Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label Jeffery Damien. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jeffery Damien. Papar semua catatan

Khamis, Mac 18, 2010

Suatu masa Nik Aziz pasti faham bahawa Jeffry Damien ikhlas untuk menyedarkan beliau...

Saya sentiasa menaruh harapan dan juga keyakinan bahawa satu hari nanti agar Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat akan sedar dan faham maksud disebalik gambar beliau yang dihasilkan oleh rakan bloggers kami iaitu saudara Jeffry Damien dalam berbagai rupa yang menyebabkan baru-baru ini beliau terpaksa berdepan tindakan undang-undang sebenarnya bukanlah tujuan asalnya berniat untuk mengaibkan atau menghina beliau sebagaimana yang difikirkan oleh sesetengah pihak.

Apabila sesuatu hasil seni itu gagal untuk difahami akan mesej sebenar yang hendak disampaikan walaupun ianya hanya dalam bentuk lukisan, maka sekerap manapun usaha untuk menjelaskannya kepada mereka bahawa gambar itu sebenarnya mengandungi maksud yang tersirat disebaliknya pasti ianya akan menjadi sia-sia saja selagi mereka tidak berdaya untuk memahaminya.

Namun dengan pendedahan yang paling berani telah dibuat oleh Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru Pulau Pinang, YB Datuk Seri Zaharain Mohd Hashim semasa berlangsungnya Sidang Dewan Rakyat petang Rabu 17 Mac lalu mengenai satu gelaran 'maut' yang ditujukan oleh Ketua Pembangkang YB Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sedikit sebanyak diharap dapat menyedarkan Menteri Besar Kelantan itu bahawa beliau harus belajar menerima juga sesuatu yang pahit dan tidak terus menerima bulat-bulat sesuatu yang manis demi kebaikan sepertimana beliau harus menelan ubat yang pahit supaya terhindar dari segala penyakit dan menghindarkan dari terlalu kerap mengambil makanan yang sangat manis demi kesihatan.

Menurut bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim satu ketika didalam satu mesyuarat pernah menggelar YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai "Ulama Terompah" iaitu yang membawa makna sama dengan satu benda yang kebiasaannya hanya digunakan sebelum memasuki bilik tandas atau jamban. Oleh itu diharap Tok Guru Nik Aziz akan mulai sedar bahawa apa yang telah cuba untuk disampaikan oleh saudara Jeffry Damien dalam karya beliau menerusi laman blog Dimensi yang telah dihapuskan itu ada benarnya dan mempunyai maksud yang tersendiri, yang menuntut supaya ada pihak dapat mengerti dan faham makna disebalik semua hasil seni saudara Jeffry itu.

Jumaat, Februari 12, 2010

Jeffery Damien: mangsa dasar tertutup Kerajaan Pakatan Pembangkang

Sehingga kini saya selaku rakan serta penyokong kuat rakan-rakan dalam BPN, AIDC, serta yang lainnya iaitu yang sealiran matlamatnya dalam usaha untuk melihat suasana dalam negara ini yang aman, harmoni, sejahtera dan damai sentiasa masih lagi belum tahu tentang perkembangan terbaru mengenai penahanan saudara Jeffery Damien @ Dimensi sejak beliau menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya Johor Baru beberapa hari yang lepas.

Adakah beliau sudah dibebaskan atau sebaliknya. Namun saya sangat berharap, dalam keadaan apa sekalipun sekiranya kita mengimbas kembali semua hasil karya saudara Jeffery dari mula sehingga saat beliau menyerah diri gara-gara "sikap terdesak" penyokong Nik Aziz, ianya sedikitpun tidak ada mirip kepada untuk menghasut ataupun menghina melainkan ianya bertujuan untuk mengajak para pembaca berpikir secara matang dan terbuka berkenaan dengan apa yang sedang dan telah berlaku dalam dunia politik tanah air.

Dakwaan yang sedang dihadapi oleh saudara Jeffery adalah jauh sekali bezanya dengan kes yang telah dibuat oleh blogger Khairul Nizam @ Aduka Taruna. Aduka Taruna jelas menghina serta menunjukkan yang beliau langsung tidak mempunyai perasaan simpati apabila beliau mengeluarkan artikel yang sedemikian disaat berlakunya kemangkatan Almarhum Sultan Johor serta dikala seluruh rakyat Johor tengah bersedih.

Walauapapun, sebagai rakyat yang senantiasa menghormati undang-undang negara, saya berharap agar perkara ini segera diselesaikan setelah mengambilkira hal berkenaan hal tersebut dari semua pandangan, kepentingan, dan juga yang penting ialah kami sebagai rakan siber saudara Jeffery mahu tahu dari asas apakah penahanan beliau itu dibuat ?

Rabu, Februari 10, 2010

Sokongan buat rakan BPN : Jeffery Damien[Dimensi]

Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas. Pembaca akan dapat melihat tulisan oleh seorang rakyat samada dia warga Malaysia atau warga asing bernama Denny Thevarakam. Beliau dalam tulisannya telah menghina KBDYM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Ini dperolehi dari Facebook milik Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB Lim Kit Siang.

Blogger Cucu Tok Selampit telah mula mengesan perkara ini dan diharap semua blogger BPN lainnya boleh berbuat sesuatu dengan menyebar maklumat ini kepada pihak media massa atau elektronik supaya penama iaitu Denny Thevarakam boleh juga diheret kemuka pengadilan.

Rakan blogger dari Blogger Pembela Negara(BPN) iaitu saudara Jeffery Damien pengendali blog jefferydamien09 atau Dimensi dilaporkan telah menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya, Johor Baru semalam. Rujuk kepada blog Khairulrezal atau Cucu Tok Selampit.

Walaupun terkejut kerana tidak menduga perkara seperti ini boleh terjadi kepada seorang rakyat biasa yang sentiasa turut memperjuangkan apa yang dikatakan sebagai sumbangan kecil kepada keharmonian kaum, keamanan negara serta kelangsungan kepimpinan sebagaimana yang dikehendaki oleh seluruh masyarakat Malaysia yang cintakan kedamaian, namun saya berbesar hati kerana saudara Jeffery telah mengambil langkah berani dengan tidak bersembunyi atau melarikan diri seperti yang telah dilakukan oleh blogger Raja Petra Raja Kamaruddin dan serta beliau sanggup memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dengan secara sukarela menyerah diri.

Saya harap saudara Jeffery sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis dalam isu yang berkaitan. Tunjukkanlah bahawa kita sebagai blogger yang pro-kerajaan semasa bukannya menulis sesuatu itu bertujuan untuk memberi ancaman atau mendatangkan suasana yang tidak menentu didalam negara Malaysia ini melainkan kita bangkit semata-mata untuk membantu sedaya-upaya yang terdaya oleh kita bagi turut menyumbang sesuatu yang berfaedah demi negara tanpa perlu mengharapkan apa-apa juga pengiktirafan daripada sesiapapun jua.

Pihak lain harus sedar bahawa setiap blogger BPN mempunyai hala tuju yang sama dalam maksud yang hendak disampaikan kepada pembaca atau umum walaupun kelihatan kadang-kala terlihat ada perbezaan dari cara hendak menyampaikan maksud melalui penerbitan masing-masing namun hakikatnya ialah pada akhirnya hasil yang diharapkan adalah sama iaitu mahukan negara Malaysia terus teguh, kuat dibawah pentadbiran pemerintah yang jujur, ikhlas, amanah, adil dari segala segi demi kesejahteraan rakyat majmuk keseluruhannya.

Kepada pihak-pihak tertentu yang gusar serta merasa terganggu dengan kewujudan BPN, AIDC serta lain-lain blog yang pro-kerajaan, diharap sebelum mereka ini ingin memperbetulkan pihak lain adalah wajar untuk mereka perbetulkan dulu kebanyakkan blogger-blogger pro-pembangkang yang terlebih dulu mempromosi budaya fitnah, mengedit gambar pemimpin-pemimpin negara ini mengikut kemahuan mereka tanpa memperdulikan undang-undang sedia ada.

Kita boleh lihat sebelum ini bagaimana banyaknya gambar-gambar pemimpin negara termasuk Ketua Polis Negara telah dilakar dengan imej yang jelas mengaibkan sekali. Gambar YABhg. Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Mohd Najib, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail dan lain-lain lagi. Jadi ada tak kita nampak yang pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya dari Pakatan Pembangkang yang bersuara mengenai hal ini? Tiada!

Diakhir tulisan ini harapan saya kepada semua blogger BPN, AIDC serta blogger-blogger yang punya matlamat seiringan dengan perjuangan BPN, AIDC... walaupun seorang daripada rakan kita mungkin akan berdepan dengan tindakan tertentu namun kita tidak harus mengalah atau lemah semangat, dan jadikan perkembangan ini sebagai satu dorongan serta panduan untuk kita sentiasa berwaspada pada masa depan agar tidak selalu tergelincir ke tepi.

Isnin, Februari 08, 2010

DAP, PKR & PAS - Menafikan kebebasan bersuara dan berkarya di Malaysia

Apabila telah gagal untuk membaca maksud serta gagal juga untuk memahami makna disebalik lakaran setiap gambar mereka sebagaimana yang dihasilkan oleh blogger Jeffery Damien didalam blog beliau, maka PAS menerusi beberapa anggotanya telah membuat laporan terhadap pengendali blog http://jefferydamien09.blogspot.com

Setelah Pakatan 3 parti itu mulai terasa yang pengaruh mereka semakin tergugat bukan hanya disebabkan oleh penerangan berterusan oleh pihak BN malah turut dibantu oleh blogger-blogger pro-kerajaan, maka dengan itu secara perlahan-lahan mereka cuba untuk menghalang segala usaha oleh para blogger dari terus membongkar setiap kepincangan didalam kepimpinan mereka selama ini.

Dikatakan, alasan utama mengapa pihak PAS ini terpaksa membuat laporan polis terhadap saudara Jeffery Damien ialah kononnya didapati karya beliau seperti lakaran wajah yang membabitkan Datuk Seri Anwar dan juga Datuk Nik Aziz Nik Mat bersifat "provokatif serta melanggar undang-undang negara." ...itu kata mereka hanya pada masa sekarang tapi pada masa dulu tiadapun.

Jadi saya sarankan jika PAS atau DAP atau PKR mahu ketertiban semua blogger dalam menyampaikan mesej melalui tulisan mereka di blog diamalkan, adalah lebih elok dan lebih baik tegurlah dulu semua penulis-penulis blog dari pihak pro-pembangkang agar lebih beretika serta bertanggungjawab didalam setiap penerbitan yang mereka lakukan.

Tetapi jika dipihak mereka para bloggernya dibiarkan sahaja untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang sebagaimana yang mereka sendiri faham namun adalah tidak wajar sekiranya penulis blog di sebelah kerajaan pula yang hendak dikenakan tindakan sekiranya terdapat menghasil sesuatu yang tidak menguntungkan mereka.

Apabila keadaan dimana pihak PAS telah membuat laporan polis terhadap rakan blog kami dalam BPN serta AIDC ini jelas menunjukkan bahawa sebenarnya pihak Pakatan Pembangkang telah menafikan hak rakyat biasa untuk bebas memperkatakan sesuatu isu, mempertikaikan sesuatu perkara jika ianya benar-benar menyeleweng.

Dan memang jelas sekali langkah yang telah diambil oleh PAS, DAP dan PKR itu adalah sangat bertentangan sama sekali dengan pendekatan yang telah dan sedang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini iaitu rakyat bebas untuk menyuarakan pandangan masing-masing walau dalam bentuk apapun caranya asalkan tidak keterlaluan.

Akhirnya, saya berharap semoga saudara Jeffery tidak gentar dengan laporan yang dibuat, teruskan perjuangan anda dan kita semua sentiasa harus sedar dan ingat...bahawa biasanya apabila pihak PAS atau sekutu-kutunya menyedari yang kepentingan pihak mereka seolah-olah tercabar maka mereka akan mempergunakan polis untuk tujuan menghalangnya tetapi jika tiada apa-apa maka pihak polis lah yang sering difitnah mereka dengan bermacam-macam cerita, dimaki-hamun, dicerca malah anggota polis juga pernah ditampar oleh Ahli Parlimen Padang Serai YB N. Gobalakrishnan.

Arkib Blog