Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Februari 08, 2010

DAP, PKR & PAS - Menafikan kebebasan bersuara dan berkarya di Malaysia

Apabila telah gagal untuk membaca maksud serta gagal juga untuk memahami makna disebalik lakaran setiap gambar mereka sebagaimana yang dihasilkan oleh blogger Jeffery Damien didalam blog beliau, maka PAS menerusi beberapa anggotanya telah membuat laporan terhadap pengendali blog http://jefferydamien09.blogspot.com

Setelah Pakatan 3 parti itu mulai terasa yang pengaruh mereka semakin tergugat bukan hanya disebabkan oleh penerangan berterusan oleh pihak BN malah turut dibantu oleh blogger-blogger pro-kerajaan, maka dengan itu secara perlahan-lahan mereka cuba untuk menghalang segala usaha oleh para blogger dari terus membongkar setiap kepincangan didalam kepimpinan mereka selama ini.

Dikatakan, alasan utama mengapa pihak PAS ini terpaksa membuat laporan polis terhadap saudara Jeffery Damien ialah kononnya didapati karya beliau seperti lakaran wajah yang membabitkan Datuk Seri Anwar dan juga Datuk Nik Aziz Nik Mat bersifat "provokatif serta melanggar undang-undang negara." ...itu kata mereka hanya pada masa sekarang tapi pada masa dulu tiadapun.

Jadi saya sarankan jika PAS atau DAP atau PKR mahu ketertiban semua blogger dalam menyampaikan mesej melalui tulisan mereka di blog diamalkan, adalah lebih elok dan lebih baik tegurlah dulu semua penulis-penulis blog dari pihak pro-pembangkang agar lebih beretika serta bertanggungjawab didalam setiap penerbitan yang mereka lakukan.

Tetapi jika dipihak mereka para bloggernya dibiarkan sahaja untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang sebagaimana yang mereka sendiri faham namun adalah tidak wajar sekiranya penulis blog di sebelah kerajaan pula yang hendak dikenakan tindakan sekiranya terdapat menghasil sesuatu yang tidak menguntungkan mereka.

Apabila keadaan dimana pihak PAS telah membuat laporan polis terhadap rakan blog kami dalam BPN serta AIDC ini jelas menunjukkan bahawa sebenarnya pihak Pakatan Pembangkang telah menafikan hak rakyat biasa untuk bebas memperkatakan sesuatu isu, mempertikaikan sesuatu perkara jika ianya benar-benar menyeleweng.

Dan memang jelas sekali langkah yang telah diambil oleh PAS, DAP dan PKR itu adalah sangat bertentangan sama sekali dengan pendekatan yang telah dan sedang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini iaitu rakyat bebas untuk menyuarakan pandangan masing-masing walau dalam bentuk apapun caranya asalkan tidak keterlaluan.

Akhirnya, saya berharap semoga saudara Jeffery tidak gentar dengan laporan yang dibuat, teruskan perjuangan anda dan kita semua sentiasa harus sedar dan ingat...bahawa biasanya apabila pihak PAS atau sekutu-kutunya menyedari yang kepentingan pihak mereka seolah-olah tercabar maka mereka akan mempergunakan polis untuk tujuan menghalangnya tetapi jika tiada apa-apa maka pihak polis lah yang sering difitnah mereka dengan bermacam-macam cerita, dimaki-hamun, dicerca malah anggota polis juga pernah ditampar oleh Ahli Parlimen Padang Serai YB N. Gobalakrishnan.

Tiada ulasan:

Arkib Blog