Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Ogos 05, 2011

Kes liwat II: Anwar berharap akan berlaku keajaiban kiranya PM & Isteri berjaya diheret ke mahkamah

Kerana mengharapkan sesuatu keajaiban akan berlaku sekiranya beliau berjaya mengheret Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan serta Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof ke Mahkamah sebagai sebahagian saksi untuk kes liwat keduanya, maka itulah yang saya nampak kenapa Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim begitu beriya-iya sekali memohon kepada mahkamah supaya mereka yang berkenaan dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan itu kelak.

Selain itu juga, Anwar Ibrahim sangat mengharapkan agar akan ada hikmah berlaku disebalik kemunculan Perdana Menteri dan Isteri di mahkamah dan tentu sekali Ketua Pembangkang itu juga turut berharap dengan kehadiran Datuk Seri Najib ke mahkamah akan memberi rahmat kepada dirinya yang memang sangat memerlukan sentuhan ajaib seorang pemimpin negara dengan seribu harapan agar beliau terlepas dari tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya tiga tahun yang lalu.

Begitu juga dengan dua nama iaitu bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan, perkiraan Anwar apabila mereka ini berjaya dipanggil untuk dijadikan sebagai saksi bagi kes liwat ke-2nya itu, ini bermakna beliau telah berjaya menambah lagi tekanan baru kepada mahkamah yang selama ini nampaknya sentiasa berada dalam keadaan bertahan sahaja apabila berpuluh-puluh kali terpaksa juga tunduk kepada permohonan demi permohonan  menangguh perbicaraan seperti lazim yang dikemukakan oleh pihak peguam bela Anwar Ibrahim kepada Hakim.

Kesimpulannya ialah Anwar Ibrahim mahu melepaskan diri beliau dari terus di belenggu kes liwat itu biar dengan cara apa sekalipun dan walaupun terpaksa melibatkan pihak yang tidak ada kena mengena dengan kes liwat II yang sedang dihadapinya ketika ini namun Anwar mungkin telah melihat kepada potensi mereka-mereka yang dipikir beliau boleh menyumbang faedah kepada beliau sendiri dan juga boleh mempengaruhi pihak Mahkamah dalam menentukan keputusan, agaknya itulah sebab mengapa beliau tetap mahu memilih YAB Datuk Seri Mohd Najib dan Isteri Datin Seri Rosmah serta Tan Sri Musa Hassan, Datuk Mohd Rodhwan sebagai saksi.

1 ulasan:

Mordecai Kucai berkata...

Inilah satu lagi kelemahan dan kebodohan Anuwar. Pendendam kuat.

Apa yang dah lepas tu sudah la. Pandang lah kehadapan terus untuk melingkupkan Malaysia. Ini masih lagi terbelenggu dengan dendam iblis keatas kalangan tertentu.

Musa Hassan hanyalah menjalankan tugas semasa kes sontot yang pertama.

Takkan yang pikul tilam pun termasauk dalam senarai dendam iblis Anuwar.

Macam budak budak la ko Anuwar. Agaknya bila umur dah tua kita makin jadi budak budak.

Arkib Blog