Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Julai 30, 2011

"Saya tidak bersembunyi, cuma menyorok" - Shuhardi Md Isa

"Bukankah Polis lebih profesional dan tahu segala prosedur jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (Polis)," Shuhardi Md Isa

Pelakon yang membawa watak "hero mati" pada 9 Julai lalu iaitu Shuhardi Md Isa telah keluar dari persembunyiannya yang hampir memasuki minggu yang ke tiga.

Shuhardi kata dia tidak bersembunyi, tetapi kenapa sebaik saja pihak berkuasa meminta agar beliau memberi kerjasama dalam siasatan polis berkaitan dengan lakonannya dalam drama Bersih 9 Julai lepas, beliau tidak tampil memberi keterangan tapi sebaliknya beliau seolah-olah cuba mengelak padahal perkara berkenaan telahpun heboh seluruh Malaysia, oleh itu mana mungkin Shuhardi tidak perasan mengenainya.

Sudahlah mendakwa yang dia tidak bersembunyi, dia berlagak pula apabila menjemput pihak Polis agar datang bertandang ke rumah beliau sekiranya mahu dia memberi kerjasama dan ditambah pula dengan syarat dimana Shuhardi meletak syarat sekiranya pihak Polis mahu datang ke rumahnya wajiblah dengan penuh tertib serta bersopan-santun.

Maknanya, Shuhardi mahu pihak Polis ikut prosedur juga kalau mahu datang menemuinya di rumah. Buat temujanji terlebih dulu, tentukan tarikh pertemuan, haribulan sekian, jam sekian, minit sekian, tujuan apa semua mesti diiisi dalam borang terlebih dulu. Datang ke rumah jangan terus ketuk pintu tetapi berikan Salam 1Malaysia dan baru tanya Shuhardi ada tak di dalam rumah dan perkenalkan yang datang adalah Polis Di Raja Malaysia, baru pintu dibuka...

2 ulasan:

Mordecai Kucai berkata...

Ingat kan AR Tompel tadi. Mungkin ada kaitan dengan AR Badul.

Patut ada bakat berlakun.

Cuma yang ni orang mati muka fresh.. sikit pucat pun tak da.

Tanpa Nama berkata...

Bila hantu berkata kata .. hehehe kalau lah semua hantu boleh kita dengar .. mesti gempak kan hehehe

Arkib Blog