Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Februari 11, 2010

Karpal Singh, Nik Aziz sama-sama menghina Mahkamah !

MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang tidak mahu menghormati keputusan sebulat suara 5-0 oleh Hakim yang bersidang pada 9 February lepas bagi menentukan kedudukan siapa sebenarnya yang layak diiktiraf sebagai Menteri Besar Perak yang sah samada YAB Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir atau YB Mohd Nizar bin Jamaluddin telah menuduh keputusan 5 Hakim terbabit sebagai "menyokong rampasan kuasa" di Perak.

Maklumat lanjut mengenai kenyataan tidak bertanggungjawab Nik Aziz itu boleh dilihat di http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24857:mahkamah-seperti-akui-rampasan-kuasa-di-perak , kenyataan oleh Nik Aziz Nik Mat itu jelas sekali menunjukkan kegagalan beliau untuk menerima sebarang keputusan yang tidak memihak kepada Pakatan Pembangkang serta menunjukkan yang beliau memang tidak tahu erti bagaimana untuk menghormati apa yang telah diputuskan oleh pihak lain.

Selain Nik Aziz Nik Mat, seorang lagi veteran politik dan juga peguam yang sering dikatakan sebagai seorang peguam terhebat di Malaysia, YB Karpal Singh juga telah secara langsung turut menghina Mahkamah apabila beliau dengan sengaja untuk tidak menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkenaan dengan dakwaannya bahawa akhbar Utusan Malaysia telah menghina Mahkamah dan mahu Hakim Datuk Mohd Zabidin bertindak terhadap dakwaan beliau itu.

Berhubung dengan dakwaan menghina terhadap Utusan Malaysia oleh Karpal Singh itu yang kemudiannya tidak diambil tindakan lanjut oleh Hakim Datuk Mohd Zabidin menyebabkan YB Karpal Singh hilang kewarasan dan kewibawaannya sebagai seorang peguam hebat apabila tergamak menuduh Hakim Datuk Mohd Zabidin sebagai "berbohong serta menipu" semasa berhujah didalam dewan Mahkamah. Berita lanjut mengenainya di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Sebagai seorang pengamal undang-undang serta peguam yang terhebat dinegara ini, Karpal Singh sepatutnya tidak menunjukkan kelakuan yang sangat bertentangan dengan nilai-nilai yang ada pada seseorang peguam itu. Beliau harus mempunyai prinsip yang jelas serta mempamerkan diri sesuai dengan diri beliau sebagai seorang pengamal undang-undang serta sentiasa menunjukkan contoh dan tauladan yang mulia kepada rakyat biasa di bawah.

Janganlah hanya disebabkan kepentingan Syarikat Guaman yang berasaskan kepada untung rugi, maka prinsip yang murni sanggup diketepikan tanpa mengira kepada kesannya terhadap undang-undang itu sendiri pada masa hadapan.

Jadi apakah pandangan orang lain terhadap tindakan yang sepatutnya tidak dilakukan oleh kedua-dua mereka ini yang mempunyai kedudukan didalam masyarakat negara ini? Adakah keduanya ini harus dibiarkan saja sesuka hati untuk membuat sesuatu tanpa halangan sedangkan sekiranya pihak lain yang melakukannya akan segera diambil tindakan tegas ? Contohnya, rakan blogger kami dari BPN... kebebasan untuk beliau berkarya, bersuara atau menyuarakan pandangan telah dihalang dan disekat.

Dan dimanakah janji-janji kebebasan Media, janji-janji kebebasan bersuara, janji-janji kebebasan melontarkan pendapat yang diperjuangkan oleh Pakatan Pembangkang selama ini ? Apakah kebebasan mutlak seperti itu hanya untuk pihak mereka saja tetapi akan dinafikan hak itu kepada rakyat biasa di bawah ?

Tiada ulasan:

Arkib Blog