Jika hasrat dan impian ketua pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kuasa memerintah negara dengan berbagai cara, termasuk memujuk Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional supaya menyertai Pakatan Rakyat ataupun melompat kepada pembangkang ingin diteruskan juga, andai kata ianya akan menjadi kenyataan kelak, maka pada pendapat saya sebagai rakyat biasa, itu menandakan sistem demokrasi yang kita amalkan sejak daripada Malaysia mencapai kemerdekaan dulu lagi sehingga sekarang akan mula lenyap secara beransur-ansur. Jika kita kita sering membaca kenyataan-kenyataan beliau didalam akhbar-akhbar ataupun mendengar di television juga di radio, beliau selalu menyebut tentang" ingin menegakkan" demokrasi, negara demokratik, pemimpin adil dan bermacam-macam lagi. Tetapi beliau tidak sedar, jika cara yang cuba diguna oleh beliau seperti yang saya sebutkan pada permulaan tadi dipraktik untuk memperoleh kuasa maka cara itulah yang akan membunuh demokrasi itu sebenarnya. Walaupun nanti setelah ada kuasa, usaha untuk menghidupkan semula demokrasi tentu akan menjadi lebih sukar. Mana tidaknya, jika pihak yang ditumbang dengan cara sebegitu, tentu akan berusaha untuk mendapatkan kuasa dengan cara sedemikian juga. Seandainya beliau ingin menjadi Perdana Menteri, seelok-eloknya lah gunakan lah sistem demokrasi yang sedia ada. Tunggulah tempoh mandat yang diberi oleh rakyat kepada kerajaan semasa ini tamat, ianya tidak lama, hanya lima tahun sekali. Kembalilah kepada kuasa rakyat, rakyat boleh memilih, jangan membelakangkan kuasa rakyat. Sistem demokrasi yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin di negara ini sebenarnya bertambah subur dan hidup, dan ini amat berkesan sekali. Bukti yang jelas tentang demokrasi sentiasa bernafas di Malaysia ini adalah membabitkan soal Datuk Seri Anwar sendiri. Ini berlaku dan tidak dapat dinafikan, pilihanraya kecil di Permatang Pauh baru-baru ini contoh yang terbaik, walaupun beliau masih terikat atau terbabit dengan dengan kes-kes tertentu di mahkamah, tetapi beliau masih bebas untuk bertanding, bebas berkempen, berucap dikhalayak ramai, memberi kenyataan-kenyataan di media massa dan elektronik tanpa halangan dari kerajaan yang memerintah ataupun pihak polis. Passport antarabangsa beliau pula tidak ditahan, ini sangat berbeza sekali dengan layanan yang diterima oleh rakyat biasa yang seandainya mempunyai kes-kes yang sama sepertimana yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar .Cuba cari sistem demokrasi yang seumpama ini di negara lain, saya pikir mungkin jawapannya "tiada". Negara Malaysia telah mengamalkan sistem demokrasi dengan baik sekali, dan pemimpin-pemimpinnya senantiasa berusaha menambahbaikan sistem yang sedia ada ini supaya Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang paling demokratik di dunia. Oleh itu, tiada alasan lagi bagi Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan usahanya untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Apa yang lebih baik sekarang, setelah menang dalam pilihanraya kecil yang lepas, beliau haruslah memberikan tumpuan sepenuh kepada pembangunan dan masalah rakyat di kawasan Parlimen beliau dan berusaha untuk menjadi seorang Ketua Pembangkang yang terbaik di Parlimen dengan mengemukakan idea-idea yang bernas serta menegur kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan semasa jika ada. Jika diambil pandangan dari pelbagai sudutpun, tindakan memujuk Ahli-ahli Parlimen daripada BN ini,supaya melompat ke pembangkang ianya tetap dilihat sebagai tidak wajar dan tidak demokratik dan adalah sangat bertentangan dengan amalan demokrasi itu sendiri dan seolah-olah kuasa rakyat turut ditolak. Oleh itu, jika hendak menjadi pemimpin yang baik, gunakanlah saluran yang betul dan sah. Apa-apapun kejayaan yang diperolehi dengan cara yang tidak sah, ianya tetap akan salah.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, September 11, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan