Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Februari 16, 2010

Siapa pula yang lahir dalam tahun Sesumpah ?

Mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua diseluruh dunia iaitu sejak dari zaman berzaman iaitu menerusi kalendar mereka, tahun 2010 Masehi ini telah mendapat gilirannya untuk diabadikan sebagai tahun Harimau bagi kaum Cina keseluruhannya. Harimau lambang keberanian dan kasih sayang.

Keberanian adalah satu sifat yang sangat diharapkan iaitu 'tidak teragak-agak' jika benar-benar mahu bertindak manakala sifat kasih sayang yang ada pada harimau mempunyai makna mendalam iaitu seganas-ganas harimau ianya tidak akan membunuh atau membuang anaknya seperti yang sering manusia lakukan sejak kebelakangan ini dengan sesuka hati membuang bayi dimerata-rata tempat tetapi harimau akan memelihara anaknya sehingga boleh hidup berdikari.

Antara kenamaan-kenamaan serta selebriti yang lahir dalam tahun Harimau adalah sepertimana nama yang tersenarai dibawah ini;

1. KBDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin - 22hb. January 1962.

2. Ratu England Queen Elizabeth ll - 21hb. April 1926.

3. Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir - 22hb. March 1962.

4. Jutawan no.2 Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan - 01hb. April 1938.

5. Bintang Hollywood, Brad Pitt - 03hb. July 1962.

6. Lagenda Hollywood, mendiang Marylin Moonroe - 01hb. June 1926.

7. Penyanyi Pop British, Robbie William - 13hb. February 1974.

8. Pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio - 11hb. November 1974.

9. Bekas Jaguh Badminton beregu Dunia, Datuk Misbun Haji Sidek - 29hb. May 1962.

10. Aktress Hollywood, Angelina Jolie - 11hb. November 1962.

Begitulah serba-sedikit senarai nama-nama individu terkenal yang lahir dalam tahun haiwan yang sama mengikut urutan dalam kalendar masyarakat Cina dan seterusnya iaitu seandainyalah terdapat haiwan yang bernama "sesumpah" juga ditetapkan dalam pusingan tahun kaum Cina, jadi siapa pula mereka dari kalangan pemimpin dalam Pakatan Haram Pembangkang(PHP) yang paling layak untuk disenaraikan sebagai lahir dalam tahun haiwan tersebut ?

Isnin, Februari 15, 2010

Isu "Lompat Parti" pandangan 69 daripada Nik Aziz

Angka 6 jika dipusingkan kedudukannya ke kiri ataupun ke kanan akan menjadi angka 9. Dan begitu juga dengan angka 9 jika dipusingkan ke kanan atau juga ke kiri ianya juga akan kelihatan kembali menjadi angka 6. Maka begitulah juga bagi seseorang pemimpin yang suka bermain dengan kata-kata mereka sendiri.

Kadang kala apabila pemimpin tertentu itu yang suka sangat membuat kenyataan-kenyataan mengelirukan pihak lain terutamanya rakyat, tanpa pemimpin tertentu itu sedari yang mereka sendiri juga turut terkeliru dengan kenyataan mereka yang terdahulu itu hinggakan lupa dengan apa yang pernah dinyatakan oleh mereka sendiri apabila menyentuh hal-hal yang berkaitan.

Nik Aziz sebagaimana yang kita semua tahu adalah seorang pemimpin yang tergolong dalam kategori pemimpin yang suka bermain dengan kata-kata sendiri tanpa memikirkan kesannya terhadap diri beliau sendiri apabila rakyat mulai menilai pendirian sebenar Nik Aziz tentang satu-satu perkara itu samada beliau berpendirian teguh ataupun berpendirian tidak menentu iaitu akan berubah-ubah seperti cuaca yang sering mengalami perubahan mengikut musim.

Dalam mengulas isu yang melibatkan perletakan jawatan YB Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim serta keluar dari PKR misalnya, Nik Aziz Nik Mat sebagaimana yang telah diduga tampil dengan pendirian yang berbeza dengan pendirian beliau sebelum ini ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut. Sebelum ini ketika "kempen lompat parti" yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim bagi menjayakan hasratnya untuk membentukkan kerajaan baru bersama dengan DAP dan PAS, namun tiadapun kedengaran Nik Aziz membantah atau mengeluarkan sebarang fatwa yang melarang rakyat supaya tidak menyokong kegiatan tidak bermoral seperti itu.

Ketika ditemui wartawan bagi mendapatkan ulasan beliau mengenai isu Datuk Seri Zahrain itu, Nik Aziz telah mengambil kesempatan dalam wawancara itu untuk meminta YB Datuk Seri Zahrain agar meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru kerana menurut Nik Aziz bahawa YB Datuk Seri Zahrain yang telah melompat parti walhal sebenarnya Datuk Seri Zahrain hanya keluar PKR tanpa menyertai mana-mana parti sebagai tidak amanah kepada rakyat.

Antara kata-kata Nik Aziz ketika menyatakan pendirian beliau berhubung dengan perkara tersebut "Undi itu amanah. Amanah yang diberikan oleh rakyat. Apabila kita melompat parti, kita tidak amanah kepada rakyat.

...Kalau 10,000 orang undi kita, ertinya 10,000 undi atas kepala. Kita jangan lompat begitu dan kalau tidak mahu letak jawatan, biar diadakan pilihan raya kecil. Ini erti kita pandai-pandai mengkhianati amanah pengundi terhadap kita," - YAB Datuk Nik Aziz Nik MAT, MB Kelantan.

Ahad, Februari 14, 2010

50 Ahli Parlimen Australia sama seperti ketam !


Tindakan yang paling tidak bertamadun oleh 50 orang Ahli Parlimen dari Australia yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan pembangkang dalam Parti Buruh Australia(ALP) hendak mendesak Kerajaan Malaysia supaya menggugurkan pertuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang di Parlimen, YB Datuk Seri Anwar merupakan satu perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan prinsip sesebuah negara bekas jajahan British yang kini membentuk sebagai negara-negara dalam Komanwel.

Setiap negara yang berada didalam pertubuhan Komanwel adalah merupakan negara-negara yang telah bebas dan merdeka serta berdaulat. Apabila disebut sebagai negara yang berdaulat maka sesebuah negara itu mempunyai kedaulatannya tersendiri yang berkaitan langsung dengan soal keselamatan, kepimpinan, sistem perundangan, kepentingan didalam kawasan lingkungan pentadbirannya dan lain-lain lagi yang harus dihormati oleh negara-negara lain.

Begitu juga dengan Malaysia. Negara lain tiada hak untuk mencampuri apa jua urusan dalaman negara ini. Australia yang merupakan sebahagian daripada negara-negara yang bernaung didalam pertubuhan Komanwel sepatutnya lebih peka dengan perkara seperti ini apatah lagi apabila mereka sering berpendapat bahawa hanya mereka sajalah yang mempunyai keupayaan tinggi untuk berfikir bagi menentukan agar pihak lain harus mengikut cara mereka.

Namun dalam apa juga keadaan terutamanya yang membabitkan hubungan dua hala antara dua negara, Australia mahu tidak mahu mesti menghormati kedaulatan negara lain dengan tidak sewenang-wenangnya mencampuri hal-hal lain ataupun hal ehwal dalaman negara Malaysia lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan sistem kehakiman atau perundangan di negara ini.

Ahli Parlimen Australia juga mesti mau ingat yang negara mereka juga sehingga ke hari ini masih lagi bermain tarik tali dengan kerajaan Indonesia dalam isu Balibo Five dimana kerajaan Australia masih bertegas menuduh bahawa Tentera Nasional Indonesia(TNI) bertanggungjawab penuh dalam pembunuhan 5 wartawan Australia di Dili Timor Timur pada tahun 1975 dulu walaupun telah disangkal berkali-kali oleh kerajaan Indonesia.

Oleh itu adalah lebih baik bagi 50 Ahli-ahli Parlimen Australia itu untuk turut sama membantu kerajaan dibawah Perdana Menteri Kevin Rudd menyelesaikan semua saki-baki masalah yang masih menyelubungi hubungan diplomatik Australia dengan negara-negara lain sebelum memandai untuk mengajar Malaysia didalam menguruskan segala hal ehwal dalaman negara ini. Australia tidak usahlah berlagak umpama "ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring sepanjang masa."

Mana dia KeADILan Pakatan Pembangkang untuk Mohd Bakri ?

Hari ini hari Ahad 14hb February 2010 bagi saya tiada apa keistimewaannya jika dibandingkan dengan hari-hari biasa yang lain. Mungkin bagi sesetengah pihak pula hari ini membawa berjuta-juta makna yang tersendiri namun bagi sesetengah pihak yang lain pula ianya seolah-olah cuba untuk menunjukkan kemewahan serta kesenangan hidup pihak tertentu dan di masa yang sama pula tanpa disedari telah memperlihatkan kesukaran serta kesengsaraan dipihak yang lain yang sama hidup sebagai warga Malaysia.

Ini adalah satu hakikat dan ini juga adalah satu perbandingan yang tidak boleh dinafikan. Jika ada pihak yang lain tahu erti bersyukur dapat hidup aman dan damai dalam negara ini maka tiada sebab untuk pihak yang satu lagi untuk bersikap disebaliknya dengan tanpa henti-henti mempertikaikan hak-hak pihak yang lain di negara ini sebagaimana yang telah termaktub didalam Perlembagaan Malaysia.

Jika semua kaum yang terdapat didalam negara ini mampu untuk membuang jauh-jauh prasangka buruk yang tertanam dilubuk jiwa masing-masing, adalah memang tidak mustahil bagi saya apabila semangat tolenransi diamalkan dalam masyarakat majmuk pasti berjaya melahirkan generasi yang bertanggungjawab serta mewujudkan perpaduan kaum yang sejati di Malaysia.

Berkenaan dengan kes ADUN Sekinchan YB Ng Suee Lim yang memandu ketika dibawah pengaruh alkohol atau berada didalam keadaan yang mabuk lalu melanggar seorang pelajar berusia 23 tahun iaitu adik Mohd Bakri bin Mohd Bazli serta menyebabkan mangsa telah dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan kini difahamkan masih tidak sedarkan diri dan diletakkan dalam wad Unit Rawatan Rapi(ICU) di Hospital tersebut, maka timbul banyak persoalan dalam diri saya berkaitan dengan kejadian itu.

Jika untuk keluarga mendiang Teoh Beng Hock, Pakatan Pembangkang(DAP,PKR,PAS) sanggup berbuat apa saja demi untuk menunjukkan rasa simpati terhadap keluarga TBH disamping turut bersama-sama berjuang bagi mendapatkan keadilan berkonsepkan "sama rata, sama rasa, depan belakang sama saja" untuk keluarga mendiang TBH tetapi bagaimana pula dengan keadilan untuk keluarga mangsa langgar mabuk YB Ng Suee Lim itu ?

Semasa isu kematian mendiang TBH hangat diperkatakan dan juga masa upacara sembahyang jenazah mendiang TBH diadakan, kita jelas melihat bagaimana Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Syamsul Iskandar, Salahuddin Ayub sanggup mengangguk-anggukkan kepala bersama dengan Chua Jui Meng, Francis Xavier dan yang lainnya disaat upacara itu sedang berlangsung. Dan semua itu sebagai menandakan rasa simpati yang teramat sangat mereka kepada nasib mendiang serta keluarga mendiang yang masih hidup.

Jadi bagaimana pula dengan nasib adik Mohd Bakri ? Bagaimana pihak Pakatan Pembangkang memperlihatkan kepada rakyat keseluruhannya akan pendirian sebenar mereka dalam isu ini dimana sebelum ini merekalah yang begitu lantang sekali bersuara mengakui bahawa merekalah juara dalam memperjuangkan nasib rakyat yang tertindas serta merekalah juga menjuarai perjuangan untuk keadilan dan hak asasi manusia di negara ini ?

Kejadian tersebut melibatkan secara langsung pemimpin Pakatan Rakyat dan mereka tiada alasan lagi untuk berdalih bagi melepaskan diri dari disabit dengan kes tersebut. Cuma yang saya mahu tunggu ialah bilakah agaknya Pakatan Pembangkang akan memohon kepada kerajaan untuk ditubuhkan satu lagi Suruhan Jaya Bebas bagi menyiasat kes kemalangan itu ?

Jika mereka belum terfikir untuk menggesa kerajaan supaya diadakan sidang khas peringkat Parlimen bagi membincangkan kes kemalangan itu adakah mungkin Pakatan Pembangkang akan melakukannya pada persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung dalam bulan Mac depan ?

Rakyat mau tahu, samada kes kemalangan yang menimpa adik Mohd Bakri itu benar-benar kemalangan biasa ataupun satu kemalangan yang berbentuk ke arah permulaan iaitu "konspirasi jahat" Pakatan Pembangkang menerusi agenda licik mereka untuk menindas hak pihak mangsa serta terus untuk memertabatkan hak pihak yang satu lagi ?

Sabtu, Februari 13, 2010

Karpal Singh: Dulu mahu dedah bukti, sekarang mahu tutup bukti

Biar sekecil manapun peristiwa itu berlaku apatah lagi jika ianya melibatkan pembesar-pembesar negara, dan sudah pasti selepas itu peristiwa itu akan dikenang dan dicatitkan sebagai sebahagian daripada bahan sejarah yang tidak boleh dinafikan sampai bila-bilapun jua.

Begitu juga dengan sesuatu peristiwa serta perkembangan yang sedang atau yang akan berlaku disaat ini, sudah tentu pada masa yang akan datang perkara tersebut juga akan menjadi satu sejarah penting bagi generasi yang ada pada masa itu dan mereka akan merujuk kepada peristiwa itu semula sebagai panduan seandainya timbul keraguan bagi pihak mereka apabila mendapati adanya percanggahan tindakan oleh pihak-pihak tertentu dalam menangani perkara yang serupa dan membabitkan orang yang sama juga.

Begitu juga pandangan saya tentang Wakil Rakyat bagi kawasan Parlimen Bukit Gelugor, YB Karpal Singh yang juga merupakan salah seorang peguam yang dikatakan sebagai peguam terhebat di Malaysia oleh sesetengah orang. Beliau ini sepatutnya telah menjadi sebahagian daripada sejarah politik tanah air, namun oleh kerana semangat perjuangan untuk terus menabur khidmat kepada parti DAP maka beliau masih sedaya upaya untuk kekal sebagai seorang Ahli Yang Berhormat.

YB Karpal Singh pada penghujung bulan Disember 1997 iaitu semasa masih lagi mewakili rakyat bagi kawasan Parlimen Jelutong di Pulau Pinang pernah membangkitkan isu liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam Dewan Rakyat pada 18hb Disember 1997 iaitu ketika Persidangan Dewan Rakyat ke sembilan serta penggal ke tiga dan mesyuarat ke tiga, YB Karpal Singh pernah beberapa kali cuba untuk membangkit isu dalam Dewan Rakyat serta mendakwa beliau ada bukti mengenainya namun telah ditepis dan dielak oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memberitahu Dewan bahawa perkara itu sebenarnya telah diserahkan kepada Peguam Negara.

Jawapan serta alasan yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar menyebabkan YB Karpal Singh semakin tidak berpuashati sehingga berlaku pertikaman lidah didalam Dewan Rakyat diantara beliau dengan YB Datuk Abu Zahar Ujang dan apabila suasana Dewan semakin panas maka Speaker Dewan Rakyat memberi peringatan kepada YB Karpal Singh supaya berhenti menyentuh soal itu memandangkan isu liwat Datuk Seri Anwar sudah diserahkan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Namun YB Karpal Singh masih berkeras mahu supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri berterus terang didalam Dewan Rakyat berhubung isu dakwaan liwat itu dan ini menyebabkan Speaker Dewan Rakyat sekali lagi menegur YB Karpal Singh serta menjelaskan status siasatan isu liwat itu tetapi tidak dihiraukan oleh YB Karpal Singh. Keadaan ini berlarutan apabila YB Tuan Haji Wan Hanafiah Wan Mat Saman mencelah dan memberitahu kepada YB Karpal Singh bahawa apa yang dibangkitkan oleh YB Karpal Singh itu adalah surat terbang atau surat layang.

Penjelasan oleh YB Tuan Haji Wan Hanafiah itu menambah lagi rasa tidak puas hati YB Karpal Singh sehingga beliau memberitahu bahawa dua individu yang menjadi mangsa liwat ada berjumpa dengannya serta telah menceritakan segalanya apa yang sebenarnya berlaku dan YB Karpal Singh terus bertegas dalam Dewan Rakyat bahawa apa yang dibangkitkan oleh beliau adalah benar dan bukannya surat layang berdasarkan kepada pengakuan yang dibuat oleh kedua-dua individu yang terbabit. Mereka yang dimaksudkan ialah pemandu peribadi kepada isteri Datuk Seri Anwar iaitu Azizan dan seorang lagi ialah bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar sendiri.

Itu adalah sedikit mengenai sejarah politik Malaysia pada tahun 1997, 12 tahun yang lalu. Dan kini dalam zaman milenium 2010, YB Karpal Singh bukan lagi sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Jelutong tetapi beliau sekarang mewakili rakyat bagi Parlimen Bukit Gelugor. Dan jika pada waktu itu juga YB Karpal Singh adalah Setiausaha Agung DAP dan kini pangkat dah naik jadi Pengerusi DAP Kebangsaan. Maka apabila telah berlakunya perubahan, sudah pasti pendirian juga turut berubah tetapi hanya sejarah saja yang tidak mampu untuk diubah.

Kini, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bukan lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kini YB Datuk Seri Anwar adalah Ketua Pembangkang di Parlimen dan beliau juga pernah diminta oleh YB Karpal Singh supaya "harus bertaubat" tetapi entah bagaimana selepas itu YB Karpal Singh pula seperti telah dimakan oleh kata-katanya sendiri. Apabila episod 'kawan menjadi lawan dan lawan menjadi kawan' mengambil tempat maka semua yang dulu-dulu begitu mudah untuk dilupakan, namun mereka selalu lupa bahawa sejarah tetap sejarah dan mana mungkin sejarah pandai menipu kecuali jika diputarbelit faktanya.

Begitulah dengan apa yang telah dan sedang berlaku diantara YB Karpal Singh dengan YB Datuk Seri Anwar sekarang ini. Di ketika ini, YB Karpal Singh selain sebagai wakil rakyat Parlimen Bukit Gelugor, adalah peguambela utama kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau mengetuai barisan 12 orang peguambela Datuk Seri Anwar yang kini sedang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Sekarang YB Karpal Singh bermati-matian memperjuangkan Datuk Seri Anwar walau dengan cara apa sekalipun. YB Karpal Singh sanggup menggadaikan prinsip beliau sebagai seorang peguam yang mementingkan kejujuran, sanggup untuk menipu diri beliau sendiri apabila tanpa beliau sedari bahawa penglibatan beliau dalam membela Anwar untuk kes liwat ini menyebabkan beliau telah dianggap sebagai seorang pembohong dan penipu dengan menidak segala apa yang pernah beliau sendiri ungkapkan semasa dalam Dewan Rakyat pada akhir tahun 1997 dulu.

Saya menjadi sangat hairan, bagaimana seketika dulu YB Karpal Singh yang begitu beriya-iya untuk mendedahkan perihal salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di dalam Dewan Rakyat iaitu satu tempat dimana segala undang-undang digubal tetapi sekarang boleh membela Datuk Seri Anwar sehingga sampai ke tahap sanggup menghina Mahkamah apabila tidak menghormati keputusan Hakim serta tergamak pula menuduh Hakim sebagai penipu dan berbohong.

Jumaat, Februari 12, 2010

Ugutan bunuh: Saiful ke Balai Polis, Anwar lari ke Kedutaan Turki

Inilah beza diantara dakwaan yang ada asas dengan dakwaan yang langsung tidak berasas.


Pada penghujung bulan Jun 2008 negara telah digemparkan dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa bahawa keselamatan beliau terancam dan dalam keadaan yang sangat berbahaya kerana "ugutan bunuh" yang diterimanya sehingga memaksa beliau lari dan bersembunyi bagi mencari perlindungan diri di Pejabat Kedutaan Turki selama 2 hari bermula petang 28hb hingga 30hb Jun 2008.


Yang pelik dan "aneh"nya ialah kenapa sehingga ke hari ini belum ada satupun laporan polis yang dibuat oleh pihak Datuk Seri Anwar untuk mengesahkan bahawa dakwaan beliau benar ataupun sebaliknya disamping untuk memudahkan pihak polis menjalankan siasatan.


Dan, beberapa hari yang lepas, Mohd Saiful Bukhari Azlan pula telah membuat laporan polis mengenai ancaman yang serupa iaitu 'ugutan bunuh' terhadap dirinya berdasarkan pada satu komen yang tersiar didalam sebuah laman facebook milik Datuk Seri Anwar yang mana komen tersebut telah dihantar oleh individu yang dikenali dengan nama Anaz Zahari namun akaun itu didapati telah dipadam kemudiannya.


Berdepan dengan ancaman seperti itu, jelas kita nampak bahawa Mohd Saiful telah menggunakan saluran yang betul untuk mencari tempat perlindungan bagi melindungi diri serta keluarganya dengan membuat aduan terus berhubung dengan ugutan tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut tanpa perlu bersusah payah mengetuk pintu pejabat kedutaan asing untuk tujuan mendapatkan perlindungan.


Tetapi setelah Mohd Saiful membuat aduan di Balai Polis mengenai ugutan yang diterimanya itu, Datuk Seri Anwar ketika diminta mengulas oleh wartawan mengenai perkembangan itu telah melahirkan rasa kehairanan beliau terhadap laporan yang dibuat oleh Mohd Saiful serta menyatakan yang dakwaan Mohd Saiful itu sebagai "aneh."


Apa yang 'aneh'nya? ...kan ke Mohd Saiful telah mengikut garis panduan yang betul dalam tindakannya dengan membuat aduan terus kepada pihak berkuasa supaya perkara itu dapat disiasat serta diambil tindakan lanjut serta beliau juga berani tampil beserta dengan fakta sebagai sokongan kepada dakwaannya itu sedangkan Datuk Seri Anwar hingga ke saat ini belum lagi berbuat demikian bagi mengesahkan samada dakwaan yang serupa terhadap beliau dulu itu benar atau sebaliknya. Lagi 'aneh dan pelik'kan...

Pakatan Pembangkang pemusnah Demokrasi dinegara ini !

Jika sebelum ini PKR, DAP dan PAS dari keluarga 69 Pakatan Pembangkang sering melaungkan bahawa merekalah pejuang demokrasi sebenar, pejuang kebebasan, pejuang keadilan, pejuang hak asasi rakyat serta mengamalkan dasar keterbukaan maka janganlah sesekali percaya. Semua itu adalah tipu dan pembohongan semata-mata.

Kita imbas kembali masa sebelum Kerajaan Barisan Nasional hilang majoriti 2/3 di Dewan Rakyat kepada Pakatan Pembangkang. Sebelum itu, dimana sistem demokrasi yang diamalkan didalam berbagai urusan baik dalam pentadbiran peringkat tertinggi hingga ke yang terbawah sekali jelas berjalan dengan subur manakala rakyat sangat selesa dengan perkembangan seumpama itu yang selari dengan tuntutan semasa.

Namun malang sekali apabila Kerajaan Barisan Nasional telah kekurangan 2/3 suara majoritinya di Dewan Rakyat selepas PRU-12 lalu ditangan Pakatan Pembangkang, demokrasi atau dalam ertikata lainnya iaitu dasar keterbukaan yang terlampau sehingga menyebabkan ruang-ruang kebebasan yang diberikan itu telah banyak disalahgunakan menyebabkan ada diantara sesuatu perkara pada asasnya tidak boleh disentuh kini sudah menjadi bahan ejekan dan gurauan.

Pihak Pakatan Pembangkang DAP, PKR dan PAS sudah menjadi semakin angkuh dengan kejayaan mereka kerna berjaya memperlekehkan amalan demokrasi yang sedia ada sepertimana yang diterap dalam pentdabiran Kerajaan Barisan Nasional sehinggakan membuat para pengikut serta penyokong mereka menjadi besar kepala, taksub, sombong serta angkuh dan mereka ini bebas untuk berkata apa saja tanpa ada halangan seperti membuat gambar 'superimpose' yang bertujuan untuk menjatuhkan maruah pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti Barisan Nasional.

Tetapi kini, setelah para pemimpin dari kalangan Pakatan Pembangkang sendiri mula menyedari yang mereka juga tidak terlepas dari perbuatan yang sama sebagaimana yang mula telah dilakukan oleh blogger-blogger pro-pakatan pembangkang terhadap pemimpin Barisan Nasional maka para pemimpin Pakatan Pembangkang segera bertindak untuk menghalangnya.

Jadi kita nak bertanyalah kepada Pakatan Pembangkang, setakat manakah kebebasan atau demokrasi yang diperjuangkan oleh mereka ? Adakah maksud demokrasi yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang hanya sah kepada para penyokong serta pengikut mereka sahaja tetapi tetap tidak kepada pihak yang lain ?

Dalam hal ini saya berpandangan, sekiranya suatu hari nanti iaitu seandainyalah Pakatan Pembangkang telah ditakdirkan dan akan diberikan peluang oleh rakyat untuk mentadbir negara ini, saya pasti dan yakin sekali bahawa demokrasi akan mati dan sebarang kebebasan akan disekat dan setiap pergerakan rakyat akan dipantau setiap masa dan ini bermakna bahawa rakyat tidak lagi boleh untuk menikmati kebebasan sepertimana masa Kerajaan Barisan Nasional memerintah.

Jeffery Damien: mangsa dasar tertutup Kerajaan Pakatan Pembangkang

Sehingga kini saya selaku rakan serta penyokong kuat rakan-rakan dalam BPN, AIDC, serta yang lainnya iaitu yang sealiran matlamatnya dalam usaha untuk melihat suasana dalam negara ini yang aman, harmoni, sejahtera dan damai sentiasa masih lagi belum tahu tentang perkembangan terbaru mengenai penahanan saudara Jeffery Damien @ Dimensi sejak beliau menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya Johor Baru beberapa hari yang lepas.

Adakah beliau sudah dibebaskan atau sebaliknya. Namun saya sangat berharap, dalam keadaan apa sekalipun sekiranya kita mengimbas kembali semua hasil karya saudara Jeffery dari mula sehingga saat beliau menyerah diri gara-gara "sikap terdesak" penyokong Nik Aziz, ianya sedikitpun tidak ada mirip kepada untuk menghasut ataupun menghina melainkan ianya bertujuan untuk mengajak para pembaca berpikir secara matang dan terbuka berkenaan dengan apa yang sedang dan telah berlaku dalam dunia politik tanah air.

Dakwaan yang sedang dihadapi oleh saudara Jeffery adalah jauh sekali bezanya dengan kes yang telah dibuat oleh blogger Khairul Nizam @ Aduka Taruna. Aduka Taruna jelas menghina serta menunjukkan yang beliau langsung tidak mempunyai perasaan simpati apabila beliau mengeluarkan artikel yang sedemikian disaat berlakunya kemangkatan Almarhum Sultan Johor serta dikala seluruh rakyat Johor tengah bersedih.

Walauapapun, sebagai rakyat yang senantiasa menghormati undang-undang negara, saya berharap agar perkara ini segera diselesaikan setelah mengambilkira hal berkenaan hal tersebut dari semua pandangan, kepentingan, dan juga yang penting ialah kami sebagai rakan siber saudara Jeffery mahu tahu dari asas apakah penahanan beliau itu dibuat ?

Khamis, Februari 11, 2010

Karpal Singh, Nik Aziz sama-sama menghina Mahkamah !

MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang tidak mahu menghormati keputusan sebulat suara 5-0 oleh Hakim yang bersidang pada 9 February lepas bagi menentukan kedudukan siapa sebenarnya yang layak diiktiraf sebagai Menteri Besar Perak yang sah samada YAB Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir atau YB Mohd Nizar bin Jamaluddin telah menuduh keputusan 5 Hakim terbabit sebagai "menyokong rampasan kuasa" di Perak.

Maklumat lanjut mengenai kenyataan tidak bertanggungjawab Nik Aziz itu boleh dilihat di http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24857:mahkamah-seperti-akui-rampasan-kuasa-di-perak , kenyataan oleh Nik Aziz Nik Mat itu jelas sekali menunjukkan kegagalan beliau untuk menerima sebarang keputusan yang tidak memihak kepada Pakatan Pembangkang serta menunjukkan yang beliau memang tidak tahu erti bagaimana untuk menghormati apa yang telah diputuskan oleh pihak lain.

Selain Nik Aziz Nik Mat, seorang lagi veteran politik dan juga peguam yang sering dikatakan sebagai seorang peguam terhebat di Malaysia, YB Karpal Singh juga telah secara langsung turut menghina Mahkamah apabila beliau dengan sengaja untuk tidak menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkenaan dengan dakwaannya bahawa akhbar Utusan Malaysia telah menghina Mahkamah dan mahu Hakim Datuk Mohd Zabidin bertindak terhadap dakwaan beliau itu.

Berhubung dengan dakwaan menghina terhadap Utusan Malaysia oleh Karpal Singh itu yang kemudiannya tidak diambil tindakan lanjut oleh Hakim Datuk Mohd Zabidin menyebabkan YB Karpal Singh hilang kewarasan dan kewibawaannya sebagai seorang peguam hebat apabila tergamak menuduh Hakim Datuk Mohd Zabidin sebagai "berbohong serta menipu" semasa berhujah didalam dewan Mahkamah. Berita lanjut mengenainya di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Sebagai seorang pengamal undang-undang serta peguam yang terhebat dinegara ini, Karpal Singh sepatutnya tidak menunjukkan kelakuan yang sangat bertentangan dengan nilai-nilai yang ada pada seseorang peguam itu. Beliau harus mempunyai prinsip yang jelas serta mempamerkan diri sesuai dengan diri beliau sebagai seorang pengamal undang-undang serta sentiasa menunjukkan contoh dan tauladan yang mulia kepada rakyat biasa di bawah.

Janganlah hanya disebabkan kepentingan Syarikat Guaman yang berasaskan kepada untung rugi, maka prinsip yang murni sanggup diketepikan tanpa mengira kepada kesannya terhadap undang-undang itu sendiri pada masa hadapan.

Jadi apakah pandangan orang lain terhadap tindakan yang sepatutnya tidak dilakukan oleh kedua-dua mereka ini yang mempunyai kedudukan didalam masyarakat negara ini? Adakah keduanya ini harus dibiarkan saja sesuka hati untuk membuat sesuatu tanpa halangan sedangkan sekiranya pihak lain yang melakukannya akan segera diambil tindakan tegas ? Contohnya, rakan blogger kami dari BPN... kebebasan untuk beliau berkarya, bersuara atau menyuarakan pandangan telah dihalang dan disekat.

Dan dimanakah janji-janji kebebasan Media, janji-janji kebebasan bersuara, janji-janji kebebasan melontarkan pendapat yang diperjuangkan oleh Pakatan Pembangkang selama ini ? Apakah kebebasan mutlak seperti itu hanya untuk pihak mereka saja tetapi akan dinafikan hak itu kepada rakyat biasa di bawah ?

Rabu, Februari 10, 2010

3 hari berlalu, Anwar & Karpal Singh masih takut berdepan dengan Mohd Saiful

Macam-macam alasan dan helah dikemukakan oleh pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan peguambela yang diketuai oleh YB Karpal Singh semata-mata untuk mengelak dari menyoal serta berhujah dengan saudara Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah, anak muda yang telah menjadi mangsa liwat.

Setelah 3 hari Mahkamah bersidang yang bermula pada 2hb February 2010 lalu untuk mendengar keterangan langsung daripada Mohd Saiful saksi utama yang juga pengadu dalam kes liwat tersebut, maka semakin banyaklah rahsia telah terdedah dan terbongkar apabila banyak penjelasan yang dibuat oleh Mohd Saiful mengambil tempat bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaraya.

Melihat kepada keadaan ini sememangnya sangat sukar untuk dihadapi oleh pihak tertuduh, maka saya percaya itulah yang telah menjadi penyebab utama mengapa pihak Anwar melalui Karpal Singh telah mengambil keputusan untuk memohon agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang dilantik untuk mendengar perbicaraan kes liwat itu supaya menarik diri atas alasan kononnya berat sebelah.

Pihak peguambela yang sepatutnya mengambil tempat untuk membuat pemeriksaan balas keatas Mohd Saiful pada Isnin 8hb February lepas selepas pihak pendakwaraya selesai menyoal saksi utama kes liwat itu namun sehingga kini masih gagal melakukannya kerana saya yakin bahawa pihak peguambela Anwar buntu, tergamam dan masih dalam keadaan terkejut yang teramat sangat dengan tiga ungkapan maut dalam bahasa PPSMI seperti "Can I F**k You Today?", "What?", "Are You Ok?"

Angkara 3 soalan luarbiasa itulah saya sangat percaya mengapa Karpal Singh yang sebelum ini diibaratkan sebagai salah seorang peguam terhebat dan berwibawa di Malaysia terpaksa mencari jalan untuk melengah-lengah serta menunda kes itu untuk jangkamasa lebih lama lagi adalah bagi membolehkan beliau menarik nafas setelah sesak tertelan karipap dan lemas dengan pendedahan maut yang diberikan oleh Mohd Siaful dalam Mahkamah.

Bagi saya, sekiranya hanya disebabkan oleh 2 artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia berkaitan dengan perbicaraan kes liwat itu untuk Karpal Singh sanggup untuk menghina Mahkamah dengan tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Mohd Zabidin untuk tidak mengenakan tuduhan menghina Mahkamah kepada Utusan Malaysia, memang tidak masuk akal sama sekali kerana insiden itu telahpun dijelaskan oleh pihak pendakwaraya dengan jelas dan Karpal Singh selaku pengamal undang-undang memang lebih arif dan tidak mungkin beliau tidak faham mengenainya.

Kita lihat saja bagaimana semalam Karpal Singh begitu risau sekali apabila menyedari kehadiran S/B dari Bukit Aman ke dalam Dewan semasa prosiding sehingga perkara itupun menyebabkan beliau terpaksa bertelagah dengan Hakim serta bertanya kenapa Cawangan Khas harus ditempatkan dalam Dewan Mahkamah dan tidak diluar. Hari ini pula Karpal Singh sanggup menuduh Hakim sebagai berbohong sehingga terpaksa ditegur oleh pihak Pendakwaraya. Apakah tindakan seperti tidak menghormati keputusan Hakim sebagaimana yang telah dibuat oleh Karpal Singh itu tidak dikira sebagai telah menghina Mahkamah ?

Kalau rakyat biasa yang melakukannya tindakan tegas pasti dikenakan tetapi kenapa tidak kepada peguam? Peguam adalah pengamal undang-undang, jadi sepatutnya merekalah yang lebih peka terhadap perkara yang ditegah serta harus menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada rakyat bawahan dan bukan sebaliknya mereka pula yang merintis jalan kepada rakyat supaya tidak menghormati para hakim dan juga undang-undang di negara ini.

Sokongan buat rakan BPN : Jeffery Damien[Dimensi]

Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas. Pembaca akan dapat melihat tulisan oleh seorang rakyat samada dia warga Malaysia atau warga asing bernama Denny Thevarakam. Beliau dalam tulisannya telah menghina KBDYM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Ini dperolehi dari Facebook milik Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB Lim Kit Siang.

Blogger Cucu Tok Selampit telah mula mengesan perkara ini dan diharap semua blogger BPN lainnya boleh berbuat sesuatu dengan menyebar maklumat ini kepada pihak media massa atau elektronik supaya penama iaitu Denny Thevarakam boleh juga diheret kemuka pengadilan.

Rakan blogger dari Blogger Pembela Negara(BPN) iaitu saudara Jeffery Damien pengendali blog jefferydamien09 atau Dimensi dilaporkan telah menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya, Johor Baru semalam. Rujuk kepada blog Khairulrezal atau Cucu Tok Selampit.

Walaupun terkejut kerana tidak menduga perkara seperti ini boleh terjadi kepada seorang rakyat biasa yang sentiasa turut memperjuangkan apa yang dikatakan sebagai sumbangan kecil kepada keharmonian kaum, keamanan negara serta kelangsungan kepimpinan sebagaimana yang dikehendaki oleh seluruh masyarakat Malaysia yang cintakan kedamaian, namun saya berbesar hati kerana saudara Jeffery telah mengambil langkah berani dengan tidak bersembunyi atau melarikan diri seperti yang telah dilakukan oleh blogger Raja Petra Raja Kamaruddin dan serta beliau sanggup memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dengan secara sukarela menyerah diri.

Saya harap saudara Jeffery sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis dalam isu yang berkaitan. Tunjukkanlah bahawa kita sebagai blogger yang pro-kerajaan semasa bukannya menulis sesuatu itu bertujuan untuk memberi ancaman atau mendatangkan suasana yang tidak menentu didalam negara Malaysia ini melainkan kita bangkit semata-mata untuk membantu sedaya-upaya yang terdaya oleh kita bagi turut menyumbang sesuatu yang berfaedah demi negara tanpa perlu mengharapkan apa-apa juga pengiktirafan daripada sesiapapun jua.

Pihak lain harus sedar bahawa setiap blogger BPN mempunyai hala tuju yang sama dalam maksud yang hendak disampaikan kepada pembaca atau umum walaupun kelihatan kadang-kala terlihat ada perbezaan dari cara hendak menyampaikan maksud melalui penerbitan masing-masing namun hakikatnya ialah pada akhirnya hasil yang diharapkan adalah sama iaitu mahukan negara Malaysia terus teguh, kuat dibawah pentadbiran pemerintah yang jujur, ikhlas, amanah, adil dari segala segi demi kesejahteraan rakyat majmuk keseluruhannya.

Kepada pihak-pihak tertentu yang gusar serta merasa terganggu dengan kewujudan BPN, AIDC serta lain-lain blog yang pro-kerajaan, diharap sebelum mereka ini ingin memperbetulkan pihak lain adalah wajar untuk mereka perbetulkan dulu kebanyakkan blogger-blogger pro-pembangkang yang terlebih dulu mempromosi budaya fitnah, mengedit gambar pemimpin-pemimpin negara ini mengikut kemahuan mereka tanpa memperdulikan undang-undang sedia ada.

Kita boleh lihat sebelum ini bagaimana banyaknya gambar-gambar pemimpin negara termasuk Ketua Polis Negara telah dilakar dengan imej yang jelas mengaibkan sekali. Gambar YABhg. Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Mohd Najib, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail dan lain-lain lagi. Jadi ada tak kita nampak yang pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya dari Pakatan Pembangkang yang bersuara mengenai hal ini? Tiada!

Diakhir tulisan ini harapan saya kepada semua blogger BPN, AIDC serta blogger-blogger yang punya matlamat seiringan dengan perjuangan BPN, AIDC... walaupun seorang daripada rakan kita mungkin akan berdepan dengan tindakan tertentu namun kita tidak harus mengalah atau lemah semangat, dan jadikan perkembangan ini sebagai satu dorongan serta panduan untuk kita sentiasa berwaspada pada masa depan agar tidak selalu tergelincir ke tepi.

Selasa, Februari 09, 2010

Karpal & Anwar 2x5: sama-sama gentar berdepan dengan Mohd Saiful

"Anwar Ibrahim harus bertaubat"


Itulah perkataan yang pernah terkeluar dari mulut Ahli Parlimen Bukit Gelugor, YB Karpal Singh. Ada lagi kata-kata dalam kenyataan paling pedas yang dibuat oleh Karpal Singh sebagaimana yang tersiar dalam Buletin Utama TV3 pada 8hb February 2009 tahun lalu. Antaranya seperti tertulis dibawah...


"Jangan main-main dengan saya. Saya mahu jelaskan disini, saya telah bersabar sekian lama. Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai masalah kepada negara ini. Beliau perlu insaf. Lebih-lebih lagi, saya berpendapat beliau tidak layak memimpin Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat memerlukan seorang pemimpin yang tidak membenarkan kegiatan tidak bermoral seperti lompat parti."


"Saya kesal pemimpin PKR dan juga DAP mengikut Anwar Ibrahim, digoda dengan retoriknya dalam perkara lompat parti ini. Ada yang tidak langsung mahu buka mulut(untuk membantah hasrat itu)."


"Sebenarnya saya telah mencadangkan DAP keluar dari Pakatan Rakyat. Apabila isu hudud timbul, saya minta DAP keluar tetapi tiada sesiapa yang menyokong saya. Mereka perlu insaf. DAP perlu mempertimbangkan untuk keluar Pakatan Rakyat. Kita tidak boleh mempertahankan perbuatan tidak bermoral dengan tindakan tidak jujur." - Karpal Singh.

Tahniah ! DS Dr Zambry kekal sebagai MB Perak yang sah

Mahkamah Persekutuan yang bersidang hari ini 09hb February 2010 adalah untuk menentukan kedudukan siapa yang sebenar-benarnya akan diiktirafkan sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan samada YB Datuk Seri Nizar Jamaluddin ataupun YAB Datuk Seri Dr Zambry bin Abdul Kadir.

Keputusan yang dicapai oleh Mahkamah Persekutuan telah berpihak kepada YAB Datuk Seri Dr Zambry.

Syabas dan Tahniah kepada Menteri Besar Perak yang sah! ..moga lepas ini Datuk Seri terus menabur bakti dan jasa kepada seluruh rakyat Perak dan selamat maju jaya...

Isnin, Februari 08, 2010

Karpal Singh pengecut ! ..takut menyoal balas Mohd Saiful

Fakta penting: ..orang pertama dari kalangan ahli Parlimen Pembangkang yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 adalah YB Karpal Singh semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur.

Karpal Singh turut mendakwa yang dia mempunyai bukti kukuh bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk.

Karpal Singh juga turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan keatas Datuk Seri Anwar kerana salalaku seksnya dan membicarakan Datuk Seri Anwar.

Pendedahan salahlaku seks Datuk Seri Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Datuk Seri Anwar didedahkan kepada umum oleh YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad juga pada tahun yang sama.

Dan orang yang bertanggujawab memberi nama "Al-Juburi" sebagai nama timang-timangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua orang tahu adalah Naib Presiden PAS yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah iaitu Mohamad Syabu atau lebih popular sebagai Mat Sabu.(sumber dari WBHim atau WrittenByHim.wordpress.com)

Itu dulu. Apa saja yang pernah Karpal Singh dan Mat Sabu luahkan pada masa itu pasal Datuk Seri Anwar yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia kini perkara tersebut terpaksa kedua-dua mereka kutip dan telan balik walaupun sangat sukar untuk melakukannya.

Hari ini. Hari ini Karpal Singh adalah peguambela kepada Datuk Seri Anwar atas kes yang sama iaitu kes yang pernah Karpal Singh bangkitkan 12 tahun yang lalu sehingga menjahamkan hasrat dan impian Datuk Seri Anwar untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5.

Hari ini juga menyaksikan Karpal Singh takut untuk membuat pemeriksaan balas atau menyoal saksi utama dalam kes liwat-2 iaitu saudara Mohamad Saiful Bukhari bin Azlan. Apakah Karpal Singh tidak tahu nak soal benda apa atau bagaimana kepada Mohd Saiful ? ...saya rasa takkanlah Karpal Singh perlu nak soal begini "Can I Ask You Today ?" atau " "What!!!?" atau "Are You Okay ?"

Saya rasa, Karpal Singh memang risau dan takut seandainya dia menyoal balas Mohd Saiful maka semakin banyak benda dia soal pasti makin banyak juga perkara yang tidak pernah diduga akan turut terdedah dan sekiranya ini berlaku maka harapan untuk Karpal Singh terus menjadi peguambela Datuk Seri Anwar tidak akan kesampaian dan ini bermakna Karpal Singh akan kehilangan seorang pelanggan dari Syarikat Guamannya dan pasti harga karipap juga akan menurun.

Alasan lemah untuk tidak berhujah pada hari ini Isnin 8HB February 2010 yang dikemukakan oleh Karpal Singh ialah disebabkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, YA Datuk Zabidin Mat Diah yang dituduhnya sebagai berat sebelah apabila tidak mahu mengambil sebarang tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia ekoran artikel yang dikatakan oleh Karpal Singh sebagai menghina Mahkamah.

Lantaran itu Karpal Singh membuat permohonan di Mahkamah untuk melucut YA Hakim Datuk Zabidin Mat Diah dari mendengar kes liwat yang sedang dibicarakan. Bukankah tindakan Karpal Singh ini telah jelas menghina Mahkamah kerana mempertikai serta tidak setuju dengan keputusan yang telah dimuktamadkan oleh Hakim ?

Jika baru-baru ini rakyat Malaysia diminta untuk menghormati keputusan Mahkamah setelah Hakim Mahkamah Tinggi YA Datuk Lau Bee Lan telah memutuskan untuk membenarkan orang yang bukan beragama Islam menggunakan kalimah ALLAH didalam setiap aktiviti mereka dan jika sesiapa yang melanggar arahan akan dianggap sebagai telah menghina Mahkamah dan boleh didakwa juga di Mahkamah.

DAP, PKR & PAS - Menafikan kebebasan bersuara dan berkarya di Malaysia

Apabila telah gagal untuk membaca maksud serta gagal juga untuk memahami makna disebalik lakaran setiap gambar mereka sebagaimana yang dihasilkan oleh blogger Jeffery Damien didalam blog beliau, maka PAS menerusi beberapa anggotanya telah membuat laporan terhadap pengendali blog http://jefferydamien09.blogspot.com

Setelah Pakatan 3 parti itu mulai terasa yang pengaruh mereka semakin tergugat bukan hanya disebabkan oleh penerangan berterusan oleh pihak BN malah turut dibantu oleh blogger-blogger pro-kerajaan, maka dengan itu secara perlahan-lahan mereka cuba untuk menghalang segala usaha oleh para blogger dari terus membongkar setiap kepincangan didalam kepimpinan mereka selama ini.

Dikatakan, alasan utama mengapa pihak PAS ini terpaksa membuat laporan polis terhadap saudara Jeffery Damien ialah kononnya didapati karya beliau seperti lakaran wajah yang membabitkan Datuk Seri Anwar dan juga Datuk Nik Aziz Nik Mat bersifat "provokatif serta melanggar undang-undang negara." ...itu kata mereka hanya pada masa sekarang tapi pada masa dulu tiadapun.

Jadi saya sarankan jika PAS atau DAP atau PKR mahu ketertiban semua blogger dalam menyampaikan mesej melalui tulisan mereka di blog diamalkan, adalah lebih elok dan lebih baik tegurlah dulu semua penulis-penulis blog dari pihak pro-pembangkang agar lebih beretika serta bertanggungjawab didalam setiap penerbitan yang mereka lakukan.

Tetapi jika dipihak mereka para bloggernya dibiarkan sahaja untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang sebagaimana yang mereka sendiri faham namun adalah tidak wajar sekiranya penulis blog di sebelah kerajaan pula yang hendak dikenakan tindakan sekiranya terdapat menghasil sesuatu yang tidak menguntungkan mereka.

Apabila keadaan dimana pihak PAS telah membuat laporan polis terhadap rakan blog kami dalam BPN serta AIDC ini jelas menunjukkan bahawa sebenarnya pihak Pakatan Pembangkang telah menafikan hak rakyat biasa untuk bebas memperkatakan sesuatu isu, mempertikaikan sesuatu perkara jika ianya benar-benar menyeleweng.

Dan memang jelas sekali langkah yang telah diambil oleh PAS, DAP dan PKR itu adalah sangat bertentangan sama sekali dengan pendekatan yang telah dan sedang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini iaitu rakyat bebas untuk menyuarakan pandangan masing-masing walau dalam bentuk apapun caranya asalkan tidak keterlaluan.

Akhirnya, saya berharap semoga saudara Jeffery tidak gentar dengan laporan yang dibuat, teruskan perjuangan anda dan kita semua sentiasa harus sedar dan ingat...bahawa biasanya apabila pihak PAS atau sekutu-kutunya menyedari yang kepentingan pihak mereka seolah-olah tercabar maka mereka akan mempergunakan polis untuk tujuan menghalangnya tetapi jika tiada apa-apa maka pihak polis lah yang sering difitnah mereka dengan bermacam-macam cerita, dimaki-hamun, dicerca malah anggota polis juga pernah ditampar oleh Ahli Parlimen Padang Serai YB N. Gobalakrishnan.

Ahad, Februari 07, 2010

Keselamatan Mohd. Saiful diancam - Polis perlu buat siasatan.

Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas

Ini perkembangan yang sangat tidak baik untuk kes yang sedang dalam perbicaraan di Mahkamah.

Maklumat penting ini diperolehi daripada laman blog PapaGOMO yang sebelum itu diperolehi daripada facebook 'Bujang Senang Hati Gembira' juga sebelum itu lagi bahawa komen oleh penama Anaz Zahari dikesan wujud dalam wall facebook Anwar Ibrahim.

Diharap pihak berkuasa segera bertindak serta menyiasat. Kita harap agar keselamatan diri serta keluarga Mohd. Saiful Bukhari Azlan diberi perhatian sewajarnya.

Baik??? ...baik ada makna tu...!!! - Madu Tiga

Inilah rupa seluar dalam jenama Ralph Lauren yang dijangka akan naik mendadak harganya sesuai dengan situasi semasa dimana banyak barang-barang lain selalu 'naik.' Pasti berebut-rebut orang ramai untuk membelinya sehingga Hypermarket, Supermarket dan lain-lain shopping complex akan cepat kehabisan stock.

Ini juga. Brand yang tidak kurang hangatnya dan pasti akan menguntungkan para peniaga yang ada menjual pakaian seperti baju, seluar tak kira jenisnya yang berlevel Levi's 501, 502,505 atau lagi dan lagi... dan sudah tentu ramai akan bertukar dari yang sebelum ini suka memakai seluar yang berjenama lain seperti Puma, Texan, Louis XIII akan beralih kepada jenama Levi's pilihan utama.
Suka menonton filem "Madu Tiga"? ...ada satu dialog dalam filem tersebut yang pasti kita semua sentiasa ingat... "baik??? ...baik ada makna tu..."

Jumaat, Februari 05, 2010

Terdesak :-) Nik Aziz sanggup buka semula pintu PAS kepada UMNO setelah ditutup rapat

Dulu semasa isu 'kerajaan perpaduan' antara PAS dengan UMNO yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang mendapat reaksi yang sangat baik dari hampir kesemua orang UMNO serta juga anggota PAS sendiri, tetapi sayang sekali apabila cadangan itu telah ditolak mentah-mentah oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz.

Sampai kepada satu peringkat dimana selepas mesyuarat khas PAS untuk membincangkan isu cadangan oleh Haji Abdul Hadi itu telah mencapai kata putus iaitu PAS sebulat suara menolak idea Presiden PAS itu, dengan megahnya Datuk Nik Aziz Nik Mat mengumumkan bahawa PAS telah menutup serapat-rapatnya pintu rundingan dengan UMNO tidak kira mengenai apa juga masalah yang dibangkit.

Tetapi sekarang, apabila isu "langsir ditutup, lampu bilik tidur juga ditutup" tiba-tiba saja Datuk Nik Aziz membuat jemputan 'kilat' kepada UMNO dengan membuka balik pintu PAS yang sebelum ini telah ditutup, dikunci, dirantai supaya UMNO boleh masuk kembali berbincang dengan mereka.

Saya melihat langkah sangat terdesak umpama "seperti menjilat ludah sendiri" yang sedang diambil oleh Datuk Nik Aziz untuk berbaik-baik semula dengan UMNO ialah kerana mungkin beliau merasakan sesuatu perkara buruk pasti akan berlaku keatas PAS sekiranya tiada usaha awal diambil untuk menyelamatkan PAS dari terjerumus sama dengan PKR yang sedang berdepan dengan banyak masalah dalaman dan luaran sebagaimana semua rakyat sudah sedia maklum.

Tengah jalan tiba-tiba Nik Aziz buat pusingan 'U'

Apakah agaknya komen yang akan dikeluarkan oleh Presiden PAS serta seluruh pemimpin PAS berkenaan permintaan terbaru daripada Nik Aziz untuk "menamatkan sengketa" sejak 50 tahun yang lampau dengan UMNO.

Tiba-tiba saja kenyataan yang diluar dugaan sama sekali boleh terkeluar dari bibir Mursyidul Am PAS itu. Beliau mahu PAS dan UMNO duduk semeja berbincang bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit yang menyentuh agama Islam.

Dulu Nik Aziz kata sampai bila-bila selagi beliau masih hidup memang PAS tak mahu bekerjasama dalam apa-apa hal sekalipun dengan UMNO. Dulu Datuk Seri Hadi dan YB Ustaz Nasha buat cadangan 'kerajaan perpaduan' dengan UMNO, namun telah ditolak Nik Aziz mentah-mentah.

Entah apa tiba-tiba saja, kebetulan pula masa sekarang ini prosiding di Mahkamah bagi perbicaraan kes liwat Anwar sedang berjalan... pasti satu usaha untuk mengalih perhatian rakyat kepada perkara yang lain.

Memang lidah tak bertulang...tak terbatas kata-kata...setinggi gunung seribu janji...lain dibibir lain dihati...

Khamis, Februari 04, 2010

Langsir ditutup. Lampu ditutup. Perbicaraan turut tertutup ?

HAH!!!... Mana suis, mana suis, mana suis??? ...click,,,gelap,,, "can I hug and kiss you now?"
Mana dia kebebasan media atau kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh Pakatan Pembangkang selama ini ?
Dulu menuduh BN dan UMNO menyekat kebebasan media di negara ini.
Belumpun berkuasa sebagai sebuah kerajaan persekutuan sudah ada isyarat yang Pakatan Pembangkang ini memang akan mengamalkan dasar tertutup jika berjaya memerintah Malaysia.
Lihat sajalah, sampai perbicaraan untuk kes liwat ini juga dibuat dalam keadaan yang tertutup. Jadi macamana rakyat luar dapat mengetahui akan perkembangan dalam perbicaraan itu.
Nasib baik terdapat banyak blogger-blogger lokasi terdiri dari pasukan BPN serta AIDC yang sudi membuat laporan secara berterusan dari perkarangan Mahkamah untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang tidak mampu kesana.
Terima kasih kepada The Unspinners, GOMO serta yang lain-lain lagi kerana ringan jari menyampaikan maklumat dari masa kesemasa tentang perjalanan perbicaraan itu untuk tatapan kami yang kejauhan ini. Terima Kasih banyak-banyak !

Arkib Blog