Bukan setakat itu saja, malah Jepun dan Filipina juga memberi kebebasan penuh kepada golongan LGBT di negara masing-masing untuk menghasilkan berbagai bentuk video, photo-photo dan membangunkan laman web-laman web lucah yang mempamerkan hubungan antara lelaki dengan lelaki serta antara perempuan sesama perempuan.
Cuba kita renung bersama, dalam masa yang hampir kedua-dua negara ini Jepun dan Filipina menerima bencana alam yang mereka sendiri tidak menduganya apabila Jepun telah dilanda gempa bumi dengan beberapa kali menerima gegaran yang menimbulkan suasana panik di kalangan rakyatnya sementara itu Filipina sekali lagi diserang Taufan Bopha yang sehingga kini telah meragut ratusan nyawa penduduk di Selatan negara berkenaan.
Kepada Tuhan kita mohon doa agar Malaysia terus bebas dari segala bencana alam dan seruan kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita bersama-sama tegas menentang sebarang usaha oleh siapapun juga yang begitu beriya-iya hendak menyemaikan bibit-bibit amalan songsang LGBT di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan