Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Mac 11, 2013

Ops.Daulat: undur, helah terbaru pengganas Kiram III untuk kelirukan pihak keselamatan Malaysia!

Terkini dilaporkan bahawa Jamalul Kiram III telah menghantar wakil beliau ke Istana Malacanang di Manila untuk memaklumkan hasrat beliau mahu mengundurkan saki baki pengikutnya dari Lahad Datu setelah mereka diarahkan menceroboh dan mengganas sehingga mengorbankan 8 orang anggota Polis Malaysia dalam dua kejadian serangan hendap di timur Sabah baru-baru ini.

Saya tidak pikir Kiram III akan menurut apa yang beliau katakan kerana sebelum ini mereka telah menipu anggota keselamatan negara yang bertugas di Lahad Datu yang terpedaya sebaik saja melihat kibaran bendera putih daripada pihak pengikut Kiram III dan menyangka kumpulan itu mahu menyerah diri namun sangkaan mereka meleset kerana tanpa diduga sudah ada yang bersiap sedia dalam belukar untuk melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan Malaysia.

Tawaran berundur oleh Kiram III kini sudah tidak bermakna lagi kerana mereka akan tetap ditangkap walau dengan apa cara sekalipun tidak kira mati mahupun hidup atas kekejaman yang mereka lakukan terhadap jenazah-jenazah anggota Polis mereka tembak semasa pertempuran berlaku antara pihak mereka dengan pihak keselamatan Malaysia.

Saya pasti pihak kerajaan akan tetap dengan pendirian asal yang tidak akan sesekali melepas kumpulan pengganas yang diketuai Kiram III walaupun sekiranya nanti mereka bersetuju untuk menyerahkan diri kerana jenayah kemanusiaan yang telah mereka lakukan sepanjang pencerobohan di Lahad Datu bermula 12 February lalu adalah amat berat sekali dan tidak akan mampu diampunkan memandang begitu ramai nyawa anggota Polis telah terkorban.

Sabtu, Mac 02, 2013

Ops Sulu: kenapa guna Polis bukan Tentera? ..penyokong kerajaan jangan gelabah!

Daripada Nash Villie (status di Facebook) melalui Faizal Messi (AIDC Group) juga dari Facebook.

Krisis Lahad Datu:

Persoalan kenapa guna polis tak tentera?
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan Sulu.
2) juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan yang sah yang mengisytihar perang kepada kita.
3) dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna;
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkataan untuk Polis ialah menahan bukan menawan - menawan ialah perkataan Tentera, ada beza di antara keduanya)
3) untuk mengelakkan mereka menjadi tawanan perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di mahkamah awam boleh dilakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak dianggap tawanan perang.
4) boleh diektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on Terror mereka. Kita kenalah buatlah macam Guantonamo Bay juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain. Jika keadaan tidak boleh dikawal lagi maka Local Area Emergency (Darurat Setempat) boleh diisytiharkan. Dengar cerita darurat telah diisytiharkan di sana. Ini bermakna Tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan penerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir ew Orleans dahulu (Tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dengan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan Local Area sahaja. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawasan pencerobohannya saja. Nampak hati-hati dan telitinya kerajaan Malaysia dalam hal ini. Menurut langkah satu persatu.

*Nota tambahan. Ingat kes Al Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah Tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd. Amin (ketua Al Maunah) yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengisytiharkan perang kepada Yang di-Pertuan Agong. Beliau tidak dituduh sebagai orang awam iaitu tuduhan membunuh (i.e: bunuh polis di Sabah tu). Beliau dituduh sebagai combatant perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagipun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak ditembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dikepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering dicerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Great Wallnya sering dicerobohi orang bangsa Mongolia nomad atau bangsa padang Steppe yang ulang alik (serupa dengan kes Lahad Datu, golongan yang tidak mempunyai sempadan.

Hatta Mekah pun pernah dicerobohi oleh buka Islam (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa walau secanggih manapun pertahanan dengan izinNya bocor juga - Mekah sepatutnya pengawal bukan kapal selam tapi Malaikat kot)

Harap sedikit sebanyak boleh memberikan pencerahan. Terima Kasih. <-- nash="" villie="">

Khamis, Februari 28, 2013

Liwat III: Abang Civic lebih hebat daripada DS Anwar !

Sejak perjuangan pihak Pakatan Pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS untuk memartabatkan budaya seks songsang iaitu LGBT di negara ini yang bermula sebaik saja pakatan mereka hampir mempunyai kuasa seimbang dengan kerajaan Barisan Nasional, maka seperti diduga budaya tersebut seperti semakin menjadi-jadi pula berlaku di sekitar kita dalam Malaysia.

Cuba luangkan sedikit masa untuk membaca di sini untuk mengetahui bagaimana seorang Pengurus sebuah syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) telah berjaya memperdayakan empat orang pelajar sekolah menengah yang kesemuanya lelaki dan masing-masing mereka berusia 13 tahun di mana pelajar ini telah menjadi mangsa liwat kepada lelaki berusia dalam lingkungan 40an itu.

Mungkin ini merupakan gambaran awal bagi kita di Malaysia seandainya nanti pihak PR diberi peluang untuk memerintah negara. Kemungkinan itu tidak dapat dinafikan kerana usaha pihak mereka untuk menghidupkan budaya itu tidak pernah terhenti walaupun telah menerima bantahan daripada ramai pihak sebelum ini.

Selasa, Februari 19, 2013

Datuk Husam serah borang kepada Tan Sri Taib di Kuching !

Apakah kunjungan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa ini ke atas Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud di kediaman rasmi ketua menteri di Kuching mahu minta ditunjuk jalan pulang setelah sekian lama beliau bersama yang lain terumbang-ambing di dalam PAS?

Isnin, Februari 18, 2013

Apa makna kemerdekaan, jika pihak asing terus mahu mencampuri hal ehwal Malaysia?

Kritikan yang dibuat oleh senator Bebas Australia Nick Xonophon terhadap sistem demokrasi di Malaysia sebagai "teruk dan kritikal" tidak patut dipandang ringan oleh pihak kerajaan kerana jika dibenarkan beliau terus menerus mengeluarkan berbagai kenyataan tentang undang-undang atau apa jua sistem yang diamalkan di negara ini, kita khuatir tindakan beliau jika tidak dibendung akan mengundang lebih ramai lagi pihak asing yang kurang senang dengan kerajaan Malaysia akan turut berbuat perkara yang sama dan ini sudah tentu amat tidak baik untuk perjalanan sesebuah kerajaan.

Nick Xenophon yang ditahan oleh pihak Imigresen sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Subang dan kemudian telah dihantar pulang semula ke Australia terus mengecam tindakan pihak berkuasa Malaysia malahan isu pengusiran beliau dari negara ini juga mendapat reaksi pantas Canberra yang turut membidas kerajaan Malaysia atas insiden tersebut.

Tujuan sebenar kunjungan Nick Xenophon ke Malaysia adalah untuk berjumpa dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Mohd. Nazri Aziz dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagi membincangkan persediaan pihak SPR dalam menghadapi PRU13 di samping untuk mendapatkan kepastian bahawa pilihan raya itu nanti berjalan dengan bebas, bersih dan adil.

Inilah yang saya saya lihat tidak wajar sekali berlaku sedangkan Malaysia bukannya baru dua tiga tahun wujud di atas peta dunia dan bukan juga pengalaman pertama Malaysia mengadakan pilihan raya tetapi sudah jelas menyebut yang pilihan raya kali ini adalah yang ke tiga belas dalam tempoh 60 tahun negara mengamalkan sistem demkorasi pilihan raya bebas yan diadakan setiap lima tahun sekali dan tidak boleh diterima oleh akal sekiranya setiap kali Malaysia mengadakan pilihan raya maka setiap kali itulah akan diletak dibawah pengawasan pihak asing !

Malaysia sudah lama merdeka, jadi pihak asing jua harus hormati kemerdekaan yang kita kecapi sebagaimana Malaysia menghormati kebebasan Australia dalam mengurus hal ehwal negara mereka sendiri, Malaysia hormati undang-undang Australia serta segala sistem yang mereka amalkan jadi Malaysia juga mahu agar Australia turut menghormati kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Isnin, Februari 11, 2013

hello semua!! DS Anwar naik heli nak ke mana pula?

Hari tu dah naik jet mewah terbang ke Labuan juga ke Kuching Sarawak... baru ni pula naik helikopter yang ada logo parti PKR...nak terbang ke pelantar minyak tengah laut? wahhh mewah juga pemimpin pembangkang ni !

Kalaulah pemimpin BN yang buat macam ni siap kena bantai mereka..tapi pemimpin sendiri apa cerita hehe

Rabu, Februari 06, 2013

Reformasi adalah salah satu mazhab dalam agama Kristian !

Sangat lucu dan kelakar juga apabila terdapat orang-orang yang beragama Islam khususnya mereka yang gemar mengadakan demonstrasi di jalananan berarak sambil melaungkan slogan "Reformasi!, Reformasi!, Reformasi!" kononnya nak menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa mereka tengah berjuang untuk menumbang kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh parti terbesar di Malaysia iaitu UMNO.

Apakah mereka tidak tahu bahawa perkataan Reformasi (Reformation) itu sebenarnya merujuk kepada salah satu mazhab yang terdapat di dalam agama Kristian dari aliran Protestan. Mazhab Reformasi wujud pada abad yang ke-16 di Jerman dan setelah itu bersama-sama dengan mazhab penentang yang lainnya seperti Anglikan, Methodis, Luteran, Orthodox, Mormon dan lain-lain lagi bernaung di bawah panji Protestan menentang mazhab Roman Katholik berkaitan konsep Triniti di mana mereka menolak fahaman Katholik yang percaya Jesus Kristus adalah Tuhan.

Dalam perkara berkaitan, pihak Protestan sebenarnya tidak mengiktiraf ketuhanan Jesus Kristus sepertimana Katholik sebab mereka mengangkat martabat Bonda Maria kepada tahap yang lebih tinggi daripada Jesus.

Berbalik kepada slogan Reformasi yang sering dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin PR serta para pengikut mereka pada setiap kali mereka mengadakan sebarang perhimpunan di atas jalanraya tentulah mengundang berbagai reaksi namun bagi orang Kristian sendiri apabila mendapati ada orang seperti YB Anwar Ibrahim, YB Zuraida Kamaruddin, YB Saifuddin Nasution, YB Azmin Ali, YB Mahfuz Omar, YB DS Hadi Awang, DS Dr. Wan Azizah, YB Nurul Izzah dan lain-lain lagi khususnya mereka yang beragama Islam yang gemar melaungkan Reformasi dikhalayak umum dan cuba bayangkan jika mereka turut melakukan perkara yang sama ke atas nama mazhab yang lain seperti menjerit "Anglikan!, Anglikan!, Anglikan!, ..Methodis!, Methodis!, Methodis! ..Luteran!, Luteran!, Luteran! ..Orthodox!, Orthodox!, Orthodox! ..sama seperti mereka melaungkan slogan Reformasi.

Hehehehe..tidakkah ianya amat melucukan..

Ahad, Februari 03, 2013

Bila pula giliran DS Hadi akan dijemput mengadap Karpal Singh??

Jika sebelum ini Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz telah diminta mengadap Karpal Singh di rumahnya berkaitan dengan isu Kalimah Allah dan Menteri Besar Kelantan itu segera pergi dan amat teruja apabila kehadiran beliau sebaik saja memasuki ruang dalam rumah Karpal Singh telah disambut dengan nyanyian lagu "Happy Birthday" oleh tetamu yang lain dan itu ada satu kejutan daripada Pengerusi DAP itu kepada Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS.

Ulang tahun hari lahir Datuk Nik Aziz yang ke 82 tahun diraikan dalam majlis ringkas oleh Karpal Singh dan pada majlis tersebut juga Datuk Nik Aziz telah menerima berbagai bentuk hadiah kek daripada beberapa individu yang telah diundang khas oleh Karpal Singh bagi menyerikan lagi majlis berkenaan.

Tujuan sebenar Karpal Singh mengundang Datuk Nik Aziz datang ke rumah beliau senang saja untuk dibaca, beliau mahu Mursyidul Am PAS itu mempengaruhi anggota majlis syura agar mengkaji semula keputusan yang majlis berkenaan buat pada malam 13 Januari lalu di mana mereka telah menetapkan pendirian untuk tidak membenar orang bukan beragama Islam mengguna Kalimah Allah di dalam apa juga upacara agama mereka.

Mungkin dalam keadaan yang begitu tertekan kini gara-gara isu tersebut, maka Datuk Nik Aziz terpaksa membisu dan membiarkan Karpal Singh mengalih tumpuan kepada Presiden parti Datuk Seri Hadi Awang pula bagi mendesak agar Ahli Parlimen Marang itu menggunakan kuasanya ke atas ahli majlis syura berhubung keputusan yang membangkitkan rasa tidak puashati Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Apa-apapun kita tunggu dan lihat apa pula permainan yang bakal DAP arahkan ke atas PAS selepas ini seandainya Datuk Seri Hadi berjaya dijinakkan sekali lagi oleh Karpal Singh kelak.

Rabu, Januari 30, 2013

PAS anti-Hamas !

Hanya kerana menyertai lawatan kemanusian Perdana Menteri Malaysia ke Gaza Palestine, tindakan drastik telahpun diambil oleh PAS terhadap bekas Timbalan Presidennya YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Beliau telah digugurkan dari menjadi ahli Majlis Syura Ulama dan nama beliau juga tidak lagi disenaraikan bersama bakal-bakal calon PAS yang akan bertanding pada PRU ke-13 nanti.

Inilah hukuman yang paling tidak berperikemanusiaan yang pernah dilakukan oleh PAS terhadap mana-mana ahlinya yang didakwa ingkar dan tidak mematuhi prinsip kabur Pakatan Pembangkang. Jika sebelum ini ketua pembangkang Anwar Ibrahim secara jelas mengiktiraf kerajaan  Israel serta berjanji akan menyokong sebarang usaha untuk menjamin keselamatan Israel dan ini turut dipersetujui oleh PAS tetapi mungkin dengan tindakan Ustaz Nasharuddin yang ikut serta dalam rombongan Datuk Seri Najib ke Gaza telah membuat PAS jadi tergamam dan terkejut kerna ini pada anggapan mereka telah menyalahi persefahaman yang PAS jalinkan bersama DAP dan juga PKR maka itu Ahli Parlimen Bachok itu harus dikenakan tindakan tegas.

Nampaknya tindakan tergesa-gesa PAS terhadap Uztaz Nasha hanya kerana beliau mengikuti rombongan Perdana Menteri ke Gaza atas nama lawatan kemanusiaan, kalau selepas ini PAS tidak dapat tanganinya dengan cermat sudah pasti akan membinasakan parti itu sendiri, orang ramai ataupun sesetengah daripada ahlinya tentu akan bertanya apa salah Ustaz Nasha ke Gaza sedangkan Gaza dipimpin oleh Hamas dan Hamas pula telah lama menjadi rakan baik PAS iala lama sebelum parti itu membentuk kerajaan di Gaza dan apa pula tanggapan Perdana Menteri Ismael Haniyeh terhadap jika beliau tahu PAS pecat ahli partinya hanya kerana datang ke Gaza?

Selasa, Januari 29, 2013

SCORE: tenaga siapa yang diperbaharui Sarawak ?

Laporan pada pagi ini oleh akhbar harian Sarawak iaitu Utusan Borneo menyebut bahawa 100 orang bekas pekerja yang bekerja dengan sebuah syarikat di tapak Taman Industrial Samalaju atau Samalaju Industrial Park (SIP) di Bintulu telah berkumpul sejak jam 5.30 pagi lagi di hadapan jalan masuk kawasan perindustrian tersebut kerana membantah tindakan majikan yang memberhentikan khidmat mereka tanpa sebarang notis dan tempat mereka telah digantikan dengan tenaga kerja asing. Baca di sini

Protes oleh bekas pekerja syarikat berkenaan segera mendapat perhatian seorang Anggota Dewan Negara Senator Pau Chiong Ung yang turut berada di lokasi (gambar atas) namun pihak majikan dikatakan tidak muncul-muncul ketika protes tersebut.

Apa yang rakyat Sarawak harap sangat daripada pihak kerajaan negeri ialah agar mereka turut campur tangan di dalam hal-hal kebajikan para pekerja tempatan yang sering menjadi mangsa penindasan seperti itu di mana peluang kerja yang sepatutnya di nikmati oleh pekerja tempatan telah di berikan kepada pekerja-pekerja asing sedangkan tujuan sebenar SCORE diwujudkan adalah bertujuan untuk membuka peluang lebih banyak kerja kepada rakyat tempatan sendiri tetapi malangnya peluang tersebut terpaksa dikongsi bersama dengan pekerja asing dan yang lebih menyedihkan apabila berlaku seperti kejadian pekerja tempatan dibuang dan diganti pula dengan pekerja asing.

Dalam hal seperti ini kerajaan Sarawak harus hanya berpeluk tubuh, tetapi pihak kerajaan harus berbuat sesuatu agar mana-mana pekerja tempatan yang menjadi mangsa penindasan majikan yang tidak bertanggungjawab seperti itu mendapat pembelaan yang sewajarnya dan kerajaan tidak harus membiarkan perkara seperti ini dari terus berulang kerana kewujudan SCORE mestilah mendahulukan kepentingan tenaga kerja tempatan sebelum melihat kepada keperluan mana-mana majikan untuk mendapat tenaga kerja warga asing.

Selain itu kerajaan Sarawak sebelum memberi sebarang projek kepada mana-mana syarikat yang ingin mengambil bahagian di dalam apa jua projek SCORE haruslah diingatkan agar mereka mengutamakan rakyat tempatan untuk mengisi jawatan yang tertentu dan kerajaan negeri harus tetapkan itu sebagai salah satu syarat yang perlu dipatuhi oleh para majikan yang mana syarikat mereka turut terlibat di dalam SCORE tenaga diperbaharui Sarawak.

Isnin, Januari 28, 2013

Apahal Tok Guru PAS sambut Maulud di rumah Karpal Singh ?

Lihatlah kepada objek-objek yang terdapat di dalam rumah kediaman Pengerusi DAP Kebangsaan YB Karpal Singh tempat di mana Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut ulang tahun hari kelahiran beliau yang ke-82 tahun.

Salah satu objek yang jelas kelihatan di belakang Karpal Singh iaitu yang terletak di atas meja sebelah kiri adalah sebuah patung yang menyerupai dewa tertentu mengikut kepercayaan para penganut agama Hindu.

Berikutan peristiwa tersebut, hanya satu soalan yang ingin dilontarkan...apakah hukumnya bagi seseorang yang beragama Islam yang meraikan harijadi beliau di dalam rumah orang bukan Islam yang mana di dalam rumah berkenaan terdapat berbagai jenis benda atau objek yang menyerupai makhluk dan adakah perbuatan tersebut boleh mendatangkan syirik kepada orang Islam sekiranya benar mereka melakukannya?

Jumaat, Januari 25, 2013

Bakar Injil: kenyataan Tok Him telah disalah-ertikan !

Saya tetap yakin bahawa kenyataan Presiden Perkasa YB Datuk Ibrahim Ali yang didakwa mengancam mahu membakar Injil berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah sengaja diselewengkan hingga menimbulkan rasa salah faham di kalangan sesetengah orang-orang Kristian di negara ini.

Tetapi dalam isu ini orang-orang Kristian di negara ini hendaknya mengambil sikap bertenang dan tidak usahlah terburu-buru apabila menerima atau disorong dengan berita-berita yang tidak dikenalpasti sumbernya dan tidak perlulah bertindak balas kerana untuk mendapat kepastian haruslah mendengar dari kedua-dua pihak dan tidak hanya mendengar dari sebelah pihak saja.

YB Datuk Ibrahim Ali semalam telahpun menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berkata untuk melakukan perkara sedemikian tetapi malangnya kenyataan beliau terlebih dahulu telah diputar belit oleh pihak tertentu dan disamping itu Datuk Ibrahim Ali juga menjelaskan bahawa maksud beliau ialah hanya merujuk kepada Injil yang diedarkan seperti yang berlaku di SMK Jelutong Pulau Pinang baru-baru ini sekira benar ianya mengandungi kalimah Allah dan bukannya Injil yang digunakan oleh para penganut agama Kristian di Malaysia.

Harap umat Kristian di negara ini faham dengan penjelasan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas itu dan sebagai seorang wakil rakyat yang berpengalaman seperti beliau kita perlu sedar tentu amat mustahil sekali bagi orang yang berusia seperti Datuk Ibrahim Ali boleh mengajak dilakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan prinsip beliau selaku seorang Ahli Parlimen apatah lagi mewakili kawasan Parlmen yang rakyatnya terdiri daripada mereka yang berbagai bangsa dan agama.

Sebagai orang Kristian saya berharap sangat supaya isu ini dapat diselesaikan dengan segera secara muktamad dan tak perlu diperpangkan lagi dan juga berharap pihak kerajaan agar bertegas terhadap mana-mana individu tanpa mengira apa jua latar belakang mereka yang cuba terus memainkan isu ini, ambil tindakan tegas dan dakwa mereka di mahkamah kerna jika dibiarkan seperti sekarang perbuatan tidak bertanggungjawab seperti itu hanya akan merosakkan perpaduan rakyat di negara ini.

Isnin, Januari 21, 2013

PAS dalam dilema, ditelan pahit dibuang sayang!!

Tekanan yang sedang dihadapi oleh para pemimpin tertinggi PAS daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Mursyidul Am sehinggalah kepada para Ulamak sungguh hebat sekali. Dalam waktu mereka berpura-pura mempertahankan kalimah Allah agar dilihat seperti benarlah mereka sebuah parti yang mendokong perjuangan Islam namun pada saat yang sama mereka juga terpaksa menerima desakan dan tekanan dari rakan sekutu dalam Pakatan Haram iaitu DAP yang mahu PAS mengkaji semula keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura pada 13 Januari lalu berkenaan dengan isu kalimah Allah.

Pemimpin DAP yang rata-rata bukan beragama Kristian seperti Karpal Singh yang beragama Hindu, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang beragama Buddha, Prof Dr P. Ramasamy juga beragama Hindu namun begitu terlalu berlagak mahu dilihat sebagai hero di kalangan masyarakat Kristian apabila cuba tampil mempertahankan kalimah Allah yang terdapat di dalam Kitab Injil atau Bible. Akibat terima tekanan daripada Karpal Singh berhubung dengan isu berkenaan Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz gagal membuka mulut malah terus diam membisu dan membiarkan pemimpin lain keluar bersuara.

Ahad, Januari 20, 2013

Empangan Bakun membebaskan Sibu dari masalah banjir besar..

Dengan siapnya projek mega kerajaan iaitu Empangan Hydroelektrik Bakun yang terletak di Balui dalam Bahagian Bintulu di Sarawak sekurang-kurangnya telah menyelamatkan Bandar Sibu khususnya dan kawasan-kawasan rendah yang berdekatan amya dari masalah banjir besar yang sebelum ini saban tahun sering melanda bahagian tersebut terutamanya pada musim tengkujuh.

Projek Hydro Bakun pada peringkat awal cadangan dan dalam peringkat pelaksanaannya telah mendapat berbagai bantahan daripada penduduk setempat serta tentangan hebat daripada pihak pembangkang yang mendakwa kononnya projek berkenaan akan mendatangkan bencana alam yang sangat teruk sekiranya empangan tersebut pecah dan  mengakibatkan banyak penempatan penduduk di bahagian hilir projek berkenaan seperti Bintulu, Kanowit dan Sibu menerima risiko ditenggelami air deras apabila empangan berkenaan runtuh dan akan mengancam kehidupan penduduk yang terlibat.

Walaubagaimanapun kini Empangan Bakun yang telah siap sedia untuk beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun ini tidaklah sepertimana yang dituduh oleh pihak Pakatan Pembangkang selama ini malahan projek Bakun Hydroelektrik mulai dilihat sebagai penyelamat kepada keadaan terutama ketika masalah banjir besar yang seringkali melanda bandar Sibu pada setiap kali tiba musim hujan namun semenjak Empangan Bakun mula melakukan kerja-kerja penakungan air pada 13 Oktober 2011 dan kemudiannya melakukan pelepasan air secara berterusan mengikut jadual iaitu dalam jumlah 500m air bagi setiap kali operasi untuk membolehkan kenderaan air seperti bot ekspress bergerak, maka penduduk Sibu boleh melihat perkembangan berbeza kesan dari projek empangan tersebut apabila tiada berlaku sebarang banjir besar berlaku di Sibu sepanjang tahun 2012 yang lalu.

Sabtu, Januari 19, 2013

Nik Abd Aziz calon terbaru PAS untuk PM Malaysia

Para penyokong PAS sudah jelas tidak lagi yakin kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim untuk dilantik ke jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya DAP, PKR dan PAS berjaya membentuk kerajaan pada PRU13 kelak.

Jika sebelum ini mereka begitu bersungguh-sungguh mencadangkan kepada pihak Pakatan Haram itu supaya Presiden PAS Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang diberi kepercayaan untuk menerajui kerajaan jika ketiga-tiga parti itu ditakdirkan menang dan menawan Putrajaya daripada kerajaan Barisan Nasional.

Tetapi malangnya, belum apa-apa lagi para penyokong PAS sudahpun mengubah pendirian awal mereka yang sebelum ini mahukan Datuk Seri Hadi namun kali ini mereka mahu agar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat pula dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia seandainya Pakatan Haram itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Inilah dilema yang sedang dihidapi oleh para penyokong PAS mahupun PKR ataupun DAP, mereka kini benar-benar berada di dalam situasi yang sungguh mengelirukan, jiwa kacau, pikiran terganggu kerana tidak tahu siapa lagi antara pemimpin tertinggi di dalam parti mereka yang layak untuk diberi kepercayaan menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia.

Kasihan dengan para penyokong PAS dan PKR kerana terpaksa berkongsi rasa serba salah sesama mereka akibat krisis kepimpinan dalam Pakatan Haram pembangkang yang sentiasa tidak pernah menemui kata putus tentang siapa sebenarnya yang paling layak menjadi Perdana Menteri andaikata nasib menyebelahi mereka pada pilihan raya itu nanti.

Jumaat, Januari 18, 2013

10 tahun kerajaan Sarawak leka dan lalai..

Saya ingin mengangkat satu berita yang dimuatkan dalam akhbar arus perdana negeri Sarawak hari ini di sini yang menyiarkan keluhan serta harapan daripada salah seorang anggota kabinet kerajaan Barisan Nasional negeri Sarawak tentang isu kemalapan industri pelancongan di Bumi Kenyalang.

Beliau adalah YB Datuk Lee Kim Shin daripada parti SUPP. Harapan beliau ialah mahu agar kerajaan pusat memberi perhatian serius kepada kerajaan Sarawak dalam membangunkan industri pelancongannya dan tidak hanya mengutamakan negeri Sabah semata-mata.

Sepatutnya kerajaan Sarawak lebih awal menyedari perkara ini sebaik saja pengunduran YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dari jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana hakikat yang perlu diketahui bahawa pelancongan negeri banyak dibantu oleh kepimpinan Tun Dr Mahathir ketika itu, beliau banyak berusaha untuk memperkenalkan Sarawak di mata dunia.

Namun sesudah beliau bersara nyata sekali industri pelancongan negeri juga turut menjadi muram dan seakan-akan sudah hilang punca sehingga tumpuan pelancong luar mula beralih dan secara beransur-ansur bertumpu ke negeri Sabah dan ini merupakan satu tamparan kepada para pengusaha pelancongan di Sarawak.

Malah yang lebih malang apabila terdapat beberapa produk pelancongan negeri Sarawak secara senyap-senyap seperti cuba untuk diperkenalkan oleh pihak tertentu di Sabah sebagai budaya negeri mereka tanpa sebarang respon dari para pemimpin di negeri ini.

Isnin, Januari 14, 2013

Majlis Syura Ulama: kenapa mereka semua lari keluar ikut pintu belakang?

Menarik untuk diulas dengan panjang lebar sikap ahli-ahli Majlis Syura Ulama PAS yang enggan ditemuramah oleh para wartawan sebaik selesai bermesyuarat pada malam Ahad 13 Januari 2013 semalam sebagaimana yang telah dilaporkan oleh blog Media Wangsa Maju yang dianggotai B.I.S, KLboyz, Suara Lensa, BN4MW, U.G, Malay Delima, Papa Gomo, Gelombang Wangs Maju, Gelombang Rakyat dan Badut Rakyat

Kita berasa hairan dan merasa sangat pelik, apa benda yang sangat ditakuti oleh mereka iaitu ahli-ahli Majlis Syura dan badan Tertinggi PAS sehinggakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz dan timbalan beliau Datuk Dr Haron Din terpaksa keluar ikut pintu belakang bangunan, ya..lagak bagai seorang pesalah yang takut berdepan dengan pihak berkuasa.

Mereka berbincang dan memanggil mesyuarat pada malam tersebut adalah atas perkara yang sangat penting bagi umat Islam iaitu untuk mencapai kata putus berhubung dengan penggunaan Kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini samada hendak membenarkannya ataupun tidak.

Mesyuarat dilaporkan berlangsung selama dua jam yang bermula jam 9 malam dan maknanya mesyuarat berakhir pada jam 11 malam dan diluar tempat mesyuarat ramai para wartawan menuggu sidang media untuk merekod kenyataan oleh pemimpin Ulamak PAS.

Malangnya tiada sebarang kenyataan akhbar yang dibuat oleh pemimpin Ulama PAS selepas itu kerana kesemuanya sudah lari keluar dari bangunan yang terletak di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur secara sembunyi-sembunyi dan sudah tentu yang sangat kecewa dengan tindakan pengecut pemimpin Ulama PAS itu adalah golongan wartawan yang telah banyak membuang masa menunggu untuk kenyataan rasmi daripada Datuk Nik Aziz mahupun Dr Haron Din mengenai mesyuarat berkenaan.

Walaupun hanya mendapat salinan kenyataan akbar yang diedar mengenai keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama dan badan Tertinggi PAS yang dikatakan telah tidak membenarkan Kalimah Allah untuk digunakan oleh orang bukan Islam tetapi persoalannya disini ialah adakah mencukupi kenyataan yang bukannya keluar dari mulut Datuk Nik Aziz ataupun Dr Haron Din boleh menjaminkan keputusan itu akan kekal sekiranya kepimpinan dua sekutu PAS iaitu DAP dan PKR bersuara serta menuntut penjelasan daripada PAS tentang keputusan mesyuarat Majlis Syura itu.

Apa yang kita pikirkan sekiranya Datuk Nik Aziz terpaksa menjawab kebimbangan DAP mengenai keputusan Majlis Syura kalau mengikut kenyataan akhbar yang ditandatangani oleh Mursyidul Am PAS dan timbalannya yang menolak orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah berkenaan adakah kita fikir Datuk Aziz mengakuinya ataupun seperti biasa beliau menafikannya dengan menuduh kenyataan beliau telah diputar belit oleh pihak tertentu dan meminta DAP usah percaya?

Saya fikir dalam isu ini Menteri Besar Kelantan itu telah memilih jalan selamat bagi dirinya sendiri biarpun terpaksa bertindak seperti seorang pengecut kerana lari dari bertemu para wartawan dan hanya menyerahkan kepada wartawan sendiri untuk membuat tafsiran tentang keputusan mesyuarat yang baru saja selesai dan sikap yang enggan menyatakan kebenaran dihadapan umum langsung tidak menggambar sikap pejuang agama yang harus berani dalam apa juga keadaan.

Ahad, Januari 13, 2013

Himpunan Shamsidar target lari jaaauuuhhh!!!

Semalam pelaburan jangka panjang pihak Yahudi di negara ini nampaknya rugi besar, mereka mengharapkan petanda yang baik datang dari Perhimpunan Shamsidar yang dianjurkan oleh Pakatan Pembangkang DAP, PKR dan PAS namun segalanya hancur musnah akhirnya apabila target mula kedatangan para penyokong adalah sejuta orang dan sekurang-kurangnya seratus ribu orang tetapi malangnya sebaik selepas perhimpunan selesai dilaporkan cuma lebih 45 ribu orang saja yang hadir memberi sokongan setelah melalui proses kira tolak, campur dan darab.

Pada perhimpunan semalam saja, kita tidak dapat menjangka berapa besar jumlah wang yang digunakan oleh pihak Pakatan DAP, PKR dan PAS untuk menganjurkan perhimpunan tersebut, dari dana asing yang mana satu, adakah IMF, adakah Amerika Syarikat, adakah Israel dan lain-lain lagi yang mahu melihat Malaysia jatuh ke tangan para pengkhianat negara seperti pemimpin gelojoh dan gila kuasa seperti yang ada dalam PR itu.

Tentunya pihak asing yang iri hati dengan kemakmuran Malaysia akan sentiasa sanggup menunaikan kemahuan pihak PR ini dengan syarat mereka tidak berputus asa dari terus menimbulkan keadaan yang huru hara di dalam negara sehingga kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat tumbang dan jatuh ke dalam tangan mereka. Pihak asing pastinya tidak teragak-agak untuk memberi modal awal kepada PR untuk tujuan itu kerana percaya sekiranya Kerajaan BN jatuh maka mereka juga tentu sekali akan dapat habuan yang lebih besar daripada kejayaan PR yang merampas kuasa secara paksa.

Apa-apapun petanda awal dari perhimpunan semalam sudahpun meresah semua pihak di dalam PR mahupun pihak-pihak yang pernah dan telah menaja kerja gila mereka selama ini. Petanda kehancuran pakatan mereka juga sudah semakin jelas dan rakyat sudah semakin ramai yang sedar cara politik yang dibawa oleh oleh Pakatan Pembangkang merupakan politik yang bermutu rendah sekali dan tidak akan mampu membawa negara ini ke arah yang lebih baik malah jika tersilap langkah boleh menjerumus Malaysia ke arah kehancuran.

Sabtu, Januari 12, 2013

Gugurkan kalimah Allah dalam Injil dan gantikan dengan 'Ilah' ataupun 'Elohim"

Sudah tiba rasanya masa untuk pemimpin-pemimpin Kristian di Malaysia untuk membuat keputusan sendiri berhubung penggunaan kalimah Allah yang sekian lama digunapakai dalam kitab Injil berbahasa Indonesia namun ianya tetap juga diguna sehingga ke hari ini oleh para penganut agama Kristian daripada kaum Bumiputera khususnya di Malaysia Timur.

Saya cuma ingin sekali berkongsi pandangan mengenai perkara ini dan bagi saya adalah lebih baik mengemukakan cadangan daripada memberi kenyataan-kenyataan yang akhirnya hanya membangkitkan rasa kurang senang di antara kedua-dua pihak yang sehingga kini sering bertelagah dan bercakaran mengenai hak ke atas Kalimah Allah itu.

Secara ringkasnya saya tujukan saja kepada pihak sebelah saya sendiri iaitu pihak Kristian. Apa kata buat saja cetakan baru untuk versi baru kitab Injil untuk kegunaan Gereja-gereja seluruh Malaysia dengan menukar setiap mana-mana perkataan "Allah" di dalamnya sebagaimana versi sebelum ini kepada perkataan "Elohim" ataupun "Ilah.

Saya dapat beberapa bukti bahawa kalimah Allah itu memang bukan satu perkataan yang asal dalam kitab Injil lama dan contoh yang boleh dijadikan fakta ialah antaranya ialah Injil Yohannes 1:1 In the beginning was the Word, and the Word was with Elohim, and the Word was Elohim (Pada mulanya adalah Firman, Firman itu bersama-sama dengan Elohim dan Firman itu adalah Elohim), namun dalam Injil berbahasa Indonesia ianya telah ditukar berbunyi seperti ini "Pada mulanya adalah Firman, Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah."

Apa-apapun untuk rujukan fakta hal yang berkaitan boleh juga dibuat di sini dan lihat juga pengakuan terbaru seorang Paderi Kristian dari Indonesia tentang perkara yang sama iaitu apabila turut bersetuju akan hakikat bahawa kalimah Allah hanya untuk Islam di sini

Bersama-samalah kita berfikir secara waras bagaimana agar keamanan serta perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di negara dapat terus dipelihara dan tidak rosak hanya kerana beberapa perkara yang pada dasarnya boleh diselesaikan secara bermuafakat antara dua kumpulan berbeza tanpa perlu menimbulkan bermacam-macam isu sampingan yang tidak sepatutnya.

Jumaat, Januari 11, 2013

Akhir zaman: Yesus datang ke dunia sebagai seorang Islam!

"Maaf terlebih dahulu dipinta daripada saudara-saudara Kristian semua kiranya tersinggung dengan artikel yang ditulis kali ini namun atas rasa ingin tahu dan mahu mencari kebenaran tentang ketuhanan Nabi Isa a.s. atau Yesus Kristus maka saya sebagai umat Kristian juga berhak untuk mengetahuinya biar dari sumber mana sekalipun" - Anak Merdeka.

Sebelum itu sama-sama kita rujuk di sini untuk tahu lebih lanjut kisah tentang kedatangan Yesus ke dunia sebelum Hari Kiamat.

Hal pertama yang akan dilakukan Nabi Isa a.s. atau Yesus setelah turun dari langit adalah menunaikan solat sebagaimana yang dijelaskan hadis-hadis. Nabi Isa a.s. akan menjadi makmum dalam solat yang diimamkan oleh Imam Mahdi.

Adapun lokasi turunnya Nabi Isa a.s. dijelaskan oleh Rasullah SAW dalam sebuah hadis berikut: "Isa ibn Maryam akan turun di Menara Putih (Al Manaratul Baidha) di Timur Damsyik," [HR Thabrani dari Aus bin Aus]

Kedatangan Nabi Isa a.s. akan didahului keadaan dunia yang dipenuhi kezaliman, kesengsaraan dan peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia. Setelah itu kemunculan Imam Mahdi yang akan menyelamatkan kaum Muslimin, kemudian kemunculan Dajjal yang akan berusaha membunuh Imam Mahdi. Setelah Dajjal menyebarkan fitnahnya selama 40 hari, maka Nabi Isa a.s. akan diturunkan dari langit untuk menumpaskan Dajjal.

Turunnya Nabi Isa a.s. ke Bumi mempunyai misi menyelamatkan manusia dari fitnah Dajjal dan membersihkan segala penyimpangan agama, Baginda akan berkerjasama dengan Imam Mahdi membenteras semua musuh-musuh Allah.

Salah satu tugas Nabi Isa a.s. setelah membunuh Dajjal adalah menyelamatkan umat manusia dari fitnah Yajuj dan Majuj (Gog dan Magog - edisi Injil) 

Nabi Isa a.s. akan menunaikan Ibadah Haji : "Demi Dzat yang diriku ditanganya, sesungguhnya Ibn Maryam akan mengucap tahlil dengan berjalan kaki untuk melaksanakan haji atau umrah atau kedua-duanya dengan serentak. [HR Ahmad & Muslim dari Abi Hurairah]

Nabi Isa a.s. akan wafat sebelum dunia kiamat : Janji Allah pasti akan berlaku pada semua umatnya, semua yang bernyawa pasti akan mati, begitu juga Nabi Isa a.s.

Setelah menjadi pemimpin yang adil di akhir zaman, Allah SWT akan mewafatkan Nabi Isa a.s. Hanya Allah SWT saja yang tahu bila dan dimana Nabi Isa a.s. akan diwafatkan. Setelah wafatnya Nabi Isa a.s. dunia akan mengalami kiamat.

Khamis, Januari 03, 2013

Lepas ni Datuk Nik Aziz setuju dengan Karpal Singh pulak.. tunggu & lihat sajalah!!

Lanjutan kesediaan Presiden PAS Datuk Seri Hj Hadi Awang untuk menjelaskan segala isu yang berbangkit berpunca dari amanat beliau yang mengkafirkan orang-orang UMNO pada tahun 1981 jika diberi ruang satu jam untuk muncul di dalam media elektronik milik kerajaan iaitu rtm tv1 mahupun tv2 ataupun tv swasta tv3 telah mendapat sokongan kuat daripada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat tambahan pula setelah Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim menyatakan persetujuan bagi pihak kementeriannya berhubung dengan hasrat Hj Hadi itu. Tetapi bagaimana pula nanti sekiranya sekutu mereka dalam PR seperti  Karpal Singh, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng membantah dan menentang cadangan itu? ..apakah Datuk Nik Aziz akan menarik balik sokongan beliau dan bersekongkol semula dengan DAP lalu menuding jari kembali kepada UMNO dan BN? Untuk rekod, Menteri Besar Kelantan itu bukanlah seorang pemimpin yang pernah berpegang kepada apa yang beliau perkatakan kerana suka bertukar pendirian apabila sudah terperangkap di dalam sesuatu keadaan.

Isnin, Disember 31, 2012

Hadi ke RTM & TV3 wajar bawa sekali C N Afghan, Hassan Ali & Ust Nasha !

Pihak tv samada RTM mahupun TV3 perlu menyambut baik hasrat Presiden PAS DS Hadi Awang yang mahu menjelaskan tentang Amanat Hadi yang telah membawa begitu banyak perpecahan dikalangan orang-orang Melayu dan Islam di negara ini jika ltulah sebagai syarat beliau mahu menerangkan isu yang sekian lama memudaratkan perpaduan dalam masyarakat Melayu. Namun pihak tv juga perlu letak syarat ke atas Hadi sekiranya mahu muncul di kaca tv harus bawa sekali beberapa orang mantan pemimpin atau ahli PAS seperti Datuk Dr Hassan Ali, C N Afghan ataupun mantan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa ini bagi mengelak Hadi dari memutarbelitkan kenyataan yang beliau buat pada tahun 1981 lalu.

Jumaat, Disember 28, 2012

Gerakan mencari DS Hadi dilancarkan dan disertai Datuk Nik Aziz !

Kehilangan Presiden PAS Datuk Seri Haji Abd Hadi Awang sejak beberapa minggu yang lalu semakin merisaukan orang-orang PAS malahan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan terpaksa meninggalkan pejabat Menteri Besar di Kota Bharu untuk bersama-sama dengan pasukan mencari dan menyelamat yang baru ditubuh bagi mengesan di mana kedudukan terkini DS Hadi.

Walaupun bergerak di dalam keadaan yang masih dilanda banjir besar namun tidak pernah mematahkan semangat Datuk Nik Aziz untuk terus bersama-sama dengan yang lain mencari DS Hadi dengan harapan akan ditemui. Dengan wajah yang kelihatan sedih dan sugul, Datuk Nik Aziz tetap menggagahkan diri menaiki bot dan terpaksa dilindungi dengan payung bagi mengelak serban yang dipakai beliau basah terkena air hujan.

Ramai rakyat yang keliru sebenarnya, mereka ingat Datuk Nik Aziz turun padang untuk berjumpa rakyat yang menjadi mangsa banjir tetapi sebenarnya beliau turun untuk mencari DS Hadi yang tidak pulang-pulang selepas isu Amanat Hadi dan isu Tabung Memali kembali meletup dan kembali menjadi isu politik..

Ayuh! buka warung makanan segera di lokasi orang mogok lapar!!

Sumber gambar ini dari blog rakan Cucu Tok Selampit aka KRO dan ayuh ! anda yang tinggal berdekatan dengan kawasan mereka-mereka yang tengah buat mogok lapar 100 hari ini berpakatlah buka warung makanan berbagai jenis yang sedap-sedap seperti burger ke, sate bakar ke, panggang sayap ayam ke, air buah-buahan yang sejuk dan sedap, roti canai dan apa saja asalkan makanan yang sedap-sedap.

Dan lihatlah, adakah mereka bertahan lapar dengan dikelilingi bau-bau makanan yang berbau wangi sedap serta menyelerakan....pasti ada yang tak tertahan kan...pergi cari mesin ATM berdekatan cucuk kad atm ambik duit untuk beli makanan kerna tak tahan lapar hehehe..

Ok kawan-kawan..inilah masa nak dapat duit lebih :))

Khamis, Disember 27, 2012

Hadi & Karpal terus dihantui kenangan silam !

Nampaknya YB Karpal Singh dan juga YB DS Hadi Awang tidak dapat lari dari terus diburu oleh para pengamal media yang pastinya muncul dengan seribu satu macam soalan tentang Amanat Hadi, Tabung Memali dan juga tentang hansard Parlimen 1997.

Sejauh manapun kedua-dua mereka lari bersembunyi pasti ada waktunya nanti mereka tidak dapat untuk mengelak dari memberi jawapan kepada berbagai persoalan yang timbul berikutan isu-isu lama itu yang kini telahpun timbul semula.

Cuma yang nyata kini ekoran kebangkitan semula kedua-dua isu Amanat Hadi, Tabung Memali dan hansard Parlimen 1997 telah memberi kesan yang sangat buruk kepada perjalanan politik kedua-dua pemimpin berkenaan apabila mereka kini seakan-akan sudah terperangkap di dalam permainan politik yang dicipta sendiri.

DS Hadi Awang yang pernah mengeluarkan fatwa mengkafirkan orang-orang UMNO pada tahun 1981 iaitu lebih kurang 31 tahun yang lalu kini terpaksa pula berdepan dengan bekas-bekas ahli PAS sendiri yang mahu beliau menarik balik kenyataannya sepertimana yang terkandung di dalam amanat tersebut setelah menyedari mereka tertipu dan mahu beliau meminta maaf daripada orang Melayu dan msayarakat Islam di negara ini.

Demikian juga dengan Karpal Singh yang sebelum ini begitu beriya-iya sekali mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan haram Pembangkang menang besar pada PRU13 nanti dan keputusan Karpal yang lebih cenderung memilih Anwar berbanding DS Hadi Awang sebagai Perdana Menteri adalah amat bertentangan sekali dengan pandangan beliau sendiri pada tahun 1997 dulu yang bermati-matian mahu kerajaan memecat Anwar dari jawatannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri atas alasan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana memiliki tahap moral yang sangat rendah setelah terlibat dalam kegiatan salahguna kuasa dan juga seks bebas.

Karpal lari bersama Hj Hadi ! ..lari dari kebenaran !!

Karpal Singh dan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, dua nama besar juga dalam dunia politik di Malaysia. Datang dari dua buah parti politik yang berbeza fahaman atau ideologinya sehingga sekarang namun demi kuasa sanggup berpakat untuk berjuang bersama walaupun seringkali bertengkar dalam banyak perkara.

Sebagaimana Presiden PAS Datuk Seri Hadi, Karpal Singh juga ada hutang besar kepada seluruh rakyat Malaysia yang perlu beliau bayar sebelum berlangsungnya PRU-13 nanti. Jika DS Hadi dengan isu Amanat Hadi yang perlu ditarik balik manakala Karpal Singh juga tidak kurang hebatnya apabila ada sejarah silam dalam Parlimen Malaysia dengan ucapan penuh kontroversinya seperti yang terkandung di dalam hansard Parlimen 1997 yang mengkehendaki beliau kini menjelaskannya secara terbuka di hadapan seluruh rakyat Malaysia.

Semakin banyak desakan ke atas kedua-dua pemimpin ini agar melakukan sesuatu terhadap dua perkara yang pernah mereka buat seketika dulu di mana kedua-dua perbuatan keduanya ternyata sekali telah menjejas reputasi pihak lain, menjejas kehidupan begitu ramai orang sehingga ada yang membawa maut kepada para pengikut mereka dan satu perkara yang tidak mungkin mudah dilupa apabila perbuatan Karpal Singh yang menimbulkan isu moral Anwar Ibrahim ketika persidangan Dewan Parlimen berlangsung dalam tahun 1997 dulu sehingga membawa kepada kejatuhan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dari jawatannya.

Rabu, Disember 26, 2012

Gemparrrr!!! Sofea Putih & Ali Akhbar dalam aksi telanjang !

Seorang model, Sofea Putih telah menggemparkan negara apabila tampil bersama pasangan beliau Ali Akhbar bergambar dalam keadaan kedua-duanya bertelanjang bulat dan tidak memakai sebarang pakaian untuk menutup tubuh badan.

Wajarkah perkara seperti ini dibiarkan terus berlaku tanpa sebarang tindakan yang sepatutnya daripada pihak yang berwajib? Apa yang lebih memeranjatkan ialah kedua-dua mereka jika berpandukan kepada nama keduanya beragama Islam dan sudah tentulah kes ini di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam.

Maklumat ringkas, Sofea Putih adalah merupakan bekas pelajar SBP di Pahang dan beliau kini adalah penuntut di UiTM Puncak Alam Selangor. Seruan kepada pihak yang berwajib, bertindaklah segera sebelum perbuatan hina seperti ini berkembang menjadi ikutan mereka yang lain sehingga boleh mencemar nama baik negara kita.

'Trade in' tanah dengan jawatan Menteri Besar cara Zionis!

Urusan pertukaran jualbeli atau lebih mudah disebut sebagai "trade in" oleh sesetengah orang yang biasanya sebelum ini hanya melibatkan harta benda seperti kereta, tv, peti ais mahupun rumah dan sebagainya kini sudahpun memasuki era baru apabila kerajaan PAS Kelantan dikatakan sanggup melakukannya bersama DAP dengan menukar status tanah di negeri tersebut dengan jawatan Menteri Besar Perak.

Untuk mendapatkan jawatan Menteri Besar selepas Pakatan Pembangkang menang pada PRU12 di Perak maka PAS kena berkrompomi dengan DAP dan parti Islam SeMalaysia itu perlu melakukan sesuatu agar jawatan Menteri Besar Perak diberikan kepada mereka. Mahu tidak mahu PAS terpaksa cari tanah di negeri Kelantan untuk diberikan kepada DAP sebagai pertukaran lalu tanah yang terletak di dalam Parlimen Gua Musang dipilih dan diserahkan kepada DAP dan jawatan Menteri Besar di Perak menjadi milik PAS.

Wahhh!!! macam stail Zionis juga mereka ni kalau bab-bab untuk mendapat kuasa..sanggup membelakangkan rakyat dan Sultan Kelantan...buat sesuka hati mereka saja ke atas tanah yang sepatutnya mereka jaga dan pelihara... begitulah gambaran awal kepada pemerintahan PR ini jika mereka menjadi kerajaan pusat kelak..mereka akan sanggup serahkan mana-mana tanah yang ada dalam Malaysia kepada kuasa asing demi kuasa terus memerintah negara tanpa perlu lagi melalui proses demokrasi pilihanraya seperti kelazimannya...

Selasa, Disember 25, 2012

Abby Abadi sudah mencapai status Ulama !

Tanpa perlu terlebih dahulu belajar mahupun mendalami ajaran agama Islam di mana-manapun sekolah pondok, tidak perlu juga menuntut ilmu sehingga ke Universiti Al-Azhar di Mesir kini bekas penyanyi, bekas pelakon drama tv dan juga bekas isteri kepada Norman Hakim iaitu Abby Abadi seakan-akan telah diangkat oleh para pengikut PAS seluruh negara umpama seorang Ulama apabila tiada seorangpun daripada mereka yang mahu menegur tindakan Abby yang kebelakangan ini sangat gemar mengeluarkan beberapa kenyataan berbentuk fatwa agama.

Bagi saya tindakan Abby kebelakangan ini yang semakin suka memetik berbagai-bagai Ayat-Ayat Suci dari Al Quran dan kemudian diposkan melalui akaun twitter beliau walaupun mungkin ada yang berpendapat adalah perkara biasa namun bagi saya perbuatan beliau yang suka menunjuk-nunjuk seperti itu patut ditegur kerana apabila terlalu banyak Ayat-Ayat Suci digunakan untuk tujuan dan niat yang kurang elok seperti mahu mengenakan pihak yang tidak disukainya semata-mata dan ini tidak ubah umpama "membakul sampahkan" Ayat-Ayat Suci berkenaan apabila sikap beliau sendiri yang selalu membuat bermacam-macam kenyataan tentang kerajaan BN dalam akaun twitter miliknya juga sudah menggambarkan betapa Abby adalah seorang wanita yang hipokrit, pandai berpura-pura dan sudah tentu tidak layak untuk berlagak seperti seorang alim ulama.

Isnin, Disember 24, 2012

Apakah DS Hadi disorok oleh Orang Bunian?!!!

Beberapa minggu yang lalu dunia siber di negara ini serta masyarakat Malaysia agak gempar dengan pengakuan oleh segelintir orang-orang PAS bahawa Orang Bunian sering hadir ke majlis-majlis ceramah anjuran PAS dan semakin suka mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh lebai-lebai PAS.

Bukti kehadiran Orang Bunian yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia pada setiap siri ceramah PAS ialah jika semakin sedikit orang ramai(manusia) yang datang untuk mendengar ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh penceramah PAS, itu bermakna semakin ramailah Orang-orang Bunian yang datang untuk mendengar ustaz-ustaz serta pak lebai-pak lebai PAS menyampaikan ceramah mereka.

Dan beberapa yang lalu pula kisah kehilangan Presiden PAS Datuk Seri Hj. Abd Hadi Awang pula turut memeranjatkan kalangan orang ramai serta orang-orang PAS sendiri. Mereka saling bertanya sesama sendiri, mana perginya tuan presiden kita, khabar berita tiada batang hidungpun tak nampak ! dah berapa hari dah ni !

Tapi saya rasalah, antara dua kejadian tersebut di atas memang ada kaitan di antara satu dengan yang lain. Bukan perkara yang mustahil apabila Orang-orang Bunian boleh bertindak di luar kawalan emosi dengan menangkap serta menyembunyikan Presiden PAS lalu membawa beliau pergi ke suatu tempat yang tidak boleh dikesan oleh manusia kerna mereka sudah begitu taksub untuk mendengar presiden PAS sendiri memberi ceramah setiap hari kepada mereka.

Ahad, Disember 23, 2012

Presiden PAS ghaib?!!!

Sudah lebih seminggu orang ramai di Malaysia memperkatakan tentang kehilangan Presiden PAS Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang iaitu sebaik sahaja selepas isu Amanat Hadi menjadi panas semula di negara ini sehingga menyebabkan satu rahsia terbongkar iaitu Tabung Memali yang didakwa telah diseleweng segala dana di dalamnya oleh pengurusan parti PAS.

Kemana hilangnya DS Hj Hadi ini ye? ..diangkat ke langit atau bersembunyi di dalam gua? Kalau Nabi Isa a.s. kita tahulah bahawa Baginda telah diangkat naik ke langit oleh Penciptanya bagi mengelak dari ditangkap oleh para pembesar Yahudi tetapi kalau Hj Hadi naik ke langit siapa yang angkat dia dan apa kes sehingga beliau perlu lari ke langit?

Sabtu, Disember 22, 2012

Tabung Memali hilang???

Sebenarnya saya baru tahu tentang kisah Tabung Memali yang hilang. Kalau menurut YB Datuk Zulkifli Nordin dalam menerusi entri di dalam blog beliau, Tabung Memali diwujudkan oleh PAS pada tahun 1985 bertujuan untuk membantu balu-balu syuhada yang kehilangan suami mereka dalam tragedi berdarah Memali.

Yang peliknya kenapa puak-puak Pakatan Pembangkang khususnya PAS sendiri tidak pernah kecoh dengan insiden kehilangan Tabung Memali itu walhal sekiranya melibat kepentingan UMNO/BN seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang hilang sudah tentu heboh satu dunia mereka canang tetapi kenapa apabila melibatkan pihak mereka, diam membisu?!

Khamis, Disember 20, 2012

Amanat Hadi yang asal ada dalam simpanan! -{penyokong PAS) Hehehe

Menurut beberapa orang rakan facebook saya yang berfahaman parti PAS, mereka mengatakan bahawa isu Amanat Haji Hadi Awang yang kembali menghangatkan suasana politik negara sekarang adalah palsu manakala yang asli atau yang asal ada di dalam simpanan PAS.

Wahhh macam kisah "6 kotak rahsia PKR" pulak yang sehingga sekarang belum lagi mampu ditunjukkan kebenarannya oleh mana-mana pemimpin yang masih berada di dalam parti PKR.

Kalau benarlah dakwaan sesetengah daripada mereka bahawa Amanat Hadi itu kebanyakan telah diubah atau telah ditokok tambah oleh pihak lain tujuan untuk memerangkap PAS apakata keluarkan saja Amanat yang asli itu supaya mudah untuk rakyat menilai..

Rabu, Disember 19, 2012

NJ awal-awal sudah kibar bendera putih

Parlimen Malaysia belum lagi dibubarkan oleh Perdana Menteri manakala DUN-DUN bagi setiap negeri juga belum lagi dibubarkan oleh Menteri Besar negeri masing-masing namun bekas Menteri Besar Perak YB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin telahpun mengambil langkah tidak berani apabila awal-awal lagi sudah mengumumkan tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi DUN Pasir Panjang serta kerusi Parlimen Bukit Gantang bagi mewakili parti PAS pada PRU13 nanti.

Kurang pasti samada tindakan tanpa diduga DS Nizar itu cuma satu helah beliau semata-mata untuk menguji sejauh mana sokongan rakyat terhadap beliau selepas gagal menerajui negeri Perak bagi tempoh sepenggal pemerintahan apabila hanya berjaya menduduki kerusi Menteri Besar Perak selama 8 bulan lebih ekoran tindakan keluar parti oleh seorang wakil rakyat DAP dan dua daripada PKR yang mengakibatkan kerajaan Pakatan DAP/PKR.PAS tumbang setelah mereka hilang kerusi majoriti di dalam DUN Perak.

Atau juga mungkin DS Nizar sedar bahawa rakyat terutama orang-orang Melayu dan Islam semakin ramai menolak parti PAS berikutan berbagai kontroversi yang timbul ekoran tindakan kurang matang para pemimpin serta para pengikut parti PAS sejak kebelakangan ini yang mana terdapat beberapa tindakan yang tidak selari dengan tuntutan Islam nyata tidak mencerminkan yang PAS sebuah parti memperjuangkan agama Islam seperti yang mereka laung-laungkan.

Bertitik-tolak dari situlah maka boleh diramalkan bahawa tindakan DS Nizar untuk tidak bertanding semula pada PRU13 nanti merupakan tindakan yang dibuat selepas sedar yang perjuangan PAS kini tidak lagi bersandarkan kepada perjuangan ataupun matlamat asal penubuhan parti tersebut tetapi lebih kepada usaha para pemimpin PAS itu sendiri untuk mengejar pangkat dan kuasa memerintah negara bersama-sama dengan DAP dan juga PKR.

Rabu, Disember 12, 2012

Pengerusi PKR Sarawak 'dimalukan' oleh pengundinya sendiri di Ba'Kelalan!

BA'KELALAN: Selepas hampir sebulan berdiam diri, akhirnya ketua masyarakat dan penduduk Ba'Kelalan dan Kampung Puneng Ba'Kelalan tampil menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap projek Jalan Ba'Kelalan-Bario sekaligus menepis laporan tidak berasas yang dikeluarkan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab dalam akhbar tempatan sebelum ini.

Penghulu Kawasan Ba'Kelalan George Sigar Sultan berkata, masyarakat Ba'Kelalan tidak pernah membantah pelaksanaan projek tersebut yang disifatkan mampu melancarkan sistem perhubungan jalan raya selain memudahkan mereka berhubung sesama keluarga.

"Kebanyakan masyarakat Ba'Kelalan tidak senang dengan laporan menyatakan majoriti penduduk Ba'Kelalan tidak menyetujui pembinaan projek Jalan Ba'Kelalan-Bario seperti yang disiarkan melalui akhbar tempatan sebelum ini.
"Laporan tersebut tidak berasas kerana menyatakan 2,000 penduduk Ba'Kelalan membantah projek itu sedangkan penduduk asal Ba'Kelalan tidak sampai jumlah yang dinyatakan," katanya.

Sigar berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan antara ketua masyarakat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ba'Kelalan dan penduduk Kampung Puneng Ba'Kelalan di Pejabat Residen Limbang semalam.

Hadir sama Penasihat JKKK Ba'Kelalan Tagal Paren, Ketua Kampung (KK) Puneng Kelalan Ngilo Sigar, KK Buduk Bui, Padan, KK Long Kumap Tadam Asi, KK Long Rusu Berauk Tadam, KK Kampung Baru Mission Ating Rupan, Kaunselor Agung Taie, Pengerusi Belia Ba'Kelalan Tadum Arun dan ahli JKKK Ba'Kelalan.

Sigar menjelaskan dalam laporan sama sebelum ini dinyatakan bahawa bahagian Sungai Kumap yang merupakan sumber keperluan penduduk terjejas akibat projek itu, sedangkan projek tersebut dijalankan di Sungai Muda.

"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba'Kelalan, Baruk Bian yang membuat laporan akhbar sebelum ini tidak pernah berbincang dengan masyarakat Ba'Kelalan secara keseluruhannya mengenai projek tersebut.
"Beliau hanya mendengar pendapat Pengerusi Cawangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cawangan Ba'Kelalan, Paren Padan sebagai saluran maklumat mengenai pendapat penduduk Ba'Kelalan," ujarnya.

Menurutnya, sekatan jalan bagi menghalang kerja-kerja pelaksanaan projek sudah berulangkali dilakukan oleh Paren di kawasan tanah bukan miliknya sedangkan pemilik tanah laluan projek tersebut sangat menyokong projek kerajaan ini.

Katanya, laporan polis sudah dibuat bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Projek pembinaan Jalan Ba'Kelalan-Bario sepanjang 42 kilometer bernilai RM42 juta dan kerja-kerja pembinaan sudah dimulakan sejak 1 Oktober lalu dan dijangka siap September 2014.

Sementara itu, Bernama dalamlaporannya pada September lalu memetik Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata, Rejimen Kejuruteraan ATM bersama jentera-jentera berat sudah berada di Ba'Kelalan untuk memulakan projek tersebut.

Beliau menambah, projek di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan itu adalah kesinambungan projek Jiwa Murni menaik taraf jalan sepanjang 75 kilometer yang menghubungkan Long Luping dengan Ba'Kelalan yang sudah siap September tahun lalu.

Sigar menjelaskan, penduduk Ba'Kelalan amat memerlukan jalan tersebut kerana ia dapat memudahkan mereka berhubung dengan keluarga lain melalui jalan sama jika dibandingkan berjalan kaki sehingga dua hingga tiga hari.

"Dengan adanya jalan itu nanti, anak-anak dapat terus melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di kawasan Bario berbanding ke Lawas, Trusan dan Merapok.
"Adalah agak selamat jika anak-anak pada usia masih muda menuntut di kawasan kampung sehinggalah umur meningkat dan mereka boleh melanjutkan pelajaran di kawasan bandar," jelasnya.

Sigar berkata, penduduk turut menaruh keyakinan jalan terbabit dapat meningkatkan taraf ekonomi penduduk untuk memasarkan hasil pertanian, kraftangan dan produk pelancongan.

Projek Jalan Ba'Kelalan-Bario juga dapat mendorong perkembangan usaha ekonomi berterusan seperti pertanian organik dan pelancongan berasaskan masyarakat selain membentuk jaringan perdagangan global.

"Sokongan penduduk terhadap projek ini berikutan kejayaan kerajaan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi beberapa tahun dahulu melibatkan perjalanan sebelum ini,"
"Dengan adanya jalan Lawas-Ba'Kelalan, penduduk hanya perlu mengambil masa empat jam perjalanan berbanding kesukaran lebih 14 jam perjalanan sebelum ini," katanya.

Sebelum mengadakan pertemuan dengan Pejabat Residen Limbang semalam, mereka turut mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong dan Pejabat Daerah Lawas kelmarin - Utusan Borneo 12 Disember 2012.

Sabtu, Disember 08, 2012

Taufan Bopha peringatan Tuhan kepada golongan LGBT !

Negara Jepun dan juga Filipina merupakan dua buah negara sebelah benua Asia timur yang membenarkan aktiviti songsang berlaku dalam masyarakatnya seperti Lesbian, Gay, Biseksual dan juga Transeksual (LGBT) yang mana kegiatan tidak bertamadun dan tidak bermoral ini adalah dilarang sama sekali dalam semua agama.

Bukan setakat itu saja, malah Jepun dan Filipina juga memberi kebebasan penuh kepada golongan LGBT di negara masing-masing untuk menghasilkan berbagai bentuk video, photo-photo dan membangunkan laman web-laman web lucah yang mempamerkan hubungan antara lelaki dengan lelaki serta antara perempuan sesama perempuan.

Cuba kita renung bersama, dalam masa yang hampir kedua-dua negara ini Jepun dan Filipina menerima bencana alam yang mereka sendiri tidak menduganya apabila Jepun telah dilanda gempa bumi dengan beberapa kali menerima gegaran yang menimbulkan suasana panik di kalangan rakyatnya sementara itu Filipina sekali lagi diserang Taufan Bopha yang sehingga kini telah meragut ratusan nyawa penduduk di Selatan negara berkenaan.

Kepada Tuhan kita mohon doa agar Malaysia terus bebas dari segala bencana alam dan seruan kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita bersama-sama tegas menentang sebarang usaha oleh siapapun juga yang begitu beriya-iya hendak menyemaikan bibit-bibit amalan songsang LGBT di negara ini.

Selasa, Disember 04, 2012

Jika PR bentuk kerajaan, Sarawak akan dikuasai penuh oleh Pusat !

Tidak sepertimana keadaan sekarang ini yang mana Sarawak hanya diperintah oleh parti tempatan sendiri di negeri ini walaupun bersama dengan UMNO, MCA, MIC, PPP, PBS, PBRS, UPKO dan lain-lain lagi bergabung membentuk perikatan Barisan Nasional namun parti-parti lain dari luar tidak pernah untuk mencuba masuk campur di dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak yang ditadbir secara autonomi oleh empat buah parti tempatan PBB, PRS, SPDP dan SUPP.

Keadaan ini akan boleh berubah seratus peratus menjadi sebaliknya jika Pakatan Pembangkang DAP, PKR dan PAS mengambil alih kuasa memerintah negara daripada Barisan Nasional di mana tiada satupun parti pembangkang peringkat negeri Sarawak yang akan diberi kuasa untuk mentadbir kerajaan negeri sebagaimana ketika Barisan Nasional menjadi kerajaan.

Segala urustadbir negeri Sarawak akan mendapat arahan terus dari PR Pusat dan walaupun mungkin Baruk Bian mahupun Wong Ho Leng ataupun Chong Chieng Jen akan dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sarawak mereka tidak akan dibenarkan untuk membuat keputusan sendiri mengenai pentadbiran di negeri Sarawak tanpa terlebih dahulu dirujuk kepada Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Haji Abd Hadi Awang.

Rakyat Sarawak perlu dan wajar lebih awal melihat perkara yang bakal kita di Sarawak hadapi sekiranya Pakatan Pembangkang tiga parti ini berkuasa di Malaysia dan jangan sesekali lupa bahawa selama kerajaan Barisan Nasional yang bertulang belakang parti UMNO, mereka ini tak pernah cuba untuk menguasai atau mempengaruhi cara kerajaan Sarawak mengurustadbir negeri ini malah dalam keadaan tertentu parti-parti yang berpangkalan di Semenanjung inilah yang sentiasa memberikan bantuan sedaya upaya yang mungkin kepada rakan mereka dalam BN negeri ketika pilihan raya negeri misalnya dan tidak timbul isu cuba berkuasa di Sarawak sepertimana sedang dilakukan secara terang-terang oleh PKR, DAP dan PAS sejak sekian lama.

Khamis, November 29, 2012

Kenapa tiada pemimpin Iban dalam PKR Sarawak ?

Sebahagian besar masyarakat Iban di Sarawak semakin menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ini bukan saja baru berlaku malahan ianya sejak dulu lagi kaum Iban sebagai kumpulan terbesar di Bumi Kenyalang telah menolak kehadiran PKR di negeri ini.

Orang Iban lebih berminat kepada parti-parti tempatan sepeti PBB, SUPP, SNAP, PRS, SPDP dan SWP yang sederhana dan tidak melampau seperti PKR. Anda tentu tertanya-tanya kenapa PKR Sarawak tidak diterajui oleh orang Iban yang majoriti sebaliknya diketuai oleh Baruk Bian yang datang dari kaum paling minoriti di Sarawak yang tinggal jauh di sebelah utara negeri ini.

Ahad, November 25, 2012

Harimau Malaya tanpa sentuhan TS Annuar Musa mungkin gagal ulangi sejarah!

Pesta bola piala Suzuki AFF untuk musim 2012 sudah bermula namun agak malang bagi pasukan Harimau Malaya kerana pada kali ini mereka akan beraksi tanpa sentuhan Timbalan Presiden FAM YBHG Tan Sri Annuar Musa yang digantung dari tugas oleh Lembaga Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia.

Saya walaupun kurang berminat dengan sukan bolasepak ini tetapi selagi ianya membabitkan maruah negara tentu sekali saya akan sentiasa mengikuti perkembangan sukan nombor satu ini dan tidak ketinggalan untuk turut mendoakan agar pasukan bolasepak negara terus mempamerkan persembahan yang terbaik dan menang ke atas pasukan lawan.

Tetapi pada musim kali ini saya tidaklah menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada pasukan Harimau Malaya untuk mengulangi kejayaan yang pernah mereka ukir pada kejohanan sebelum ini kerana banyak sebab yang mungkin akan menjadi penyumbang kepada kemorosotan mutu permainan skuad negara itu nanti sekiranya mereka masih gagal menguasai permainan sepertimana yang dipertontonkan ketika bertemu pasukan Bangladesh, Hong Kong baru-baru ini.

Ketiadaan Tan Sri Annuar Musa dalam barisan pimpinan FAM juga saya nampak antara faktor yang boleh menyebabkan para pemain hilang tumpuan bermain kerana bagi saya kebangkitan Harimau Malaysia hingga berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2011 tidak dapat dinafikan banyak dibantu oleh keupayaan Tan Sri Annuar Musa dalam menentukan corak permainan para pemain negara.

Antara masalah lain yang saya nampak adalah berhubung dengan tawaran yang terlalu lumayan kepada seorang dua pemain yang tentu sekali amalan sebegini boleh melunturkan semangat berpasukan para pemain. Apabila tawaran bermain sudah mencecah sehingga ke jutaan ringgit kepada pemain tertentu jadi bagaimana pula dengan pemain yang lain yang turut bermain di dalam pasukan yang sama?

Apa-apapun saya doakan supaya pasukan negara Harimau Malaya terus fokus dengan kejayaan dan lupakan sejenak tekanan sekiranya ada... Hidup Harimau Malaya ! Malaysia Boleh!!!

Khamis, November 22, 2012

Bintang Scorpio semakin hampir dengan Bumi !

Pada pagi ini jam 5:30am...saya melihat ke langit seperti biasa mahu memerhati bintang-bintang dan alangkah terkejutnya saya apabila mendapati sekumpulan 8 bintang yang membentuk seakan-akan seekor kala jengking (Scorpions) serta menyerupai kepala seekor singa (Leo) yang sebelum ini biasanya kelihatan sangat jauh dari kita tetapi bagaimana pada pagi ini tadi hari Khamis 22 November 2012 ianya kelihatan sangat dekat dan boleh dilihat dengan lebih jelas barisan ketiga-tiga bintang yang terletak di tengah-tengah serta dikellilingi oleh 5 bintang yang lain dan dikenali sebagai Raja Bertiga (Buruj) yang menjadi panduan kepada orang-orang Islam dalam menentukan arah Kiblat mengikut kepercayaan agama mereka.

Pagi ini tadi bintang Scoprio ini letaknya di sebelah selatan atau berada di kedudukan sebelah selatan jam 5 pagi. Harap kepada sesiapa yang berminat memerhati kejadian alam bolehlah bersama-sama berjaga untuk pagi seterusnya esok dan jika cuaca baik mungkin kita semua akan berkesempatan untuk melihat semakin banyak perubahan dari sehari ke sehari pada dunia ini..

Rabu, November 21, 2012

Isu 3 anggota PDRM: jangan sampai jadi seperti isu video ketuk ketampi!

Semua orang tentu masih ingat lagi dengan isu "video ketuk ketampi" yang heboh dan hangat sekitar tahun 2006 apabila didakwa bahawa pihak polis kononnya telah menyiksa dan mendera seorang wanita warga negara China dengan memaksanya berbogel dan melakukan ketuk ketampi di dalam sel tahanan dan lebih teruk lagi apabila aksi telah dirakam menggunakan kamera video dan dan disebarkan di internet.

Kejadian itu juga telah memaksa kerajaan Malaysia menebalkan muka apabila menghantar wakil ke China bertujuan untuk meminta ampun dan maaf daripada kerajaan China kerna kononnya Malaysia dan PDRM khususnya telah melanggar hak asasi manusia terhadap warga negara tersebut walaupun kes itu sebenarnya masih lagi di dalam siasatan pihak berkuasa di negara ini dan belum pasti lagi samada ianya benar melibatkan warga China ataupun sebaliknya.

Setelah siasatan selesai dijalakan oleh pihak Polis ternyata wanita berkenaan bukannya warga China tetapi sebaliknya adalah wanita rakyat tempatan iaitu warga Malaysia sendiri yang terlibat di dalam kes tertentu.

Oleh itu, apabila mengikuti isu tiga anggota polis di Pulau Pinang yang dituduh kononnya telah merogol seorang wanita Pendatang Tanpa Izin (PATI) dari Indonesia, maka saya teringat kembali kepada isu video ketuk ketampi yang pernah menggemparkan negara seketika dulu dan saya tidak menolak kemungkinan ada unsur-unsur yang sama berlaku dalam isu yang melibatkan pihak PDRM ini namun apa-apapun biarlah siasatan menemui jawapannya.

Maksud saya mungkin ketiga-tiga polis itu sebenarnya yang menjadi mangsa, mangsa keadaan...sebab sekarang ini semakin ramai warga asing yang berani bertindak merogol undang-undang negara kita. Hidup PDRM !!!

Selasa, November 20, 2012

K.O BNBN K.O persis jampi manusia zaman purba !

Kalau kita tengok berulang kali video perbuatan melampau yang kononnya sebagai doa oleh orang-orang PAS yang memohon agar Tuhan membinasakan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional, kelakuan mereka ketika itu tidak ubah seperti tingkahlaku manusia pada zaman dahulu-kala yang memohon sesuatu perkara hanya daripada makhluk halus, jembalang dan juga jin dengan menggunakan bacaan jampi serapah mereka.

Perbuatan seperti kebudak-budakkan itu langsung tidak mencerminkan PAS yang dilaung-laungkan sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam malah perbuatan mereka yang mendoakan kebinasaan kepada pihak lain amat bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam itu sendiri yang menuntut semua umatnya sentiasa berbuat baik terhadap sesama mereka dan juga penganut agama lain.

Al Quran mempertahankan Yesus !

Jika dalam kepercayaan agama Kristian, Yesus Kristus telah mati dibunuh dan disalibkan tetapi dalam Al Quran pula sebaliknya malah mempertahankan bahawa Yesus tidak mati dibunuh atau disalibkan. Surah An Nissa Ayat 157 - Ayat 158 terbukti menjelaskan http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Isa_a.s.

Kalau boleh semua orang perlu melihat ini dengan jiwa, minda serta pikiran yang terbuka...kita wajar mencari kebenaran...selain kita nak tahu Yahudi ini siapa...rupa-rupanya Yahudi adalah pengikut Dajjal...dan pada akhir zaman kelak Yesus akan turun ke bumi sesudah Imam Mahdi dan Dajjal yang turun untuk membunuh Imam Mahdi..

Selasa, November 13, 2012

Bob Lokman mangsa terbaru konspirasi jahat UMNO & BN !

Berita terbaru yang kami dengar, seorang ahli baru syurga PAS, Bob Lokman telah diserang oleh seekor gajah besar ketika dalam perjalanan dengan menggunakan kereta melalui Lebuh Raya Utara dekat Grik.

Marilah sama-sama kita nantikan apakah agaknya kenyataan yang bakal dikeluarkan oleh pihak-pihak dalam PR berhubung kejadian itu. Tentu sekali mereka akan menuding jari ke arah UMNO sebagai pihak yang mengarah gajah itu bertindak ganas terhadap Bob Lokman..

Isnin, November 12, 2012

Salam Deepavali 2012 !

Esok negara kita akan menyambut satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di negara ini dan ini menunjukkan kepada dunia bahawa kebebasan mengamal adat kepercayaan masing-masing mengikut kaum terus subur dan kekal terpelihara dan terjamin di negara ini walau Islam telah diisytihar sebagai agama rasmi Malaysia di samping orang Melayu yang menjadi tonggak utama dalam sistem pemerintahan negara.

Suasana sebegini juga pastinya akan terus berkekalan sekiranya rakyat dari berbagai lapisan kaum dan agama tetap memberi sokongan padu kepada kerajaan yang sedia ada untuk mentadbir negara ini dan juga sekiranya perasaan syak-wsangka antara satu dengan yang lain dapat dihapuskan demi perpaduan kaum yang berkekalan.

Selamat Menyambut Hari Deepavali 2012 kepada mereka-mereka yang merayakannya !

Jumaat, November 09, 2012

Hasil balak & minyak Sarawak sebelum pembentukan Malaysia ?

Kegiatan pembalakan haram di Sarawak sudahpun bermula sejak di bawah penjajah serta di bawah pemerintahan keluarga Rajah Brooke lagi iaitu beratus-ratus tahun sebelum terbentuknya negara Malaysia lagi hasil dari pergabungan Sarawak, Sabah dan juga Semenanjung Tanah Melayu pada 16 September 1963 iaitu lebih kurang 49 tahun yang lalu.

Begitu juga dengan kegiatan mencari gali minyak yang dilakukan di luar pantai Sarawak ianya telah bermula sejak awal tahun 1900 lagi iaitu berpuluh-puluh tahun sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia dan sejak dari saat itu tiada sesiapapun di kalangan rakyat Malaysia tahu ke mana hasil minyak itu pergi dan tiada seorangpun daripada rakyat Sarawak yang bertanya berapa peratus dari hasil minyak yang dipulangkan kepada negeri ini.

Demikian juga dengan hasil balak serta beberapa sumber hasil lain yang dikeluar dari negeri Sarawak ketika itu, tiada seorangpun rakyat negeri ini yang berani mempertikaikan cara pembahagian kekayaan hasil bumi negeri ini oleh pihak penjajah pada masa itu sepertimana yang dilakukan sekarang oleh segolongan kecil rakyat yang kini menggelarkan kumpulan mereka sebagai Sarawak Sabah Keluar Malaysia atau SSKM.

Perjuangan SSKM hanya berlandaskan kepada dakwaan kononnya banyak hasil makhsul Bumi Kenyalang telah dilarikan ke Semenanjung Malaysia oleh kerajaan pusat iaitu semenjak Sarawak bersama-sama dengan Semenanjung Tanah Melayu dan juga Sabah membentuk negara Malaysia 49 tahun yang lalu. Oleh yang demikian, maka SSKM berpendapat untuk menyelamatkan harta serta sebarang kepentingan negeri ini dari terus dibawa keluar adalah dengan membawa Sarawak keluar daripada persekutuan Malaysia.

Cuma di sini saya mahu mana-mana pihak daripada SSKM agar membuktikan jika benar dakwaan seumpama, maka buktikanlah andaikata benar dalam masa 49 tahun Sarawak bersama Malaysia banyaknya kekayaan negeri di bawa keluar dan nyatakan satu persatu apa dia, tampilkan bukti dengan nilai-nilai serta jumlah kesemuanya sekali. Jika tiada, janganlah kelirukan rakyat Sarawak dengan dakwaan yang tidak berasas seperti itu.

Semua pihak di Sarawak juga perlu sedar, dalam waktu kita asyik mendakwa kononnya dalam tempoh 49 tahun Sarawak dalam Malaysia, kita telah hilang begitu banyak hasil negeri kononnya akibat dibawa lari keluar oleh kerajaan pusat tetapi adakah kita semua sedar semasa Sarawak beratus-ratus tahun berada di bawah pemerintahan kerajaan Kesultanan Brunei, di bawah pemerintahan kerajaan keluarga James Brooke, ketika di bawah penjajahan Jepun dan kemudian di bawah jajahan British...kemanakah kesemua hasil-hasil negeri kita di bawa?

Rakyat Sarawak janganlah mudah terpengaruh dan dikelirukan oleh pihak yang menggelar kumpulan mereka sebagai SSKM ini kerana sebagai rakyat yang bertanggungjawab terhadap negara kita harus akui akan hakikat bahawa hanya setelah Sarawak bersama-sama dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Sabah menubuhkan negara Malaysia barulah hasil kekayaan negeri ini dapat dikongsi serta dinikmati bersama oleh rakyat di negeri ini melalui berbagai-bagai bentuk pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Khamis, November 08, 2012

Kenyataan Nurul Izzah bakal undang konflik agama di Malaysia !

Kenyataan tidak bertanggungjawab Nurul Izzah Anwar tentang kebebasan memilih agama  bagi setiap individu di negara ini kalau dilihat dari segala sudut tentunya bukan ditujukan kepada orang Melayu dan Islam saja malah turut disasarkan juga kepada semua penganut agama lain di negara ini.

Sebagai seorang wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen yang juga sebagai seorang pemimpin kanan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak wajar sama sekali bagi Nurul Izzah untuk mengeluarkan kenyataan seumpama itu kerna walaupun sehingga sekarang hanya sebahagian besar orang-orang Melayu dan Islam yang bangun dan bangkit menyuarakan bantahan mereka terhadap kenyataan terbuka Nurul Izzah itu tetapi bukanlah menjadi satu perkara yang mustahil selepas ini sekiranya orang bukan Islam khususnya orang-orang Kristian juga akan turut bangkit membantah kenyataan celupar Nurul Izzah itu.

Tentu sekali mana-mana agama di atas muka bumi ini tidak pernah merestui barangsiapapun antara pengikut mereka keluar dari agama masing-masing dan kemudian masuk serta menganut lain namun sebagai menghormati hak seseorang, maka pihak gereja terpaksa akur dan menyerahkan keputusan untuk dibuat sendiri oleh mereka yang berhajat untuk memeluk agama lain.

Tetapi seandainya kenyataan oleh Nurul Izzah itu suatu hari nanti akan menjadi kenyataan dan berkuatkuasa, tidakkah kita melihat bahawa akan berlaku pertembungan yang amat tidak sihat di antara berbagai agama yang ada di negara ini. Tentu sekali siapapun juga akan merasakan diri mereka bebas untuk menentukan agama mana yang patut mereka pilih dan berapa lama mereka akan berada dalam agama berkenaan dan jika rasa tidak serasi maka mereka bebas memilih samada mahu keluar dari agama yang sedang dianuti dan balik serta masuk agama lain pula.

Jika ini berlaku sudah tentu banyak juga perkara lain yang akan turut timbul dan apa yang pasti nanti ialah pertentangan antara agama di negara ini mungkin tidak akan dapat dielakkan lagi daripada berlaku apabila masing-masing cuba mempertahankan hak serta fahaman agama mereka. Mungkin pada forum tersebut Nurul Izzah merasakan bahawa kenyataan beliau itu adalah bertujuan bagi menyedapkan hati para peserta serta ahli panel yang beragama Kristian, tetapi dia tidak dapat menjangka kesan buruk yang wujud dari kenyataan beliau itu terhadap hubungan antara agama yang terdapat di dalam negara ini.

Rabu, November 07, 2012

"Sandy" pembalasan Tuhan terhadap golongan LGBT - Paderi Kristian Amerika Syarikat

Di sebalik usaha oleh orang-orang bukan Islam sendiri khususnya oleh para pemimpin agama Kristian di beberapa buah negara dalam menentang kegiatan tidak bermoral seperti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) namun yang peliknya timbul pula usaha oleh pihak tertentu di negara ini yang cuba menjadi pendekar kepada kumpulan songsang itu.

Kalau pemimpin agama Kristian di Amerika Syarikat sendiri boleh melihat bahawa apa yang sedang negara mereka hadapi ketika ini seperti bencana alam dasyat dan yang terbaru apabila negara mereka dibadai oleh Taufan Sandy adalah disebabkan oleh perbuatan tidak bermoral rakyat mereka sendiri yang mengamal cara hidup yang lebih teruk daripada haiwan tetapi yang anehnya apabila ada pihak di Malaysia yang terus mendokong perjuangan golongan LGBT itu. Jika haiwan masih boleh kenal jantina lawan tapi golongan LGBT pula sebaliknya.

Sila baca kenyataan beberapa pemimpin agama di Amerika Syarikat tentang amalan LGBT sehingga mengundang bencana Sandy di negara mereka >>> Utusan Malaysia

Selasa, November 06, 2012

LGE jual ubat penat kepada penduduk Melanau di kawasan pendalaman Sarawak



Sungguh manis kata-kata Lim Guan Eng di hadapan para penduduk di sebuah perkampungan terpencil kaum Melanau iaitu di Kpg Bungan Kecil Btg Igan Sarawak sewaktu kempen PRK Parlimen Sibu seketika dulu yang menyaksikan calon DAP Wong Ho Leng menentang Robert Lau Hui Siew calon Barisan Nasional.

Wong Ho Leng menang, tapi sehingga ke hari ini segala janji-janji yang ditaburkan pada kempen PRK tersebut belum juga ditunaikan oleh DAP, jika adapun itu semua adalah projek-projek yang datangnya daripada kerajaan Barisan Nasional

Arkib Blog