dengan penundaan demi penundaan kes liwat II ini yang seperti sudah tidak ada lagi penghujungnya. Kita bukan berniat untuk menghina mahkamah tetapi sebagai rakyat Malaysia kita semua tentu tidak mahu melihat sistem perundangan di negara ini seakan-akan sudah menjadi alat permainan kepada pihak-pihak yang tertentu yang akhirnya mengakibatkan pihak yang lemah terus menjadi mangsa manakala pihak yang kuat terus dibiarkan menindas dan ini tidak ubah sama seperti kita kembali kepada "undang-undang rimba" sepertimana yang selalu disebut-sebut.

Ahad, Ogos 07, 2011

JAIS vs Protestant: puak Protestant perlu faham maksud kebebasan beragama !

Jika benarlah kenyataan yang menyebut bahawa sudah terdapat segelintir kecil orang-orang Melayu di Semenanjung telah murtad meninggalkan Islam semata-mata kerana desakan hidup dan ada pula yang dilaporkan mula mendekati ajaran Kristian akibat masalah yang sama iaitu setelah mereka ditawarkan dengan sejumlah imbuhan oleh puak-puak tertentu dalam Kristian kiranya segelintir kecil Melayu ini tadi sanggup keluar dari Islam dan masuk Kristian, maka saya melihat perkara ini sangat perlu diambil tindakan dengan kadar segera yang lebih tegas oleh semua pemimpin-pemimpin Islam di negara ini kerana jika ianya dibiarkan berlarutan bukan sahaja Islam yang akan berdepan dengan masalah berat malahan agama Kristian itu sendiri juga pasti tidak terkecuali dari menghadapi masalah keruntuhan.
Bagaimana perkara seperti ini boleh dibiarkan berlanjutan dalam sesebuah negara Islam seperti Malaysia walaupun pada dasarnya kita semua tahu dan sedar memang wujud toleransi beragama yang memberi kelonggaran kepada masyarakat majmuk dalam negara ini untuk mengamal ajaran agama lain selain Islam sebagaimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara dimana membenarkan agama lain untuk diamal oleh penganut masing-masing dan bukan bermakna mereka ini boleh menyebar ajaran Kristian kepada masyarakat Melayu dan Islam yang jelas sudah punya pegangan agama sejak mereka dilahirkan.

Perbuatan melampau oleh sebilangan puak-puak dalam Protestant yang mengambil kesempatan daripada kesusahan sesetengah kecil orang-orang Islam iaitu disaat mereka berdepan dengan kesulitan hidup adalah satu perbuatan yang sama sekali tidak boleh dipandang ringan oleh pihak kerajaan malahan pihak Kristian itu sendiri juga yang sepatutnya bertindak secara kolektif tanpa perlu mengira perbezaan mazhab tertentu bagi menghalang kegiatan yang bercanggah dengan perlembagaan negara serta perbuatan yang tidak sihat oleh sesetengah pihak dalam Kristian apabila mereka berusaha untuk merosak akidah orang-orang Islam dengan menarik mereka ke dalam kepercayaan agama Al-Maseh itu.

Apa-apapun kita sangat berharap walaupun isu ini nampaknya kembali meledak setelah beberapa ketika tenggelam, namun apa yang pasti ialah kita harap ianya dapat di atasi melalui semangat saling bertolak-ansur, saling hormat-menghormati serta saling memahami bahawa setiap apa yang kita lakukan hendaklah berada di atas landasan yang betul dan tidak boleh melangkaui batas-batas sehingga melanggar hak-hak serta agama pihak lain. Duduk di Malaysia ini, orang-orang Kristian tanpa mengira mazhabnya serta orang-orang Buddha begitu juga dengan orang-orang Hindu mesti tahu had masing-masing dalam negara ini dan semua apa yang kita lakukan harus ditentukan oleh batasan-batasan agar apa yang dilakukan tidak akan tersasar sehingga memudaratkan pihak lain serta pihak kita sendiri juga dikemudian hari...

Sabtu, Ogos 06, 2011

Majlis makan malam: JAIS vs Protestant dan tiada kaitan dengan Katholik !

Ada kekeliruan nampaknya timbul berikutan dengan isu kehadiran pihak JAIS dan Polis ke sebuah gereja mazhab Protestean aliran Methodist di Damansara Utama Selangor pada malam Rabu 3 Ogos lalu. Masih ramai rakyat Malaysia belum tahu bahawa Roman Katholik dengan mazhab-mazhab didalam Protestant sebenar ada berbeza iaitu tidak sama. Lihat apa yang berlaku di Ireland Utara.

The Malaysian Insider dalam laporannya telah mengaitkan nama Vatican apabila mereka menyatakan "serbuan" berlaku setelah dua minggu Putrajaya menjalinkan hubungan dengan Vatican iaitu pertemuan bersejarah antara Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib dengan Pope Benedict XVI di Vatican City bulan Julai lalu.

Dalam laporan The Malaysian Insider juga mereka kata "JAIS dan Polis" telah "menyerbu" Gereja Methodist di Damansara Utama. Adalah menjadi satu tanggungjawab kepada pihak JAIS untuk hadir serta membuat pemeriksaan ke atas umat Islam yang hadir ditempat yang tidak sepatutnya mereka berada melainkan kalaulah orang-orang Islam itu berada di Surau, Masjid ataupun di Madrasah.

The Malaysian Insider dalam kebanyakkan laporan mereka hanya suka buat tangkap muat tanpa memahami fakta-faktanya terlebih dulu. Buat kerja tidak secara profesional. The Malaysian Insider harus dan wajib tahu bahawa Pope Benedict XVI adalah pemimpin Katholik seluruh dunia dan bukannya ketua kepada seluruh orang-orang Kristian dari mazhab-mazhab lain seperti dalam Pakatan Protestant.

Jadi tidak ada gunanya untuk The Malaysian Insider cuba mengaitkan lawatan Perdana Menteri Ke Vatican baru-baru ini dengan isu JAIS dengan puak-puak Protestant di Selangor...

Jumaat, Ogos 05, 2011

Kes liwat II: Anwar berharap akan berlaku keajaiban kiranya PM & Isteri berjaya diheret ke mahkamah

Kerana mengharapkan sesuatu keajaiban akan berlaku sekiranya beliau berjaya mengheret Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan serta Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof ke Mahkamah sebagai sebahagian saksi untuk kes liwat keduanya, maka itulah yang saya nampak kenapa Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim begitu beriya-iya sekali memohon kepada mahkamah supaya mereka yang berkenaan dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan itu kelak.

Selain itu juga, Anwar Ibrahim sangat mengharapkan agar akan ada hikmah berlaku disebalik kemunculan Perdana Menteri dan Isteri di mahkamah dan tentu sekali Ketua Pembangkang itu juga turut berharap dengan kehadiran Datuk Seri Najib ke mahkamah akan memberi rahmat kepada dirinya yang memang sangat memerlukan sentuhan ajaib seorang pemimpin negara dengan seribu harapan agar beliau terlepas dari tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya tiga tahun yang lalu.

Begitu juga dengan dua nama iaitu bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan, perkiraan Anwar apabila mereka ini berjaya dipanggil untuk dijadikan sebagai saksi bagi kes liwat ke-2nya itu, ini bermakna beliau telah berjaya menambah lagi tekanan baru kepada mahkamah yang selama ini nampaknya sentiasa berada dalam keadaan bertahan sahaja apabila berpuluh-puluh kali terpaksa juga tunduk kepada permohonan demi permohonan  menangguh perbicaraan seperti lazim yang dikemukakan oleh pihak peguam bela Anwar Ibrahim kepada Hakim.

Kesimpulannya ialah Anwar Ibrahim mahu melepaskan diri beliau dari terus di belenggu kes liwat itu biar dengan cara apa sekalipun dan walaupun terpaksa melibatkan pihak yang tidak ada kena mengena dengan kes liwat II yang sedang dihadapinya ketika ini namun Anwar mungkin telah melihat kepada potensi mereka-mereka yang dipikir beliau boleh menyumbang faedah kepada beliau sendiri dan juga boleh mempengaruhi pihak Mahkamah dalam menentukan keputusan, agaknya itulah sebab mengapa beliau tetap mahu memilih YAB Datuk Seri Mohd Najib dan Isteri Datin Seri Rosmah serta Tan Sri Musa Hassan, Datuk Mohd Rodhwan sebagai saksi.

Khamis, Ogos 04, 2011

Saluran tersumbat: Kelantan & Kedah berdepan masalah serupa...


 Nik Aziz nafi hidap kanser tapi akui ada masalah jantung

KOTA BHARU 3 Ogos 2011 - Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan beliau mengidap penyakit kanser seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal berita, tetapi mengesahkan yang beliau kini menghadapi masalah saluran jantung tersumbat yang membatasi pergerakan hariannya.

"Kesihatan saya tak ada apa. Dakwaan itu tak betul... mengarut saja. Saya hanya (hadapi masalah) ada tiga saluran jantung yang tersumbat," Datuk Nik Aziz - Utusan Malaysia

Azizan akan jalani prosedur buka saluran tersumbat

ALOR SETAR 3 Ogos 2011 - Kesihatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini semakin stabil dan beliau akan menjalani prosedur "angioplasty."

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kedah, Dr Ismail Salleh berkata, selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Jumaat lepas, Azizan telah menjalani prosedur angiogram untuk mengesan saluran yang bermasalah.

"Ada satu saluran tersumbat, beberapa prosedur dan pemeriksaan perlu dilakukan ke atas Datuk Seri Azizan sebelum angioplasty dilakukan dan saya rasa mungkin sebulan lagi baru boleh buat "correction" (pembetulan saluran yang tersumbat) itu,"  Dr Ismail Salleh - Utusan Malaysia

ULASAN;
Nampak gayanya pihak Barisan Nasional perlu bersedia lebih awal untuk membaik-pulih saluran-saluran yang didapati telah tersumbat itu dan perlunya untuk memastikan agar rakyat tidak terus menjadi mangsa kepada masalah banjir apabila saluran yang tersumbat dikenal pasti telah menjadi punca penyebab air yang bertakung dan tidak dapat dilepaskan...

Rabu, Ogos 03, 2011

Apabila Ulama Terompah berbicara tentang sampah...

KOTA BHARU 3 Ogos 2011 - Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran dibuat oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim sebagai "sampah."

"Dia tak kenal saya, saya tak kenal dia, orang yang lompat macam ini seperti sampah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zahrain, yang mencabarnya supaya membuat kenyataan terbuka menafikan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung isu mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang - Utusan Malaysia

KOTA BHARU 3 Mac 2010 - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan langkah tiga Ahli Parlimen PKR keluar daripada parti itu mengkhianati amanah rakyat.

"Saya nasihatkan mereka ini letak jawatan dan bertanding semula, demi maruah dan agama kerana mereka telah mengkhianati amanah yang diberikan rakyat.

"Jangan fikir senang, manusia walaupun gagah ada masanya dia akan lemah. Rakyat memberi undi kepada parti, mereka mengkhianati amanah yang diberi," kata Datuk Nik Aziz - Utusan Malaysia

KOTA BHARU 25 January 2009 - Penyertaan ADUN Bota Perak, Datuk Nasharuddin Hashim ke dalam PKR membuktikan fitnah dan hasutan UMNO terhadap Pakatan Pembangkang selama ini untuk meraih sokongan rakyat akhirnya menikam diri.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga menyifatkan "penghijrahan" ADUN Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin UMNO yang mengecam Menteri Besar Datuk Seri Mohd Nizar selama ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan Nasharuddin yang menyertai PKR sambil mengucapkan tahniah di atas tindakan itu.

"Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam PRU lalu, namun perkara yang sama berjangkit dikalangan ADUN.

"Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah diatas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi.

KOTA BHARU 16 September 2008 - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional lompat parti.

Katanya, apa yang dilakukan Anwar Ibrahim adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.

"Kalau Anwar tidak buat macam tu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihanraya, buat macam ini dulu.

"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," kata Datuk Nik Aziz - Utusa Malaysia

Antara pandangan Datuk Nik Aziz Nik Mat tentang satu perkara yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan.

Selasa, Ogos 02, 2011

Akibat tekanan dari DAP, MB Kedah terus dapat tekanan darah tinggi !!!

Oleh kerana terlalu kecewa dengan dengan sikap bongkak dan angkuh DAP yang menolak mentah-mentah cadangannya sebelum ini untuk menutup sementara 13 jenis pusat hiburan di negeri Kedah sempena dengan bulan Ramadhan, Menteri Besarnya YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini telah dimasukkan ke Insitut Jantung Negara (IJN) ekoran serangan darah tinggi yang menyebabkan saluran tertentu yang menyalurkan darah ke bahagian jantungnya tersumbat.

Kekecewaan Datuk Seri Azizan bukan saja setakat disebabkan oleh tekanan berterusan daripada DAP malahan kecewa dengan sikap Pengerusi parti perkauman itu iaitu Karpal Singh yang sebelum ini menjadi kebanggaan Mursyidul Am PAS sebagai orang DAP yang sudah memahami Islam atau dalam ertikata lainnya bahawa PAS sudahpun berjaya memberi kefahaman kepada DAP apa itu Islam. Tapi nampaknya DAP memang tidak boleh dijinakkan dengan apa jua umpan oleh Datuk Nik Aziz apabila DAP telah bertegas mahu agar PAS Kedah menarik balik segala larangan berkenaan.

Juga yang berkongsi kekecewaan yang sama adalah ramai pemimpin-pemimpin bawahan PAS, ahli-ahli PAS termasuklah Timbalan Mursyidul Am PAS iaitu Datuk Dr Haron Din yang kini juga ditempatkan di pusat perubatan yang sama apabila telah didapati mengalami kompilkasi di bahagian jantung akibat tekanan darah yang tidak stabil setelah menanggung kekecewaan yang sangat melampau ekoran keangkuhan sikap DAP itu.

Isnin, Ogos 01, 2011

DS Azizan & Datuk Dr Harun mangsa konspirasi terbaru UMNO/BN ?

Foto dari blog Bro Jinggo/Politik Harian


Foto dari blog Bro Jinggo/Politik Harian
Melihat kepada dua gambar ini, teringatlah pula dengan tuduhan melulu yang memang sinonim dengan pihak pembangkang apabila ianya seperti sudah menjadi satu kebiasaan bagi menyerang pihak lawan serta seolah ia seperti satu permainan didalam politik puak-puak Pakatan Haram DAP, PAS dan PKR.

Biasanya, jikalau ada satu-satu perkara yang tidak menguntungkan pihak mereka, tidak pernah sama sekali kita melihat puak-pak Pakatan Haram hendak menerima hakikat secara terbuka melainkan mereka lebih suka menyalahkan pihak lain yang bertanggungjawab ke atas apa jua masalah yang sedang menimpa mereka.

Gambar menunjukkan Menteri Besar Kedah Darul Aman YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang dimasukkan ke dalam Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung serta serangan darah tinggi. Harap kedua mereka akan segera sembuh dan kembali bertugas seperti biasa !

Salam Ramadhan & Selamat berpuasa !

Kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia dan juga saudara seagama di seluruh Indonesia, di Negara Brunei Darussalam selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432 Hijiriah dan selamat menjalani ibadah puasa, semoga segala amalan yang mulia serta amal ibadah kalian semua akan diterima dan diberkati olehNya. Amin!

Ahad, Julai 31, 2011

Ambiga, manusia yg paling kebal & bebas disisi undang-undang Malaysia !!!


Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ybhg Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menegaskan walaupun Malaysia sudah mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun, namun rakyat negara ini masih dikongkong oleh sistem pentadbiran sedia ada.

"Kita sudah merdeka tapi kita tidak mendapat kebebasan sebab itu kita cuba untuk mendapatkan (kebebasan dan keluar daripada kongkongan ini.

"Empat tuntutan BERSHIT 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, guna dakwat kekal dan akses media yang bebas dan adil adalah isu pokok yang belum dapat diselesaikan.

"Apa yang saya dapat simpulkan, adalah kita masih cuba untuk mendapatkan kebebasan. Adakah kebebasan ini semakin sempit atau ruang-ruang ini sudah tiada?

"Kita juga masih mencari kebebasan tak kira apa isunya, adakah isu yang kita bangkit ini untuk kawasan bandar sahaja tapi untuk semua." - Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin
Saya kurang pasti sebenarnya samada Profesor UKM ini bercakap tentang zaman perang dunia pertama, perang dunia kedua ataupun beliau bercakap pasal waktu zaman penjajahan British ataupun pada zaman penaklukan tentera Jepun dulu, kerana apa yang beliau utarakan pada sessi debat antara Ambiga dan SPR sama seperti apa yang tertulis didalam sejarah negara iaitu sebelum pembentukan sebuah negara yang dikenali sebagai Malaysia.

Akan tetapi, sekiranya Profesor Datuk Dr Shamsul bercakap berkenaan tentang tiadanya kebebasan di Malaysia ketika ini, saya rasa Profesor UKM ini patut sekali balik semula ke sekolah rendah, belajar balik dari darjah satu berkenaan dengan sejarah hitam yang pernah dilalui oleh seluruh rakyat semasa penjajah memerintah, semasa zaman komunis, semasa zaman Jepun dan juga era di awal penubuhan negara Malaysia.

Kita tidak usah mengambil contoh lain, kita ambil saja Ambiga Sreenevasan sebagai contoh dan Profesor Dr Shamsul juga lihat saja muka Ambiga, tidak usah bercakap pasal yang lain. Profesor Dr Shamsul kata mereka sedang mencari kebebasan, tetapi Ambiga sudahpun lama dapat kebebasan. Ambiga bebas menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agong. Ambiga bebas menganjurkan perhimpunan haram Bershit 2.0. Ambiga bebas bergerak kemana saja kecuali ke Sarawak. Ambiga bebas lagi berdebat dengan SPR seolah-olah dia tidak pernah buat onar dengan SPR sebelum ini.

Prof Dr Shamsul sendiri juga lama sudah dapat kebebasan dalam negara ini, A. Samad Said, Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Nik Aziz Nik Mat, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua, Azmin Ali, Haji Abdul Hadi Awang, Ronnie Liu dan ramai lagi semua mereka dalam negara ini bebas bergerak kemana saja, bebas menyuarakan pendapat malah bebas serta sesuka hati mereka menabur fitnah tanpa sebarang tindakan tegas diambil oleh Kementerian Dalam Negeri.

Kalau kebebasan media juga dituntut, bukankah nampak jelas sekarang bahawa saluran berkenaan telah digunakan oleh hampir segenap lapisan masyarakat untuk menyuarakan pendapat serta pandangan mereka, digunakan untuk berhubung sesama mereka tanpa sebarang halangan walaupun batasannya ada namun biar kedapatan yang melanggar hanya akan dibiarkan saja bahkan dengan adanya kebebasan media di negara inilah yang menjadi punca kepada semakin tergugatnya perpaduan dikalangan berbagai kaum dalam negara ini

MyDaftar: jangan dah dewasa kelak jadi petualang negara macam Ambiga!!!


Penghujung minggu bekerja yang lalu telah berlangsung satu majlis penyerahan sijil berupa dokumen-dokumen khas kepada pemohon yang berjaya anjuran Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Pendaftaran Negara JPN.

Pada majlis yang berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail PWTC itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menyerahkan 40 sijil kewarganegaraan, 30 sijil lahir dan 30 kad pengenalan diri kepada penerima kaum India.

Mereka adalah sebahagian daripada 9,539 pemohon di bawah program Mydaftar Masyarakat India yang berlangsung dari 19 hingga 26 February 2011 lepas iaitu juga merupakan program anjuran bersama KDN, JPN dan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF) - sumber Bernama.

Kepada mereka yang telah berjaya mendapat sijil penting dan sangat berguna itu, selain rasa bersyukur dan berterimakasih kepada pihak yang memenuhi impian selama ini, apa yang perlu mereka lakukan untuk negara dan masyarakat Malaysia keseluruhannya selepas ini adalah jauh lebih daripada hanya sekadar bersyukur atau ucapan terimakasih kerana ianya perlu disusuli dengan tindakan dan bukan hanya diucap melalui kata-kata.

Kita bukan tidak biasa dengan segolongan masyarakat, selagi mereka belum mendapat apa yang mereka mahu, kalau tidak dengan cara berlembut, lembut gigi dari lidah pasti mereka akan gunakan cara kekerasan sehinggalah segala kemahuan mereka sudah dipenuhi oleh pihak kerajaan.

Kita juga tidak mahu melihat dan mendengar, apabila semua apa yang mereka mahu sudah diperolehi dan sudah berada didalam genggaman masing-masing kelak akan membuat mereka mudah serta cepat lupa diri. Bila dah kerajaan bagi muka janganlah pula dilempar dengan tuba. Hidup sebagai rakyat Malaysia harus ada semangat bertolak-ansur yang kekal dan teguh selain semangat kerjasama yang jitu.

Jangan jadi macam Ambiga Sreenevasan yang semakin lama sudah menjadi semakin liat, semakin kebal disisi undang-undang negara Malaysia.

Sabtu, Julai 30, 2011

"Saya tidak bersembunyi, cuma menyorok" - Shuhardi Md Isa

"Bukankah Polis lebih profesional dan tahu segala prosedur jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (Polis)," Shuhardi Md Isa

Pelakon yang membawa watak "hero mati" pada 9 Julai lalu iaitu Shuhardi Md Isa telah keluar dari persembunyiannya yang hampir memasuki minggu yang ke tiga.

Shuhardi kata dia tidak bersembunyi, tetapi kenapa sebaik saja pihak berkuasa meminta agar beliau memberi kerjasama dalam siasatan polis berkaitan dengan lakonannya dalam drama Bersih 9 Julai lepas, beliau tidak tampil memberi keterangan tapi sebaliknya beliau seolah-olah cuba mengelak padahal perkara berkenaan telahpun heboh seluruh Malaysia, oleh itu mana mungkin Shuhardi tidak perasan mengenainya.

Sudahlah mendakwa yang dia tidak bersembunyi, dia berlagak pula apabila menjemput pihak Polis agar datang bertandang ke rumah beliau sekiranya mahu dia memberi kerjasama dan ditambah pula dengan syarat dimana Shuhardi meletak syarat sekiranya pihak Polis mahu datang ke rumahnya wajiblah dengan penuh tertib serta bersopan-santun.

Maknanya, Shuhardi mahu pihak Polis ikut prosedur juga kalau mahu datang menemuinya di rumah. Buat temujanji terlebih dulu, tentukan tarikh pertemuan, haribulan sekian, jam sekian, minit sekian, tujuan apa semua mesti diiisi dalam borang terlebih dulu. Datang ke rumah jangan terus ketuk pintu tetapi berikan Salam 1Malaysia dan baru tanya Shuhardi ada tak di dalam rumah dan perkenalkan yang datang adalah Polis Di Raja Malaysia, baru pintu dibuka...

A. Samad Said salah masuk tandas, masuk tandas wanita !!!

"Jika suasana demokrasi negara tetap juga tidak berubah, saya sendiri menyarankan agar dimana sahaja Najib pergi, mesti ada sekumpulan anak muda yang berusaha hampiri dan sampaikan memo kepada," - Ambiga Samad Said via blog Dimensi by Jeffry Damien
Tiada sesiapapun hendak melarang kalau dia nak bersajak, lantaklah kalau dia mahu sampai ke pagi sekalipun atau bila-bila masa semua bergantung kepada keupayaan serta kemampuan dia untuk bersuara dan selama inipun asal saja isi sajaknya bukan bertujuan untuk menghasut rakyat, kerajaan tak pernahpun menyekat kebebasan untuk dia meluahkan perasaan melalui sajak-sajak yang dihasilkannya.

Lagi satu, yang dia menyibuk pasal mahu menyuruh sekumpulan anak muda mendekati Datuk Seri Najib walau dimana Perdana Menteri pergi semata-mata untuk menyampaikan memo, apakah orang tua nyanyuk tu tidak nampak bahawa setiap kali Datuk Seri Najib pergi ke setiap negeri pasti beliau akan mengadakan perjumpaan dengan rakan-rakan maya beliau seperti dari Facebook, twitter melalui "program mari bertemu mari berjumpa" yang rata-rata mereka terdiri daripada golongan anak muda dan juga remaja.

Lain kali Pak Samad, kalau nak buang air kecil, sebelum masuk tandas pastikan terlebih dulu duit syilling tu cukup dua puluh sen, dan pastikan juga jangan salah masuk pintu...sana ada tulis tandas lelaki dan sebelah lagi tandas wanita...tidak semua wanita berambut panjang dan tidak semua lelaki berambut pendek.

Arkib Blog