Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, April 03, 2009

Perdana Menteri Malaysia ke-6, Syabas & Tahniah !

Pada hari ini tanggal 03hb. April 2009, Jumaat jam 10.00 pagi, sah lah sudah Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, bagi menggantikan YABhg. Tun Haji Abdullah Ahmad Badawi yang telah melepaskan jawatan tersebut secara rasminya pada 02hb. April 2009 hari Khamis yang baru lalu. Setinggi-tinggi ucapan Tahniah dan Syabas kepada Y.A.B Datuk Seri Mohd Najib.

Kini harapan seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib untuk membawa kemajuan Malaysia kearah yang lebih tinggi dan hebat lagi, disamping itu juga ingin melihat kemampuan Y.A.B. Datuk Seri Najib membawa negara keluar dari kemelut ekonomi global yang turut dan sedang dihadapi Malaysia sekarang serta kekalutan politik di Negara ini yang seolah-olah tiada berpenghujung.

Bagi saya perlantikkan Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Najib ini, sudah pasti akan dapat mengubah landskap politik tanah air daripada keadaan yang tidak stabil sekarang kepada yang akan kembali stabil seperti sebelum tahun 2004. Ini semua bergantung kepada apa "dasar" yang akan dibawa beliau nanti. Jika "dasar keterbukaan" dalam pentadbiran seperti yang mula diamalkan sejak awal tahun 2004 tidak ditarik balik, besar kemungkinan usaha untuk menstabilkan semula suasana politik yang sudah sedia bercelaru seperti sekarang akan gagal tetap ada. Apa yang sangat penting adalah, supaya setelah bergelar sebagai seorang Perdana Menteri..,beliau haruslah berani membuat keputusan yang terbaik untuk seluruh rakyat tanpa ada campur tangan daripada "orang-orang disekelilingnya" seperti apa yang telah berlaku didalam pentadbiran sebelum ini. Dalam hal ini beliau hendaklah merujuk cara bagaimana YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin negara ini ketika YABhg. Tun menjadi Perdana Menteri. Ini bukanlah bermaksud beliau harus menurut semua gaya kepimpinan YABhg. Tun, namun apa yang pasti adalah beliau harus menonjol sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang sama hebat seperti YABhg. Tun Dr Mahathir.

Mengenai calon-calon barisan Menteri Kabinet beliau nanti, maka sebagai rakyat biasa yang sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada kerajaan, saya berharap supaya setiap Menteri yang akan dilantik nanti adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar ataupun sekurang-kurangnya tahu serta faham tugas mereka masing-masing disetiap Kementerian dimana mereka diletakkan untuk memberi khidmat kepada rakyat. Disamping itu juga, mereka yang bakal dilantik sebagai Menteri Penuh atau juga sebagai Timbalan Menteri nanti, hendaklah terlebih dahulu tahu fungsi Kementerian yang mereka sedang duduki serta berpengetahuan luas mengenai semua bidang kuasa kementerian serta tahu sasarannya. Jika dilantik seseorang itu sebagai Menteri atau Timbalan Menteri hanya untuk memenuhi kouta setiap parti atau kaum yang telah diperuntukkan, maka usaha untuk memulihkan keadaan yang sedia ada kepada keadaan yang lebih selesa pada masa hadapan mungkin tidak akan tercapai.

Walau apapun, kepada Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib...,kita semua rakyat Malaysia bersandarkan harapan..harapan baru. Dan saya percaya secara peribadi, bahawa Y.A.B. Datuk Seri Najib telah bersedia sepenuhnya serta mampu untuk memenuhi harapan seluruh rakyat Malaysia agar suasana ekonomi serta keadaan politik semasa dapat ditangani dengan sebaik-baiknya. Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam pentadbiran pusat serta negeri. Beliau telah berjaya mentadbir Negeri Pahang Darulmakmur dengan berkesan ketika memegang jawatan sebagai Menteri Besar Pahang sewaktu usia yang begitu muda. Diperingkat pusat pula, beliau telah menerajui banyak kementerian serta berjaya memimpin setiap kementerian yang telah diamanahkan kepada beliau dengan begitu cermerlang sekali. Maka ini semua lah yang menjadi bekalan ataupun tiang pengukur kepada kejayaan Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 nanti, segalanya telah terbukti beliau memang mampu serta berkebolehan tinggi...,walau apa-apapun tanggapan umum terutamanya pembangkang terhadap beliau sehingga tergamak menaburkan berbagai-bagai fitnah kepada beliau walaupun sehingga ke saat akhir bermulanya Majlis Angkat Sumpah sebagai Perdana Menteri di langsungkan, namun Tuhan Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui...,Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib kini sah sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah di Perkenankan Oleh KDYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kepada Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak...Setinggi-tinggi ucapan SYABAS serta TAHNIAH saya kalungkan, semoga Datuk Seri berjaya dan terus berjaya membawa Malaysia ke puncak kejayaan walaupun mungkin dirintangi dengan berbagai halangan. Selamat Maju Jaya Datuk Seri Perdana Menteri yang baru, dan selamat bertugas.
Posted by Picasa

Sabtu, Mac 28, 2009

Bumi Kenyalang Wilayah Borneo


Burung Kenyalang merupakan salah satu species dari keluarga enggang yang telah dijadikan simbol atau lambang Kerajaan Negeri Sarawak, maka ianya telah telah dilindungi atau dimasukkan dalam senarai haiwan yang mendapat kawalan sepenuhnya daripada diburu ataupun dipelihara secara persendirian tanpa permit yang sah. Burung Kenyalang memang banyak terdapat di Wilayah Kepulauan Borneo terutama didataran yang tinggi seperti dikawasan yang berbukit-bukau.
Posted by Picasa

Sabtu, Mac 14, 2009

Perlembagaan Malaysia Perlu Dijaga, Tak Perlu Dikaji

Situasi Politik di Malaysia dewasa ini semakin membimbangkan sekali. Jika keadaan seperti ini tidak diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan yang memerintah, maka tidak dapat dinafikan suatu masa nanti bila keadaan sudah sangat mendesak, apakah kerajaan mampu mengawalnya? Apa yang perlu kerajaan lakukan setakat ini, pada pandangan saya ialah cuma kawal sepenuhnya tingkahlaku para pemimpin politik agar bersesuaian dengan kedudukan mereka yang disebut sebagai Yang Berhormat dan Yang Amat Berhormat
Namun apa yang lebih membimbangkan saya ialah desak demi desakan yang dibuat oleh ahli-ahli Yang Berhormat atau wakil-wakil rakyat terutama dari pihak pembangkang supaya kandungan Perlembagaan Malaysia dikaji semula terutama berkaitan dengan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh tiga kaum terbesar Melayu, Cina dan India di Malaya serta dengan kaum Peribumi juga kaum Cina Sabah/Sarawak ketika sebelum pembentukkan Malaysia dahulu. Perlu pembangkang ingat bahawa setiap apa yang terkandung baik akta ataupun artikel didalam Perlembagaan Negara adalah terikat antara satu dengan yang lain, yang membawa makna ialah setiap perjanjian yang telah dimeterai sebelum penubuhan Malaysia adalah bersifat mengikat..seandainya satu ikatan dibuka, bermakna perjanjian sudah diingkari.
Oleh itu, perlembagaan Negara tidak perlu diusik. Tetapi sekiranya masih ada pihak yang masih berdegil serta berkeras mahu perlembagaan Negara dikaji semula serta ingin menambah atau mengurangkan apa saja perkara yang terkandung dalam perjanjian itu, maka saya khuatir Malaysia akan berdepan dengan nasib akan berpecah sepertimana yang telah dialami oleh USSR atau Soviet Union pada satu ketika dulu. Perlembagaan Negara Malaysia ada hal yang sangat sensitif, jadi kepada pihak-pihak yang ada keinginan untuk kearah itu..,hentikanlah! Pada masa sekarang, apa yang perlu kita lakukan ialah meneruskan agenda pembangunan demi rakyat dan negara.

Jika PPSMI dimansuhkan..Nasib Generasi Yang Akan Datang,.bagaimana?

Peristiwa pada 8hb. Mac 2009 yang baru lalu iaitu bahtahan terhadap PPSMI adalah satu cubaan oleh pihak Gerakan Mansuhkan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris bagi menentang dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sejak enam tahun yang lalu,jika dilihat dari sudut budaya bangsa Malaysia yang terkenal dengan budi pekerti yang tinggi memang bertentangan sama sekali serta amat memalukan.
Bagi saya, sekiranya mereka tidak bersetuju sekalipun, perkara seperti ini seharusnya tidak patut dibawa berarak ke sepanjang jalanraya. Sebagai golongan yang mempunyai ilmu yang tinggi serta terpelajar juga ada dikalangan mereka itu adalah tokoh-tokoh, sepatutnya terlebih dahulu tahu memikirkan apa kesannya nanti dari tindakan yang tidak matang seperti berjalan kaki beramai-ramai, menjerit tak tentu pasal atas jalanraya sebelum menyerahkan memorandum kepada pihak Istana. Pada pikiran saya, mereka yang terlibat dalam demonstrasi adalah golongan yang boleh dikategorikan dalam senarai orang-orang yang bijak pandai,jadi mereka mesti bijak mencari ruang yang selesa untuk berbincang mengenai perkara itu, bukannya menyalahgunakan kemudahan jalanraya yang dibina oleh kerajaan BN untuk menyuarakan sesuatu isu.
Disebalik demonstrasi itu, andaikata pihak kerajaan akur dengan tuntutan GMP supaya memansuhkan dasar-dasar yang sedia ada berkaitan dengan PPSMI, apakah pihak GMP atau mereka yang menentang PPSMI itu akan bersedia untuk bertanggungjawab sekiranya prestasi pelajar-pelajar kita semakin merosot terutama dalam mata pelajaran Sains dan Matematik? Jika keadaan pendidikan di Malaysia semakin buruk dengan pencapaian pelajar tidak sampai ketahap yang disasar apabila keputusan peperiksaan diumumkan..,GMP tidak boleh sama sekali menyalahkan kerajaan dalam soal itu.
Diakhir artikel ini, ingin saya bertanya kepada Pengerusi GMP, Datuk Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, apakah kedua-dua YBhg Datuk tidak memikirkan kesan jangka panjang terhadap anak-anak bangsa kita pada masa hadapan akibat dari budaya yang telah ditonjolkan tempoh hari, iaitu budaya berdemonstrasi yang sepatutnya tidak melibatkan Datuk berdua?

Pentingnya Bakal-bakal YB Faham Sejarah Negara

Sejak kebelakangan ini rakyat sering disajikan dengan berbagai gelagat ahli-ahli parlimen, baik didalam dewan parlimen mahupun diluar dewan terutamanya YB-YB pembangkang. Yang jelas kita dapat melihat, bagaimana segelintir wakil-wakil rakyat pembangkang ini seolah-olah tidak tau langsung sejarah negara, tidak faham undang-undang negara serta juga hanya pandai menyebut perkataan "perlembagaan negara" namun tidak tau apa maksud isi kandungannya.Bagi saya, alangkah baiknya jika diwujudkan satu prasyarat baru kepada individu tertentu yang ingin menceburkan diri dalam bidang politik, misalnya andainya jika seseorang itu ingin bertanding sebagai calon pada pilihanraya tidak kira kecil ataupun umum..,beliau harus memenuhi beberapa syarat tambahan seperti lulus kursus tentang sejarah,undang-undang atau perlembagaan negara sebelum dilayakkan untuk bertanding. Jika sebelum ini kita dapati syarat untuk membolehkan seseorang itu bertanding pada setiap pilihanraya tertalu mudah. Jadi jika peraturan baru dapat dilaksanakan, saya percaya rakyat tidak akan rugi memilih seseorang untuk mewakili mereka didewan parlimen maupun didewan undangan negeri atau dalam ertikata lain tidak tersalah pilih.

Khamis, Oktober 16, 2008

Cadangan: Penubuhan Kelab BN

Sebagai salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang mempunyai secebis rasa tanggungjawab terhadap keharmonian Negara, saya secara jujur tidak setuju sama sekali dengan satu cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi iaitu supaya ditubuhkan kelab BN untuk mereka yang berminat dengan BN tetapi dalam pada itu juga mereka tidak menyukai sesetengah parti yang ada bersama di dalam gabungan BN. Jadi, pada pandangan saya seandainya ianya akan menjadi kenyataan, pertama sekali kelab tersebut jika membuka keahlian secara terus sepertimana yang disaran, akan mempunyai ahli dengan serta-merta. Keduanya, apabila sudah mempunyai ahli yang mencecah ratusan ribu, tentu sekali mereka akan memerlukan seorang ketua untuk memimpin serta timbalannya, naib-naib, setiausaha dan bendahari sebagaimana organisasi yang lain. Ketiga, apabila mereka sudah mempunyai suara didalam BN, mustahil mereka tahan untuk menjadi ahli senyap BN. Tentu sekali mereka akan menyuarakan sesuatu perkara yang tidak memuaskan hati, termasuk hubungan dengan kompanen parti lain dalam BN itu sendiri. Ini semua, jika terjadi maka disitulah bermulanya masalah serta keretakkan hubungan sesama parti yang menganggotai BN. Pada pandangan saya buat masa ini, langkah untuk mewujud apa-apa kelab pun demi untuk menarik sokongan golongan yang bermasalah seperti itu kepada BN hendaklah dihentikan, tiada yang baik kita dapat daripadanya tetapi hanyalah masalah yang timbul.

Cadangan: BN Menjadi Sebuah Parti Tunggal Berbagai Kaum

Saya secara peribadi sangat tidak bersetuju dengan satu cadangan yang datangnya daripada Presiden Parti Gerakan, iaitu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Dimana beliau telah menyarankan agar parti-parti yang menjadi kompanen di dalam gabungan Barisan Nasional (BN) dibubarkan, dan seterusnya dia memberi cadangan supaya BN secara otomatik menjadi Parti tunggal yang mewakili berbagai kaum di Malaysia. Apakah Tsu Koon tidak memikirkan secara mendalam terlebih dahulu tentang cadangan dia itu serta akan kesannya nanti dan apakah dia tidak jelas dengan perjuangan sebenar Barisan Nasional itu sendiri? Tsu Koon harus sedar, bahawa BN itu adalah sebuah pertubuhan yang sangat besar yang didalamnya mengandungi berbagai parti yang mewakili kaum-kaum yang tertentu, yang juga sama-sama memperjuangkan nasib seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang. Perjuangan parti-parti yang berada didalam BN adalah ke satu arah, iaitu membangunkan serta memajukan negara dan juga membela rakyat. Tsu Koon juga harus ingat dan faham, bahawa BN adalah seumpama sebuah Mahligai yang sangat besar serta mempunyai banyak bilik-bilik didalamnya. Umpamakan saja parti-parti didalam BN itu sebagai bilik-bilik didalam Mahligai. Tidak mungkin didalam sesebuah Mahligai, tiada satu pun bilik untuk kegiatan apa-apa. Tempat menukar baju, tempat beristirehat,tempat makan, tempat tetamu datang dan sebagainya. Oleh itu Tsu Koon harus sedar, cadangan dia itu tiada apa-apa faedahnya, jika terjadipun memang hanya akan mendatangkan begitu banyak masalah, jauh sekali untuk menyelesaikan masalah. Tsu Koon mesti melihat dengan jelas, bahawa BN lahir adalah dari kesedaran pemimpin yang terdahulu, yang mahukan setiap kaum di Malaysia harus maju dan bersatu, oleh itu maka tertubuhlah Barisan Nasional. Jadi disini, tidak timbul lagi soal keperluan untuk mewujudkan kelainan, kerana perjuangan BN adalah sudah sangat jelas, iaitu untuk semua golongan rakyat. Apa yang diperlukan disini, adalah pemimpin semasa, apakah mereka mampu memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat, sepertimana yang dituntut oleh pengasas BN yang terdahulu?

Datuk, Melaka dan Shah Rukh Khan

Sebenarnya saya lebih awal ingin memberikan pendapat mengenai isu Anugerah yang membawa gelaran Datuk kepada artis Bollywood, Shah Rukh Khan. Namun oleh kerana kesibukkan tugas ianya terpaksa ditunda akhir sedikit dan agak terlewat, walau bagaimanapun saya tetap ingin juga mengemukakan pandangan saya disini. Pada saya, penganugerahan bintang kebesaran sebegitu besar kepada seseorang dari negara luar adalah kurang tepat dan tidak bijak. Anugerah seumpama itu boleh dibagi, tetapi harus berdasarkan sebab yang kukuh, berdasarkan sumbangan seseorang itu kepada rakyat atau masyarakat, kebajikkan yang telah dilakukan, sumbangan terhadap ekonomi negara, jasa dan bakti yang jelas untuk keamanan negara dan lain-lain lagi yang mempunyai kaitan dengan peningkatan hubungan sesama rakyat yang terdiri dari berbagai budaya, bangsa serta adat resam. Cuba kita pikirkan, seandainya setelah beliau(SRK) ini sudah diberikan gelaran Datuk, apakah dia akan sentiasa ingat orang yang memberi anugerah tersebut dan dari negeri mana? Apakah nanti dia akan selalu membantu kerajaan Negeri Melaka mempromosi apa sahaja yang hendak ditawarkan oleh kerajaan Negeri kepada bakal-bakal pelancong dari luar? Bukan itu saja, malah saya pikir akan lebih banyak perkara yang tidak baik daripada baik akan kita lihat ekoran dari pemberian anugerah seperti itu, antaranya tentu masyarakat seni itu sendiri. Mereka tentu merasakan seolah dipinggirkan. Jika kita imbas kembali tentang sumbangan anak-anak seni di Negara ini, tentu sekali tiada ternilai. Mereka ini semua adalah diantara jutaan rakyat yang menyumbang secara langsung kepada ekonomi negara melalui melalui royalty daripada karya-karya yang dihasilkan. Contoh yang paling baik ialah seperti penyanyi Noraniza Idris, Anita Sarawak, Allahyarham Hussein Abu Hassan, Allahyarham Aziz Jaafar, Allahyarhamah Normadiah dan ramai lagi. Mereka ini semuanya telah begitu lama bergiat didalam seni dan ada diantaranya yang telah meninggal dunia, tetapi dimana penghargaan yang mereka perolehi? Selain anak-anak seni, kita tidak lupa juga kepada bekas-bekas perajurit selaku barisan hadapan negara. Mereka ini juga banyak juga yang telah meninggal dunia akibat terkorban ketika di medan perang ataupun kerana sakit tua. Tetapi setelah khidmat mereka tamat, apakah bentuk penghargaan atau juga anugerah yang diterima atau yang akan diterima? Contoh yang paling tepat adalah seorang bekas anggota tentera iaitu PW1 Kanang anak Langkau dari Sarawak. Apa yang kerajaan bagi kepada beliau, apa lagi anugerah selain PW1 diberikan sebagai mengenang jasa dan pengorbanan beliau ketika bertugas dengan ATM ? Jadi, didalam isu penganugerahan pangkat Datuk kepada SRK itu, diharap semua pembaca dapat menilai kebaikkan dan keburukkannya.

Rabu, Oktober 01, 2008

Pujukkan Lompat Parti - adalah Rasuah Yang Jelas

Samada benar atau tidak, dakwaan yang mengatakan ada dikalangan Ahli Parlimen BN akan melompat parti dan akan menyertai parti pembangkang, iaitu setelah bersetuju dengan tawaran pangkat dan jawatan jika pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan adalah dilihat sebagai sesuatu yang sangat tidak wajar dan bertentangan sama sekali dengan sistem demokrasi yang negara Malaysia amalkan sejak dulu lagi. Jika benar terjadi sedemikian, bermakna kerajaan baru yang bakal ditubuhkan nanti adalah tidak sah kerana majoriti kerusi yang diperolehi didewan Parlimen adalah terhasil daripada amalan rasuah. Rasuah bukan hanya dalam bentuk wang ringgit, kebendaan semata-mata malah dalam bentuk pujukkan dan janji-janji manis "janji jika dapat" akan diberikan dengan berbagai-bagai ganjaran. Jika seseorang yang memberi janji-janji kepada orang yang akan menerima janji, misalnya "jika kita dapat tubuh kerajaan, kami akan berikan anda dengan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri., perkara janji-janji seperti ini boleh disimpulkan juga sebagai Rasuah Minda atau Rasuah Pemikiran. Andai seseorang itu telah dirasuahkan dengan janji-janji manis, sekiranya beliau menerima itu bermakna rasuah politik akan mula membiak dan seandainya beliau menolak tawaran-tawaran pangkat dan sebagainya, itu tandanya beliau menolak kegiatan rasuah politik dan uasaha mencegah rasuah mendapat kerjasama.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Syawal 1429

Selamat merayakan sambutan Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. Semoga setiap sambutan Perayaan seperti ini akan berterusan sepanjang masa. Rakyat Malaysia sama-sama merayakan setiap perayaan yang diadakan, tanpa mengira keturunan, fahaman agama dan budaya.

Jumaat, September 26, 2008

"Sama seperti makanan anjing" Apa Maknanya ?

Saya ingin merujuk kepada satu ungkapan yang pernah digunakan oleh YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputih ketika mengadakan sidang media sebaik sahaja dibebas dari tahanan ISA baru-baru ini. Ketika memberitahu kepada para wartawan tentang jenis dan bentuk makanan yang dihidangkan kepada beliau semasa didalam tahanan, dengan nada sinis beliau menyamakan makanan yang diberikan "sama seperti makanan anjing". Mungkin YB Teresa tidak kenal ataupun tidak tahu bahawa anjing terdiri daripada berbagai kelompok, iaitu anjing liar, anjing peliharaan dan anjing gila. Tentang tabiat pemakanan, anjing juga adalah berbeza lebih kurang seperti manusia juga ada yang cerewet dan ada juga yang tak kisah, janji perut berisi. Semuanya ini berdasarkan kepada anjing-anjing tersebut datang dari kelompok mana. Perlu diingatkan bahawa makanan ruji anjing adalah "najis" manusia atau "tahi", ini juga dilihat sebagai pilihan terakhir bagi anjing-anjing peliharaan jika sudah kebuluran tetapi adalah makanan yang wajib dan harus bagi anjing-anjing liar. Bagi anjing-anjing gila pula, tabiat pemakanan dia hampir sama dengan anjing liar iaitu tidak memilih, cuma yang membezakan kedua-dua golongan anjing-anjing ini adalah gelaran yang diberi iaitu liar dan gila. Yang liar bila dia nampak manusia, dia akan lari dan menjauhkan diri tetapi anjing gila pula bila dia terserempak dan bertemu dengan manusia dia akan mengejar, menerkam serta menggigit. Anjing peliharaan adalah anjing yang dipelihara, ianya jinak dan ada juga yang garang. Yang jinak adalah anjing-anjing yang dipelihara oleh manusia yang kurang berkemampuan dan makanan yang diberikan memanglah ala kadar saja, jika keadaan anjing ini terlalu lapar juga boleh mendesak dia mencari makanan alternatif yang lain seperti najis-najis manusia. Manakala anjing yang garang-garang adalah yang dipelihara oleh manusia dari golongan yang kaya-raya iaitu berperanan untuk memantau keselamatan kawasan kediaman si pemiliknya dan tentu sekali senantiasa diberi dengan menu makanan yang jauh lebih mewah jika dibandingkan dengan makanan yang diperolehi oleh segelintir manusia yang hidup melarat di dunia ini. Anjing-anjing yang dipelihara oleh orang yang kaya-raya tidak pernah menyelongkar tong-tong sampah ditepi jalan untuk mendapatkan makanan. Kadang-kadang ada juga sesetengah daripada manusia yang hidup serba kekurangan di atas muka bumi ini, tidak pernah langsung menjamah ataupun menikmati makanan sepertimana yang diberikan kepada anjing-anjing oleh pemiliknya yang hidup didalam serba-serbinya mewah. Oleh itu, jika YB Teresa Kok ingin membuat perbandingan tentang antara makanan anjing dengan makanan yang diberikan kepada beliau semasa didalam tahanan ISA, YB Teresa haruslah paham tentang apa makanan yang dimakan oleh anjing terlebih dahulu sebelum menyamakannya dengan makanan yang sememangnya hanya untuk manusia. Mungkin juga YBTeresa tidak pernah makan makanan seperti apa yang dia sebut, iaitu nasi, 2 biji telur separuh masak, potongan mentimun, ikan kembung, ayam dan yang lain-lain lagi. Tetapi bagi rakyat yang biasa dengan kehidupan yang susah, makanan seperti itu mungkin agak sukar untuk dinikmati sebulan sekali, apatah lagi untuk seminggu sekali, untuk setiap hari jauh sekali. Walau apa-apapun YB Teresa haruslah bersyukur kerna diberi makanan seperti itu, daripada langsung tidak diberi makanan.

Rabu, September 24, 2008

Bertanding Sebagai Wakil Rakyat - Untuk apa ?

Kita di Malaysia ini telah banyak kali melalui proses demokrasi iaitu pilihanraya. Ini adalah bertujuan untuk memilih wakil-wakil rakyat yang akan menjadi ahli Parlimen diperingkat pusat atau diperingkat negeri ianya disebut sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Semasa tempoh Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan, ada banyak proses yang mesti dilalui, misalnya menetapkan tarikh penamaan calon dan selepas itu menetapkan tarikh pembuangan undi, ini adalah diurus oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Manakala bagi parti-parti politik yang akan turut serta didalam pilihanraya, mereka juga akan akan berdepan dengan banyak proses misalnya memilih calon-calon yang sesuai, yang berkelayakkan dan boleh dipercayai untuk bertanding didalam pilihanraya. Untuk tempoh tersebut juga, para pemimpin parti politik masing-masing akan menyediakan berbagai-bagai janji didalam manifesto pilihanraya bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi kelak. Itu adalah serba sedikit tentang perjalanan salah satu daripada sistem demokrasi yang ada di Negara kita. Namun sejak akhir-akhir ini kita telah merasakan ada sesuatu yang tidak kena telah muncul apabila sesuatu pilihanraya itu berakhir. Sepatutnya, apabila setiap pilihanraya itu sudah selesai, maka sesiapa yang telah menang atau parti mana yang sudah menang, bermakna mereka itulah yang telah menjadi wakil rakyat untuk penduduk disitu dan patut serta semestinya menunaikan janji seperti apa yang telah telah dilafazkan kepada pengundi semasa berkempen dan juga sepertimana yang terkandung didalam manifesto pilihanraya dulu. Tetapi apa yang jelas kelihatan sekarang ialah, kita secara sedar atau tidak, undi yang telah diberikan oleh rakyat untuk memenangkan mereka pada pilihanraya tidak digunakan sebaik-baiknya, malah ada sesetengahnya seolah-olah telah menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan oleh rakyat. Sesetengah rakyat memilih mereka adalah dengan harapan supaya wakil yang dipilih mampu untuk memberi perkhidmatan yang sangat-sangat diharapkan penduduk setempat, seperti untuk menaiktaraf sosio ekonomi, memberi banyak peluang pekerjaan serta dapat menyelesaikan banyak masalah. Tetapi perkara yang sebaliknya telah berlaku, ada sesetengah wakil-wakil rakyat yang mana bila sudah bergelar "Yang Berhormat"{ YB } perjuangan mereka seperti telah menyimpang jauh dan tersasar dari matlamat asal iaitu untuk membela rakyat. Ada juga yang dilihat setelah mendapat kuasa sebagai wakil rakyat hanya memperjuangkan kepentingan diri sendiri, rakan-rakan dan keluarga masing-masing yang tiada kaitan langsung dengan tujuan asal mereka bertanding didalam pilihanraya. Masalah rakyat mudah dilupakan, janji entah kemana.

Perpaduan Kaum : Sukar Untuk DiRealisasi

Kebanyakkan rakyat diseluruh Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum inginkan perpaduan dikalangan sesama mereka, namun apa yang menjadi halangan besar ke arah itu adalah sikap kaum-kaum itu sendiri. Antara sikap-sikap yang saya maksudkan ialah, apabila ada individu yang datang dari kaum yang lain menegur individu yang dari golongan kaum yang tertentu, maka teguran itu sering sahaja dilihat sebagai menyentuh atau mencampuri hak-hak kaum tersebut walaupun ianya hanya bersifat peribadi. Ini lebih parah lagi jika ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan daripada situasi itu dan terus menggembar-gemburknya sehingga ianya menjadi isu perkauman yang besar. Ini menunjukkan sikap mementingkan kaum sendiri masih tebal dikalangan rakyat Malaysia. Yang seterusnya sikap tidak memperdulikan orang sekeliling atau dengan istilah "tidak menjaga tepi kain orang lain". Ini terutamanya memang berlaku di bandar-bandar kecil juga di bandar-bandar besar. Jiran-jiran sebelah-menyebelah rumah tidak pernah kenal dengan jiran tetangga walaupun sudah berjiran berpuluh-puluh tahun. Tambahan lagi rumah-rumah di bandar kesemuanya di pisah ataupun di hadang dengan pagar, tembok batu dan simen, depan rumah berpagar, bila nak keluar barulah pintu pagar dibuka, bila sudah keluar pintu pagar ditutup semula, dikunci. Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan lagi usaha kerajaan untuk melihat rakyat dia bersatupadu, kenal antara satu dengan yang lain, malah perpaduan yang hendak diwujudkan mungkin akan menyimpang lebih jauh lagi dari matlamat asal. Perpaduan kaum yang sebenar adalah yang lahir dari hati sanubari dan jiwa yang ikhlas tanpa dipaksa-paksa. Lahir dari perasaan yang saling memahami, hormat-menghormati antara kaum. Ianya wujud secara semulajadi, oleh itu jika adapun usaha ke arah perpaduan, andaikata dianya berhasil mungkin juga ia kekal lama mungkin juga tidak.

I.S.A adalah Penawar Bagi Keselamatan Negara

Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) yang sejak akhir-akhir ini sering dipertikaikan oleh sesetengah pihak, ada diantaranya mengsyorkan supaya pindaan dibuat, ada juga yang mencadangkan supaya akta tersebut dikaji semula dan tidak ketinggalan juga ada yang mahu atau mendesak supaya akta itu dimansuhkan sepenuhnya. Tetapi apabila kita melihat keadaan yang tidak menentu didalam negara pada masa ini, maka kita melihat harus ada satu undang-undang yang khusus untuk membendung masalah-masalah seperti itu dari terus-menerus berlaku. Namun kita bertuah kerana telahpun mempunyai akta yang sedemikian. Apa yang penting sekarang, ialah kita harus mempertahankan supaya akta itu terus kekal demi menjaminkan keselamatan dan kesejahteraan Negara. Walaupun bagi sesetengah pihak ianya patut dihapuskan, tetapi bagi mereka yang sangat memahami betapa pentingnya akta itu digunapakai, ianya boleh diibaratkan seumpama 'UBAT atau PENAWAR", inya sangat berkesan sekali didalam usaha mencegah sebarang tindakkan yang melanggar undang-undang Negara. ISA adalah ubat yang harus ditelan, biarpun pahit tetapi ia mampu untuk menyembuhkan penyakit dari terus menyerang dan mengganggu kehidupan.

Sabtu, September 20, 2008

BN Jangan Layan Karenah Pembangkang

Adalah sangat baik jika pemimpin-pemimpin parti kompenan Barisan Nasional tidak perlu memberi perhatian ataupun tidak usah melayan apa sahaja apa-apa isu yang ditimbulkan oleh para pembangkang. Jika terus dilayan, mereka juga tentu akan terus-terusan menimbulkan apa saja perkara tidak kira, dari hal-hal yang remeh-temeh sehingga ke perkara yang tidak pernah wujud. Rakyat tidak seharusnya dibawa atau diseret bersama ke dalam pertelingkahan yang belum tentu ada penghujungnya ini. Pemimpin-pemimpin BN seelok-eloknya, tidak usah terikut-ikut dengan rentak yang dipalu oleh para pemimpin pembangkang. Tidak perlu mengulas apa juga kenyataan-kenyataan yang mereka buat. Biarkan saja, lama-kelamaan tentu mereka akan jemu. Jika dilayan, ianya seumpama "meniup api yang sedang marak didalam belukar" dengan tujuan untuk memadamkannya, pada hal ianya hanya akan lebih menyemarakkan api itu dan sudah tentu ianya akan lebih marak dan besar.

Jumaat, September 19, 2008

Sistem Perlantikkan Ketua Kampung & Penghulu Perlu Diperbaharui

Pada pandangan saya, sistem atau cara-cara perlantikkan seseorang Ketua Kampung ataupun Penghulu bagi setiap kampung dan mukim pada masa kini hendaklah dikaji semula dan jika perlu, sistem yang sedia ada haruslah ditukar selari dengan tuntutan masa. Sejak dari dulu hingga sekarang perlantikkan seseorang Ketua Kampung serta Penghulu adalah dibuat secara lantikkan terus oleh Majlis Kerajaan Tempatan ataupun oleh Pegawai Daerah tanpa merujuk kepada penduduk kampung itu sendiri terlebih dahulu. Bagi saya, seseorang yang hendak dilantik menjawat jawatan Ketua Kampung atau Penghulu semestinya penduduk asal kampung tersebut, memiliki ciri-ciri pemimpin, mesra penduduk, tidak buta huruf, peka dengan perkembangan semasa, memahami adat serta budaya bangsa sendiri dan juga kaum lain, mengambil berat permasalahan penduduk setempat, mengenali semua penduduk kampung yang didiami dan paling penting tidak melibatkan diri didalam politik. Jika semua perkara-perkara seperti ini diberi perhatian, maka sudah tentu sistem atau cara pemilihan yang baru harus diwujudkan, supaya mereka-mereka yang akan dipilih memegang jawatan Ketua Kampung juga Penghulu untuk tempoh tertentu dapat menjalankan tugas masing-masing dengan lebih telus, amanah serta lebih bertanggungjawab. Sekiranya sistem perlatikkan yang ada sekarang tidak diubahsuai, maka saya bimbang mereka yang dilantik tidak akan memahami peranan serta tugas-tugas yang telah diberikan, malah memang ada sesetengah Ketua-ketua Kampung dan Penghulu yang hanya berperanan sebagai pendengar dan penonton, walaupun kekadang ada masalah terbentang didepan mata yang memerlukan penyelesaian dibuat. Seandainya sistem pemilihan cara baru dapat dilaksanakan, mungkin sekurang-kurangnya mereka-mereka yang bakal dipilih dapat membantu usaha kerajaan didalam hal-hal yang berkaitan dengan rakyat dan sudah pasti apa yang kerajaan hulurkan untuk rakyat dapat disalurkan terus serta sampai kesasaran. Oleh itu, sistem "pungutan suara" ataupun "mengundi" adalah yang terbaik dan harus diperkenalkan dan penduduk bolehlah membuat pilihan tetapi bagi mereka-mereka yang bakal bertanding tidak dibenarkan berkempen.

Ahad, September 14, 2008

PKR Mengejar Pelangi ke Taiwan

Langkah Penasihat Parti KeAdilan Rakyat(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar 5 wakil parti ke Taiwan di lihat sebagai satu usaha sia-sia sahaja, walaupun berbagai alasan dikemukakan tentang misi mereka ke sana kononnya untuk memeriksa bagaimana cara ahli-ahli BNBBC menggunakan perbelanjaan disana, namun tujuan sebenar memang sudah jelas dan tidak payah untuk memberi alasan lain, perkara ini umpama "sudah terang lagi bersuluh", mereka ke Taiwan adalah bagi memujuk ahli-ahli Parlimen BN yang sedang berada di situ untuk menyertai Pakatan Pembangkang. Pemimpin PKR seolah-seolah tidak sedar, bahawa ahli-ahli Parlimen BN yang menyertai rombongan sambil belajar ke Taiwan itu ada mereka yang terdiri dari kelab penyokong Kerajaan, jadi jika dilihat dari sudut ini memang sangat mustahil bagi mereka(PKR) akan dapat memikat ahli-ahli BN ini. Usaha-usaha seperti ini adalah tidak ubah seperti seseorang yang ingin mendekati pelangi, semakin dia ingin dekat semakin jauh pula pelangi itu beredar. Apa yang PKR dapat dari tindakkan yang tidak matang ini?? Ahli-ahli Parlimen BN sudah melangkah pergi terlebih dahulu ke Hong Kong meninggalkan wakil-wakil PKR ini tersangkut dan terkapai-kapai di Taipei, Taiwan. Ini semua seolah-olah dilihat seperti secara kebetulan,ketika itu juga Taufan menyerang Taipei, semua jenis penerbangan pergi-balik Taipei dengan Kuala Lumpur dibatalkan. Mungkin juga "pelangi" telah berlalu "taufan" pun tiba. Jika di imbas kembali, tindakkan menghantar wakil PKR ke Taiwan untuk memujuk ahli-ahli Parlimen BN supaya menyertai Pakatan Rakyat, walaupun andaikata ianya berjaya ataupun tidak, kedua-dua hasilnya akan memalukan semua pihak juga pada akhirnya. Misal kata pemergian wakil PKR ini berjaya menemui ahli-ahli Parlimen BN ketika sampai di Taiwan serta berhasil memujuk ahli-ahli Parlimen BN ini.,dan seterusnya berjaya membentuk kerajaan hasil daripada tindakkan ahli-ahli Parlimen BN ini melompat ke Pakatan Rakyat tentu sekali kerajaan yang dibentuk nanti tidak akan diiktiraf oleh majoriti rakyat yang memilih kerajaan terdahulu dan juga oleh sesetengah negara lain yang sama mengamalkan demokrasi sebenar, dan memang ada yang beranggapan kerajaan yang dibentuk ini tidak sah dan perlu dibubar semula. Lebih memalukan, jika kerajaan yang akan dibentuk nanti di samakan pula dengan kerajaan hasil rampasan kuasa, tiada bezanya..iaitu merampas hak rakyat yang telah memberi kuasa kepada kerajaan sedia ada untuk mentadbir negara. Keduanya; andaikata wakil-wakil PKR ini gagal di dalam semua misi mereka ini, sementara tarikh kerajaan baru yang akan bakal dibentuk sepertimana yang dijanjikan terutama kepada rakyat yang memihak kepada Pakatan Rakyat sudah semakin hampir menjelma, jadi persoalannya disini..apakah mereka-mereka yang telah menerima janji bahawa pada 16hb. September (tahun ?) kerajaan baru akan ditubuhkan akan menunggu dengan harapan yang tinggi melangit, tetapi kalaulah keadaan akan menjadi sebaliknya.,Bagaimana? Siapakah yang akan mendapat malu? Malu kepada rakyat sendiri, malu kepada rakan-rakan dari parti gabungan Pakatan Rakyat, malu kepada masyarakat luar, malu kepada mereka-mereka yang telah banyak memberi sokongan. { jadi, pikir-pikirkanlah }.

Sabtu, September 13, 2008

Selamat Kembali Semula YABhg.Tun Dr. Mahathir

Pada pertengahan bulan Mei 2008 yang lalu, saya sangat terkejut dengan satu pengumuman yang tidak pernah diduga daripada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, apabila mengistiharkan bahawa beliau serta isterinya YABhg. Tun Dr.Siti Hasmah Mohd. Ali keluar dari parti UMNO. Dan berita itu memang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, tambahan lagi ianya berlaku ketika keadaan dan suasana politik dalam negara yang tidak begitu baik dan selesa. Namun kita harus bersandar kepada harapan, supaya Tun Dr. Mahathir mempertimbangkan semula keputusan beliau itu, biarpun untuk jangkamasa yang agak lama. Tidak dapat disangkalkan bahawa keputusan beliau itu tetap akan mewujudkan suasana sedih kepada seluruh rakyat Malaysia terutama dikalangan orang-orang UMNO itu sendiri. Walau bagaimanapun kita sangat-sangat berharap agar peristiwa itu akan menjadi sejarah yang juga harus dikenang apabila Tun Dr. Mahathir sudi menyambut pelawaan dari para pemimpin UMNO supaya kembali semula ke pangkuan parti itu. Ini mungkin juga adalah dari berkat doa rakyat keseluruhan yang inginkan supaya Malaysia kembali semula kepada suasana, aman, tenteram, makmur, maju serta kuat, disegani dan dihormati diseluruh dunia sepertimana masa Tun Dr. Mahathir mentadbir negara ini dulu. Walaupun nanti dengan adanya Tun Dr. Mahathir di pihak pemerintah tanpa apa-apa peranan yang khusus, kita sebenarnya sangat mengharapkan agar idea-idea beliau yang sangat bernas, kata-kata nasihat serta pandangan mendalam beliau nanti dapat membantu didalam usaha memperbaiki semula kelemahan, ketidaktentuan cara mentadbir. Oleh itu kita sangat berharap, sekiranya nanti Tun Dr. Mahathir ada memberikan buah pikiran bagaimana cara-cara untuk menangani, mengatasi masalah ataupun mengurus kerajaan dengan cekap dan berkesan, semua pihak haruslah menerimanya dengan hati yang terbuka dan janganlah terus menolak mentah-mentah. Kita semua harus ingat, beliau telah memerintah Malaysia ini selama lebih dari 22 tahun dengan begitu berjaya sekali, sehingga Malaysia muncul sebagai sebuah negara paling maju diantara negara-negara membangun dan menjadi contoh kepada negara membangun yang lain. Biarpun dalam jangkamasa 22 tahun mentadbir Malaysia, beliau memang tidak dapat lari dari sebarang masalah yang datang dari berbagai bentuk rupa didalam negara, tetapi beliau telah berjaya mengatasinya dengan cara dan kaedah yang betul, sesuai serta selari dengan peruntukkan undang-undang semasa dan sedia ada.

Jumaat, September 12, 2008

KONSPIRASI - Rancangan Siapa ?

Perkataan "Konspirasi" sering di sebut oleh Penasihat Parti
Keadilan Rakyat
yang
juga Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua
Pembangkang
di
Dewan Parlimen
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ada
masalah
atau pun
kes yang melibatkan
diri beliau diketahui
oleh
umum.
      • Yang menjadi mangsa "konspirasi" pada hakikatnya ialah kerajaan, bukannya
        Anwar.
        Pada pandangan saya sebelah kerajaan memang tiada adalah istilah
        "konspirasi".
        Saat ini kerajaan berdepan dengan begitu banyak masalah
        yang
        dicetuskan oleh
        Datuk Seri Anwar. Apa sahaja usaha yang
        dilakukan
        oleh
        Kerajaan, baik untuk
        menangani permasalahan
        rakyat
        ataupun apa saja
        masalah
        semasa negara sering
        sahaja
        diperlekehkan
        oleh beliau.

Khamis, September 11, 2008

Membentuk Kerajaan Dengan Cara Yang Tidak Sah, tetap SALAH !

Jika hasrat dan impian ketua pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kuasa memerintah negara dengan berbagai cara, termasuk memujuk Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional supaya menyertai Pakatan Rakyat ataupun melompat kepada pembangkang ingin diteruskan juga, andai kata ianya akan menjadi kenyataan kelak, maka pada pendapat saya sebagai rakyat biasa, itu menandakan sistem demokrasi yang kita amalkan sejak daripada Malaysia mencapai kemerdekaan dulu lagi sehingga sekarang akan mula lenyap secara beransur-ansur. Jika kita kita sering membaca kenyataan-kenyataan beliau didalam akhbar-akhbar ataupun mendengar di television juga di radio, beliau selalu menyebut tentang" ingin menegakkan" demokrasi, negara demokratik, pemimpin adil dan bermacam-macam lagi. Tetapi beliau tidak sedar, jika cara yang cuba diguna oleh beliau seperti yang saya sebutkan pada permulaan tadi dipraktik untuk memperoleh kuasa maka cara itulah yang akan membunuh demokrasi itu sebenarnya. Walaupun nanti setelah ada kuasa, usaha untuk menghidupkan semula demokrasi tentu akan menjadi lebih sukar. Mana tidaknya, jika pihak yang ditumbang dengan cara sebegitu, tentu akan berusaha untuk mendapatkan kuasa dengan cara sedemikian juga. Seandainya beliau ingin menjadi Perdana Menteri, seelok-eloknya lah gunakan lah sistem demokrasi yang sedia ada. Tunggulah tempoh mandat yang diberi oleh rakyat kepada kerajaan semasa ini tamat, ianya tidak lama, hanya lima tahun sekali. Kembalilah kepada kuasa rakyat, rakyat boleh memilih, jangan membelakangkan kuasa rakyat. Sistem demokrasi yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin di negara ini sebenarnya bertambah subur dan hidup, dan ini amat berkesan sekali. Bukti yang jelas tentang demokrasi sentiasa bernafas di Malaysia ini adalah membabitkan soal Datuk Seri Anwar sendiri. Ini berlaku dan tidak dapat dinafikan, pilihanraya kecil di Permatang Pauh baru-baru ini contoh yang terbaik, walaupun beliau masih terikat atau terbabit dengan dengan kes-kes tertentu di mahkamah, tetapi beliau masih bebas untuk bertanding, bebas berkempen, berucap dikhalayak ramai, memberi kenyataan-kenyataan di media massa dan elektronik tanpa halangan dari kerajaan yang memerintah ataupun pihak polis. Passport antarabangsa beliau pula tidak ditahan, ini sangat berbeza sekali dengan layanan yang diterima oleh rakyat biasa yang seandainya mempunyai kes-kes yang sama sepertimana yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar .Cuba cari sistem demokrasi yang seumpama ini di negara lain, saya pikir mungkin jawapannya "tiada". Negara Malaysia telah mengamalkan sistem demokrasi dengan baik sekali, dan pemimpin-pemimpinnya senantiasa berusaha menambahbaikan sistem yang sedia ada ini supaya Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang paling demokratik di dunia. Oleh itu, tiada alasan lagi bagi Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan usahanya untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Apa yang lebih baik sekarang, setelah menang dalam pilihanraya kecil yang lepas, beliau haruslah memberikan tumpuan sepenuh kepada pembangunan dan masalah rakyat di kawasan Parlimen beliau dan berusaha untuk menjadi seorang Ketua Pembangkang yang terbaik di Parlimen dengan mengemukakan idea-idea yang bernas serta menegur kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan semasa jika ada. Jika diambil pandangan dari pelbagai sudutpun, tindakan memujuk Ahli-ahli Parlimen daripada BN ini,supaya melompat ke pembangkang ianya tetap dilihat sebagai tidak wajar dan tidak demokratik dan adalah sangat bertentangan dengan amalan demokrasi itu sendiri dan seolah-olah kuasa rakyat turut ditolak. Oleh itu, jika hendak menjadi pemimpin yang baik, gunakanlah saluran yang betul dan sah. Apa-apapun kejayaan yang diperolehi dengan cara yang tidak sah, ianya tetap akan salah.

Arkib Blog